You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Perkataan sejarah yang kita gunakan pada masa kini ialah berasal daripada

perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon. Istilah sejarah juga berasal

daripada perkataan Yunani iaitu Histories yang bermakna penyelidikan dan pengkajian.

Mengikut pemahaman Herodotus sebagai Bapa Sejarah, sejarah merupakan satu cabang

ilmu yang menceritakan tentang kitaran hidup sesuatu masyarakat dan tamadun secara

kronologi. Cabang ilmu sejarah juga merupakan satu kajian terhadap peristiwa-peristiwa

penting yang berlaku dan diselitkan dengan catatan, rekod dan sumber bukti yang kukuh.

Cabang pendidikan sejarah pula sering menekankan kepentingan semangat kebangsaan

dalam setiap anggota masyarakat. Buktinya, melalui pendidikan dan pengajaran sejarah,

setiap anggota masyarakat dapat lebih mengenali diri antara satu sama lain dan

persekitaran kawasan yang mereka diami. Hal ini kerana penghayatan yang mendalam

terhadap persekitaran dapat melahirkan individu yang bertindak dan berfikir secara kritis,

kreatif dan patriotis. Pernyataan ini turut disokong oleh Abdul Rahim Abdul Rasyid

(1999) yang menegaskan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan

bangsa dan negara.

Di Malaysia, pendidikan sejarah merupakan satu elemen penting dalam pembinaan

semangat kebangsaan dan jati diri negara Malaysia. Pendidikan sejarah kini melalui Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah mengalami proses transformasi yang

menuju kepada cara pembelajaran abad ke 21 supaya proses pengajaran dan pembelajaran

itu menjadi lebih aktif berbanding sebelumnya. Asmah Haji Omar (1989) juga

menyatakan bahawa pengajaran sepatutnya merupakan satu proses komunikasi yang

meliputi segala keadaan yang dapat menimbulkan dan menghasilkan tindak balas murid-

murid. Oleh demikian, kaedah pengajaran oleh guru amat memainkan peranan penting

supaya proses pengajarannya mendatangkan keberkesanan. Penulisan ini akan

mendedahkan kepincangan subjek sejarah di sekolah sehingga subjek sejarah sering kali

1
dicop sebagai membosankan dan kurang diminati oleh murid kerana ia dilihat sebagai satu

subjek yang hanya mementingkan pemerolehan pengetahuan melalui hafalan. Di samping

pendedahan kepincangan subjek sejarah ini di sekolah, penulisan ini juga akan memberi

pelbagai cadangan berkenaan pendekatan, strategi dan cara untuk membantu menarik

minat murid terhadap subjek sejarah serta mengaplikasikannya dalam bentuk pengajaran

dan pembelajaran sejarah yang inter aktif.

2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEJARAH

Sejarah mengikut definisi R.G Collingwood boleh diibaratkan seperti satu cabang

ilmu sains kerana ia melibatkan proses pengkajian dan penyelidikan. Disebabkan inilah,

antara matlamat pendidikan sejarah di Malaysia ialah mampu melahirkan generasi murid

yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Collingwood juga menyatakan bahawa sejarah

sebagai sejarah pemikiran. Hal ini bermakna kita tidak boleh lari daripada mengenepikan

sejarah dengan kehidupan manusia. Sejarah boleh diibaratkan sebagai putaran dunia

seperti yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun dan ia sentiasa akan berkait rapat dengan

kehidupan manusia sejagat. Disebabkan itu, dikatakan pendidikan sejarah mempunyai

kepentingan yang tersendiri dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia malah di

serata dunia juga. Sebagai contoh, situasi oleh Perdana Menteri Britain iaitu David

Cameroon pada tahun 2011 telah menyatakan secara terbuka mengenai kegagalan

kesepaduan antara pelbagai masyarakat di Britain dan berpendapat bahawa kesedaran

pendidikan sejarah ini perlu dipertingkatkan lagi. Hal ini bahawa sejarah dalam

pendidikan mampu memupuk kesedaran perpaduan antara sesama masyarakat dan

pembinaan jati diri kebangsaan dalam diri seseorang individu agar menjadi seorang modal

insan yang berkualiti. Tambahan lagi, pendidikan sejarah juga menjadi pemangkin dalam

pembinaan dan kemajuan tamadun bagi sesebuah negara. Selain itu, kepentingan utama

2
pendidikan sejarah ialah sering kali dijadikan sebagai gambaran dan pengajaran bagi

peristiwa-peristiwa sejarah yang lepas oleh masyarakat. Peristiwa sejarah yang negatif

boleh dijadikan iktibar supaya masyarakat pada masa kini tidak mengulangi kesilapan

tersebut lagi manakala peristiwa sejarah yang membawa kepada kebaikan boleh dijadikan

amalan untuk diaplikasikan pada kehidupan moden pada hari ini.

Melihat kepada pendidikan sejarah di Malaysia, kita boleh melihat bahawa

pendidikan sejarah sentiasa mengalami anjakan perubahan supaya kesesuaian kurikulum

selari dengan matlamat pendidikan sejarah pada masa tersebut. Menurut Philip Loh (1975)

dan Aimi Hassan (2008), perkembangan kurikulum sejarah telah lama wujud sebelum

zaman kemerdekaan lagi. Pada zaman British, pendidikan sejarah hanya bertujuan

memenuhi kepentingan kolonialisme mereka sahaja. Khoo Kay Kim (1992) menyatakan

sejarah British diberikan kedudukan penting dalam kurikulum sejarah. Pada masa itu,

kurikulum pendidikan sejarah juga dilihat berbeza mengikut jenis sekolah vernakular dan

berlandaskan identiti kaum. Perkara yang dibawa oleh British inilah yang mempengaruhi

keadaan semasa dimana nilai perpaduan sukar dibentuk oleh masyarakat. Sebagai contoh,

di sekolah vernakular Melayu, pendidikan sejarah hanya menekankan pada aspek

kebudayaan dan kesusteraan orang Melayu seperti pembacaan hikayat Hang Tuah, hikayat

Sejarah Melayu dan sebagainya (Khoo Kay Kim, 1992). Pada masa ini juga, kurikulum

sejarah di Malaysia hanya diajar melalui teknik pembacaan dan hafalan buku teks semata-

mata. Selepas tahun 1945 iaitu berakhirnya era Perang Dunia ke 2 berlaku, berlaku

perubahan dalam kurikulum sejarah di Malaysia. Pengaruh barat dalam pendidikan sejarah

mulai berkurangan dan menuju ke arah perpaduan kaum. Walaupun begitu, cebisan

pengaruh barat dalam pendidikan sejarah masih ada dan timbul juga cadangan supaya

pendidikan sejarah di Malaysia lebih bersifat “Malaysia-centric” berbanding “Western-

centric” pada tahun 1970-an. Hal ini dibuktikan melalui Siti Zainun Mat (1988,1990)

3
bahawa beberapa perbincangan telah diadakan seperti Kongres Kebudayaan Malaysia

1971, Seminar Sejarah 1 dan Seminar Sejarah 2 yang diadakan pada tahun 1973 dan 1974.

Pendidikan sejarah di Malaysia telah dijadikan sebagai subjek teras yang wajib diambil

oleh semua pelajar bagi melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

pada tahun 1989. Hal tersebut merupakan anjakan paradigma terbesar dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Kini, kepentingan subjek sejarah telah diperluaskan lagi

dengan menjadikan sejarah sebagai subjek wajib Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai

tahun 2013 dan subjek teras bagi murid sekolah rendah mulai tahun 2012 melalui

pelaksanaan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

3.0 ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN SEJARAH

Mutakhir ini, isu pendidikan sejarah sering kali ditimbulkan dalam pelbagai media

tidak kiralah surat khabar, majalah, rancangan televisyen atau siaran berita. Perkara ini

menjadi suatu isu yang polemik dan hangat diperdebatkan di mana pendidikan sejarah ini

dikaitkan dengan suatu subjek yang membosankan dan kurang diminati oleh pelajar. Oleh

hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah bagi

mengatasi isu ini dengan meletakkan subjek sejarah sebaris dengan subjek bahasa Melayu

di mana subjek sejarah ini wajib lulus dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Persoalannya, sejauh manakah subjek sejarah yang diwajibkan lulus ini dapat membantu

murid dalam memahami subjek sejarah lantas meminatinya?. Pada pandangan kami,

meletakkan subjek sejarah sebagai subjek yang wajib lulus tidak akan menarik perhatian

pelajar kerana ia dilihat sebagai satu paksaan dan bukannya menyelesaikan maslah

tersebut. Oleh hal yang demikian, kami berpendapat guru memainkan peranan yang

penting dalam membantu murid menghayati dan memahami subjek sejarah. di mana,

peranan guru adalah sangat penting dalam memastikan subjek sejarah itu menarik dan

4
diterima oleh murid. Oleh hal yang demikian, pengambilan guru sejarah perlulah

dititikberatkan kerana guru yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang.

Selain itu, isu pendidikan sejarah ini juga melibatkan tentang subjek sejarah yang

dikatakan perlu difahami dan dihayati oleh guru dan pelajar. Ini bermakna subjek sejarah

bukanlah perlu dihafal dan mengingat fakta sahaja dan diluahkan dalam kertas

peperiksaan. Apabila murid hanya menghafal sahaja peristiwa sejarah tanpa menghayati

dan meletakkan diri dalam peristiwa, maka golongan masyarakat khususnya remaja kini

akan mengalami krisis identiti. Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah

Malaysia iaitu Tan Sri Omar Mohd Hashim berpendapat bahawa krisis identiti yang

berlaku akan menyebabkan masyarakat itu sendiri tidak memahami siapa diri mereka dan

apakah peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan. Hal ini demikian kerana

cabaran dunia sekarang yang semakin hebat menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh

kepada anasir-anasir yang menyebabkan lunturnya semangat kesetiaan kepada negara dan

bangsa. Oleh hal yang demikian, sejarah merupakan satu medium yang baik untuk

menangani permasalahan mengenai krisis identiti ini di mana aspek pemikiran sejarah

perlulah diberi penekanan agar murid dapat memahami dan menghayati subjek sejarah

lantas menerapkan dalam kehidupan seharian.

Sistem pendidikan di Malaysia dilihat masih lagi terikat dengan ideologi politik di

mana pendidikan sejarah dijadikan alat propaganda untuk mendukung tujuan parti-parti

tertentu. Hal ini demikian kerana, pemilihan dan penentuan tajuk dalam buku teks

khususnya buku teks tingkatan lima telah ditentukan oleh parti politik yang mentadbir

negara kita. perkara ini bermakna tidak semua perkara dipaparkan hanya perkara yang

memaparkan parti politik berhaluan kanan sahaja diceritakan dalam buku teks manakala

parti politik yang bersifat haluan kiri tidak dipaparkan walaupun mereka juga memberi

sumbangan dalam pembentukan kemerdekaan. Oleh hal yang demikian, pendidikan

5
sejarah itu perlulah diisi dengan perkara yang telus agar generasi muda dapat mengetahui

sejarah negara yang sebenar-benarnya.

4.0 FAKTOR-FAKTOR MURID TIDAK MINAT TERHADAP SUBJEK SEJARAH

Terdapat pelbagai faktor yang boleh diambil kira yang menyebabkan pelajar tidak

berminat terhadap mata pelajaran sejarah di sekolah. Antara punca yang boleh

diperlihatkan ialah murid sukar mengingati fakta yang banyak, buku teks yang tidak

menarik serta tiada tarikan, pelajar tidak mengetahui tujuan mempelajari sejarah, pelajar

dipaksa belajar sejarah kerana ia subjek teras serta bahan pengajaran dan corak pengajaran

guru amat membosankan.

4.1 Sukar Mengingati Fakta yang Banyak

Faktor yang pertama ialah murid sukar mengingati fakta yang banyak. Seperti

yang kita ketahui, subjek sejarah memaparkan fakta yang banyak dan perlu diingati oleh

setiap pelajar untuk dijawab dalam peperiksaan. Namun begitu, tidak semua murid

memiliki kecerdasan otak yang sama. Ada sesetengah memiliki kemampuan untuk

mengingati sesuatu fakta dengan mudah manakala ada sesetengah pelajar memerlukan

masa yang lama untuk mengingati sesuatu fakta. Perkara ini dapat dibuktikan melalui

kajian yang di buat oleh Dr. Wong Seng Yue ke atas 582 pelajar tingkatan empat di lima

buah sekolah di Kajang tentang subjek sejarah. melalui kajian ini, didapati 582 pelajar

sukar mengingati fakta sejarah. lagipun, memaksa pelajar menggunakan kaedah

menghafal akan menjauhkan lagi diri pelajar dengan subjek sejarah. Oleh hal yang

demikian, para pelajar juga akan menganggap mata pelajaran sejarah ini merupakan satu

subjek yang membosankan.

4.2 Buku Teks Tidak Menarik

6
Selain itu, buku teks yang tidak menarik dan tiada tarikan juga menjadi salah satu

punca pelajar tidak berminat terhadap subjek sejarah. dapat dilihat bahawa buku teks

sejarah banyak memaparkan fakta-fakta yang berbentuk karangan. Perkara ini jelaslah

dapat menyebabkan murid merasa tidak tertarik dengan subjek sejarah. Lagipun,

kandungan isi dalam buku teks sejarah pula hanya memaparkan jalan penceritaan sahaja

di mana kaedah itu dapat menyebabkan murid merasa bosan lantas tidak meminati subjek

sejarah. dapat dilihat juga bahawa tiada bentuk point-form di mana ia memudahkan murid

memahami sesuatu peristiwa sejarah itu. Lagipun, penggunaan warna tulisan dalam buku

teks dilihat hanya menggunakan satu atau dua warna sahaja di mana ia akan

menyebabkan murid tidak tertarik untuk membaca atau mendalami buku teks sejarah

apatah lagi menyemai sikap meminati subjek sejarah.

4.3 Pelajar Dipaksa Belajar Sejarah Kerana Satu Kewajipan

Seterusnya, punca murid tidak minat terhadap mata pelajaran sejarah ialah pelajar

dipaksa belajar sejarah kerana ia merupakan subjek teras. Kini, semua pelajar tidak kira

sekolah rendah atau menengah wajib mengambil subjek sejarah kerana ia merupakan

subjek sejarah. oleh hal yang demikian, kesemua pelajar ini terpaksa belajar mata

pelajaran sejarah walaupun ada dalam kalangan pelajar ini tidak meminati subjek sejarah

ini. dapat dilihat, kesemua pelajar ini terpaksa belajar subjek sejarah bagi memenuhi

kehendak pendidikan masa kini. Lagipun, kementerian pelajaran Malaysia telah

meletakkan mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam sijil

pelajaran Malaysia bermula tahun 2013 lagi. Oleh hal yang demikian, sesetengah pelajar

terpaksa belajar bagi memenuhi tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.4 Tidak Mengetahui Kepentingan Sejarah

7
Di samping itu, punca murid tidak meminati subjek sejarah ialah pelajar tidak

mengetahui kepentingan mempelajari sejarah . hal ini demikian kerana, guru tidak

mendedahkan kepentingan mempelajari sejarah. di mana , pelajar ini beranggapan

bahawa mereka hanya mempelajari tentang tokoh yang sudah meninggal dan tidak

dikenali. Lagipun, pelajar juga memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkaitan dengan

sejarah tidak menjamin masa depan mereka. Bagi mereka, kerjaya yang berkaitan dengan

bidang sains dan teknologi sahaja yang menjamin masa depan mereka. Oleh hal yang

demikian, pelajar beranggapan sejarah kurang penting berbanding subjek sains dan

teknologi. Dapat dilihat, guru juga tidak menekankan manfaat mempelajari sejarah ini

dalam kehidupan seharian pelajar sehinggakan pelajar menganggap subjek sejarah ini

membosankan.

4.5 Cara Pengajaran Guru Yang Membosankan

Akhir sekali, faktor pelajar tidak meminati mata pelajaran sejarah ialah bahan

pengajaran dan corak pengajaran guru amat membosankan. Kebanyakan guru hanya

menggunakan satu kaedah sahaja sama ada ‘ceramah’ atau ‘ceramah bervariasi’ di mana

ia bercorak tidak berpusatkan murid iaitu murid hanya mendengar apa yang diperkatakan

oleh guru semasa sesi pembelajaran dan tidak berlaku sesi soal jawab. Kaedah

pembelajaran sejarah yang diamalkan oleh guru ini dikatakan kurang membentuk

intelektual pelajar di mana kebanyakan guru lebih mementingkan ingatan terhadap tarikh

dan fakta serta membuat rumusan tanpa melatih pelajar berfikir melalui taakulan sejarah.

Hal ini disebabkan kurangnya kemahiran guru untuk mentafsir sesuatu peristiwa sejarah

lagipun guru terlalu bergantung terhadap buku teks sahaja dalam sesi pengajaran dan tidak

mempelbagaikan bahan pengajaran sehinggakan menyebabkan murid merasa bosan.

8
5.0 PENDEKATAN, STRATEGI DAN CARA

Kurikulum Sejarah yang dilaksanakan di sekolah pada ketika ini digubal dengan

lebih memberi penekanan kurikulum Sejarah pada peringkat sekolah menengah rendah.

Pelaksanaan ini juga telah dipastikan agar mempunyai kesinambungan pada peringkat

sekolah menengah tinggi. Hal ini dilaksanakan sedemikian adalah untuk memastikan asas

pengetahuan, nilai patriotisme, kemahiran sejarah dan pengalaman yang diperoleh pelajar

dapat diperkukuh dan diperkembangkan. Dengan ini, pelaksanaan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) sangat menekankan aspek kesepaduan unsur penegetahuan,

daya peningkatan intelek, pemupukan nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar.

Jadi, jelas sekali bahawa kurikulum Sejarah yang sedang dilaksanakan pada masa ini,

lebih mengutamakan penekanan berasaskan kesepaduan dan kesinambungan. Bukan itu

sahaja, pengetahuan sejarah, konsep dan kemahiran asas disiplin sejarah seperti pemikiran

sejarah dan unsur patriotisme juga turut diperkukuh dalam P&P. Selain daripada itu,

dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi

negara, pendekatan, strategi dan cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran Sejarah

perlulah menjurus kepada pemupukan pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar. Perkara

yang paling penting di sini, adalah pendekatan, strategi dan cara yang digunakan dalam

proses P&P Sejarah ini dapat memastikan setiap pelajar mempunyai penghayatan yang

tinggi atau empati terhadap pembelajaran sejarah serta memahami jalur sejarah bangsa

dan negara sebagai asas untuk membina jati diri ke arah pembinaan negara bangsa dan

semangat patriotisme.

9
Pendekatan, strategi dan cara boleh digunakan untuk menghasilkan proses P&P

sejarah yang lebih interaktif serta bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang

berminat terhadap mata pelajaran Sejarah, guru perlu memastikan bahawa mereka faham

dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Abad 21. Sebenarnya,

pembelajaran abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susun atur meja serta

penggunaan alat seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih luas

pelaksanaannya. Pembelajaran abad 21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep

4C’s yang mana semua proses aembelajaran abad 21 ini adalah berpusatkan murid.

Antara elemen pertama yang terkandung dalam konsep 4C ini adalah C untuk

Creativity. Dalam PdP abad 21 ini, guru mestilah menerapkan unsur kreatif di dalam

setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud kreatif pada bahan, kreatif

pada soalan, dan yang paling penting proses PdP tersebut mampu menjana pelajar untuk

menjadi lebih kreatif terutamanya dari segi berfikir. Hal ini secara tidak langsung pelajar

dapat berfikir di luar kotak yang mana menjadi salah satu teras kepada pemupukan

empati dalam sejarah. Berikutnya C yang kedua adalah Critical Thinking. Sebenarnya

adalah sangat penting untuk dipastikan bahawa sesuatu proses PdP mengandungi unsur

yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Perkara ini dilihat hanya akan berkesan

apabila menggunakan teknik penyoalan yang betul. Tambahan lagi, penggunaan tools

seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu untuk menggalakkan pelajar

berfikir secara kreatif. Malahan, pelajar juga dapat mengaitkan sejarah yang terdahulu

dengan masa kini mahupun di masa hadapan. Pemikiran yang kritikal ini mampu

melahirkan pelajar yang kreatif dalam menjana idea. C yang ketiga adalah

Collaboration. Proses pembelajaran pelajar perlulah berlangsung dengan cara

berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka yang lain. Antara aktiviti yang boleh

dilaksanakan bagi mewujudkan kolaborasi ini adalah seperti aktiviti berkumpulan atau

10
berpasangan agar para pelajar dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Antara contoh

aktiviti yang boleh menggalakkan proses kolaborasi ini adalah sepert Gallery Walk dan

Think-Pair-Share. Di samping itu juga, guru boleh mencari lebih banyak contoh aktiviti

yang menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif. C yang keempat adalah

Communication. Pelajar sangat perlu untuk digalakkan berkomunikasi iaitu melalui

penggunaan apa-apa bahan serta pendekatan yang bertujuan untuk menyampaikan ilmu

yang mereka faham.

Antara contoh aktiviti yang boleh menggalakkan proses perkembangan

komunikasi pelajar adalah aktiviti pembentangan melalui penggunaan kertas mahjong,

powerpoint, gambar rajah dan sebagainya lagi. Aktiviti ini bukan sahaja mampu untuk

mendorong pelajar berkomunikasi tetapi juga dapat menggalakkan pelajar untuk

berkongsi pengetahuan mereka dan secara tidak langsung turut menjana proses pertukaran

pendapat dalam kalangan pelajar yang lain yang dapat memastikan minda pelajar terus

berkembang. Isu utama yang ingin dibangkitkan di sini adalah berkenaan dengan masalah

murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Jadi, terdapat beberapa cadangan

terhadap aspek pendekatan, strategi dan cara yang boleh digunakan bagi membantu

mereka mengatasi masalah ini serta cadangan yang dikemukakan ini turut dapat membawa

para pelajar kearah proses PdP Sejarah yang interaktif. Sebenarnya terdapat pelbagai

pendekatan, strategi dan cara atau kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses PdP

Sejarah. Walaubagaimanapun, hanya beberapa pendekatan, strategi dan cara atau kaedah

terbaik yang akan dicadangkan dalam pelaksanaan PdP Sejarah Abad 21. Berikut

merupakan pembahagian berkenaan pendekatan, strategi dan cara dalam PdP.

11
Berdasarkan kepada rajah pembahagian di atas, selepas melakukan penelitian bagi

memastikan pendekatan yang paling sesuai digunakan dalam proses PdP Sejarah Abad 21,

pendekatan integratif dilihat yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam proses PdP

Sejarah Abad 21. Sebelum menghurai dengan lebih lanjut, berkenaan dengan pendekatan

integratif ini. Maksud ‘pendekatan’ itu sendiri akan mula diperjelaskan dengan terlebih

dahulu. Pendekatan merupakan langkah yang diambil untuk memulakan atau

melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep, pendekatan membawa

maksud cara mendekati sesuatu. Sebagai contoh, objektif pelajaran yang telah pun

ditentukan dalam Rancangan Pembekajaran Harian (RPH). Jadi, dengan erti kata mudah

pendekatan kepada langkah yang perlu dilakukan dalam sesuatu proses PdP agar objektif

yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dapat dicapai

sepenuhnya.

Mengulang semula bentuk pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam proses

PdP sejarah abad 21 iaitu pendekatan integratif. Pendekatan integratif merupakan

pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, strategi dan cara atau kaedah

agar pelajar lebih mudah untuk memahami tentang segala perkara yang sedang

disampaikan. Sebenarnya, para guru yang bertanggungjawab sentiasa mengintegrasikan

12
idea-idea baharu dalam unit-unit pengajaran sedia ada agar pembelajaran murid lebih

berkesan dan mereka berupaya untuk mengaplikasikan segala perkara yang dipelajari ke

dalam kehidupan seharian dan bukannya sekadar terhenti di dalam kelas sahaja. Bagi

mengukuhkan lagi cadangan ini bahawa pendekatan integratif adalah pendekatan yang

paling sesuai bagi memastikan proses PdP sejarah yang interaktif adalah dengan melihat

kepada prinsip-prinsip yang telah diterapkan dalam pedekatan ini. Antara prinsip penting

dalam pendekatan integratif ini adalah tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan

murid, penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintegrasikan untuk

memberi peluang kepada murid dalam mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari

secara teori kepada pelbagai situasi dalam kehidupan harian dan lebih menekankan

perkembangan kemahiran 4 C’s berbanding dengan penyampaian maklumat semata-mata.

Seterusnya, pendekatan integratif ini turut menekankan peranan guru sebagai

fasilitator dan terdapat banyak peluang untuk murid melaksanakan dengan sendiri

beberapa perkara yang akan mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Disebabkan prinsip

dalam pendekatan integratif ini jelas menyatakan tentang strategi pemusatan pelajar maka

cadangan terbaik untuk memastikan proses PdP Sejarah yang interaktif adalah mestilah

berpusatkan murid. Pendekatan integratif dan strategi pemusatan murid telah pun dipilih

sebagai cadangan utama bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah serta

bertujuan untuk memastikan proses PdP yang interaktif. Namun pendekatan dan strategi

ini masih belum cukup untuk melengkapkan sesuatu proses PdP tanpa memasukkan cara

atau kaedah yang sesuai dan seiring dengan pendekatan dan strategi yang telah dipilih ini.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara atau kaedah yang sesuai untuk digunakan berdasarkan

kepada pendekatan dan strategi yang telah dipilih ini. Antara cara terbaik yang boleh

digunakan untuk menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah adalah

seperti inkuiri, demonstrasi, lakonan, kaedah kaji peta, penceritaan dan perbincangan.

13
Cara atau kaedah pengajaran yang dinayatakan ini memerlukan guru yang mahir dan

cekap untuk melaksanakannya dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perkara ini amatlah penting kerana hanya seorang guru yang mahir sahaja mampu untuk

mengaplikasikan kaedah ini dengan berkesan dalam PdP apabila guru yang terlibat dapat

menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu dalam

kalangan pelajar dan seterusnya akan membantu guru untuk mencapai objektif PdP

dengan sepenuhnya. Ingin dinyatakan di sini bahawa, sekiranya seseorang guru itu tidak

dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar

matlamat kaedah atau cara yang digunakan itu tidak akan berhasil.

Antara contoh pembelajaran terbaik yang dikemukakan dengan menggunakan

pendekatan integratif yang berstrategikan pemusatan murid serta cara atau kaedah yang

digunakan adalah inkuiri. Inkuiri merupakan suatu proses soal selidik untuk mendapatkan

kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan dalam PdP. Kaedah inkuiri ini

menekankan soal-soal pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan, kaedah,

teknik, prosedur, cara melihat dan menyelesaikan masalah. Bukan itu sahaja, inkuiri

merupakan suatu teknik yang dapat mengembangkan kemahiran belajar dalam kalangan

murid. Antara matlamat utama dalam kaedah inkuiri ini adalah mengenalpasti unsur-unsur

penting untuk melakukan inkuiri bercorak intelektual, mengukuhkan strategi pengajaran

yang dibina, membina kemahiran kepada guru untuk mempersembahkan bentuk

pengajaran yang lebih berkesan dan bermakna serta menganalisis beberapa implikasi

penggunaan strategi guru, bilik darjah dan kesesuaian kurikulum.

Dalam menjalankan kaedah inkuiri ini antara soalan yang boleh dikemukakan harus

bersifat penerokaan yang mendalam dan bukan semata-mata mencari jawapan dalam buku

teks. Soalan yang dikemukakan kepada murid akan memerlukan mereka untuk

menunjukkan kemahiran pengetahuan dan pemahaman terutama sekali bagaimana

14
pengetahuan ini dapat diaplikasikan kepada manusia dan keadaan sekeliling. Soalan yang

akan menilai pengetahuan dan kefahaman pelajar adalah melalui contoh seperti dibawah

ini:

“Sejarah Tingkatan Empat, Bab Dua: Peningkatan Tamadun (Sumbangan Tamadun

Yunani) Halaman 42- 44. Soalannya adalah, “Bagaimana amalan demokrasi di Malaysia

berbeza dengan Athens pada zaman Greek? Terdapat banyak perbezaan dan ada juga

persamaan dalam sistem demokrasi di Athens dan Malaysia. Satu daripada ciri demokrasi

yang boleh dibincangkan adalah sifat eksklusif dalam demokrasi Athens yang berbeza

dengan amalan demokrasi moden hari ini termasuk Malaysia.”

Athens (Demokrasi Langsung) Malaysia (Demokrasi

Berperwakilan)

1 - Bersifat esklusif - Bersifat inklusif

. - Wanita, hamba, kanak-kanak dan penduduk - Kesemua warganegara

asing tidak diberi kewarganegaraan dan tidak lelaki dan perempuan

boleh mengundi. boleh mengundi pada

- Ada perbezaan status: usia 21 tahun.

a) Antara wanita dan lelaki.

b) Antara penduduk bebas dan hamba abdi.

c) Antara lelaki yang memiliki harta dan tidak

memiliki harta.

d) Antara Greek dan bukan Greek.


2 - Hanya lelaki dewasa yang bebas dan - Terbuka kepada semua

. merupakan warganegara sahaja dibenarkan yang layak dan dipilih

15
menyertai aktiviti pentadbiran kerajaan. Justeru, melalui pilihanraya.

hanya 10-20 peratus sahaja dalam kalangan Mereka yang terpilih

penduduk Athens yang aktif dalam politik dan akan mewakili rakyat

membuat keputusan mengenai polisi kerajaan. membuat keputusan.

Berdasarkan kepada soalan ini, jelas sekali dapat dilihat bahawa soalan ini

memerlukan pengetahuan mengenai sistem demokrasi di Malaysia dan juga ciri demokrasi

yang telah diperkenalkan oleh Athens pada zaman Greek. Kedua, pemahaman iaitu

berjaya mengaplikasi pengetahuan untuk membandingkan kedua-dua sistem demokrasi.

Ketiga, pengaplikasiannya di Malaysia hari ini dan akhirnya membuat analisis kritikal

apakah isu yang terlibat dan sama ada sesuai diamalkan di Malaysia. Contoh kedua yang

boleh diaplikasikan melalui pendekatan integratif yang berpusatkan aktiviti dengan

menggunakan kaedah lakonan. Dalam PdP Sejarah pada hari tersebut, guru memilih tajuk

bab 1 tingkatan 2 iaitu Pertapakan Syarikatt Hindia Timur India (SHTI) di Pulau Pinang

untuk aktiviti lakonan dan murid pula diminta untuk melakukan main peranan berdasarkan

watak yang telah diberikan. Tetapi sebelum itu, murid ditugaskan untuk membina skrip

lakonan berdasarkan isi yang terkandung dalam buku teks.

Seterusnya, terdapat juga pendekatan lain yang turut boleh digunakan bagi menarik

minat murid dalam proses PdP sejarah. Pendekatan yang dimaksudkan itu adalah

pendekatan induktif. Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum iaitu

dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi

(J.M. Kierzek dan Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu

pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh

yang diperoleh. Berdasarkan pendekatan induktif ini strategi pemusatan bahan yang

menggunakan kaedah demonstrasi boleh digunakan bagi mencapai kefahaman dalam

16
kalangan murid. Sebagai contoh, guru memilih Tema 7 Tingkatan 4 iaitu Tamadun Awal

Dunia (Mesir Purba). Guru membawa model simbolik tamadun Mesir Purba yang mana di

dalam model tersebut memperlihatkan secara spesifik atau khusus perkara yang perlu ada

dalam sesebuah pembinaan tamadun. Murid diminta untuk mengemukakan ciri-ciri dalam

sebuah tamadun secara khusus dan membuat generalisasi bebas. Kaedah ini dapat

meransang pemikiran murid dari satu konsep kepada satu konsep lain yang lebih luas.

Bagi memastikan berlakunya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), soalan seperti

perkaitan antara pembinaan tamadun Mesir Purba dengan pembinaan negara Malaysia

boleh diterapkan seperti meminta murid untuk melihat perbezaan dan persamaan yang

terdapat dalam kedua-dua proses pembinaan tersebut. Dalam melaksanakan pendekatan,

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu memilih kaedah

pengukuhan semula yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis iaitu dengan

membincangkan semula secara padat tentang isu yang diajarkan pada hari tersebut, soal

jawab, perbincangan dan latih tubi. Segala kaedah pengukuhan ini adalah amat penting

untuk dilakukan kerana dapat membantu untuk murid memahami dengan lebih jelas

tentang apa yang telah mereka pelajari.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspek

nilai dan iktibar melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara,

kebanggaan, dan keperibadian sebagai rakyat Malaysia. Di samping itu, penekanan juga

haruslah diberi dalam perkembangan kemahiran seperti mengumpul, mengelaskan,

mentafsir, menganalisis, mensintesis, dan mengaplikasi maklumat. Penguasaan kemahiran

belajar tersebut akan meningkatkan kefahaman, pemikiran, dan minat terhadap mata

pelajaran Sejarah. Dengan itu, untuk mengembangkan potensi serta meningkatkan

keupayaan dan kebolehan para pelajar secara menyeluruh dan seimbang, semua pelajar

perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan

17
setiap pelajar secara aktif pastinya dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran, dan

pemupukan nilai dengan lebih berkesan.

6.0 KONSEP PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM SEJARAH

Pembelajaran abad ke 21 merupakan salah satu elemen penting di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pembelajaran abad ke 21 menekankan

kepada pembelajaran berpusatkan murid dan menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi atau KBAT. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

diperkenalkan untuk menilai kemampuan murid secara menyeluruh berpaksikan kepada

lima aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial atau diringkaskan

menjadi JERIS. Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

merujuk kepada pembelajaran yang mengutamakan penglibatan murid dan guru hanya

menjadi pembimbing atau fasilitator sahaja. Selain itu, konsep pembelajaran sejarah abad

21 juga bermakna seseorang murid itu akan mempelajari subjek sejarah di sekolah tidak

hanya berfokuskan penggunaan buku teks sejarah semata-mata tetapi akan berubah ke

arah penggunaan teknologi seperti komputer, video, permainan interaktif dan sebagainya.

Perkara ini menunjukkan perubahan dalam sistem pendidikan negara kita yang mahukan

murid yang mengawal pembelajaran, bukannya guru lagi.

Apabila menilai dengan lebih mendalam, pengajaran berpusatkan murid dapat

didefinisikan sebagai tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid sebagai

individu, memberi pilihan kepada murid jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari,

serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang

melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan murid dan

melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, untuk menarik minat murid terhadap subjek sejarah, guru seharusnya tidak

18
mengongkong kebebasan murid dengan memaksa mereka untuk menghafal fakta sejarah

semata-mata menggunakan pendekatan buku teks sejarah. Hal sepatutnya yang perlu

dilakukan oleh guru sejarah ialah memberi keseronokan kepada aspek pembelajaran

sejarah kepada murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk menerokai sejarah.

Antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru ialah menggalakkan pembelajaran

sejarah melalui kajian lapangan sejarah. Hal ini dapat menggalakkan penerimaan ilmu

tersebut kepada murid secara tidak langsung walaupun ia berlaku secara tidak formal dan

dalam suasana keseronokan.

Selain itu, pengajaran berpusatkan murid turut menggalakkan komunikasi dua hala

antara guru dengan para murid. Hal ini amat berbeza dengan sesi pengajaran pada era

sebelumnya di mana guru sahaja yang memberikan input kepada murid tanpa adanya

percambahan idea melalui perbincangan dan komunikasi dua hala. Melalui komunikasi

dua hala ini seperti pertanyaan soalan kepada murid mengenai sesuatu topik sejarah, guru

dapat menilai sejauh mana tahap kefahaman murid terhadap sesuatu topik tersebut.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad 21 juga menggalakkan penilaian secara

berterusan kepada murid. Guru boleh melakukan ujian formatif dalam kelas dan melalui

ujian itu, murid-murid yang tidak memahami sesuatu topik boleh dikesan seterusnya guru

boleh melakukan aktiviti-aktiviti susulan dan pemulihan bagi memastikan semua murid

memahami topik yang diajar.

Di samping itu, pengajaran berpusatkan murid juga menekankan kaedah

berkumpulan dalam beraktiviti. Kaedah ini dilaksanakan bagi membolehkan para murid

memupuk sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan

bertolak ansur. Tambahan pula, para murid akan lebih memahami serta menghargai

informasi-informasi yang telah diperolehi. Dalam pendidikan sejarah, kaedah ini

sememangnya menepati matlamat pendidikan sejarah yang mahu membina sebuah

19
masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai jati diri kebangsaan. Hasilnya, aplikasi

pendidikan abad 21 ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari sejarah dengan

lebih mendalam lagi.

7.0 KESIMPULAN

Perkara yang boleh disimpulkan melalui penulisan ini ialah kita boleh mendapati

bahawa murid-murid di sekolah tidak meminati subjek sejarah disebabkan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran sejarah itu masih di takuk lama dan sangat membosankan.

Kita sendiri sebagai guru menyedari bahawa pendidikan sejarah sememangnya mampu

melahirkan modal insan yang kritis, kreatif dan patriotis dengan kerjasama daripada

pelbagai pihak seperti individu, keluarga, dan organisasi masyarakat. Dengan itu,

pendidikan sejarah di sekolah haruslah diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar dapat

mencapai sebuah negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Persoalan sekarang

ialah bagaimana untuk seorang guru menarik minat golongan murid pada masa kini untuk

meminati subjek sejarah dan mengubah perspektif mereka terhadap subjek sejarah sebagai

membosankan, tiada kepentingan berbanding subjek sains dan sebagainya. Kejayaan

menarik minat golongan murid terhadap pendidikan sejarah sememangnya bergantung

sepenuhnya pada peranan guru itu untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran

pendidikan sejarah. Hal ini dapat mengikiskan stigma umum bahawa subjek sejarah itu

merupakan satu subjek yang membosankan. Penting bagi para guru menyediakan strategi

dan cara mengajar yang kreatif dan interaktif kepada golongan murid dalam membantu

mereka memahami dan mengingati fakta subjek sejarah serta mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian kita sebagai manusia. Sejarah adalah pendukung utama dalam

pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

20
8.0 SUMBER RUJUKAN

Abd. Rashid, A. R. (2002). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Selangor :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Rahim Abd. Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah : Falsafah, Teori, dan Amalan.
Kuala
Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Ashaari, Omardin. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ariegusrini Bt Agus. (2009). Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Kuala


Lumpur : International Islamic University Malaysia (IIUM).

Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah
Malaysia. Dalam Nik Azis Nik Pa & Noraini Idrus, Perjuangan Mempertahankan
Pendidikan Di Malaysia : Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Clasen, D. R. & Bonk, C. (1990). Teachers Tackle Thinking. Madison: Wisconsin


Education Extension Programme.

Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah. Dalam Omar Mohd Hashim
Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusuf Ibrahim. (1986). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian, dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Shamsudin & Shahizan. (2012) Pendidikan dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah
Di Sekolah Di Malaysia. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121015/re_05/Menarik-minat-
memantapkan-pelajaran-sejarah-di-sekolah#ixzz4azSCfdRA. Diakses pada 10 Mac
2017. Jumaat. 11.00 pagi.

21
9.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Pembelajaran berpusatkan murid.

Gambar 2 : Kaedah lakonan dalam subjek sejarah.

22
Gambar 3 : Perbincangan kumpulan dalam subjek sejarah bagi memupuk sikap kritis.

Gambar 4 : Susunan Gallery Walk

Gambar 5 : Strategi berpusatkan bahan seperti bahan maujud bijih timah.

23

You might also like