You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT KESELAMATAN

JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K
SK KING GEORGE V, SEREMBAN
KALI PERTAMA 2019.

TARIKH : 17 JANUARI 2019 (KHAMIS)

MASA : 1.35 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :

1. ENCIK MUHAMMAD NAZRI BIN MUHAMMAD NOR


2. EN. AHMAD FAREES BIN MAT SUBURI
3. EN. MD. FAKHRURRAZI BIN YASSIN
4. ENCIK ZAINI BIN MOHAMMED
5. EN. MOHD ARAAF BIN ZAKARIA
6. EN. SAMANI BIN KECHUT
7. EN. AHMAD SUHAIMI BIN MD DIN
8. EN. SHARIFFUL YAMANI BIN MOHAMAD

TURUT HADIR :

1. EN. MOHD PILUS BIN SULAIMAN (GPK HAL EHWAL MURID)

1. UCAPAN PENGERUSI : EN. MOHD PILUS BIN SULAIMAN

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Unit Keselamatan Jawatankuasa 3K kerana
dapat menghadirkan diri serta meluangkan masa dalam mesyuarat kali pertama ini. Ini
adalah kali pertama Unit Keselamatan 3K SK KGV hanya dianggotai oleh guru lelaki sahaja.
Ini bagi memudahkan penyelarasan aktiviti.
TINDAKAN : MAKLUMAN

1.2 Mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Setiap mesyuarat yang
diadakan mesti disertakan program yang akan dijalankan.
TINDAKAN : PENYELARAS UNIT
KESELAMATAN

1.3 Setiap unit perlu ada perancangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Ini bagi
membolehkan jawatankuasa Induk 3K menyusun jadual dan takwim yang telah
digabungkan dengan Unit Kesihatan dan Unit Kebersihan.
TINDAKAN : PENYELARAS UNIT KESELAMATAN
2. PERANCANGAN AKTIVITI UNIT KESELAMATAN 2019

2.1 En. Ahmad Farees memaklumkan bahawa ada beberapa perancangan yang telah
dirancang untuk dijalankan pada tahun ini. Aktiviti yang terdekat adalah pada 14 Mac
2019, hari Khamis iaitu Latihan Kebakaran kali pertama bagi tahun 2019. Murid-murid
akan dimaklumkan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

2.2 En. Mohd. Pilus mencadangkan unit keselamatan untuk memperbaharui garisan cat yang
telah hilang. Satu masa yang khusus akan dipilih unuk membincangkan perkara ini.
TINDAKAN : SEMUA AJK UNIT KESELAMATAN

3. HAL-HAL LAIN

3.1 En. Mohd. Pilus meminta supaya semua ahli jawatankuasa bersedia untuk latihan
kebakaran seperti yang telah dijadualkan.

3.2 En. Mohd. Pilus mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas kehadiran dan berharap
agar semua program yang dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua AJK untuk menjayakan
aktiviti yang telah dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang dan diakhiri dengan tasbih Kaffarah dan Surah Al-
Asr.

DISEDIAKAN OLEH:

MD. FAKHRURRAZI YASSIN,


Setiausaha Unit Keselamatan,
Jawatankuasa Pengurusan 3K
SK KING GEORGE V

You might also like