You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan
Sukan Rugbi merupakan satu aktiviti sukan yang sihat dan ia merupakan sukan yang
di iktiraf oleh badan sukan dunia dan kebangsaan di Malaysia. Oleh itu satu cadangan
penubuhan Kelab Ragbi sekolah telah diusulkan bersama Kumpulan Sarana Sokongan
ibubapa SK Pusat Jerteh (SKPJ). Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh
mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan perlawanan
persahabatan bersama sekolah-sekolah atau kelab-kelab ragbi di Malaysia serta
mengeratkan siraturrahim dalam komuniti sukan.

Tambahan pula, pihak kementerian telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan


program “satu murid satu sukan”, bagi memastikan murid menceburi bidang sukan.
Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam
pembangunan modal insan negara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan
bagi memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi
menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui
pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2011).

Pihak Kementerian Pendidikan juga telah mengarahkan agar murid-murid sekolah


rendah menguasai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Selain itu, kelab ini ditubuhkan
bagi mendedahkan murid-murid dengan sukan ragbi dan mencungkil bakat murid-murid
dalam sukan ini seterusnya mengasah dan mengembangkan lagi bakat sedia ada murid-
murid. Penubuhan kelab ragbi ini boleh dijadikan platform atau laluan kepada murid yang
berbakat dalam sukan ragbi untuk menyerlahkan lagi bakat mereka.

Oleh itu, satu mesyuarat penaja diadakan. Melalui mesyuarat ini, surat permohonan
penubuhan dari Jawatakuasa Penaja Persatuan melalui Guru Pemimpin dikeluarkan
(Rujuk Lampiran 1). Setelah mendapat surat kelulusan penubuhan kelab (Rujuk lampiran
2) daripada Guru Besar, satu surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran
kelab dari Setiausaha Kelab Ragbi (Rujuk Lampiran 3) melalui guru penasihat dikeluarkan
kepada Guru Besar. Seterusnya, satu perlembagaan dan peraturan-peraturan dikeluarkan
sebagai rujukan untuk individu-individu yang terlibat (Rujuk lampiran 4)

1
2.0 Rasional
Rasional penubuhan kelab ini adalah kerana murid-murid menunjukkan minat
terhadap sukan ragbi apabila guru bercerita tentang ragbi di Malaysia mahupun
antarabangsa. Selain itu, terdapat beberapa orang guru SKPJ yang berkemahiran dalam
sukan ragbi termasuk ragbi sentuh. Tambahan pula, sukan ragbi semakin mendapat
perhatian di Malaysia dan antara sukan yang diminati oleh remaja mahupun kanak-kanak
setaraf dengan sukan bola sepak.

3.0 Matlamat
Memastikan murid Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh (SKPJ) berjaya dalam bidang
sukan selaras dengan akademik. Seterusnya melahirkan murid yang berbakat dalam
sukan ragbi dan dapat menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi sebagai
“pengeluar bakat” dalam sukan ragbi di Malaysia.

4.0 Objektif
i. Memperkenalkan kepada murid-murid tentang ragbi rimau iaitu ragbi sentuh.
ii. Meningkatkan keberanian dan keyakinan murid-murid untuk menyertai sukan
ragbi.
iii. Melahirkan murid yang dapat merancang strategi permainan dan berkomunikasi
semasa bermain.
iv. Mencungkil dan mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam sukan ragbi rimau
atau rabgi sentuh.
v. Memastikan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2
5.0 Carta Organisasi
5.1 Carta Organisasi Penaja

PENAUNG
(Guru besar SKPJ)

PENASIHAT
(PK 1)

PENGERUSI
(PK 2)

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

3
5.2 Carta Organisasi Induk

6.0 Sasaran
Terbuka kepada murid-murid darjah dua hingga darjah enam SKPJ.

7.0 Perlembagaan
7.1 Identiti Kelab (logo, moto, lagu)
7.1.1 Logo Kelab

7.1.2 Moto
‘RUGBY FOR ALL”

4
7.1.3 Lagu
Berdiri kami disini
Berjuang demi Ragbi
Membawa ke persada dunia
Banggakan negara kita

Ayuh kawan ku ayuh


Hadapi musuh bersama
Musuh pasti gentar.Kitakan Berjaya x2
Bersama-sama

7.2 Kewangan
Beberapa aspek pendapatan diperoleh mengikut perlembagaan. Antaranya
ialah peruntukan dari pihak sekolah. Selain itu, yuran khas dari ahli yang memasuki
kelab Rugbi. Kutipan daripada ahli ini telah pun dicadangkan dalam mesyuarat
AJK berkaitan jumlah yang berpatutan dengan murid-murid. Setelah sebulat suara
mencapai kata putus berkaitan jumlah yuran yang akan dikenakan, surat
permohonan menetapkan yuran ini dihantar kepada Guru Besar melalui Guru
Penasihat. Seterusnya, kelab ini juga turut mendapat derma, sumbangan khas dari
PIBG dan para dermawan.

7.3 Tugas Ahli Jawatan Kuasa


Terdapat beberapa tugas ahli jawatan kuasa utama seperti pengerusi, naib
pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari, dan AJK-AJK
yang lain. Setiap organisasi, pengerusi merupakan individu yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjamin kelancaran sesuatu persatuan
atau kelab. Begitu juga dengan skop tugas pengerusi dalam penubuhan kelab
Rugbi. Antara peranan utama pengerusi ialah menjadi pengerusi semasa
mesyuarat AJK. Selain itu bertanggungjawab mematuhi perlembagaan am
peraturan persatuan yang dikenakan oleh kelab disamping memastikan
perancangan tahunan kelab terlaksana dan menjadi penghubung antara
persatuan dan membantu guru-guru lain. Bidang tugas bagi naib pengerusi pula
ialah membantu pengerusi menjalankan tugasnya dan mmangku jawatan
pengerusi sekiranya pengerusi tiada.seterusnya menyimpan semua rekod
keahlian
Peranan setiausaha pula ialah mencatat dan merekod atau menyediakan minit
peringatan mesyuarat dan menyimpan semua rekod mesyuarat. Selain itu,

5
menyediakan laporan kegiatan kelab yang dijalanakan. Seterusnya menjalankan
urusan surat-menyurat disamping menyimpan semua fail-fail kelab yang berkaitan.
Tugas bagi naib setiausaha pula ialah selaku pembantu setiausaha dalam
menjalankan tugasnya terutama sekali apabila setiausaha tiada iaitu mempunyai
urusan luar. Naib setiausaha akan mengambil alih tugas buat sementara waktu
termasujlah membantu menyediakan laporan kegiatan kelab dan membantu dari
segi menguruskan surat menyurat.

Manakala, tugas bendahari pula ialah menyediakan penuyata kewangan iaitu


menguruskan dan menyenaraikan segala duit masuk dan duit keluar kelab. Tugas
bendahari termasuklah mengutip yuran khas yang dibenarkan, menerima derma
dan sumbangan kemudian menyerahkannya kepada guru penasihat. Selain itu,
bendahari dikehendaki menghadiri semua mesyuarat dan bekerjasama dengan
semua AJK dan ahli-ahli kelab yang lain. Pembantu bagi bendahari ialah naib
bendahari. Tugas naib bendahari ialah membantu bendahari menjalanka
tugasnya. Turut membantu dari segi mengutip yuran khas yang ditetapkan dan
diluluskan seterusnya turutv memabntu untuk menyimpan yuran kelab tersebut
Ahli biasa juga mempunyai peranan tersendiri iaitu mereka dikehendaki
menghadiri mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan. Selain itu, mereka
dikehendaki untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dari pihak guru ataupun
AJK yang lain. Segala pembayaran yang diperlukan seperti yuran ahli dan yuran
bulanan mestiah dibayar setelah mendapat arahan. Akhir sekali, ahli mestilah
menyumbangkan tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti yang
ditetapkan

8.0 Aktiviti
8.1 Takwin Mingguan/ Bulanan

Bulan Minggu Aktiviti Tindakan /


Catatan
Januari Minggu 2 Pendataran ahli baru
Minggu 3 Pelantikan ahli baru
Minggu 4 Suai kenal ahli
Februari Minggu 1 Penerangan ringkas mengenai ragbi sentuh
Minggu 2 Pengenalan kepada permainan ragbi
Minggu 3 Alatan yang digunakan untuk ragbi
Minggu 4 Peraturan ragbi

6
Mac Minggu 1 Shadow ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 4 Taktikal ragbi
April Minggu 1 Peraturan ragbi
Minggu 2 Taktikal ragbi
Minggu 3 Fitness
Minggu 4 Pertandingan ragbi sentuh
300Mei Minggu 1 Shadow ragbi
Minggu 4 Peraturan ragbi
Jun Minggu 1 Taktikal ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 3 Petandingan ragbi sentuh
Minggu 4 Shadow ragbi
July Minggu 1 Peraturan
Minggu 2 Klinik Ragbi Sentuh
Minggu 3 Klinik Ragbi Santuh
Minggu 4 Fitness
Ogos Minggu 1 Taktikal ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 3 Pertandingan ragbi sentuh
Minggu 4 Shadow ragbi
Sept Minggu 1 Peraturan ragbi
Minggu 2 Taktikal ragbi
Minggu 4 Fitness
Oktober Minggu 1 Pertandingan ragbi sentuh
Minggu 2 Shadow ragbi

Berikut adalah program yang dicadangkan untuk tahunan:

Cadangan untuk aktiviti kelab tahunan pula ialah memastikan ahli kelab dapat menyertai
pertandingan ragbi sentuh peringkat Negeri. Selain itu, mengadakan pertandingan antara
sekolah yang terdekat (friendly match). Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat dan
semangat kesukanan dan pemilihan atlet. Seterusnya, memastikan penyertaan ahli untuk
pertandingan antara sekolah (MSSD) bagi menjamin bakat murid dicungkil dan mempunyai
semangat kesukanan

7
9.0 Kewangan
Bil Butiran Butiran (unit) Pendapatan Perbelanjaan
(RM) (RM)
1 Derma daripada guru- - 300
guru sekolah
2 PIBG - 600
3 Sumbangan Kelab - 700
Ragbi Negeri
4 Lain-lain - 80
5 Bola Ragbi 8 buah 280
6 stokin 15 pasang 150
7 Seluar pendek 15 helai 345
8 Boots 15 pasang 560
9 Jersey 15 helai 345
JUMLAH 1680 1680

10.0 Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Ragbi SK Pusat Jerteh merupakan satu
anjakan paradigma yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi melahirkan bakat muda
dalam sukan rabgi seterusnya menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Sikap kepimpinan yang diterapkan dalam sukan ragbi juga akan melahirkan lebih
ramai murid yang berdisiplin dan sentiasa patuh kepada arahan yang diberikan. Kelab
ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai kanak-kanak untuk menyertai ragbi
seterusnya memastikan kehendak Kementerian Pendidikan tercapai iaitu memastikan
setiap murid menguasai satu jenis sukan melalui program “1 murid 1 sukan”. Adalah
diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Ragbi mendapat pertimbangan dari pihak
tuan seterusnya diluluskan.

You might also like