You are on page 1of 29

LAMPIRAN A

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1. Perbezaan utama konsep-konsep.

a. Statistik Deskriptif Statistik Inferens


Digunakan untuk Digunakan untuk memperihalkan
memperihalkan keadaan data keadaan data sampel untuk tujuan
yang terdapat pada sampel. membuat generalisasi kepada
Pemerihalannya terhad kepada populasi.
sampel. Menggunakan konsep dan hukum
Tidak digunakan untuk kebarangkalian.
membuat generalisasi.

b. Sampel Populasi
Kumpulan individu atau agregat Semua individu atau agregat yang
yang diambil sebagai sebahagian terdapat dalam sesuatu lokaliti
daripada semua individu dalam seperti tempat atau negeri.
populasi. Contoh, sebahagian Contoh, seluruh individu di negeri
penduduk Daerah Sg Petani Kedah ialah populasi penduduk
ialah sampel kepada penduduk negeri Kedah.
negeri Kedah.

c. Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Terikat


Pemboleh ubah yang Pemboleh ubah yang dipengaruhi
mempengaruhi atau memberi oleh pemboleh ubah bebas.
kesan kepada suatu pemboleh Pemboleh ubah yang mendapat
ubah lain. Dimanipulasi dalam kesan kepada pemboleh ubah
kajian oleh penyelidik. yang dimanipulasi.

d. Pemboleh Ubah Kualitatif Pemboleh Ubah Kuantitatif


Pemboleh ubah yang Pemboleh ubah kuantitatif
mempunyai ciri saling eksklusif mempunyai nilai angka bagi
dan mempunyai subkelas menunjukkan sifat yang berkait
seperti gender ada subkelas dengan objek pemboleh ubah
lelaki dan wanita. tersebut. Contohnya, berat badan
dalam kg menunjukkan kuantiti
berat seseorang individu.

185
2. Pernyataan Kajian:

Mangsa tsunami di Kota Kuala Muda Kedah dan Tanjung Bungah


Pulau Pinang mengalami tekanan dan ingatan eposidik yang tinggi
sebagai petanda trauma selepas tragedi malang itu menimpa mereka.
Di kalangan manga warga tua, darjah tekanan mereka lebih serius
berbanding dengan golongan umur yang lain. Mangsa di Kota Kuala
Muda pula mempunyai ingatan episodik yang lebih tinggi
berbanding dengan penduduk di Tanjung Bungah kerana bilangan
mereka yang terlibat di Kota Kuala Muda lebih ramai.

Pemboleh ubah bebas: tempat tinggal, kategori umur.


Pemboleh ubah terikat: darjah tekanan, ingatan episodik.

3. Tiga contoh pemboleh ubah kualitatit dan kuantitatif:


Pemboleh ubah kualitatif: agama, warna, jenama pakaian
Pemboleh ubah kuantitatif: prestasi akademik PMK, semester
pengajian, ketinggian.

Soalan Aneka Pilihan:

4. A

5. D

BAB 2

1. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri paling baik jika dibandingkan


dengan skala-skala yang lain kerana beberapa kelebihan. Skala nisbah
mempunyai semua ciri yang terdapat pada skala-skala yang lain dan
ditambah dengan sifat markat sifar yang membawa erti kosong
dalam skala nisbah. Oleh kerana itu, markat dalam skala ini boleh
dinisbahkan dan dibezakan perkadarannya. Sebagai contoh,
pendapatan Ahmad sebanyak RM1,000.00 sebulan adalah dua kali
ganda daripada pendapatan isterinya Aminah yang mendapat
RM500.00 sebulan.

2. Contoh kepada skala-skala berikut:

A. Skala nominal: warna, gender


B. Skala ordinal: kedudukan dalam kelas, kelas sosial, pangkat
dalam Angkatan Tentera Malaysia
C. Skala sela: suhu, prestasi akademik
D. Skala nisbah: ketinggian, pendapatan, umur

Soalan Aneka Pilihan:

3. A

186
4. D

5. A

6. B

BAB 3

1. Membina jadual kekerapan.


Peratus
Kelas Kekerapan Peratus Kekerapan Kekerapan
Kumulatif
65 - 68 4 8.3 8.3
69 - 72 7 14.6 22.9
73 – 76 14 29.2 52.1
77 – 80 6 12.5 64.6
81 - 84 8 16.7 81.3
85 - 88 6 12.5 93.8
89 - 92 0 0 93.8
93 - 96 0 0 93.8
97 - 100 2 4.2 97.9
101 -104 1 2.1 100.0
Jumlah 48 100.0

2. Pemerihalan: Markat nilai kerja yang paling tinggi ialah 102,


manakala yang paling rendah ialah 66. Paling ramai iaitu 14 daripada
48 orang atau 29.2 peratus mempunyai markat nilai kerja antara 73
hingga 76 dan diikuti oleh kategori markat 81 hingga 84 iaitu
sebanyak 16.7 peratus. Peratus yang paling kecil yang mendapat
markat 101 hingga 104 iaitu seorang atau 2.1 peratus. Tidak ada
pekerja yang mendapat markat dalam kategori antara 89 hingga 96.

3. Histogram:

14 14

12

10

8
8
7
6 6 6

4 4

2 2
1
0 0 0
65-68 69-72 73-76 77-80 81-84 85-88 89-92 93-96 97-100 101-104

187
Poligon

16

14 14

12

10

8 8
7
6 6 6

4 4

2 2
1
0 0 0
65-68 69-72 73-76 77-80 81-84 85-88 89-92 93-96 97-100 101-104

Berdasarkan kedua-dua gambar rajah histogram dan poligon,


taburan data nilai kerja mengherot ke arah kanan. Modnya dengan
kekerapan 14 berada pada kelas markat yang rendah. Taburannya
menunjukkan herot positif.

4. Jadual nilai asas dan nilai hujung yang dianalisis dengan pakej
komputer SPSS for Windows.
Stem-and-Leaf Plot

Frequency Stem & Leaf

4.00 6 . 6788
14.00 7 . 01112223334444
12.00 7 . 555556677899
9.00 8 . 011122334
6.00 8 . 556788
0.0 9 88
10 2
3.00 Extremes (>=98)

Stem width: 10.00


Each leaf: 1 case(s)

5. Berdasarkan jadual taburan kekerapan, poligon dan nilai asas dan


nilai hujung, besar kemungkinan markat 98 dan 102 sebagai outliers.
Kedudukan data ini dijelaskan melalui hasil cetak komputer sebagai
data ekstrem. Tambahan pula tidak terdapat sebarang kekerapan
(sifar) pada dua kelas yang ditunjukkan dalam jadual kekerapan.

Soalan Aneka Pilihan:

6. C

7. D

8. B
188
9. C

10. D

BAB 4

1. (a) Markat nilai kerja murni daripada soalan Bab 3 digunakan


untuk mengira.min, median dan mod.

Min = (74 + 79 + 77 + …………. + 80)/48 = 3754/48 =


78.208.

Median. Susun data daripada paling rendah hingga paling


maksimum. Boleh dibuat dalam bentuk kekerapan setiap data.
Data pada kedudukan 48/2 dengan (48/2+1) iaitu kedudukan
ke 24 dan 25 ialah median. Median = 75.
Data Kekerapan
Kekerapan
Kumulatif
66.00 1 1
67.00 1 2
68.00 2 4
70.00 1 5
71.00 3 8
72.00 3 11
73.00 3 14
74.00 4 22
75.00 5 25
76.00 2
98.00 2
.
.
.
102.00 1 48
Jumlah 48

Modnya juga 75 dengan kekerapannya 5. Lihat hasil cetak


berikut:
Statistics data3
N Valid 48
Missing 0
Mean 78.2083
Median 76.0000
Mode 75.00
Sum 3754.00

189
(b) Berdasarkan min, median mod, kita boleh menentukan kelok
taburan.

Min = 78.208; Median = 75; dan Mod = 75


Min lebih besar daripada mod dan median sama dengan mod.
Kelok taburannya herot positif.

Soalan Aneka Pilihan:

2. A

3. B

4. C

5. C

6. C

7. B

BAB 5

1. Markat nilai kerja murni soalan Bab 3 dan 4 digunakan.

A. Julat 102 – 66 = 36.

B. Varians = [ΣX2 – (ΣX)2/N]/N – 1


= [296,540 – (3,754)2/48]/48 – 1

= (296,540 - 293,594.08)/47

= 2945.92/47

= 62.679.

C. Sisihan piawai = √62.679 = 7.917.

Lihat hasil cetak komputer berikut:

Descriptive Statistics
N Range Minimum Maximum Sum
data3 48 36.00 66.00 102.00 3754.00
data3square 48 4356.00 10404.00 296540.00
Std.
Mean Deviation Variance
78.2083 7.91701 62.679
97

190
D. Serakan datanya agak besar juga kerana nilai variansnya 62.679
hampir menghampiri nilai min 78.208, sedangkan data
minimumnya hanya 66. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum
ini, mungkin ada outliers dalam taburan kerana data
maksimumnya 102 lebih tinggi daripada kumpulan data yang
lain.

Soalan Aneka Pilihan:

2. A

3. A

BAB 6

1. Data kecekapan memanah.

(a) Purata kecekapan = 24 + 25 + 14 +………. + 16 = 294/15 =


19.60.

Berdasarkan kecekapan minimum 12 dan kecekapan


maksimum 29, purata 19.60 agak sederhana.
Descriptive Statistics

Std.
N Minimum Maximum Sum Mean Deviation
Panah 15 12.00 28.00 294.00 19.6000 5.09622
Valid N (listwise) 15

(b) Markat piawai bagi skor 18 dan 24.


Sisihan piawai taburan ialah 5.096
Markat z kepada 18 = (18 – 19.60)/5.096 = - 0.314
Markat z kepada 24 = (24 – 19.60)/5.096 = 0.863.

(c) Markat T bagi skor 18 dan 24


T18 = ( - 0.314 * 10) + 50
= - 3.14 + 50
= 46.86.
T24 = (0.863 * 10) + 50
= 8.63 + 50
= 58.63.

(d) Nilai tara kecekapan z = 1.2. Ini bermakna markat mentahnya


1.2 unit sisihan piawai di atas min 19.60.
Z = 1.2 = ( x – (19.60/5.096))
1.2 = x – 3.846
x = 1.2 + 3.846
= 5.046

191
Markah memanah 5.046 di atas min ialah 19.60 + 5.046 =
24.646 hampir dengan 25. Hanya seorang yang mempunyai
markat kecekapan 25.

(e) Berdasarkan min 19.60, kecekapan memanah sederhana.


Namun terdapat 8 daripada 15 orang yang berada di atas min
kecekapan. Jika berdasarkan penentu keckapan z = 1.2 hanya
seorang yang benar-benar cekap.

2. Berdasarkan data berikut:

Kriteria Markat Min Sisihan Piawai z


Bahasa Malaysia 85 82 5 (85-82)/5 = 0.6
Bahasa Inggeris 80 80 4 (80-80)/4 = 0.0
Matematik 80 75 4 (80-75)/4 = 1.25
Sains 83 85 3 (83-85)/3 = -0.67
Personaliti 78 80 5 (78-80)/5 = -0.4
Kepimpinan 84 80 4 (84-80)/4 = 1.0

(a) Kriteria yang paling baik bagi Muhammad Ansari ialah skor
matematiknya 80 kerana ia berada 1.5 unit sisihan piawai di
atas minnya 75 dan sisihan piawainya 4.0.

(b) Pemberat mengikut markat piawai:


= (1.5*0.6)+ (1.5*0.0) +(1.0*1.25)+(1.0* -0.67)+(2.0*-
0.4)+(2 * 1.0)
= (0.9 + 0 + 1.25 – 0.67 -0.8 + 2.0 )
= 4.15 – 1.47
= 2.68

(c) Pihak sekolah menentukan pemberat kelayakan 5.0, sedangkan


Muhammad Ansari mendapat 2.68. Ini bermakna dia tidak
berjaya terpilih sebagai ketua murid.

Soalan Aneka Pilihan:

3. A

4. C

5. B

6. C

192
BAB 7

1. Data berikut digunakan.


Prestasi
Nilai Kerja Kerja
Subjek X Y X2 Y2 XY
1 77.00 76.00 5929.00 5776.00 5852.00
2 75.00 82.00 5625.00 6724.00 6150.00
3 71.00 78.00 5041.00 6084.00 5538.00
4 79.00 83.00 6241.00 6889.00 6557.00
5 75.00 72.00 5625.00 5184.00 5400.00
6 88.00 88.00 7744.00 7744.00 7744.00
7 85.00 78.00 7225.00 6084.00 6630.00
8 86.00 81.00 7396.00 6561.00 6966.00
9 80.00 75.00 6400.00 5625.00 6000.00
10 70.00 65.00 4900.00 4225.00 4550.00

Jumlah 786.00 778.00 62126.00 60896.00 61387.00

(a) Pekali korelasi antara markat nilai kerja dan prestasi kerja.
r xy = (10 * 61387) – (786)(778)
√[10(62126)-(786)2][(10)(60896) – (778)2]

= 613870_-_611508___________
√ (621260- 61779)(608960 – 605284)

= 2363
√(3464)(3676)

= 2363
3568.43

= 0.662
(b) Pekali korelasi antara nilai kerja dan prestasi kerja adalah
positif secara sederhana r = 0.662. Ini bemakna pekerja yang
mempunyai nilai kerja yang tinggi prestasi kerjanya juga akan
tinggi. Sebaliknya pekerja yang rendah nilai kerjanya akan
rendah juga prestasi kerjanya.

2. Perbezaan antara formula Pearson dan formula Spearman ialah dari


aspek jenis data yang dianalisis. Formula Pearson membuat analisis
berdasarkan data selanjar, manakala formula Spearman lebih sesuai
bagi data pangkat jenis ordinal.

3. Perbezaan antara pekali korelasi dengan pekali penentuan ialah


pekali korelasi r ialah indeks bagi menggambarkan hubungan dua

193
pemboleh ubah, manakala pekali penentuan ialah indeks bagi
menggambarkan peratus sumbangan varians antara pemboleh ubah
bebas dan terikat. Simbolnya ialah kuasa dua kepada pekali korelasi
r2.

4. Contoh pemboleh ubah yang sesuai dianalisis dengan metode


analisis berikut:

(a) Korelasi Pearson: berat badan dan ketinggian


(b) Korelasi Spearman: kedudukan dalam kelas dan data ordinal
kepada kehadiran dalam kelas.
(c) Korelasi phi: kategori tempat tinggal bandar dan luar bandar
dengan pilihan kereta buatan tempatan dan buatan luar negara.
(d) Korelasi dwisiri pangkat: kategori tempat tinggal tinggal
bandar dan luar bandar dengan kedudukan prestasi kademik.
(e) Korelasi dwisiri titik: kategori tempat tinggal tinggal bandar
dan luar bandar dengan skor asal prestasi kademik.

Soalan Aneka Pilihan:

5. A

6. C

7. A

BAB 8

1. Terangkan konsep-konsep berikut:

(a) Pekali regresi b ialah indeks yang menunjukkan kecerunan


garisan regresi bagi menggambarkan pola hubungan pemboleh
ubah peramal X dengan pemboleh ubah yang diramal Y sama
ada positif atau negatif. Ia dapat ditakrif seperti pekali korelasi
r.

(b) Markat anggaran ialah markat yang diramal Y’ dan ia dianggar


daripada persamaan regresi. Sebagai contoh, kita ingin menguji
adakah kuantiti makanan yang kita makan akan dapat meramal
berat badan. Dengan menggunakan persamaan regresi Y’ = a
+ bX, kita boleh menganggar berat badan berdasarkan data
kuantiti makanan yang kita makan.

(c) Ralat ramalan ialah sisihan antara markat anggaran atau yang
diramal dengan markat asal pemboleh ubah Y yang diramal.
Formulanya ialah e sebagai error, e = Y - Y’. Jika ralatnya kecil,
maka ramalan kita menjadi tepat berbanding dengan ralat yang
besar.

194
2. Perbezaan antara model analisis regresi dengan model korelasi ialah
analisis korelasi menguji darjah hubungan pemboleh ubah, manakala
analisis regresi menekankan kepada ramalan pemboleh ubah bebas
terhadap pemboleh ubah terikat atau yang diramal.

3. Data berikut digunakan.


Nilai Prestasi
Kerja Kerja
Subjek X Y X2 Y2 XY
1 77.00 76.00 5929.00 5776.00 5852.00
2 75.00 82.00 5625.00 6724.00 6150.00
3 71.00 78.00 5041.00 6084.00 5538.00
4 79.00 83.00 6241.00 6889.00 6557.00
5 75.00 72.00 5625.00 5184.00 5400.00
6 88.00 88.00 7744.00 7744.00 7744.00
7 85.00 78.00 7225.00 6084.00 6630.00
8 86.00 81.00 7396.00 6561.00 6966.00
9 80.00 75.00 6400.00 5625.00 6000.00
10 70.00 65.00 4900.00 4225.00 4550.00
Jumlah 786.00 778.00 62126.00 60896.00 61387.00

(a) Persamaan regresi dengan menggunakan markat nilai kerja


sebagai pemboleh ubah peramal.

b = NΣXY – (ΣX)( ΣY)


NΣX2 – (ΣX)2
= (10 * 61387) – (786)(778)
10(62126)-(786)2
= 613870_-_611508
621260- 617796
= 2362
3464
= 0. 682

Nilai pintasan a pada paksi pemboleh ubah terikat Y.

a = Min Y – b (Min X)
= 77.8 – (0.682)(78.6)
= 77.8 – 53.605
= 24.195

Persamaan regresi taburan data ini ialah Y’ =24.195 + 0.682X.

(b) Berdasarkan nilai pekali regresi, hubungan antara nilai kerja


dengan prestasi kerja adalah positif secara sederhana (b =
0.682). Prestasi kerja mampu diramal oleh nilai kerja.

195
(c) Ramalan prestasi kerja pekerja yang mempunyai markat nilai
kerja 50 dan 75.

Y’ = 24.195 + 0.682(50)
= 24.195 + 34.1
= 58.295
Y’ = 24.195 + 0.682(75)
= 24.195 + 52.15
= 75.345.

4. Data berikut digunakan:


Amalan
Agama Personalit
Subjek X i Murni Y X2 Y2 XY
1 15.00 12.00 225.00 144.00 180.00
2 10.00 13.00 100.00 169.00 130.00
3 7.00 9.00 49.00 81.00 63.00
4 18.00 18.00 324.00 324.00 324.00
5 5.00 7.00 25.00 49.00 35.00
6 10.00 9.00 100.00 81.00 90.00
7 7.00 14.00 49.00 196.00 98.00
8 17.00 16.00 289.00 256.00 272.00
9 15.00 10.00 225.00 100.00 150.00
10 9.00 7.00 81.00 49.00 63.00
11 8.00 13.00 64.00 169.00 104.00
12 15.00 14.00 225.00 196.00 210.00
13 11.00 19.00 121.00 361.00 209.00
14 17.00 10.00 289.00 100.00 170.00
15 8.00 10.00 64.00 100.00 80.00
172.00 181.00 2230.00 2375.00 2178.00
Jumlah

(a) Persamaan regresi markat amalan keagamaan sebagai


pemboleh ubah peramal.

b = NΣXY – (ΣX)( ΣY)


NΣX2 – (ΣX)2

= (15 * 2178) – (172)(181)


15(2230)-(172)2

= 32670 - 31132
33450 - 29584

= 1538
3866

= 0.3978

196
Nilai pintasan a pada paksi pemboleh ubah terikat Y.

a = Min Y – b (Min X)
= (181.00)/15 – (0.3978)(172.00/15)
= 12.067 – (0.3978)(11.467)
= 12.067 – 4.5614
= 7.506

Persamaan regresi taburan data ini ialah Y’ = 7.506 + 0.3978X.

(b) Data darjah amalan keagamaan dan personaliti murni boleh


diplot dalam kertas graf.

(c) Ralat data (e) personaliti murni bagi pelajar yang mempunyai
markat darjah amalan keagamaan 7, 10 dan 15.

X Y Y’ = 7.506 + 0.3978X. Y’ - Y e

7 9 7.506 + 0.3978(7) = 10.287 9 – 10.287 - 1.287

10 13 7.506 + 0.3978(10) = 11.484 13 – 11.484 1.516

15 12 7.506 + 0.3978(12) = 12.290 12 – 12.290 - 0. 290

(d) Peratus varians yang disumbangkan oleh amalan keagamaan


kepada personaliti murni(r2). Kira pekali korelasi dahulu dan
dikuasa-duakan pekali korelasi sebagai peratus sumbangan.
Nilai r = 0.462. r2 = (0.462)2 = 0.213 x 100 = 21.34 peratus.

amalanA Personaliti
amalanA Pearson Correlation 1 .462
Sig. (2-tailed) . .083
N 15 15

Soalan Aneka Pilihan:

5. B

6. B

7. A

197
BAB 9

1. Jadual berikut digunakan:

umur somatic depres


umur Pearson
1 .132(*) .183(**)
Correlation
Sig. (2-tailed) . .048 .006
N 225 225 225
somatic Pearson
.132(*) 1 .647(**)
Correlation
Sig. (2-tailed) .048 . .000
N 225 225 225
depres Pearson
.183(**) .647(**) 1
Correlation
Sig. (2-tailed) .006 .000 .
N
225 225 225
* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

(a) Hipotesis yang sesuai.

(i) Terdapat hubungan positif antara umur dengan darjah


somantik di kalangan pelajar. Pemboleh ubah
bebasnya umur dan pemboleh ubah terikatnya ialah
darjah somantik.
(ii) Tidak terdapat hubungan positif antara umur dengan
darjah depres di kalangan pelajar. Pemboleh ubah
bebasnya umur dan pemboleh ubah terikatnya ialah
darjah depres.
(iii) Terdapat hubungan positif antara darjah somantik
dengan darjah depres di kalangan pelajar. Pemboleh
ubah bebasnya darjah somantik dan pemboleh ubah
terikatnya ialah darjah depres.

(b) Keputusan pengujian hipotesis di atas dengan menggunakan


aras pengujian signifikan 0.05.

(i) Nilai pekali korelasi rendah antara umur dengan


somatik adalah rendah iaitu 0.132. Namun demikian,
hubungan positif antara umur dengan darjah somantik
di kalangan pelajar adalah signifikan (r = 0.132, p <
0.05). Semakin berumur pelajar tersebut, semakin
tinggi darjah somantiknya. Sebaliknya pelajar yang
lebih muda kurang mengalami masalah somantik.

198
(ii) Pekali korelasi antara umur dengan depres ialah 0.183.
Terdapat hubungan positif antara umur dengan darjah
depres secara signifikan (r = 0.183, p < .0.05). Semakin
berumur pelajar tersebut, semakin tinggi darjah
depresnya. Sebaliknya pelajar yang lebih muda kurang
mengalami masalah depres.
(iii) Pekali korelasi antara somantik dengan depress tinggi
iaitu 0.647. Terdapat hubungan positif antara darjah
somantik dengan darjah depres di kalangan pelajar
secara signifikan (r = 0.647, p < 0.05). Semakin tinggi
darjah somantik semakin tinggi darjah depresnya.
Sebaliknya pelajar yang kurang mengalami somantik
juga kurang mengalami darjah depresnya.

(c) Jawapannya terkandung dalam soalan b di atas terutamanya


pada hipotesis i dan iii.

(d) Dengan aras pengujian 0.01, hipotesis pertama menunjukkan


korelasinya tidak signifikan. Bagi hipotesis ii dan iii korelasinya
signifikan.

2. Jadual berikut digunakan:

Anxiety social depres


Spearman's anxiety Correlation
1.000 .774(**) .738(**)
rho Coefficient
Sig. (2-tailed) . .000 .000
N 225 225 225
social Correlation
.774(**) 1.000 .692(**)
Coefficient
Sig. (2-tailed) .000 . .000
N 225 225 225
depres Correlation
.738(**) .692(**) 1.000
Coefficient
Sig. (2-tailed) .000 .000 .
N
225 225 225
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan hasil cetak di atas, jawapan soalan-soalan berikut:

(a) Satu hipotesis nul (Ho): “Tidak terdapat hubungan positif


antara anxiety dengan depres di kalangan pekeja”. Pemboleh
ubah bebasnya ialah anxiety, manakala pemboleh ubah
terikatnya ialah depress.

(b) Keputusan pengujian hipotesis menggunakan aras pengujian


signifikan 0.01. Hubungannya didapati positif dan signifikan (r
= 0.738, p < 0.01). Pekerja yang mengalami anxiety yang tinggi

199
akan mengalami masalah depres yang tinggi juga. Sebaliknya
pekerja yang anxietynya rendah, darjah depresnya juga rendah.

(c) Kenyataan hipotesis pilihan (H1): “Terdapat hubungan positif


antara masalah sosial dan depres di kalangan pekeja”.
Pemboleh ubah bebasnya ialah masalah sosial, manakala
pemboleh ubah terikatnya ialah depres.

(d) Keputusan pengujian hipotesis menggunakan aras pengujian


signifikan 0.05. Hubungan antara masalah sosial dan depres
didapati positif dan signifikan (r = 0.692, p < 0.05). Pekerja
yang mengalami masalah sosial yang tinggi akan mengalami
masalah depres yang tinggi juga. Sebaliknya pekerja yang
masalah sosialnya rendah, darjah depresnya juga rendah.

BAB 10

1. Data berikut yang terdapat Soalan Penilaian Kendiri Bab Regresi


digunakan:

Nilai Prestasi
Kerja Kerja
Subjek X Y X2 Y2 XY
1 77.00 76.00 5929.00 5776.00 5852.00
2 75.00 82.00 5625.00 6724.00 6150.00
3 71.00 78.00 5041.00 6084.00 5538.00
4 79.00 83.00 6241.00 6889.00 6557.00
5 75.00 72.00 5625.00 5184.00 5400.00
6 88.00 88.00 7744.00 7744.00 7744.00
7 85.00 78.00 7225.00 6084.00 6630.00
8 86.00 81.00 7396.00 6561.00 6966.00
9 80.00 75.00 6400.00 5625.00 6000.00
10 70.00 65.00 4900.00 4225.00 4550.00
Jumlah 786.00 778.00 62126.00 60896.00 61387.00
Varians 38.489 40.844

(a) Hipotesis pilihan menunjukkan ramalan: “Nilai kerja di


kalangan pekerja dapat meramal prestasi kerja masa depan”.

(b) Berdasarkan hipotesis di atas, pemboleh ubah peramal ialah


nilai kerja, manakala pemboleh ubah yang diramal ialah
prestasi kerja.

(c) Pengujian signifikan pada aras 0.05. Nilai pekali regresi telah
dikira dalam Bab Regresi iaitu 0.682. Statistik t = b/Sb.

200
Berdasarkan hasil cetak komputer nilai Sb ialah 0.273. Nilai t ialah
2.496.

Nilai kritikal t dengan df = 8 pada aras pengujian 0.05 ialah 2.306.


Nilai t lebih besar daripada nilai kritikal. Oleh kerana itu
keputusannya signifikan (t = 2.496, p < 0.05). Keputusannya sama
seperti juga yang ditunjukkan oleh nilai kebarangkalian pengujian
iaitu .037. Ia lebih kecil dari 0.05.

Mod Unstandardized Standardized


el Coefficients Coefficients T Sig.
Std.
B Error Beta
1 (Constant) 24.205 21.518 1.125 .293
Nilai .682 .273 .662 2.498 .037

2. Data berikut digunakan:

Amalan Keagamaan Personaliti Murni


15 12
10 13
7 9
18 18
5 7
10 9
7 14
17 16
15 10
9 7
8 13
15 14
11 19
17 10
8 10

(a) Hipotesis pilihan: “Amalan keagamaan mempunyai kuasa


ramalan yang positif terhadap personaliti murni.”

(b) Pemboleh ubah peramal ialah amalan keagamaan dan


pemboleh ubah yang diramal ialah personaliti murni.

(c) Pengujian signifikan pada aras 0.10. Hasil cetak komputer


digunakan.
Unstandardized Standardized
Model Coefficients Coefficients t Sig.

B Std. Error Beta


1 (Constant) 4.9
3.596 1.387 .189
87
amalanA .53
.286 .462 1.879 .083
7
a Dependent Variable: Personaliti

201
Pekali regresi b ialah 0.537 dan Sb ialah 0.286. Nilai t ialah 1.879.
Berdasarkan dk = 8 pada aras 0.10, nilai kritikalnya ialah 1.86. Nilai t
lebih besar dan ia menunjukkan ramalan yang signifikan (t = 1.879,
p < .0.10). Jika kita gunakan nilai kebarangkalian untuk signifikan
0.083 juga lebih kecil dari 0.10.

BAB 11

1. Skor penghargaan kendiri kanak-kanak bandar dan luar bandar


digunakan.

Bandar Luar Bandar


50 37
43 29
54 39
48 36
33 22
46 34
48 35
36 27
54 42
50 36
ΣX = 462 337
ΣX2 = 21790 11681
Min = 46.20 33.70
S.P = 7.04 6.00

(a) Min penghargaan kendiri kanak-kanak di kawasan bandar ialah


46.20, manakala min penghargaan kendiri kanak-kanak luar
bandar ialah 33.70. Secara relatif, penghargaan kendiri kanak-
kanak bandar adalah lebih tinggi.

(b) Varians kedua-dua taburan.

Bandar: [21790 – (462)2/10]/9 = 21790 – 21344.4/9 = 445.6/9


= 49.51.

Luar Bandar: [11681 – (337)2/10/9 = 11681 – 11356.9/9 =


324.1/9 = 36.01.

Sisihan piawai penghargaan kendiri bandar: √49.51 = 7.04.


Sisihan piawai penghargaan kendiri luar bandar: √36.01 = 6.00.

Dua kumpulan kanak-kanak ini mempunyai varians yang boleh


dikatakan seragam kerana perbezaaanya tidak melebihi dua kali
ganda.

(c) Darjah kebebasan kumpulan = 10 + 10 – 2 = 18.

202
(d) Dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05 dua
hujungan, nilai kritikal t berdasarkan dk = 18 ialah 2.101.

(e) Hipotesis pilihan, “Min penghargaan kendiri kanak-kanak


bandar lebih tinggi berbanding dengan min penghargaan
kendiri kanak-kanak luar bandar”.

(f) Pengujian hipotesis menggunakan aras signifikan 0.05 untuk


perbezaan min kendiri kanak-kanak bandar dan luar bandar
menggunakan varians tergembeling. Keputusan analisis
berdasarkan hasil cetak komputer berikut:

Std. Error
tempat N Mean Std. Deviation Mean
kendiri Bandar 10 46.2000 7.03641 2.22511
Luar
10 33.7000 6.00093 1.89766
Bandar

Independent Samples Test

Levene's Test for


Equality of Variances
F Sig. t Df Sig. (2-tailed)
kendiri Equal
variances .183 .674 4.274 18 .000
assumed
Equal
variances not 4.274 17.562 .000
assumed

Nilai t = 4.274 dan lebih besar daripada nilai kritikal t = 2.101.


Perbezaan min penghargaan kendiri kanak-kanak bandar dengan
min penghargaan kendiri kanak-kanak luar bandar adalah signifikan
(t = 4.274, p < 0.05). Dengan menggunakan kebarangkalian
signifikan yang dinyatakan sebagai 000 juga lebih kecil daripada 0.05.
Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa min penghargaan kendiri
kanak-kanak bandar 46.20 lebih tinggi secara signifikan berbanding
dengan min penghargaan kendiri kanak-kanak luar bandar 33.70.

3. Katakan data di atas mempunyai varians yang tidak seragam.

(a) Darjah kebebasan kumpulan dikira dengan formula yang telah


dinyatakan dalam hasil cetak iaitu 17.562. Nilai ini dijadikan
angka bulat yang hampir 18.

(b) Dengan pengujian satu hujungan pada aras pengujian 0.05,


nilai kritikal t dk = 18 ialah 1.734.

203
(c) Hipotesis pilihan tidak terarah, “Min penghargaan kendiri
kanak-kanak bandar berbeza dengan min penghargaan kendiri
kanak-kanak luar bandar”.

(d) Uji hipotesis yang dibina di atas. Keputusannya menunjukkan


nilai t = 4.274 sama seperti jawapan dalam 1f. Nilai ini lebih
besar daripada nilai kritikal t = 1.734. Oleh itu, perbezaan min
penghargaan kendiri kanak-kanak bandar dengan min
penghargaan kendiri kanak-kanak luar bandar adalah signifikan
(t = 4.274, p < 0.05).

4. Data tekanan kerja di kalangan 10 orang pekerja sampel


berhubungan.

Pekerja Sebelum Program Selepas Program


1 50 37
2 43 29
3 54 39
4 48 36
5 33 22
6 46 34
7 48 35
8 36 27
9 54 42
10 50 36
ΣX = 462 337
Min = 33.70 46.20

(a) Min skor tekanan kerja sebelum program = 33.70.


Min skor tekanan kerja selepas program = 46.20.

Secara relatif min skor tekanan kerja selepas program lebih


tinggi berbanding dengan min skor tekanan kerja sebelum
program.

(b) Hipotesis menguji perbezaan skor tekanan kerja sebelum dan


selepas program, “Min skor tekanan kerja selepas program
lebih tinggi daripada min skor tekanan kerja sebelum
program”.

(c) Pengujian hipotesis dengan aras pengujian signifikan 0.05. Dk


sampel berhubungan ini ialah N – 1 = 9. Nilai kritikal satu
hujungan ialah 1.833. Nilai t ditunjukkan dalam hasil cetak
komputer berikut:
Paired Samples Test
Sig. (2-
t df tailed)
Std. Error
Mean Std. Deviation Mean
Pair 1 kendiri1 - 12.500
1.71594 .54263 23.036 9 .000
kendiri2 00

204
Nilai t = 23.036, ia lebih besar daripada nilai kritikal 1.8333. Ini
menunjukkan min skor tekanan kerja selepas program 46.20 lebih
tinggi secara signifikan daripada min skor tekanan kerja sebelum
program 33.70 (t = 23.036, p < .0.05).

4. Hasil cetak analisis data berikut digunakan.

Nilai Murni
Bangsa Mean N Std. Deviation
Bukan Melayu 101.7692 195 10.06438
Melayu 110.3021 96 10.82115
Total 104.5842 291 11.05764

Levene's Test for


Equality of Variances
Sig. (2-
F Sig. t df tailed)

Nilai Equal
Murni variances 1.390 .239 6.632 289 .000
assumed
Equal
variances
6.470 177.388 .000
not
assumed

(a) Hipotesis yang sesuai, “Min nilai murni orang Melayu berbeza
dengan min nilai murni orang bukan Melayu”. Pemboleh ubah
bebasnya ialah bangsa, manakala pemboleh ubah terikatnya
nilai murni.

(b) Nilai varians kedua-dua kumpulan sampel dianggap seragam,


masing-masing mempunyai nilai lebih kurang (10.00)2.

(c) Keputusan analisis menunjukkan min nilai murni orang


Melayu ialah 110.3021 dan min nilai murni orang bukan
Melayu pula ialah 101.7692. Nilai t = 6.632 dan kebarangkalian
yang ditunjukkan lebih kecil daripada aras pengujian signifikan
0.05 (t = 6.632, p < 0.05). Ini menunjukkan nilai murni orang
Melayu lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min
nilai murni orang bukan Melayu.

BAB 12

1. Data pelajar sekolah berasrama penuh terhadap isu penggunaan


telefon bimbit digunakan.

205
Penggunaan Telefon Bimbit
Tempat Tinggal Setuju Tidak Setuju Jumlah
Bandar 86 19 105
Luar Bandar 95
82 13

168 32 200
Jumlah

(a) Majoriti pelajar bandar dan luar bandar bersetuju supaya


mereka dibenarkan menggunakan telefon bimbit. Jumlah yang
bersetuju ialah 168 daripada 200 orang responden. Bilangan
pelajar bandar dan luar bandar hampir sama yang bersetuju di
mana 86 orang pelajar bandar dan 82 dari kawasan luar bandar.
Hanya sebilangan kecil yang tidak bersetuju iaitu 19 orang dari
bandar dan 13 orang di luar bandar.

(b) Kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.

Penggunaan Telefon Bimbit


Tempat Tinggal Setuju Tidak Setuju Jumlah
Bandar 1 2
(105 x 168)/200 (105 x 32)/200 105
= 88.2 = 16.8
Luar Bandar 3 4
95
(95 x 168)/200 (95 x 32)/200 =
= 79.8 15.2
168 32 200
Jumlah

(c) Hipotesis, “Pandangan terhadap penggunaan telefon bimbit


tidak mempunyai kaitan dengan tempat tinggal pelajar”.

(d) Darjah kebebasan ialah (2-1)(2-1) = 1. Nilai kritikal dengan


pada aras pengujian signifikan 0.05 ialah 3.84.

(e) Nilai Khi Kuasa Dua χ 2

Sel Kp Kj (Kp – Kj)2/Kj


1 86 88.2 (86 – 88.2) 2/88.2 = 0.055
2 19 16.8 (19 – 16.8) 2/16.8 =0.288
3 82 79.8 (82 – 79.8) 2/79.8 = 0.061
4 13 15.2 (13 – 15.2) 2/15.2 = 0.318
Jumlah 20 20 0.722

Keputusan analisis menunjukkan nilai χ 2 ialah 0.722 dan ia


lebih kecil daripada nilai kritikal 3.84. Oleh kerana itu tidak
terdapat kaitan secara signifikan antara pandangan terhadap
penggunaan telefon bimbit dengan tempat tinggal pelajar (χ 2
206
= 0.722, p > 0.05). Dengan kata lain tempat tinggal tidak
mempengaruhi pandangan pelajar sama ada setuju atau tidak
setuju dengan penggunaan telefon bimbit.

(f) Pekali Phi Cramer: χ 2/ N (k-1)

= 0.722/ 200 (2-1)


= 0.772/200
= 0.003.

Keputusan ini menunjukkan darjah kaitan antara pandangan


pelajar terhadap penggunaan telefon bimbit sangat lemah.

2. Hasil cetak analisis komputer berikut digunakan.

Count

Kategori Pendapatan
Bawah RM1001 - RM2001 – RM3001 Jumlah
RM1,000 RM2,000 RM3000 Ke Atas
Kategori Bawah 2.0
11 6 1 4 22
PMK
2.1 Hingga
256 84 32 39 411
3.0
3.1 Hingga
92 49 17 15 173
4.0
Jumlah 359 139 50 58 606

Chi-Square Tests
Asymp. Sig.
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 8.370(a) 6 .212
Likelihood Ratio 7.984 6 .239
Linear-by-Linear
.172 1 .678
Association
N of Valid Cases 606
a 2 cells (16.7%) have expected count less than 5.
The minimum expected count is 1.82.

(a) Pelajar yang mempunyai tinggi PMK 3.0 ke atas, majoritinya


terdiri daripada mereka yang keluarganya berpendapatan
kurang RM1,000 iaitu 92 daripada 173 pelajar. Pelajar dalam
kumpulan pendapatan rendah ini lebih ramai yang mempunyai
PMK antara 2.1 hingga 3.0. Secara keseluruhan, keputusan
menunjukkan pelajar yang mempunyai PMK yang sederhana
antara 2.1 hingga 3.0 ramai yang berada pada semua kategori
pendapatan keluarga.

(b) Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.

207
PMK Bawah RM1001 - RM2001 – RM3001 Ke
RM1,000 RM2,000 RM3000 Atas
Bawah 2.0 359x22/606 139x22/606 50x22/606 58x22/606
22
=13.03 =5.05 = 1.82 = 2.11
2.1 Hingga 3.0 359 x 411/606 139x411/606 50x411/60 58x411/606
411
= 243.48 = 94.27 6 =33.91 =39.34
3.1 Hingga 4.0 359 x 173/606 139x173/606 50x173/60 58x173/606
173
= 102.49 =39.68 6 =14.27 = 16.56
359 139 50 58 606

(c) Bina hipotesis yang sesuai. “Terdapat kaitan antara PMK


pelajar dengan pendapatan keluarga mereka”.

(d) Darjah kebebasan = (4-1)(3-1) = 6. Nilai kritikal pada aras


pengujian signifikan 0.01 ialah 16.8.

(e) Nilai Khi Kuasa Dua yang ditunjukkan dalam hasil cetak
komputer ialah 8.370. Nilai ini lebih kecil daripada nilai kritikal
16.8. Oleh kerana itu tidak terdapat terdapat kaitan antara
PMK pelajar dengan pendapatan keluarga mereka secara
signifikan (χ2 = 8.37, p > 0.05). Nilai kebarangkalian yang
diberi kepada nilai χ2 juga lebih kecil daripada 0.05. Keputusan
ini menunjukkan pemboleh ubah pendapatan keluarga dan
PMK pelajar bebas antara satu dengan yang lain.

(f) Kira pekali Phi Cramer: χ 2/ N (k-1)


= 8.37/ 606 (3-1)
= 8.37 /1212
= 0.006.

BAB 13

1. Menggunakan hasil cetak analisis berikut:

PMK

N Mean Std. Deviation Std. Error

bandar 188 3.0549 .41009 .02991


pinggir bandar 128 2.9437 .32417 .02865
luar bandar 196 2.9545 .35886 .02563
Total 512 2.9887 .37187 .01637

208
ANOVA
PMK

Sum of Squares df Mean Square F Sig.


Between Groups 1.313 5 .263 1.906 .090
Within Groups 69.906 507 .138
Total 71.219 512

(a) Keputusan secara statistik deskriptif:


PMK pelajar bandar lebih tinggi sedikit iaitu 3.05, manakala
PMK pelajar pinggir bandar dan bandar hampir sama iaitu
2.94 dan 2.95. Serakan skor PMK juga hampir sama di ketiga-
tiga tempat tinggal pelajar.

(b) Hipotesis, “PMK pelajar mengikut tempat tinggal tidak


berbeza. Pemboleh ubah bebas ialah tempat tinggal, manakala
pemboleh ubah terikatnya ialah PMK.

(c) Darjah kebebasan ialah 5 dan 507. Nilai kritikal pada aras
pengujian signifikan 0.05 ialah 2.21.

(d) Keputusan pengujian: Statistik F yang diperolehi ialah 1.906


dan ia lebih kecil daripada nilai kritikan F 2.21. Oleh kerana itu
min PMK bagi semua pelajar mengikut tempat tinggal tidak
berbeza secara signifikan (F(5,507) = 1.906, P > 0.05). Nilai
kebarangkalian yang diberi pada statistik F ialah 0.08
menunjukkan lebih besar daripada aras signifikan 0.05.

(e) Oleh kerana tidak terdapat perbezaan signifikan PMK


mengikut tempat tinggal, pengujian post hoc tidak perlu dibuat
untuk memastikan perbezaan prestasi akademik berdasarkan
tempat tinggal.

209
210
LAMPIRAN B
Jadual A
Nilai Kritikal Taburan F

________________________________________________________________

Nilai kritikal yang tidak dihitamkan menggunakan aras signifikan 0.05.


Nilai kritikal yang dihitamkan (bold) menggunakan aras signifikan 0.01.

211
Jadual A (sambungan)

212
Jadual A (sambungan)

Sumber: Snedecor, G.W. & Cochran, G. (1980). Statistical methods (7th ed). Ames, Iowa:
Iowa State University Press.

213

You might also like