You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JATI,

IPOH,PERAK

KERTAS KERJA

MEMBAIKI KEROSAKAN BUMBUNG


MAKMAL ICT SK JATI
2019
1.0 PENDAHULUAN
Makmal ICT sekolah diwujudkan bertujuan untuk melahirkan generasi murid-
murid yang celik IT dan celik komputer. Ini selaras dengan hasrat sekolah dan KPM
untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan. Makmal ICT yang kondusif
diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian literasi komputer dalam kalangan
murid-murid dan seterusnya memupuk perasaan tanggung jawab terhadap pentingnya
mempelajari bidang ICT supaya tidak ketinggalan zaman. Persekitaran Makmal ICT
yang ceria dan selamat juga membantu murid-murid meningkatkan pengetahuan
terhadap komputer dan seterusnya memupuk sikap positif dalam kalangan murid
terhadap ICT dan perkomputeran.

2.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Makmal ICT sekolah ialah :
2.1 Meningkatkan tahap penguasaan ICT murid-murid.
2.2 Menaik taraf prasarana Makmal ICT agar suasana
pembelajaran lebih
kondusif dan menarik.

3.0 TAJUK PROJEK

3.1 Membaiki kerosakan bumbung bangunan yang


menempatkan Makmal ICT
Sekolah Kebangsaan Jati.

4.0 PELAKSANAAN :

2.1 Tarikh: Mac 2019

5.0 TEMPAT
5.1 Makmal ICT SK Jati

6.0 SASARAN
6.1 Mewujudkan suasana yang kondusif untuk keselesaan pengguna Makmal

ICT.
6.2 Memastikan keselamat murid-murid sentiasa terjamin semasa berada di
dalam Makmal ICT.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn . Hjh Che Halijah Bt Yahaya


Guru Besar

Pengerusi : Pn. Noor Aziah Bt Abd Ghaffar


Penolong Kanan Pentadbiran

Setiausaha : En. Mohammad Ridzuan Bin Omar


: Guru Penyelaras Bestari

Naib setiausaha : Pn. Ruhaida Binti Harun


: Guru ICT
Ahli Jawatankuasa : En. Ardy Shazril Bin Ahmad Humairi
Pn. Kalsom Binti Ahmad
Pn. Indira A/P Sekaran

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH

1. Membaiki bumbung bangunan RM 2000.00

JUMLAH RM 2000.00

9.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan

10.0 PENUTUP
Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan akan dapat menyediakan
suasana yang kondusif di dalam Makmal ICT agar murid-murid dapat menjalankan
proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeronokkan serta menjamin
keselamatan murid-murid ketika berada di dalam Makmal ICT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ……………………………
( MOHAMMAD RIDZUAN BIN OMAR) ( PN HJH CHE HALIJAH BT YAHAYA)
Guru Penyelaras Bestari Guru Besar,
SK Jati Sekolah Kebangsaan Jati

You might also like