You are on page 1of 17

KERTAS KERJA

_________________________________________________________________________

PENUBUHAN PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

_________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:
NURAFIQAH BINTI ROSELAN
1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan
daripada pihak tuan untuk merealisasikan pelaksanaan penubuhan Persatuan Ekonomi
Rumah Tangga di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Hasil bancian yang dikutip daripada
tahun 4 hinggan tahun 6, hampir keseluruhan murid-murid berminat dengan Persatuan
Ekonomi Rumah Tangga. Pelaksanaan penubuhan persatuan yang dirancang ini
diharapkan dapat menarik minat murid terhadap jahitan dan masakan serta melahirkan
murid yang berketerampilan, kreatif, inovatif dan mampu bersaing dalam pendidikan masa
kini.
1.1 Matlamat
Penubuhan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga Sekolah Kebangsaan Bukit
Gambir ini bermatlamat untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman dalam ekonomi rumah tangga untuk meningkatkan
keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
keseimbangan aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek
1.2 Objektif
Perancangan bagi penubuhan persatuan Ekonomi Rumah Tangga ini berhasrat
dapat :
1.2.1 Membolehkan guru menjalankan aktiviti persatuan dengan lebih mudah
dan selaras
1.2.2 Mencungkil bakat murid dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga
1.2.3 Mengamalkan pembelajaran ilmu Ekonomi Rumah Tangga dalam
kehidupan seharian murid.
1.3 Rasional Persatuan
Penubuhan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga ini adalah penting kerana:
1.3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua
sekolah dalam mewujudkan insan yang kreatif dan inovatif.
1.3.2 Persatuan ini berperanan sebagai satu-satunya platfom kepada murid-
murid Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir untuk mempelajari asas-asas
kemahiran hidup secara formal.
1.3.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara menjahit dan
memasak.
1.3.4 Pergerakkan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga yang didaftarkan di
bawah nama Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir mampu
mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir.

2
1.3.5 Penubuhan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga ini merupakan satu
inisiatif bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap
kepentingan pengetahuan tambahan dan penglibatan dalam
kokurikulum.
1.4 Kumpulan Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir terutama murid tahun 3,4,5 dan
6 akan terlibat dalam pelaksanaan penubuhan persatuan Ekonomi Rumah Tangga
ini.
1.5 Identiti Persatuan
1.5.1 Logo dan Rasional

Perkara Rasional
EKONOMI RUMAH TANGGA Nama persatuan
Ilmu Mempunyai pengetahuan berkaitan
asas jahitan dan memasak
Usaha Berusaha untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran
Jaya Berjaya untuk menguasai segala
kemahiran
SKBG Nama sekolah
Chef Lelaki Melambangkan imej persatuan
Warna merah Keberanian untuk mencuba sesuatu
yang baru

3
Warna hijau Melambangkan seimbang antara
kemahiran dan kognitif

1.5.2 Nama Persatuan


Persatuan Ekonomi Rumah Tangga
1.5.3 Visi
Menjadikan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga sebagai sebuah
Persatuan yang melahirkan murid-murid yang memiliki pelbagai
kemahiran.
1.5.4 Misi
Melahirkan masyarakat belia yang mempunyai pelbagai kemahiran
1.5.5 Moto
Ilmu, Usaha, Jaya
1.5.6 Lagu
ERT riang gembira
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan Ulang 2X
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat waja

Berganding bahu, bersatu hati,


Bersatu kita capai wawasan
bersama iman dan rohani
melangkah dengan kesungguhancekal
Demi untuk kejayaan persatuan Ekonomi rumah tangga.

4
1.6 Jawatankuasa Kerja

Abdul Rahman b Ismail

Penaung

Siti Adzirah bt Sapirin Nurafiqah binti Roselan


Guru Penasihat 1 Guru Penasihat 2

Amirul Siddiq b Sanat

Pengerusi

Nada bt Abdul Rahman

Naib Penngerusi

Nor Asma bt Fauzi

Setiausaha

Fatin Nur Aimi bt Nawi

Bendahari

Siti Azifah bt Yaakob Nusaibah bt Abdul Razak

AJK Tahun 3 AJK Tahun 4

Dhiyaul Aiman bt Samsudin Luqman Hakim b Ajizi

AJK Tahun 5 AJK Tahun 6

1.7 Cadangan Aktiviti

Minggu Aktiviti Tindakan Catatan


2 Mesyuarat agong Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Cik Nurafiqah bt Roselan

5
5 Asas memasak Cik Siti Adzirah bt Sapirin
8 Menghias Papan Cik Nurafiqah bt Roselan
Amirul Siddiq b Sanat
Kenyataan
Persatuan
11 Asas Menjahit 1 Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Nada bt Abdul Rahman
14 Lawatan sambil Cik Nurafiqah bt Roselan
belajar Siti Azifah bt Yaakob
17 Gotong-royong Cik Siti Adzirah bt Sapirin Guru meminta
murid-murid
Cik Nurafiqah bt Roselan
membawa
alat-alat untuk
membersih
20 Lukisan mural di bilik Cik Nurafiqah bt Roselan Cat, berus cat
dan bekas cat
ERT Dhiyaul Aiman b Samsudin
disediakan
lebih awal oleh
guru
23 Pertandingan Cik Siti Adzirah bt Sapirin Murid perlu
diberitahu
memasak Cik Nurafiqah bt Roselan
terlebih dahulu
mengenai
pertandingan
tersebutdan
dikehendaki
membawa
peralatan yang
diperlukan.
26 Asas membuat bater Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Luqman Hakim b Ajizi
28 Pertandingan Cik Nurafiqah bt Roselan
menggubah suai Nor Asma bt Fauzi
baju
31 Asas menjahit Cik Siti Adzirah bt Sapirin
blouse Nada bt Abdul Rahman
33 Asas membuat doh Cik Nurafiqah bt Roselan
Nusaibah bt Abdul Razak

6
1.8 Perancangan Aktiviti Tahunan

Aktiviti Mesyuarat Agong


Tarikh / hari 8 Februari 2019 / Rabu
Masa 2.30 – 3.30 petang
tempat Bilik ERT
tindakan Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Perancangan 1. Murid ditunjukkan peralatan-peralatan di dalam bilik ERT
aktiviti 2. Murid diberitahu mengenai peraturan-peratuan yang terdapat
dalam bilik ERT
3. Murid dilantik menjadi ahli majlis tertinggi dan ahli jawatan
kuasa
4. Murid diberi pendedahan awal mengenai aktiviti sepanjang
tahun

Aktiviti Asas Menjahit 1


Tarikh / hari 13 Mac 2019 / Rabu
Masa 2.30 – 3.30 petang
tempat Bilik ERT
tindakan Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Nada bt Abdul Rahman
Perancangan 1. Murid diberi pendedahan awal berkaitan peralatan-peralatan
aktiviti yang perlu digunakan sebelum, semasa dan selepas
menjahit.
2. Murid diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menggunting kain
dengan betul.
3. Murid diberi pendedahan mengenai simbol-simbol yang akan
digunakan ketika melukis pola kain.
4. Murid diberi tunjuk ajar cara-cara melukis pola kain dengan
betul.
5. Murid diberi peluang untuk mencuba meluki pola mereka
sendiri setelah guru selesai memberi penerangan.

7
Aktiviti Pertandingan Memasak
Tarikh / hari 5 Jun 2019 / Rabu
Masa 2.30 – 3.30 petang
tempat Bilik ERT
tindakan Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Cik Nurafiqah bt Roselan
Perancangan 1. Murid diberi peralatan untuk memasak
aktiviti 2. Murid dikehendaki untuk memasak menggunakan bahan-
bahan yang telah disediakan.
3. Murid perlu memasak dalam masa yang telah ditetapkan.
4. Murid akan dipantau oleh guru-guru sepanjang pertandingan
memasak.

Aktiviti Asas Membuat Bater


Tarikh / hari 26 Jun 2019 / Rabu
Masa 2.30 – 3.30 petang
tempat Bilik ERT
tindakan Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Luqman Hakim b Ajizi
Perancangan 1. Murid diberi pendedahan berkenaan bahan-bahan asas
aktiviti dalam membuat bater.
2. Murid diberitahu mengenai jenis-jenis bater yang ada.
3. Murid melihat guru membancuh bater.
4. Murid diberi peluang untuk mencuba membancuh bater
sesama ahli kumpulan.
5. Murid dipantau sepanjang aktiviti berlangsung

8
Aktiviti Asas menjahit blouse
Tarikh / hari 31 Julai 2019 / Rabu
Masa 2.30 – 3.30 petang
tempat Bilik ERT
tindakan Cik Siti Adzirah bt Sapirin
Nada bt Abdul Rahman
Perancangan 1. Murid ditunjukkan jenis-jenis blouse yang ada.
aktiviti 2. Setiap murid dibekalkan dengan peralatan-peralatan untuk
membuat blouse.
3. Murid melihat cara guru melukis pola blouse dengan baik.
4. Murid membuat pola blouse selepas melihat tunjuk ajar guru.
5. Murid dipantau sepanjang aktiviti berlangsung

1.9 Yuran Keahlian


Sila rujuk lampiran 1
1.10 Borang Keahlian
Sila rujuk lampiran 2
1.11 Penutup
Kertas cadangan ini dibentangkan dengan harapan agar cadangan untuk
menubuhkan persatuan Ekonomi Rumah Tangga dapat perhatian yang serius
dari pihak pentadbiran agar dapat merealisasikan hobi dan minat murid-murid
terhadap ekonomi rumah tangga. Kertas cadangan ini dibentangkan antara
lainnya adalah agar selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek.

9
Lampiran 1

Yuran Persatuan

Bil Perkara Jumlah Catatan


1. Yuran Pendaftaran RM 10 x 35 murid = RM 350
2. Yuran Bulanan RM 2 x 35 murid = RM 70

10
Lampiran 2

Cara Untuk
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN

PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

Nama:

Kelas:

No. Surat Beranak:

Jantina:

Saya mengaku bahawa segala butiran di atas adalah benar:

_______________________________

Nama:

Tarikh:

11
Disediakan oleh

_________________________
(NOR ASMA BINTI FAUZI)
SETIAUSAHA
PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA

Disokong oleh

_______________________
(NURAFIQAH BINTI ROSELAN)
GURU PEMBIMBING
PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA

Diluluskan oleh

___________________________
(ABDUL RAHMAN B ISMAIL)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

12
2.0 Definisi
Analisis SWOT adalah instumen perencanaan strategik yang klasik (Daniel Start &
Ingie Hovland, 2014). Dengan menggunakan kerangka kerja kekuatan, kelemahan
dan ancaman, instumen ini memberikan cara yang sederhanan untuk mencari cara
terbaik untuk melaksanakan sebuah strategi. Instrumen ini menolong para perncana
apa yang boleh dicapai oleh mereka dan perkara-perkara yang perlu mereka
fokuskan. Penggunaan analisis SWOT yang efektif dapat memegang peranan penting
dalam menentukan strategi kompetetif agar dapat mengetahui kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang dihadapi oleh sebuah persatuan ketika menjalankan
aktiviti. Untuk membina analisis SWOT ini, ia memerlukan kepada kekuatan,
kelebihan, peluang dan ancaman. Dengan ada keempat-empat elemen ini, maka
analisis SWOT dapat post moterm dapat dilakukan dengan efisien sekali.
2.1 Cara Untuk Menganalisis SWOT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR
ANALISIS SWOT 2019
PERTANDINGAN MEMASAK
PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA
STRENGTH (KEKUATAN) WEAKNESS(KELEMAHAN)
1. Pihak pentadbir sentiasa memberi 1. Kurang mendapat sambutan dalam
kerjasama serta memberi ruang kalangan murid.
secukupnya bagi guru-guru 2. Penglibatan guru tidak 100%
menjalankan aktiviti
2. Semua ahli persatuan mempunyai
minat terhadap aktiviti yang
dijalankan.
3. Murid di sekolah ini merupakan
murid yang berbakat, berdisiplin,
boleh memberikan komitmen
yang tinggi sewaktu pertandingan
ini berlangsung.
4. Wujud kerjasama yang erat
antara pihak sekolah, PIBG dan
seluruh ahli sekolah.

13
OPPURTUNITY (PELUANG) THREAT(ANCAMAN)
1. Ahli persatuan berpeluang untuk 1. Keadaan kewangan yang terhad,
merebut peluang menonjolkan perbelanjaan perlu berhemat dan
bakat mereka dalam aktiviti ini. kos peralatan yang sentiasa
2. Pihak pentadbir turut memberikan meningkat.
sokongan terhadap aktiviti ini. 2. Kesukaran guru untuk melibatkan
3. Meningkatkan hubungan antara lebih ramai murid dalam aktiviti ini
guru dan murid. kerana sikap pasif, malu dan tiada
4. Terdapat peluang yang cukup keyakinan dalam diri murid.
luas kepada semua murid yang 3. Kekangan masa.
ingin mencungkil bakat mereka
yang terpendam.
5. Ruang yang seluas-luasnya
dibuka kepada semua murid
tanpa mengira jantina.

2.2 Huraian SWOT

Secara umumnya, analisis SWOT dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu,
faktor internal dan faktor eksternal. Faktor internal melibatkan kekuatan dan
kelemahan manakala faktor eksternal pula melibatkan peluang dan ancaman.
Kekuatan merupakan situasi atau kondisi yang merupakan kekuatan yang dimiliki oleh
persatuan yang boleh memberikan pengaruh positif pada saat aktiviti di jalankan atau
di masa yang akan datang. Analisis dapat dibuat dengan bertanyakan soalan seperti,
apakah kelebihan yang dimiliki oleh persatuan ekonomi rumah tangga?, apakah
keunikan persatuan ekonomi rumah tangga? dan banyak lagi. Jika diteliti pertandingan
memasak yang dianjurkan oleh persatuan Ekonomi Rumah Tangga terdapat beberapa
kekuatan yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah, pihak pentadbir yang sentiasa
memberi kerjasama serta memberi ruang yang secukupnya kepada guru-guru
menjalankan aktiviti, semua ahli persatuan menunjukkan minat kepada aktiviti yang
ingin dijalankan, murid di sekolah ini merupakan murid yang berbakat, berdisiplin,
boleh memberikan komitmen yang tinggi sewaktu pertandingan ini berlangsung dan
wujud kerjasama yang erat antara pihak sekolah, PIBG dan seluruh ahli sekolah.

Selain itu, kelemahan merupakan situasi yang dimiliki oleh persatuan yang boleh
memberikan pengaruh negatif pada saat aktiviti dijalankan atau pada masa yang akan
datang. Analisis ini dapat dilakukan dengan bertanyakan soalan-soalan seperti,
apakah yang perlu dilakukan agar dapat meningkatkan mutu persatuan kita ? faktor

14
tidak mendapat sambutan ramai daripada murid-murid? dan banyak lagi. Soalan-
soalan ini dapat membantu guru untuk membuat penambahbaikkan bagi pertandingan
masak dengan lebih baik lagi. Kelemahan pertandingan memasak yang diajurkan
adalah kurang mendapat sambutan daripada murid dan penglibatan guru tidak 100%.
Pihak persatuan perlu melakukan poster untuk memaklumkan bahawa terdapat
pertandingan memasak yang akan dijalankan pada masa dan tarik yang telah
ditetapkan. Dengan adanya langkah sebegitu, murid-murid sekolah dan guru akan
lebih cakna akan kewujudan pertandingan memasak sekali gus memberi sambutan
hangat kepada pertandingan tersebut.
Peluang juga merupakan antara elemen yang terdapat dalam analisis SWOT.
Peluang meruapakan kesempatan di luar persatuan yang boleh memberikan kebaikan
dan peluang kepada persatuan untuk bekembang di masa akan datang. Peluang yang
terdapat sewaktu pertandingan memasak ini adalah, ahli persatuan berpeluang untuk
merebut peluang menonjolkan bakat mereka dalam aktiviti ini, pihak pentadbir turut
memberikan sokongan terhadap aktiviti ini, meningkatkan hubungan antara guru dan
murid, terdapat peluang yang cukup luas kepada semua murid yang ingin mencungkil
bakat mereka yang terpendam dan ruang yang seluas-luasnya dibuka kepada semua
murid tanpa mengira jantina. Stigma masyarakat adalah persatuan Ekonomi Rumah
Tangga adalah untuk murid perempuan, namun persatuan ini membuka ruang dan
peluang kepada murid tanpa mengira jantina. Ini merupakan peluang yang jarang
dapat kita lihat di sekolah-sekolah lain.
Akhir sekali bagi analisis SWOT ini adalah ancaman. Ancaman juga merupakan
elemen yang akan dihadapi oleh sesebuah persatuan atau organisasi ketika
menganjurkan sesuatu aktiviti. Ancaman yang dapat dilihat daripada pertandingan
memasak adalah keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan
kos peralatan yang sentiasa meningkat, kesukaran guru untuk melibatkan lebih ramai
murid dalam aktiviti ini kerana sikap pasif, malu dan tiada keyakinan dalam diri murid
dan kekangan masa. Ancaman ini dapat diatasi dengan adanya perbincangan yang
jelas dengan guru-guru serta pihak pentadbir. Namun, apabila menganjurkan
pertandingan, ia tidak akan lari dari ancaman. Tetapi sebagai seorang guru yang telah
dilatih, kita dapat meminimumkan ancaman kepada aktiviti yang telah di jalankan.
2.3 Penutup
Dengan adanya analisis SWOT ini, diharapkan dapat memberikan halatuju yang
lebih jelas kepada guru-guru penasihat persatuan Ekonomi Rumah Tangga.
perancangan yang rapi serta komiteman yang tinggi amat diperlukan bagi
merealisasikan objektif persatuan ini. Pelaksanaan pertandingan memasak yang
dirancang memerlukan penelitian, pemantauan serta penilaian yang lebih terperinci

15
agar keberkesanannya dapat dikecapi dan dirasai. Analisis SWOT yang dilakukan
secara menyeluruh ini hanya tinggal berbekas di kertas putih jika tidak diambil sebagai
pengajaran bagi aktiviti seterusnya.

16
Rujukan

Daniel Start & Ingie Hovland. (2014). Tools for Policy Impact: A Handbook for Researchers.
London: Research and Policy in Development Programme.

17

You might also like