You are on page 1of 1

MINIT CURAI

Kepada : Ketua Penolong Pengarah


Melalui : Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Perkara : MESYUARAT PENYELARASAN eBENCANA PERSEDIAAN BENCANA
BANJIR 2017 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA BERSAMA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Tarikh : 9 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Kesidang, JPN Melaka
Bukit Beruang, Melaka
____________________________________________________________________________
1. Latar Belakang :
1.1 Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka.
1.2 Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ab Ghani bin Haji Hamid, Ketua
Sektor Pengurusan Sekolah JPM, dengan kehadiran 14 orang ahli yang terdiiri
daripada Ketua-ketua Unit JPM dan wakil-wakil daripada Pejabat Pendidikan
Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
1.3 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk menyampaikan;
1.3.1 Taklimat berkenaan Garis Panduan Menghadapi Banjir yang
dikeluarkan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
1.3.2 Taklimat berkenaan pelaporan bencana dalam system e-BENCANA KPM
1.3.3 Laporan Banjir 2016 oleh PPD MT, PPD AG dan PPD Jasin.

2. Isu / Maklumat Penting


2.1 Bencana banjir sedang melanda kawasan pantai timur. Persediaan perlu
dibuat oleh negeri-negeri lain sebagai langkah awal pencegahan kerosakan
aset kerajaan, sekiranya berlaku banjir.
2.2 Bahan edaran mesyuarat dilampirkan sebagai rujukan pegawai
bertanggungjawab.

3. Makluman /Tindakan BTPN Melaka


3.1 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dilantik sebagai Jawatankuasa
Bencana Peringkat Jabatan pendidikan Negeri mulai tahun ini.
3.2 Sediakan pelan tindakan atau panduan bagi pihak sekolah menguruskan aset
ICT sekiranya berlaku banjir
3.3 Pihak PKG juga perlu membuat persediaan bagi mengelakkan aset ICT
daripada mengalami kerosakan akibat banjir.
3.4 BTPN perlu melantik seorang pegawai sebagai jawatankuasa e-Bencana dan
maklumkan kepada pihak urus setia untuk didaftarkan dalam sistem
berkenaan.

4. Ulasan/Catatan Ketua Penolong Pengarah:

Disediakan oleh;
Norhafiza binti Baharuddin
Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Melaka
10 Januari 2017

You might also like