You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA

13200 KEPALA BATAS


PULAU PINANG
TEL : 04-5741644 / FAX : 04-5741641
Email: pba2038@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT UNIT KESELAMATAN


BIL 1, SESI 2023/2024

TARIKH : 11 / 5 / 2023
HARI : KHAMIS
MASA : 1:00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Zamzuri Akmar bin Omar - PK HEM
2. Pn. Norizan bt Umar - Ketua Unit
3. Pn. Hasni bt Hussin - Setiausaha
4. En. Amirudin bin Omar
5. En. Mohd Zamri bin Othman
6. En. Zaidi bin.Mohd Isa
7. En. Adanan bin Hj. Sahat
8. En. Muhammad Mustaqim bin Muzamil

TIDAK HADIR BERSEBAB :


- Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI – Pn. Norizan bt Umar


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli dalam mesyuarat
Jawatankuasa Unit Keselamatan pada hari ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan dapat
meluangkan masa dalam mesyuarat pada hari ini.
1.4 Pengerusi berharap Unit Keselamatan dapat melaksanakan semua
perancangan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun.

Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Cadangan oleh : En. En. Amirudin bin Omar
Disokong oleh : En. Mohd Zamri bin Othman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4. PERANCANGAN UNIT KESELAMATAN


4.1 Pengerusi membentangkan secara ringkas ahli jawatankuasa dan
perancangan unit bagi sesi 2023/2024.
4.2 Pengerusi memaklumkan aktiviti utama unit adalah Latihan Kawad Kebakaran
yang akan dijalankan dua kali setahun. Persediaan kepada program ini akan
dijalankan sebaik sahaja mendapat arahan dari pentadbir sekolah.

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik.
5.2 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu diganti.
5.3 Pelan laluan kecemasan untuk kelas yang belum ada akan disediakan.

Tindakan : Makluman

6. UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi berharap semua ahli dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

You might also like