You are on page 1of 2

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANTING, SELANGOR

Pada hari Isnin, 18 Mei 2015 yang lalu,Sekolah Menengah Kebangsaan


Banting Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru bersempena
dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2015.Sambutan tersebut diadakan di
Sambutan Perhimpunan.

Semua murid telah berkumpul di Dataran Perhimpunan  pada jam 7:15 pagi
manakala guru-guru pula telah berkumpul di hadapan laluan pintu masuk. Pada jam
7:20pagi, majlis dimulakan dengan perarakan para guru yang diraikan ke Tapak
Perhimpunan diiringi oleh alunan kompang oleh para pelajar SMK Banting. Majlis
diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah iaitu Mohd Fahim
Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan
Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan
mereka. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Perutusuan daripada Menteri
Peljaran Malaysia, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah
Jabatan Pelajaran Selangor. YDP PIBG telah dijemput bagi merasmikan majlis
sambutan Hari Guru pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan
persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan
seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Pengetua SMK Banting, Pn.
Hajah Rahani BT Arshad.

Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan pelajar dan guru. Pelbagai


persembahan telah disembahkan oleh para pelajar SMK Banting. Pada Jam
10:00pagi, Penyampaian Hadiah Simbolik telah disempurnakan oleh YDP PIBG
kepada Pengetua SMK Banting.

Setelah selesai penyampaian hadiah simbolik, para pelajar dan guru-guru beredar
ke kantin untuk rehat. Aktiviti sukaneka telah dimulakan pada jam 10.40 pagi. Akitiviti
telah diketuai oleh para pengawas SMK Banting. Pelbagai acara telah diadakan,
antaranya Titian Kasih, Mengisi botol dengan air menggunakan straw, pakaian
tercantik daripada surat khabar, makan buah tembikai dan disudahi dengan
permainan mencari permata di dalam pasir. Majlis diteruskan dengan acara tarik tali
oleh guru lelaki yang begitu bertenaga untuk menumpaskan pasukan lawan.
Suasana begitu meriah kerana guru-guru dan murid masing-masing memberikan
sokongan kepada pasukan pilihan mereka.

Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan majlis penyampian
hadiah kepada pasukan pemenang oleh pengetua di kantin sekolah diikuti Jamuan
khas untuk guru-guru yang ditaja oleh Pak Usop, pengendali kantin SMK Banting.

Laporan disediakan oleh,


YOGAMALAR CHANDRASEKARAN
Penyelaras Program
Sambutan Hari Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Banting

You might also like