You are on page 1of 107

Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENYELARAS
PN. DERANI TAN

JURULATIH UTAMA
PN. HJH SAKINAH BINTI SALEH

1, EN. SHARUL NIZAM BIN SOHAIMI @ EMBI - SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH
2. PN. SOFIAH BINTI OTHMAN - SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH
3. PN SAADIAH BINTI JAAFAR - SMK PENANG FREE
4. EN. NG KHIM HOOI - SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
5. EN AZAHAR BIN KASA - SMK SRI MUDA
6. PN NOORLELA BINTI ZAINUDDIN - SMK TELOK AIR TAWAR
7. PN. SURIYANI BINTI LAMIN - SMK SUNGAI ARA
8. EN. YEE TEIK HUAT - SMK (L) METHODIST
9. PN. ZAINON BINTI OTHMAN - SMKA AL MASHOOR (LELAKI)
10. PN. ANNIE WONG YUN FUI - SMK BUKIT MERTAJAM
11. PN. HALIJAH BINTI ISMAIL - SMK MUTIARA IMPIAN
12. EN. HASBULLAH BIN AHMAD - SMK PERMATANG RAWA
13. PN. FUZIATI BINTI OMAR - SMK SEBERANG JAYA
14. PN. NORIZAN BINTI YUSOFF - SMK SIMPANG EMPAT
15. PN. NURUL HUDA BINTI MD YUSOP - SMK SIMPANG EMPAT
16. EN. SHANMUGANATHAN A/L KALLIDASON - SMK ST MARK
17. EN. YEOH HUP THEAM - SMK ST XAVIER
18. PN. FARIDAH BINTI ABDULLAH - SMK PENANTI
19. TN HJ MOHD SOKRI BIN SA’AD - SMK PENANTI
20, PN. SARASWATHY A/P THERUMALAI - SM TEKNIK TAR PUTRA
21. PN. CHAN EIT FONG - SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH
22 EN. KESAVAN A/L SINNIAH - SMK SUNGAI ACHEH
23. PN SALMIAH BINTI ABU BAKAR - SMKA (P) AL MASHOOR
24. PN. NOOR HAYATI BINTI UJAR - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
25. PN. AINON ROSMANIRA BINTI MAT HUSSIN - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
26. PN NOR AINI BINTI HARON - SMK (P) ST GEORGE
27. PN. SHALINI A/P R KRISHNAMURTHY - SMK ABDULLAH MUNSHI
28. PN. SITI HAJAR BINTI ISMAIL - SMK BALIK PULAU
29. PN. NOOR AISHAH BINTI ABU HASSAN - SMK BAKTI
30. PN. ANIZA BINTI ISMAIL - SMK BAKTI
31. PN. MAIZATUL FADZILLAH BINTI OSMAN - SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI
32. EN. AZMAN BIN AHMAD - SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI
33. PN. NORIDAH BINTI ABU BAKAR - SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI
34. PN. ZATY MASTURA BINTI SANUSI - SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
35. PN. VIMALA A/P KRISNASAMY - SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
36. PN. FAUZIAH BINTI ISHAK - SMKA AL-IRSHAD
37. PN. RAFIDAH BINTI RAMLI - SMKA (P) AL MASHOR
38. PN. SUZANA BINTI JAAFAR - SMK DATUK ABDUL KADIR

2
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

3
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

TEMA 1: MASYARAKAT

Soalan 1: Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

Huraikan bagaimana kuasa raja-raja Melayu sebagai pemerintah


TAJUK tertinggi dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional dapat
diperkukuhkan sebelum campur tangan British.
Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di
Malaysia terutamanya di Tanah Melayu. Dalam struktur sosial masyarakat
Melayu tradisional yang berbentuk piramid, Raja merupakan golongan ynag
menduduki hierarki yang paling atas sekali. Kedudukan ini memnyebabkan
PENDAHULUAN
institusi beraja memainkan peranan penting mendasari sistem pemerintahan
di negeri-negeri Melayu sejak dahulu lagi. Kuasa raja Melayu sebagai
pemerintah tertinggi yang mendasari sistem politik masyarakat Melayu
tradisional telah diperkukuhkan melalui bidang politik, sosial dan ekonomi.

FAKTA Raja dianggap sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.

Di bawah pengaruh agama Hindu, raja dikenali sebagai Dewa Raja atau
bayangan tuhan di muka bumi iaitu satu kepercayaan yang menganggap raja
sebagai pemerintah yang luhur dan suci. Selepas kedatangan Islam, raja
dikenali sebagai sultan ataupun khalifah Allah di muka bumi. Ini
menyebabkan raja dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam bagi
HURAIAN/ melaksanakan hukum hukum Allah. Justeru itu, rakyat perlu mematuhi
CONTOH segala peraturan atau undang undang yang digubal oleh raja yang bertujuan
untuk memakmurkan negeri dan melaksanakan hukum Islam. Rakyat tidak
boleh mempertikai atau membantah perintah raja kerana segala urusan
pentadbiran yang dilaksanakan oleh raja adalah merupakan perintah Allah.
Jika rakyat menentang perintah raja bermakna rakyat menentang perintah
Allah.
PENEGASAN Faktor inilah yang menyebabkan rakyat tidak berani untuk menentang atau
ISI melanggar perintah raja atau sultan yang menyebabkan raja atau sultan terus

4
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

kukuh pada kedudukannya.

FAKTA Pengukuhan melalui kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja atau sultan.

Kuasa mutlak ini telah membezakan antara raja dengan rakyat biasa.
Konsep kuasa mutlak ini menerangkan raja/sultan mempunyai kuasa penuh
HURAIAN
atau tidak terhad ke atas semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
sesebuah negeri samada dalam bidang politik, ekonomi ataupun sosial.
Dengan menggunakan kuasa mutlak, raja atau sultan mempunyai kuasa
untuk membatalkan ataupun kuasa pemutus terhadap semua perkara yang
CONTOH berkaitan dengan pentadbiran negeri. Tindakan raja/sultan ini tidak boleh
dipertikai atau dibantah oleh rakyat, sebaliknya rakyat terpaksa mematuhi
atau menerima semua keputusan yang dibuat oleh raja/sultan.
Sekiranya rakyat mempertikaikan tindakan raja/sultan, mereka dianggap
PENEGASAN menderhaka dan dikenakan hukuman bunuh.. Faktor inilah yang
ISI menyebabkan tidak ada sesiapa yang berani menyanggah raja sekaligus
mengukuhkan kedudukan raja atau sultan.

FAKTA Konsep daulat dan derhaka

Keagungan dan kekuasaan seorang raja/sultan bergantung kepada daulat


yang dimiliknya. Melalui konsep daulat, raja atau sultan digambarkan
sebagai seorang manusia yang suci dan mempunyai kuasa sakti yang
menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Daulat memberi hak
HURAIAN dan kekuasaan serta meletakkan raja di tempat yang istimewa. Ini
menjadikan raja tidak boleh ditegur atau dicela dan rakyat perlu memberi
kesetiaan secara mutlak. Berkaitan dengan konsep daulat ialah konsep
derhaka. Beradasarkan konsep ini, sesiapa yang melanggar daulat dianggap
menderhaka kepada raja/sultan dan akan ditimpa tulah atau malapetaka.
Konsep daulat ini diperkukuhkan melalui cerita cerita mitos dan lagenda
CONTOH seperti peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Singapura dilanggar
Todak dan kekalahan kerajaan Temasik kepada kerajaan Majapahit.

5
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Kedua-dua konsep ini diwujudkan sebegitu rupa semata-mata untuk


PENEGASAN
meninggikan dan mengukuhkan kedudukan raja-raja Melayu tanpa dicabar
ISI
oleh mana-mana pihak.

FAKTA Pemberian pelbagai hak keistimewaan kepada raja atau sultan.

Kedudukan raja atau sultan sebagai pemerintah yang dihormati dan


HURAIAN ditakuti diperkukuhkan lagi dengan pelbagai keistimewaan yang
membezakan antara raja atau sultan dengan rakyat biasa.
Antara keistimewaan yang diberikan kepada raja/sultan adalah dari segi
penggunaan warna. Warna kuning adalah warna diraja dan warna putih pula
untuk putera dan kerabat diraja. Hanya raja/sultan sahaja dibenarkan
menggunakan bahasa dalam istana seperti beta, santap, beradu, bersiram,
CONTOH
mangkat dan sebagainya. Kedudukan dan kuasa raja /sultan turut
diperkukuhkan dengan pemberian peralatan kebesaran seperti keris,
lembing, tombak, cap mohor, payung, ceper,dan sebagainya. Sementara
peralatan muzik raja atau sultan dikenali sebagai nobat.
Pemberian pelbagai keistimewaan ini telah membezakan antara raja dan
PENEGASAN
rakyat biasa dan secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi kedudukan
ISI
raja atau sultan.
Selepas campur tangan British pada tahun 1874, kuasa raja atau sultan
dalam sistem politik Melayu telah berkurangan. Melalui sistem residen,
KESIMPULAN
kuasa raja atau Sultan telah diambil alih oleh residen British melalui
penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.

6
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 2: Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

Bincangkan Kedudukan Dan Peranan Pembesar Di Tanah Melayu


TAJUK
Sebelum Campurtangan British Pada Tahun 1874.
Sistem pembesar di Tanah Melayu berasaskan Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Dalam
hairaki masyarakat Melayu tradisional pembesar menduduki lapisan kedua
selepas sultan. Pembesar merupakan golongan yang dilantik oleh
PENDAHULUAN sultan.Pembesar bertanggungjawab membantu sultan dalam mengendalikan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan atau negeri.Sebelum
campur tangan British ,kedudukan dan peranan pembesar dibahagikan
kepada pembesar peringkat pusat,daerah dan kampung.
FAKTA Pembesar peringkat pusat: Bendahara
Kedudukan dan peranan pembesar di peringkat pusat adalah sangat
penting.Pembesar peringkat ini dilantik oleh sultan.Mereka terdiri daripada
pembesar utama iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan
Laksamana.Pembesar ini juga dikenali sebagai Pembesar Berempat yang
membantu sultan dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
negeri.Pembesar di peringkat pusat dibantu oleh Pembesar Berlapan,Enam
Belas dan Tiga Puluh Dua.Nama atau gelaran mereka adalah berbeza antara
HURAIAN
negeri namun kedudukan dan peranan mereka adalah sama.
Bendahara yang merupakan orang kanan sultan atau menteri utama
berperanan sebagai ketua pentadbir,menasihati sultan dalam urusan
pentadbiran,ketua hakim,ketua tertinggi angkatan tentera, memangku
jawatan sultan dalam keadaan tertentu,menentukan bakal permaisuri serta
merangka,menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.Selain itu
bendahara juga berperanan memilih dan melantik bakal pengganti sultan.
Buktinya Tun Perak ,Bendahara Melaka yang ke-5(1456-1498)
CONTOH misalnya sangat berpengaruh.Beliau berkuasa dalam memilih pengganti
Sultan.Sultan yang pernah dilantik oleh beliau ialah Sultan Alauddin Riayat

7
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Syah yang merupakan anak saudara beliau.


Secara umumnya,jelaslah bahawa kedudukan dan peranan Bendahara
PENEGASAN sangat penting dan berpengaruh dalam pentadbiran sehingga dalam hal
menentukan bakal sultan juga termasuk dalam bidang kuasa beliau.
FAKTA Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari pula menjalankan tugas sebagai pemungut hasil
HURAIAN atau ufti,ketua bagi semua bendahari,ketua urus setia istana,ketua semua
syahbandar dan mengurus segala hal yang berkaitan kewangan.
Sebagai contohnya jawatan ini pernah dipegang oleh Seri Nara Diraja
CONTOH
Tun Ali yang memainkan peranan penting dalam urusan kewangan.
Dengan adanya peranan yang dimainkan oleh Penghulu Bendahari
PENEGASAN ISI pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negeri akan berjalan lancar
khususnya dari aspek kewangan.
FAKTA Temenggung
Manakala pembesar peringkat pusat yang tidak kurang pentingnya ialah
Temenggung.Temenggung berperanan menjaga keamanan dan mengawal
HURAIAN keselamatan dalam negeri,menyelesaikan kes-kes jenayah kecil dan ringan
,memastikan sukatan dan timbangan yang betul dalam perdagangan .Selain
itu Temenggung juga menjaga pentadbiran mengutip cukai perdagangan.
Buktinya ,Melaka berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang
CONTOH terkenal akibat daripada keamanan yang dicapai hasil peranan yang
dimainkan oleh Temenggung.
Tegasnya,peranan Temenggung sangat penting dalam menjaga
PENEGASAN ISI
keamanan dan kesejahteraan negeri.
FAKTA Laksamana
Laksamana pula menjalankan tugas mengetuai angkatan laut dan
HURAIAN peperangan,menjaga ketenteraman di laut,menjaga keselamatan sultan dan
bendahara serta mengetuai utusan politik ke luar negara.
Sebagai contohnya,Laksamana Hang Tuah pernah diutuskan menjalin
CONTOH
hubungan diplomatik dengan Kerajaan China.

8
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGAASAN Tegasnya di sini , peranan pembesar penting dalam menjalin hubungan


ISI luar dan menjadikan sesebuah kerajaan itu kuat dan utuh.
Pembesar di Negeri Sembilan
FAKTA
Undang, Lembaga, Buapak dan Perut
Sistem pembesar di Negeri Sembilan berasaskan Adat
Perpatih.Pembesar utama di Negeri Sembilan digelar Undang Berempat
yang terdiri daripada Undang Johol,Jelebu,Rembau dan Sungai
Ujong.Undang berperanan mentadbir luhak atau daerah.Undang lain yang
menjadi ketua luak lain digelar Penghulu.Undang merupakan pembesar
yang paling berkuasa kerana mereka berhak memilih dan melantik Yam
Tuan Besar.
Lembaga pula merupakan ketua suku .Antara peranan lembaga ialah
HURAIAN
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan suku,menyelesaikan
perbalahan sesama suku ,mengawal dan mengadili pembahagian harta suku.
Buapak pula merupakan ketua kepada suku-suku kecil iaitu perut.Buapak
mempunyai peranan yang sama dengan Lembaga tetapi terbatas kepada
keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut.
Perut pula terdiri daripada suku masyarakat yang mengandungi
keluarga-keluarga kecil.Peranan Perut terhad kepada keluarga-keluarga
kecil sahaja.
Sebagai contohnya,pemerintahan dan pentadbiran di Negeri Sembilan
CONTOH yang bermula dari peringkat bawah hingga ke peringkat atas telah dapat
menjamin kesejahtaraan rakyat.
Dengan wujudnya peranan pembesar-pembesar sedemikian di Negeri
PENEGASAN ISI
Sembilan pemerintahan dan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik.
FAKTA Pembesar Daerah /Jajahan
Pembesar Daerah atau jajahan merupakan ketua pentadbir di peringkat
daerah atau jajahan.Pembesar Daerah atau jajahan merupakan pembesar
HURAIAN
yang dilantik oleh sultan.Mereka mempunyai cop mohor sendiri untuk
menjalankan tugas.Mereka juga berkuasa penuh dalam kawasan

9
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

pentadbiran masing-masing atau yang disebut sebagai kawasan


pegangan.Segala hasil mahsul di daerahnya merupakan hak milik pembesar
daerah atau kawasan pemakanannya.Namun sebahagian cukai dan
pendapatan akan diberikan kepada sultan sebagai bukti
kesetiaannya.Kedudukan mereka sangat penting kerana mereka juga
menjadi orang perantaraan antara sultan dengan rakyat.
Antara tugas pembesar daerah ialah menjaga dan memastikan keamanan
di daerahnya,memungut cukai,membekalkan tenaga buruh bagi
melaksanakan kerja-kerja kerah,mengadili kes-kes jenayah dalam
daerahnya dan melaksanakan istiadat menjunjung duli yang diadakan setiap
tahun pada Hari Raya Puasa.Pembesar daerah juga bebas menjalankan
kegiatan ekonomi sendiri. Oleh itu ada dalam kalangan pembesar daerah
yang mempunyai kekayaan,kekuasaan dan kewibawaan yang melebihi
sultan.
Contohnya; Ngah Ibrahim merupakan pembesar daerah yang
menguasai Larut dikatakan mempunyai kekayaan dan kekuasaan mengatasi
CONTOH sultan.Pembesar lain yang mempunyai kawasan pegangan ialah
Dato‟Maharaja Lela yang berkuasa di Pasir Salak,Dato‟Bahaman di
Semantan dan Tok Gajah di Pulau Tawar.
Tegaslah,bahawa peranan pembesar daerah sememangnya penting
PENEGASAN ISI khususnya di daerah yang dikuasai oleh mereka.Peranan mereka dapat
membantu melicinkan pentadbiran dan menambah pendapatan negeri.
FAKTA Pembesar peringkat kampung
Pembesar peringkat kampung juga disebut sebagai penggawa dan di
Kelantan dikenali sebagai„Tok Kweng‟.Penghulu merupakan ketua
pentadbir di peringkat kampung.Kampung merupakan unit pentadbiran
HURAIAN yang terkecil dalam hairaki pentadbiran di negeri-negeri Melayu.Penghulu
memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu tradisional dan
menjadi orang perantaraan antara rakyat dengan pembesar daerah.Penghulu
merupakan orang yang paling rapat kedudukannya dengan penduduk

10
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

kampung jika dibandingkan dengan pembesar pusat dan daerah.Penghulu


tidak dibayar gaji,namun hasil pendapatannya diperoleh daripada cukai
yang dipungut daripada penduduk kampung.Antara peranan penghulu ialah
menjaga keamanan kampung,menyelesaikan kes-kes jenayah
kecil,memungut cukai,membekalkan tenaga tentera dan buruh,memastikan
kesetiaan rakyat dan pemerintah.Penghulu berkuasa di kampung dan
kedudukannya sangat penting dan berpengaruh.
Sebagai contoh,Dol Said merupakan penghulu Naning yang sangat
CONTOH berpengaruh.Beliau mengetuai penduduk Naning menentang British demi
mempertahankan kedaulatan Naning.
Tuntasnya,peranan penghulu di peringkat kampung juga amat penting
PENEGASAN
bagi memastikan keamanan dan kedaulatan kampung sentiasa terjamin.
Kesimpulannya, kedudukan dan peranan pembesar sangat penting sama
ada di peringkat pusat,daerah dan kampung.Namun campur tangan British
secara rasmi pada tahun 1874 telah mengubah kedudukan dan peranan
pembesar.Pembesar telah kehilangan kedudukan dan peranan dalam bidang
KESIMPULAN
politik,ekonomi dan sosial.Pembesar telah digantikan dengan
residen,pegawai daerah,pemungut hasil dan majistret serta penghulu
kerajaan.Tindakan British telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan pembesar.

11
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 3: Tema 1 [ Sistem Sosial ]

Bincangkan struktur sosial golongan diperintah dalam sistem sosial


TAJUK
masyarakat Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah
dan diperintah.Golongan pemerintah mempunyai kuasa dan peranan
tertentu berdasarkan kedudukan mereka. Golongan yang diperintah pula
PENDAHULUAN terdiri daripada golongan merdeheka,orang asing, dan golongan hamba.
Golongan ini adalah yang paling ramai dalam struktur masyarakat Melayu
tradisional. Golongan ini berperanan sebagai pengikut pembesar di
peringkat pusat atau penyokong pentadbir di peringkat jajajahan.
Lapisan tertinggi dalam golongan yang diperintah ialah golongan
FAKTA 1
merdeheka.
Golongan merdeheka terbahagi kepada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di
HURAIAN
negeri tersebut. Mereka akan menjadi pengikut setia kepada pembesar-
pembesar yang mentadbir daerah atau jajahan.
Rakyat biasa hidup bebas menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing
CONTOH seperti berdagang,berniaga,menangkap ikan,melombong, dan menjadi
tukang mahir.
Tegasnya, golongan rakyat biasa tertakluk dalam menjalankan system
PENEGASAN ISI
kerah dan serah.
Orang asing pula ialah orang bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu
FAKTA 2 untuk tujuan berdagang, menyebarkan agama, menuntut ilmu, dan
sebagainya.
Orang asing terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang melibatkan diri
HURAIAN dengan pelbagai aktiviti sosial seperti menjadi tentera upahan berasal dari
Jawa dan Pasai .
Orang asing melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti
CONTOH
peniaga runcit, pemborong, dan pelombong.

12
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGASAN ISI Tegasnya, orang asing tidak diwajibkan melakukan sisten kerah dan serah.
Lapisan terakhir dalam struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu ialah
FAKTA 3
golongan hamba.
. Golongan ini ialah golongan yang paling rendah dalam masyarakat dan
bilangan yang ramai. Institusi perhambaan amat penting dalam masyarakat
HURAIAN Melayu tradisional kerana hamba berfungsi dalam menyediakan tenaga
kerja dan merupakan status sosial yang utama bagi golongan pembesar.
Hamba terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba
CONTOH
berhutang, dan hamba raja.
Hamba biasa akan menjadi hamba seumur hidup.Terdapat tiga jenis hamba
FAKTA 4
biasa iaitu hamba abdi, hamba diranggah, dan hamba habsyi.
Hamba abdi bertugas menjalankan kerja-kerja berat dan hamba tawanan
pula ialah tawanan perang. Hamba diranggah pula ialah hamba yang terdiri
daripada orang bukan Islam yang dijual oleh peniaga hamba. Hamba
HURAIAN
habsyi merupakan hamba yang diimport dari Afrika. Hamba hulur pula
ialah hamba yang menyerah diri kepada pemerintah dan hamba serah yang
menyerah diri akibat kesusahan hidup.
Hamba berhutang merupakan orang yang menjadi hamba kerana gagal
FAKTA 5
membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Gkolongan hamba berhutang dan keluarganya akan tinggal bersama


dengan pemiutang sehingga hutang selesai dibayar. Hamba ini akan
HURAIAN
melakukan kerja-kerja seperti bercucuk tanam, melombong dan kerja-kerja
rumah. Hamba berhutang boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya.

Hamba berhutang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu orang berhutang yang
terikat dengan hutang dan akan dibebaskan setelah hutang selesai, anak
CONTOH emas iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan, hamba waris
iaitu anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar iaitu abdi yang
diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk membaya hutangnya.

13
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Hamba raja pula pada asalnya ialah orang merdeheka tetapi telah
FAKTA 6 melakukan jenayah dan ditangkap serta kemudiannya diampunkan oleh
raja.

Tarah hamba raja adalah lebih tinggi dan mendapat sedikit keistimewaan
HURAIAN
daripada hamba yang lain.

Hamba raja terdiri daripada hamba perang, taanan, dan banduan. Golongan
CONTOH
ini akan dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada daripada raja.

Kesimpulannya, kedudukan golongan yang diperintah ini mengukuhkan


kedudukan golongan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional
KESIMPULAN dengan ikatan soS\sial yang dimeterai. Selepas kedatangan British,
golongan hamba dihapuskan dan ini membawa kepada kebangkitan
menentang British.

14
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 4: Tema 1 [ Sistem Ekonomi ]

TAJUK Huraikan kegiatan ekonomi komersil di Sabah dan Sarawak padaabad


ke- 19.
Kegiatan ekonomi komersial di Sabah dan Sarawak pada abad ke-
19 banyak dipengaruhi oleh pihak Barat. Pihak Barat telah menggunakan
penduduk tempatan untuk menjalankan kegiatan ini. Di Sabah,
masyarakatnya yang terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Melayu
Brunei dan Kadayan. Setiap kaum atau penduduk peribumi Sabah
PENDAHULUAN mengamalkan sistem ekonomi komersil yang pelbagai seperti pertanian,
pembalakan dan perladangan. Di Sarawak pula, perkembangan ekonomi
komersil yang pesat bermula sejak pemerintahan Charles Brooke. Ekonomi
komersil di Sarawak yang penting ialah hasil-hasil pertanian yang terdiri
daripada rempah ratus, sagu, di samping aktiviti perlombongan dan galian-
galian lain.
Antara kegiatan ekonomi komersial yang utama di Sabah pada abad
FAKTA
ke-19 ialah bidang pertanian antaranya tembakau.
Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting.
Menjelang 1880-an, banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-
pengusaha berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian
secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya
HURAIAN pemodal Barat. Walau bagaimanapun pertanian tembakau ini mulai merosot
pada awal abad ke-20 (1902) apabila penanaman ini diserang penyakit dan
banjir. Persaingan daripada pengeluar tembakau di Amerika Syarikat juga
menjejaskan pendapatan penanaman tembakau oleh penduduk-penduduk
tempatan.
Menjelang 1890, terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah. Nilai
eksport tembakau telah meningkat daripada $882 pada 1885 kepada
CONTOH $1,176,000 pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi kolmersil ini
disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport
serta harga pasaran yang tinggi.

15
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Tegasnya, penanaman tembakau merupakan salah satu kegiatan ekonomi


komersil di Sabah pada abad ke-19 tetapi mulai merosot pada awal abad ke-
PENEGASAN ISI
20.

Kegiatan ekonomi komersil yang kedua penting di Sabah ialah


FAKTA
penanaman getah.
Tanaman getah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para
pengusaha Barat, kemudian diikuti oleh pekebun bumiputera dan Cina.
Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan
kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat
HURAIAN
Berpiagam Borneo Utara turut memberi pelepasan cukai eksport selama 50
tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor
peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang
utama ialah di pantai barat Sabah.
Keluasan kawasan penanaman getah telah bertambah dengan
CONTOH mendadak. Misalnya, pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1306
hektar bertambah menjadi 14095 hektar pada tahun 1917.
Tegasnya, penanaman getah merupakan antara ekonomi komersil
PENEGASAN ISI yang penting di Sabah pada abad ke-19 dan sehingga tahun 1941, getah
masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersil di Sabah.
Kegiatan pembalakan juga merupakan ekonomi komersil yang tidak
FAKTA
kurang pentingnya di Sabah pada abad ke-19.
Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun
1880-an. Perusahaan ini dikuasai oleh syarikat British dan Cina. Antara
kayu balak yang mempunyai nilai eksport yang tinggi ialah seraya, kapur,
HURAIAN berlian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad
Datu dan Tawau. Buruh-buruh dari Indonesia dan Filipina di bawa masuk
ke Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang
begitu drastik.
CONTOH Contohnya, pada tahun 1890 nilai eksport hsil pembalakan sebanyak

16
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

$44,584. Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah
China, Singapura dan Britain.
Jelaslah bahawa pembalakan merupakan salah satu ekonomi komersil
yang penting di Sabah di samping kegiatan-kegiatan lain iaitu
PENEGASAN ISI
perlombongan antaranya emas, arang batu, mangan dan pemungutan sarang
burung.
Manakala ekonomi komersil yang utama di Sarawak pula pada abad
FAKTA
k-19 ialah pertanian antaranya lada hitam dan gambir.
Perkembangan ekonomi komersil yang pesat ini bermula sejak zaman
pemerintahan Charles Brooke. Beliau telah menggalakkan sektor pertanian
khususnya perladangan lada hitam dan gambir. Antara langkah yang
HURAIAN diambil oleh Charles Brooke ialah membawa masuk orang Cina dari
Singapura. Beliau juga telah menyediakan tanah-tanah pertanian kepada
pengusaha Cina tempatan bagi membolehkan mereka mengusahakan
tanaman lada hitam dan gambir.
Menjelang tahun 1855, Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada
CONTOH
hitam dan 1370 tan gambir.
Tegasnya, pertanian lada hitam dan gambir merupakan tanaman
PENEGASAN ISI komersil yang ditanam di Sarawak sejak abad ke-19 lagi dan meyumbang
kepada pendapatan Sarawak..
Tanaman lain yang diusahakan secara komersil di Sarawak ialah
FAKTA
sagu yang menjadi hasil utama Sarawak pada abad ke-19.
Penghasilan sagu daripada pokok rumbia telah diusahakan oleh
orang Melanu secara meluas di bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak.
HURAIAN Sagu rumbia ini diproses untuk menghasilkan sagu mentah yang menjadi
makanan utama penduduk Sarawak dan untuk dieksport ke Singapura dan
Britain.
Pada tahun 1887, Sarawak berjaya mengeksport hasil sagu sebanyak 8700
CONTOH
tan dan pada tahun 1907 sebanyak 20,400 tan.
PENEGASAN ISI Jelaslah, tanaman sagu ini merupakan penyumbang kepada ekonomi

17
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

komersil di Sarawak pada abad ke-19.


Kesimpulannya, ekonomi komersial telah berkembang dengan pesat
di Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 seiring dengan dasar ekonomi
komersil British walaupun pada awalnya penduduk peribumi Sabah dan
Sarawak menjalankan kegiatan ekonomi sara diri. Di Sarawak pula dasar
pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke, terutama James
KESIMPULAN Brooke dan Charles Brooke banyak mempengaruhi perkembangan ekonomi
komersil pada abad ke-19. Jelaslah kekayaan hasil bumi yang dimiliki
menyebabkan mana-mana kuasa penjajah ingin dan berminat untuk campur
tangan di kedua-dua negeri tersebut. Tarikan kekayaan hasil bumi Sabah
dan Sarawak dapat menarik minat kuasa-kuasa penjajah Barat untuk
menaklukinya.

18
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

TEMA 2: TRANSFORMASI MASYARAKAT


Soalan 1: Tema 2 [ Perluasan Kuasa Asing ]

Sejauhmanakah Faktor Ekonomi Menyebabkan Perubahan Dasar


TAJUK Tidak Campur Tangan Kepada Dasar Campurtangan British Di
Negeri-Negeri Melayu Pada Tahun 1874
Sejak penubuhan Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1826, kerajaan
British telah mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri Melayu. Ini disebabkan kerajaan British tidak ingin dibebani
tanggungjawab baru di luar Negara yang akan melibatkan perbelanjaan yang
besar. Namun begitu, pada tahun 1874, kerajaan British telah mula campur
PENDAHULUAN
tangan di Perak, Selangor, dan Sg Ujong. Campur tangan British di negeri-
negeri Melayu ini disebabkan oleh beberapa factor di eropah dan Tanah
Melayu. Faktor paling dominan yang membawa kepada campur tangan
British di Negeri-negeri Melayu ialah faktor ekonomi.
FAKTOR EKONOMI
FAKTA
a.Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler
menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan
British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat
perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan
HURAIAN
untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka.
Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong
memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap
penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British.
Contohnya, Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas
CONTOH terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durand & Nicholas Appert pada
tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat

19
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12


sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872.
FAKTA b. Kepentingan Pelaburan British
Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur
tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang
British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu.
Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih
timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan
HURAIAN
sebagainya.
Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-
negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan
takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan
sebagainya seterusnya mendesak British utnuk campur tangan.
Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah
menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-
negeri Melayu. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan
CONTOH
Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang
boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri
Melayu.
Tidak dapat dinafikan faktor ekonomi menjadi faktor paling dominan
PENEGASAN
dalam mempengaruhi dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu
ISI
pada tahun 1874.
• Penegasan: Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan
penting mempengaruhi campur tangan British tetapi terdapat juga
faktor-faktor lain (politik dan sosial)
FAKTA FAKTOR POLITIK
a. Kebimbangan Terhadap Kuasa Barat Yang Lain
Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny
HURAIAN Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap
bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu juga menjadi faktor

20
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

yang mempercepatkan campur tangan British.


Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan
perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-
kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun
1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa
Barat. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat.
Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah
muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck
pada tahun 1871.
Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat
pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan
British terhadap bertapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah
CONTOH selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu
pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873.
Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai
wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang
Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan
membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain,
terutamanya Jerman
Dasar peluasan kuasa ini membimbangkan British kerana kuasa Barat lain
PENEGASAN
juga menjalankan dasar campurtangan di Negeri-negeri Melayu atas alasan
ISI
kekacauan yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu.
FAKTA b. Perubahan Kepimpinan Di England
Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Sejak tahun
1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
HURAIAN
Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme seperti
Andrew Clarke, Frank Swettenham dan Kapten Speedy. Lord Kimberley
sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan mengarahkan Andrew Clarke

21
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi


pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873,
Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme
telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai
CONTOH
kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu.
Tegasnya, perubahan ini membawa kepada perubahan dasar luar negara di
PENEGASAN
mana Britain mula mengamalkan dasar campur tangan di Negeri-negeri
ISI
Melayu
FAKTA c. c.Keadaan Anarki Di Negeri-Negeri Melayu
Pada tahun 1860 an dan 1870 an, negeri-negeri Melayu pantai barat
berada dalam keadaan anarki disebabkan perebutan takhta, perang saudara
dan kegiatan pelanunan di Selat Meaka. Keadaan ini bertambah buruk
HURAIAN apabila meletusnya pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap di NNM.
Contohnya di Larut, kekacauan sering meletus antara kongsi gelap Ghee Hin
dengan kongsi gelap Hai San yang menyebabkan berlaku tiga siri Perang
Larut antara tahun 1861-1873.
Perang Kelang juga berlaku antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah
dan Tengku Kudin bgi merebut daerah Kelang yang kaya dengan hasil bijih.
Sementara di Perak pula meletus masalah perebutan takhta antara Raja
CONTOH
Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusif. Di Sg Ujung telah meletus perebutan
Sg Ujong yang kaya dengan bijih timah antara Dato Kelana dan Dato Bandar
juga
Keadaan huru-hara ini bukan sahaja mengganggu keamanan, tetapi juga
PENEGASAN
menjejaskan aktiviti ekonomi dan ianya menjadi faktor paling penting
ISI
British untuk campur tangan di Tanah Melayu.
FAKTA FAKTOR SOSIAL
a.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
Campur tangan rasmi British juga didorong oleh faktor-faktor lain seperti
HURAIAN
perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti

22
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

pembukaan Terusan Suez, penciptaan kapal wap dan telegraf telah


mendorong kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara. Pembukaan
Terusan Suez pada tahun 1869 merancakkan Revolusi Perindustrian dan
persaingan kuasa-kuasa Barat kerana jarak perjalanan di antara Barat dan
Timur lebih pendek.
Contohnya, pengenalan kapal wap dalam perdagangan laut dapat
menjimatkan masa dan kos serta membolehkan muatan yang lebih banyak
dibawa. Malahan, penciptaan telegraf turut membawa perubahan terhadap
CONTOH
perhubungan antara Barat dengan Timur kerana ahli-ahli perniagaan di Barat
dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Kuasa imperialis
juga dapat memberi arahan kepada pegawai mereka.
Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan dan perhubungan ini
PENEGASAN telah mendorong British untuk melibatkan diri dalam hal ehwal Negeri-
negeri Melayu.
Kesimpulannya, perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu pada
tahun 1874 telah mengubah corak dan bentuk politik, ekonomi dan sosial
KESIMPULAN Negeri-negeri Melayu. Suasana politik yang kucar- kacir di Negeri-negeri
Melayu dapat dipulihkan dan perusahaan perlombongan bijih timah dapat
berkembang maju.

23
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 2: Tema 2 [ Penentangan Terhadap Kuasa Asing ]

Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran


TAJUK Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah pada abad ke 19.

Sabah telah ditadbir oleh SBBU sejak tahun 1881. Sepanjang penguasaan
dan pendudukan tersebut, banyak perubahan telah dilakukan oleh SBBU ke
atas Sabah. Contohnya pembahagian residensi (bahagian), pengenalan cukai
PENDAHULUAN baharu dan penubuhan pasukan polis yang dianggotai oleh orang Benggali
Sikh. Tindakan SBUB ini telah menyebabkan rasa tidak puashati penduduk
tempatan yang membawa kepada penentangan oleh masyarakat setempat
seperti Pangeran Samah, Mat Salleh dan Antanom.
Pada tahun 1883, Pangeran Samah yang mengetuai suku kaum Bajau telah
FAKTA
bangkit menentang SBBU di Sabah khususnya pasukan polis Benggali Sikh.
Beliau telah bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan
kutipan cukai yang dikenakan ke atas perusahaan sarang burung yang
HURAIAN diusahakannya. Sebagai bantahan terhadap tindakan SBBU itu, Pangeran Abu
Samah telah bertindak menutup jalan-jalan yang menghala ke Gua
Gomantong yang menjadi tempat perusahaan sarang burung beliau.
Buktinya, Pangeran Abu Samah dan pengikutnya telah menyerang pasukan
CONTOH
peronda polis SBBU yang cuba untuk membuka kembali jalan tersebut.
Walau bagaimanapun, pengikut-pengikut Pangeran Samah telah berjaya
PENEGASAN ISI ditumpaskan oleh pasukan polis SBBU dan Pangeran Samah sendiri turut
terkorban dalam pertempuran tersebut.
Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar dalam menentang SBBU,
FAKTA diketuai oleh seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut bernamaDatu
Muhammad Salleh b Datu Balu atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh.
Mat Salleh menentang SBBU atas faktor SBBU memperkenalkan pelbagai
HURAIAN jenis cukai yang membebankan masyarakat tempatan seperti cukai beras, lesen
perahu dan amalan buruh paksa. Tindakan SBBU yang campurtangan dan

24
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

memasuki wilayah Sg Sugut turut mengundang kemarahan Mt Salleh. SBBU


juga turut membina jalanraya dan landasan kereta ap[ merentasi kawasan
Ranau yang berada di bawah kekuasaan Mat Salleh tanpa berunding terlebih
dahulu. Kemuncak kemarahan Mat Salleh meletus apabila kampungnya di Sg
Sugut diserang dan dibakar oleh SBBU ekoran dari pergaduhan antara
pegawai Inggeris dengan penduduk tempatan.
Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa pembesar tempatan ke
Sandakan menemui gabenor Beaufort iaitu C.v. Creagh tentang masalah cukai
dan sikap keras pegawai British dengan penduduk tempatan. Malangnya,
beliau tidak dilayan dan diarahkan ditangkap atas dakwaan melakukan
beberapa kesalahan. Perkampungan Mat Salleh dimusnahkan dan beliau
menjadi buruan British.
Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang Pulau Gaya dan
memusnahkan bangunan kerajaan British. British bertindak balas dengan
menyerang kampung kediaman Mat Salleh di Sungai Inanam tetapi Mat
Salleh berjaya melepaskan diri dan membina kubu di Ranau. Pada bulan
CONTOH
Disember 1897, British menyerang dan membinasakan kubu Mat Salleh di
Ranau tetapi sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri.
Setelah gagal menangkap Mat Salleh, SBBU menawarkan perdamaian dan
berjanji membenarkan Mat Salleh mentadbir wilayah Tambunan. Malangnya
SBBU telah mungkir janji dan ini telah membangkitkan kemarahan Mat
Salleh.
Pada bulan Disember 1899, SBBU telah menghantar satu pasukan untuk
menyerang petempatan dan kubu Mat Salleh secara besar-besaran dengan
serangan meriam tanpa henti. Mat Salleh telah terbunuh dalam serangan ini
dan kubunya berjaya ditawan pada 1 Februari 1900
Walau bagaimanapun, perjuangan Mat Salleh telah diteruskan oleh
PENEGASAN ISI pengikutnya, Mat Sator dengan sokongan kaum Bajau dan Ilanun. Namun
semua penentangan ini berjaya ditumpaskan oleh SBBU.
FAKTA Kelansungan penentangan penduduk Sabah terhadap SBBU turut disertai oleh

25
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

suku Murut yang diketuai oleh Antanom di wilayah Rundum, Sabah.


SBBU turut memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang
membebankan penduduk tempatan dan bercanggah dengan nilai-nilai tradisi
bangsa Murut. Antaranya ialah, sistem pendaftaran hak milik tanah yang
bertujuan menyekat pertanian pindah dan kegiatan membuat tapai yang telah
HURAIAN
menjadi tradisi kaum Murut. Pengenalan cukai untuk menyukat sempadan
tanah, cukai pokok kelapa yang menghasilkan nira untuk membuat tapai serta
penggunaan orang Murutsebagai buruh paksa untuk membina jalan ke
kawasan pedalaman turut menimbulkan kemarahan Antanom dan kaum Murut
Oleh itu, pada bulan Jun 1914, Antanom telah memulakan serangan ke atas
SBBU tetapi gagal. Pada Februari 1915, sekali lagi Antanom menyerang
SBBU di Pensiangan dan Pejabat Pegawai Daerah Rundum. Namun Antanom
CONTOH
gagal kerana SBBU mendapat bantuan tambahan. SBBU bertindakbalas
menyerang kubu Antanom pada April 1915 yang menyebabkan beliau serta
400 orang pengikutnya terbunuh.
Jelaslah bahawa, kematian Antanom telah memaksa pengikutnya berundur
PENEGASAN ISI
dan mengakhiri kebangkitan kaum Murut menentang SBBU di Sabah.
Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap
pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan. Namun penentangan
KESIMPULAN
dan kebangkitan ini jelas menggambarkan bahawa telah muncul semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

26
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 3: Tema 2 [ Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial ]

Bincangkan perkembangan pendidikan kolonial di Tanah Melayu


TAJUK
sebelum Perang Dunia Kedua.
Penglibatan British di Negeri-negeri Selat (NNS) telah
mengakibatkan perkembangan sistem pendidikan kolonial secara
beransur-ansur di NNS. Mulai pertengahan abad ke -19, sistem pendidikan
sekular ini telah diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu
PENDAHULUAN (NNMB) selepas British campur tangan pada tahun 1874. Terdapat empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Melayu, Cina, Tamil dan
Inggeris. Tindakan pihak British yang membiarkan perkembangan setiap
aliran tanpa sebarang campur tangan mewujudkan sistem persekolahan
yang terpisah antara satu sama lain.

FAKTA Pendidikan Aliran Melayu

Salah satu aliran pendidikan kolonial yang terdapat di Tanah Melayu


sebelum Perang Dunia Ke-2 ialah pendikan Melayu sekular. Pendidikan
aliran Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
pada pertengahan abad ke-19. Sebelum ini pendidikan Melayu secara
umumnya berbentuk agama. Oleh kerana kurikulum sekolah aliran
Melayu sekular terpisah dari pelajaran agama, sambutan ibubapa Melayu
HURAIAN/ peringkat awal adalah dingin. Pada awal abad ke-20, sikap ibubapa
CONTOH Melayu terhadap pendidikan Melayu sekular telah mengalami perubahan
dengan bertambahnya bilangan sekolah ini di NNMB. Sebelum perang
Dunia ke-2, pendidikan untuk orang Melayu hanya terhad kepada
peringkat rendah sahaja yang bertujuan membolehkan orang Melayu
mengira dan mengenal huruf. Pendidikan yang diberikan sekadar untuk
mereka menjadi petani dan nelayan yang lebih baik sedikit daripada
ibubapa mereka. Sistem pelajaran di sekolah Melayu hanya untuk selama

27
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

empat tahun dan masa persekolahan bagi sekolah Melayu adalah hanya
dua jam bagi darjah satu, dua dan tiga dan empat jam bagi darjah empat.
Satu-satunya peluang orang Melayu melanjutkan pelajaran ialah dengan
cara memasuki maktab-maktab perguruan. Namun begitu, peluang
tersebut tidaklah terbuka kepada semua pelajar.
Jelaslah bahawa pendidikan Melayu pada zaman kolonial tidak
bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak Melayu supaya dapat
memperbaiki taraf hidup yang sedia ada atau membolehkan mereka
PENEGASAN
menyertai sektor ekonomi moden. Kedudukan ini memang menjadi dasar
ISI
dan matlamat British yang ingin memelihara cara hidup tradisional orang
Melayu dan mengekalkan kestabilan politik Tanah Melayu dengan cara
tidak memberikan pendidikan yang berlebihan.

FAKTA Pendidikan Aliran Cina

Selain pendidikan pendidikan Melayu sekular, pendidikan aliran


Cina secara formal di Tanah Melayu telah dibuka dan diselenggarakan
oleh masyarakat Cina sendiri. Golongan yang mempelopori pendidikan
aliran Cina di Tanah Melayu ialah mubaligh Kristian. British menganggap
adalah tidak menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan pendidikan
dalam Bahasa Cina. Pendidikan aliran Cina di Tanah Melayu sebelum
tahun 1900 adalah berasaskan pendidikan tradisional yang dilaksanakan di
nagara China. Selepas tahun 1900, sistem pendidikan aliran Cina telah
HURAIAN/
berubah selaras dengan perkembangan politik di China. Banyak sekolah-
CONTOH
sekolah campuran dan sains moden barat telah dibuka di Tanah Melayu
dan Singapura. Guru-guru dan buku teks di sekolah aliran Cina dibawa
dari negara China. Sekolah aliran Cina mempunyai pendidikan peringkat
rendah selama 6 tahun, peringkat menengah rendah 3 tahun dan peringkat
menengah atas selama 3 tahun. Pada tahun 1920, Bahasa Mandarin telah
dijadikan Bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Pada peringkat
awal, British membiarkan sekolah-sekolah aliran Cina berkembang
dengan bebas. Kesannya, selepas Perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah

28
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

aliran Cina telah mula diresapi oleh agen-agen komunis dari negara China.
Pada tahun 1920, kerajaan British telas meluluskan satu undang-undang
untuk mengawal sekolah-sekolah aliran Cina di Tanah Melayu. Pada
tahun 1923, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-
sekolah aliran Cina.
Hakikatnya, mutu pendidikan sekolah aliran Cina pada zaman
PENEGASAN
British adalah jauh lebih tinggi daripada mutu pendidikan di sekolah aliran
ISI
Melayu dan Tamil.

FAKTA Pendidikan Aliran Tamil

Seterusnya, pendidikan aliran Tamil mula berkembang akibat


kemasukan orang-orang India yang semakin ramai kesan perkembangan
perusahaan getah. Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil ditubuhkan adalah
hasil usaha persendirian, Mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar.Sekolah-sekolah Tamil di ladang hanya memberi
pelajaran peringkat rendah sahaja selama 4 hingga 5 tahun. Buku-buku
teks dibawa dari India. Mutu pendidikan sekolah aliran Tamil adalah
rendah. Keadaan sekolah-sekolah Tamil secara keseluruhannya adalah
HURAIAN/ tidak memuaskan dari segi bangunan, kemudahan dan guru. Sementara
CONTOH itu, persatuan-persatuan orang India telah menubuhkan beberapa buah
sekolah Tamil di bandar yang lebih tinggi daripada sekolah-sekalah Tamil
di ladang. Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang
mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah
yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10
hingga 12 tahun. Pada tahun 1930 an, kerajaan British mula mengawal
sekolah-sekolah aliran Tamil. Seorang Nazir sekolah Tamil berbangsa
Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, kerajaan British
mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil.
Kesimpulannya, British menganggap pendidikan untuk anak-anak
PENEGASAN
buruh India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu adalah tidak perlu dan
ISI
penubuhan sekolah aliran Tamil hanya bertujuan untuk membasmi buta

29
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

huruf dalam kalangan anak-anak buruh.

FAKTA Pendidikan Aliran Inggeris

Pendidikan yang diberi keutamaan oleh kerajaan British ialah


pendidikan aliran Inggeris. Kebanyakan sekolah aliran Inggeris
ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
Pada peringkat awal, kerajaan British tidak berminat untuk
mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat di Tanah
Melayu. Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free
School di Pulau Pinang. Pada tahun 1905, kerajaan British telah
menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang hanya dibuka kepada
anak-anak raja dan pembesar Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah
sekolah aliran Inggeris di Tanah Melayu. Penubuhan sekolah ini bertujuan
untuk mendidik anak-anak golongan kelas pertengahan menjadi guru dan
HURAIAN/ kerani. Namun begitu, kebanyakkan murid sekolah tersebut terdiri
CONTOH daripada kaum Cina dan India. Pendidikan aliran Inggeris terdiri dari
peringkat rendah dan menengah. Sekolah-sekolah aliran Inggeris adalah
berorientasikan barat, mengikut model sekolah-sekolah di England. Buku
teks dan guru-guru telah diambil dari Britain dan tanah jajahan British
seperti India. Kurikulum boleh dikatakan benar-benar memberi tumpuan
kepada Barat terutamanya Britain. Pelajar-pelajar kelulusan sekolah
Inggeris biasanya diterima bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan firma-
firma sebagai kerani, juruteknik dan lain-lain. Pelajar aliran Inggeris yang
cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
seperti Maktab Perguruan King Edward V11 di Singapura, Maktab Raffles
di Singapura dan Maktab Pertanian Serdang atau dihantar belajar ke
seberang laut.
Jelaslah bahawa sistem pendidikan aliran Inggeris bertujuan melahirkan
PENEGASAN
golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping
ISI
menanam perasaan taat setia kepada British.

30
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Kesimpulannya, sebelum perang Dunia ke-2, pendidikan aliran


Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris telah berkembang secara berasingan di
Tanah Melayu. Kewujudan sistem persekolahan yang berbeza ini telah
KESIMPULAN
menyulitkan usaha untuk memupuk perpaduan antara kaum di Tanah
Melayu khususnya selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.

Soalan 4: Tema 2 [ Masyarakat Pelbagai Kaum ]

Perbezaan kegiatan ekonomi Tanah Melayu telah mewujudkan


TAJUK masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Bincangkan.

Keperluan serta desakan ekonomi dan sosial telah menyebabkan


berlakunya penghijrahan penduduk dari luar ke Tanah Melayu, khususnya
dari China dan India pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat Tanah Melayu terdiri daripada
PENDAHULUAN berbilang kaum. Masyarakat ini telah wujud dalam kelompok yang terasing
dengan memegang kuat pada agama, kebudayaan, bahasa dan cara hidup
sendiri. Kewujudan kelompok masyarakat yang pelbagai ragam ini bukan
sahaja disebabkan kegiatan ekonomi yang berbeza tetapi juga dipengaruh
oleh perbezaan aspek yang lain.
FAKTA Perbezaan kegiatan ekonomi (isu utama)
Bagi menggalakkan pelaburan asing dan menambahkan kecekapan dalam
pengeluaran hasil, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah
HURAIAN dalam aspek ekonomi. British telah menempatkan ketiga-tiga bangsa ini
pada tempat yang berbeza dengan aktiviti yang berbeza pula. Hal ini
demikian kerana British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam

31
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

kalangan kaum dan tidak mahu orang Melayu khususnya terpengaruh dengan
pengaruh luar.
Orang Melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dan bekerja
sebagai petani dan nelayan. Mereka tinggal di kampung-kampung dan
CONTOH menampung bekalan beras di Tanah Melayu. Orang Cina hidup di bandar
utama dan menjalankan kegiatan perlombongan dan perdagangan. Bagi
orang India pula mereka perlu bekerja di ladang-ladang getah.
Fungsi ekonomi ini telah memisahkan ketiga-tiga kaum ini dan secara
PENEGASAN ISI
langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
FAKTA Perbezaan amalan budaya
Kedatangan orang Cina dan India telah membawa bersama-sama budaya
dan cara hidup mereka sendiri, manakala orang Melayu dengan identitinya
yang unik. Mereka pula hidup dalam kelompok dan tempat yang berbeza.
HURAIAN
Perhubungan sosial dan interaksi antara kaum-kaum tersebut amat kurang
dan mungkin langsung tidak berlaku.

Orang Cina dan India menggunakan bahasa, pakaian dan perayaan yang
berbeza. Orang Cina sendiri memiliki etnik yang berlainan seperti Hokkien,
CONTOH Kantonis, Hailam dan lain-lain, manakala orang India dengan etnik Tamil,
Pelikat, Telegu, Malbari, dan Punjabi. Kumpulan etnik ini juga mempunyai
perbezaan budaya.
Kehidupan mereka di tempat yang berbeza lebih mengekalkan budaya
PENEGASAN ISI
mereka tanpa sebarang pengaruh.
FAKTA Perbezaan agama
Selain dari budaya yang berbeza, masyarakat di Tanah Melayu juga
mempunyai pegangan agama yang berbeza. Bagi orang Cina dan India
mereka perlu menubuhkan pelbagai institusi sosial seperti tempat beribadat
HURAIAN
dan persatuan tidak rasmi bagi menjaga kepentingan dan keselamatan
mereka di tempat asing. Ini akan dapat melindungi dan mengekalkan identiti
etnik masing-masing.

32
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Perbezaan agama seperti agama Islam, Buddha dan Hindu yang diamalkan
CONTOH
sudah tentu tidak boleh disatukan.
Pegangan agama yang berbeza ini menyebabkan mereka terpisah antara satu
PENEGASAN ISI
sama lain khususnya dengan masyarakat peribumi.
FAKTA Perbezaan dalam pendidikan
Bagi masyarakat Cina dan India, kesetiaan dan rasa cinta terhadap tanah
air sendiri masih utuh. Bagi mengekalkan identiti bangsa, pendidikan
HURAIAN
mereka adalah berdasarkan peristiwa atau pengetahuan dari negara asal
bukan mengenai hal ehwal tempatan.
Orang Cina dan India menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan
CONTOH menggunakan bahasa ibunda dan mata pelajaran yang diajar juga berteraskan
negara asal mereka. Malah guru-guru juga diimport dari negara asal.
Institusi yang didirikan di tempat yang berbeza serta pendidikan yang
PENEGASAN ISI diterima memperkukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah
Melayu.
Sesungguhnya sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu bukan
sahaja dipengaruh oleh perbezaan kegiatan ekonomi tetapi juga aspek sosial
yang lain. Fenomena ini menyebabkan perpaduan kaum sukar untuk dicapai.
KESIMPULAN
Namun selepas Perang Dunia Kedua baharulah ada usaha dari kerajaan
British untuk menyatukan kaum-kaum ini bagi mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu.

33
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

TEMA 3 : NASIOANLISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 1 : Tema 3 [ Gerakan Nasionalisme ]

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada


TAJUK penduduk Melayu. Huraikan sebab-sebab dan cara penentangan
tersebut.
Malayan Union ialah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan
British untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan
British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk
PENDAHULUAN berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengisytiharkan
Malayan Union pada 1 April 1946. Walau bagaimanapun penubuhan
Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu.

Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana


FAKTA 1
kedaulatan dan kuasa sultan terancam.
Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union
telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu
dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai
kuasa veto.Akibat Raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang
HURAIAN
tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan
Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan
ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam
menjadi Pengerusi Majlis agama Islam.
Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik dan hak
keistimewaan.Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan
CONTOH
kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah
Melayu menjadi Tanah Jajahan British.
Tegasnya, hal ini telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara
PENEGASAN ISI
dalam kalangan orang Melayu untuk menentang Malayan Union.

34
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

FAKTA 2 Faktor kedua ialah pemberian taraf kerakyatan.


Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan perasaan
kebencian orang Melayu kepada orang lain. Syarat kerakyatan yang longgar
HURAIAN
membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
Melayu.Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India.
Jika yang orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
CONTOH Melayu, hal ini akan menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang
Melayu akan tergugat.
Tegasnya, keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik, ekonomi dan
PENEGASAN ISI masa hadapan orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu bangkit
menentang.
Sebab yang ketiga ialah cara Mac Michael mendapatkan tandatangan
FAKTA 3
Sultan.
Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan
sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan.
Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat
dengan Jepun. Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan-
HURAIAN
sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar
masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak
menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan
Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut.
Pemimpin-pemimpin Melayu marah dan berasa terhina dengan
keangkuhan British yang tidak memperdulikan kepentingan orang Melayu.
CONTOH
Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berperlembagaan dan
tidak demokratik.
Tegasnya, tindakan Mac Michael yang tidak menghormati sultan dan
PENEGASAN ISI pembesar dalam mendapatkan tandatangan telah menyebabkan penentangan
orang Melayu.
FAKTA 4 Penentangan melalui akhbar.
(CARA)

35
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu melalui akhbar oleh


HURAIAN pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu menubuhkan Barisan
Bersatu menentang Malayan Union.
Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah
CONTOH memuatkan recana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya
Malayan Union.
Tegasnya, desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu
PENEGASAN ISI padu dan menyuarakan tentang terhadap Malayan Union.

FAKTA 5 Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan.

Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945,
satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa
HURAIAN kedatangan Mac Michael tiba di istana Sultan Kelantan. Pada 19 Januari,
Persatuan Melayu Kedah mengadakan demontrasi di Alor Setar dan disertai
kira-kira 50 000 orang.

Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan


tunjuk perasaan di Kota Bahru. Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk
CONTOH
perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di
Johor.

FAKTA 6 Peranan Dato’Onn b. Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor

Dato‟ Onn b. Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha


mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946,
Kongres Melayu se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan

HURAIAN beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti
bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu dan Ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara
pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk
menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir

36
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Union dan
mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

FAKTA 7 Penentangan daripada bekas-bekas Pegawai British

Bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham, George


Maxwell, Ronald Bradell, Cecil Clementi dan R.O Winstedt bersimpati
HURAIAN dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka
telah menuls dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap
pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Kesimpulannya, Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan


union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan
orang Melayu akan lenyap. Oleh itu, berlakunya penentangan daripada
KESIMPULAN
pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu.
Akhirnya, Malayan Union dibubarkan dan kerajaan British memperkenalkan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

37
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 2 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekaan ]

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk


TAJUK membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata


di Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan tujuan untuk menggulingkan
kerajaan British dan seterusnya menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya. PKM telah melakukan kekejaman seperti membunuh pegawai British
PENDAHULUAN dan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput pada Jun 1948. British
telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Selama 12 tahun Tanah
Melayu diisytiharkan darurat dan kerajaan British telah mengambil pelbagai
langkah untuk membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun
1960.
Pada 18 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British telah
FAKTA 1
mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.
Kerajaan telah mengharamkan PKM dan semua pertubuhan di bawah
naungan PKM di Tanah Melayu. Melalui Undang-undang Darurat, kerajaan
British berkuasa menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam
HURAIAN
kegiatan komunis dan ditangkap tanpa dibicara. Selain itu, peraturan perintah
berkurung dikuatkuasakan dan orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih
dari lima orang pada satu-satu masa dan tempat.
Kerajaan turut memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan. Melalui
dasar ini, kerajaan mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu yang
CONTOH
berumur 12 tahun ke atas mendaftarkan diri dan membawa bersama kad
pengenalan.
Pelaksanaan undang-undang ini telah menghadkan pergerakan ahli PKM
PENEGASAN ISI dan memudahkan kerajaan mengesan anasir komunis sebagai tindakan segera
untuk menghadapi perang gerila yang dilancarkan oleh PKM.
Seterusnya kerajaan British bertindak menambah keanggotaan
FAKTA 2
pasukan keselamatan sebagai usaha membanteras komunis.

38
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Pada peringkat awal kerajaan Brirtish telah menggunakan 13 batalion


askar British, Gurkha dan Melayu untuk menyerang gerila PKM. Kekuatan
pasukan tentera semakin bertambah apabila Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu meminta bantuan ketenteraan dari Negara-
HURAIAN
negra Komanwel seperti Australia, New Zealand, Fiji dan Tentera Udara
British bagi memusnahkan kubu-kubu PKM. Pasukan polis persekutuan
diperbesarkan. Bilangan mata-mata khas dan pengawal kampung telah
ditambah.
Sebuah pasukan mata-mata khas Melayu yang terdiri daripada 24,000
CONTOH orang telah dilatih dengan segera untuk mengawal ladang, lombong dan
kawasan terpencil.

AYAT Langkah ini merupakan tindakan yang paling agresif British dalam
PENEGASAN melemahkan pasukan komunis.
Pada bulan Mac 1950, Sir Harold Briggs telah dilantik sebagai
Pengarah Gerakan Keselamatan Negara telah memperkenalkan
FAKTA 3
Rancangan Briggs dan Gerakan Kelaparan sebagai langkah
menghadapi ancaman komunis.
Briggs memperkenalkan rancangan Kampung Baru untuk menempatkan
semula setinggan Cina dari kawasan terpencil dan bertaburan di pinggir-
pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Langkah ini bertujuan memberi
perlindungan daripada membantu komunis dan menghapuskan sistem
HURAIAN
bekalan komunis atau Min Yuen. Pada masa yang sama kawalan yang ketat
telah dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan
pengangkutan makanan bagi memastikan tidak jatuh ke tangan komunis.
Rancangan ini dikenali sebagai Gerakan Kelaparan.
Seramai lebih kurang 500,000 orang setinggan Cina telah ditempatkan
CONTOH semula di lebih kurang 500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini
dipagar dan dilindungi oleh pihak polis dan tentera.

AYAT Tindakan ini telah melemahkan pihak komunis yang mula menghadapi
PENEGASAN kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanna, ubat-ubatan dan maklumat

39
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

dari setinggan. Rancangan Briggs merupakan faktor penting bagi kegagalan


pemberontakan PKM.
Langkah seterusnya yang diambil oleh kerajaan British ialah
FAKTA 4
melancarkan Perang Saraf.
Sir Gerald Templer yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu pada tahun 1952 telah melancarkan Perang Saraf untuk
menawan hati dan fikran rakyat. Beliau bertindak meminda peraturan-
peraturan kewarganegaraan PTM. Melalui pindaan ini, syarat-syarat untuk
mendapatkan kewarganegaraan telah dilonggarkan supaya lebih ramai orang
bukan Melayu terutama orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.
Beliau juga telah melaksanakan polisi kawasan putih dan kawasan hitam.
Kawasan putih merupakan kawasan yang bebas dari ancaman komunis.
Dalam kawasan putih peraturan darurat dilonggarkan. Polisi tersebut telah

HURAIAN & menggalakkan orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan. Kawasan
CONTOH putih yang pertama diisytiharkan di Melaka pada bulan September 1952.
Sir Gerald Templer juga turut menawarkan hadiah wang tunai yang
lumayan kepada orang ramai yang memberi maklumat bagi membolehkan
kerajaan menangkap pengganas komunis. Hadiah wang tunai sebanyak
$250,000 ditawarkan bagi penangkapan Chin Peng.
Templer turut menawarkan pengampunan dan penghidupan baru kepada
pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri secara sukarela. Tawaran
ini dibuat kepada anggota-anggota PKM melalui risalah-risalah yang
digugurkan dari udara ke dalam hutan pada tahun 1953. Tawaran ini telah
mempengaruhi ramai anggota komunis untuk menyerah diri.

AYAT Jelaslah Perang Saraf merupakan faktor terpenting bagi kerajaan British
PENEGASAN menghapuskan keganasan PKM.
Langkah terakhir kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah
FAKTA 5
mengadakan Rundingan Baling.

HURAIAN & Pada 28 dan 29 Disember 1955, kerajaan PTM telah mengadakan
CONTOH rundingan dengan PKM di Baling, Kedah. Kerajaan diketuai oleh Tunku

40
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Abdul Rahman manakala PKM diketuai oleh Chin Peng. TAR menawarkan
pengampunan jika komunis menyerah diri tetapi PKM enggan kerana mahu
PKM diiktiraf sebagai parti yang sah. Rundingan ini gagal mendapatkan
persetujuan kedua-dua pihak.

AYAT Walaupun rundingan gagal namun ancaman dan perjuangan PKM telah
PENEGASAN menemui jalan buntu.
Kesan daripada langkah-langkah Kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu, pemberontakan PKM telah berjaya dilemahkan. Pada bulan Julai
KESIMPULAN
tahun 1960, kerajaan PTM telah menamatkan Undang-undang Darurat dan
mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu bebas dari ancaman komunis.

Soalan 3 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekan ]

Terangkan langkah-langkah bagi mencapai kemerdekaan Tanah


TAJUK
Melayu antara tahun 1951-1957.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan langkah pertama
ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu. Namun
begitu kerjasama antara kaum merupakan prasyarat bagi mendapatkan
PENDAHULUAN
kemerdekaan sama ada melalui rundingan, permuafakatan dan tolak ansur
antara semua pihak. Bagi mencapai hasrat itu, beberapa usaha telah
dilakukan untuk mencapai kemerdekaan.
FAKTA Sistem Ahli 1951
Dicadangkan oleh Dato‟ Onn bin Jaafar berdasarkan model yang telah
dilaksanakan di Kenya dan Rhodesia Utara. Tujuan sistem ini adalah untuk
melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah
HURAIAN
Melayu. Ia merupakan kabinet bayangan yang bertindak sebagai kumpulan
eksekutif atau pengurus pentadbiran negara. Anggotanya terdiri daripada 9
orang, iaitu 5 orang tempatan, 3 Melayu,1 Cina, 1 India dan 4 pegawai

41
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Masing-masing


menjaga satu portfolio.
Dato‟ Onn bin Jaafar memegang fortfolio Ahli Dalam Negeri, Dato‟ E.E.C.
Thuraisingam, Ahli Pelajaran, Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul Hamid
bertanggungjawab dalam fortfolio Ahli Pertanian dan Perhutanan. Dr Lee
CONTOH Tiang Keng, Ahli Kesihatan, Dato‟ Mahmud Mat sebagai Ahli Tanah,
Perlombongan dan Perhubungan, O.A. Spenser, Ahli Ekonomi, J.D.
Hodgkinson memegang fortfolio Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
dan J.D.Mead sebagai Ahli Perumahan dan Kerja Raya.
Sistem Ahli merupakan asas penting menentukan kemerdekaan kerana ia
PENEGASAN ISI
mewakili pelbagai kaum.
A)Pilihan Raya Majlis Bandaran 1951-1952
FAKTA
B)Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan raya Majlis Bandaran diadakan pada peringkat tempatan sebagai
langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pilihan raya peringkat ini diadakan
buat pertama kali di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 bagi 9 kerusi. Pada
tahun 1952 diadakan pula di Kuala Lumpur yang menggabungkan UMNO
dan MCA sebagai Parti Perikatan dan telah menang 9 dari 12 kerusi yang
HURAIAN
dipertandingkan.
Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan dijalankan pada bulan Julai
1955. Pilihan raya ini bertujuan memilih 52 orang ahli Majlis Perundangan
Persekutuan. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan ini menunjukkan
pendirian parti ini dapat diterima rakyat tanpa mengira kaum yang diwakili.
Di beberapa kawasan, ramai orang Melayu menyokong calon berbangsa
Cina dan begitulah sebaliknya. Kemenangan ini menyebabkan terbentuknya
CONTOH
kabinet yang terdiri daripada 10 orang menteri, iaitu 6 orang menteri dari
UMNO, 3 orang dari MCA dan seorang dari MIC
Usaha tersebut membuktikan terjalinnya semangat kerjasama dan
PENEGASAN ISI
persefahaman antara UMNO, MCA dan MIC.
FAKTA Rombongan Kemerdekaan

42
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Pada Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman menghantar memorandum ke


Pejabat Tanah Jajahan British untuk merundingkan soal kemerdekaan. Dua
perkara yang diminta iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan
HURAIAN penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan
baharu Tanah Melayu. Pada 1 Januari 1956, rombongan bertolak ke
London. Rundingan yang dipengerusi oleh Setiausaha Tanah Jajahan
British, Lord Lennox Boyd berjaya mencapai beberapa persetujuan.
Antaranya ialah British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
dan Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dan mengamalkan
pemerintahan secara demokrasi. Rakyat tempatan akan mengambil alih
CONTOH
tugas pegawai British dalam beberapa jawatan penting. Sebuah badan bebas
dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu. Dan tentera British
dibenarkan berada di Tanah Melayu.
Walaupun rundingan ini mengambil masa yang panjang tetapi British tidak
PENEGASAN ISI
dapat menghalang hasrat penduduk Tanah Melayu untuk merdeka.
FAKTA Suruhanjaya Reid
Pada Jun 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan berasaskan beberapa syarat seperti
kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja berperlembagaan, kaum
bukan Melayu dilindungi dan amalan demokrasi. Suruhanjaya Reid
HURAIAN
ditugaskan membuat beberapa tinjauan untuk memperoleh pandangan
daripada semua peringkat, iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik,
kesatuan sekerja dan persatuan. Sebanyak 131 memorandum diterima
daripada Parti Perikatan dan raja-raja Melayu.
Antaranya menwujudkan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri,
institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja diteruskan.
CONTOH
Selain itu Parlimen yang mengandungi sistem dua dewan dengan bantuan
tiga badan pemerintah. Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

43
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya telah berjaya menyelesaikan


PENEGASAN ISI tugasnya dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk mengkaji lpaoran Reid
itu.
Dengan kerjasama dan dasar tolak ansur semua kaum di Tanah Melayu tanpa
sebarang pertumpahan darah, akhirnya pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium
KESIMPULAN
Merdeka berlangsung upacara pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku
abdul Rahman.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN

Soalan 1 : Tema 4 [ Sistem Pemerintahan ]

Jelaskan struktur dan organisasi sistem pentadbiran yang diamalkan di


TAJUK
Malaysia selepas kemerdekaan.

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Asas kepada sistem


ini bermula dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1896. Perlembagaan persekutuan tanah melayu menjadi teras
sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
PENDAHULUAN Terdapat tiga komponan penting dalam sistem pemerintahan Malaysia,
iaitu badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. Ketiga-
tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang
menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Ketiga-tiga komponan ini
diasingkan untuk mengelakkan penyelewengan dan pemusatan kuasa.
ISI / FAKTA 1.Badan perundangan
Badan perundangan merupakan kompenan yang bertanggungjawab untuk
menggubal undang-undang. Badan perundangan terbahagi kepada 3
HURAIAN peringkat, iaitu peringkat kerajaan persekutuan(Parlimen), kerajaan
negeri(Dewan Undangan Negeri) dan kerajaan tempatan. Parlimen yang
menggubal undang-undang di Malaysia terdiri daripada tiga komponan

44
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Yang Di Pertuan Agong merupakan kompenan terpenting dalam
badan perundangan. Bidang kuasa baginda adalah seperti yang termaktub
dalam perlembagaan Malaysia. Baginda merupakan raja berperlembagaan
yang bertindak mengikut Jemaah Menteri. Yang Dipertuan Agong juga
merupakan ketua negara dan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
CONTOH Satu lagi kompenan badan perundangan ialah Dewan Negara yang
dikenali sebagai Senat. Dewan ini membahaskan semua undang-undang
yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Bilangan senator ialah seramai 69
orang ahli yang mewakili semua negeri dan dilantik tanpa melalui pilihan
raya.
Dewan Rakyat pula ialah dewan terpenting yang mewakili rakyat
Malaysia. Ia diwujudkan selepas pilihan raya pada tahun 1959. Ahli-ahli
Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Dewan
Rakyat memainkan peranan penting dalam menggubal undang-undang.
Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun wakil rakyat membincangkan cadangan
rang undang-undang melalui beberapa proses sebelum diluluskan.
PENEGASAN Tegasnya Badan perundangan memainkan peranan yang penting
dalam menegakkan undang-undang di Malaysia yang akan menjamin
kestabilan negara.
ISI / FAKTA 2. Badan Eksekutif
Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh badan eksekutif
yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Jemaaah Menteri atau Kabinet.
Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif di ,peringkat persekutuan atau
kerajaan pusat. Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan pusat menjalankan
HURAIAN tugas dengan bantuan Jemaah Menteri. Perdana Menteri sebagai pemimpin
bertanggungjawab ke atas semua kementerian dan dasar-dasar kerajaan.
Beliau membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta
menyelaraskan semua kementerian, jabatan dan badan berkanun di
Malaysia. Di peringkat negeri pula, pentadbiran diketuai oleh Menteri

45
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Besar atau Ketua Menteri.


Jemaah Menteri terdiri daripada kumpulan menteri yang dilantik
untuk mengendalikan kementerian masing-masing. Fungsi utama Jemaah
menteri adalah menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan untuk menjalankan
CONTOH tugas-tugas tertentu. Setiap kementerian mempunyai jabatan-jabatannya di
peringkat pusat, negeri dan daerah.
Pentadbiran negeri terletak pada ketua menteri atau Menteri Besar
dengan dibantu oleh ahli-ahli Exco membuat dasar pentadbiran kerajaan
negeri.
Di peringkat kerajaan tempatan terdiri daripada majlis perbandaran
dan majlis daerah. Di sabah, pentadbiran dibahagikan kepada daerah dan
kampung. Daerah, ditadbir oleh pegawai daerah yang dibantu oleh ketua
anak negeri dan ketua kampung. Di Sarawak pentadbiran dibahagikan
kepada bahagian daerah dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh
PENEGASAN residen dan dibantu oleh temenggung. Daerah ditadbir oleh pegawai daerah
dan kampung ditadbir oleh penghulu.
Jelaslah bahawa Badan eksekutif atau pelaksana memainkan peranan
yang penting dalam struktur pentadbiran kerajaan Malaysia di peringkat
pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
ISI / FAKTA 3. Badan Kehakiman
Badan kehakiman merupakan badan yang penting dalam
mewujudkan keamanan dan menegakkan keadilan. Melalui badan
kehakiman, semua pihak dapat membela dan melindungi hak masing-
masing. Badan kehakiman mempunyai kuasa yang lebih besar daripada
parlimen dan Jemaah menteri.
HURAIAN Badan ini berfungsi untuk mentafsir undang-undang. Badan
kehakiman bebas daripada kawalan semua pihak. Perlembagaan Malaysia
telah mewujudkan sistem mahkamah untuk menjalankan tugas-tugas
kehakiman. Mahkamah agong ialah badan kehakiman yang tertinggi dan

46
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

ketua hakim mahkamah ini ialah ketua hakim negara.


Badan kehakiman di Malaysia dibahagikan kepada 2 iaitu,
Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasa terdiri
CONTOH daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah
Tinggi. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Seksyen,
Mahkamah Majistret dan mahkamah penghulu. Di sabah dan Sarawak
terdapat Mahkamah Adat. Mahkamah Agung berfungsi sebagai Mahkamah
Rayuan muktamad dan menggantikan Privy Council di London pada tahun
1991. Setiap badan kehakiman atau mahkamah ada bidang kuasa
PENEGASAN perbicaraannya agar tidak berlaku percanggahan dalam badan pengadilan.
Tegasnya Badan Kehakiman mempunyai mahkamah dalam
menegakkan keadilan
Kesimpulannya sistem pemerintahan Malaysia selepas merdeka telah
distrukturkan dengan jelas di peingkat Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri
termasuklah Sabah dan Sarawak. Satu bentuk pentadbiran Kerajaan Pusat
KESIMPULAN
dan Kerajaan Negeri yang sistematik dapat dilaksanakan. Ini menjamin
kestabilan politik dan keharmonian negara.

Soalan 2 : Tema 4 [ Pembangunan Negara Bangsa ]

Penurunan sumbangan sektor pertanian dalam Keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK) negara telah membawa kepada pelancaran Dasar Pertanian
TAJUK
Negara pada tahun 1984. Bincangkan strategi yang dilaksanakan dalam
memastikan kejayaan Dasar Pertanian Negara.
Dasar Pertanian Negara dilancarkan oleh kerajaan pada 12 Januari
PENDAHULUAN 1984. Dasar Pertanian Negara diwujudkan bertujuan memulihkan sektor
pertanian dan dijadikan sebagai garis panduan kepada kerajaan dan pihak

47
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

swasta bagi menggiatkan lagi sektor pertanian. Antara objektif Dasar


Pertanian Negara ialah meningkatkan penglibatan pihak swasta dalam
sektor pertanian, memaksimumkan sumbangan pertanian kepada negara
dan pendapatan petani, melindungi kepentingan dan keselamatan makanan
negara. Tiga dasar telah digubal bagi menjayakan dasar kerajaan ini iaitu
Dasar Pertanian Pertama (1984-1991), Dasar Pertanian Kedua (1992-1998)
dan Dasar Pertanian Ketiga (1998-2010). Pelbagai strategi telah
dilaksanakan dalam memastikan kejayaan Dasar Pertanian Negara.
Strategi yang dilaksanakan dalam memastikan kejayaan Dasar Pertanian
FAKTA
Negara ialah pembukaan tanah baharu.
Pembukaan tanah baharu telah dilaksanakan melalui agensi berkanun,
pihak berkuasa pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Ianya bertujuan
untuk menyediakan peluang pekerjaan, mewujudkan amalan pertanian
yang cekap serta menyeimbangkan taburan penduduk. Pembukaan tanah
HURAIAN
baharu juga bertujuan untuk menambahkan penanaman tanaman eksport
dan membolehkan mereka yang tidak mempunyai tanah atau mempunyai
tanah bersaiz kecil supaya dapat memiliki tanah.

CONTOH Contoh agensi berkanun seperti FELDA dan MARDI.


Dengan ini, kerajaan dapat memaksimumkan penggunaan tanah yang sedia
PENEGASAN ISI
ada.
Strategi seterusnya di bawah Dasar Pertanian Negara Pertama ialah
FAKTA
pembangunan in-situ.
Program ini adalah bertujuan menambahkan daya pengeluaran pertanian
dengan memperbaiki kemudahan-kemudahan infrastruktur, penanaman
semula pertanian, menyelesaikan permasalah tanah yang kurang ekonomi
HURAIAN serta meningkatkan produktiviti petani.
Di bawah program ini juga penekanan diberikan utuk memulihkan kawasan
yang berproduktiviti rendah dengan menyediakan kemudahan kredit,
meningkatkan penggunaan teknologi moden, serta khidmat pemasaran dan

48
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

penyelidikan.
Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
CONTOH (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), dan
Perbadanan Pembangunan Wilayah.
Jadi, jelaslah di sini, kerajaan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasilan
PENEGASAN ISI
pertanian dalam negara.
FAKTA Seterusnya ialah dengan mengadakan perkhidmatan sokongan pertanian.
Perkhidmatan sokongan pertanian adalah menyediakan perkhidmatan
seperti penyelidikan gunaan dalam bidang pembangunan bahan komoditi
bagi menambah hasil dan mutu pengeluaran, menjalankan usaha mengubah
HURAIAN sikap petani untuk menjadi petani moden. Di samping itu, memperbaiki
kaedah pemasaran, menyediakan subsidi, latihan, dan penubuhan syarikat
kerjasama. Strategi ini dapat mempertingkatkan hasil pertanian kerana
mendapat bantuan daripada agensi kerajaan.
Antaranya ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA, PORIM,
CONTOH
dan sebagainya.
Dengan adanya perkhidmatan sokongan pertanian, sudah tentu dapat
PENEGASAN ISI
membantu mempertingkatkan pengeluaran hasilan pertanian dalam negara.
Tambahan pula, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
FAKTA
melaksanakan program pembangunan industri asas tani.
Melalui usaha ini, industri asas tani dimajukan melalui pembangunan
winning products. Usaha ini melibatkan penjenamaan semula produk-
produk biasa industri kecil dan sederhana kepada winning products, iaitu
HURAIAN produk yang akan mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan dan
pasaran antarabangsa. Antara yang dilakukan ialah meningkatkan kualiti,
pembungkusan yang lebih menarik dan strategi promosi yang meluas.

Produk-produk yang telah dikenal pasti bagi pembangunan winning


CONTOH
products ialah sos dan spreads, snek, snek sejuk beku, dan minuman.
PENEGASAN ISI Program pembangunan industri asas tani terbukti dapat mempertingkatan

49
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

penjualan dalam negeri mahupun ke luar negeri.


Bagi memastikan matlamat Dasar Pertanian Negara tercapai, penglibatan
FAKTA
sektor swasta amat diperlukan.
Oleh itu, Kementerian Pertanian bertindak dalam mengelolakan dan
menyelaraskan projek penswastaan pertanian. Malahan, penglibatan pihak
HURAIAN
kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian dapat dilihat dengan
penyediaan pelbagai insentif khas bagi projek pengeluaran makanan.
Antaranya, Akta Cukai Pendapatan 1967, taraf perintis, insentif eksport,
CONTOH
dan sebagainya.
Maknanya, penglibatan swasta amat diperlukan untuk menjayakan
matlamat Dasar Pertanian Negara. Dengan langkah-langkah kerajaan
PENEGASAN ISI
menggalakkan penglibatan pihak swasta sudah tentu akan mempergiatkan
kegiatan pertanian dalam negara.
Strategi seterusnya ialah Program Hala Tuju Cara Baru dalam
FAKTA
pembangunan kampung dan luar bandar.
Program ini bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar
HURAIAN bandar. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan
pendapatan petani dan pekebun kecil.
Antaranya melakukan pengelompokan kampung, membangunkan industri
CONTOH
kampung, dan menguruskan pertanian secara komersial.
Kesannya, usaha ini juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk
kampung ke bandar-bandar. Program ini pasti dapat mempertingkatkan
PENEGASAN ISI
pendapatan dan menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar. Program ini
dapat membela nasib para petani.
Kesimpulannya, strategi yang dilaksanakan dapat meningkatkan hasil
pertanian negara serta dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
KESIMPULAN masyarakat petani. Namun, tahap kejayaan Dasar Pertanian Negara juga
bergantung kepada harga komoditi pertanian di pasaran antarabangsa serta
dasar perdagangan negara pengimport.

50
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 3 : Tema 4 [ Pembangunan Negara Bangsa ]


.
Bincangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN sehingga
TAJUK
tahun 1990-an
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand telah
bekerjasama dalam mewujudkan hubungan dalam gabungan Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN pada 7 Ogos 1967. Antara
berikut utama penubuhan ASEAN ialah membangunkan ekonomi,
PENDAHULUAN memajukan sosial dan kebudayaan serantau, menghormati undang-undang
negara anggota serta memelihara hubungan dan kerjasama dengan serantau
dan antarabangsa bagi kepentingan bersama. Dalam menganggotai ASEAN,
Malaysia telah memainkan peranan dan sumbangan yang positif ke arah
membangunkan ekonomi negara, sosial serta serantau.
Malaysia merupakan negara terawal yang akan menyedari kepentingan
FAKTA kerjasama serantau demi menjaga keselamatan negara-negara serantau di
Asia Tenggara.
Kesedaran ini adalah berdasarkan daripada perkembangan politik, ekonomi,
HURAIAN
dan sosial rantau Asia Tenggara yang baru mencapai kemerdekaan.
Sebagai negara yang masih muda dalam kemerdekaan, pelbagai
permasalahan ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah yang tidak
CONTOH
seimbang, perpecahan penduduk serta keadaan sosial yang tidak kukuh
menghantui negara.
Oleh itu, Malaysia menjadi pencetus idea kepada penubuhan ASEAN pada
PENEGASAN ISI tahun 1967 bagi mewujudkan kerjasama serantau dalam membina benteng
pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
Seterusnya, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah
mencetuskan idea Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali atau ZOPFAN semasa
FAKTA
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November
1971.

51
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Dalam mesyuarat ini, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi


mewujudkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Tujuannya
HURAIAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara. dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana kuasa besar sama
ada dari blok Barat atau blok Timur.
Misalnya, kawasan Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana
CONTOH
kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Jadi, konsep ini berjaya menghalang penyebaran ideologi dan Teori Domino
PENEGASAN ISI
merebak ke rantau Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua.
Rentetan daripada pelaksanaan ZOPFAN, ASEAN Regional Forum (ARF)
FAKTA
ditubuhkan pada tahun 1994.
ARF dianggotai oleh ASEAN, rakan dialog seperti Australia, Kanada,
Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, dan Amerika
HURAIAN
Syarikat. Manakala, China dan Rusia menjadi rakan perunding dan Papua
New Guinea sebagai pemerhati sahaja.
Antara kejayaan yang dicapai oleh ARF adalah menyelesaikan isu
pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978 dengan
CONTOH
mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai orang tengah dalam isu
Kemboja ini dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun
PENEGASAN ISI
1982 dan Vietnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Peranan yang dimainkan oleh Malaysia patut dipuji.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah
FAKTA memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear
melalui Perjanjian SEANWFZ.
Hal ini bermakna rantau Asia Tenggara tidak membenarkan mana-mana
HURAIAN kapal menggunakan perairan serta kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan atau senjata nuklear.
CONTOH Malaysia melalui Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

52
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

mengambil berat dengan meminta sokongan ASEAN bagi memastikan


penyertaan dalam Perjanjian SEANWFZ dan Asia Tenggara bebas daripada
ancaman nuklear.
Dengan adanya usaha daripada Datuk Seri Abdullah Badawi, rantau Asia
PENEGASAN ISI
Tenggara telah bebas daripada ancaman nuklear.
Dalam bidang ekonomi, ASEAN menuju ke arah integrasi ekonomi dan
FAKTA Malaysia telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi dengan melibatkan China, Jepun, dan Korea Selatan.
Idea ini dikemukakan oleh Dr. Mahathir Mohamad dikenali sebagai East
Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah
HURAIAN ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat, tetapi
usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi
terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3.
Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan
antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur iaitu China, Jepun dan
Korea Selatan.
CONTOH
Tambahan pula, Malaysia mendapat manfaat dalam program ekonomi
ASEAN apabila negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam
projek perindustrian contohnya, Projek Baja Urea di Bintulu.
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia yang ingin
memperluaskan skop kerjasama ekonomi adalah patut dan perlu dipuji.
PENEGASAN ISI
Pertambahan skop keluasan perdagangan sudah tentu akan memakmurkan
negara-negara anggota ASEAN.
Dalam bidang sosial pula, Malaysia memberi kerjasama dalam bidang
pendidikan.
FAKTA Malaysia juga menjadi pengerusi dalam Persidangan Antarabangsa bagi
Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Heroin kepada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu yang diadakan di Vienna pada tahun 1987.
Seterusnya, penubuhan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) pada
HURAIAN
tahun 1972 dan kemudiannya dikembangkan dengan kerjasama Brunei pada

53
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

tahun 1985. Peranan yang dimainkan oleh Malaysia ini adalah untuk
mengembangkan bahasa Melayu, dan meningkatkan persaudaraan.
Misalnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
CONTOH
(RECSAM) di Pulau Pinang.
Buktinya, Malaysia memang aktif dalam perancangan dan usaha untuk
mempertingkatkan martabat dan taraf hidup dalam kalangan anggota
PENEGASAN ISI ASEAN.
Ganjarannya, Malaysia memang mendapat manfaat daripada projek dan
program yang diadakan oleh ASEAN.
Kesimpulannya, peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat
dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau.
KESIMPULAN
Malaysia masih menjalinkan hubungan yang baik dalam ASEAN hingga kini
dan memberi banyak sumbangan demi kebaikan bersama.

Soalan 4 : Tema 4 [ Pembangunan Negara Bangsa ]

“Asas-asas yang menjadi pertimbangan dalam penggubalan dasar luar


TAJUK negara pada zaman kepimpinanan Tunku Abdul Rahman lebih bercorak
probarat.” Bincangkan pernyataan ini.
Dasar luar ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah
negara dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Dasar luar digubal bagi
menjamin keselamatan, kedaulatan, kemakmuran dan kelangsungan negara.
Pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (TAR), negara
PENDAHULUAN mengamalkan dasar luar yang probarat dan antikomunis (1957 – 1970).
Ancaman komunis serta keutamaan bagi menjamin keselamatan dan
kepentingan negara ialah faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar
oleh TAR yang bercorak probarat. Namun faktor lain turut mempengaruhi
pembentukan dasar luar negara ketika itu.
Dasar luar negara bercorak probarat disebabkan oleh faktor keselamatan
FAKTA 1
negara.
HURAIAN Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan, Persekutuan

54
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Tanah Melayu (PTM) memerlukan bantuan, kerjasama dan hubungan yang


erat dengan Britian. Pada masa itu PTM hanya bersahabat dengan negara-
negara Komanwel. Britian dianggap sebagai „bapa‟ yang disegani dan
dihormati oleh TAR.
Negara-negara Komanwel memberi bantuan ketenteraan semasa PTM
CONTOH
menghadapi ancaman komunis dan konfrontasi Indonesia.

AYAT Tegasnya, PTM memilih dasar pergantungan dengan Britian dan mengamalkan
PENEGASAN dasar luar yang probarat.
Soal pertahanan negara turut menjadi faktor yang dipertimbangkan
FAKTA 2
dalam menentukan dasar luar negara.
PTM meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britian melalui
Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957. Melalui
perjanjian ini, British berjanji akan menghulurkan bantuan ketenteraan pada
PTM sekiranya diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa. Perjanjian ini
ditandatangani demi keselamatan negara memandangkan pertahanan negara
HURAIAN ketika itu agak lemah. PTM hanya mempunyai angkatan tentera darat iaitu
Regimen Askar Melayu Diraja (tidak ada angkatan tentera laut dan udara).
Berdasarkan pertimbangan tersebut, sudah tentu sebarang ancaman dari luar
tidak mampu dihadapi oleh PTM secara bersendirian. Pada tahun 1957, PTM
telah menyertai pertubuhan dunia iaitu PBB dengan tujuan mendapatkan
perlindungan demi kepentingan nasional.
PTM mendukung kuat prinsip-prinsip Piagam PBB iaitu menegakkan
keamanan, kemakmuran dunia, keadilan dan kewibawaan undang-undang,
CONTOH
melindungi hak asasi manusia serta menggalakkkan perkembangan ekonomi
dan social selaras dengan kepentingan Negara.

AYAT Jelaslah faktor pertahanan negara menjadi asas pertimbangan dalam


PENEGASAN penggubalan dasar luar Negara semasa pimpinan TAR.
Faktor Ideologi menjadi salah satu pertimbangan TAR dalam
FAKTA 3
penggubalan dasar luar negara yang bercorak probarat.

55
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Negara Barat mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang


sealiran dengan PTM. Selaras dengan itu, TAR bertanggungjawab membentuk
dasar luar yang probarat dan menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat,
HURAIAN Britian, Australia serta negara lain yang berideologi sama. PTM mewarisi
sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh British. Sistem ini
ternyata pertentangan dengan ideologi komunis dan sekaligus memusuhi
fahaman itu.
Republik Rakyat China dianggap sebagai musuh besar ke atas PTM
CONTOH kerana PKM mendapat sokongan dan bantuan dari China untuk perjuangan
bersenjata menentang kerajaan.

AYAT Sememangnya, pertentangan ideologi mempengaruhi penggubalan dasar luar


PENEGASAN negara di bawah pimpinan TAR.
Faktor latar belakang pendidikan dan sikap anti-komunis TAR turut
FAKTA 4
mempengaruhi dasar luar yang dilaksanakan oleh beliau.
TAR dibesarkan dalam suasana kebaratan dan mendapat pendidikan di
Britian. Beliau juga menyokong pihak barat dalam pergolakan politik antara
Barat dengan komunis. Malah TAR sendiri pernah menyatakan bahawa PTM
“akan timbul dan tenggelam bersama Barat”. Kenyataan ini memperkuat lagi
pendirian probarat dalam amalan dasar luar Negara Beliau enggan bertolak
HURAIAN
ansur dengan komunisme. Sebab itu, beliau tidak menjalin hubungan dengan
Rusia atau China. Sekitar tahun 1948-1960, pengganas komunis banyak
menimbulkan pelbagai ancaman kepada PTM.
Pada tahun 1948, PKM telah melakukan pemberontakan bersenjata
untuk menggulingkan pemerintahan British di Tanah Melayu secara kekerasan.
TAR enggan bertolak ansur dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh
CONTOH PKM dalam Rundingan Baling 1955 kerana beliau merasakan komunisme
tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat majmuk.

AYAT Jelas bahawa latar belakang dan sikap TAR mempengaruhi penggubalan dasar
PENEGASAN luar Negara pada ketika itu.
FAKTA 5 Selain faktor-faktor tersebut, dasar luar negara di bawah pimpinan TAR

56
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

juga mengambil kira faktor-faktor lain seperti kepentingan ekonomi


selepas merdeka.
PTM mewarisi sistem ekonomi berasaskan komoditi pertanian iaitu
HURAIAN industri getah dan bijih timah yang menyumbang sebanyak 85 peratus
daripada hasil eksport negara.
PTM masih bergantung kepada Britian dari segi ekonomi. Britian dan
CONTOH
Amerika Syarikat merupakan negara pembeli utama getah dan bijih timah.

AYAT Dengan adanya satu dasar pengeksportan yang baik, kepentingan negara
PENEGASAN dalam bidang ekonomi terjamin.
Situasi politik dan keselamatan serantau menjadi salah satu
FAKTA 6
pertimbangan TAR menggubal dasar luar Negara.
PTM memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik di
HURAIAN Kampuchea. Tujuannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara dan negara-negara rantau Asia Tenggara.
Dalam hal ini, Malaysia bergerak aktif dalam perbincangan-
perbincangan mengenai Kampuchea seperti menyertai Mesyuarat Tidak
CONTOH
Rasmi di Jakarta, Indonesia dan Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis
Keselamatan PBB di New York.

AYAT Pertimbangan TAR ini telah berjaya menjamin keselamatan Negara-


PENEGASAN negara serantau daripada pengaruh kuasa-kuasa besar.
Dasar luar PTM sepanjang tempoh 1957 – 1970 di bawah pimpinan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama mencerminkan
pendirian yang bercorak probarat dan anti-komunis. Pendirian yang dilakukan
KESIMPULAN
oleh TAR telah memelihara kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan sosial
negara. Justeru, perkembangan fahaman dan ancaman komunis telah
mencabar TAR untuk menggubal dasar luar yang bercorak probarat.

57
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

58
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

TEMA 1: MASYARAKAT

Soalan 1: Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

TAJUK Tema 1 Bahagian B

Bincangkan pengaruh agama hindu-buddha dalam system pemerintahan


beraja di Thailand sebelum kedatangan barat.

PENDAHULUAN Menjelang abad ke 19 negara Thailand di perintah oleh Dinasti Chakri,


Pemerintah Dinasti Chakri menggunakan gelaran Rama. Masyarakat Thailand
sangat dipengaruhi oleh agama hindu-buddha dalam kehidupan mereka.
Begitulah juga system pemerintahan beraja di Thailand banyak dipengaruhi oleh
agama hindu-buddha.

FAKTA Sistem pemerintahan beraja di Thailand amatlah berkaitan dengan konsep


Dhamma-Raja.

HURAIAN Berdasarkan konsep ini, hanya raja yang berpegang kepada dhamma-raja sahaja
yang dapat memerintah dengan jalan yang betul. Oleh demikian, raja perlu
menhayati dan melakukan perbuatan baik supaya mereka yang mendampingi
baginda juga berada dalam keadaan yang benar.

CONTOH Raja Thailand yang mengamalkan konsep ini dalam pemerintahan akan dianggap
sebagai pemerintah yang unggul, suci dan berdaulat. Malahan, dipercayai
bahawa amalan ini dapat membantu raja mengekalkan keamanan di istana
disamping menjamin tanaman hidup subur pada setiap tahun di Thailand.

PENEGASAN ISI . Oleh itu, konsep ini membolehkan raja mempunyai hak dan kekuasaan untuk
memerintah. Di samping itu menjadi asas ikatan raja dengan rakyat.

FAKTA Seterusnya institusi pemerintahan Thailand juga mengaitkan 59nsure Hindu-


Buddha dalam kerajaan.

HURAIAN Raja akan membina kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta
atau order kosmos. Bedasarkan konsep ini, kerajaan dilambangkan kepada alam
semesta atau kosmos. Raja dan ibunegerinya atau istana ialah pusat alam dan
pusat pemerintahan.

CONTOH Pengaruh ini dapat dilihat pada bentuk istana raja Thailand. Begitu juga dengan
kedudukan permaisuri, putera raja dan menteri yang dibahagikan kepada
kedudukan timur, selatan dan barat yang berpusatkan mahligai singgahsana.

PENEGASAN ISI

59
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

FAKTA Selain itu, raja Thailand juga dikatkan dengan penjelmaan dewa.

HURAIAN Konsep ini menjadikan kedudukan raja sangat tinggi, istimewa dan dihormati.
Oleh itu, raja dikurniakan sifat-sifat ketuhanan seperti dikurniakan paying putih,
iaitu symbol kedaulatan ketuhanan. Malahan, raja-raja juga dikurniakan alat-alat
kebesaran yang dipercayai mempunyai kesaktian.

CONTOH Golongan Brahmin dilantik sebagai penasihat agama untuk menjalan upacara
pertabalan raja.

Konsep dewa-raja mengukuhkan lagi sistem pemerintah beraja Thailand.

PENEGASAN ISI Pengaruh Hindu-Buddha juga diperlihatkan dengankehadiran gajah dalam


pemerintahan beraja di Thailand.

FAKTA Pengaruh Hindu-Buddha juga diperlihatkan dengan kehadiran gajah dalam


pemerintahan beraja di Thailand.

HURAIAN Gajah dianggap sebagai haiwan kebesaran dan harta raja khususnya gajah putih.
Gajah bukan sekadar menjadi tunggangan raja malahan diiktiraf sebagai haiwan
suci raja.

CONTOH Raja Thailand menganggap gajah sebagai symbol kedaulatan sejagat serta
pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang terdapat pada gajah.

PENEGASAN ISI Dengan kehadiran gajah putih yang suci telah menjadikan raja Thailand berada
dalam kedudukan yang sangat istimewa dalam masyarakat.

FAKTA Peranan dan kuasa raja juga dipengaruhi oleh pengaruh hindu-buddha.

HURAIAN Raja Thailand perlu memmiliki moral yang tinggi bagi menjamin kesejahteraan
rakyat. Maka, kekuasaan raja bergantung kepada jumlah phon yang dimilikinya.
Dengan ini, rakyat akan member kesetian yang tidak berbalah bagi kepada raja

CONTOH Di samping itu, hubungan raja yang dikaitkan dengan Tuhan telah
membolehkan raja dianggap sebagai pelindung dan bertanggung jawab ke atas
perkembangan keagamaan dan kesusasteraan di Thailand.

PENGEASAN ISI Oleh itu, Raja Thailand dapat menjalankan tanggung jawab dengan lebih mudah.

KESIMPULAN Sememangnya pengaruh Hindu-Buddha telah menjadikan institusi beraja di


Thailand dihormati dan dipertahankan oleh rakyat Thailand. Oleh itu, institusi
beraja di Thailand masih berkekalan hingga hari ini.

60
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 2 : Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

Tajuk Jelaskan kedudukan dan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur


tangan kuasa Perancis pada abad ke-19.

PENDAHULUAN 1. Pembesar merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk
menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang
kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kemasukan pengaruh Barat.
2. Dari segi kedudukan, golongan pembesar berada pada lapisan kedua
selepas raja dalam hierarki pemerintahan.
3. Golongan pembesar melaksanakan tugas-tugas pemerintahan kerana raja
tidak berupaya untuk menanggung segala urusan pemerintahan secara
bersendirian.
Di Vietnam, maharaja telah membahagikan tugas kepada pembesar di
peringkat pusat, daerah dan kampung (komun).

Sistem pembesar di Vietnam mempunyai kedudukan atau hierarki tersendiri


FAKTA yang dibahagikan kepada beberapa peringkat atau bahagian serta mempunyai
bidang tugas tertentu.
Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam
lebih teratur dan mendapat kedudukan istimewa dalam pentadbiran.
Pembesar di Vietnam dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembesar
HURAIAN pusat, pembesar daerah dan pembesar peringkat kampung.
Pembesar pusat dikenali sebagai golongan Mandarin, diikuti oleh pembesar
daerah dan seterusnya pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat
CONTOH kampung (komun) yang terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan
berpengalaman.
Tegasnya, sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki yang jelas
PENEGASAN ISI sebelum kedatangan Perancis. Hal ini menjadikan sistem pentadbiran lebih
teratur dan sistematik.
Golongan Mandarin merupakan pembesar di peringkat pusat yang
FAKTA membentuk birokrasi dan membantu Maharaja dalam sistem pentadbiran.
Golongan Mandarin adalah golongan intelektual yang lulus dalam
Peperiksaan Awam di China. Mereka mempunyai kemahiran dalam bahasa,
falsafah dan klasik Confucius.
HURAIAN Pembesar pusat bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan
untuk memastikan jawatannya dikekalkan. Jika gagal melaksanakan tugas,
Maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan
dengan pembesar yang lain.
Di peringkat pusat juga terdapat Majlis Tertinggi (Noi- Cac) yang
dipengerusikan oleh Maharaja dan dibantu oleh enam kementerian.
Golongan Mandarin akan mengetuai enam Quan atau kementerian utama

61
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

tersebut iaitu Kementerian Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan,


Upacara, Kehakiman dan Peperengan.
Di samping itu, pembesar pusat akan dibahagikan kepada beberapa kelas
tertentu iaitu sebagai pembesar kanan, pembesar pusat, pembesar yang
menjalankan tanggungjawab di ibu kota dan istana.

Antara tugas pembesar kanan ialah mengetuai Majlis Sulit iaitu memberi
nasihat dan pandangan kepada Maharaja, menyelesaikan masalah-masalah
besar dan membantu Maharaja membuat keputusan.
Pembesar pusat berperanan menguruskan hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang di ibu kota.
Sementara pembesar peringkat ibu kota dan istana pula bertanggungjawab
mengetuai sesebuah jabatan seperti Jabatan Peperangan, Kehakiman dan
Pencukaian. Mereka juga bertugas sebagai pengawal peribadi raja serta
memimpin tentera.

Jelaslah, bahawa setiap pembesar di peringkat pusat mempunyai bidang


tugas tertentu yang dapat melicinkan lagi pentadbiran di Vietnam sebelum
campur tangan kuasa Barat iaitu Perancis.
Pembesar pada peringkat yang kedua ialah pembesar daerah.
FAKTA
Mereka mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu di
daerahnya. Bagaimanapun, kuasa pembesar daerah adalah terhad mengikut
peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
HURAIAN Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada Maharaja di pusat dan
mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada sokongan Maharaja. Hal ini
kerana kedudukan mereka akan terjejas jika hilang sokongan Maharaja.
Selain itu, mereka mempunyai tanggungjawab besar kepada para pengikut.
Keperluan pengikut membantu pembesar daerah melaksanakan tugas yang
diarahkan oleh Maharaja.
Hal ini bermakna, seseorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab
kepada Maharaja tetapi juga kepada pengikutnya.
Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan
serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi.

Antara tugas pembesar daerah ialah mengutip cukai, mengurus soal


kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera dan menjalankan upacara
CONTOH keagamaan dan adat istiadat.
Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pembesar daerah adalah terhadap
PENEGASAN ISI Maharaja dan terhadap pengikutnya. Hal ini kerana hubungan baik dengan
kedua-dua pihak dapat menjamin kelangsungan jawatan pembesar yang
dipegang.

62
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Pembesar yang paling bawah adallah pembesar peringkat kampung atau


FAKTA komun.
Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan
berpengalaman.
Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran kampung dan berperanan
HURAIAN dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.
Antara tugas pembesar komun ialah mereka bertanggungjawab menjalankan
perintah dan arahan istana, mendamaikan perselisihan dan mengutip cukai.
CONTOH
Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh pembesar di peringkat kampung
PENEGASAN ISI menunjukkan Maharaja memberi kebebasan kepada pembesar melaksanakan
pentadbiran bagi pihaknya.
Kesimpulannya, sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem
sosial di China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar.
KESIMPULAN Golongan pembesar di Vietnam menjalankan tugas dan mentadbir negara
bagi pihak Maharaja.
Bagaimanapun, kehadiran kuasa Barat Perancis telah mengubah kedudukan
dan peranan pembesar di Vietnam.

63
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 3 : Tema 1 [ Sistem Sosial]

TAJUK Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Pulau Jawa


pada abad ke-19M.

PENDAHULUAN Masyarakat Indonesia mengamalkan sistem sosial yang


bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial
masyarakat Indonesia terdiri daripada golongan pemerintah
dan golongan diperintah. Golongan pemerintah merangkumi
raja dan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri
daripada rakyat biasa.

Raja menduduki lapisan teratas dalam susun lapis tersebut,


dikuti oleh golangan kerabat diraja, dan golongan bangsawan.
Kedudukan paling bawah ialah golongan rakyat, iaitu petani,
artisan dan dikuti golongan hamba.

Susun lapis masyarakat di Indonesia pula semakin jelas dan


tersusun selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan
Pulau Jawa.

FAKTA Di Jawa Tengah, Sultan mempunyai kedudukan yang paling


tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa.

HURAIAN Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan


agama Islam melalui penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda
dianggap istimewa, mempunyai sifat luar biasa, berdaulat
serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap Khalifah
Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam

CONTOH Sultan Agong (1613-1645) dari Kerajaan Matarammenjadi


kerajaan terbesar di Jawa dan Nusantara pada masa itu.

PENEGASAN ISI Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan


jajahan takluknya.

FAKTA Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat


jelata.

64
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan


atau kerabat diraja. Priyayi sangat dihormati dan dipercayai
oleh rakyat.

HURAIAN Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan


dihormati daripada status yang lain.

Hubungan antara golongan bangsawan dan petani adalah


rapat dan bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin
kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.

CONTOH Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti


pegawai tinggi dalam kerajaan.

PENEGASAN ISI Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan


ketua adat tempatan (Bupati).

FAKTA Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat


taat setia kepada golongan pemerintah.

HURAIAN Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik


bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi
askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.

CONTOH Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti


menanam padi. Golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi
menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

PENEGASAN ISI Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi


tunjang ekonomi bagi seluruh kawasan.

FAKTA Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah.

HURAIAN Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.

CONTOH Hamba istana, buruh kasar tuannya.

PENEGASAN ISI Golongan hamba melambangkan status sosial pemiliknya.


Hamba akan melakukan setiap pekerjaan di bawah arahan
tuannya.

65
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

KESIMPULAN Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Indonesia


menunjukkan pembahagian lapisan masyarakat yang jelas
antara golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarakat
Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila
kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah dan
hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat
setelah berlakunya imperalisme pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20.

66
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 4 TEMA 1 : MASYARAKAT[ Sistem Ekonomi]

TAJUK Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di


Indonesia pada abad ke-19 .

PENDAHULUAN Ekonomi tradisional merupakan suatu bentuk aktiviti ekonomi yang tidak
bertujuan untuk diperdagangkan. Sebaliknya tumpuan utama ekonomi ini
adalah untuk memperolehi keperluan asas bagi kegunaan ahli keluarga
menyara hidup. Sekiranya wujud lebihan, barulah ia akan ditukarkan dengan
keperluan lain atau diperdagangkan. Pada abad ke-19, aktiviti ekonomi
masyarakat Indonesia bersifat sara diri dengan pertanian sebagai aktiviti
utama. Aktiviti penangkapan ikan, penternakan dan ekonomi komersial
tradisional turut dijalankan.

FAKTA Antara ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di Indonesia pada abad ke-
19 adalah bersifat sara diri.

HURAIAN Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia ialah
kegiatan pertanian, perikanan, memunggut hasil hutan, berburu,
perlombongan dan perdagangan secara kecil-kecilan. Bagaimanapun
kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama ekonomi sara diri di
Indonesia. Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Indonesia
adalah penanaman padi sawah dan padi huma.

Padi sawah ditanam di kawasan tanah lanar yang subur khususnya di


lembangan sungai dan di kaki gunung berapi. Manakala padi huma ditanam
di kawasan yang kering terutamanya di lereng-lereng bukit.

CONTOH Contoh kawasan padi sawah ialah di Pulau Jawa dan Madura, manakala padi
huma banyak terdapat di kawasan timur Pulau Jawa.

PENEGASAN ISI Jelasnya, aktiviti ekonomi pertanian yang dilakukan oleh masyarakat
Indonesia adalah bersifat sara diri untuk keperluan diri dan keluarga sendiri
sahaja.

FAKTA Selain itu, pada abad ke-19, ciri-ciri ekonomi masyarakat Indonesia bersifat
tradisional kerana hanya melibatkan penggunaan alatan tradisi.

HURAIAN /CONTOH Petani sara diri di Indonesia ketika itu menggunakan peralatan tradisi untuk
menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan juga perikanan.

Petani di Indonesia hanya menggunakan peralatan tradisional dalam


kegiatan pertanian seperti cangkul, bajak dan tenggala yang ditarik oleh
kerbau dan lembu untuk membajak tanah. Tenaga kerbau digunakan di
kawasan lanar berlumpur untuk mengerjakan padi sawah. Bagi tanaman
padi huma kaedah yang digunakan adalah primitif iaitu tebang dan bakar.

67
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Sebelum musim hujan petani akan membakar hutan sebanyak tiga kali untuk
memastikan kesuburan tanah. Penanaman padi bukit akan dijalankan selama
dua atau tiga tahun sebelum petani berpindah ke tempat lain.

PENEGASAN ISI Penggunaan peralatan tradisi dan kaedah yang primitif menyebabkan hasil
yang diperoleh adalah sedikit hanya mencukupi untuk keperluan diri dan
keluarga sendiri.

FAKTA Seterusnya, ciri-ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di Indonesia


adalah kegiatan ekonomi dijalankan secara keci-kecilan dan tidak
memerlukan tenaga kerja yang ramai.

HURAIAN / CONTOH Kegiatan ekonomi seperti aktiviti pertukangan, kraftangan dan perusahaan
batik diusahakan oleh masyarakat pribumi secara kecil-kecil di Jawa
Tengah. Aktiviti ini dijalankan sementara menunggu musim menuai padi
dan musim memunggut hasil tanaman. Aktiviti pertukangan dan kraftangan
dijalankan dengan menggunakan bahan hasil pertanian dan hasil hutan.
Masyarakat Jawa mahir menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur
alam seperti kupu-kupu, burung dan sebagainya. Seni melukis batik ini
diturunkan dari satu generasi ke genarasi yang lain. Kemahiran ini akan
diajar oleh ibu kepada anak perempuannya.t idak memerlukan tenaga kerja
yang banyak, hanya pertolongan daripada ahli keluarga sahaja.

PENEGASAN ISI Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem ekonomi sara diri sememangnya
dijalankan secara kecil-kecilan dan tidak memerlukan pekerja yang ramai.
Namun tenaga dan kemahiran keluarga adalah penting.

KESIMPULAN Kesimpulannya, masyarakat Indonesia pada abad ke -19 menjalankan


kegiatan ekonomi sara diri dan menjadikan tanaman padi sebagai aktiviti
pertanian yang utama di samping menangkap ikan dan mengumpul hasil
hutan. Walau bagaimanapun selain ekonomi tradisional bercorak sara diri,
sistem ekonomi komersial turut dijalankan. Sistem ini tidak hanya memberi
tumpuan kepada memenuhi keperluan hidup, malahan turut diperlukan
sebagai asas dalam pertukaran barang.

68
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Tema 2 : Transformasi Masyarakat


Soalan 5 : Tema 2 [ Perluasan Kuasa Asing ]

Tajuk Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang


Inggeris-Burma 1 pada tahun 1824-1826.
Pendahuluan British meluaskan kuasanya ke atas Myanmar secara berperingkat bermula
dengan Perang Inggeris- Myanmar I(1824-1828), Perang Inggeris Myanmar II
(1852-1853) dan Perang Inggeris-Myanmar III (1885) . Sebelum menguasai
Myanmar, British berada di India; iaitu negara yang terletak bersebelahan dengan
Myanmar.
Peluasan kuasa British di Hilir Myanmar berlaku melalui Perang Inggeris-
Myanmar I dan berkesudahan dengan termenterainya Perjanjian Yandabo pada
tahun 1826. Faktor -faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-
Burma 1 terdiri daripada faktor politik, ekonomi dan sosial.

Fakta Faktor politik yang mendorong campur tangan British di Myanmar dalam Perang
Inggeris –Myanmar I ialah masalah sempadan Arakan.

Huraian Raja Bodawpaya menakluki Arakan pada tahun 1784. Ini menyebabkan Myanmar
& contoh mempunyai sempadan yang sama dengan Myanmar di wilayah Chittagong.
Pelarian-pelarian Arakan telah menggunakan Chittagong sebagai pangkalan untuk
menentang kerajaan Myanmar.
Pada tahun 1811, masalah sempadan Arakan menjadi rumit apabila Chin Byan
iaitu pemimpin pemberontak Arakan telah menyerang dan berjaya menguasai
Mrohaung.Myanmar mengesyaki pelarian Arakan ini mendapat bantuan dan
perlindungan daripada British

Penegasan isi Ini memburukkan lagi hubungan antara Myanmar dan British yang membawa
kepada peperangan.
Fakta Selain itu, faktor politik lain yang membawa kepada perang tersebut ialah dasar
imperialisme agresif Myanmar ke atas Assam, Manipur, Cachar dan Jaintia.
Huraian dan contoh Antara 1816 hingga 1819, Raja Bodawpaya melaksanakan dasar peluasan kuasa
yang agresif ke atas Assam, Manipur dan Cachar.Myanmar campur tangan dalam
hal-ehwal wilayah-wilayah tersebut dengan melantik putera-putera raja yang
menyokong Myanmar. Tindakan tersebut tidak disenangi oleh golongan istana
wilayah tersebut.
Raja Bagyidaw, cucu Raja Bodawpaya juga meneruskan dasar imperialisme
Contoh Myanmar.Dengan bantuan Jeneral Maha Bandula, Myammar telah menyerang
Assam pada tahun 1822.Dua orang putera Assam , iaitu Chandrakanta Singh dan
Purandar Singh telah meminta bantuan British dan menentang Myanmar.
Myanmar seterusnya meluaskan dasar imperialismenya sehingga ke Manipur
dengan alasan Raja Manipur tidak menghadiri upacara pertabalan Raja
Bagyidaw.Myanmar menganggap ketidakhadiran Raja Manipur sebagai tidak
menghormati Myanmar. Myanmar seterusnya memburu Raja Manipur sehingga
ke Cachar dan raja Cachar melarikan diri ke wilayah British dan meminta
perlindungan British.

69
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Menyedari jika Cachar dikuasai oleh Myanmar,kedudukan Benggala Timur akan


terancam, maka British telah meletakan Cachar di bawah perlindungannya.

Penegasan isi Tindakan British memberi perlindungan dan meletakkan Cachar dan Jaintia di
bawah perlindungannya mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara dan
menjadi salah satu faktor menyebabkan Perang Inggeris- Myanmar I .
Fakta Faktor lain yang membawa kepada Perang Inggeris-Myanmar ialah ancaman
Perancis.
Huraian Sewaktu British berperang dengan Perancis di India pada tahun 1782, Perancis
telah mengambil kesempatan menghantar wakilnya, Laksamana de Suffren ke
India Selatan bertujuan untuk menengakkan semula kekuasaannya.Usaha Perancis
Contoh sangat membimbangkan British lebih-lebih lagi Perancis merancang
menggunakan Myanmar sebagai tapak untuk menyerang British.Perancis juga
telah membina pangkalannya di Mergui.
British bertindakbalas dengan menghantar utusan Michael Symes ke Myanmar
untuk memujuk istana Myanmar supaya tidak membenarkan Perancis
menggunakan pelabuhan-pelabuhannya tetapi Myanmar enggan berbuat
demikian.
Penegasan isi Ancaman Perancis dan tindakan pihak istana Myanmar yang enggan membantu
British amat membimbangkan pihak British dan mendorong kepada Perang
Inggeris –Myanmar I.
Fakta Faktor lain yang turut menyebabkan berlakunya perang ini ialah faktor
kepentingan ekonomi British di Myanmar.
Huraian dan contoh British telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Myanmar sejak abad ke
-18 lagi. Dari segi ekonomi, Myanmar penting kepada British kerana ia kaya
dengan kayu jati dan beras.
Myanmar turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Perancis.British
bimbang aktiviti Perancis ini akan mengancam hasratnya untuk menguasai kayu
jati . British amat memerlukan kayu jati untuk industri perkapalannya.
Selain itu,British juga dalam proses membuka jalan perdagangan dengan China
melalui Bhamo.
Penegasan isi Nyatalah kepentingan kayu jati dan perdagangan dengan China telah mendorong
British ingin menjaga kepentingannya dan membawa kepada Perang Inggeris
Myanmar I.
Fakta Pertentangan kebudayaan antara Myanmar dan British juga merenggangkan
hubungan antara kedua-dua kuasa tersebut dan membawa kepada Perang Inggeris
Myanmar I.
Huraian Rakyat Myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin
hubungan diplomatik dengan Raja England.
British berminat untuk mendapatkan konsesi perdagangan kayu jati dan membuka
jalan perdagangan ke China melalui Bhamo. Mereka berasa terhina dengan
Contoh layanan Myanmar yang menganggap mereka sebagai pembawa ufti yg mesti
mematuhi adat menyembah Raja Myanmar dan duduk bersila di atas lantai
sebelum menghadap raja.
Contoh Ini telah menyebabkan kegagalan beberapa utusan seperti Utusan Symes dan
Utusan Canning (1803).
Penengasan isi Pertentangan kebudayaan ini membawa kepada ketegangan dan putusnya
hubungan diplomatik antara British dan Myanmar dan menyumbang kepada
meletusnya Perang Inggeris –Myanmar.

70
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Penutup Gabungan pelbagai faktor yang telah diterangkan di atas telah mencetuskan
Perang Inggeris-Myanmar I pada tahun 1824. Perang tersebut tamat dengan
perjanjian Yandabo 1826.Kekalahan Myanmar menyebabkan ia kehilangan
kawasan Arakan dan Tenasserim, selain menjatuhkan maruah negaranya.
Myanmar juga terpaksa mengadakan hubungan perdagangan dengan
British.Kesan kekalahan dalam peperangan ini amat pedih bagi Myanmar dan
kemudiannya menjadi punca kepada meletusnya Perang Inggeris Myanmar pada
tahun 1850-an.

Soalan 6 : Tema 2 [ Penentangan Terhadap Kuasa Asing]

TAJUK Nilaikan tindakan Raja Thibaw yang membawa kepada tercetusnya


peperangan pada penghujung abad ke-19

Nilaikan tindakan Raja Thibaw yang menjadi ancaman kuasa barat di


Myanmar pada akhir abad ke-19

PENDAHULUAN Raja Thibaw telah ditabalkan menjadi raja Myanmar pada tahun 1878
menggantikan ayahandanya Raja Mindon Minh.
Semasa pemerintahan, baginda telah mencetuskan gerakan mempertahan
dan berjuang menentang British.
Pemerintahan Raja Thibaw berakhir disebabkan oleh tindakan-tindakan
yang membawa kepada tercetusnya perang Inggeris-Myanmar III dan
seterusnya menamatkan pemerintahan Dinasti Konboung di Myanmar.
FAKTA Dasar pemerintahan

HURAIAN Tindakan Raja Thibaw semasa pemerintahannya dipengaruhi oleh


permaisurinya Ratu Supayalat. Campur tangan Ratu dalam urusan
kewangan negara menyebabkan pendapatan negara merosot.
Perbandaharaan Myanmar Hulu mengalamai masalah kekurangan sumber
pendapatan. Ratu Supayalat juga mengarahkannya menyingkirkan ramai
menteri dan memenjarakan kerabat diraja Myanmar yang difikirkan
memberikan masalah kepada negara
CONTOH Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut Thibaw bertindak menindas
dan memaksa rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tinggi. Pada
Februari 1879 Raja Thibaw membunuh 80 orang keluarga diraja
Myanmar. Ekoran daripada peristiwa itu, pada Oktober 1879 Pejabat
Residen British di Mandalay ditutup dan pada tahun 1882 Residen British
terbunuh di Kabul Afghanistan manakala pada tahun 1884 Raja Thibaw

71
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mandalay.

PENEGASAN ISI Keadaan ini membawa kepada kebangkitan golongan saudagar yang
mendesak kerajaan British agar menawan Myanmar Hulu bagi
menamatkan kekacauan.
FAKTA Tindakan Raja Thibaw menjalinkan hubungan dengan Perancis

HURAIAN Raja Thibaw telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa


Perancis sebagai usaha untuk mengawal ancaman dan kemaraan British di
Myanmar.
Baginda bertindak menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis
dan menghantar wakilnya Atinwun ke Paris untuk membuat perjanjian
yang ditandatangani pada 1 Januari 1885.
Matlamat lain Thibaw membuat hubungan dengan Perancis kerana
hendak mendapat bantuan senjata.
CONTOH Hasil daripada perjanjian itu Perancis telah memperoleh beberapa
keistimewaan di Myanmar seperti kemudahan berdagang, mendirikan
sebuah bank, dibenarkan membiayai pembinaan jalan keretapi di
Mandalay ke Toungoo, kebenaran membuka konsulnya di Mandalay dan
diberi kebenaran ambil alih monopoli diraja.
PENEGASAN ISI Dengan hal yang demikian, tindakan Raja Thibaw itu telah
merenggangkan lagi hubungan di antara Myanmar dengan Inggeris
FAKTA Tindakan Raja Thibaw menamatkan kontrak Syarikat Perdagangan
Bombay Burma
HURAIAN Syarikat Perdagangan Bombay Burma merupakan sebuah syarikat
pembalakan kayu jati yang dimiliki oleh Inggeris, Syarikat ini telah diberi
kontrak oleh pemerintah Myanmar untuk menjalankan operasi
pembalakan dan perdagangan kayu jati di Ninyan, Toungoo dan Myanmar
Hulu.
Pada bulan Ogos 1885, syarikat ini dituduh mengeluarkan kayu jati
melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan dan membalak di luar
kawasan yang ditetapkan
Syarikat ini juga dituduh memberi rasuah kepada pegawai-pegawai
Myanmar dan gagal membayar gaji pekerja Myanmar.
Oleh itu, Thibaw bertindak menamatkan kontrak syarikat tersebut dan
diserahkan kepada Perancis. Selepas perbicaraan, syarikat ini dikehendaki
membayar denda sebanyak 23 juta rupee dan hak membalak di Ninyan
dirampas.
CONTOH Tindakan Thibaw ini telah menggugat kedudukan British dalam kegiatan
pembalakan menyebabkan mereka menghantar tentera berjumlah 10 000
orang ke Myanmar dan memberi kata dua kepada Thibaw iaitu mencari
orang tengah bagi menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay
Burma dan dasar luar Myanmar masa masa hadapan ditentukan oleh
Kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa sehingga 10
November 1885 untuk memberi jawapan.

72
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGASAN ISI Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay Burma
telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang Myanmar.
FAKTA Tindakan Raja Thibaw terhadap ugutan British

HURAIAN Meskipun diancam, Raja Thibaw dengan berani mengemukakan jawapan


yang tidak memuaskan hati British iaitu baginda hanya bersetuju
membatalkan denda yang dikenakan ke atas Syarikat Perdagangan
Bombay Burma sekiranya ada rayuan, Myanmar bersetuju menerima
wakil British tetapi dasar luar akan dikendalikan sendiri oleh Myanmar,
semua kuasa barat diberi hak perdagangan yang sama dan Myanmar mahu
meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa barat yang lain.
CONTOH Oleh sebab jawapan Raja Thibaw yang tidak memuaskan hati, pihak
British telah mengisytiharkan perang ke atas Myanmar Hulu pada 11
November 1885 sekali gus mencetuskan perang Inggeris-Myanmar III dan
British berjaya menakluk kawasan tersebut pada 1 Januari 1886
PENEGASAN ISI Kesan daripada tindakan yang dibuat oleh Raja Thibaw itu menyebabkan
Myanmar telah menjadi tanah jajahan British selepas kekalahannya dalam
perang Inggeris-Myanmar III.
KESIMPULAN Kesimpulannya, kita tidak boleh menafikan usaha Raja Thibaw untuk
mempertahankan kedaulatan Myanmar namun kelemahannya dalam
pentadbiran menyebabkan baginda gagal mempertahankan kedaulatan
Myanmar. Secara tidak langsung menamatkan sistem pemerintahan beraja
di Myanmar.

73
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 7 : Tema 2 [ Penentangan Terhadap Kuasa Asing]

Nilaikan peranan Pangeran Diponegoro dalam penentangan


TAJUK masyarakat Jawa terhadap kuasa asing di Indonesia pada awal abad
ke -19.
 Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas
daripada penduduk tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan
Maluku. Perang Diponegoro atau Perang Jawa merupakan penentangan
terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda. Pemimpin
utama penentangan ini ialah Pangeran Diponegoro iaitu seorang putera
dari keluarga Diraja Jogjakarta. Beliau lahir di Jogjakarta pada 11
November 1785 dan meninggal di Makasar, Sulawesi Selatan, pada 8
Januari 1855 pada umur 69 tahun. Beliau merupakan salah seorang
pahlawan nasional Republik Indonesia.
PENDAHULUAN
 Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 hingga 28 Mac 1830 dan
dilihat sebagai gerakan nasionalisme peringkat awal di Indonesia.
Perang Jawa bukan sahaja merupakan penentangan rakyat Jawa
terhadap Belanda, tetapi juga terhadap orang-orang Cina kerana
kegiatan-kegiatan mereka telah menimbulkan pelbagai penderitaan
kepada rakyat Jawa. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin
gerakan menentang pemerintahan Belanda

ISI 1
FAKTA a. Masalah Pewarisan Takhta Kerajaan

 Pada tahun 1814, Sultan Amangku Buwono III dari Kesultanan


Jogjakarta mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu
Diponegoro dan Mas Djorat. Diponegoro atau Pengeran Anta Wira
merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III.
Diponegoro sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas
kemangkatan ayahandanya.

HURAIAN  Atas nasihat pembesar-pembesar, Stamford Raffles yang menjadi


Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik adik tirinya iaitu Mas
Djorat sebagai Sultan Amangku Buwono IV. Diponegoro diketepikan
atas alasan ibunya orang kebanyakan. Untuk mengelakkan penentangan
Diponegoro, Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan
Mas Djarot.

 Selepas kemangkatan Mas Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi

74
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

diketepikan sebagai pemerintah oleh Belanda yang kembali memerintah


Jawa. Belanda melantik putera Mas Djarot iaitu Raden Menol yang
berusia dua tahun sebagai Sultan Amangku Buwono V. Diponegoro
hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia
21 tahun.

 Tindakan Belanda tidak melantik Diponegoro menyebabkan beliau


menentang. Belanda melantik Raden Menol sebagai Sultan dengan
tujuan untuk mengurangkan pengaruh Diponegoro serta untuk
CONTOH memudahkan dasar peluasan kuasa. Sebagai contoh, dalam
menjalankan pentadbiran Jogjakarta, Belanda tidak pernah berunding
dengan Diponegoro walaupun beliau telah dilantik sebagai Pemangku
Sultan.

 Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba


PENEGASAN ISI melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ISI 2
FAKTA b. Pembatalan Kontrak Sewa Tanah

 Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di


Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-
orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan
tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.

 Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-


tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda
melihat sistem ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani
lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan mulai 1 Januari
1824.
HURAIAN
 Pembatalan sistem tersebut telah menimbulkan bantahan golongan
bangsawan terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta kerana mereka
kehilangan punca pendapatan. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak
awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka kepada pengusaha-
pengusaha Eropah dan Cina lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha ini
tidak dibenarkan membeli tanah. Van der Capellan menganggap
tindakan ini bukan sahaja merugikan tuan tanah tetapi juga kerajaan

 Mengikut undang-undang tanah yang baharu, tuan tanah diminta


mengembalikan wang pendahuluan yang telah diambil daripada

75
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

pengusaha, sementara pengusaha Eropah dan Cina memulangkan


semula tanah kepada tuan tanah. Walaupun undang-undang ini dapat
mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah tetapi ianya dianggap sebagai
satu bebanan oleh tuan tanah.

 Pembatalan kontrak sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan


tuan tanah. Selain itu, tuan tanah gagal memulangkan wang
pendahuluan yang diambil dari pengusaha kerana telah pun
dibelanjakan.

 Antara tuan tanah yang terlibat ialah Diponegoro yang terpaksa


membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak
60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana
beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat bagi
menambahkan pengeluaran supaya beliau dapat membayar kembali
CONTOH tuntutan tersebut.

 Justeru, pembatalan kontrak sewa tanah juga telah membebankan petani


dan petani-petani tidak menentang tuan tanah kerana mereka
mengetahui keadaan ini berlaku akibat tindakan Belanda.

 Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar
PENEGASAN ISI baharu Belanda ini.

ISI 3
FAKTA
c. Cukai yang Tinggi

 Dasar Belanda tidak disenangi oleh penduduk di Pulau Jawa apabila


HURAIAN kadar cukai yang tinggi dikenakan kepada mereka.

 Pelbagai cukai baharu diperkenalkan seperti cukai kepala dan garam.


Mereka semakin marah apabila Belanda memberikan konsesi kerja-
kerja pemungutan cukai ini kepada pengusaha Cina. Orang Cina
menjadi orang tengah dalam kegiatan ekonomi terutama aktiviti
CONTOH pertanian dan bertindak sebagai peminjam wang kepada yang
memerlukannya. Mereka memberi pinjaman dengan mengenakan kadar
bunga yang tinggi daripada yang telah ditetapkan kerajaan tetapi
membeli hasil pertanian dengan harga yang murah.

 Akibatnya, penduduk bangun membantah pengenalan cukai yang


PENEGASAN ISI
membebankan serta kesempatan yang diambil oleh pengusaha Cina

76
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

terhadap mereka

ISI 4
FAKTA
d. Ratu Adil atau Putera Pembebas

 Diponegoro seorang yang alim dan banyak menghabiskan masa


bermeditasi di Gua Langse di Pergunungan Silarong. Rakyat Jawa
menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa dengan gelaran
Sheikh Ngadburrahim dan Sheikh Ngabdul Hamid. Beliau juga
menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang
penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya.Tindakan
Belanda tidak menyifatkannya sebagai pemimpin Islam Jawa telah
mendapat bantahan Diponegoro.

 Dewasa itu telah wujud kepercayaan terhadap “Ratu Adil” iaitu


HURAIAN kemunculan Ratu Adil yang akan menghalau Belanda dan
menghapuskan penderitaan rakyat Jawa. Kepercayaan ini
diperkukuhkan dengan konsep “Imam Mahadi” dalam Islam.

 Orang Jawa menyokong Diponegoro kerana mereka menganggap


beliau akan memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang
dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama
Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar „Ratu Adil‟
yang bermaksud „Putera Pembebas‟ yang akan menyelamatkan umat
Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda.

 Selain itu, rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan dengan


Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya dianggap sebagai
Syahid. Ketokohan Diponegoro bukan sahaja dapat sokongan rakyat
CONTOH biasa tetapi juga pembesar seperti Pangeran Natadningrat, Pangeran
Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut
Primiradrjo.

 Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri


PENEGASAN ISI daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas
Belanda

ISI 5
FAKTA
e. Pembinaan jalan merentasi makam diraja

 Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan


HURAIAN dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga
makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang

77
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

dianggap keramat di Tegalredjo. Tindakan Belanda dianggap


mencabuli kesucian Islam dan menjatuhkan maruah Diponegoro serta
penghinaan terhadap keluarganya lebih-lebih lagi Belanda tidak
berunding dengannya terlebih dahulu. Kemarahan Diponegoro
bertambah apabila Belanda menyerahkan tanggungjawab membina
jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang
merupakan musuh Diponegoro.

 Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda


CONTOH pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta
merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.

 Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab serta merta yang membawa


PENEGASAN ISI kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

f. Diponegoro Mengetuai Penentangan


FAKTA

 Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau


menghantar wakilnya Pangeran Mangkabumi. Belanda tidak
berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi gagal. Diponegoro
HURAIAN melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk
menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang
pertahanan Belanda di Jogjakarta dan mencapai kemenangan.

 Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan perdamaian kepada


Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830, Diponegoro
CONTOH bersedia untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana
bulan puasa.

 Ketika rundingan pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap
PENEGASAN ISI dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi dan mangkat di sana pada
1855.

 Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan


terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya
serta kedudukannya sebagai putera raja ditambah dengan sentimen
anti asing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan
KESIMPULAN rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak
Belanda. Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan
pemerintahan Belanda namun ia telah berjaya membangkitkan
semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa
menentang penjajahan asing.

78
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 8 : Tema 2 [ Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan]

Bincangkan perkembangan ekonomi di negara Myanmar di bawah


TAJUK pemerintahan Inggeris pada abad ke-19.

Masyarakat peribumi di Myanmar menjalankan ekonomi tradisional


berasaskan tanaman padi, sekoi, minyak sayuran, garam, sutera dan
sebagainya. Pemerintahan beraja di Myanmar mengekalkan ekonomi sara
diri dalam kalangan rakyatnya dan ekonomi komersial dikuasai oleh golongan
beraja dan pembesar.
Pada zaman penjajahan kuasa Inggeris, Myanmar dijadikan sebagai pusat
PENDAHULUAN
bagi mengaut keuntungan. Oleh itu, dalam memantapkan sistem ekonominya
di Myanmar, kuasa Inggeris telah menekankan keuntungan dan ekonomi
komersial berdasarkan sistem ekonomi kapitalis Barat.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan pengamalan ekonomi laissez-faire
yang telah membawa perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian,
perusahaan dan perlombongan.
Dalam bidang pertanian, padi telah muncul sebagai tanaman dagangan yang
FAKTA utama.

Pihak Inggeris telah menggalakkan petani Myanmar supaya membuka lebih


banyak kawasan tanah pertanian bagi menanam padi terutama sekali di
kawasan yang subur iaitu di Myanmar Hilir bagi menampung keperluan
HURAIAN
eksport.
Hasilnya, telah berlaku pertambahan kawasan penanaman padi untuk tujuan
komersial semasa penjajahan kuasa Inggeris di Myanmar.
Pada tahun 1885, pemerintah Inggeris telah membuka seluas satu juta ekar
tanah sawah padi di Myanmar Hilir.
Pada tahun 1893, keluasan tanah sawah padi di Myanmar telah meningkat
kepada 2 juta ekar.
CONTOH
Hasilnya, Myanmar telah berjaya mengeksport lebih 3 juta tan beras ke India
dan Negeri-negeri Selat pada penghujung abad ke-19.
Pelabuhan Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan
pengeksportan beras.
Jelaslah bahawa, pertambahan tanah disertai dengan meningkatnya
kemudahan sistem pengairan yang lebih baik serta kepentingan Delta
PENEGASAN ISI
Irrawaddy dan dataran lanar yang lembab dan subur telah meningkatkan hasil
padi di Myanmar.
Perusahaan perkapalan juga menjadi tumpuan utama dalam ekonomi
FAKTA
komersial di Myanmar
HURAIAN Kekayaan sumber hutan seperti kayu jati telah mendorong perkembangan

79
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

perusahaan perkapalan di Myanmar.


Perkembangan sektor pembalakan menjadi sumber eksport kedua penting di
Myanmar selepas minyak. Perusahaan kayu jati merupakan kegiatan asal dan
dominan di wilayah Pegu.
Pihak Jabatan Perhutanan pula telah mengisytiharkan hutan-hutan simpan
untuk dipajakkan kepada pemodal swasta yang dikuasai oleh syarikat-syarikat
Eropah.
Di bawah firma-firma Eropah, perusahaan kayu jati Myanmar telah
berkembang dengan pesat. Syarikat terbesar yang mengusahakan kegiatan ini
ialah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma.
Keadaan ini membolehkan Myanmar mengeluarkan kayu jati sebanyak 500
CONTOH
ribu tan setahun pada penghujung abad ke-19.
Jelaslah bahawa, perkembangan pemodalan Eropah ini dalam perusahaan
pembalakan telah membantu membangunkan perusahaan mengilang papan
PENEGASAN ISI
dan perusahaan perkapalan dan seterusnya meningkatkan perkembangan
ekonomi di negara Myanmar.
FAKTA Sektor perlombongan juga dimajukan dalam kegiatan ekonomi komersial.
Minyak telah dilombong sejak pemerintahan Dinasti Konbanung lagi
terutamanya berpusat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah.
Kemudiannya, perusahaan perlombongan ini telah diambil alih oleh Syarikat
Minyak Myanmar yang ditubuhkan oleh Inggeris pada tahun 1886. Syarikat
ini telah mengeluarkan tiga perempat daripada pengeluaran minyak di
Myanmar pada penghujung abad ke-19.
Selain minyak, bahan galian lain yang dilombong ialah seperti plumbum,
zink, perak dan bijih timah turut dilombong.
Plumbum dilombong di Bawdwin dan Namtu. Kawasan perlombongan ini
HURAIAN diusahakan oleh pelombong-pelombong Cina.
Bagi bijih timah pula, Myanmar menduduki tempat keempat di antara
pengeluar-pengeluar bijih timah di rantau Asia Tenggara. Bijih timah banyak
di lombong di Mawchi, Tavoy dan di wilayah Tennasserim.
Di Mawchi juga, terdapat longgokan zink. Walau bagaimanapun, nilai
eksport zink jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah eksport minyak
Myanmar.
Selain itu, di Myanmar juga terdapat aktiviti perlombongan batu permata
seperti batu delima dan batu nilam yang banyak terdapat di sekitar daerah
Mogok di Utara Mandalay.
Pada tahun 1891, Burmah Oil Company telah berjaya mengeksport minyak
tempatan ke India dan pada tahun 1896 pula, minyak Myanmar telah
CONTOH
dieksport ke Pulau Pinang.

Terbukti bahawa, aktiviti perlombongan turut mengembangkan ekonomi di


PENEGASAN ISI
Myanmar di bawah pemerintahan Inggeris.
Kesimpulannya, pemerintah Inggeris telah membawa banyak perubahan
KESIMPULAN dalam sektor ekonomi di Myanmar. Meskipun demikian, perkembangan
ekonomi ini telah dikuasai oleh orang asing seperi Eropah, India dan Cina.

80
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Perkembangan ekonomi ini telah membuka negara Myanmar kepada


kemasukan orang luar. Hal ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat tempatan di Myanmar sehingga akhirnya membawa
kepada tercetusnya rusuhan serta pemberontakan dalam kalangan petani pada
abad ke-20 khususnya pada tahun 1930.

Soalan 9 : Tema 2 [ Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan]

TAJUK Huraikan perubahan pentadbiran barat di Indonesia pada abad ke 19


hingga awal abad ke 20.

PENDAHULUAN Kuasa penjajah Belanda mula bertapak di Indonesia sejak tahun 1595 .
Pulau Jawa telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran Belanda di Timur.
Pihak penjajah telah membuat perubahan yang besar ke atas system
pentadbiran di Indonesia demi kepentingan politik dan ekonomi. Di antara
abad ke 19 hingga awal abad ke 20 beberapa dasar baru telah
diperkenalkan.

FAKTA Kehadiran Belanda di Kepulauan Indonesia sejak abad ke 17 memberi


kesan kepada perubahan system pentadbiran tradisional penduduk
Indonesia

HURAIAN Seorang Gabenor-Jeneral dilantik bagi menyusun semula pentadbiran di


Pulau Jawa. Gabenor Jeneral akan memegang kuasa tertinggi. Beliau akan
dibantu oleh empat orang consular dan Sekretariat Jeneral di bawah
Ketua Setiausaha. Selain itu, sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk
menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan.

CONTOH Seterusnya terdapat lima buah jabatan dibentuk iaitu, Pejabat Dalam
Negeri, Pendidikan, Agama dan Industri, Kerja Raya Awam , Kewangan
dan Kehakiman.

PENEGASAN ISI Pengenalan sistem pentadbiran baru ini mengantikan sistem pentadbiran
tradisional di Indonesia

FAKTA Seterusnya usaha-usaha dilakukan oleh Gabenor Jeneral untuk mengawal


institusi pemerintahan tradisional tempatan

81
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

HURAIAN Buktinya, apabila pihak penjajah campurtangan dalam perlantikan Sultan


Mataram. . Deponegoro telah diketepikan jawatan sebagai Sultan
sebanyak dua kali. Usaha-usaha juga dibuat untuk mengawal institusi
bupati (ketua daerah) di Jawa dengan melakukan perlantikan dan
pemecatan.

CONTOH Kuasa dan pengaruh Bupati telah dikurangkan. Akibat daripada tindakan
penjajah barat telah menimbulkan penentangan . Kemuncaknya
berlakunya Perang Jawa pada tahun 1825.

PENEGASAN ISI Walaupun wjujudnya penentangan tetapi di atasi oleh Belanda.


Kedudukan pembesar semakin lemah

FAKTA Selepas berlaku Perang Jawa, Gabenor Jeneral Van den Bosh telah
menjalankan dasar berbaik-baik dengan pembesar tempatan.

HURAIAN Pentadbiran daerah telah disusun semula. Pembesar tempat masih


memainkan peranan dalam pentadbiran wilayah tetapi di bawah kawalan
penjajah Belanda. Dua orang Residen dilantik untuk mengawasi
pemerintah tempatan. Residen Pertama akan mengawasi Susuhunan dan
Dinasti Mangkunegara. Residen Kedua akan mengawasi Sultan dan
Dinasti Pakualam.

CONTOH Keempat-empat orang pemerintah tempatan harus mendapat persetujuan


daripada Residen untuk menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya.
Sementara itu, pemebesar-pembesar raja yang lain telah kehilangan
pengaruh mereka kerana tidak dibenarkan memiliki tanah

PENEGASAN ISI Namun begitu kedudukan dan peranan pembesar tempatan masih kurang
penting

FAKTA Menjelang awal abad ke 20 proses melatih penduduk pribumi mengenai


politik.

HURAIAN Di bawah Dasar Etika terdapatnya usaha pembahagian kuasa pentadbiran


daripada Hague kepada Betawi dan daripada orang Belanda kepada orang
Indonesia. Di antara tahun 1900 – 1908 langkah pertama telah diambil ke
arah pembentukkan Majlis mesyuarat tempatan. Undang-undang
Pembahagian Kuasa tahun 1903 membenarkan pembentukan majlis
mesyuarat tempatan yang terdiri daripada ahli-ahli Eropah, Indonesia dan
Cina. Majlis-majlis mesyuarat juga telah ditubuhkan di residensi , bandar,
dan daerah luar bandar. Sementara itu, Peraturan Kampung tahun 1906

82
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

menyediakan sebuah Kerajaan Kampung yangb terdiri daripada seorang


penghulu, pegawai kampong dan satu Perhimpunan Kampung.

CONTOH Selain itu, telah tertubuhnya Volksraad. Dewan ini mengandungi 39 ahli
dengan pngerusinya dilantik oleh Raja Belanda. Bilangan wakil pribumi
ialah 10 orang. Namun begitu, dewan ini bukan dewan legislative tetapi
hanya membincangkan mengenai soa-soal penting dengan kerajaan.

PENEGASAN ISI Dasar Etika yang cuba melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran
telah berjaya membina keyakinan di kalangan mereka. Akibatnya timbul
tuntutan ke arah berkerajaan sendiri.

FAKTA Sementara itu di Kepulauan Luar Indonesia, pihak penjajah Belanda


beusaha untuk melemahkan kedudukan institusi pemerintahan tradisional

HURAIAN Misalnya, di Palembang, Sultan Badruddin yang menentang Belanda pada


tahun 1820 telah dibuang negeri. Begitu juga di Jambi, Belanda
menjalankan usaha-usaha menghapuskan gerakan-gerakan Raja Jambi.
Seorang Residen telah dilantik untuk menguasai Jambi secara langsung.
Di Siak pula, kerajaan Belanda telah campurtangan dalam perlantikan
sultan. Belanda telah menabalkan Tengku Ngah sebagai Sultan Siak.

PENEGASAN ISI Pihak penjajah belanda telah berjaya mengubah sistem pentadbiran di
Indonesia.

KESIMPULAN Perubahan-perubahan pentadbiran ini telah membantu memajukan


Indonesia. Namun begitu perubahan ini menjejaskan secara langsung
kedudukan pemimpin tempatan.

83
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 10 : Tema 2 [ Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan]

TAJUK Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan


pendidikan di Myanmar pada abad ke-19..

PENDAHULUAN Pendidikan sekular diperkenalkan di Myanmar berikutan


penjajahan British di Negara tersebut. Sistem pendidikan Barat
telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang
berlandaskan agama Buddha di Myanmar.

Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan


pendidikan tahap rendah dan asas kepada masyarakat pribumi.

FAKTA Pendidikan Inggeris diperkenalkan menjadi ancaman kepada


sekolah Buddha.

HURAIAN Pendidikan Inggeris diperkenalkan untuk menyediakan pegawai2


perkhidmatan awam dan pengusaha ekonomi moden. Penubuhan
sekolah2 Inggeris secara beransur-ansur dan dikelaskan mengikut
umur dan bahasa pengantar.

CONTOH Anglo Vernacular School (1873) untuk memberi pendidikan dan


sebagai persediaan pelajar ke Universiti Culcutta.

PENEGASAN ISI Kesannya penggunaan bahasa Myanmar menjadi kurang penting


dengan penubuhan sekolah2 Inggeris.

FAKTA Sekolah-sekolah mubaligh/ agama kristian yang dimulakan oleh


mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab
Agama Baptist.
HURAIAN Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan
penubuhan sekolah yang dikendalikan oleh pengembang-
pengembang agama Kristian.
Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan
bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-sekolah agama
kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan
persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.

84
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

CONTOH Maktab Baptist 1885

PENEGASAN ISI Kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan


sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan
untukpengajian tinggi orang Karen.

FAKTA Maktab Rangoon ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan


menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.

HURAIAN Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-


an.perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah
diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh
melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta.

CONTOH Universiti Rangoon ditubuhkan 1920

PENEGASAN ISI Universiti ini diberi bantuan wang yang cukup untuk meluaskan
bidang pengajiannya termasuk perubatan, perhutanan,
kejuruteraan dan jabatan latihan guru.

KESIMPULAN Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan


intelektual Myanmar yang berpendidikan Barat.

Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya


mendorong kemunculan gerakan nasionalisme berunsur radikal
untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

85
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Tema 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 11 : Tema 3 [ Gerakan Nasionalisme]

TAJUK Bincangkan peranan agama Islam yang mempengaruhi


perkembangan nasionalisme di Indonesia pada abad ke 19.
PENDAHULUAN Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka nasionalisme
bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri serta
bercita-cita membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan
kuasa asing. Gerakan nasionalisme bertujuan mendaulatkan bangsa
dan berjuang membentuk nasib dan masa hadapan negara
mengikut identiti sendiri.
Peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia
dapat di kesan sejak awal abad ke 19 lagi. Perkembangan
nasionalisme di indonesia boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat iaitu sosioekonomi, gerakan politik revolusioner dan
sekular sosio budaya.
FAKTA Peranan agama Islam ialah membentuk perpaduan melalui gerakan
Islah.
HURAIAN Gerakan Islah ini dipelopori oleh tokoh intelektual Islam terkenal
iaitu Jamaludin al-Afghani dan Muhammad Abduh di Mesir pada
abad ke 18.
Gerakan Islah di Indonesia pada abad ke 19 menunjukkan peranan
agama Islam sebagai alat perpaduan dan golongan agama menjadi
pencetus nasionalisme.

CONTOH Gerakan Islah memperjuangkan Pan Islamisme (al Jamiah al


Islamiah) iaitu penyatuan dunia Islam yang menentang penjajahan
barat.
PENEGASAN ISI Gerakan Islah di Indonesia berjaya menyatukan rakyat tempatan di
Indonesia untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan
barat serta agama kristian.
FAKTA Kesamaan agama iaitu Islam yang meletakkan perpaduan tanpa
sebarang batasan yang tidak mengira budaya, keturunan dan
semangat kewilayahan masyarakat penduduk di Indonesia.
HURAIAN Agama Islam telah menyatukan segala lapisan masyarakat di
Indonesia untuk menentang penjajah Belanda yang ingin
menguasai seluruh kawasan di Indonesia.
CONTOH Terdapat lebih daripada 90 peratus penduduk dalam wilayah
Indonesia yang beragama Islam.
PENEGASAN ISI Agama Islam membolehkan rakyat Indonesia melupakan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan semangat kewilayahan mereka untuk
sama-sama berjuang menentang penjajahan Belanda dan kembali

86
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

mendapatkan kuasa mentadbir dan menentukan sendiri hala tuju


tanahair mereka.
FAKTA Peranan masyarakat Asia Tenggara dalam aspek agama dan
budaya.
HURAIAN Masyarakat Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan
budaya.Sarekat Islam di Indonesia menggunakan agama Islam
untuk mendapatkan sokongan rakyat. Perjuangan Sarekat Islam
ialah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Indonesia.

CONTOH Sarekat Islam mengkritik kerajaan Belanda di Indonesia yang gagal


memperbaiki ekonomi rakyat Indonesia. Terdapat juga parti lain
yang menggunakan nama Islam untuk mendapatkan sokongan
rakyat seperti Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama..
PENEGASAN ISI Persatuan yang berunsurkan Islam ini menjadi teras kepada
perjuangan rakyat Indonesia demi membela agam dan berjihad
untuk Islam.
KESIMPULAN Kesimpulannya, agama memainkan peranan penting dalam
mencetuskan kesedaran semangat nasionalisme di Indonesia.
Agama di anggap sebagai lambang penyatuan dan perpaduan
bangsa.Perpaduan yang kukuh ini membawa kepada gerakan
nasionalisme yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
Terdapat juga faktor lain yang menyemarakkan gerakan
nasionalisme di Indonesia seperti perjuangan kemerdekaan di
negara-negara lain seperti di India, Filipina dan Myanmar.
Perjuangan melawan penjajah supaya mengembalikan tanahair
kepada penduduk tempatan menjadi inspirasi agar ianya turut
berlaku di Indonesia yang di jajah oleh kuasa Belanda.

87
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 12 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekaan]

Bincangkan peranan golongan Thakin dalam gerakan nasionalime di


TAJUK
Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua.
 Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar
sebelum perang dunia kedua dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan
Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan
Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.

 Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah
bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone (Persatuan Kita
Orang Burma) dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan
gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.
PENDAHULUAN
 Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme
seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakan Fasis
Itali dan Jerman. Pertubuhan ini juga merupakan sebuah pergerakan
bercorak politik yang bermatlamat memperjuangkan kemerdekaan dengan
kaedah yang radikal dan tidak bekerjasama dengan British. Mereka
mengadakan perhubungan dengan gerakan kebangsaan di negara lain yang
pelbagai ideologi seperti Kongres India, Kuomintang dan Parti Komunis
China.

Isi 1
FAKTA
a. Melancarkan Pemogokan

 Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San,


Tuein Pei, Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn Hu telah
menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan Pelajar Universiti Rangoon.

HURAIAN  Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon yang


dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan
bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U
Nu(Presiden Persatuan Pelajar Universiti Rangoon) dan Thakin Aung
San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Rangoon.

 Tindakan disiplin ke atas U Nu dikenakan kerana beliau telah membuat


ucapan yang mengkritik sistem pentadbiran universiti dan ke atas Aung
CONTOH San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang
pensyarah.

88
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

 Pemogokan ini merebak ke 35 buah sekolah menengah di sekitar


Rangoon. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil
peluang ini untuk menuntut pindaan dibuat kepada Akta Universiti 1920
Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul
sebagai pembela nasionalisme Myanmar

 Populariti golongan Thakin semakin meningkat dalam kalangan rakyat


PENEGASAN ISI Myanmar apabila perjuangan mereka untuk meminda Akta Universiti
telah diluluskan pada tahun 1939.

Isi 2
FAKTA
b. Penglibatan dalam Pilihanraya

 Golongan Thakin juga telah melibatkan diri dalam politik untuk


memperjuangkan masalah ekonomi dan melakukan usaha-usaha gerakan
kebangsaan dengan lebih bertenaga untuk mencapai kemerdekaan.

HURAIAN  Justeru, Disember 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian


dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar melalui parti politik
mereka sendiri iaitu Komin-Kochin untuk membentuk Kerajaan
Myanmar yang tidak lagi bergabung dengan India.

 Namun. Parti Komin-Kochin hanya berjaya memenangi 3 kerusi


berbanding 46 kerusi oleh GCBA (Majlis Kesatuan-Kesatuan Burma)
yang dipimpin oleh U Ba Pe dan 16 kerusi oleh Parti Sinyetha (Parti
CONTOH Orang Miskin) pimpinan Dr. Ba Maw.

 Penubuhan kerajaan campuran gagal akibat perbalahan badan-badan


gabungan dan timbulnya soal pembahagian jawatan menteri kabinet.

 Keadaan ini berjaya diatasi oleh Dr Ba Maw, pemimpin Parti Sinyetha


yang membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada parti-parti
PENEGASAN ISI kecil serta wakil puak minoriti.dan menjadi Perdana Menteri Myanmar
yang pertama pada 1 Ogos 1943.

Isi 3
FAKTA
c. Menubuhkan Persatuan-Persatuan

 Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan


HURAIAN
persatuan-persatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan

89
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

pekerja.

 1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma


dan Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah
mencadangkan beberapa pembaharuan cukai bagi membantu petani.

 1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma


bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Myanmar bagi
menentang penjajahan British.

 1938-1940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam


kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma dan pengangkutan
CONTOH sungai bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang
lebih baik.

 Hal ini menyebabkan Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam


PENEGASAN ISI kalangan golongan pekerja dan petani.

ISI 4
FAKTA
d. Menubuhkan Blok Kebebasan

 1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan


Thakin telah bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr.
Ba Maw.

 Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan


British bagi penyertaan Myanmar dalam Perang Dunia Kedua.
Perjuangan mereka mendapat sokongan daripada masyarakat termasuk
golongan pongyi ( sami-sami Buddha )
HURAIAN
 Sementara U Pu, Perdana Menteri Myanmar memberi jaminan kepada
British bahawa Myanmar akan bantu British dalam Perang Dunia Kedua
tanpa syarat.

 Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang


dengan menyeru rakyat Myanmar memulau rancangan perang kerajaan
Myanmar.

 Akhirnya. penghujung tahun 1940, kerajaan U Pu dijatuhkan dan U Saw


CONTOH mengetuai kerajaan Myanmar. Tindakan segeranya ialah mengharamkan
Blok Kebebasan.

90
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

 Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin Thakin dan Dr.


Ba Maw yang akhirnya dijatuhkan hukuman penjara. Sementara Thakin
Aung San bersama 30 orang Thakin yang lain telah melarikan diri ke
China.

 Akhirnya, penubuhan blok kebebasan gagal dalam mencapai


PENEGASAN ISI matlamatnya apabila para pemimpinnya ditangkap.

ISI 5
FAKTA e. Mengadakan Pakatan Dengan Jepun

 1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan
bersetuju membantu Jepun menawan Myanmar dari British.
HURAIAN
 Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Myanmar.

 Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan


menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (Burma Independent Army)
CONTOH yang terdiri daripada 30,000 orang ahli pada tahun 1941. Pada 1 0gos
1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar, namun kuasa
pemerintahan di tangan Jepun.

 Hal ini menyebabkan para nasionalis mengadakan pakatan sulit dengan


PENEGASAN ISI komunis untuk menentang Jepun pula.

ISI 6

FAKTA f. Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan


Burma 1943.

 Jepun telah melancarkan serangan ke atas Myanmar pada bulan


Disember 1941 dengan bantuan golongan Thakin melalui Tentera
Kemerdekaan Burma.

 Jepun telah berjaya menawan seluruh Myanmar menjelang bulan Mei


HURAIAN 1942. Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka
diganggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar.

 Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan


kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943.

 Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dengan Dr. Ba Maw sebagai


CONTOH
Perdana Menteri. Jawatan-jawatan lain ialah Thakin Mya sebagai

91
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Timbalan Perdana Menteri, Thakin Aung San sebagai Menteri Pertanian


dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal-ehwal Luar Negeri.

 Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang


PENEGASAN ISI banyak jawatan dalam kabinet.

ISI 7
FAKTA
g. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF)

 Pada tahun 1944, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak


sepenuhnya dan kuasa sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun.
Kekejaman Jepun dan kemerosotan taraf hidup mewujudkan semangat
anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.

HURAIAN  Justeru, pada tahun 1944 golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan
nasionalis yang lain di Myanmar telah menubuhkan Liga Pembebasan
Rakyat Anti-Fasis (Anti Facist People‟s Freedom League atau AFPFL)
bagi menentang Jepun. Pemimpin utama ialah Aung San sebagai
Presiden dan Than Tun.

 LPRAF seterusnya menyebelahi British pada bulan Mac 1945 dengan


mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Tindakan
ini melemahkan Jepun untuk menentang kemaraan Angkatan Tentera
CONTOH Nasional Burma dan Tentera British dari arah Utara ke Burma.
Akhirnya, pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara
rasminya dan British menubuhkan pentadbiran Tentera.

 LPRAF yang dikuasai oleh golongan Thakin telah muncul sebagai


PENEGASAN ISI pertubuhan nasionalis Myanmar yang utama.

ISI 8
FAKTA
h. Kemerdekaan Myanmar 1948

 Pada bulan Oktober 1946, setelah pemulihan dilaksanakan, British


meminta Aung San membentuk sebuah Majlis Menteri.

 Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Myanmar ke


HURAIAN London bagi membincangkan kemerdekaan Myanmar.

 April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya


Dewan Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi kemerdekaan
dalam jangka masa setahun.
92
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

 Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan pada bulan April 1947, LPRAF
telah memenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan.

 Seterusnya, Aung San dan 6 orang rakannya dalam kabinet dibunuh oleh
orang-orang yang diupah oleh U Saw, bekas anggota LPRAF pada 19
CONTOH Julai 1947. Kepimpinan AFPFL diambil alih oleh U Nu yang seterusnya
menggubal satu perlembagaan baru bagi Burma selepas merdeka.

 Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan


Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri dan Sao Shwe Thaik, seorang
ketua orang Shan menjadi Presiden pertama.

PENEGASAN ISI  Akhirnya, Myanmar dibentuk sebagai sebuah kerajaan republik.

 Perasaan anti British sentiasa tertanam di hati rakyat Myanmar. Akibat


pendudukan British, Myanmar kehilangan maruah, keagungan dan
KESIMPULAN kebudayaan tempatannya. Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan
nasionalisme Myamnar adalah sangat penting. Atas usaha merekalah
masyarakat Myanmar telah berjaya disatukan.

Soalan 13 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekaan]

TAJUK Bagaimanakah pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 telah
mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Myanmar.

Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang bulan Mei
1942, pihak Jepun telah menguasai seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di
PENDAHULUAN Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah memberi impak
penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan juga telah
mempercepat kemerdekaan Myanmar.

FAKTA Pendudukan Jepun di Myanmar telah memberi ruang kepada pemimpin tempatan
untuk melibatkan diri dalam pentadbiran .

HURAIAN/CONTOH Atas usaha golongan Thakin, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar
pada 1 Ogos 1943. Jepun telah berjanji kepada pemimpin Myanmar untuk
memberi peluang pentadbiran kepada mereka. Oleh itu sebuah kerajaan baru
telah dibentuk dengan Dr Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Thakin Mya dilantik

93
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

sebagai Timbalan Perdana Menteri , Aung San sebagai Menteri Pertahanan dan
U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.

Jepun juga menyerahkan jawatan Timbalan Pensuruhjaya di peringkat daerah


kepada orang tempatan ,walaupun bidang kuasanya hanya melibatkan hal umum
dan kurang penting.

Peluang pentadbiran yang ada digunakan sebaiknya oleh pemimpin tempatan


untuk berlatih dan menambah keyakinan mereka untuk mentadbir dan
membangunkan negara sendiri.

PENEGASAN ISI Walaupun kerajaan yang dibentuk hanya boneka tetapi pengalaman mentadbir
kerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun ini telah mengukuhkan keyakinan
diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British
selepas pengunduran Jepun.

FAKTA Pendudukan Jepun di Myanmar juga telah menyebabkan munculnya gerakan


bawah tanah iaitu Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)

HURAIAN/CONTOH Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar
kerana kuasa pemerintahan sebenar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman
pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar telah
mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.

Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis


Myanmar yang lain telah menubuhkan LPRAF yang dipimpin oleh Aung San
dan Than Tun. LPRAF berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. LPRAF juga
menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj dan memusnahkan kawasan
strategik Jepun secara gerila . Tujuan utama gerakan ini ialah untuk menubuhkan
kerajaan Myanmar yang berdaulat. Gerakan ini seterusnya menyebelahi British
apabila ia secara terbuka menentang Jepun.

Pada Ogos 1945 , setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua
LPRAF di bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan
nasionalis yang utama di Myanmar.

PENEGASAN/ISI Penubuhan LPRAF telah menyemarakkan lagi gerakan nasionalisme di


Myanmar

FAKTA Jepun menyerang Myanmar ( British) pada Disember 1941 dengan bantuan
daripada Tentera Kemerdekaan Myanmar dan mencapai kemenangan.

94
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

HURAIAN/CONTOH Kemenangan Jepun dan kekalahan pihak British melenyapkan tanggapan rakyat
bahawa British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan.
Kekalahan British telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk
bangun dan mencapai kemerdekaan.

Slogan “ Asia untuk orang Asia” dan rangcangan “ Kawasan Kesemakmuran


Bersama Asia Timur Raya” yang dicanang oleh Jepun telah membangkitkan
semangat kebangsaan untuk membebaskan negara dari belenggu penjajah.
Golongan nasionalis sedar bahawa Jepun hanya datang untuk mengeksploitasi
ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slogan yang mereka
bawa.

PENEGASAN Hal di atas membuktikan bahawa kemenangan Jepun di Myanmar telah


mempengaruhi golongan nasionalis di Myanmar untuk berjuang mencapai
kemerdekaan.

FAKTA Pendudukan Jepun juga telah megubah corak pentadbiran di Myanmar kepada
corak ketenteraan.

HURAIAN/CONTOH Jepun telah menggalakkan penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam
latihan ketenteraan. Latihan ini sebenarnya telah dilakukan sebelum Jepun
menjajah Myanmar. Golongan Thakin yang membantu Jepun menewaskan
British di Myanmar telah diberi latihan ketenteraan oleh Jepun.Golongan Thakin
ini telah menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun
dan kemudian menjadi Tentera Pertahanan Myanmar. Semangat nasionalisme
yang membara bagi menuntut kemerdekaan semakin kuat apabila Aung San dan
Ne Win menubuhkan Tentera Kebangsaan Myanmar sekitar tahun 1943.

PENEGASAN Tegasnya, latihan ketenteraan yang diterapkan oleh Jepun membawa kepada
peningkatan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Myanmar.

KESIMPULAN Kesimpulannya, ketidakjujuran dan tindakan Jepun di Myanmar telah berjaya


meniupkan semangat nasionalisme penduduk Myanmar dan mempercepat proses
kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua. Hasil usaha golongan
nasionalis, Myanmar telah mendapat kemerdekaan sepenuhnya dari British pada
4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.

95
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan

Soalan 14 : Tema 4 [ Sistem Pemerintahan]

Tajuk Huraikan sistem pemerintahan republik yang berjaya membentuk


negara bangsa filipina pada abad ke-20

PENDAHULUAN Pada zaman pemerintahan Jepun di Filipina, penduduk Filipina


menentang keras kerajaan Jepun. Pemerintah Jepun telah menubuhkan
Suruhanjaya Eksekutif Filipina yang dipengerusikan oleh Jorge w
Varoas untuk memenuhi kehendak masyarakat tempatan, namun masih
gagal meraih sokongan daripada masyarakat Filipina. Penduduk Filipina
memberikan kerjasama dan bantuan kepada tentera Amerika Syarikat.
Salah satu sebabnya ialah Amerika Syarikat telah bersetuju untuk
mengisytiharkan kemerdekaan Filipina melalui Akta Tydings-Macduffie.
Melalui akta tersebut. Komanwel Filipina akan ditubuhkan pada 4 Julai
1936 dan kemerdekaan Filipina ditetapkan pada 4 Julai 1946. Semua
rancangan tersebut gagal disebabkan oleh dasar Jepun. Selain penduduk
tempatan, pihak komunis di Filipina juga menubuhkan Hukbalahap
(HUK) untuk menentang Jepun dengan melakukan serangan gerila.

FAKTA Selepas perang tamat, Jeneral Douglas Mac Athur telah menyerahkan
Filipina kepada Presiden Osmena.

HURAIAN Beliau telah menubuhkan sebuah kabinet pada 8 April 1945 dan terpaksa
memikul tanggungjawab yang berat untuk memulihkan Filipina. Kongres
Amerika Syarikat telah mencadangkan pilihan raya pertama di Filipina
pada 5 Januari 1946. Antara calon yang bertanding ialah Presiden
Osmena daripada Parti Nasionalis dan Manual Roxas daripada Parti
Liberal.

CONTOH Parti Liberal memenangi pilihan raya tersebut dan jawatan presiden
disandang oleh Roxas.

PENEGASAN ISI Filipina merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mendapat
kemerdekaannya setelah presiden baharunya mengisytiharkan penubuhan
Republik Filipina

96
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

FAKTA Di bawah kepimpinan Presiden Roxas, sebuah kerajaan berbentuk


Republik Demokrasi yang mengikut corak dan bentuk pemerintahan
Amerika Syarikat diperkenalkan.

HURAIAN Dalam sistem tersebut, pemilihan presiden dilakukan oleh rakyat bagi
tempoh masa empat tahun sepenggal. Antara kuasa pentadbiran presiden
ialah menguasai Jabatan Eksekutif, mengadakan pengawasan umum,
ketua bagi angkatan tertinggi tentera, berperanan melantik ketua jabatan,
biro dan pegawai. Beliau juga mempunyai kuasa veto dalam kongres.
Namun, kongres mempunyai hak untuk membatalkan kuasa veto
presiden tersebut.

CONTOH Badan Perundangan Filipina terletak di bawah kongres. Badan


Perundangan terdiri daripada Senat dan Dewan Perwakilan. Senat
dianggotai oleh 24 orang ahli dalam tempoh enam tahun sepenggal.
Dewan Perwakilan pula mempunyai 120 orang perwakilan untuk tempoh
empat tahun sepenggal dan mereka dipilih oleh rakyat.

PENEGASAN ISI Kongres mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan


mengisytiharkan perang.

FAKTA Dari segi pentadbiran, Filipina dibahagikan kepada tiga bahagian utama,
iaitu wilayah, perbandaran dan bandar raya.

HURAIAN Terdapat 56 wilayah yang diketuai oleh seorang Gabenor, Naib Gabenor
dan dua orang ahli lembaga wilayah. Para pegawai yang membantu
dalam pentadiran pcringkat wilayah ialah bendahari, audit, pentafsir dan
sebagainya dilantik oleh kerajaan pusat. Antara pegawai yang dilantik
ialah Datuk Bandar, Naib Datuk Bandar dan ahli Majlis.

CONTOH Di bawah undang-undang khas, terdapat 39 bandar raya berpiagam di


Filipina. Bandar raya berpiagam mempunyai kuasa untuk mengutip
cukai, membuat ordinan, menguruskan pasukan polis dan melaksanakan
kerja-kerja awam.

PENEGASAN ISI Di peringkat wilayah, badan pentadbiran awam dibentuk oleh kongres
dan dikawal oleh undang-undang perbandaran.

FAKTA Pada zaman pemerintahan Presiden Roxas, beliau menghadapi pelbagai


cabaran..

HURAIAN Pada tahun 1946, undang-undang diluluskan di mana wujud perkongsian

97
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

tanah antara tuan tanah dengan para penyewa. Presiden Quirino


meneruskan usaha untuk membanteraskan Gerak Huk selepas
menggantikan Presiden Roxas.

CONTOH Contohnya ialah masalah menentang Gerak Huk dan reformasi tanah

PENEGASAN ISI Beliau berusaha menghapuskan pengaruh komunis dan dasar ekonomi
diteruskan lagi di bawah kepimpinan Presiden Ramon Magsaysay.

FAKTA Presiden Quirino meneruskan usaha reformasi ekonomi melalui beberapa


langkah pemulihan.

HURAIAN Antara langkah yang dilakukan oleh beliau ialah mengarahkan Bank
Pusat agar mengawal sistem kredit, memulakan Kredit Pertanian serta
meluluskan undang-undang gaji minimum. Beliau juga menandatangani
Perjanjian Keselamatan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1951.
Tindakan-tindakan tersebut telah melemahkan partinya. Pada tahun
1953, Parti Nasional yang dinaungi oleh Magsaysay memenangi pilihan
raya dan dilantik untuk menjadi presiden baharu.

PENEGASAN ISI Presiden Magsaysay telah melantik Suruhanjaya Penyewa Pertanian dan
menubuhkan Mahkamah Hubungan Pertanian untuk membangunkan
bidang pertanian. Beliau juga menyertai Persidangan Bandung pada
tahun 1955. Persidangan tersebut telah mengubah dasar luar Filipina
yang selalu dianggap memihak kepada negara-negara Barat.

FAKTA Pada tahun 1961, wakil Parti Liberal, iaitu Macapagal memenangi
pilihan raya.

HURAIAN Macapagal telah melaksanakan beberapa usaha berkesan dalam


pentadbirannya, iaitu menghapuskan rasuah, meningkatkan pengeluaran
pertanian berasas-kan makanan dan menjalankan pembaharuan
sosioekonomi. Beliau juga berjaya menghapuskan kawalan pertukaran
asing, mengawal keuntungan dan memperkenalkan kawalan harga.
Selain itu, Macapagal turut mcluluskan undang-undang reformasi tanah
dan mengurangkan kadar pengangguran.

PENEGASAN ISI Walau bagaimanapun, Ferdinand Marcos yang merupakan calon Parti
Nasionalis telah memenangi pilihan raya yang diadakan pada tahun 1965
dan mengalahkan Macapagal.

KESIMPULAN Corak pemerintahan republik di Filipina berjaya membentuk negara

98
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

bangsa Filipina. Presiden Filipina seperti Manual Roxas, Quirino,


Magsaysay dan Macapagal berusaha membangunkan ekonomi dan sosial
negara Filipina agar muncul sebagai sebuah negara yang moden dan
membangun.

Soalan 15 : Tema 4 [ Sistem Pemerintahan]

Tajuk Jelaskan perkembangan sistem pemerintahan bercorak demokrasi di


thailand dari tahun 1932 hingga tahun 1960

PENDAHULUAN Revolusi Thai 1932 berlaku ketika Raja Prajadhipok di luar negara
kerana bercuti. Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah dilancarkan
oleh Pridi Phanomyong. Beliau dibantu oleh pegawai-pegawai tentera
seperti Phibun Songkram, Khuang Aphaiwong dan Sarit Thanarat.
Antara faktor yang mendorong revolusi tersebut ialah kemerosotan
pengaruh pemerintahan beraja kerana rakyat tidak berpuas hati dengan
pemerintahan Raja Vajiravuth dan Raja Prajadhipok. Selain itu, krisis
politik akibat perbalahan Putera Bowardy dan Putera Purachatra
menambahkan kebencian dan ketidakyakinan rakyat terhadap
pemerintahan kerabat diraja. Pihak revolusioner menubuhkan Parti
Rakyat dan mengumumkan bahawa tujuan parti pemerintah ini adalah
untuk kebaikan rakyat.

FAKTA Perkembangan Revolusi 1932 terpaksa diterima oleh Raja Prajadhipok


walaupun ia mengurangkan kuasa raja.

HURAIAN Dewan Undangan Negeri dianggotai oleh 156 anggota yang mana
separuh daripada mereka akan dilantik oleh raja. Separuh lagi akan
dipilih dalam pilihan raya. Kuasa raja dikawal oleh Dewan Undangan
Negeri. Raja juga mempunyai kuasa memberi keampunan. Putera-putera
raja juga tidak dibenarkan memegang jawatan Menteri atau Timbalan
Menteri, tetapi boleh memegang jawatan-jawatan lain. Golongan tentera
kurang berpuas hati dengan pemerintahan Perdana Menteri, Phya
Manopakorn

CONTOH Pada bulan Jun 1933, Phya Phahon mengambil alih sebagai Perdana
Menteri dan Pridi dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Dengan

99
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

pelantikan Phya Phahon, bermulalah kerajaan tentera di negara Thai.

PENEGASAN ISI Bentuk pemerintahan demokrasi di Thailand tetap mengekalkan raja


sebagai ketua negara dalam tiga bidang utama, iaitu perundangan,
eksekutif dan kehakiman. Kedudukan dan hak golongan raja
dikurangkan. Mereka dibenarkan terlibat dalam bidang diplomatik.

FAKTA Selepas Perang Dunia Kedua, Dewan Parlimen Kebangsaan telah


memaksa Phibun meletakkan jawatan.

HURAIAN Beliau telah merampas kuasa daripada Phahon pada tahun 1938 selepas
Phahon hilang kepercayaan Dewan Pentadbiran negara lalu diambil alih
oleh Pridi. Namun, kedudukannya tergugat apabila beliau akur dengan
kehendak British dan Perancis untuk memulangkan wilayah mereka.
Kedudukan Pridi semakin terancam pada 9 Jun 1946 apabila Raja
Ananda Mahidol terbunuh. Raja Phumiphon Adundet dilantik menjadi
raja yang baharu. Pada 8 November 1947, Marshall Phibun Songkram
merampas kuasa dengan bantuan tentera. Khuang Aphaiwong dilantik
sebagai Perdana Menteri tetapi kemudian Phibun sendiri menjadi
Perdana Menteri.

CONTOH Pada bulan Oktober 1948, Phibun memenjarakan pegawai-pegawai


muda tentera laut dan darat kerana mereka kurang berpuas hati
dengannya.

PENEGASAN ISI Pada bulan Februari 1949, Pridi cuba merampas kuasa tetapi gagal.

FAKTA Phibun telah memperkenalkan Perlembagaan 1949.

HURAIAN Berdasarkan perlembagaan tersebut, Thailand mempunyai dua buah


dewan. Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dan anggota Dewan
Negara dilantik oleh raja. Kedudukan Phibun menjadi lemah apabila
kedua-dua dewan tersebut dikuasai oleh Parti Demokrat.

CONTOH Phibun melancarkan rampasan kuasa. Beliau memansuhkan


perlembagaan 1949 dan menggantikannya dengan Perlembagaan 1932.

PENEGASAN ISI Beliau diberikan kepercayaan penuh oleh rakyat, namun dasar
pemerintahan beliau adalah bercorak diktator tentera.

100
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Soalan 16 : Tema 4 [ Pembangunan Ekonomi]

TAJUK Bincangkan perkembangan ekonomi yang dilaksanakan di Filipina


pada tahun 1945 hingga 1963.

PENDAHULUAN Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Amerika Syarikat telah menawan
semula Filipina pada 23 Februari 1945. Pemerintahan Amerika Syarikat
membawa perubahan ekonomi dengan pengenalan ekonomi laissez-faire
dan kemudiannya sebuah kerajaan berbentuk republik demokrasi telah
ditubuhkan. Kerajaan ini diketuai oleh seorang presiden. Pemerintahan
presiden seperti Presiden Manual Roxas, Quirino dan lain-lain telah
mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi di Filipina
pada tahun 1945 hingga tahun 1963.

FAKTA Dasar ekonomi Manual Roxas

HURAIAN Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina masih dibelenggu kemiskinan


dan kekurangan kemudahan asas. Oleh yang demikian, Manual Roxas
(1946-1948) telah mengadakan pemulihan ekonomi dalam bidang
pertanian dan perindustrian dengan mendapatkan bantuan kewangan dan
teknikal daripada pertubuhan antarabangsa

CONTOH Misalnya, mendapatkan bantuan daripada dana Amerika Syarikat


sebanyak AS$70 juta. Dalam masa yang sama, jumlah perdagangan
Filipina meningkat dan kebanyakannya dengan Amerika Syarikat. Pada
tahun 1946, Manual Roxas telah melaksanakan reformasi tanah dengan
mewujudkan undang-undang yang meluluskan penetapan perkongsian
antara tuan tanah dan penyewa daripada 30 kepada 70

PENEGASAN ISI Tegasnya, reformasi ini telah menyelamatkan penyewa tanah daripada
penindasan tuan tanah

FAKTA Dasar Ekonomi Presiden Quirino

HURAIAN Semasa Presiden Quirino memerintah Filipina, Presiden Quirino telah


mengadakan hubungan baik dengan Amerika Syarikat..

Presiden juga telah mengadakan rancangan pembangunan lima tahun.

CONTOH Presiden telah meminta bantuan daripada Amerika Syarikat pada tahun
1950 dengan menandatangani satu perjanjian baharu. Dalam perjanjian

101
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

ini, Amerika Syarikat bersetuju memberi pinjaman sebanyak AS$250 juta


bagi membangunkan Filipina. Malahan, Amerika Syarikat juga turut
memberi bimbingan dalam urusan penetapan cukai dan penggubalan
undang-undang bagi gaji minimum pekerja sektor pertanian

PENEGASAN ISI Kesannya, dasar pembaharuan ekonomi Presiden Quirino gagal kerana
berlaku penyelewengan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.

FAKTA Dasar Presiden Ramon Magsaysay

HURAIAN Presiden Ramon Magsaysay yang memerintah pada tahun 1953 hingga
tahun 1957 pula telah memberi perhatian khusus kepada masalah ekonomi
dan kebajikan rakyat.. Seterusnya Magsaysay telah mengadakan
hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat

Jawatan presiden diambil alih oleh Carlos Garsia yang memerintah dari
tahun 1957 hingga tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-
dasar ekonomi Magsaysay dalam membangunkan ekonomi Filipina.

CONTOH Presiden Magsaysay telah mengambil langkah memindahkan petani ke


kawasan baharu, mengembangkan gerakan koperasi pertanian,
mewujudkan Skim Kredit Desa, dan menyediakan kemudahan
infrastruktur dalam kawasan penyumbang ekonomi.

Undang-undang untuk tidak menjual barangan luar dan perdagangan


eksport import kecuali dari Amerika Syarikat telah diperkenalkan bagi
melindungi industri tempatan.

PENEGASAN ISI Kesannya,dasar ekonomi Filipina berlaku peningkatan perdagangan.


Buktinya pada tahun 1961, Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan
gula utama dunia

FAKTA Dasar ekonomi Macapagal

HURAIAN Dalam pentadbiran Macapagal pada tahun 1961 hingga tahun 1965,
menghadapi banyak cabaran. Pada zaman pemerintahannya, Filipina
menghadapi inflasi, pembahagian tanah dan desakan tuntutan Sabah.
Namun beliau telah menjalankan usaha untuk mengatasi masalah inflasi.

CONTOH Langkah-langkah yang telah dijalankan ialah meningkatkan pengeluaran


makanan. Macapagal juga telah menghapuskan kawalan pertukaran asing,
mengawal keuntungan yang keluar dan memperkenalkan kawalan harga.

102
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

Selain itu, Macapagal telah memberi penekanan kepada sektor pertanian


seperti kelapa kering, tanaman tebu, abaka, tembakau, dan nanas sebagai
hasil eksport. Macapagal juga memajukan bidang perindustrian seperti
industri ringan, pembungkusan, dan pemasangan. Dalam masa yang sama,
industri besi keluli juga dimajukan. Malahan, kerajaan Macapagal juga
telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga
Kelapa Filipina berikutan kedua-dua industri ini menjadi penyumbang
utama dalam hasil eksport Filipina.

KESIMPULAN Kesimpulannya, Presiden-presiden Filipina telah berusaha melaksanakan


dasar pembangunan ekonomi bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi
di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang dinikmati Filipina telah
meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan kemudahan
sosial di Filipina.

Soalan 17 : Tema 4 [ Pembangunan Ekonomi]

TAJUK Bincangkan perkembangan dasar ekonomi Thailand ekonomi


Thailand dari tahun 1932-1963

PENDAHULUAN Pemodenan ekonomi yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan Raja


berkuasa mutlak banyak dinikmati oleh orang Eropah dan Cina. Hal ini
membawa kepada ketidak puasan hati para nasionalis sehingga
membawa kepada Revolusi Thai 1932. Pengambil alihan pentadbiran
oleh para nasionalis membolehkan pelbagai pembaharuan dalam dasar
ekonomi dilaksanakan.

FAKTA Dasar ekonomi Pridi Panomyong

HURAIAN Dasar ekonomi yang dijalankan berunsur nasionalistik. Kerajaan


memainkan peranan melindungi perdagangan dan perindustrian negara.

CONTOH Perkhidmatan keretapi dan kapal terbang dimiliknegarakan oleh


kerajaan . Petani menjadi pekerja bagi kerajaan dan dibayar gaji dalam
bentuk cek.

103
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGASAN ISI Tegasnya, kerajaan memainkan peranan sebagai pengusaha supaya


proses perindustrian tidak dikuasai oleh orang asing iaitu orang Eropah
dan Cina

FAKTA Dasar Ekonomi Phibun Songgram.

HURAIAN Dasar ekonomi adalah untuk memperkukuhkan pengawasan atau


pengawalan terhadap penguasaan Cina dalam ekonomi Thailand. Phibun
mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan

CONTOH Phibun mewajibkan semua jenis perniagaan didaftarkan.


Orang Cina dikehendaki membayar 100 baht sebagai bayaran masuk ke
Thailand.
Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dimansuhkan.
Pada Mac 1939, Kanun Hasil Negara diperkenalkan adalah untuk
membebaskan kaum petani Thailand daripada cengkaman pemimjam
wang, mengurang cukai ke atas petani dan mengenakan cukai yang
tinggi ke atas pelabur dan syarikat asing.
Di bawah Akta Perkapalan pula, kerajaan menetapkan syarikat
perkapalan mengupah sekurang-kurangnya 75% orang Thai dan setiap
pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.
Semasa Phibun juga, kerajaan telah menggalakkan perkembangan
industri moden dengan mengambil bahagian aktif dalam bidang ini
seperti membina kilang di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.
Antara kilang yang dibina ialah kilang kapas di Bangkok, kilang gula di
Lampang, kilang mengetin di Pak Chang dan kilang kertas di Kanburi.
Sumbangan dalam bidang ekonomi Phibun agak berjaya kerana pada
tahun 1941 orang Thai telah berjaya mengambil alih industri tembakau
melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara.

PENEGASAN ISI Negara berjaya mengurangkan penglibatan dan penguasaan orang asing
terutama orang Cina dan British terhadap ekonomi negara dan berjaya
mempertingkatkan ekonomi tempatan.

FAKTA Dasar Ekonomi selepas Perang Dunia Kedua

HURAIAN Thailand mengadakan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat

CONTOH Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan


Timur Jauh(ECFE) pada tahun 1947 bagi mndapat bantuan teknikal
daripada Amerika Syarikat

104
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGASAN ISI Bantuan ini membolehkan Thailand mengembangkan perusahaan padi,


biih timah dan getah.

FAKTA Dasar ekonomi pada tahun 1960an lebih tertumpu kepada perusahaan
berat dan perindustrian ringan .

HURAIAN Menjelang tahun 1961,kerajaan Thai telah merancang pembangunan


ekonomi untuk menambah sumber pendapatan tahunan bagi bidang
pertanian daripada 3% kepada 5% pendapatan negara kasar

CONTOH Kerajaan telah mempelbagaikan ekonomi untuk meningkatkan kayu-


kayan , tembakau ,gelas dan besi keluli.
Industri ringan seperti memproses tebu dan padi telah diperkenalkan

KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, dasar ekonomi Thailand berjaya memulihkan


ekonomi dan menyelamatkan ekonomi daripada penguasaan orang
Eropah dan Cina. Pembangunan ekonomi terancang ini membawa
pertambahan pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam
negara.

Soalan 1 : Tema 4 [ Sumbangan Tokoh ]

TAJUK Huraikan sumbangan Presiden Macapagal di Filipina antara tahun 1961-


1965

PENDAHULUAN Diosdado Pangan Macapagal dilahirkan di Lubao,Pampanga pada 28


September 1910. Beliau menjadi Presiden Filipina yang ke-9 bermula
pada tahun 1961-1965. Presiden Macapagal meninggal dunia pada 21
April 1997 ketika berusia 86 tahun . Semasa hayat Presiden Macapagal ,
rakyat Filipina menggelarkan nya „The incorruptable “(orang jujur).
Sepanjang pemerintahannya terdapat pelbagai sumbangan yang telah
dilaksanakan oleh beliau dalam pembangunan politik, ekonomi dan
sosial.

FAKTA Antara sumbangan Presiden Macapagal dalam bidang politik ialah pada
tahun 1962, bertindak mengubah tarikh perayaan hari kemerdekaan
Filipina yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat dari 4 Julai kepada

105
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

12 Jun .

HURAIAN Tarikh 12 Jun dipilih kerana tarikh itulah tarikh Filipina mengisytiharkan
kemerdekaan mereka sendiri daripada penjajah Sepanyol.

CONTOH Sebagai contohnya, pada 12 Mei 1962 , Presiden Macapagal telah


menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun
sebagai cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan hari
kemerdekaan daripada Sepanyol pada 12 Jun 1898.

PENEGASAN ISI Tegasnya, Presiden Macapagal berjaya mengubah tarikh tersebut bagi
mengingati perjuangan untuk mendapt kemerdekaan daripada Sepanyol.

FAKTA Salah satu sumbangan yang dilaksanakan oleh Macapagal ialah dalam
bidang ekonomi

HURAIAN Presiden Macapagal bertindak meningkatkan keluaran bahan makanan


untuk menampung keperluan penduduk dan mengelakkan mengimport
makanan daripada luar.Ini bertujuan mengelakkan pengaliran peso
Filipina ke luar negara dengan banyak.

CONTOH Sebagai contohnya, untuk memberi pekerjaan kepada penduduk Filipina ,


Presiden Macapagal memperkenalkan program sosioekonomi . Dalam
program ini , reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian
diperkenalkan pada tahun 1963. Presdien Macapagal tidakdapat
melakukan pembaharuan dasar ekonomi kerana mendapat tentangan
daripada Parti Nasionalis.

PENEGASAN ISI Jelaslah usaha yang dilakukan oleh Presiden Macapagal dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus.

FAKTA Presiden Macapagal juga telah memansuhkan penyewaan dan program


reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian
Pembaharuan 1963.

HURAIAN Program ini bertujuan untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran


dan menghapuskan perhambaan terhadap penyewa tanah kepada
kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.

CONTOH Beliau telah menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963 bagi
menghapuskan perhambaan

106
Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM Pulau P 2016

PENEGASAN ISI Namun begitu, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah

FAKTA Di bidang sosial pula , beliau telah berusaha untuk menyelesaikan


masalah pengangguran yang merupakan masalah utama semasa
pentadbirannya.

HURAIAN Oleh itu, beliau telah mewujudkan pentadbiran Pentadbiran Pekerjaan


Asas( EEA). Beliau berharap usaha ini dapat memberi peluang rakyat
mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran.

CONTOH Contohnya, bantuan ini telah menyediakan lebih banyak peluang


pekerjaan kepada penduduk Filipina.

PENEGASAN ISI Tegasnya, usaha Presiden Macapagal ini mampu mengatasi masalah
kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.

FAKTA Selain itu,Presiden Macapagal juga membuat pembaharuan dari segi


penggunaan bahasa.

HURAIAN Beliau telah memulakan penggunaan bahasa Filipina dalam semua urusan
rasmi kerajaan .

CONTOH Sebagai contohnya, semua dokumen , kelayakan diplomatik , diploma


serta sijil semuanya menggunakan bahasa Filipina.Beliau menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang
digunakan dalam semua acara komunikasi dan dokumen.

PENEGASAN ISI Oleh itu,rakyat telah memperkasakan penggunaan bahasa Filipina


sebagaimana yang dihasratkan oleh Presiden Macapagal.

KESIMPULAN Kesimpulannya, Presiden Macapagal merupakan negarawan ulung


Filipina. Beliau telah banyak membawa perubahan sama ada dari segi
politik mahupun ekonomi.Beliau juga bijak dalam menjalin hubungan
dengan negara jiran . Semasa pentadbirannya, Filipina telah menjalin
hubungan yang lebih rapat dengan Malaysia dan Indonesia melalui
pembentukan MAPHILINDO. Terdapat beberapa projek ekonomi tidak
dapat dilaksanakan kerana mendapat penentangan daripada Parti
Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai
Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Filipina.

107

You might also like