You are on page 1of 4

5SARIKEI, Sabtu – Kelab Doktor Muda Sekolah Jenis Kebangsaan Wah Man telah

mengadakan Kempen Sayang Diri Sendiri bersempena Minggu Gaya Hidup Sihat.
Kempen ini telah diadakan di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Wah Man dalam
suasana yang sangat meriah.

Menurut guru penasihat Kelab Doktor Muda, Kempen itu diadakan bertujuan
untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Malahan, Kelab Doktor Muda menjadi pembimbing dan contoh kepada warga
sekolah yang lain. Selain itu, Kelab Doktor Muda membantu anggota kesihatan dan
pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

Semasa kempen ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Kelab
Doktor Muda. Antaranya ialah cara menggosok gigi, membantu dalam pemeriksaan
mata, menimbang berat badan dan demonstrasi merawat kecederaan. Acara
kemuncak Kempen Sayang Diri Sendiri ini ialah Anugerah Idola Doktor Muda.
Anugerah tersebut diberikan kepada Doktor Muda Ali Bashah dan Doktor Muda
Syarifah Fadzilah.

Setiap aktiviti yang dijalankan semasa kempen itu mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada seluruh warga sekolah. Acara ceramah kesihatan yang
disampaikan oleh pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Sarikei dapat memberi
pengetahuan yang berguna kepada murid-murid. Akhir sekali, Kempen Sayang Diri
Sendiri ini telah mencapai matlamatnya dan pihak sekolah bercadang untuk
menjadikan kempen ini sebagai aktiviti tahunan.
Jawapan:

(1)_____________ , Sabtu – Kelab Doktor Muda Sekolah Jenis Kebangsaan Wah Man
telah mengadakan (2)______________ Sayang Diri Sendiri bersempena Minggu Gaya
Hidup Sihat. Kempen ini telah diadakan di (3)__________ Sekolah Jenis Kebangsaan
Wah Man dalam suasana yang sangat (4)_______________ .

Menurut guru penasihat Kelab Doktor Muda, kempen itu diadakan


(5)_____________ untuk menggalakkan (6)___________ gaya hidup sihat dalam
(7)___________ warga sekolah. Malahan, Kelab Doktor Muda menjadi (8)_____________
dan contoh kepada warga sekolah yang lain. Selain itu, Kelab Doktor Muda
membantu anggota kesihatan dan (9)________ sekolah dalam menjalankan aktiviti
kesihatan di sekolah.

Semasa kempen ini berlangsung, (10)__________ aktiviti telah dijalankan oleh


Kelab Doktor Muda. Antaranya ialah cara (11)_____________ gigi, membantu dalam
pemeriksaan mata, menimbang (12)_________________ dan demonstrasi
(13)____________ kecederaan. Acara kemuncak Kempen Sayang Diri Sendiri ini ialah
Anugerah Idola Doktor Muda. Anugerah tersebut diberikan kepada Doktor Muda Ali
Bashah (14)_____ Doktor Muda Syarifah Fadzilah.

Setiap aktiviti yang dijalankan semasa kempen itu mendapat (15)___________


yang (16)_______________ daripada seluruh warga sekolah. Acara ceramah kesihatan
yang disampaikan oleh (17)______________ kesihatan dari Jabatan Kesihatan Sarikei
dapat memberi (18)_________________ yang berguna kepada murid-murid. Akhir
sekali, Kempen Sayang Diri Sendiri ini telah (19)_____________ matlamatnya dan
pihak sekolah bercadang untuk menjadikan kempen ini sebagai (20)__________
tahunan.
aktiviti dan kalangan mencapai Kempen
bertujuan mendapat SARIKEI menggalakkan Ceramah
pembimbing berat badan pihak pegawai pengetahuan
meriah sambutan dewan menggosok amalan
serta pelbagai makmal pengalaman merawat

Senaraikan jawapan anda seperti ini ;

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

You might also like