You are on page 1of 1

PERATURAN SUKANTARA 2015

LOMPAT TINGGI

1) Lompat menggunakan sebelah kaki.


2) Tidak menjatuhkan palang.
3) Sekiranya tidak melakukan lompatan, tetapi telah melanggar tilam atau
tersentuh palang dikira BATAL.
4) 1 mata akan dikira bagi setiap seorang murid yang berjaya membuat
lompatan melepasi ketinggian yang telah ditetapkan mengikut tahun.

LOMPAT JAUH

1) Lompat menggunakan sebelah kaki.


2) Kaki tidak boleh pijak melebihi papan lonjak.
3) Lompatan dikira walaupun tidak memijak papan lonjak.
4) 1 mata akan dikira bagi setiap seorang murid yang berjaya membuat
lompatan melepasi jarak yang telah ditetapkan mengikut tahun.

LONTAR PELURU

1) Murid keluar dan masuk ke kawasan lontaran melalui belakang.


2) Peluru hendaklah berada di bawah telinga iaitu di tepi leher, BUKAN di atas
bahu.
3) Murid tidak boleh BALING peluru, hanya membuat TOLAKAN dari telinga ke
hadapan.
4) Tahun 3&4 = peluru 1kg, Tahun 5&6 = peluru 2.72kg
5) 1 mata akan dikira bagi setiap seorang murid yang berjaya membuat lontaran
melepasi jarak yang telah ditetapkan mengikut tahun.

LARIAN 100m

1) Berlari di lorong masing-masing, BATAL sekiranya masuk ke lorong lain.


2) 1 mata akan dikira bagi setiap seorang murid yang berjaya menamatkan
larian 100m dalam tempoh masa yang telah ditetapkan mengikut tahun.

You might also like