You are on page 1of 16

BENTUK-BENTUK

BAHAN
PENGAJARAN
KESUSASTERAAN
MELAYU:
RASIONAL
PEMILIHAN DAN
AKTIVITI
PENGAJARAN
1.0 PENGENALAN

Pada asasnya sebagai guru sastera, perkara yang utama bagi setiap kita ialah
bagaimana mengajarkan kesusasteraan agar dapat meninggalkan kesan yang positif
terhadap pelajar, dan seterusnya terhadap masyarakat seluruhnya. Ini bolehlah
dianggap sebagai penentuan matlamat untuk amalan P&P pendidikan kesusasteraan.
Namun secara empirikal, setiap pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan biasanya
mesti mempunyai matlamat tersendiri. Matlamat tersebut adalah meninggalkan kesan
yang positif mengikut anggapan guru dan pendidik secara individu yang biasaya
menguasai pendapat-pendapat tentang cara kesusasteraan diajarkan.

Dilema yang utama yang dihadapi oleh guru yang mengajarkan kesusasteraan
semasa meghadapi kelas ialah tentang bahan yang bersangkutan dengan subjek
tersebut. Kekesanan pengajaran bergantung sebahagian besar kepada:

i. Bahan yang diajarkan tepat


ii. Pandai guru memilih
iii. Pandai guru menyesuaikannya.

Keberkesanan sukar dicapai kerana secara totalnya ia bergantug kepada bahan,


pemilihan dan penyesuaian.

Sebelum kita menelusuri lebih jauh lagi tetag mauduk tugasan ini, terlebih dahulu
akan diperjelaskan konsep mengenai tiga aspek utama, iaitu bahan, kesusasteraan dan
pengajara kesusasteraan. Apabila tiga aspek ini jelas, maka perbicagan kertas kerja
ini akan tepat pada sasarannya.

1.1 Bahan Pengajaran

Bahan membawa pengertian yang luas. Dalam bilik darjah ia bermaksud guru
atau pengajar. Bahan pegajaran pula boleh bermaksud buku teks, buku rujuka atau
bahan-bahan yag disebut dalam sukatan pelajaran yang boleh membantu guru dalam
pengajaran. Bahan-bahan tersebut boleh juga merujuk kepada bahan-bahan yag
bukan bertulis yang membantu guru secara langsung atau tidak langsung, seperti
papan putih, slaid, OHP, Komputer, LCD dan seumpamanya.

Bahan pengajaran yang dimaksudkan di sini ialah bahan sastera yang digunakan
untuk dijadikan bahan pengajaran sastera di sekolah.
1.2 Kesusasteraan

Memang wujud pelbagai pengertian diberikan kepada kesusasteraan, di sini


penulis menanggap kesusasteraan ini adalah sebahagian daripada kebudayaan dan
merupakan cabang seni. Maka itu kesusasteraan ialah seni pengucapan lewat bentuk
dan kata-kata ( A.Wahab Ali, 1992: 5). Sebagai hasil seni, kesusasteraan tetap
mempunyai fungsi, sama ada fungsi sosial mahupun fungsi seninya. Fungsi sosialnya
berbagai-bagai, sebagai wahana sosial: mendidik, megkritik, propaganda, moral,
pemikiran dan sebagaiya. Fungsi seniya pula, antara lain sebagai alat pegucapan si
sasterawan dan sebagai alat penghibur. Justeru, dalam pendidikan, kesusasteraan
mempunyai dua keperluan utama: pertama, keperluan mengukuh dan meyuburkan
rasa kemanusiaan; kedua, keperluan menilai hasil seni. Keperluan pertama merupakan
kegiatan yang mengarah kepada pemahaman isi atau makna sastera; keperluan kedua
kea rah konsep seni sebagai satu bentuk ( Mohammad Kassim Ismail, 1992: 2). Tidak
akan menjadi karya seni, sesebuah karya sastera itu, melainkan karya itu mesti bernilai
estetik.

Istilah kesusasteraan atau sastera, kita maklum, merujuk kepada karya-karya


lisan dan juga tulisan, yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui
seni bahasa serta pelbagai alatannya ( Muhammad Hj.Salleh, 2000: 11).

1.3 Pengajaran

Pengajaran dalam istitusi formal merupakan usaha menanam ilmu (pelajaran).


Orang yang cukup mendapat pelajaran di sebut orang terpelajar. Orang terpelajar,
orang yang terlatih berfikir. Pengajaran memerlukan bahan dan latihan. Pegajaran yang
mengandung latihan memerlukan aktiviti dan cara berfikir yang teratur dan kreatif.
Sasaran pengajaran ialah fikir manakala unsur pengajaran pula menjadi bahan
pegetahuan. Orang terpelajar dilihat dari ilmu dan buah fikirannya. Oleh hal yang
demikian fungsi pengajaran adalah membentuk cendikiawan.

1.4 Pengajaran Kesusasteraan

Pengajaran kesusasteraan adalah segala yag berkaitan dengan proses mengajar


pelajar sekolah bagi menimbulkan kefahaman dan minat yang berkekalan terhadap
penikmatan dan penciptaa seni sastera. Dalam proses megajar itu terselit usaha-usaha
menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam karya sastera sesuai dengan
keperluan membangun manusia menurut acuan yang diperlukan sesebuah masyarakat
yang melahirkan sastera itu.
Oleh sebab anggapan asas bahawa sastera haruslah diajari dan tak mungkin
dipelajari sendiri, maka kedudukan dan peranan guru dalam membentuk dan menjiwai
pelajar-pelajarnya dalam karya-karya sastera adalah penting.

2.0 BENTUK-BENTUK BAHAN PENGAJARAN YANG SESUAI BAGI


KESUSASTERAAN MELAYU

Secara terinci, bentuk bahan pendidikan Kesusasteraan Melayu bakal disajikan kepada
para pelajar haruslah sesuai dengan tingkat kemampuan pelajar pada suatu tahap
tertentu. Justeru pengklasifikasiannya, antara lain harus berdasarkan tingkat
kesukarannya dan kriteria-kriteria lainnya bagi mencapai kejayaan. Oleh yang
demikian, pemilihan bahan sastera perlulah dilakukan dengan tepat, dengan
memberikan beberapa pertimbangan yang wajar, relevan dan saksama dari segi
kebahasaan, kematangan jiwa dan latar kebudayaan para pelajar itu sendiri.

Belum lama dahulu, tentu masih segar dalam ingatan kita pemilihan bahan
komsas Tingkatan Lima bagi Zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri
Sembilan), iaitu novel Interlok telah menimbulkan kontroversi, kononnya menyentuh
sensitiviti kaum India. Terdahulu, beberapa tahun sebelum itu, tercetus rasa tidak
senang terhadap bahan mengajarkan Kesusasteraan Melayu pada tahap SPM, iaitu
Hikayat Umar Umaiyah, cerpen “Sebuah Pekan Bernama Semporna” sering menjadi
perbincangan hangat dalam seminar, akhbar dan majalah dan banyak meimbulkan
masalah dalam kalangan guru sastera, tentang seperangkat nilai moral yag murni dan
non-murni.

Pemilihan bahan menurut konsep intra-region mungkin dapat mengelak


masalah ‘nilai-nilai yang bercanggah’ di antara objektif pihak penggubal kurikulum
dengan fakta dan maklumat sebenar yang terdapat secara intrinsik dan heuristik pada
karya-karya yang dipilih untuk penelitian dan kajian.

2.1 Pemilihan Bahan

Bahan pengajaran sastera yang hendak disampaikan kepada para pelajar


mestilah dipilih, disusun, dikawal dan diperingkatkan. Hal ini amat penting kerana
penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran tidak akan menimbulkan sebarang
masalah (Kamaruddin Hj.Husin, 1988: 21). Bahan tersebut merupakan hasil pemikiran
yang menggunakan bahasa yang indah dan kreatif, kaya dengan pelbagai maklumat
berhubung dengan moral, kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang mencerminkan
pemikiran dan budaya sesuatu masyarakat.

Proses mempertingkatkan hasil-hasil kreatif, mestilah diutamakan dan


dilaksanakan walaupun hasil ekonominya tidak ketara, tetapi dalam jangka waktu cukup
panjang, khazanah sastera akan mencerminkan tahap tamadun bangsa yang
sebenarnya kerana setiap karya sastera adalah milik bangsa dan Negara (Sahlan
Mohd. Saman, 2002: 250).
Bentuk-bentuk bahan pengajaran sastera yang sesuai digunakan oleh guru yang
mengajarkan Kesusasteraan Melayu, ialah novel, cerpen, puisi moden, cerita klasik,
puisi tradisional dan sebagainya. Bahan pengajaran yang dipilih haruslah dapat
mendorong perkembangan pelajar supaya aktif sesuai dengan kehendak, dapat
mengembangkan minat serta menepati kurikulum dan mengikut model yang ditetapkan
oleh pihak tertentu.

Pemilihan bahan perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa perkara


secara menyeluruh yang perlu dilihat dari tiga aspek, iaitu:

a. Padangan guru Kesusasteraan Melayu.


b. Kemampuan pelajar, yang bergantung pada umur, tingkat kesedaran,
pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
c. Selain menyeronokkan, adakah karya sastera itu sesuai untuk mengajarkan
Kesusasteraan Melayu?

2.2 Bahan Novel

Bentuk bahan yang paling sesuai dan amat bermanfaat. dalam mengajarkan
Kesusasteraan Melayu ialah novel. Novel boleh menarik minat pelajar untuk menilai
masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Lutfi Abas (1987: 1) meggariskan
beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran. Antaranya:

a. Bahan sastera seperti novel dapat memberikan keseronokan kepada pelajar.


Hal ini demikian kerana novel ialah karya yang indah dan mempuyai huraian
tentang hal-hal yag aeh dan ajaib yang telah disuse dalam keselarasan yang
jitu dan sekaligus memberi hiburan kepada pelajar.
b. Novel juga boleh digunakan untuk mengajarkan Kesusasteraan Melayu
mengikut peringkat yag sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan
peringkat kesukaran pelajaran. Mengikut Prof. Madya Dr. Ramli Isin (1992: 8)
kesesuaia sesebuah novel itu untuk dijadikan bahan pengajaran
kesusasteraan bergantung kepada bahawa novel-novel itu benar-benar
mempunyai unsur-unsur kemanusiaan dan nilai akhlak yang tinggi dan boleh
membentuk sahsiah atau keperibadian mausia untuk menjadi insan yang gan
mulia dan keperibadian manusia untuk mejadi insan yang mulia dan bercita-
cita tinggi dalam membina serta memajukan bangsa dan negara dengan
berlandaskan kebenaran dan kejujuran sejati. Hal ini bertepatan dengan
Falsafah Pedidikan Kesusasteraan Melayu yag ternukil dalam Sukatan
Pelajaran Kesusasteraan Melayu yang berbunyi :

“Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysiabertujuan


untuk menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan
jati diri, menyuburkan budayabangsa, dan memupuk sikap
ke arah pembiaan insan bestari.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003: ix)

2.3 Bahan Cerpen

Cerpen ialah bentuk cereka naratif yag pendek dan padat tetapi mampu
mengungkapkan persoalan da keindahan. Ini dapat dilakuka dengan berkesan melalui
dua daya kuasa utama, iaitu penghematan dan saranan. Kedua-dua ini menjadi
penyebab yang paling penting untuk menjadikan cerpen sebagai salah satu sumber
maklumat yang kaya (Hashim Awang, 1992: 1).

Dari penegasan konsep cerpen di atas, kita dapat melihat cirri-ciri keistimewaan
yang membolehkannya menjadi bahan pengajaran yag baik. Satu daripadanya ialah
cerpen merupakan hasil sei yag terucap dalam bentuk paling ringkas dan padat. Pada
cerpen terdapat unsur-unsur pegawalan dan pengkhususan yang amat ketara. Cerpen,
dengan demikian amat peka dalam melaksanakan pemilihan dan pengawalan terhadap
bahan serta pegolahannya sehingga pembentukannya menjadi begitu seni dan indah.

Dari ciri keistimewaan yang pertama tadi, cerpen dapat memberikan manfaat
yang bukan sedikit kepada para pelajar. Mereka dapat melihat cara cerpen mengawal
pemilihan dan pengisahan unsur-unsur dalamannya: watak, plot, latar dan tema. Tiap
satunya pasti dikawal supaya berkaitan dan berfungsi bukan sahaja untuk melahirkan
cerita, tetapi juga keindahan dan maknanya. Hal ini secara tidak langsung dapat
memberi kesan mewujudkan sifat pegawalan (disiplin) dan pemilihan pada diri pelajar.

Cerpen tidak diizikan untuk ditulis dalam jumlah perkataan yang tanpa batas
seperti yang dilakukan oleh bentuk novel (Hashim Awang, 1992: 3). Tiap perkataan
harus berperanan untuk memperjelaskan dan menghidupkan gambaran, supaya jumlah
kata-kata yang dipakai menjadi berpadanan dengan keseluruhanjalan cerita dan
persoalan yag terungkap. Tiada satu pun kata-kata yang dapat terbuang sehingga
berlakunya pembaziran atau pemborosan.

Di sini, cerpen dapat menunjukkan kepada para pelajar tentang kepentingan dan
keberkesanan dalam segi penghematan atau penjimatan. Cerpen mengajarkan cara
memilih perkataan yang betul dan padat utuk menjelaskan sesuatu dengan tepat dan
berkesan.

Dari cirri iilah seterusnya cerpen dikatakan boleh dengan berkesan memandu
pelajar kea rah mewujudkan sifat prihatin terhadap kata-kata yang diucapkan dalam
percakapan atau yang digunakan dalam penulisan.

2.4 Bahan Puisi


Sehubungan dengan bahan ini, Sering ditegaskan, bahawa bahan puisi yang
baik dan tepat adalah menjadi sebahagian daripada faktor keberhasilan tujuan
pendidikan dan pengajarannya ( Sumardi dll., 1985: 20). Penegasan demikian bererti,
betapa pentingnya ketelitian, kecekapan serta keahlian dikuasai oleh para guru dalam
proses pemilihan bahan. Penggunaan bahan puisi sebagai bahan pengajaran
Kesusasteraan Melayu telah terbukti dapat membentuk perubahan dalam diri pelajar.
Melalui pembacaan karya puisi pelajar dapat menikmati serta menghayati
kesusasteraan Melayu struktur bahasa yang indah. Selain itu, puisi dapat memupuk
rasa cinta pelajar kepada tanah air. Untuk mencapai matlamat pemupukan nilai-nilai
kewarganegaraan, bahan pengajaran puisi dapat membina kemuliaan sikap hendaklah
diutamakan (Kamaruddin Hj.Husin dan Siti Hajar Ab.Aziz, 1999: 106).

Sebagai hasil budaya dan masyarakat yang bertaraf tinggi, puisi dapat
digunakan sebagai bahan pengajaran bagi mendidik jiwa masyarakat, khususnya
pelajar-pelajar dengan nilai seni sastera dan nilai budi masyarakatnya. Sastera
khususnya puisi, dapat memainkan peranan secara tidak langsung menanam nilai-nilai
akhlak murni dalam memanusiakan seseorang pelajar, ia dapat mengimbangi diri di
dalam menghadapi pengaruh kebendaan di dalam kehidupan yang makin mencabar
(Shafie Abu Bakar, 1992: 16).

2.5 Bahan Drama

Apa yang menjadi hasrat kita ialah drama yang dikatakan hasil kreatif itu dapat
melahirkan pelajar yang kreatif juga pelajar yang hidup pada zaman ini secara kreatif
dapat menguasai zamannya, mengiktibar masa lampau dan megenal masa
hadapannya (Mana Sikana, 1992: 7). Genre ini mempunyai keunikan cirri-ciri yang
boleh menjadikannya bahan pengajaran yang baik serta mampu menanam kesedaran
dalam kalangan pelajar terhadap unsur dan nilai kemanusiaan selaras dengan
kehendak pedidikan Kesusasteraan Melayu.

Dalam masa beberapa tahun belakangan ini, semakin jelas bahawa drama
dapat membantu guru mewujudkan pengajaran bahasa dan sastera yang menarik dan
menggembirakan. Melalui drama, guru dapat membantu pelajar-pelajar meggunakan
kemahiran bahasa dan mengajar mereka tentang bahasa dan kesusasteraan sebagai
sesuatu yang hidup.

Drama dapat membina nilai-nilai utama dalam kehidupan, membentuk suatu


budaya untuk menciptakan sesuatu yang baru. Inilah sebenarnya teras, falsafah dan
nilai pendidikan drama. Di sinilah letaknya peranan drama dalam alam pendidikan kita,
di mana kita dapat menggunakannya untuk pendidikan kesenian, kebajikan dan hidup
bekerjasama dalam masyarakat. Ia dapat menyokong peggunaan berbagai-bagai
kepandaian dan kemahiran seperti bahasa, kesusasteraan, bercakap dengan irama,
menghafal, menghilangkan tabiat malu, pelajaran gerak-irama, menyanyi,
menyesuaikan kata dengan fikiran, rasa dan tenaga dan berbudi bahasa (Azman Wan
Chik, 1981: 88).
Rahmah Bujang (1980) telah meyenaraikan tujuan pengajaran drama di bilik
darjah adalah antara lainnya seperti berikut:

a. Melatih dan membekalkan murid ke arah mempercayai kebolehan/bakat diri


sendiri (berdikari).
b. Melatih dan membekalkan murid ke arah pembentukan pemikiran yang lebih
aktif dan kreatif.
c. Membina kesedaran murid bahawa mata pelajara yang diajar di sekolah itu
adalah saling berkait satu sama lain.
d. Membantu menambahkan lagi daya pemikiran murid-murid yang lemah dan
mempermajukan lagi daya pemikiran murid yang cergas.
e. Melatih murid mengamati penggunaan segala pancaindera mereka dengan
baik.

Potensi drama sebagai bahan pengajaran Kesusasteraan Melayu adalah amat besar.
Melalui drama dapat disalurkan aspek-aspek budaya yang lain dan ia lebih senang
diterima oleh masyarakat kerana ia menyentuhi keperluan asas mereka tanpa
memerlukan sebarang kebolehan yang kompleks. Justeru saluran ini haruslah
dipergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu melalui sistem pengajaran dan
pembelajaran.
3.0 RASIONAL PEMILIHAN BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN
KESUSASTERAAN MELAYU

Kenikmatan yang tinggi dan murni adalah kenikmatan yang dicapai melalui pemahaman
yang mantap terhadap kesusasteraan. Oleh kerana pemahaman diperlukan, maka
kesusasteraan harus dipelajari. Demikian maka kesusasteraan mejadi satu bahan
pengajaran yang penting. Rasional pemilihan bahan sastera dalam pengajaran dapat
memberi beberapa kebaikan kepada pengembangan ilmu para pelajar antaranya:

a. Bahan sastera boleh memberi inspirasi. Hal ini demikian, kerana bahan
tersebut boleh memupuk dan membina prihatin manusia kerana ia menyatakan
perasaan dan membawa pembaca kepada emosi yang mendalam tentang watak
dalam sesebuah karya.

b. Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai
potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami
kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera boleh
membantu kanak-kanak dalam pembinaan sahsiah (Borhan Md.Zain, 1992: 2).

c. Bahan sastera juga merancang juga merancang pembaca menigkatkan


kebolehan empatik dan kreatif.

d. Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang


berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.

e. Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, mententeramkan


keadaa huru-hara, menerangkan yag gelap dan mencadangkan alteratif untuk
mengatasi masalah.

f. Bahan sastera mampu menyerlahkan fungsionalnya sebagai mewakili tamadun


bangsa sejajar dengan warga dunia yang lain. Khazanah sastera yang tersimpan
dalam dokumentasi yang membanggakan bangsa Melayu adalah bukti yang
tidak boleh dinafikan.
4.0 HURAIAN SATU CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN KESUSASTERAAN YANG
KREATIF DAN INVATIF

Tajuk : Cerpen
Perkara: Mengkaji Cerpen “Kunang-kunang” oleh Zahari Affandi
Tingkatan: 4
Masa: 40 minit

4.1 Pendahuluan

Pelajaran ini bertujuan untuk memperdekatkan lagi para pelajar denan hasil-hasil
peulisa karya Sastera Melayu yang berbentuk cerpen. Dengan pelajaran ini diharapkan
pelajar-pelajar akan dapat ditanamkan dengan semangat suka membaca, terutama
cerpen. Dalam pelajaran ini para pelajar adalah diharapkan supaya lebih tertumpu
kepada aspek peghayatan dan menikmati keseluruhan karya tersebut.

Para pelajar tidak akan merasa terlalu bosan dengan teknik ini kerana dapat
menghayati cerpen tersebut secara keseluruhan. Walaupun demikian, adalah
diharapkan pelajar secara tidak langsung dapat memahami aspek-aspek struktural
seperti tema, plot, dan perwatakan serta juga gaya bahasa di dalam sesebuah cerpen.

4.2 Pendekatan

Pendekatan yang digunakan adalah gabungan antara pendekatan mengalami-


menghayati dengan pedekatan struktural. Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan
adalah lebih bermiripkan pendekatan mengalami-menghayati daripada struktural.

Pedekatan mengalami-menghayati digunakan di sini sebagai satu pedekatan


yang melibatkan kegiatan pelajar secara lebih aktif di dalam kelas (Azman Wan Chik,
1981: 85). Mereka digalakkan untuk meikmati sesebuah karya itu dengan melakukan
sendiri peranan yang dimainkan oleh watak utamanya dengan berpandukan kepada
pengalaman sendiri serta juga penghayatan karya. Mereka juga digalakkan member
pandangan atau pedapat tentang sesuatu watak atau peristiwa tertentu yang menarik
atau menimbulkan minat mereka di dalam cerpen tersebut.

Di sampig itu, diselitkan juga, unsur-unsur pengajaran moral da nasihat. Aspek


bahasa juga tidak dilupakan bersesuaian dengan matlamat pelajaran Kesusasteraan
Melayu untuk memperkayakan pemebelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4.3 Langkah-langkah
Set induksi atau pendahuluan dipersembahkan dengan mengajak para pelajar
berbincang dan megemukakan pedapat mereka tentang seseorang yang mereka
sayangi di dalam keluarga mereka, bertujuan supaya murid-murid dengan cepat
tertarfik kepada persoalan utama yang akan dibincangkan seterusnya di dalam cerpen
“Kunang-kunang” karya Zahari Affandi. Di dalam pelajaran ini guru telah meyediakan
tiga bahan rakaman yang merupakan dialog atau lakonan. Dialog-dialog ini diambil
daripada ceroen itu sendiri. Dengan adanya bahan-bahan rakaman ini, para pelajar
akan lebih bermiat untuk medengar serta dapat pula dengan mudah megingati kembali
peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam cerpen tersebut. Di sini tidak sahaja
diguakan pancaindera mata dalam meghayati sastera tetapi juga pendengaran.
Adalah diingatkan, bahawa para pelajar telah membaca cerpen ini di rumah setelah
diarahkan oleh guru terlebih dahulu.

Bahan rakaman 1 dieperdengarkan dan para pelajar diarahkan mendengarkan


apa yang dibualkan oleh watak-watak yang terlibat. Selain itu pelajar juga digalakkan
untuk menyelami perasaan watak-watak yang terlibat. Para pelajar akan ditanya
tentang perasaan mereka setelah mendengar bahan rakaman.

Bahan rakaman 2 yang telah disediakan merupakan dialog-dialog yang bernada


sedih dan merayu. Jika pelajar turut terharu setelah medengar rakaman tersebut, guru
akan bertanya pula mengapa boleh berlaku demikian. Dalam hal ini para pelajar bebas
untuk melahirkan pendapat-pendapat mereka sendiri berdasarkan pegalaman mereka
tentang perkara yang hampir menyerupai peristiwa yang terjadfi dalam dialogtersebut.

Para pelajar juga digalakkan untuk mengenali sesuatu watak itu melalui sifat dan
peribadinya. Mereka juga digalakkan memberi pandangan mereka sama ada bersetuju
atau tidak megenai sifat-sifat watak di dalam cerpen tersebut. Guru akan membuat
rumusan supaya para pelajar lebih jelas mengenai perkara yang telah dibincangkan.

Bagi rakaman 3 juga diperdengarkan kepada pelajar dan seperti biasa


diarahkan agar mereka member perhatian terhadap perbualan dan watak-watak yang
terlibat. Setelah itu pelajar disoal mengenai topic perbualan dialog dan diminta
memberikan pandangan mereka sendiri.

Langkah seterusnya setelah pelajar faham dan menikmati keseluruhan cerita


dari awal hingga akhir ialah guru akan menyoal pelajar tentang aspek-aspek cerpen
kunang-kunang berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut. Guru bertanya sama ada
cerpen yang diperkatakan itu menarik atau sebaliknya. Adalah dijangkakan pelbagai
jawapan yang akan diberikan oleh murid-murid dan setiap jawapan akan dituruti oleh
alasan-alasan mereka masing-masing.
Selanjutnya guru aka menanyakan megenai persoalan dan tema cerpen tersebut
sama ada menarik atau tidak.

Guru membuat satu kesimpula sebagai penutup untuk mengakhiri pelajaran.


Guru juga mengarahkan para pelajar agar membuat catatan mereka sediri di rumah
dengan tumpuan kepada aspek-aspek yang menarik tentang plot, tema, bahasa watak
dan juga persoalan.

4.4 Kerja-kerja Lanjutan/Tambahan

1. Dalam pelajaran ini para pelajar boleh diarah membuat dialog-dialog mereka
sendiri dan cuba berlakon di hadapan kelas. Lakonan pelajar ini boleh
dirakamkan, setelah itu boleh dimainkan semula untuk diperdengarkan kepada
kelas.
2. Pelajar juga boleh diarahkan membuat sebuah cerpen lain yang sederhana
panjangnya dengan tema yag hamper sama.
3. Pelajar juga boleh diminta menceritakan (secara lisan) akan kesan-kesan atau
pengalam diri yang mungki berkaitan dengan cerpen yang telah dipelajari itu.
4. Pelajar juga boleh menceritakan kesan-kesan atau peristiwa yang menarik
minat mereka dalam cerpen tersebut.
5. Untuk menimbulkan minat supaya para pelajar membaca cerpen tersebut
terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas, guru boleh menimbulkan minat
terhadap latar belakang cerpen tersebut yang boleh membangkitkan keinginan
membacanya. Ini boleh juga digunakan bagi cerpe-cerpen yang lain.
5.1 KESIMPULAN

Bahan sastera mempunyai kuasa untuk memberi kesan terhadap sikap dan
kepercayaan. Justeru pengkaji dengan penuh keyakinan menegaskan bahawa
dengan mengenengahkan bahan-bahan sastera pasti dapat membuka dan
menimbulkan minat para pelajar medekati dan mempelajari sastera. Sastera juga
mewariskan persoalan tentang kebijaksanaan manusia ‘wisdom of mankind’ .
Melalui karya seperti ini para pelajar boleh dididik tentang pengertian kehidupan
dalam hubungan manusia dengan alam dan dengan manusia lainnya atau
hubungan manusia dengan khaliqnya.

Sehubungan itu, dalam pengajaran sastera harus ada kelainan dan kesan yang
unik. Persediaan (input), proses dan hasilan (output) pengajaran dan pembelajaran
perlu diberi pertimbangan yang sama. Guru harus bersifat kreatif, kritis dan inovatif
dalam melaksanakan dan menyesuaikan teknik-teknik pembelajaran mengikut
keperluan dan kesesuaiannya. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat interaktif dan aktif dalam penggunaan bahan-bahan sastera yang
melibatkan aspek kognitif dan afektif pelajar, maka pengajian Kesusasteraan
Melayu akan lebih bermakna dan benar-benar mencakupi hasrat Falsafah
Pendidikan Negara kita. Tidak dapat diafikan bahawa sastera “is a powerful tool”
untuk menggalakkan perkembangan setiap insan dengan meyeluruh.
BIBLIOGRAFI

A.Wahab Ali. (1992). “Pendidikan Kesusasteraan Ke Arah Wawasan 2020: Bahan


Kesusasteraan Novel.” Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan
Kesusasteraan. Anjuran Jabatan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor: 30 Januari – 1 Februari .

Azman Wan Chik. (1981). Prinsip Dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Borhan Md.Zain. (1992). “Penggunaan Unsur Sastera Dalam Pendidikan Bahasa.”


Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan. Anjuran
Jabatan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, Serdang,
Selangor: 30 Januari – 1 Februari.

Hashim Awang. (1992). “Keistimewaan Cerpen Sebagai Bahan Pendidikan


Kesusasteraan.” Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan
Kesusasteraan. Anjuran Jabatan Bahasa Fakulti Pedidikan Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor: 30 Januari – 1 Februari.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya:


Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamaruddin Hj.Husin dan Siti Hajar Ab.Aziz. (1999). Kesusasteraan dan


Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kesusasteraan


Melayu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mana Sikana. (1992). “Satu Candra Pengukuhan Budaya Drama.” KERTAS Kerja
Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan. Anjuran Jabatan Bahasa
Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor : 30
Januari - 1 Februari.

Mohammad Kassim Ismail. (1992). “Perkaedahan Pendidikan Kesusasteraan.”


Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan. Anjuran
Jabatan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, Serdang,
Selangor: 30 Januari – 1 Februari.

Mohd Khalid Taib. (1992). “Pemilihan Bahan Untuk Kesusasteraan Dari Sudut
Disiplin Perbandigan Dan Jangkaan Pendidikan Di Malaysia Abad Ke-21.”
Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan. Anjuran
Jabatan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia Pada
30 Januari – 1 Februari.

Muhammad Hj.Salleh. (2002). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang. (1980). Drama Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : Universiti


Malaya.

Ramli Isin. (1992). “Novel : Kesesuaiannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Di Sekolah-sekolah.” Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan
Kesusasteraan. Anjuran Jabatan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor : 30 Januari – 1 Februari.

Sahlan Mohd. Saman. (2002). Pengajian Melayu Dalam Konteks Kesusasteraan


Bandingan. Bangi : Persatuan Penulis Selangor.

Shafie Abu Bakar. (1992). “Falsafah dan Puisi Klasik”. Kertas Kerja Seminar
Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan. Anjuran Jabatan Bahasa Fakulti
Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor : 30 Januari – 1
Februari.

Sumardi dll. (1988). Pedoman Pengajaran Apresiasi Puisi. Jakarta: Pusat


Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departmen Pendidikan dan
Kebudayaan.

You might also like