You are on page 1of 9

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI :31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 1/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

1. Elaun Elaun yang dibayar kepada seseorang Pegawai yang


Gangguan bertukar Wilayah atas kadar sebulan gaji hakiki apabila
Pegawai berkenaan ditukarkan balik ke Wilayah asalnya.
Pegawai berkenaan boleh dibayar pendahuluan sebanyak
separuh daripada gaji hakiki ketika bertukar dan baki bayaran
sebanyak separuh lagi boleh dibayar berasaskan gaji terakhir
yang diterima sebelum bertukar semula ke Wilayah asal.

TAKRIFAN

GRED
Gred gaji yang ditetapkan di bawah Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1976 (JKK 1976), Sistem Saraan Baru (SSB), dan
Sistem Saraan Malaysia (SSM).

PEGAWAI
Seseorang pegawai tetap/sementara di dalam Perkhidmatan
Awam termasuk anggota dalam Perkhidmatan Polis Diraja
Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

WILAYAH
Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 2/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan GAJI HAKIKI PEGAWAI
Satu jumlah wang yang ditetapkan bagi penjawat awam yang
berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara
keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.

1.0 Pastikan Tuntutan Bayaran Elaun Gangguan dan


dokumen sokongan berikut disertakan :

1.1 Borang Perakuan Tuntutan Elaun Gangguan Lampiran A

1.2 Penyata perubahan mengenai pendapatan Lampiran B


seseorang pegawai (Kew 8-Pin.10/96).
Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan
di dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan

1.3 Surat pengesahan daripada majikan suami/isteri Lampiran C


tidak menuntut Elaun Gangguan. (Jika berkhidmat
dengan kerajaan dan turut bertukar)

1.4 Surat arahan pertukaran

1.5 Penyata Gaji Akhir semasa bertukar (LPC)

1.6 Salinan penyata akaun bank


JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 3/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan 2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun
semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi
syarat berikut :-

2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun


kewangan kelulusan AP58(a) diterima;

2.2 B aki peruntukan dalam tahun kewangan


perbelanjaan dan baki peruntukan semasa
adalah mencukupi;

2.3 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan


surat kelulusan perbendaharaan disertakan.

3.0 PEGAWAI YANG LAYAK

Pegawai yang layak menerima Elaun Gangguan ialah


seperti berikut :

3.1 Pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak atau


Labuan yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di
Semenanjung.

3.2 Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang


dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah,
Sarawak atau Labuan.

3.3 Pegawai dari Sabah, Sarawak atau Labuan yang


bertukar di antara negeri-negeri itu.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 4/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan 4.0 PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK

Pegawai yang tidak layak menerima Elaun Gangguan


ialah seperti berikut :

4.1 Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke


Wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak
menuntut Elaun Gangguan, berasaskan kepada pegawai
yang menerima gaji lebih tinggi.

4.2 Pegawai yang berpindah lebih dari satu wilayah


hanya layak menuntut sekali sahaja.
Sebagai contoh, Pegawai yang berasal dari
Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Sabah dan kemudiannya bertukar

5.0 KADAR KELAYAKAN PEGAWAI


Perintah Am
Bab B – Elaun-
5.1 Elaun Gangguan dibayar atas kadar sebulan gaji Elaun Dalam
hakiki pegawai apabila pegawai berkenaan ditukarkan Perkhidmatan
balik ke wilayah asalnya.
Pekeliling
5.2 Pegawai boleh dibayar Elaun Gangguan secara Perkhidmatan
pendahuluan sebanyak separuh daripada gajinya apabila Bilangan 4
beliau dikehendaki bertukar wilayah. Tahun 1988

5.3 Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar


berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh
pegawai itu sebelum beliau bertukar semula ke wilayah
asalnya.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 5/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan Contoh: Perkiraan separuh sebelum/selepas bertukar
ke Sabah/Sarawak/Labuan:

Pegawai W27 telah diarah bertukar ke Labuan


dengan gaji hakiki RM2, 000.00. Beliau telah
menuntut pendahuluan sebanyak separuh daripada
gaji yang diterimanya ketika itu. 5 tahun kemudian,
beliau berpindah balik ke wilayah asal dengan gaji
hakiki RM4,000.00 Perkiraan Elaun Gangguan
adalah seperti berikut:

Gaji Hakiki Elaun Gangguan


Bertukar ke Labuan RM2,000.00 RM1,000.00
Bertukar blk ke Perak RM4,000.00
Beza RM4,000-RM1,000 = RM3,000.00

ELAUN GANGGUAN YANG LAYAK DITUNTUT ADALAH


SEBANYAK RM3,000.00

(Contoh dengan tangga gaji yang sebenar)

Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai


kepada Ketua Jabatan melalui tempoh masa yang munasabah
iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum
perpindahan berlaku atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh
arahan pertukaran. Penetapan tempoh 3 bulan ini adalah
selaras dengan peraturan semasa berhubung Elaun Bertukar/
Berpindah Rumah sepertimana yang dijelaskan di dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Pembayaran
Elaun Gangguan hendaklah direkodkan dalam Buku
Perkhidmatan pegawai.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKASURAT : 6/6

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan
6.0 KOD OBJEK Pekeliling
Perbendaharaan
Kod Objek yang dipertanggungkan ialah 15199. 1PP –
PS 1.1
(Penjenisan Kod
Bagi Hasil dan
Perbelanjaan)
Lampiran A

BORANG PERAKUAN
TUNTUTAN ELAUN GANGGUAN

Bahawa saya ……………………………. No Kad Pengenalan …………………………….


Alamat (tempat bertugas sekarang)
……………………………………………………………………………...

Adalah saya dengan ini membuat pengesahan bahawa saya telah ditukarkan dari
……………………………. ke …………………………….

Dengan ini memperakui bahawa * saya telah dibayar / tidak dibayar Error!
Reference source not found. daripada gaji hakiki saya sebagai pendahuluan /
belum pernah dibayar Elaun Gangguan seperti yang tersebut di dalam
pek.bil.4/1988 perenggan 4, semasa pertukaran saya dari wilayah*Semenanjung
/ Sabah / Sarawak / Labuan ke wilayah …………………………….
Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sokongan berkenaan pertukaran saya

Nama * Isteri/Suami : ………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ………………………………………………….

Tempat Bertugas : ………………………………………………….

Tempat Bertukar : ………………………………………………….

Sekiranya didapati saya telah tersalah dibayar dua kali elaun gangguan disebabkan
perakuan ini, maka saya bersetuju untuk membayar balik amaun kepada Kerajaan
dengan wang tunai sekaligus atau melalui potongan gaji saya. Berikut adalah
dinyatakan butir-butir peribadi saya:

1. Wilayah Asal : ……………………………


2. Lama Berkhidmat *di Sabah/Sarawak/S.M’sia : ……………………………
3. Alamat baru *di Sabah/Sarawak/S.M’sia : ……………………………
4. No. Telefon boleh dihubungi : ……………………………
______________________________________________________________________
Semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

Nama Pegawai :
No. Kad Pengenalan : ………………….
Tarikh : (tandatangan)

Nama Ketua Jabatan :


No. Kad Pengenalan : ………………….
Tarikh : (tandatangan)
______________________________________________________________________
Cap Jabatan
*potong yang tidak berkenaan
Lampiran B
Lampiran C

You might also like