You are on page 1of 8

TAMADUN INDIA

1. Zaman Awal
2. Zaman Pertengahan
3. Zaman Moden

1. ZAMAN AWAL

Zaman Awal mempunyai beberapa kompenan kecil yang saling berkaitan antara
satu sama lain.

A. Zaman Prasejarah (100 000 S.M-1000S.M)

1) Zaman Paleolitik iaitu Zaman Batu Awal (100 000 S.M)


2) Zaman Mesolitik iaitu Zaman Batu Pertengahan (100 000 S.M-10 000
S.M)
3) Zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Baru (10 000 S.M-6000 S.M)

B. Zaman Proto Sejarah (3000 S.M-1500 S.M)

1) Tamadun Lembah Indus iaitu Tamadun Harappa dan Tamadun


Mohenjodaro

C. Zaman Sejarah Awal (1500 S.M)

1) Zaman Vedik (1500 S.M-500 S.M)


2) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 S.M-320 S.M)
3) Empayar Maurya (321 S.M- 185 S.M)
4) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S.M-300 M)
5) Empayar Gupta (300 M-600 M)
6) Zaman Sangam
7) Zaman Pallava (600 M-900 M)
8) Zaman Chola (850 M-1200 M)

2. ZAMAN PERTENGAHAN/ ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M)


Kerajaan-kerajaan Islam yang ditegakkan di India sebelum muncul Zaman
Moden:

1) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1206 M-1290 M


2) Dinasti Khilji 1290 M-1320 M
3) Dinasti Tughluq 1320 M-1412 M
4) Dinasti Sayyid 1412 M –1450 M
5) Dinasti Lodi 1451 M-1526 M
6) Dinasti Babur / Mughal 1526 M-1707 M
3. ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M)

TAMADUN LEMBAH INDUS

 Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah


Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di
Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind) pada tahun 1921 menunjukkan
masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang
tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.
 Masyarakat Lembah Indus memiliki kemahiran dalam perancangan
bandar dan peraturan kesihatan.
 Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan
sebagai aktiviti utama.
 Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar
tahun 1500 SM yang dengan itu muncul peradaban baru di barat laut
India.

ZAMAN VEDIK (1500 S.M-500 S.M)

 Penghijrahan masuk mereka yang digelar sebagai bangsa Aryan iaitu


bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun Indus (bangsa
Dravidia).
 Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang
melahirkan satu budaya baru iaitu budaya Indo-Aryan.
 Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan
kitab yang terawal ialah Rig Veda.

EMPAYAR MAURYA (321 SM-185 SM)

 Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak


Moriya.
 Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah
keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama
termasuk oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang
dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan
pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia
Tenggara.
 Di zaman ini juga muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan
dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta). Kitab
ini kemudiannya menjadi karya klasik yang amat dihormati.
EMPAYAR GUPTA

 Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana


kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India.
 Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan
Kama Sutra.

MASYARAKAT DAN BUDAY

1. SISTEM KASTA

 Pada tahap awal, perkembangan sistem ini lebih berdasarkan warna dan
ia bermula sejak period kehadiran orang Aryan dalam tamadun India.
 Terdapat 4 kasta awal iaitu :
 Brahmin iaitu penjaga kebudayaan rohani masyarakat dan
melahirkan golongan sami serta guru agama.
 Ksyatria iaitu menjaga keselamatan dan keamanan serta terbabit
secara langsung dalam pemerintahan.
 Vaisya yang menguasai urusan kewangan dan perdagangan iaitu
golongan saudagar dan ceti.
 Sudra iaitu golongan petani.

 Perubahan masa menyebabkan sistem kasta yang ada pada asalnya


bersifat longgar mula berlangsung dalam keadaan yang lebih rigid.
 Penghormatan yang terlalu besar kepada Brahmin ini melahirkan
penentangan dari masyarakat dan kemudian melahirkan agama Buddha
dan Jainisme.

2. SISTEM KELUARGA

 Terdapat dua aspek hidup dalam sistem kekeluargaan India iaitu


Asramadharma dan Purusartha.
 Asramadharma merupakan peringkat-peringkat kehidupan yang perlu
dilalui oleh seseorang manusia.
 Manakala Purusartha ialah empat objektif mulia yang harus
diamalkan oleh umat manusia.

ASRAMADHARMA

 Terdapat 4 peringkat kehidupan manusia iaitu:


1) Brahmacarya
2) Grhastra
3) Vanaprahasta
4) Sannayasa

1. Brahmacarya
 Zaman kanak-kanak, remaja dan belia dari usia 12 hingga 24 tahun dan
ini merupakan zaman bujang yang dianggap sebagai peringkat
persiapan dan pembelajaran.

2. Grhastra
 Kehidupan berumahtangga iaitu kehidupan dewasa dan matang.
Memelihara keharmonian keluarga merupakan tanggungjawab utama
dalam tahap ini.

3. Vanaprahasta
 Merupakan golongan dewasa dan matang dalam lingkungan usia 48-72
tahun. Pada tahap ini, seseorang telah mencapai kearifan dan
berkeupayaan menasihati orang lain.
 Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang hendaklah menyelesaikan
tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha untuk
mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara
duniawi.

4. Sannayasa
 Golongan warga tua yang berusia 72 tahun ke atas yang dianggap
sebagai golongan yang mendalami agama dan tempat rujukan
kepada masyarakat.
 Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu
dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi.

PURUSARTHA

 Empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia iaitu :

1. Aram / dharma
 Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat
kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai
pelanggaran atau engkar.

2. Porul / artha
 Porul ialah kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau
kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan
mengumpulkan harta.
 Namun begitu, objektif pertama iaitu aram yang sudah ada pada diri
hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan.

3. Inbam / kama
 Orang yang mengumpul kekayaan secara halal berhak untuk menikmati
kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma.

4. Vidu / mokhsha
 Ia bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian iaitu mencapai
kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas dari lingkaran
kelahiran serta kematian.

AGAMA DAN FALSAFAH

1. HINDUISME

 Agama ini mempunyai pegangan terhadap 4 kitab yang dianggap abadi


kerana ia tidak berubah-ubah dengan peredaran zaman iaitu:
 Rig Veda
 Sama veda
 Yajur Veda
 Artha Veda
 Lima konsep penting yang saling berkaitan antara satu sama lain ialah
Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Mokhsha.
 Brahman ialah tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang
menyelubungi segala-galanya (roh duniawi).
 Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan
untuk diserapkan ke dalam roh duniawi.
 Karma ialah perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan
oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan
dialami dalam kehidupan akan datang.
 Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh
Atman.
 Mokhsha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan
penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah
untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai mokhsha.

2. BUDDHISME

 Pengasas doktrin ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Buddha


bermaksud kesedaran kerohanian yang sempurna.
 Kitab-kitab suci agama ini ialah Tripitaka yang bermaksud Tiga Himpunan
Hikmat yang mengandungi 3 Pitaka iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan
Abidhamma Pitaka.
 Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau
sesuatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah.
 Ajaran Buddha menekankan keperibadian mulia dan moral yang
tinggi bagi membebaskan diri dari keburukan.
 Ajaran Dhamma merangkumi empat kebenaran mulia dan lapan jalan
betul.
 Empat kebenaran mulia ialah
 Dukka iaitu penderitaan.
 Samudaya iaitu punca atau sebab yang membawa kepada
penderitaan. Keinginan, nafsu, cinta dan gila kekayaan antara
samudaya yang membawa kepada penderitaan.
 Niradha iaitu penghapusan penderitaan dengan memadamkan api
keinginan di hati.
 Marga iaitu cara memadamkan api keinginan termasuklah melalui
kepercayaan yang betul, tujuan yang betul dan sebagainya.
 Manakala lapan jalan betul adalah
 Kepercayaan yang betul (benar)
 Tujuan atau cita-cita yang betul
 Pertuturan yang baik.
 Perbuatan yang betul.
 Hidup yang betul.
 Usaha yang benar.
 Fikiran yang betul.
 Renungan yang baik.
 Ahimsa yang merupakan konsep penting dalam Buddha bererti menolak
penyeksaan serta pembunuhan terhadap semua makhluk. Walaupun
untuk mengisi perut seseorang itu tidak boleh membunuh binatang.
 Nirvana merupakan suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu
melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta
memperolehi kesedaran secara menyeluruh.

3.JAINISME

 Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana (gelarannya Mahavira


yang bermaksud pahlawan besar).
 Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai
menentukan kelahiran semula roh-roh individu.

4.SIKHISME

 Agama ini bersifat sinkronisasi antara agama Hindu dan Islam iaitu ia
menekankan monotheism, penghapusan kasta dan penyembahan tuhan.
 Antara elemen Islam dalam ajaran ini ialah penggunaan patung-patung
diharamkan manakala elemen Hindu ialah idea kelahiran semula.

You might also like