You are on page 1of 17

TUGASAN KUMPULAN

SSSP1013 PENGANTAR SOSIOLOGI


SEMESTER KEDUA, SESI 2019/2020 (A191)

TEORI SOSIOLOGI:
PERSPEKTIF FUNGSIONALISME STRUKTUR

Disediakan oleh:

KUMPULAN TUGASAN B6

Nur Ayuni Nadirah Rosdi (262634)


Afifah Idris (262609)
Hassmira Anuar (272063)
Muhammad Nazmi Abdul Halim (261782)
Intan Shafinaz Md Hasani (262250)
Marlia A'liah Che Omar (261337)

Disediakan untuk:

DR. AHMAD SHUKRI BIN ABDUL HAMID


PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

Tarikh serahan:

05 Disember 2019
PENGENALAN

Pada tugasan ini, kami dikehendaki untuk mengaitkan filem Avatar (Cameron, 2009)

dengan salah satu daripada teori-teori utama yang terdapat dalam sosiologi iaitu evolusi,

fungsionalisme struktur, konflik sosial atau simbolik interaksionisme. Setelah menonton filem

Avatar, kami telah bersepakat untuk memilih teori fungsionalisme struktur yang dipelopori

oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Robert Merton untuk dikaitkan dengan filem

Avatar.

Setelah menonton filem Avatar dan memilih teori yang kami inginkan, kami telah

menghuraikan dengan lebih jelas tentang teori yang kami pilih iaitu teori fungsionalisme

struktur. Kami telah menggunakan beberapa buah buku sebagai rujukan untuk

memperkukuhkan lagi fakta teori yang kami gunakan ini. Kami juga telah mencari beberapa

babak yang terkandung dalam filem Avatar yang boleh dikaitkan dengan teori yang telah

kami pilih ini. Perkara berkaitan isu semasa turut kami berikan dalam tugasan ini supaya

tugasan ini menjadi lebih relevan dan logik untuk dibaca. Di samping itu, untuk menjadikan

tugasan ini menjadi lebih menarik, kami telah menyediakan refleksi atau analisis berkaitan

perkara yang berlaku di persekitaran kami yang boleh dikaitkan dengan teori yang kami pilih

ini.

Kesimpulannya, hasil pemerhatian kami setelah menonton filem Avatar ini, kami telah

bersetuju untuk memilih teori fungsionalisme struktur sebagai teori untuk dianalisis dan

dibincangkan. Tambahan pula, kami turut memberikan beberapa contoh babak dalam filem

Avatar yang boleh dikaitkan dengan teori fungsionalisme untuk menerangkan dengan lebih

terperinci tentang kewujudan teori tersebut dalam filem ini. Kami juga telah berjaya

mengaitkan teori ini dengan isu semasa yang sedang berlaku kini.

1
KUPASAN TEORITIKAL/KONSEPTUAL

PERBINCANGAN TEORI & KONSEP BERKAITAN

Filem avatar (2009) arahan Cameron telah mencentuskan beberapa teori yang dapat

digunakan melalui filem ini. Teori yang digunakan adalah teori fungsionalisme. Hal ini dapat

dilihat didalam filem ini sangat sesuai dengan teori ini kerana fikiran masyarakat sebagai

organisma hidup di mana setiap bahagian organisme menyumbang kepada kelangsungan

hidupnya. Pandangan ini adalah perspektif fungsian, yang menekankan cara di mana

bahagian-bahagian masyarakat berstruktur untuk mengekalkan kestabilan didalam kelompok

mereka. (Richard T. Schaefer,2011).

Didalam filem ini juga dapat menguatkan lagi penggunaan teori fungsionalisme ini

kerana kebudayaan yang diterapkan didalam filem ini sangat mendalam dimana mereka

bergantung antara satu sama lain untuk mengekalkan perjalanan sistem sosial masyarakat

Na’vi itu. Teori fungsionalisme ini juga dapat dilihat bahawa, masyarakat ini mengamalkan

sistem yang stabil, berintergrasi, tersusun rapi dan ahli anggotanya pula akan bersetuju

tentang nilai-nilai asas yang dipegang bersama (Rohana,1996) seperti didalam cerita ini

mereka mempunyai seorang ketua yang merupakan ayah kepada Neytiri, mereka akan

berkumpul bersama-sama ketuanya untuk mendengar keputusan yang diberikan dan mereka

juga begitu berpegang kepada kepercayaanya terhadap alam dan eywa.

Seterusnya,teori fungsionalisme ini juga sangat bersesuaian dengan filem ini kerana

kefungsian didalam struktur kehidupan golongan Na’vi ini sangat berstruktur. Mereka

mempunyai ketua bagi menjaga sistem kehidupan mereka ini. Ketua ini akan memberi arahan

kepada orang-orang mereka untuk melakukan tugas yang dikehendaki. Oleh itu,mereka juga

2
mempunyai pahlawan yang terdiri dari golongan muda Na’vi itu termasuk golongan wanita

dan lelaki yang akan mempertahankan sistem organisma sosial mereka tanpa dicerobohi oleh

mana-mana pihak. Mereka berusaha untuk mempertahankan sistem masyarakat mereka

daripada diganggu oleh golongan manusia yang ingin mendapatkan keuntungan sahaja. Setiap

struktur didalam bahagian masyarakat Na’vi ini mempunyai khusus mereka yang tersendiri

bagi melicinkan perjalanan sistem sosial mereka bagi mengekalkan keharmonian itu.

Selain itu, teori ini juga dapat dilihat berlakunya tentang kefungsian didalam

masyarakat ini. Perubahan berlaku apabila mereka memberi penekanan tentang bagaimana

setiap sistem sosial itu dapat memberi sumbangan dalam mengekalkan ikatan yang

berpanjangan dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat mereka begitu menjaga hubungan

dengan alam dengan tidak merosakkan alam sekeliling kerana mereka percaya menjaga alam

ini seperti menjaga tuhannya yang memberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Perspektif

fungsi ini dapat membantu untuk menjadi lebih sensitif terhadap berbagai-bagai fungsi

penting yang menyumbangkan kearah kehidupan sosial yang bersosial yang berterusan bagi

mengekalkan tradisi budaya mereka. Teori ini merupakan pilihan yang terbaik bagi filem ini

kerana ia memandang keseluruhan sistem masyarakat dalam mengenalpasti struktur, fungsi

bagi sesuatu bahagian dan gelagat masyarakat Na’vi ini. Teori ini juga memandang kepada

proses hubungan integrasi dan kestabilan tanpa mengambil kira konflik, perpecahan dan

kestabilan. Proses ini dapat dilihat bagaimana mereka menfokuskan kefungsian masing-

masing bagi mengekalkan hubungan kemasyarakatan mereka.

Kesimpulannya, teori fungsionalisme ini sangat penting dalam kehidupan masyarakat

kini bagi mengekalkan kefungsian kehidupan mereka dengan fungsi masing-masing. Teori ini

memberi sumbangan kepada perkembangan pemikiran dalam sesebuah masyarakat ini.

Perubahan yang berlaku didalam sesebuah masyarakat ini memberi kesan kepada masyarakat

itu sehingga seluruh masyarakat akan melakukan perubahan itu secara lebih terperinci.

3
APLIKASI TEORI/KONSEP BERDASARKAN FILEM

Berdasarkan filem yang dikaji, komponen yang berfungsi secara sistematik dikatakan

komponen yang banyak diperlukaan untuk membentuk sesuatu. Berdasarkan filem avatar,

saintis dan askar diperlukan bersama untuk membentuk satu tenaga untuk mengaut

keuntungan daripada kaum Na’vi. Askar dan saintis dibahagikan tugas dan fungsinya secara

sistematik yang mana askar akan menyumbangkan tenaga dan kekuatan dan saintis akan

menyumbangkan kepintaran dan kaedah mendekati kaum Na’vi.

Komponen yang berfungsi secara berstruktur berperanan memastikan kefungsian

sistem. Berdasarkan filem, Eywa merupakan dewi yang mewakili semua benda hidup dan

berfungsi sebagai pelindung. Eytukan merupakan ketua puak. T’su ‘Tey merupakan bakal

ketua puak manakala Neytiri pula bakal pengganti Tsahik (0:57:42). Kedudukan pangkat

mereka di dalam kalangan kaum Na’vi mengikut struktur secara berperingkat.

Memerhati masyarakat dari sudut struktur dengan melihat bagaimana mayarakat

dibentuk dapat dilihat daripada persekitaran sesuatu tersebut. Jika dilihat, kaum Na’vi tinggal

didalam pokok yang berada di dalam hutan menyebabkan mereka mengikut struktur dimana

mereka berada. Kesannya, mereka mencari makanan dengan berburu, untuk berburu, mereka

memerlukan bantuan sekeliling dan haiwan haiwan seperti Thanator (0:55:29), Kuda

(2:18:39), Ikrar (1:05:53), dan Great Leonopteryx (1:29:24).

Memerhati masyarakat dari sudut fungsional dengan melihat bagaimana komponen

berbeza berfungsi menyokong struktur pula dapat dilihat sebagai contoh komponen yang ada

dalam sesebuah enjin kereta seperti Camshaft, Oil pan, Head Gasket, dan distributor adalah

komponen yang berbeza namun saling bergantung dan memerlukan untuk melengkapi

manjadi sebuah enjin kereta.

4
Berdasarkan filem Avatar 2009, komponen yang berbeza namun saling memerlukan

demi mencapai sesebuah kejayaan dapat dilihat didalam organisasi ‘Orang Langit’. Renjer

Rick sebagai Ketua Keselamatan (0:11:18), Grace Augustine sebagai Ketua Program Avatar

(0:14:44). Dr. Norm Spellman sebagai pemandu Avatar (0:12:18), Trudy sebagai pembawa

barang-barang (0:24:18) dan pemandu Samson 1-6 (2:04:05) dan JakeSully sebagai pengiring

keselamatan (0:16:29) pada awalnya. Kesemua mereka boleh dikatakan merupakan

komponen yang berbeza namun saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.

Struktur sosial yang mana interaksi sosial dipengaruhi oleh kedudukan dalam struktur

dalam dilihat dalam interaksi sesama komponen. Interaksi tertentu terjadi disebabkan mereka

berada dalam struktur yang tertentu. Sebagai contoh dalam filem Avatar 2009, interaksi yang

berlaku dalam aspek saintis dalam diambil pada detik ke 0:20:46 “kawalan motor bagus.

Bagus Jake”, 0:20:58 “ada beberapa lagi ujian tindakbalas kita kena buat”, dan 0:21:21

“Tenangkan dia! Seribu miligram Supitocam!”. Interaksi yang berlaku dalam aspek

ketenteraan pula boleh dilihst pada detik 0:01:42 “Buka tali pinggang: Pakai Exo-Packs”,

0:08:47 “Bila pintu terbuka, pergi terus ke pengkalan. Jangan berhenti!”, dan 0:08:51 “Terus

masuk ke dalam. Tunggu arahanku!”. Cara interaksi dan perkataan yang dipilih untuk

digunakan dipengaruhi oleh struktur sesuatu komponen tersebut berada.

Huraian kepada fungsi sosial yang mana struktur sosial dipengaruhi kestabilan

masyarakat secara keseluruhan perlaksanaan fungsi spesifik dapat dilihat berdasarkan huraian

sosiologi memerhatikan masyarakat dari sudut struktural fungsional iaitu bagaimana

komponen berbeza berfungsi menyokong struktur. Perbezaan yang wujud dalam sesuatu

organisasi menyebabkan kebergantungan antara satu sama lain dan membawa kepada

kestabilan organisasi.

Herbert Spencer membandingkan masyarakat dengan sturktur anatomi manusia

dengan menyatakan bahawa komponen struktur badan berfungsi secara saling bergantung
5
bagi membantu organisme kekal hidup dan masyarakat manusia terdiri daripada struktur

sosial yang saling bergantung dan berfungsi secara bersama serta penting bagi pengekalan

fungsi sistem sosial

Bagi mengaut keuntungan yang bernilai 20 juta sekilogram oleh batu yang bernama

Unabtonium. Para saintis perlu menggunakan pendekatan diplomatik (0:17:48) untuk

mendekati kaum Na’vi dan memujuknya berpindah (0:57:03) kerana sumber kekayaan yang

dicari oleh ‘Orang Langit’ betul-betul terletak di bawah kampung mereka (0:56:25) jika

pendekatan diplomatik tidak berjaya, maka pihak tentera akan menyerang dan menghalau

mereka menggunakan kekerasan untuk mendapatkan elemen Unabtonium tersebut. Dibawah

pihak saintis dan tentera pula terdapat banyak kakitangan-kakitangan yang membantu mereka

melakukan tugasan tersebut antaranya Trudy, Ronnie, Dr. Norm Spellman, dan Dr, Max

Patel, mereka memainkan peranan yang berbeza tidak kira sama ada peranan besar atau kecil,

peranan mereka sangat diperlukan. Perlaksanaan fungsi mereka penting bagi pengekalan

fungsi sistem sosial.

Menurut Talcott Parsons, masyarakat adalah sistem yang memerlukan setiap

komponen melakukan fungsi spesifik dan penting untuk kesejahteraan sistem. Kefahaman

tentang masyarakat memerlukan kefahaman terhadap kepelbagaian unsur dan fungsi yang

wujud dalam satu-satu sistem sosial.

Seseorang individu memainkan pelbagai fungsi di dalam struktur yang berbeza.

Sebagai contoh seorang anak yang berada di rumah memainkan peranan sebagai seorang anak

di rumah namun jika anak itu berada di sekolah maka ia memainkan peranann sebagai

seorang pelajar. Pada waktu petang pula anak itu keluar bermain maka ia akan memainkan

peranan sebagai seorang rakan. Fungsi dan peranan adalah berbeza berdasarkan struktur

dimana seseorang itu berada. Berdasarkan filem Avatar 2009, Jake Sully pada awalnya

berfungsi sebagai seorang pengawal keselamatan yang dipilih oleh Perker untuk Grace
6
Augustine, Jake Sully juga berfungsi sebagai pemandu badan Avatar bersama Dr. Norm

Spellman, pemantau dan pemberi laporan kepada Renjer Rick, pelajar adat dan budaya

dibawah Neytiri te Ckaha Mo’at’ite, pengganti ketua puak daripada Tsutey’ anak lelaki

Ayote. Dalam kata lain, Jake Sully memainkan peranan yang berbeza namun saling

bergantung mengikut ketetapan struktur dimana Jake Sully berada.

Robert Merton memerihalkaan tentang fungsi sosial melalui konsep fungsi dan

disfungsi. Terdapat dua bentuk fungsi iaitu manifest (jelas) dan latent (tidak jelas).

Kefungsian sosial mewujudkan kestabilan sistem sosial manakala kedisfungsian sosial

merupakan konsekuen yang tidak diingini yang muncul daripada operasi sistem sosial dan

akan mendorong kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial.

Fungsi manifest merupakan fungsi yang jelas dan nyata manakala fungsi latent

merupakan fungsi yang mana kesannya tidak diiktiraf dan tidak diingini daripada sebarang

pola sosial melalui fungsi manifest. Berdasarkan filem Avatar 2009, fungsi manifest dapat

dilihat pada perjalanan Jake Sully ke Pandora menaiki Valkyrie 1-6 (0:07:09) dan tidur

didalam Cryo selama 5 tahun, 9 bulan dan 22 hari (0:06:15). Sepanjang perjalanan Jake Sully

hanya tidur dan langsung tidak bermimpi menyebabkan ketidaksedaran perjalanannya yang

memakan masa begitu lama. Kesan daripada itu, Jake Sully dan rakan-rakannya dapat

menjimatkan kos dengan tidak makan dan melakukan aktiviti harian malah digantikan dengan

tidur sepanjang perjalanan dapat diambil sebagai fungsi latent.

Contoh lain pula dapat dilihat kepada orang orang langit yang bekerja di Pandora yang

begitu ramai merupakan fungsi manifest. Kesan daripada itu, ramai orang yang diperlukan

untuk melakukan pekerjaan tertentu, yang mana akan meningkatkan kuasa beli dengan

ganjaran yang lumayan, mengurangkan pengangguran dan mengelakkan kesemua mereka

daripada bersosial seperti dibumi yang menunjukkan mereka bersosial di kelab malam pada

detik ke 0:01:58. Perkara tersebut dapat diambil sebagai fungsi latent.


7
Disfungsi sosial iaitu konsekuen yang tidak diingini yang muncul dari operasi sistem

sosial yang mendorong kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial dapat dilihat berdasarkan

Jake Sully yang mula membantah tujuan Orang Langit dengan memusnahkan kamera jentera

milik Orang Langit pada detik ke 0:40:09. Perkara ini menjadi semakin membawa kepada

ketidakstabilan apabila lebih ramai yang menyokong untuk membela Kaum Na’vi contohnya

Grace Augustine menerangkan kepentingan pokok bagi Kaun Na’vi kepada Parker (1:45:12),

Trudy tidak melepaskan tembakan kepada kaum Na’vi (1:56:25), Dr, Max Patel membantu

mengeluarkan Jake Sully, Dr. Norm Spellman dan Grece Augustine daripada tahanan pada

detik ke 2:02:55, dan Dr. Norm Spellman yang dari awal lagi membantu mereka membela

kaum Na’vi. Jumlah pembela kaum Na’vi yang semakin ramai telah menyebabkan

ketidakstabilan dan kegagalan Orang Langit mencari kekayaan daripada elemen Unabtonium

dan dipaksa pulang ke dunia asal mereka pada detik ke 2:29:04.

APLIKASI TEORI/KONSEP TERHADAP ISU SEMASA

Avatar mengisahkan tentang filem yang berlatarkan tahun 2154, apabila manusia

terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga unobtanium di bulan Pandora dalam

sistem bintang Alpha Centauri. Peluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian

kaum pribumi Na'vi di Pandora, dan juga seluruh ekosistem bumi. Filem ini menyentuh

tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetik untuk berinteraksi dengan

kaum pribumi Pandora. Penyelia RDA iaitu Parker Selfridge mengetuai operasi

perlombongan koloni RDA yang mempunyai pasukan keselamatan iaitu Sec-Ops. Masyarakat

avatar yang mementingkan aspek keagamaan dan kebudayaan dalam puak mereka menjamin

kesepakatan hidup. Namun terdapat tragedi dimana sikap manusia yang suka menceroboh

untuk kepentingan mereka sendiri membuatkan puak avatar hidup dalam huru hara. Terdapat

konflik yang berlaku antara puak avatar dan manusia.

8
Teori fungsionalisme struktur ialah pada asasnya melihat masyarakat berada dalam

keadaan stabil. Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan yang terdiri daripada bahagian-

bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing. Dalam sesebuah negara pentingnya

mempunyai seorang pemimpin yang boleh memimpin negara serta rakyat kearah kemajuan.

Pada masa kini seorang pemimpin haruslah memainkan peranan penting untuk menjaga

keamanaan sesebuah negara. Dengan meletakkan fungsi dalam diri masing-masing, tidak

mustahil sesebuah kerajaan dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Sikap yang bersatu

padu diantara kaum amat dititikberatkan agar negara hidup dalam kedaan aman dan harmoni

serta dapat mengelakkan rusuhan perkauman berlaku.

Setiap manusia mempunyai fungsi mereka tersendri. Mengikut teori Emile Durkheim

terdapat tiga perkara utama yang dihubungkan dengan idea atau pemikiran Durkheim,

berkaitan dengan teori fungsionalisme adalah fakta sosial, perpaduan dalam masyarakat dan

fenomina bunuh diri. Fakta sosial dalam karya beliau ialah "The Rules of Sociological

Method", Durkheim mengatakan bahan kajian sosiologi yang terutama ialah fakta sosial.

Semua fenomena sosial seperti perkahwinan, adat resam, undang-undang, pendidikan,

kepercayaan, kepimpinan dan lain-lain adalah merupakan fakta sosial. Mengikut teori beliau

juga fakta sosial dianggap sebagai "benda" yang boleh dikaji secara objektif dan terkawal.

Sebagai anggota masyarakat, seseorang individu mesti akur kepada kehendak masyarakat,

dengan cara mengikut peraturan- peraturan yang terdapat dalam mana-mana fakta sosial yang

diterima bersama. Contohnya dalam perkahwinan, seseorang itu mesti akur atau mengikut

prosedur perkahwinan, adat resam dan sebagainya yang umum menjadi amalan bersama.

Dilihat dalam konteks ini fakta sosial dikatakan mengenakan tekanan ke atas individu tersebut

demi menjamin kelansungan dan kestabilan masyarakat.

Seterusnya Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu dikaji dalam konteks

hubungannya dengan fakta sosial lain yang terdahulu daripadanya. Satu fakta sosial

9
menyebabkan wujudnya fakta sosial yang lain. Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat

dalam konteks masyarakat atau kumpulan maka yang lebih diutamakan adalah perkara yang

berlaku dalam masyarakat atau kumpulan tersebut. Contohnya, jika perpaduan dalam satu-

satu kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak boleh mengawal perlakuan individu atau

memberi perlindungan kepada individu tersebut, tetapi perlu mencari kaedah atau cara untuk

mengatasinya secara umum. Kadar bunuh diri yang tinggi dalam masyarakat Barat pada abad

19 dikatakan berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran perpaduan dalam masyarakat.

Perpaduan Dalam Masyarakat Dalam buku "Division of Labour in Society", Durkheim

mengatakan terdapat dua bentuk perpaduan dalam masyarakat, iaitu perpaduan mekanikal dan

perpaduan organic. Perpaduan wujud atas dasar asas kehidupan. Apabila terdapat banyak ciri

persamaan, anggota masyarakat seolah-olah sama antara satu dengan yang lain. Oleh kerana

mendapat nilai yang sama, emosi yang sama, atau nasib yang sama, anggota masyarakat

dikatakan mempunyai kesedaran kumpulan yang sama, yang disebut sebagai “collective

consciousness”.

Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal lazimnya lahir dalam masyarakat

masyarakat mudah yang terdapat di kawasan luar bandar. Perpaduan organik pula ialah

bentuk perpaduan yang wujud apabila satu-satu masyarakat itu mengalami pembezaan

struktur seperti masyarakat kota. Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak atau melakukan

sesuatu berdasarkan kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan kesedaran kolektif. Anggota

masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat akan mengambil tindakan

kolektif membunuh perubahan pesat dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya yang

berlaku dalam masyarakat menyebabkan peraturan tradisi terkubur, dan peraturan baru tidak

lagi wujud. Atas kehilangan punca dalam hidup berserta dengan tidak ada peraturan yang

mengawal, maka ada yang mengambil tindakan membunuh diri.

10
Setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai fungsi masing-masing. Fungsi setiap

bahagian itu dilihat dari segi sumbangan masing-masing bagi meneruskan kewujudan dan

pengekalan masyarakat itu sebagai satu keseluruhan. Sebagai seorang pendokong teori

fungsionalis, Talcott Parsons menumpukan perhatian kepada soal memenuhi keperluan dalam

masyarakat di mana fungsi setiap bahagian dalam masyarakat adalah ke arah mememenuhi

keperluan masyarakat yang berbagai-bagai. Keperluan masyarakat yang berbagai

menunjukkan satu masalah yang perlu diatasi agar dapat menjamin keselesaan masyarakat.

Hidup dalam bermasyarakat haruslah menanam sikap hormat menghormati dan rendah diri

untuk kepentingan masyarakat akan datang.

Dalam menjaga hak dan kebudayaan masing-masing, kite sebagai manusia yang hidup

dengan alam sekitar haruslah menjaga slam sekitar dengan baik. Sikap suka menceroboh

contohnya hutan akan mendapat kesan yang buruk kepada ekosistem negara. Tumbuh-

tumbuhan dan haiwan-haiwan akan terancam dan mengalami kepupusan. Pencerobohan yang

berlaku akan menggangu kehidupan dan habitat ayng sekian lama menetap disitu. Dengan isu

sekarang banyak yang membangunkan bangunan serta menghapuskan alam sekitar memberi

kesab yang buruk kepada habitat alam semulajadi. Untuk kepentingan diri, mereka sanggup

musnahkan semuanya dan tidak memperdulikan sekeliling. Alam sekitar amat penting untuk

kita memelihara dan memulihara agar dapat menjaga kepentingan bersama.

Dalam filem avatar, memperjuangkan hak dan budaya itu diterapkan dalam diri

meraka. Namun dalam kehidupan semasa perkara ini sering berlaku dimana-mana. Namun

setiap budaya itu menjadi asas dalam kehidupan masyarakat. Tetapi ade sesetengah pihak

ingin menghapuskan puak dan budaya orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.

Contohnya isu yang terjadi di rohigya akibat penghapusan puak disitu. Selain itu dapat dilihat

di negara Amerika Syarikat yang terjadinya isu perbezaan warna kulit. Amat penting dalam

11
memperjuangkan hak dan budaya agar generasi akan datang dapat merasai keunikan budaya

sesebuah masyarakat.

REFLEKSI

Berdasarkan teori fungsionalisme, refleksi dibuat di sebuah kampung yang terletak di

negeri Kedah di mana kehidupan masyarakatnya yang hidup dalam sebuah kelompok secara

bersatu padu. Kehidupan masyarakat di kampung berkenaan memberikan satu fenomena yang

harmoni di mana kehidupan mereka diisi dengan pelbagai aspek kemasyarakatan. Seperti

yang dapat dihuraikan dengan lebih lanjut berkenaan kehidupan masyarakat di kampung ini

ialah mereka saling bekerjasama dalam mengiatkan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh mereka

akan bersatu dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan dimana mereka ini akan

mengikut arahan daripada ketua kampung yang mengepalai sesebuah organisasi masyarakat

di kampung tersebut. Mereka ini akan menghadirkan diri dalam mensyuarat untuk berbincang

mengenai tugasan-tugasan yang akan dipertanggungjawab kepada mereka. selain itu juga,

masyarakat di kampung ini mengelarkan organisasi kampung dalam menjayakan sesuatu

majlis sebagai “Pakat Kampung” iaitu membawa maksud sebagai masyarakat yang

bersepakatan dan bersatu padu.

Di samping itu, apa yang dapat dijelaskan kehidupan masyarakat di kampung ini

dengan teori fungsionalisme ini ialah mereka mendengar arahan yang diarahkan oleh ketua

mereka serta mereka memainkan peranan dalam struktur masing-masing. Hal ini melihatkan

kita bagaimana fungsi yang dimainkan oleh setiap individu masyarakat itu dalam memberikan

sumbangan mereka terhadap persekitaran sekeliling. Oleh itu, perpaduan yang dicipta oleh

masyarakat di kampung ini sedikit sebanyak dapat kita lihat di dalam filem Avatar (2009)

arahan Cameron yang menunjukkan sikap saling bantu-membantu diantara kelompok mereka.

12
RUMUSAN

Kesimpulannya, menurut Robert Merton beliau memperihalkan tentang fungsi sosial

melalui konsep fungsi dan disfungsi dengan dua bentuk fungsi iaitu manifest dan latent.

Menurut Robert Merton, beliau telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi

ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki

dalam aktiviti sosial tertentu. Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari

atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur adalah merupakan apa yang

dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya

sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali

sebagai fungsi tersembunyi. Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi.

Fungsi bermaksud struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil

daripada kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh

masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi

adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala

yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi.

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang

menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan

manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori

fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana

sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang

mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.

Menurut Herbert Spencer beliau membandingkan masyarakat dengan struktur anatomi

manusia terdiri daripada struktur sosial yang saling bergantung dan berfungsi secara bersama

– sama penting bagi pengekalan fungsi sistem sosial.

13
Berdasarkan apa yang dapat dirumuskan didalam kajian ini yang terdapat didalam

movie Avatar ini ialah menceritakan tentang fungsi setiap individu yang terlibat dalam satu

masyarakat tertentu. Suatu fungsi yang memainkan peranan yang penting dan memberi kesan

atau impak yang mengubah sesuatu norma kebiasaan dalam masyarakat tersebut. Peranan

Neytiri dan Jack Sully yang memainkan teori fungsionalisme yang penting dalam

memperjuangkan hak dan kebebasan penghuni pandora. Peranan mereka memperjuangkan

kemenangan terhadap perkampungan Na’vi. Usaha Jack Sully dan Neytiri melindungi sumber

Pandora yang menjadi buruan Colonel Quaritch. Jadi setiap individu didalam movie ini

mempunyai peranan dan fungsi dan disfungsi dalam sistem sosial yang terdapat disitu.

Sebagai contoh daripada movie tersebut ialah kepentingan fungsi pokok suara (Tree of

Voices) dan Eywa yang mempunyai fungsi dalam menjaga, memuat naik dan memuat turun

segala memori perkampungan serta menghubungkan keseluruhan masyarakat Na’vi dan

keseluruhan persekitaran kehidupan penempatan tersebut. Jack Sully dan Colonel Quaritch

mempunyai matlamat yang sama dan mempunyai pengalaman ketenteraan yang sama pada

permulaan cerita serta berkongsi minat yang sama untuk kepentingan diri masing masing.

Tetapi Jack menerima misi tersebut bagi mendapatkan semula kaki beliau manakala Colonel

berhasrat untuk mendapatkan lebih kuasa dan sumber untuk memenuhi keinginan keganasan

beliau. Jadi terdapat perbezaan fungsi dan peranan didalam struktur sosial disitu. Tetapi

akhirnya pernempatan Na’vi mendapat kemenangan setelah hampir mengalami kekalahan

yang teruk disebabkan dibantu oleh kuasa ghaib iaitu kepercayaan mereka yang dikenali

sebagai Eywa dan penyatuan semua penduduk kaum di Pandora. Jadi kesepaduan masyarakat

menjadi entiti bersepadu yang memiliki komponen yang berfungsi bersama sama secara

sistematik dan berstruktur.

14
RUJUKAN

Rohana Yusof. (1996). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Selangor: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

McQuarie,D. (1995). Reading in contemporary sociological theory: from modernity to

post-modernity. New Jersey: Paramount Communications Company.

Callinicos,A. (2007). Social theory: A historical introduction. Cambrige: Polity Press

Wallace,W. (1969) . Sociological theory: an introduction. London: Heinemann

Educational Books Ltd.

Zgourides,D. & Psy,D. & Zgourides,C. Sociology. Foster City: IDG Books

Worlwide,Inc.

15

You might also like