You are on page 1of 9

POLISI SEKOLAH SELAMAT

TAJUK : KEBAKARAN FIZIKAL SEKOLAH – LATIHAN KEBAKARAN

1.0 PENGENALAN

Keselamatan merupakan satu amalan penting dalam kehidupan seharian


bukan sahaja di rumah malah di sekolah di mana ianya menjadi tanggungjawab
bersama oleh semua pihak. Ianya menjadi suatu bebola kehidupan yang tidak
harus dilihat sebagai elemen terasing dari segala perlakuan dan tindak tanduk
kita. Perubahan dalam globalisasi pendidikan kini telah mewajibkan kita bagi
mengenalpasti kaedah, strategi dan model program yang mampu kita bangunkan
bagi meningkatkan keupayaan keselamatan khususnya harta benda kita
daripada dimusnahkan oleh punca-punca kebakaran.

Kita perlu sedar ramai pelajar sekolah hari ini datangnya dari pelbagai
keluarga yang penuh misteri dan bermasalah serta wujudnya pengaruh luaran
yang negatif cuba mempengaruhi para pelajar. Pengaruh dan masalah ini akan
dibawa ke sekolah dan ini akan menjadikan sekolah tidak selamat. Dendam,
hasat-dengki yang sering diapi-apikan oleh pengaruh luaran ini menjadi punca
berlakunya kebakaran di beberapa buah sekolah di negara kita pada akhir-akhir
ini.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, organisasi pendidikan perlu


mengembling tenaga bagi menghadapi pelbagai cabaran dan perlulah
meningkatkan lagi kawalan keselamatan dari masa ke semasa. Sistem
pendawaian elektrik umpamanya perlu diganti apabila tempoh jangka hayatnya
tamat (Jangka hayat dawai elektrik 15 – 20 tahun). Peralatan mencegah
kebakaran perlu mencukupi dan ditempatkan ditempat-tempat yang perlu.
Disamping latihan kebakaran dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Oleh itu, membentuk sekolah yang selamat bagi mengelakkan bahaya di


sekolah, menjadi tugas semua warga sekolah dan komuniti setempat. Namun
begitu, faktor penting dalam setiap pelan keselamatan sekolah ialah bergantung
kepada pihak pengurusan sekolah. Umpamanya pihak pengurusan sekolah perlu
memantau keadaan bangunan sekolah bukan berdasarkan laporan semata-mata
tetapi mereka perlu memberitahu kepada pelajar, guru-guru atau staf dan
keluarga pelajar bukan hanya sekadar memberikan surat atau laporan semata-
mata. Ini merupakan nilai bagi sekolah yang selamat (Pam Schiffbauer, 2000).
Sementara itu, nilai masyarakat merupakan pengikat kepada semua komponen
yang terdapat di sekolah. Kerjasama daripada komuniti, penyelesaian konflik dan
nilai masyarakat merupakan pelengkap kepada program pengurusan untuk
membentuk sekolah yang selamat. Menurut Johnson (1997) pula, terdapat tiga
unsur yang membentuk sekolah yang selamat, iaitu:

i. Kerjasama daripada komuniti yang melibatkan ibu bapa, pihak


berkuasa tempatan dan masyarakat setempat.

ii. Sementara di pihak sekolah sendiri struktur tugas setiap staf sekolah
pada setiap hari bermatlamat untuk membantu pelajar dan menjadi
pengantara antara kelas-kelas.

iii. Guru terlibat dalam pengajaran secara berpasukan, secara sistematik


guru bertukar-tukar idea dan sumber dan menyertai kumpulan
perbincangan.

Ini menunjukkan bahawa matlamat utama sekolah adalah untuk menjalankan


aktiviti sekolah secara bekerjasama.

2.0 RASIONAL

2.1 Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan


keselamatan diri bukan sahaja boleh merosakkan diri individu
malah boleh menjejaskan kesejahteraan kumpulan dan
masyarakat.
2.2 Kurang kesedaran terhadap kepentingan keselamatan mungkin
berpunca dari kejahilan atau kurang pengetahuan dalam
mengendalikan kehidupan seharian.

2.3 Kesilapan atau kegagalan untuk memahami kemungkinan


berlakunya kebakaran dan kemalangan dari perkara-perkara yang
dianggap biasa itu perlu diperbetukan.

2.4 Kesedaran mengenai keselamatan dan mencegahnya dari


berlakunya kebakaran boleh diasuh dan dilatih supaya ianya boleh
menjadi sebahagian dari kehidupan dan menjadi amalan kita setiap
hari.

2.5 Memastikan bahawa kawasan persekitaran sekolah bebas


daripada punca dan anasir yang membolehkan berlakunya
kebakaran.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar dan

Kakitangan sekolah mengenai keselamatan sewaktu berlakunya


kebakaran.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memastikan keselamatan pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan

sekolah terjamin dan berada di dalam keadaan yang selamat.

4.2 Memastikan papan tanda amaran dan peraturan keselamatan


dipatuhi.

4.3 Mendidik pelajar cara-cara menyelamatkan diri sewaktu berlakunya


kebakaran.
4.4 Menyedarkan pelajar mengenai kepentingan mematuhi peraturan
keselamatan di sekolah.

4.5 Menjadikan persekitaran sekolah sebagai kawasan selamat.

5.0 POLISI

5.1 Setiap guru dan pelajar bertanggungjawab ke atas keselamatan diri


apabila berlaku kebakaran.

5.2 Semua arahan keselamatan yang telah ditetapkan mesti dipatuhi


dan semua pelajar dan guru diwajibkan berkumpul di satu tempat
yang telah ditetapkan.

5.3 Guru-guru dan pelajar-pelajar harus mengetahui perkara-perkara


yang perlu dilakukan dan mengambil tindakan segera apabila
berlaku kebakaran.
6.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

PROGRAM AKTIVITI

1. Latihan Kebakaran Peringkat 1. Mengedarkan pelan-pelan kebakaran


Sekolah kepada semua kelas, pejabat, bilik-
bilik khas termasuk makmal.
2. Mengadakan taklimat keselamatan
jika berlakunya kebakaran.
3. Menanda tanda arah laluan
kecemasan jika berlaku kebakaran.
4. Mengadakan latihan kebakaran kali
pertama.
5. Mengenalpasti kelemahan dan
memperbaikinya (kekangan).

2. Latihan Kebakaran Bersama 1. Ceramah kebakaran di sekolah oleh


Anggota Bomba anggota bomba.
2. Demonstrasi memadam kebakaran.
3. Rawatan kecemasan.

3. Pemantauan Memastikan perkara-perkara berikut


dalam keadaan selamat dan boleh
digunakan :
1. Peralatan kebakaran di kawasan
sekolah.
2. Punca Kuasa elektrik ( bilik suis
utama)
3. Punca air bomba
4. Host bomba.

\
7.0 ALIRAN KERJA : LATIHAN KEBAKARAN

Mula

Loceng Panjang
Dibunyikan

Pelajar Berbaris Di Luar


Kelas

Guru Memeriksa Bilik


Darjah

Pelajar Bergerak Pantas


Mengikut Laluan

Pelajar Berbaris Di
Tempat Berkumpul
Mengikut Kelas

Pemeriksaan Pelajar
Oleh Ketua Kelas

Guru Memeriksa
Kehadiran Pelajar
Merujuk Buku
Kehadiran

Guru Membuat Laporan


Kepada Guru Bertugas

Tamat

8.0 LANGKAH-LANGKAH

8.1 Guru yang sedang mengajar


8.1.1 Berhentikan proses pengajaran dan pembelajaran.

8.1.2 Arahkan pelajar supaya bertenang.

8.1.3 Arahkan semua pelajar berbaris dengan pantas di


luar kelas dan berjalan pantas melalui laluan
kecemasan mengikut pelan.

8.1.4 Pastikan tiada pelajar yang tertinggal di dalam kelas.

8.1.5 Kenalpastikan pelajar yang keluar kelas atau ke


tandas.

8.1.6 Pastikan guru adalah orang terakhir meninggalkan


kelas.

8.1.7 Arahkan pelajar berbaris di tempat yang disediakan.

8.1.8 Dapatkan buku kedatangan pelajar dari pembantu


pejabat dan semak kehadiran pelajar berdasarkan
kedatangan harian semasa.

8.1.9 Berikan laporan kepada guru keselamatan.

8.2 Ketua Kelas

8.2.1 Bantu guru dalam menjalankan tindakan di atas.

8.2.2 Mengambil alih tugas guru jika tiada guru semasa


kejadian.

8.3 Pelajar

8.3.1 Jangan panik, ikut arahan guru dan berbaris secara


pantas di luar kelas.

8.3.2 Berjalan pantas mengikut laluan kecemasan.

8.3.3 Jangan tolak menolak atau bergurau.

8.3.4 Berkumpul di tempat berkumpul mengikut kelas


masing-masing.
9.0 LANGKAH-LANGKAH

9.1 Guru yang sedang mengajar

9.1.1 Berhentikan proses pengajaran dan pembelajaran.

9.1.2 Arahkan pelajar supaya bertenang.

9.1.3 Arahkan semua pelajar berbaris dengan pantas di


luar kelas dan berjalan pantas melalui laluan
kecemasan mengikut pelan.

9.1.4 Pastikan tiada pelajar yang tertinggal di dalam kelas.

9.1.5 Kenalpastikan pelajar yang keluar kelas atau ke


tandas.

9.1.6 Pastikan guru adalah orang terakhir meninggalkan


kelas.

9.1.7 Arahkan pelajar berbaris di tempat yang disediakan.

9.1.8 Dapatkan buku kedatangan pelajar dari pembantu


pejabat dan semak kehadiran pelajar berdasarkan
kedatangan harian semasa.

9.1.9 Berikan laporan kepada guru keselamatan.

8.0 KEKANGAN SEMASA LATIHAN KEBAKARAN

8.1 Sikap pelajar yang kurang peka kepada arahan ketika berlaku
kebakaran.

8.2 Kurang pendedahan secara lisan untuk mengikuti arahan yang


telah ditetapkan jika berlakunya kebakaran.

8.3 Kurang kerjasama daripada seluruh warga sekolah.

9.0 PENYELIAAN
9.1 Pemantauan

- Pemantauan dilakukan oleh AJK Keselamatan sebanyak 2 kali


setahun.

- Setakat ini latihan tersebut telah berjalan dengan lancar pada


peringkat sekolah.

9.2 Penilaian

- Pencapaian latihan ini berada di tahap sederhana kerana masih


ramai pelajar yang tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan seperti :-

a) Pelajar melengah-lengahkan waktu / tidak bergerak dengan


pantas.

b) Aliran keluar tidak dipatuhi mengikut anak panah.

c) Pelajar tidak berkumpul mengikut kelas masing-masing.

10.0 PENUTUP

Harapan menggunung semoga apa yang dirancang akan terlaksana


dengan jayanya. Guru dan pelajar dapat menjadikan keselamatan sebagai
budaya kerja yang perlu diamalkan secara berterusan. Diharapkan dengan
adanya latihan kebakaran dapat memberi panduan kepada pelajar-pelajar dalam
menghadapi situasi yang tidak diduga.

You might also like