You are on page 1of 1

KELAB REMAJA ISMA

CAWANGAN KENINGAU
Tel :
Fax :

PENGERUSI
MASJID AL-TAQWA KENINGAU

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN RUANGAN MASJID

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

02. Sebagai makluman pihak masjid, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Keningau akan mengadakan
program Malam Membina Iman dan Taqwa pada ketetapan berikut;

Tarikh : 2 & 3/8/2019

Masa : 5.30pm (Sabtu) – 8.00pm (Ahad)

Tempat : Masjid At-Taqwa, Keningau

03. Program ini merupakan program untuk ahli-ahli Kelab Remaja ISMA (Keningau). Antara aktiviti
yang akan dijalankan ialah qiamullail, perkongsian ilmu, dan riadah ringan. Sehubungan dengan itu,
kami ingin memohon kebenaran daripada pihak pengurusan masjid untuk menggunakan ruangan
solat wanita bagi tujuan program tersebut. Tentatif program akan dilampirkan bersama surat ini.

04. Sebarang maklum balas dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

“ASPIRASI REMAJA MUSLIM”

Yang menjalankan amanah,

______________________

(RASYIDAH BINTI SALMAN)


PENGARAH
PROGRAM MALAM BINA IMAN DAN TAQWA
KRIM KENINGAU

You might also like