Professional Documents
Culture Documents
Sekolah Bestari PDF
Sekolah Bestari PDF
DI MALAYSIA.
Abstrak :
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat konsep sekolah bestari dan
sejauh mana perlaksanaan sekolah bestari di dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai
negara maju menjelang tahun 2020 Sekolah bestari di wujudkan bagi
melahirkan generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi
dalam berfikir dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru
dan bersedia pula untuk menerima dan menguruskan ledakan
maklumat dalam dekad teknologi maklumat. Sekolah bestari dirujuk
sebagai sekolah yang memberi peluang teknologi maklumat interaktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama sekolah
bestari ialah untuk melahirkan ‘kanak-kanak bestari’ iaitu mereka
yang kreatif dan menjana maklumat baru supaya mereka boleh
dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang semata-mata
mengeluarkan semula pengetahuan. Terdapat enam unsur penting yang
perlu diambil perhatian dalam perbincangan sekolah bestari iaitu
pengajaran & pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran,
teknologi dan penilaian. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha untuk
merealisasikan konsep sekolah bestari pada tahun 2010 bukan mudah
dan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang
dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan.
Pengenalan
Semenjak mencapai kemerdekaan , negara kita telah mengalami suatu perubahan yang
pesat dalam sistem pendidikannya.Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar
pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan
keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku
dalam negara ini.
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu
memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,
tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta bersedia untuk turut
serta dalam ekonomi dunia .
Antara cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi
maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-ekonomi, tuntutan-tuntutan
Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk
perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan
sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti
komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan
pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat menglicinkan dan memaksimakan
perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi
kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelejari. (Hamizer,1997).
Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar
tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah,
kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran
yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001).
Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris ‘smart school’ dalam kata yang sebenarnya
ialah suatu tempat di mana guru-guru dan murid-murid bekerja atau menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan melibatkan pemikiran yang menyeluruh.Ia melibatkan
pelbagai tektik dan kaedah, mungkin juga melibatkan tugasan yang terbuka,
perbincangan,kolaborasi rakan sejawat serta perbahasan dan
sebagainya.(Perkins,1992).
Menurut Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang
paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan
setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih menjadi asas model
sekolah bestari.
3. Kepelbagaian bahan
• Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis.
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponan penting dalam konsep sekolah
bestari. Sekolah bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah bestari mewakili satu
penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan pengajaran, sistem pentadbiran
sekolah, proses sekolah dan lain-lain. Teknologi baru juga digunakan bagi
membolehkan transformasi sekolah biasa kepada sekolah bestari dapat dilakukan.
Sekolah bestari mempunyai komponan-komponen berikut :-
Pedagogi
P&P
Penilaian
Bahan- P & P
Proses P&P merupakan teras atau ‘jantung’ sekolah bestari. Proses berkaitan dengan
kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan P&P direka semula untuk membantu
pelajar belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah bestari akan mendorong
pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut
kadar pembelajaran sendiri. Kurikulum sekolah bestari akan mengambil kira hakikat
bahawa pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang berlainan. Dari aspek
pernilaian, pelbagai alat pengukuran akan digunakan dalam peperiksaan, projek,
tugasan dan produk yang berteraskan penggunaan komputer. Pernilaian sekolah bestari
bukan sahaja melihat dari segi pencapaian pelajar sahaja tetapi juga mengambil kira
keberkesanan dengan kesediaan, kemajuan dan bakat.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari yang merupakan penggerak atau ‘otak’
sekolah bestari dan dikomputerkan. Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah
mengurus dengan cekap dan berkesan.
Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan
memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak
ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatkan profesionalisme atau keilmuan berkaitan
dengan pengurusan sekolah, P&P dan sebagainya.
(iv) Proses
Proses sekolah bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses sekolah bestari dikaji
dengan teliti dan disemak untuk memastikan sistem tersebut dibekalkan dengan input
yang tepat dan berfungsi menghasilkan output yang dikehendaki.
(v) Teknologi
(vi) Dasar
Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sekolah bestari, dasar dan peraturan yang
sedia ada perlu diubah.
Bilik darjah bestari mempunyai persekitaran yang ideal untuk belajar dengan bantuan
komputer. Berdasarkan kajian Triangle (1999, dlm Sukimin & Noor Hanim,2003) bilik
darjah bestari mempunyai setting yang berbeza. Pelajar-pelajar boleh akses kepada
maklumat bila-bila diperlukan. Bilik darjah bestari ialah tempat di mana pelajar-pelajar
mudah mendapat maklumat. Guru bukan lagi menjadi penyalur maklumat, tetapi lebih
kepada peranan sebagai fasilitator. Di antara ciri –ciri bilik darjah bestari ialah :-
1. Pelajar-pelajar mudah mengakses kepada komputer.
2. Keupayaan guru mengintegrasikan penggunaan komputer dalam bilik darjah.
3. Interaksi pelajar secara kolaborasi di dalam bilik darjah.
Persekitaran bilik darjah bestari adalah bersesuaian dengan Teori Piaget bahawa
pada tahap operasi konkrit, seseorang pelajar mempunyai kebolehan pemikiran secara
logik. Ini hanya akan berlaku sekiranya wujud persekitaran fizikal yang sebenar.
Komputer dalam bilik darjah adalah sebagai catalyst kepada pembelajaran kerana pada
tahap operasi konkrit. “ seeing is believing”. Malah menurut Gagne & Briggs (1982,
Sukimin & Noor hanim,2003) situasi pembelajaran bilik darjah harus berbentuk
kondusif.
Pada tahun 2002, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan
pemantauan kolaboratif pelaksanaan projek rintis sekolah bestari ke atas semua 87 buah
sekolah bestari di seluruh Malaysia untuk meninjau dan mengenal pasti beberapa aspek
berikut:
(i) sejauh mana sekolah telah melaksanakan projek sekolah bestari.
(ii) masalah yang dihadapi pihak sekolah dalam melaksanakannya.
(iii)keberkesanan pelaksanaan di sekolah-sekolah oleh pentadbir.
Hasil pemantauan kolaboratif yang telah dilakukan oleh KPM terhadap sekolah-
sekolah bestari di negeri Johor menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pembangunan
adalah paling tinggi, diikuti perancangan, pentadbiran, hubungan dengan komuniti,
kemudahan fizikal, penyeliaan P&P, pengurusan kurikulum dan kokurikulum. Tahap
pelaksanaan perisian pengurusan sekolah bestari adalah paling rendah.
Hj. A. Hamid Abu Hassan (1998) telah membuat kajian untuk mengenal pasti
keberkesanan guru. Analisis persepsi guru yang berkesan menunjukkan masalah utama
yang mereka kenal pasti ialah ialah: pertama, kelemahan penguasaan mata pelajaran
dan kurang minat di kalangan pelajar; kedua, kesukaran mengelola kerja kumpulan;
ketiga, kesukaran menggunakan teknologi dan alat bantuan mengajar; keempat,
perasaan meningkatnya beban kerja. Empat masalah utama yang dikenal pasti oleh guru
tersebut berkait dengan kekurangan pengetahuan dan kemahiran pada guru itu sendiri
serta kekurangan peralatan kemudahan dan sokongan.
Guru adalah tonggak sistem pendidikan dan agen perubahan. Justeru itu jika kita
ingin melahirkan generasi bestari, maka guru perlu membestarikan diri mereka sendiri.
Salleha (2002; Perkins 1992) menyatakan tiga ciri guru bestari iaitu:
Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa mencari maklumat dalam bentuk
fakta-fakta terkini, sentiasa melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi
sesama seperti dalam pendekatan generik contohnya pengajaran masteri, kontekstual,
konstruktisme, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan. Guru sentiasa
dapat menyesuaikan pengajaran mereka dengan kehendak pelajar yang mempunyai
kepelbagaian kecerdasan. Guru bestari juga mampu menghasilkan penggunaan modul-
modul pengajaran yang terkini serta mempu membina modul pengajaran selaras dengan
kemampuan dan tahap pencapaian pelajar.
Guru yang bermaklumat dan kemas kini mampu berkongsi maklumat dan
menggunakan ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan matlamat pengajaran, juga
dapat memainkan peranan menambah keperluan yang difikirkan penting atau
mengubahsuai modul-modul pengajaran yang boleh meningkatkan lagi tahap
pencapaian dan kemampuan berfikir pelajar-pelajar.
Guru bestari juga perlu mampu mengawal proses pembelajaran mengikut kebolehan
dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu serta sentiasa bermotivasi tinggi
untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap berupaya untuk
mencapai standard yang ditetapkan mengikut masa yang mereka sendiri tentukan.
Seterusnya, guru yang bermaklumat dan kemas kini sentiasa one step head dalam
menguasai teknologi ICT terkini serta mampu menghebahkan ilmu di kalangan rakan
sejawat supaya ilmu dan kemahirannya dapat dikongsi dan diguna pakai dalam
meningkatkan profesion dan martabat keguruan di kalangan masyarakat dan negara.
Guru-guru bestari adalah sentiasa bertenaga dan bersikap positif. Bertenaga dalam
konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan, pergerakan dan berfikir dan
sentiasa menjaga kesihatan pada tahap cemerlang, tidak kenal erti jemu dan sentiasa
berfikiran positif, inovatif dan proaktif, serta mempunyai moto ‘Kita Boleh’. Bertenaga
dalam konteks pedagogi adalah penyampaian dan pengkaedahan pengajaran. Guru
bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang
dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada
standard yang telah ditetapkan.
Guru bestari sentiasa memandang pelajar mereka mempunyai potensi yang tinggi
yang boleh dikembangkan dan dipertingkatkan tahap pencapaian mereka semaksimum
mungkin. Guru bestari tidak pernah memandang remeh dan rendah kemampuan dan
potensi pelajar mereka serta tidak pernah menidakkan kebolehan dan idea-idea pelajar
Guru bestari sentiasa bersifat penyayang, mereka melihat pelajar-pelajar sebagai satu
aset negara yang paling berharga yang perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab
dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berjaya dan
cemerlang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah
menjadikan negara maju tauhn 2020.
Guru bestari bersifat penyayang akan berfungsi sebagai pembimbing dan pemudah
cara juga bertindak menjadi penasihat dalam menagani sebarang masalah pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Setiap permasalahan yang dilontarkan oleh pelajar
mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani bukan sebagai beban
malah sebagai suatu peluang yang baik untuk guru tersebut memahami dan memberi
jalan terbaik melalui perbincangan dan berkongsi idea-idea bersama-sama supaya
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar mereka untuk diselesaikan masalah mereka
sendiri.
Guru bestari sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara masa kini dan
melaksanakan falsafah negara dalam menyediakan pekerja-pekerja mahir dalam
mengisi era Malaysia sebagai negara maju. Guru-guru ini sentiasa menyedari bahawa
kegagalan membentuk pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran bermakna akan
mengekang pembentukan generasi madani yang akan menerajui negara pada masa
depan.
Guru bestari akan menerima amanah membentuk dan melahirkan pelajar yang baik
dan cemerlang sebagai satu agenda utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan
kreatif untuk mencanai dan merangsang pelajar-pelajar ini supaya berjaya dengan
menggunakan segala kebolehan dan kewibawaan guru dalam mengilap, mengadun serta
meningkatkan potensi pelajar-pelajar ke tahap yang terbaik dalam menghasilkan
pekerja-pekerja mahir yang cemerlang, syumul dan berketrampilan menetapi acuan
yang dikehendaki.
Berdasarkan ciri-ciri guru bestari yang diperjelaskan, secara tuntasnya guru-guru bestari
mempunyai peranan-peranan yang berikut:
(i) Pemimpin yang konstruktivist
• Penggalak pembelajaran yang berpusatkan pelajar
• Pencetus pemikiran pelajar iaitu pembimbing di sisi seperti pendeta di atas
pentas
(ii) Pendidik yang inovatif dan kreatif
• Mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang
berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran
(iii) Mahir menggunakan teknologi multimedia sebagai alat kreatif dan inovasi
Malaysia kini mempunyai 7404 sekolah rendah dan 1794 sekolah menengah. Lebih
kurang 635 buah sekolah sedang mengikuti program Komputer Dalam Pendidikan dan
87 buah sekolah mengikuti progaram Sekolah Bestari ( Rohani, 2002). Rohani (1999)
menyatakan bahawa sekolah bestari bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran.
Dapatan yang sama juga didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom
Mohamad (2002) yang meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan
pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar dalam celik komputer di sekolah-
sekolah Negeri Johor. Kajian yang dijalankan secara tinjauan melibatkan 380 orang
guru di negeri Johor yang terlibat dalam program Komputer Dalam Pendidikan dan
sekolah bestari yang dipilih secara rawak berlapis. Hasil kajian menunjukkan peratusan
guru yang berada pada tahap kepuasan yang tinggi terhadap kepimpinan pengajaran di
(i) Kepimpinan
Penyelaras komputer yang dianggap pakar dalam ICT pun tidak mungkin memberi
impak kepada sekolah tanpa sokongan daripada pengetua. Pengetua seharusnya terus
berkuasa dalam menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah, dan melalui
bekerja dengan individu-individu lain di dalam sistem persekolahan akan mampu untuk
melibatkan mereka dalam proses perubahan. Oleh itu, pengetua seharusnya bijak untuk
mengambil hati guru-gurunya bila hendak membestarikan sekolah. pengetua juga boleh
bekerjasama dengan penyelaras ICT untuk memastikan polisi ICT sekolah dilaksanakan
dengan sempurna. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi
menjayakan projek pembestarian sekolah.
Polisi diperlukan untuk menjelaskan tentang idea budaya ICT yang ingin
diperkenalkan, visi kepimpinan sekolah, dan tindakan yang dijangka dilakukan oleh
guru-guru dan pelajar-pelajar. Guru-guru perlu dilibatkan dalam penggubalan polisi ini.
Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya
apabila tahap kepakaran guru-guru meningkat. Ketrampilan pelajar akan berubah
apabila mereka kerap menggunakan komputer di rumah. Polisi ICT dirangka
berdasarkan matlamat, polisi dan perancangan sekolah; pandangan daripada ibu bapa
dan wakil-wakil komuniti; polisi Pejabat Pelajaran Daerah dan Sokongan yang akan
Satu kajian yang telah dijalankan di Australia (Gurr 2000) bagi mengenal pasti
perubahan pada pengetua dan guru besar dalam bidang-bidang seperti kepimpinan,
tuntutan dalam menjalankan tugas, akauntabiliti, pengurusan sumber manusia,
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan komunikasi, kuasa dan perancangan
apabila ICT diperkenalkan dalam sistem sekolah. Gurr (2000) dalam kajiannya telah
mendapatkan persepsi 21 orang pengetua dan guru besar mengenai kesan teknologi
dalam sembilan perkara berikut: penggunaan software, penggunaan teknologi
(hardware), penggunaan teknologi kerja-kerja jaringan (networks) pengajaran dan
pembelajaran, kerja bersama staf, hubungan dengan Kementerian Pelajaran,
perkembangan profesional pengetua dan guru besar dalam teknologi, kualiti personel,
dan kesan terhadap staf pejabat kepada kerja pengetua dan guru besar.
Penentuan Sasaran
Sasaran kerja adalah fokus untuk merancangkan perubahan dan untuk memantau
kemajuan matlamat individu dan institusi. Target yang berfokus kepada hasilan,
lazimnya lebih jelas daripada yang berfokus kepada proses-proses seperti pelaksanaan
polisi, pendekatan yang digunakan oleh guru dan aktiviti pelajar. Lawley (1999)
menyatakan penentuan target perlu memenuhi lima ciri mengikut akronim SMART
iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik
(realistic) dan berkaitan dengan masa (time-related).
Terdapat beberapa prinsip untuk pembestarian sekolah (Mohammed Sani & Mohd
Jasmy, 2003):
Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam ICT,
ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap
pembelajaran yang hendak dicapai.
Sesebuah kelas yang berkebolehan dalam ICT adalah merupakan satu kombinasi
yang terdiri daripada :-
• Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada
pelajar-pelajar.
• Pelajar-pelajar yang terpaksa menggunakan ICT yang mereka merasai bahawa
penggunaan ICT banyak memberi manfaat kepada diri masing-masing
• Sumber yang mudah didapati sama ada di dalam kepas atau di sudut yang
berdekatan.
Guru-guru dikehendaki menghubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik
komputer dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik mata pelajaran.
Peranan Ketua-ketua Bidang adalah penting untuk membina sepasukan guru dalam
penggunaan ICT di bilik-bilik darjah. Guru-guru seharusnya mampu menggunakan ICT
dalam menganalisis data yang berkaitan dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ketua-ketua
Bidang perlu menyediakan rancangan persediaan mengajar yang meliputi penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk disebarkan kepada guru-guru yang
berkenaan di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka juga perlu bekerjasama
dengan kordinator-kordinator ICT untuk menghasilkan bahan-bahan ini.
Teknologi maklumat merupakan salah satu daripada alat untuk mencapai objektif
Sekolah Bestari. Justeru itu guru-guru bolehlah menggunakan Teknologi Maklumat
(komputer) ini sebagai pemangkin untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis pelajar.
Dengan penggunaan Teknologi Maklumat (komputer) banyaklah perisian komputer
akan digunakan. Di antaranya Excel, Grafic Calculator, Geometer's Sketchpad dan
Internet yang akan digunakan untuk mencapai objektif Sekolah Bestari.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada bagi membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria
tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru,
pelajar dan ibu bapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian
Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan disamping menjamin mutu
maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat. Ia menjurus
kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian humulatif
pelajar, tetapi juga terbuka untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses
dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengjaran dan pembelajaran. Pihak
pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti
yang lebih bermakna, menjimatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik
kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pertadbir
profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat
sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu
daripada ibu bapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka
dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi
sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan
suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni, serta menggunakan
dan mengurus teknologi dengan sesuai dan cekap. Proses dalamannya perlu
diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input
yang sdesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk
melanjutkan atau penyertaan yang aktif dan produktif dim kalangan tenaga kerja.
Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem
persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik
dengan bantuan teknologi.
Kesimpulan
Kewujudan Sekolah Bestari akan melahirkan generasi yang mampu menangani masa
depan khususnya dalam kepesatan penggunaan teknologi maklumat. Namun demikian
adalah agak sukar untuk mencari satu model khusus sekolah bestari yang sesuai dengan
aspirasi negara dari mana-mana negara. Kita hanya boleh membentuk sekolah mengikut
acuan sendiri asalkan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Malah menurut Ted
Sizer :
We believe that good people with the right idea can fashion a school that will
meet particular needs of the community. (Fiske,1991).
Dunia berkembang dengan pesat, sekolah tidak ada pilihan melainkan terpaksa
menerima fenomena ICT dan menjangkakan guru-guru dapat menguasai dengan cepat
ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan ke dalam P & P di bilik darjah. Di samping
itu, peranan pengetua perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketrampilan dalam
ICT bagi memberi dorongan dan membimbing guru serta pelajar dalam proses
pembestarian sekolah. Dengan adanya kerjasama dan persediaan semua pihak, mudah-
mudahan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 nanti.
RUJUKAN
Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003).Applications Of The Smart
School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis
2003.m/s
1-10.
Fazli Abdullah.(22hb Julai 2003). 300 lagi Sekolah Bestari Akan Dibina. Berita
Harian.
Fiske,Edward B.(1991).Smart School, Smart Kids. New York : Simon & Schuster.
Fullan, M. 1991. The New Meaning of Education Change. 2ed. London: Cassell.
Hazani bin Che The.(1997) Guru Bestari Sekolah Bestari. Pengurusan Kemahiran
Belajar Ke Arah Pembentukan Guru Dan Sekolah Bestari.Bestari Koleksi Guru
Johor.m/s1-6. Johor : UMIDA Industries Sdn Bhd.
Mohd. Majid Konting. 1998. Sekolah Bestari Dan Pengalaman KBSM: Implikasi
Kepada Profesion Pengurusan. Jurnal Pendidikan PKPSM. Julai, Bil 3. m.s. 27-
37.
Salleha bt Salleh. 2002. Pembestarian Guru. Guru SMKA: Satu Cabaran dan Harapan.
Jurnal Pendidikan PKPSM. Jun, m.s.8-11.
Sukimin Juki & Noor Hamin Rahmat.(2003). Studying In A Smart School : What Do
The Students Think ? Jurnal BTP Siri 5.Dis 2003. m/s 51-58.