You are on page 1of 2

KERANGKA TEORETIKAL DAN

KERANGKA KONSEPTUAL

Tajuk tentang kerangka teoretikal dan kerangka konseptual ada yang keliru
dalam mengintepretasikannya. Ada yang kurang jelas masa bila nak guna.
Boleh guna salah satu ke, atau boleh guna kedua-duanya?

Dalam kajian penyelidikan, perlu ada sesuatu yang kita nak dan kena
ukur….konsep yang akan menjelaskan ciri-ciri dan kriteria konsep tersebut.
Sebagai contohnya, tahap kemahiran berkomunikasi pelajar, tahap motivasi
pelajar

Oleh itu, kita sebagai penyelidik perlukan bukti untuk menyatakan dan
menjelaskan tahap-tahap tersebut. Bukan hanya meneka sahaja. Bukti
perlukan data-data empirikal sama ada data yang berbentuk kuantitatif
mahupun data kualitatif. Sebelum memahami kerangka teoretikal dan
kerangka konseptual, perlu dulu memahami tentang konsep abstrak dan
variabel untuk membina alat pengukuran yang akan bergerak kepada
peringkat operasional pengukuran.

sesuatu kajian akan bermula dengan kerangka teoretikal terlebih dahulu,


kemudian kerangka konseptual dan baru boleh meletakkan operasional
pengukurannya. Teoretikal boleh dijelaskan melalui penggunaan teori-teori
dan model kajian yang sesuai serta yang boleh menjelaskan konsep abstrak
kajian. Kemudian barulah kerangka konseptual boleh dibentuk. Kerangka
konseptual boleh dijelaskan dalam bentuk hipotesis konseptual dalam kajian
kuantitatif.

Sebagai contohnya kajian mengenai Kesan televisyen kepada tingkah laku


kanak-kanak. Kerangka teoretikal ialah menggunakan teori kesan media yang
sesuai seperti teori kognitif sosial.
Peringkat kerangka konseptual ialah menjelaskan perhubungan antara
konsep-konsep abstrak dalam bentuk hipotesis. Jadi, konsep kesan
penontonan televisyen boleh dijelaskan dalam beberapa bentuk seperti kesan
terhadap tingkah laku, kesan terhadap pemikiran, kesan terhadap emosi dan
perasaan.

Selalunya penyelidik menggunakan kedua-dua kerangka teoretikal dan juga


kerangka konseptual. Sebagai contohnya, daripada beberapa teori kajian
yang digunakan boleh membentuk kerangka konseptual dalam menjelaskan
beberapa pilihan variabel hipotesis. Manakala kajian kualitatif tidak menitik
beratkan hipotesis dan variabel kajian.

You might also like