You are on page 1of 2

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus

berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan
telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan
ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa
saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi
semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai
Teori prinsip perkamusan serta jenis-jenis kamus Bahasa Melayu tetapi setelah di terangkan
oleh Encik Fuadi Bin Haji Abdul Razak, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam
kerja projek saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya
terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan
gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Fuadi Bin Haji Abdul Razaktelah saya
gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek saya.
Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara
yang saya pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud
morfologi. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana disamping dapat menyiapkan tugasan,
saya juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Encik Fuadi Bin Haji
Abdul Razak untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Saya juga dapat mempelajari
bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya saya berasa susah untuk membuatnya
tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Encik Fuadi Bin Haji Abdul Razak, saya berasa yakin
untuk menyiapkan tugasan ini.
Perpustakaan menjadi tempat untuk saya memperoleh bahan untuk dimasukkan di
dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi
penduan utama saya dalam melakukan tugasan ini. Namun saya juga tetap menggunakan buku-
buku tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan saya menjadi mantap. Selain itu, saya juga
melayari internet untuk memperoleh maklumat, saya menggunakan internet kerana tidak mahu
ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.
Encik Fuadi Bin Haji Abdul Razak telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas
Bahasa Malayu agar saya tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan
Ilmu ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya saya tidak dapat menyiapkan tugasan
itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang
dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan saya peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, saya
telah menggunakan segala peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan
pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah
berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu
Bahasa Melayu 1 saya yang diberikan telah berjaya saya siapkan. saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya pensyarah saya iaitu Encik Fuadi Bin Haji Abdul Razak

You might also like