You are on page 1of 8

Tajuk : Kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintensis

Tujuan : Untuk mengkaji kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis.

Pernyataan masalah : Apakah kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis?

Hipotesis : Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar fotosintesis.

Pembolehubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jarak sumber cahaya
Pemboleh ubah bergerak balas : Bilangan gelembung gas yang dihasilkan
Pemboleh ubah dimalarkan : Suhu, kepekatan karbon dioksida

Radas : Bikar, lampu meja dengan mentol 40 W, tabung uji, corong turas, thermometer, jam
randik dan pembaris

Bahan : Hydrilla sp., serbuk natrium bikarbonat dan plastisin

Teknik digunakan : Mengira dan merekod bilangan gelembung gas yang dibebaskan dalam masa 1 minit
dengan menggunakan jam randik.

Prosedur :

1. Radas seperti di atas disediakan.


2. Potong hujung batang Hydrilla sp.,dan diletakkan menghadap ke atas
3. Sebuah lampu meja diletakkan 50 cm daripada bikar dan dihidupkan.
4. Kira bilangan gelembung gas yang terhasil dalam masa 1 minit apabila gelembung gas yang
dihasilkan sekata.
5. Langkah 3 dan 4 diulang dengan meletakan lampu meja pada jarak yang berlainan iaitu, 40 cm,
30 cm, 20 cm dan 10 cm daripada bikar.
6. Graf bilangan gelembung gas yang terhasil melawan jarak bikar daripada sumber cahaya diplot.

Penjadualan data :

Jarak sumber cahaya (cm) 10 20 30 40 50


Bilangan gelembung gas yang dibebaskan seminit

1
Tajuk : Nutrisi

Tujuan : Untuk menentukan kandungan Vitamin C dalam jus buah-buahan

Pernyataan masalah : Jus yang manakah mempunyai lebih Vitamin C

Hipotesis : Jus lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi


berbanding nanas dan jus betik

Pembolehubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis jus buah
Pemboleh ubah bergerak balas : Kandungan Vitamin C dalam isipadu jus buah
Pemboleh ubah dimalarkan : Isipadu larutan DCPIP

Radas : Tiub spesimen, picagari dan silinder penyukat (5ml)

Bahan : Larutan asid askorbik 0.1%, larutan DCPIP, jus lemon,


jus nanas dan jus betik

Teknik digunakan : Menyukat isipadu jus buah yang diperlukan untuk melunturkan
warna 1 ml larutan DCPIP dengan picagari dan merekod data

Prosedur :

1. Label empat tiub spesimen sebagai A, B, C dan D.


2. Masukkan 1 ml larutan DCPIP ke dalam setiap tiub specimen.
3. Isi 5 ml larutan asid askorbik ke dalam picagari.
4. Celupkan jarum picagari ke dalam larutan DCPIP seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
5. Titiskan larutan asid askorbik setitik demi setitik ke dalam larutan DCPIP sambil menggoncang
tiub specimen dengan perlahan-lahan,
6. Catatkan isipadu larutan asid askorbik yang digunakan untuk melunturkan warna larutan DCPIP.
7. Ulangkan langkah 1 hingga 6 dengan menggunakan jus lemon, jus nanas dan jus betik.
8. Hitungkan peratus dan kepekatan vitamin C dalam ketiga-tiga jus buah dengan menggunakan
formula di bawah.

Penjadualan data :

Larutan Isipadu awal Isipadu akhir Isipadu yang Peratus vitamin Kepekatan
(ml) akhir (ml) digunakan (ml) C (%) Vitamin C (mg
cm-3)
Asid askorbik 5ml
Jus lemon 5ml
Jus nanas 5ml
Jus betik 5ml

2
Tajuk : Tahap pencemaran air bagi pelbagai sumber air

Tujuan : Untuk mengkaji tahap pencemaran air dalam pelbagai sumber air

Pernyataan masalah : Apakah tahap pencemaran air bagi pelbagai sumber air?

Hipotesis : Semakin tercemar sampel air, semakin cepat masa yang diambil oleh larutan metilena
biru untuk luntur.

Pembolehubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis sampel air
Pemboleh ubah bergerak balas : Masa yang diambil oleh metilena biru untuk luntur
Pemboleh ubah dimalarkan : Isipadu larutan metilena biru, isipadu sampel air

Radas : Botol reagen, picagari, jam


Bahan : Larutan metilena biru 0.1%, sampel air

Teknik digunakan : Mengukur masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru dengan
menggunakan jam dan merekod masa.

Prosedur :
1. Kumpul empat sampel air dari empat sumber yang berlainan.
2. Label lima botol reagen sebagai P, Q, R, S dan T.
3. Isi setiap botol reagen dengan 200 ml sampel yang dikumpulkan masing-masing dengan :
P : Air longkang
Q : Air sungai
R : Air tasik
S : Air pili
T : Air suling
4. Dengan menggunakan picagari, tambahkan 1 ml larutan metilena biru 0.1% ke dalam sampel air
dengan perlahan-lahan.
5. Tutup botol dengan segera. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan goncang botol reagen.
6. Letakkan semua botol dalam kawasan yang gelap.
7. Periksa perubahan warna untuk setiap botol pada selang masa 1 jam.
8. Rekod masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru menjadi luntur.
9. Lukis satu carta palang untuk mewakili keputusan.

Penjadualan data :

Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan


Botol reagen Sampel air
metilena biru (jam)
P Air longkang
Q Air sungai
R Air tasik
S Air pili
T Air suling

3
Tajuk: Persampelan Kuadrat

Tujuan: Untuk menentukan peratus litupan, frekuensi dan kepadatan bagi Mimosa pudica
menggunakan teknik persamplen kuadrat.

Pernyataan masalah: Berapakah peratus litupan, frekuensi dan kepadatan Mimosa pudica?

Bahan: 10 kuadrat kayu segi empat bersaiz 1 m x 1 m, pembaris, tali dan paku

Radas: Tukul dan gunting

Prosedur:
1. Letakkan secara rawak 10 kuadrat yang berukuran 1 m x 1 m di padang sekolah.
2. Bahagikan setiap kuadrat kepada 100 petak yang berukuran 0.1 m x 0.1 m setiap satunya.
3. Kira bilangan Mimosa pudica dalam setiap kuadrat.
4. Tentukan luas petak kecil yang dilitupi Mimosa pudica. Kira sebagai satu petak jika luas yang dilitupi
adalah lebih daripada separuh petak kecil.
5. Rekodkan keputusan anda.
6. Hitungkan peratus litupan, frekuensi dan kepadatan Mimosa pudica dengan formula berikut.

Peratus litupan = Jumlah luas litupan x 100%


Jumlah semua kuadrat

Frekuensi = BIlangan kuadrat yang terdapat spesies kajian x 100%


Jumlah bilangan kuadrat

Kepadatan = Jumlah bilangan individu x 100%


Jumlah luas kuadrat

Persembahan data:

Kuadrat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
2
Luas litupan (m )
Bilangan individu

4
Tajuk : Variasi dalam manusia

Tujuan : Untuk mengkaji variasi selanjar( continuous variation) dan variasi tak selanjar
(discontinuous variation) dalam manusia.

Pernyataan masalah : Apakah jenis variasi untuk ketinggian dan kebolehan menggulung lidah
dalam pelajar?

Hipotesis : Ketinggian ialah variasi selanjar manakala kebolehan menggulung lidah ialah
variasi tidak selanjar.

Pembolehubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Ciri-ciri dalam manusia
Pemboleh ubah bergerak balas : Jenis variasi
Pemboleh ubah dimalarkan : Bilangan pelajar, umur pelajar

Radas : Pita ukur

Teknik digunakan : Mengukur ketinggian pelajar dengan menggunakan pita ukur serta merekod data.
Memerhati dan merekod kebolehan menggulung lidah setiap pelajar.

Prosedur :
1. Ukur ketinggian setiap pelajar dan catatkan setiap ukuran.
2. Catatkan bilangan pelajar mengikut sela ketinggian.
3. Plotkan graf bilangan pelajar melawan ketinggian.
4. Perhatikan menggulung lidah pada setiap pelajar
5. Catatkan bilangan pelajar untuk setiap ciri yang disiasat.
6. Plotkan carta palang bilangan pelajar melawan ciri bagi trait yang dikaji.

Penjadualan data :

Ciri Ketinggian

Sela ketinggian (cm) Bilangan pelajar


< 154
155 159
160 164
165 169
170 174
175 179
> 180

Ciri Kebolehan Menggulung Lidah


Trait Kebolehan menggulung lidah
Ciri Boleh Tidak Boleh
Bilangan
Pelajar

5
Tajuk : Enzim
Tujuan eksperimen : Untuk mengkaji kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas biokimia
Hipotesis: Semakin tinggi kepekatan enzim, semakin tinggi tindak balas biokimia sehingga ia mencapai tahap
maksimum
Pembolehubah:
(i) Pembolehubah dimanipulasikan: Kepekatan enzim
(ii) Pembolehubah Bergerak balas: Masa yang diambil untuk memecahkan kanji
(iii) Dimalarkan: pH, suhu, kepekatan substrat
Bahan: Larutan kanji 1%, larutan iodine dan air suling
Radas: Bikar, tabung uji, picagari, penitis, rod kaca, jubin putih, termometer, kasa dawai, penunu Bunsen, kaki
tripod & jam randik.
Teknik: Mengukur masa yang diambil untuk hidrolisis kanji menjadi lengkap dengan menggunakan jam randik dan
merekod data.
Prosedur:
1. 6 tabung uji disediakan seperti di bawah:

Tabung uji A B C D E F
Isipadu air
0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0
liur (ml)
Isipadu air
2.5 2.0 1.5 1.0 0.5 0.0
suling (ml)

2. Tabung uji tersebut dilabel A, B, C, D, E dan F.


3. Setiap tabung uji diisi dengan isipadu air liur dan air suling yang berbeza seperti yang diberikan.
4. Beberapa titik iodin dititiskan di atas jubin putih secara berasingan.
5. 4 ml larutan kanji dituang ke dalam tabung uji A.
6. Jam randik dimulakan. Setitis campuran dikeluarkan dengan menggunakan penitis dan ditambah ke atas
iodine atas jubin putih dengan segera.
7. Perubahan warna iodine diperhatikan.
8. Ujian iodine dijalankan pada sela masa 30 saat sehingga tiada perubahan warna berlaku ke atas iodin.
9. Masa yang diambil untuk tiada perubahan warna iodin direkodkan.
10. Langkah 5 hingga 9 diulang untuk tabung uji A, B, C, D, E dan F.
11. Semua pemerhatian direkodkan.
12. Graf kadar tindak balas [1/masa] melawan kepekatan enzim di plotkan.
Keputusan:

Tabung uji A B C D E F
Kepekatan
enzim (%)
Masa diambil
untuk
hidrolisis
kanji (minit)
Kadar tindak
balas
[1/masa]
minit-1

6
Tajuk : Kaedah tangkap, tanda, lepas dan tangkap semula

Tujuan : Untuk menganggarkan saiz populasi belalang menggunakan tangkap, tanda, lepas dan tangkap
semula.

Pernyataan masalah : Apakah saiz populasi belalang?

Bahan : Tali, pen penanda yang berdakwat kekal dan tidak beracun

Radas : Tukul atau alat yang sesuai

Prosedur :

1. Bataskan satu kawasan di sekeliling sepohon pokok besar untuk dijadikan kawasan kajian.

2. Tangkap sebilangan belalang secara rawak dan rekod bilangannya.

3. Tandakan setitik kecil dakwat pada badan belalang yang ditangkap itu.

4. Lepaskan semula semua belalang.

5. Selepas tujuh hari, buat tangkapan kedua secara rawak dari kawasan yang sama. Catatkan bilangan
belalang dalam tangkapan kedua ini.

6. Periksa belalang dan rekod bilangan kutu kayu yang didapati bertanda.

7. Anggarkan saiz populasi belalang dengan menggunakan formula berikut:

Bilangan tangkapan pertama x bilangan dalam tangkapan kedua

Bilangan yang bertanda dalam tangkapan kedua

Persembahan data:

Bilangan belalang dalam tangkapan pertama


Bilangan belalang dalam tangkapan kedua
Bilangan belalang bertanda dalam tangkapan
kedua
Anggaran saiz populasi belalang

7
Tajuk: Bahan pencemar pepejal dalam udara di kawasan persekitaran yang berlainan

Tujuan : Untuk membandingkan amaun bahan pencemar pepejal dalam udara daripada kawasan yang
berlainan.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah bahan pencemar pepejal dalam udara di kawasan persekitaran yang
berlainan berbeza?

Hipotesis: Semakin tercemar kawasan, semakin banyak amaun pencemar pepejal

Pembolehubah :

Dimanipulasi : Kawasan yang berlainan

Bergerak balas : Amaun pencemar pepejal

Dimalarkan : Masa, saiz pita selofan

Bahan: Pita selofan

Radas : Slaid, piring petri dan mikroskop cahaya

Prosedur:

1. Bersihkan dan keringkan lima slaid kaca

2. Lekatkan pita selofan pada setiap slaid yang ditunjukkan dalam rajah.

3. Simpankan salah satu slaid di dalam piring petri bertutup dan labelkannya P.

4. Label empat slaid yang lain sebagai Q, R, S dan T. Letakkan slaid itu di tempat berikut.

Q Di tepi tingkap makmal

R DI kawasan kantin

S Di dalam bilik berhawa dingin

T Dilekat pada pintu masuk sekolah

5. Selepas seminggu, kumpulkan kesemua slaid tersebut dan periksa satu demi satu menerusi mikroskop
cahaya.

6. Lukiskan pemerhatian anda.

Persembahan data:

You might also like