You are on page 1of 1

Telefon: 09-695 7012

Fax: 09-695 7429

”1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami: IPGKSM .TR (KK) 0001/ Jld. 25 (53)


Tarikh: 13 Februari 2014
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Pejabat Daerah Pertahanan Awam Besut
Lot PT 344, Bandar Jerteh,
22000, Jerteh,
Terengganu Darul Iman.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KESELAMATAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN INSTITUT


PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 2014

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan 2014, akan diadakan di Astaka IPG Kampus Sultan Mizan pada 5 Mac 2014 dan Padang SMK
Nasiruddin Shah pada 10 Mac 2014.

3. Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putra yang
akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10 Mac 2014 (Isnin)


Masa : 2.45 petang - 6.00 petang
Tempat : Padang SMK Nasiruddin Shah

4. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengelola ingin memohon bantuan pihak tuan untuk
bantuan pertolongan cemas sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Sebarang urusan berhubung
perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohamad b. Ab. Latiff di talian 013-9310022.

5. Kerjasama dan perihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN BIN HASHIM)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu.

You might also like