You are on page 1of 7

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Siti Fatimah Binti Mohd Jamil


Fakulti Pendidikan Teknikal Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
sitijamil92.mpputhm@gmail.com

Abstrak

1.0 Pengenalan
Dunia kini menghadapi gelombang perkembangan teknologi dan sistem elektronik kearah
revolusi industri 4.0 iaitu kesinambungan daripada revolusi industri 3.0 yang berteraskan
kepada kemajuan bidang teknologi. Perkembangan revolusi indsutri keempat bermula daripada
negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat
yang kini berkembang kepada negara-negara seperti China, Korea Selatan dan Singapura.
Tidak ketinggalan negara kita Malaysia juga berusaha kearah kemajuan perkembangan
teknologi dan industri seiring negara maju. Kemajuan teknologi sedunia ini menyebabkan
sistem Pendidikan di Malaysia terutamanya dalam bidang Pendidikan teknikal dan vokasional
(TVET) juga tidak ketinggalan untuk sentiasa membuat perubahan yang terbaik mengikuti
keperluan semasa bagi melahirakan insan yang berketerampilan, berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab serta berakhlak mulia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Teknikal dan Vokasional berperanan bukan sahaja sebagai satu saluran
untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, malahan juga sebagai enjin
pembangunan negara. Di kebanyakkan negara maju telah menjadikan TVET sebagai pilihan
pendidikan perdana di mana model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna
pakai. Model ini membolehkan aliran akademik dan aliran TVET mempunyai prospek kerja
yang setara. Penambahan peluang, akses dan kualiti TVET untuk laluan teknikal adalah sama
penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiary contohnya di negara
Jerman TVET dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama sistem pendidikan yang mana
sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada pelajar memasuki sekolah vokasional. Di rantau ini
sahaja secara umumnya, Korea Selatan, Singapura, dan China terus berusaha memberi
tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, termasuk pengukuhan dalam
bidang TEVT. Hasilnya, Republik Korea membangun dengan pantas daripada sebuah negara
yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Mereka menyedari untuk
bersaing di peringkat global perlu diwujudkan pendidikan yang dapat memastikan semua
pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengetepikan pelajar yang berprestasi rendah.
Seiring dengan pencapaian negara maju pihak Kementerian Pendidikan sentiasa merancang
kurikulum TVET yang terbaik bagi memenuhi perkembangan teknologi semasa dan mencapai
matlamat kerajaan untuk melahirkan insan yang berkemahiran serta berpengetahuan tinggi
disamping dapat memajukan negara dipersada dunia. (Ahmad, Jalani & Hasmori, 2015).

2.0 Sejarah perkembangan tvet di malaysia

Perkembangan TVET bermula sebelum Perang Dunia Kedua. Menurut Emat (1993) tahun
1906 adalah titik permulaan bagi pengajaran teknikal diMalaysia. Dalam tempoh ini, sekolah
teknikal yang pertama diperkenalkan, bertujuan untuk menyediakan latihan yang berkaitan
pekerjaan jurutejnik dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan keretapi Tanah Melayu (KTM). Dua
puluh tahun kemudian, empat Sekolah Ketukangan telah diperkenalkan di Kuala Lumpur,
Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru (Rasul, Ashari, Azman & Abdul Rauf 2015). Setiap
sekolah bertujuan memberi latihan teknikal untuk pelajar sekolah rendah yang bergelut alam
bidang akademik. Sekolah-sekolah ini menyediakan latihan teknikal asas dalam bidang
mekanikal, elektrikal dan pertukangan. Walau bagaimanapun, menurut Emat (1993) sekolah-
sekolah ini gagal menarik minat orang ramai. Empat fakto yang menyumbang kepada
kegagalan ialah:

a. Presepsi negatif terhadap kerja-kerja teknikal dalam kalangan orang ramai


b. Perindustrian adalah bidang baru dan bidang yang tidak menggalakkan kerj
c. Ibu bapa menilai pencapaian akademik lebih daripada kemahiran teknikal
d. Masyarakat meragui kualiti pendidikan di sekolah-sekolah teknikal
Sebelum Semasa
Pendudukan Selepas
perang
Dunia ke-2 Jepun Perang
1960 Selepas
(1900-1940) (1941-1945) Dunia Ke-2

Bermula 1968: 1980:


Sekolah menengah Sembilan
rendah berfokus Sekolah Teknik,
kepada sijil Rendah 24 Sekolah
Pelajaran. Pelajar Teknik 24
diberi pilihan Sekolah
1906: Sekolah 1957-1960: samaada Vokasional dan
Teknik lapan sekolah menyambung ke dua buah
Pertama ketukangan luar Sekolah Teknik politeknik
ditubukan bandar dibuka atau Sekolah ditubuhkan
untuk melatih dan dikenali Vokasional
Juruteknik sebagai Sekolah beberapa Sekolah
Jabatan Kerja Lanjutan Trknik ditubuhkan
Raya dan kampung bermula 1965-1968
Keretapi Tanah
Melayu

1926-1934: 1965: 1972-1973: 1989-1900


Empat 19 sekolah Enam Sekolah Dua
Sekolah menengah Menengah Politeknik
Ketukangan rendah Vokasional ditubuhkamn
dibuka diperkenalkan ditubuhkan
di Kawasan
kampung

Rajah 1.1: Sejarah Perkembangan TVET di Malaysia

Sumber: Emat 1993


Selepas kemerdekaan, TVET telahditangani dengan serius dalam Rancangan Malaysia Pertama
(Raul, 2015). Emat (1993) jelas menyatakan 19 buah Sekolah Menengah untuk penduduk
ksmpung telah diperkenalkan dan dikenalisebagai Sekolah Menengah Kebangsaan. Beliau juga
menyebut bahawa sekolah sekolah ini menerima enrolmen pelajar tahap 7-9. Pelajar-pelajar ini
diperkenalkan Sains Pertanian, Perdagangan atau Ekonomi Rumah Tangga (untuk perempuan)
dan Lukisan Industri (untuk lelaki). Selepas itu, pelajar perlu menduduki Sijil Rendah pelajaran
(SRP). Pembangunan sekolah-sekolah teknikal didapati terhenti smeasa pendudukan jepun.
Selepas perang dunia kedua, dalam tempoh 1957 hingga 1960, lapan lagi Sekolah Ketukangan
diperkenalkan sebagai Sekolah Menengah penduduk kampung.

Dalam Laporan Razak 1956, dinyatakan sekolah-sekolah teknikal bertujuan untuk:

a. Menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran untuk bergerak


b. Menyedari permintaan ibu bapa untuk menyediakan latihan teknikal untuk anak-anak
mereka
c. Merealisasikan aspirasi Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,
terutama dalam memperkenalkan Sistem Pendidikan Komprehensif untuk Malaysia

2.1 Era Kegemilangan TVET di Malaysia

Era kegemilangan TVET di Malaysia bermula dari tahun 1960. Sebagai contoh, bermula dari
1968, selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), pelajar diberi peluang untuk sama ada
terus ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Vokasional. Selain itu, menurut Emat (1993)
sejak 1968, beberapa buah sSekolah Teknik, Politeknik dan universiti yang menawarkan
latihan teknikal telah diperkenalkan di seluruh Malaysia.
Empat tahun kemudian, antara 1972-1973, enam lagi Sekolah Menengah Vokasional
dan beberapa Sekolah Menengah Teknik telah diperkenalkan dengan pembaiyaan daripada
Bank Dunia. Menjelang tahun 1988, Emat (1993) menyatakan bahawa keseluruhan sembilan
Sekolah Menengah Teknik, 46 Sekolah Menengah Vokasional dan lima Politeknik di Ipoh,
Kuantan, Batu Pahat, Alor Setar dan Kota Bharu telah diperkenalkan. Semenjak itu, bilangan
institusi latihan pendidikan teknikal dan vokasional semakin meningkat bagi menampung
peningkatan pelajar yang mendaftar di institusi masing-masing.
Sehigga 1986, enolmen untuk sekolah teknikal dan Sekolah Menengah Vokasional
adalah terlalu tinggi. oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah untuk
memperbaharui pendidikan TVET. Emat (1963) menyatakan bahawa pembaharuan, yang
dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vokasional Baru diperkenalkan di Sekolah Menengah
Vokasional seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan keputusan Sijil Rendah
Pelajaran (LCE) dan Sekolah Menengah Vokasional menekankan mata pelajaran akademik dan
vokasional. Disamping itu, Sijil Vokasional baru Malaysia (Sijil Pelajaran Vokasional
Malaysia, SPVM) diperkenalkan untuk Tingkatan 5. Pelajar yang mendapat keputuan
cemerlang dalam peperiksaan ini telah ditawarkan untuk menlanjutkan pelajaran ke Tingkatan,
Institusi Pengajian Guru, Institusi Teknologi Mara atau Politeknik
Pada era 1990-an, TVET Malaysia telah mencapai satu rangkaian global iaitu
pengenalan kepada proses pengeluaran dan teknologi baru telah mendorong pembangunan
agensi rangkaian pendidikan antara Malaysia, Jerman dan Perancis. Institut Jerman-Malaysia
9German-Malaysia Institute, GMI) dan Institut France Malaysia (Malaysia France Institute,
MFI) telah ditubuhkan untuk merealisasikan keperluan semasa industri. Disamping itu, institusi
TVET di Malaysia telah dikaji semula dan dinaik taraf. Hasilnya 69 sekolah menengah
vokasional telah dinaik taraf kepada sekolah-sekolah teknikal pada tahun 1995. Institusi lain
seperti politeknik, kolej komuniti, institusi Vokasional MARA dan Institusi latihan
Perindustrian juga turut dinaik taraf dan diperbaharui (Rasul, Ashari, Azman dan Abdul Rauf,
2015).
Pembangunan TVET di Malaysia sentiasa menekankan kualiti dan sumbangan kepada
masayarakat dan sememangnya diharapkan bahwa pembangunan institusi TVET di Malaysia
akan mencapai aspirasi pendidikan teknikal Malaysia, yang bertujuan untuk menyediakan
latihan teknikal yang mencukupi (dalam pengetahuan, kemahiran, kefahaman, dan kemahiran
yang ebrkaitan dengan kerja), memajukan sector indsutri, dan untuk melengkapkan pelajar
dengan pembangunan pembelajaran dan pekerjaan masa depan. Pembangunan TVET di
Malaysia selari dengan usaha UNESCO dalam memperkayakan kualiti TVET untuk
memperkasakan pengetahuan pendidikan, pengetahuan teknikal dan saintifik dan kemahiran
praktikal dalam persediaan untuk bidang kerja masa depan. Sejak tahun 1906 lagi
pembangunan TVET di Malaysia tidak berhenti walaupun penerimaan dan pandangan orang
ramai terhadapnya kurang menggalakkan. Pada tahun 1986, TVET di Malaysia telah
berkembang di seluruh negara. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi ini
menekankan pembangunan kedua-dua komponen iaitu akademik dan lemahiran praktikal, yang
selaras dengan konsep “school-work-competencies” yang dicadangkan oleh Wellington (1993).
RUJUKAN

Ahmad, M., J., Jalani, N. H., & Hasmori, A. A. (2015). Seminar Kebangsaan Majlis
Dekan-Dekan Pendidikan Awam 2015. TEVT di Malaysia: Cabaran dan Harapan.

Revolusi Perindustrian Keempat / Industri 4.0/ IR4.


https://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-40-revolusi.html

https://www.academia.edu/36189742/PENDIDIKAN_TEKNIK_DAN_VOKASIONAL_DALAM_PENDI
DIKAN_NEGARA

Tvet Pemacu utama lahir tenaga mahir tempatan


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582753/tvet-pemacu-utama-lahir-
tenaga-mahir-tempatan-pm

You might also like