You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT BENCANA KALI PERTAMA

2020

TARIKH :
HARI : SELASA
MASA : 1.30 PTG
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
KEHADIRAN : 8/8
1) Pn. Norhikmah bt yusop
2) En. Mohd zafli bin mohd zainon
3) En. Muhammad asyraf bin ismail
4) Pn. Khariati binti mohammad akhiyar
5) Pn. Fara wahida binti wangit
6) En. Mohd hafiz bin alias
7) Pn Haslinda bt Samsudin
8) Pn Hazlinda bt Januddin

AGENDA MESYUARAT:

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan Al-Fatihah dan bacaan doa.
1.2. Beliau mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
komitmen dan kehadiran semua ahli jawatankuasa mesyuarat.
1.3. Berharap semua guru dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan lebih baik.

Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
TIADA

3 PERKARA BERBANGKIT:
TIADA

4 PERKARA BAHARU /ISU UTAMA:


4.1 Tujuan Penubuhan

4.1.1 Fokus bencana, H1N1, banjir, jerebu dan lain-lain.


4.1.2 Agensi yang terlibat adalah PIBG sekolah, pihak polis, pengusaha kantin sekolah,
Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah dan Syarikat pembersihan kawasan /
bangunan sekolah.
4.1.3 Menyusun tugas guru-guru seperti menyediakan pelan kecemasan, laluan
kecemasan, menyebarkan maklumat tentang bencana alam dan mengikut SOP yang
telah ditetapkan .
4.1.4 Memastikan peralatan seperti penyukat suhu badan, mask, first aid, sarung
tangan dan sanitizer sentiasa ada.
Tindakan : Makluman

4.2 Aktiviti Tahunan Unit


4.2.1 Aktiviti tahunan unit ialah
a) Ceramah bencana alam
b) Laluan kecemasan
c) Poster dan maklumat bencana alam
d) Latihan bencana alam

4.3 Menyediakan Fail Unit


4.3.1 Mengemaskini fail unit mengikut senarai semak yang dikeluarkan oleh pihak
pentadbiran selaras dengan SPSK.

5 Hal - Hal Lain


5.1 Pn Nor Hikmah meminta semua ahli jawatankuasa agar lebih peka dengan isu bencana
alam yang berlaku sepanjang tahun ini.

6 Penutup

6.1 Pengerusi berharap AJK sentiasa peka dan meningkatkan pemahaman bantuan
pengurusan bencana di peringkat sekolah. Pemantuan persediaan dalam meningkatkan
kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah dapat dipertingkatkan.
6.2 Sokongan dari semua pihak amat penting untuk mewujudkan struktur yang jelas dan
fungsi yang nyata untuk membolehkan perolehan dan penggunaan sumber secara optima
oleh semua pihak yang terlibat.
6.3 Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 2:15 petang.

Urus Setia
Setiausaha Unit Bencana Alam
Sk Kampung Medan

Tarikh : 16 April 2020.

You might also like