You are on page 1of 2

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI 2016

SJK C KUR SENG, 32000 SITIAWAN, PERAK.

1. Pengenalan
Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid UPSR tahun ini agar lebih
bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini.

2. Tajuk
Ceramah Motivasi.

3. Matlamat
Matlamat  sebenar Ceramah Motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan
kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai
pelajar di samping meniupkan  semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta
bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

4. Rasional/ Objektif
Antara  rasional/ objektif bagi ceramah motivasi ini ialah:-
4.1. Membimbing dan menyedarkan pelajar  tentang tangungjawab
mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahun.
4.2 Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus
dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan
kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.
  4.3 Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar
untuk  menghadapi UPSR .

5. Sasaran
  Semua murid Tahun 4, 5 dan 6
  Jumlah peserta = 45 orang

6. Ahli Jawatankuasa
Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama guru telah diadakan untuk mewujudkan
jawatankuasa kerja untuk menjayakan ceramah motivasi ini. Senarai nama ahli
jawatankuasa ceramah motivasi ini adalah seperti dalam lampiran.
 

7. Butir-butir Ceramah
  Nama Penceramah : Cik Ho Min Xian
Tajuk ceramah : Hebat-hebatnya Saya
Tarikh Ceramah : 19 – 04 – 2016 ( Selasa )
Masa : 8:30 pagi – 10:30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah

8. Perbelanjaan/ Peruntukan Kewangan


Diserahkan kepada pengurusan dan pentadbir sekolah.

9. Penutupan
  Semoga dengan melaksanakan  program ini, keputusan UPSR pada
tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas.

 Sekian, terima kasih.


 

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


 

Disediakan oleh, Disokong oleh,


 
 

___________________________  _____________________________
( OOI CHIAN SHI   ) ( LIM CHAW HUA )
 Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
Lantikan Dalaman Sekolah. SJK C Kur Seng
  

You might also like