You are on page 1of 1

Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk (Perlembagaan Terengganu)

Fasal 5 Sekiranya ketiadaan semua waris, Raja atau ada, tetapi tidak berkelayakkan
untuk ditabalkan sebagai Raja, kerajaan hendaklah bermesyuarat dengan
Jemaah Menteri dan ahl al-Hal wa al-Aqd.
Fasal 6 Raja yang bebas dan mutlak dalam kesemua hal kecuali dalam lantikan
Menteri Besar, Menteri dan pegawai-pegawai negeri serta menentukan kuasa
mereka dan juga memberi darjah kebesaran dan akuan bagi mereka tersebut
Fasal 7 Raja yang bebas dan mutlak dalam kesemua hal kecuali dalam pemecatan
Menteri Besar, Menteri dan pegawai-pegawai negeri
Fasal 8 Raja Terengganu mesti melaksanakan pentadbiran dan keputusan mesyuarat
Fasa 9 Sekiranya ahli mesyuarat tiada, Raja boleh menentukan dengan sendiri
mengenai perkara yang memerlukan penyelesaian. Keputusan yang dibuat
atas pemikiran baginda itu akan ditimbang semula oleh ahli mesyuarat.
Fasal 23 Raja berhak melantik Menteri-menteri yang juga pegawai-pegawai besar
kerajaan sebagai penolong khas raja dalam apa juga pekerjaan
Fasal 29 Pelantikan Menteri besar adalah kuasa mutlak raja, manakala lantikan
Timbalan Menteri besar adalah hak Jemaah Menteri
Fasal 30 Menteri besar hendaklah dilantik dari kalangan besar kerajaan dan sudah
menjadi ahli mesyuarat kerajaan
Fasal 31 Seseorang itu boleh meletak jawatan sebagai Menteri besar tetapi tidak boleh
menarik diri daripada menjadi Ahli Mesyuarat Negeri kecuali dengan
permohonan mereka yang lain dan diperkenan Raja
Fasal 34 Setiap Menteri hendaklah mengamalkan prinsip syura dalam perkara berat
dan besar. Tetapi Menteri itulah yang akan bertanggungjawab kepada kesan
daripada tindakan yang ambil dalam jawatannya itu.
Fasal 43 Pelaksanaan syura atau mesyuarat ini memberi hak kepada setiap ahli
menyuarakan pendapat walaupun bertentangan antara satu sama lain. Tetapi
keputusan diambil daripada ketetapan majoriti.
Fasal 44 Setiap ketetapan yang dicapai dalam Mesyuarat hendaklah ditulis dalam buku
dan dimaklumkan kepada Raja. Sekiranya keputusan atau ketetapan atau
undang-undang yang dibuat oleh Mesyuarat tersebut mengenai isi negeri
Terengganu, ia hendaklah dizahirkan kepada awam setelah mendapat
perkenan Raja.
Fasal 53 Keperluan mesyuarat disebut dalam hal mengubah dan mentafsir
Perlembagaan.
Fasal 54 Sekiranya perkenan Raja mengenai ketetapan yang telah dibuat itu, maka ia
hendaklah dibawa kepada mesyuarat sehingga tiga kali dan kali keempat jika
gagal. Setelah dibincangkan pada kali keempat ini, ketetapan tersebut boleh
dibenarkan Raja kerana telah tiada kecuaian (taqsir) lagi pada Raja, atau tiada
lagi kegusaran Raja.

You might also like