You are on page 1of 1

LP/Am124

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKUAN INTEGRITI

Saya…………………………………………………………….. No. K/P. ………….………………………….....


bahawasanya dengan ini berjanji dan berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya;
1. akan mematuhi peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), surat pekeliling, Arahan Keselamatan,
prosedur operasi standard serta arahan lain yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya di
Lembaga Peperiksaan;

2. akan sentiasa menjaga kerahsian segala maklumat dokumen terperingkat berstatus RAHSIA BESAR,
RAHSIA, SULIT dan TERHAD pada setiap masa bagi melindungi kerahsiaan maklumat demi kepentingan
Lembaga Peperiksaan.

3. tidak akan membelakangkan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan menyalahgunakan maklumat
dan/atau apa jua hak milik organisasi untuk kepentingan peribadi atau mana-mana pihak berkepentingan
yang bercanggah dengan tugas awam sehingga menjejaskan integriti dan imej Lembaga Peperiksaan;

4. tidak akan mendedahkan/menyerahkan maklumat dan/atau apa jua hak milik Lembaga Peperiksaan
kepada mana-mana pihak berkepentingan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah
Peperiksaan; dan

5. akan melaporkan dengan segera kepada Pengarah Peperiksaan sekiranya terdapat sebarang cubaan
atau tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) Arahan Keselamatan, prosedur operasi standard Lembaga
Peperiksaan.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Akuan Integriti ini, saya boleh
dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
1993.

…………………………………………………. ………………………………………………….
Tandatangan Pegawai Tandatangan Pegawai

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

Tarikh : Tarikh :

Cap Rasmi : Cap Rasmi :

You might also like