You are on page 1of 4

GALERI CERALING SK POS POI

‘ENJOY LEARNING, POS POI CERALING’

KERTAS KERJA KOLAM IKAN PPKI


SEKOLAH KEBANGSAAN POS POI, SG. SIPUT (U) PERAK

1.0 LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Pos Poi ditubuhkan pada 1969 dan merupakan


antara lapan buah Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) yang terdapat di Daerah
Kuala Kangsar. Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai tarikan yang menarik
dari segi lokasi dan persekitarannya, adalah wajar sekiranya sekolah ini memiliki
sebuah galeri yang dapat menggambarkan perkembangan sekolah di samping
memaparkan segala sisi keunikan yang ada. Dalam pada masa yang sama,
kewujudan galeri ini juga dapat dijadikan sebagai tempat terbaik untuk
mengumpul segala koleksi kejayaan dan penghargaan yang telah diterima oleh
murid dan pihak sekolah.

2.0 MATLAMAT

Pembinaan kolam ikan PPKI SK Pos Poi ini bermatlamat


untuk memperkenal dan menyebarkan maklumat berkaitan sekolah kepada
penduduk setempat serta masyarakat luar. Pada tahun 2019, cadangan untuk
mewujudkan sebuah bangunan galeri mula dibincangkan apabila menyedari
betapa pentingnya ia sebagai pusat pengumpulan pelbagai sumber yang
melibatkan perihal sekolah dan masyarakat setempat. Antara sumber yang
sesuai dipamerkan di galeri ini ialah sejarah kewujudan sekolah, sijil pencapaian
dan penghargaan, trofi kejayaan murid dan warga sekolah, koleksi gambar dan
arkib sekolah, barangan hasil kraftangan masyarakat setempat dan lain-lain lagi.
Kerja-kerja awal penubuhan dan pembinaan Galeri Ceraling SK Pos Poi ini
telah mula dijalankan sekitar awal tahun 2019, namun pihak sekolah masih dalam
usaha mencari dana untuk membaik pulih bangunan tersebut yang pada
asalnya merupakan hak milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Walau
bagaimanapun, usaha menubuhkannya masih diteruskan dengan pihak sekolah
sedang berusaha mengumpul seberapa banyak sumber atau bahan yang akan
dipamerkan di galeri ini. Dengan adanya galeri ini, ia bukan
sahaja membolehkan warga Sekolah Kebangsaan Pos Poi mengetahui
perkembangan sekolah sejak penubuhannya sehingga kini bahkan dapat
memartabatkannya sebagai salah satu gedung sumber dan imu yang berguna
sekaligus berperanan sebagai sebuah arkib berinformasi.

1
GALERI CERALING SK POS POI
‘ENJOY LEARNING, POS POI CERALING’

3.0 OBJEKTIF

 Memberi pendedahan sebenar tentang penternakan ikan.


 Memupuk minat murid dalam bidang perikanan.
 Mewujudkan kerjasama dengan jabatan perikanan.
 Menyediakan suatu tempat yang menjadi sumber rujukan warga sekolah
dan masyarakat setempat.

4.0 PENGLIBATAN/ SASARAN

Murid – murid Pendidikan khas,warga Sekolah Kebangsaan Pos Poi dan


masyarakat setempat.

5.0 PERKEMBANGAN PROJEK

 Sebuah kolam seluas 100 kaki x 80 kaki telah di gali oleh pihak lading
berhampiiran pintu masuk sekolah.
 Mendapatkan kerjasama Jabatan Perikanan untuk khidmat nasihat,
alatan dan benih ikan.
 Menyelenggara kawasan kolam.

6.0 SUMBER KEWANGAN

7.0 KEDUDUKAN LOKASI GALERI

2
GALERI CERALING SK POS POI
‘ENJOY LEARNING, POS POI CERALING’

GALERI

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. ITEM/PERKARA ANGGARAN KOS/PERBELANJAAN

1.
2.
3.

JUMLAH

9.0 JAWATANKUASA GALERI CERALING SK POS POI

PENASIHAT
En. Ahmad Shamsul Bin Mat Wasee
( Guru Besar Sk Pos Poi )

PENGERUSI
En. Azhar Bin Isroh
( GPK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI I
En. Sharudin Bin Hj. Shariff
( GPK Hal Ehwal Murid )

NAIB PENGERUSI II
En. Mazlan Bin Yahaya
( GPK Kokurikulum)

PENYELARAS
Mohd Fadhil Bin Sulaiman

SETIAUSAHA

3
GALERI CERALING SK POS POI
‘ENJOY LEARNING, POS POI CERALING’

Mohd Azhar Bin Othman

BENDAHARI
Nur Ayati Binti Mohamad Fabell

10.0 PENUTUP

Secara amnya, penubuhan Galeri Ceraling SK Pos Poi ini dilihat dapat
menjadi wadah dalam meningkatkan kegemilangan dan kewibawaan sekolah.
Diharapkan dengan kewujudan galeri ini dapat menjadi pemangkin ke arah
kecemerlangan yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

‘ENJOY LEARNING, POS POI CERALING’

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………… …………………………………………
(EN. MOHD AZHAR BIN OTHMAN) (EN. AHMAD SHAMSUL BIN MAT WASEE)
Setiausaha Guru Besar
Galeri Ceraling SK Pos Poi Sekolah Kebangsaan Pos Poi

You might also like