You are on page 1of 349

PROSIDING

PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA


KENEGARAAN (COSNA 5) 2017





24-26 Oktober 2017
Universiti Sains Malaysia







Editor:
Radin Firdaus Radin Badaruddin
Paramjit Singh Jamir Singh
Mohd Haizzan Yahaya
Abdul Rais Abdul Latiff
Law Chee Hong

Penafian
Kesemua pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh penulis dalam prosiding ini
merupakan idea penulis sepenuhnya dan ianya tidak mencerminkan pandangan editor, pusat
pengajian atau universiti. Walaupun penyuntingan telah dibuat untuk memastikan
keseragaman format dan susunan prosiding, editor tidak bertanggungjawab terhadap
kandungan dan intipati kertas kerja yang terdapat dalam prosiding ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in Publication Data


Prosiding Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan (COSNA 5) 2017/ Editor Radin
Firdaus Radin Badaruddin, Paramjit Singh Jamir Singh, Mohd Haizzan Yahaya, Abdul Rais
Abdul Latiff, Law Chee Hong

ISBN 978-967-15440-0-6
1. Hubungan Etnik 2. Kenegaraan 3. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) 4.
Pengajian Malaysia 5. Pendidikan I. Radin Firdaus Radin Badaruddin II. Paramjit Singh
Jamir Singh III. Mohd Haizzan Yahaya IV. Abdul Rais Abdul Latiff V. Law Chee Hong

Hak Cipta Terpelihara

© 2017 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

ii
Kandungan

No Siri Tajuk dan Penulis Muka


Kertas Kerja Surat
COSNA5016 Antara Hukum dan Nilai Mulia Dalam Hubungan Etnik
1
Mohammad Nidzam Abdul Kadir

COSNA5022 Di Mana Bumi Dipijak: Seni Kecerdasan Emosi dalam


Menjana Mahasiswa Belia sebagai Modal Insan
Bertanggungjawab dan Berhemah Tinggi
9
Siti Sarawati Johar, Rosman Md. Yusoff, Fauziah Ani &
Lutfan Jaes
COSNAINST5014 Sikap Gen-Y Melayu Terhadap Kepelbagaian Etnik di
Tempat Kerja
25
Azlina Abdullah

COSNAINST5016 Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Belia Etnik


Bukan Melayu
38
Norazilah Buhari, Nor Azlizi Hassan & Munirah Zulkifli

COSNAINST5022 Corak Tabungan Isi Rumah di Wilayah Utara: Kajian


Kes Antara Kumpulan Etnik
Saidatulakmal Mohd, Nur Azirah Zahida Mohamad Azhar 53
& Nurul Syifaa Mohd Shakil

COSNAKK5001 Program RIMUP: Satu Kajian Kes


63
Hasnul Husna Hussien

COSNA5002 Cabaran Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam


Memupuk Perpaduan Etnik di Sabah, 1963-2000
86
Sharifah Darmia Sharif Adam

COSNA5010 Transformasi Budaya dan Pembangunan Perdamaian


yang Berkelanjutan di Aceh
96
Afrizal Tjoetra

COSNA5012 Bentuk Komuniti Rukun Tetangga (RT) Hulu Langat


Selangor
106
Mohd Syariefudin Abdullah & Mansor Mohd Noor

iii
COSNA5014 Gaya Hidup Orang Asli Jakun di Tasik Chini, Pahang

Rozita Ibrahim, Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad 136


& Mushrifah Idris

COSNA5017 Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Alat Perpaduan di


bawah Dasar Integrasi Nasional: Satu Kajian terhadap
Pemahaman dan Kesedaran Pelajar Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) 157

Noor Azmira Mohamed


COSNAINST5013 Persepsi Masyarakat Melayu dan Cina Terhadap
Tadbir Urus Kerajaan: Kajian di Lembah Klang
174
Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor

COSNAINST5015 Peranan Ketua Kaum dalam Perkongsian Kuasa Antara


Kaum Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum
(JPK) 1948 187
Nurshuhada Mohamed

COSNAINST5021 Status Penyertaan Sosial Penduduk Kampung Bandar


di Wilayah Utara Malaysia

Mohamad Shaharudin Samsurijan, Abdul Rais Abdul Latiff, 201


Anis Ruzainy Sukry, Paramjit Singh Jamir Singh, Radin
Firdaus Radin Badaruddin, Mohd Haizzan Yahaya,
Saidatulakmal Mohd & Siti Rahyla Rahmat

COSNAINST5031 Kaedah Eksperimen Sosial dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Kursus Hubungan Etnik
211
Nasruddin Yunos, Siti Nor Baya Mat Yacob, Fazilah Idris,
Khalim Zainal & Abdul Aziz Mat Isa

COSNAKK5003 Perkahwinan Campur dalam Kalangan Masyarakat


Cina dan Melayu: Kajian Kes Impak kepada Integrasi
Nasional
223
Lee Sheng Yue

COSNAKK5014 Stereotaip dalam Kalangan Mahasiswa: Kajian Kes di


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
241
Jiran Daud, Ariff Mu’azzam Ab Halim, Nur Adillah Md
Abdul Hamid & Muhamad Amirul Fikri Mohd Azmi

iv
COSNA5009 Menilai Keberkesanan Kursus Hubungan Etnik dalam
Membentuk Perpaduan dalam Kalangan Mahasiswa di
Universiti Pendidikan Sultan Idris 254
Siti Noranizahhafizah Boyman

COSNA5013 Komunikasi Superior-Subordinate di Tempat Kerja:


Suatu Tinjauan Awal
272
Zatul Alia Zakaria & Azlina Abdullah

COSNA5019 Krisis Pelarian Syria: Isu Keselamatan Insan di


Malaysia
280
Zarina Othman, Farizal Mohd Razalli & Ahmad Sharif
Haron

COSNA5018 Penerokaan Kepelbagaian Budaya Dalam Subjek


Hubungan Etnik: Tinjauan Terhadap Kerja Kursus
Pelajar di UNIKL
291
Mahyani Hamid, Anisah Bahyah Ahmad, Maziatul Husni
Mior Harun & Faris Ahmad

COSNAINST5023 Ancaman Penyalahgunaan Dadah Terhadap


Kesejahteraan Institusi Keluarga, Etnik dan Negara

Paramjit Singh Jamir Singh, Azlinda Azman, Radin Firdaus 301


Radin Badaruddin, Mohd Haizzan Yahaya & Mohamad
Shaharudin Samsurijan

COSNA5015 Reacting to and Coping with Racial Microaggression: A


Focus on Malaysian University Students Experience
314
Mitshel Lino & Intan Hashimah Mohd Hashim

COSNAINST5032 Development of Ethnic Stereotypes in Malaysia


(ESTIMA) in Assessing Ethnic Stereotypes in Malaysia
326
Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Abdul Aziz
Mat Isa & Siti Nor Baya Mat Yacob

v
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA
KENEGARAAN (COSNA 5) 2017





24-26 Oktober 2017
Universiti Sains Malaysia







Editor:
Radin Firdaus Radin Badaruddin
Paramjit Singh Jamir Singh
Mohd Haizzan Yahaya
Abdul Rais Abdul Latiff
Law Chee Hong

Penafian
Kesemua pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh penulis dalam prosiding ini
merupakan idea penulis sepenuhnya dan ianya tidak mencerminkan pandangan editor, pusat
pengajian atau universiti. Walaupun penyuntingan telah dibuat untuk memastikan
keseragaman format dan susunan prosiding, editor tidak bertanggungjawab terhadap
kandungan dan intipati kertas kerja yang terdapat dalam prosiding ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in Publication Data


Prosiding Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan (COSNA 5) 2017/ Editor Radin
Firdaus Radin Badaruddin, Paramjit Singh Jamir Singh, Mohd Haizzan Yahaya, Abdul Rais
Abdul Latiff, Law Chee Hong
ISBN 978-967-15440-0-6
1. Hubungan Etnik 2. Kenegaraan 3. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) 4.
Pengajian Malaysia 5. Pendidikan I. Radin Firdaus Radin Badaruddin II. Paramjit Singh
Jamir Singh III. Mohd Haizzan Yahaya IV. Abdul Rais Abdul Latiff V. Law Chee Hong

Hak Cipta Terpelihara


© 2017 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

ii
Kandungan

No Siri Tajuk dan Penulis Muka


Kertas Kerja Surat
COSNA5016 Antara Hukum dan Nilai Mulia Dalam Hubungan
Etnik
1
Mohammad Nidzam Abdul Kadir

COSNA5022 Di Mana Bumi Dipijak: Seni Kecerdasan Emosi dalam


Menjana Mahasiswa Belia sebagai Modal Insan
Bertanggungjawab dan Berhemah Tinggi
9
Siti Sarawati Johar, Rosman Md. Yusoff, Fauziah Ani &
Lutfan Jaes
COSNAINST5014 Sikap Gen-Y Melayu Terhadap Kepelbagaian
Etnik di Tempat Kerja
25
Azlina Abdullah

COSNAINST5016 Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Belia


Etnik Bukan Melayu
38
Norazilah Buhari, Nor Azlizi Hassan & Munirah Zulkifli

COSNAINST5022 Corak Tabungan Isi Rumah di Wilayah Utara:


Kajian Kes Antara Kumpulan Etnik
Saidatulakmal Mohd, Nur Azirah Zahida Mohamad Azhar 53
& Nurul Syifaa Mohd Shakil

COSNAKK5001 Program RIMUP: Satu Kajian Kes


63
Hasnul Husna Hussien

COSNA5002 Cabaran Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam


Memupuk Perpaduan Etnik di Sabah, 1963-2000
86
Sharifah Darmia Sharif Adam

COSNA5010 Transformasi Budaya dan Pembangunan Perdamaian


yang Berkelanjutan di Aceh
96
Afrizal Tjoetra

COSNA5012 Bentuk Komuniti Rukun Tetangga (RT) Hulu Langat


Selangor 106
Mohd Syariefudin Abdullah & Mansor Mohd Noor

iii
COSNA5014 Gaya Hidup Orang Asli Jakun di Tasik Chini, Pahang

Rozita Ibrahim, Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad 136


& Mushrifah Idris

COSNA5017 Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Alat Perpaduan di


bawah Dasar Integrasi Nasional: Satu Kajian terhadap
Pemahaman dan Kesedaran Pelajar Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) 157

Noor Azmira Mohamed

COSNAINST5013 Persepsi Masyarakat Melayu dan Cina Terhadap


Tadbir Urus Kerajaan: Kajian di Lembah Klang
174
Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor

COSNAINST5015 Peranan Ketua Kaum dalam Perkongsian Kuasa Antara


Kaum Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum
(JPK) 1948 187
Nurshuhada Mohamed
COSNAINST5021 Status Penyertaan Sosial Penduduk Kampung Bandar
di Wilayah Utara Malaysia

Mohamad Shaharudin Samsurijan, Abdul Rais Abdul Latiff, 201


Anis Ruzainy Sukry, Paramjit Singh Jamir Singh, Radin
Firdaus Radin Badaruddin, Mohd Haizzan Yahaya,
Saidatulakmal Mohd & Siti Rahyla Rahmat

COSNAINST5031 Kaedah Eksperimen Sosial dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Kursus Hubungan Etnik
211
Nasruddin Yunos, Siti Nor Baya Mat Yacob, Fazilah Idris,
Khalim Zainal & Abdul Aziz Mat Isa

COSNAKK5003 Perkahwinan Campur dalam Kalangan Masyarakat


Cina dan Melayu: Kajian Kes Impak kepada Integrasi
Nasional
223
Lee Sheng Yue

COSNAKK5014 Stereotaip dalam Kalangan Mahasiswa: Kajian Kes di


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
241
Jiran Daud, Ariff Mu’azzam Ab Halim, Nur Adillah Md
Abdul Hamid & Muhamad Amirul Fikri Mohd Azmi

iv
COSNA5009 Menilai Keberkesanan Kursus Hubungan Etnik dalam
Membentuk Perpaduan dalam Kalangan Mahasiswa di
Universiti Pendidikan Sultan Idris 254
Siti Noranizahhafizah Boyman

COSNA5013 Komunikasi Superior-Subordinate di Tempat Kerja:


Suatu Tinjauan Awal
272
Zatul Alia Zakaria & Azlina Abdullah

COSNA5019 Krisis Pelarian Syria: Isu Keselamatan Insan di


Malaysia
280
Zarina Othman, Farizal Mohd Razalli & Ahmad Sharif
Haron

COSNA5018 Penerokaan Kepelbagaian Budaya Dalam Subjek


Hubungan Etnik: Tinjauan Terhadap Kerja Kursus
Pelajar di UNIKL
291
Mahyani Hamid, Anisah Bahyah Ahmad, Maziatul Husni
Mior Harun & Faris Ahmad

COSNAINST5023 Ancaman Penyalahgunaan Dadah Terhadap


Kesejahteraan Institusi Keluarga, Etnik dan Negara

Paramjit Singh Jamir Singh, Azlinda Azman, Radin Firdaus 301


Radin Badaruddin, Mohd Haizzan Yahaya & Mohamad
Shaharudin Samsurijan

COSNA5015 Reacting to and Coping with Racial


Microaggression: A Focus on Malaysian
University Students Experience
314
Mitshel Lino & Intan Hashimah Mohd Hashim

COSNAINST5032 Development of Ethnic Stereotypes in Malaysia


(ESTIMA) in Assessing Ethnic Stereotypes in Malaysia
326
Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Abdul Aziz
Mat Isa & Siti Nor Baya Mat Yacob

v
Antara Hukum dan Nilai Mulia dalam Hubungan Etnik

Mohammad Nidzam Abdul Kadir


Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
E-mel: mnidzam@putra.edu.my

Abstrak
Nilai mulia bermaksud nilai akhlak yang mulia manakala hukum merangkumi hukum wajib,
haram dan sebagainya. Dalam hubungan etnik yang harmoni, fokus kepada nilai mulia adalah
lebih penting berbanding hukum. Ini kerana al-Quran dan riwayat hadis memberi fokus khusus
kepada nilai mulia. Sorotan kepada nilai mulia melalui al-Quran dan riwayat hadis adalah jelas
dalam perkara ini. Nilai mulia juga diterima secara global berbanding hukum yang melibatkan
muslim sahaja. Justeru itu, fokus utaama sewajarnya diberikan kepada nilai mulia tanpa
mengabaikan hukum syarak dalam membincangkan isu hubungan etnik.
Kata kunci: Hukum, nilai mulia, hubungan etnik.

Muqaddimah
Dalam al-Quran dan riwayat hadis, terdapat teks nas yang menerangkan persoalan
hukum. Namun begitu, teks nas al-Quran dan riwayat hadis juga menerangkan tentang nilai
mulia. Nilai mulia adalah akhlak mulia seperti berlaku adil, toleransi dan sebagainya. Antara
aspek hukum dan aspek nilai mulia, didapati penekanan terhadap aspek hukum sangat diberi
perhatian sebaliknya sedikit penekanan kepada aspek nilai mulia. Dengan penekanan yang lebih
kepada aspek hukum tanpa imbangan kepada aspek nilai, Islam dilihat sebagai agama yang tidak
mesra kepada hubungan etnik. Menurut Osman Bakar (2015), hubungan etnik yang harmoni
merupakan satu perkara yang penting dalam negara.

Hukum-Hukum
Terdapat hukum yang dinyatakan dalam al-Quran dan riwayat hadis dengan jelas.
Contohnya kehalalan jual beli dan keharaman riba. Manakala dalam riwayat hadis, dinyatakan

1


keharaman emas dan sutera bagi lelaki muslim. Maka hukum ini adalah perkara yang qat’iyyat.
Ia bermaksud bahawa tiada perbezaan pandangan dalam kalangan ulama.
Namun begitu, terdapat banyak lagi hukum yang tidak dinyatakan dengan jelas. Apabila
tidak dinyatakan dengan jelas, maka ia termasuk dalam perkara zanniyyat. Maka dalam perkara
zanniyyat, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum sesuatu perkara
sebagaimana huraian Yusuf al-Qaradhawi (1998). Contohnya perbezaan pendapat ulama tentang
kenajisan anjing. Dalam ilmu fiqah, hukum dibahagikan – secara kasar - kepada lima iaitu harus,
haram, wajib, sunat dan makruh (‘Abd al-Wahhab Khallaf, 1978).

Nilai Mulia
Selain aspek hukum, al-Quran dan riwayat hadis sarat dengan nilai mulia. Contohnya
berakhlak mulia, tawadhuk, mengasihi makhluk ilahi, bantu-membantu, menghormati dan
sebagainya. Bahkan toleransi sebagai satu nilai mulia adalah sifat pertama bagi shariah dan
maqasid yang besar (Ibn ‘Asyur, 2007).

Maqasid Shariah Dalam Hubungan Etnik


Maqasid shariah difahami sebagai hikmah dan maslahat. Imam al-Ghazali (1983)
menyatakan:
‫أﻣﺎ اﻟـﻤﺼﻠﺤﺔ ﻓﮭﻲ ﻋﺒﺎرة ﻓﻲ اﻷﺻﻞ ﻋﻦ ﺟﻠﺐ ﻣﻨﻔﻌﺔ أو دﻓﻊ ﻣﻀﺮة‬
“Adapun maslahat maka ia satu ungkapan pada asalnya tentang mendapatkan manfaat atau
menolak mudharat”. (juz. 1, ms. 287).
Ada lima perkara dalam maqasid shariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa,
pemeliharaan keturunan, pemeliharan akal dan pemeliharaan harta (Ibn ‘Asyur, 2007, ms. 77).
Namun begitu, maqasid ini juga bertambah. Ini kerana asas bagi shariah adalah kebaikan dan
kemaslahatan insan. Ibn al-Qayyim (1999) menyatakan:
‫ﻓﺈن اﻟﺸﺮﯾﻌﺔ ﻣﺒﻨﺎھﺎ وأﺳﺎﺳﮭﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﺤﻜﻢ وﻣﺼﺎﻟﺢ اﻟﻌﺒﺎد ﻓﻲ اﻟـﻤﻌﺎش واﻟـﻤﻌﺎد‬
“Maka sesungguhnya shariah dibina dan diasaskan di atas hikmah-hikmah dan maslahat-
maslahat insan dalam kehidupan dunia dan akhirat”. (juz. 3, ms. 3).
Imam ‘Izz al-Din (1998) pula menyatakan bahawa shariah semuanya adalah maslahat
samada dalam bentuk menolak keburukan atau menghasilkan manfaat.

2


Justeru itu, beberapa ulama memperluaskan maqasid shariah kepada prinsip-prinsip yang
lain. Contohnya keadilan, kebebasan dan sebagainya. Jamal al-Din ‘Atiyyah (2001) menyatakan
maksudnya:
“Muhammad al-Ghazali menyatakan... sebagaimana Ahmad al-Khumalaysyani. Dr. Yusuf al-
Qaradhawi, Dr. Ahmad al-Raysuni, Isma’il al-Hasani dan selain mereka mencadangkan
penambahan keadilan, persamaan, kebebasan, hak-hak masyarakat, hak ekonomi dan hak politik
kepada maqasid yang tertinggi bagi shariah, lebih-lebih lagi penetapan maqasid dalam lima
perkara merupakan ijtihad Abu Hamid al-Ghazali...”. (ms. 98).
Dalam hubungan etnik, dapat dirumuskan bahawa keharmonian merupakan maqasid
shariah yang utama. Ini kerana pemeliharaan agama bukanlah semata-mata dengan jihad perang.
Bahkan suasana yang tidak harmoni merosakkan pemeliharaan nyawa, akal dan harta
(Mohammad Nidzam, 2017). Justeru itu, pemeliharaan maqasid shariah yang lima sukar dicapai
jika keharmonian tidak wujud dalam masyarakat berdasarkan konsep iltizam ( ‫) دﻻﻟﺔ اﻻﻟﺘﺰام‬.

Dalam Hubungan Etnik, Nilai Mulia Lebih Utama


Dalam hubungan etnik, aspek nilai mulia hendaklah diberi fokus utama. Ini kerana
maqasid shariah atau elemen penting dalam maqasid shariah ialah keharmonian. Hukum tanpa
ruh maqasid menjadikan hukum sebagai kaku dan jumud.
Berikut beberapa contoh bagaimana sewajarnya penekanan diberi kepada nilai mulia
dalam hubungan etnik. Contohnya dalam isu murtad, terdapat pandangan yang menyebut
hukuman bunuh terhadap orang yang keluar dari agama Islam. Maka mana-mana insan mukallaf
termasuk insan muallaf yang murtad akan dihukum bunuh. Contohnya dinyatakan dalam buku
Sistem Pemerintahan Negara Islam:
“Orang-orang murtad dikenakan hukuman had dibunuh sekiranya dia tidak bertaubat setelah
diberi peluang”. (Abdul Hadi Awang, 1995)
Dalam hal ini, penekanan kepada hukum iaitu kewajipan hukum bunuh diberi penekanan
berasaskan riwayat hadis. Maka nilai mulia seperti suruhan bertaubat, membantu seseorang yang
keliru dalam beragama dan sebagainya tidak diberi penekanan. Akhirnya Islam dilihat sebagai
agama yang keras memaksa seseorang untuk kekal dalam Islam secara zahir walaupun
hakikatnya beliau tidak lagi ingin menjadi muslim.

3


Dalam isu kenajisan anjing, hukumnya adalah najis menurut pendapat dalam mazhab
Syafii. Namun anjing adalah suci menurut mazhab Maliki. Apabila timbul isu jilatan anjing dan
sentuhan anjing, maka hukum fiqah dalam mazhab Syafii dikeluarkan bahawa anjing adalah
najis mughallazah. Dinyatakan dosa jika seseorang muslim menyentuh anjing. Malangnya, nilai
mulia untuk berbuat baik kepada anjing dan menyantuni jiran bukan muslim yang memelihara
anjing kurang diberi perhatian.
Dalam isu berpakaian ke masjid, ada kalangan muslim yang berpakaian tidak menutup
aurat datang ke masjid. Mereka datang untuk bersolat. Ketika solat, mereka menutup aurat
dengan elok. Begitu juga dengan segelintir bukan muslim yang singgah di masjid kerana urusan
tertentu. Pakaian mereka tidak menutup aurat bagi seorang muslim. Maka mereka dihalang untuk
masuk ke dalam kawasan masjid. Ini berdasarkan hukum fiqah bahawa haram mendedahkan
aurat. Namun begitu, nilai mulia seperti ketaqwaan, kesediaan hadir berbincang dengan
pemimpin agama di masjid dan kehormatan kepada insan tidak diberi fokus.
Justeru itu, terdapat beberapa contoh bagaimana nilai mulia diaplikasikan dalam riwayat
hadis. Contohnya sebagaimana dalam riwayat Sahih al-Bukhari, ada kisah seorang Badawi yang
kencing dalam masjid. Beberapa Sahabat Nabi r.hm. yang melihat keadaan lelaki yang ingin
kencing itu berasa marah dan ingin menghalaunya dari masjid. Namun begitu, Nabi s.a.w.
menegah para Sahabat sebaliknya membiarkan lelaki itu menyelesaikan kencingnya. Kemudian
Nabi s.a.w. memanggil lelaki itu dan menerangkan bahawa perbuatan sebegitu tidak wajar
dilakukan di dalam masjid. Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan agar tempat kencing tersebut
dibersihkan dengan air mutlak (Ibn Hajar, 1996). Maka dalam riwayat hadis ini, ia adalah
penekanan kepada hubungan yang harmoni dan nilai mulia.
Nilai mulia ini bukan sekadar dalam keadaan satu etnik bahkan ia melangkaui sempadan
etnik. Contohnya dalam Sahih Muslim terdapat satu jenazah diusung. Apabila melihat jenazah
tersebut, maka Nabi s.a.w. bangun. Maka Nabi s.a.w. diberitahu bahawa jenazah yang diusung
itu adalah jenazah Yahudi. Namun Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa jenazah itu juga adalah satu
jiwa (al-Nawawi, 1998). Maka ia memberi isyarat jelas tentang nilai mulia iaitu menghormati
jenazah walaupun jenazah berbeza etnik dan agama. Para ulama berbeza ijtihad dalam
menetapkan hukum bangun berdiri ketika melihat jenazah namun nilai mulia lebih utama. Nabi
s.a.w. juga menziarahi seorang individu bukan muslim yang sedang sakit (Abu Dawud, 2007).

4


Dalam satu riwayat yang lain, Nabi s.a.w. pada asalnya menegah pemberian sedekah
kepada individu bukan muslim sebagaimana riwayat hadis:
‫ﻻ ﺗﺼﺪﻗﻮا إﻻ ﻋﻠﻰ أھﻞ دﯾﻨﻜﻢ‬
“Janganlah kamu bersedekah melainkan kepada insan yang satu agama dengan kamu”.
Namun akhirnya Nabi s.a.w. membatalkan perintah tersebut apabila diwahyukan ayat 272
surah al-Baqarah (al-Qurtubi, 1996). Ayat ini menjelaskan bahawa hidayah bukanlah milik Nabi
s.a.w. akan tetapi milik Allah s.w.t. Maka pembatalan perintah itu memberi isyarat tentang nilai
mulia iaitu membantu insan yang memerlukan bantuan tanpa mengira perbezaan agama dan
etnik.
Dalam peristiwa hijrah Huzaifah r.h. dan bapanya r.h. sebagaimana dalam Sahih Muslim,
mereka berdua ditahan oleh pihak Arab Quraish. Mereka berdua dibebaskan dengan syarat
mereka berdua tidak membantu Nabi Muhammad s.a.w. dalam peperangan. Apabila dibebaskan,
mereka berhijrah ke Madinah. Kemudian berlaku perang Badar. Huzaifah memberitahu Nabi
s.a.w. tentang perjanjian beliau dengan Arab Quraish untuk tidak membantu Nabi dalam
peperangan melawan Arab Qurasih. Ketika itu, tentera umat Islam sedikit. Namun Nabi s.a.w.
bersabda:
‫ ﻧﻔﻲ ﻟﮭﻢ ﺑﻌﮭﺪھﻢ وﻧﺴﺘﻌﯿﻦ ﷲ ﻋﻠﯿﮭﻢ‬، ‫اﻧﺼﺮﻓﺎ‬
“Beredarlah kamu berdua. Kita akan sempurnakan bagi mereka dengan perjanjian mereka, dan
kita akan meminta pertolongan Allah ke atas mereka”. (al-Syawkani, 1996).
Maka dalam riwayat hadis ini, nilai mulia iaitu menyempurnakan janji diberi fokus utama
walaupun tentera umat Islam dalam keadaan terdesak bagi menghadapi perang Badar.
Dalam satu peristiwa, Nabi s.a.w. dihina sebagai anjing oleh orang munafiq. Manakala seorang
Yahudi menyatakan bahawa Tuhan Muhammad adalah miskin. ‘Umar al-Khattab r.h. berasa
marah dan ingin mengambil tegas. Namun nas al-Quran diwahyukan agar golongan sebegini
dimaafkan (al-Qurtubi, 1996, juz. 16, ms. 158). Maka ia isyarat jelas tentang nilai mulia iaitu
kemaafan dan berbaik dengan golongan yang berbeza kefahaman.
Justeru itu, al-Quran menggariskan prinsip nilai mulia. Ia adalah adakah dasar yang
merangkumi pelbagai aspek (Makhluf, 1996). Contohnya berlaku adil, berbuat baik, bantu-
membantu dalam perkara baik, memaafkan, hormat-menghormati, memuliakan jiran,

5


memuliakan tetamu dan sebagainya. Sebaliknya al-Quran tidak menetapkan hukum secara jelas
berkait dengan hubungan etnik.

Adakah Hukum Perlu Diabaikan?


Apabila penekanan diberikan kepada nilai mulia, ia bukan bermaksud bahawa hukum
diabaikan. Namun kebanyakan hukum bukanlah sesuatu yang qat’i sebaliknya ia adalah zanni.
Manakala nilai mulia adalah sesuatu yang lebih jelas bahkan boleh dianggap qat’i.
Contohnya hukuman bunuh terhadap pelaku murtad. Masih wujud khilaf dalam isu ini. Namun
tindakan kekerasan, melampau dan ekstrim adalah tindakan yang pasti menggugat keharmonian
hidup. Begitu juga dengan kenajisan anjing. Para ulama berbeza ijtihad dalam menentukan
samada anjing najis atau tidak. Namun tindakan mengutuk insan yang menyentuh anjing dan
memelihara anjing adalah tindakan yang berdosa dan tidak menyumbang kepada keharmonian
hubungan etnik.
Dalam kes lelaki yang kencing di dalam masjid, hukum kenajisan air kencing dan
kewajipan membasuh di terangkan oleh Nabi s.a.w. Pada masa yang sama, Nabi s.a.w.
menunjukkan sikap yang bertoleransi dengan bersabda:
‫ﻓﺈﻧﻤﺎ ﺑﻌﺜﺘﻢ ﻣﯿﺴﺮﯾﻦ وﻟﻢ ﺗﺒﻌﺜﻮا ﻣﻌﺴﺮﯾﻦ‬
“Sesungguhnya kamu semua diutuskan sebagai golongan yang memudahkan, dan kamu tidak
diutuskan sebagai insan yang menyusahkan”. (Ibn Hajar, 1996, juz. 1, ms. 403).
Dalam satu riwayat Sahih al-Bukhari, seorang lelaki bersolat dengan tatacara solat yang
tidak betul. Maka Nabi s.a.w. membetulkan solat lelaki itu dengan lemah-lembut (al-Son’ani,
1995). Kesalahan dan kesilapan solat diterangkan dengan nilai mulia.
Maka hukum bukanlah sesuatu yang disepakati oleh para ulama. Namun berakhlak mulia dan
mengamalkan nilai mulia adalah amat dituntut. Maka tidak sewajarnya nilai mulia diabaikan
hanya kerana mempertahankan hukum yang diijtihadkan oleh sebahagian ulama. Pada masa yang
sama, hukum juga diberi penekanan tetapi dalam suasana berhikmah. Contohnya dalam satu
riwayat hadis, seorang lelaki ingin masuk Islam. Beliau menetapkan syarat bahawa beliau hanya
ingin bersolat fardhu sebanyak satu kali atau dua kali sahaja setiap hari. Nabi s.a.w. menerima
keislamannya (al-Syawkani, 1996, juz. 7, h. 234). Maka kisah ini memberikan asas bahawa
hukum ditangani dengan berhikmah.

6


Kesimpulan
Dalam pembinaan hubungan etnik, hukum-hakam adalah penting. Hukum menjadi asas
agar hubungan etnik berlaku dalam kerangka shariah. Namun begitu, nilai mulia juga
mempunyai peranan yang amat penting. Bahkan nilai mulia adalah asas penyatuan dalam
membina fiqh ta’ayush yang harmoni.

Rujukan
Abdul Hadi Awang. (1995). Sistem Pemerintahan Negara Islam. Kepala Batas: Dewan Muslimat
Sdn. Bhd. 208.

Abu Dawud. (2007). Sunan Abi Dawud. Riyad: Maktabah al-Ma’arif. 557.

Abu Hamid al-Ghazali. (1983). al-Mustasfa. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1983), 1: 287.

Abd al-Wahhab Khallaf. (1978). ‘Ilm Usul al-Fiqh. Qaherah: Dar al-Qalam. 105.

al-Nawawi (1998). Syarh Sahih Muslim. Damsyiq: Dar al-Khayr. 9: 26, no hadis 961.

al-Syawkani. (1996). Nayl al-Author. Qaherah: Dar al-Hadith. 8: 37.

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. (1999). A’lam al-Muwaqqi’in ‘An Rabb al-‘Alamin. Mansurah:
Maktabah al-Iman.

Ibn ‘Asyur. (2007). Maqasid al-Shari’ah al-Islamiyyah. Qaherah: Dar al-Salam. 58.

Ibn Hajar al-‘Asqalani. (1996). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Qaherah: Dar al-Hadith.
1: 403, no hadis 219.

Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam. (1998). Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam (Beirut: Muassasah
al-Rayyan, 1998), 1: 11.

Jamal al-Din ‘Atiyyah. (2001). Nahw Taf’il Maqasid al-Shari’ah. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (2017). Fiqah Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Telaga
Biru. 15.

Muhammad Husaynain Makhluf. (1966). Bulugh al-Sul Fi Madkhal ‘Ilm al-Usul. Qaherah:
Mustafa al-Halabi. 72.

Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi. (1996). al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Qaherah: Dar al-
Hadith. 5: 238.

7


Muhammad ibn Isma’il al-Son’ani. (1995). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram. Beirut: .
Dar al-Fikr, 1: 368, no hadis 250.

Osman Bakar et al., (2015). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. xiii – xv.

Yusuf al-Qaradhawi. (1998). ali-Ijtihad al-Mu’asir Bayna ali-Indhibat wa ali-Infirat. Beirut: al-
Maktab al-Islami. 98 – 99.

8


Di Mana Bumi Dipijak: Seni Kecerdasan Emosi dalam Menjana Mahasiswa
Belia sebagai Modal Insan Bertanggungjawab
dan Berhemah Tinggi

Siti Sarawati Johara*, Rosman Md. Yusoffa, Fauziah Ania, Lutfan Jaesa,
a
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
E-mel: sarawati@uthm.edu.my

Abstrak
Kertas kerja ini lebih tertumpu pada perbincangan kepentingan pemantapan kecerdasan emosi
dalam kalangan mahasiswa belia bagi mencapai domain insan yang lebih bersepadu.
Perbincangan adalah dari segi konseptual, implikasi dan fungsi kecerdasan emosi mewujudkan
golongan belia yang bertanggungjawab dan berhemah. Sumber modal insan dalam kalangan
belia adalah teras utama pembangunan negara terutamanya dari aspek politik, ekonomi, sosial
dan pendidikan. Walau bagaimanapun peranan belia sebagai ejen perubahan masyarakat tidak
akan bermakna jika transformasi itu adalah daripada kecerahan kepada kegelapan, daripada
positif kepada negatif dan dari keamanan kepada kekacauan. Unsur-unsur penting yang perlu ada
sebagai belia bukan sekadar hanya pada kecerdasan intelek, tetapi juga perlunya mempunyai
kecerdasan emosi dan rohani yang mantap bagi mencapai penguasaan emosi, pemikiran dan
tingkah laku yang positif. Oleh itu, keperluan memiliki kecerdasan emosi adalah sama penting
dengan penguasaan kecerdasan intelek bagi mencapai suatu keseimbangan yang sebenar dalam
kehidupan. Belia yang positif mampu berdiri sebagai seorang warganegara yang utuh jati dirinya
dan berani menghadapi kompetitif dunia luar, malahan turut bijak menangani apa pun cabaran.
Kecerdasan emosi dalam diri mahasiswa belia dapat membantu mentransformasikan harapan
negara dalam usaha menjana modal insan yang berjiwa serta berminda kelas pertama, dengan
adanya sifat patriotik dan tingkah laku yang berhemah tinggi sejajar dengan tuntutan sejagat.
Kata kunci: Kecerdasan emosi, mahasiswa belia, modal insan, bertanggungjawab, berhemah.

9


Pendahuluan
Peranan mahasiswa sebagai belia di universiti awam sangat signifikan dengan
pembangunan progresif negara. Termaktub dalam sejarah tentang realiti perjuangan belia dari
aliran pendidikan dalam usaha menuntut kemerdekaan negara malahan hingga zaman ini, belia
adalah golongan baris hadapan yang sangat diperlukan untuk menjadi pemimpin yang boleh
membawa negara ke arah yang lebih bermartabat sebagai kelangsungan tamadun yang gemilang
(Mohd. Fuad et al., 2012). Pengundi belia mempunyai persepsi tersendiri terhadap kepimpinan
negara (Junaidi et al., 2012). Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai gerakan belia melalui media
cetak, media baru serta luahan terbuka melalui demostrasi terbuka. Walau bagaimanapun, belia
kini dikesan mula beralih arah kepada pendekatan agresif dan radikal, sehingga sampai ke tahap
membimbangkan dalam isu melibatkan soal politik negara (Utusan, 2015). Sebenarnya
mahasiswa sebagai barisan depan golongan belia berilmu di universiti awam berperanan penting
dalam menyumbangkan idea dan keringat kepada pembangunan negara dan menentukan struktur
politik negara (Saha & Print, 2010). Kekuatan dalam kecerdasan emosi mampu menjadi faktor
penentu kepada gaya kepimpinan dan berpolitik yang lebih matang di kalangan belia (Mohamad
et al., 2012). Sejajar dengan itu juga, adalah menjadi keperluan agar wujudnya suatu mekanisme
yang konsisten diaplikasikan melalui model dan pendekatan yang relevan di kalangan belia di
universiti bagi membantu menjana emosi, pemikiran dan tingkah laku politik yang lebih
signifikan dengan keperluan negara yang mementingkan keharmonian dan kestabilan dalam
segala aspek.
Teh Fui Khim (2001) dalam kajiannya pula menjelaskan bahawa berlaku peningkatan
salah laku belia dalam statistik yang menunjukkan mereka lemah dalam mengendalikan emosi
dan keinginan hati ke arah yang lebih positif. Malahan dalam akhbar pada 9 Ogos 2013 (Sinar
Harian, 2013) juga membincangkan cara belia menyuarakan pandangan tentang politik negara
dengan berdemonstrasi, merusuh mahupun memaki hamun dalam laman sosial bukanlah
tindakan matang, sebaliknya menjadikan belia tidak bertanggungjawab apabila hilang adab dan
budi bahasa dalam diri mereka. Kewujudan dunia tanpa sempadan melalui media elektronik dan
media sosial masa kini semakin menyemarakkan gaya berpolitik mahasiswa. Parti politik
memperluaskan pengaruh di kalangan belia melalui pelbagai medium internet dan media. Di
sebalik pro terdapat unsur kontra kesan penggunaan internet melalui kebebasan media sosial

10


yang tidak terkawal telah mempengaruhi gaya berpolitik belia di universiti awam untuk lebih
agresif dalam menyuarakan permintaan dan harapan mereka, sehingga berani bertindak
melanggar tatasusila hanya kerana marah dan protes terhadap kepimpinan negara (Siti Sarawati,
2017). Kaedah politik kebencian bergerak menyelinap di kalangan mahasiswa sehingga
menyebarkan paradigma negatif dan menenggelamkan fakta serta realiti positif. Isu Adam Adli
antaranya telah menjadi lipatan sejarah masa kini. Ketika masih bergelar mahasiswa UPSI, dia
telah digantung pengajian akibat ditangkap di bawah seksyen 124, Akta Hasutan, di samping
turut berani menurunkan bendera imej pemimpin negara serta terlalu berani mengibarkan
bendera Sang Saka Malaya bagi tujuan menggantikan bendera Jalur Gemilang Malaysia (Sinar
Harian, 2013). Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah wujud di Malaysia sejak
berpuluh tahun lamanya, namun masih ramai yang kabur tentang pengisian dan makna sebenar
akta ini. Belia berdemonstrasi dan memprotes kerajaan dengan cara perhimpunan jalanan sedikit
sebanyak mencemar imej negara di mata antarabangsa. Kekaburan menyebabkan emosi dan
fikiran kurang berjaya ditangani secara rasional atau positif apabila berhadapan dengan kemelut
politik negara, sehingga diterjemahkan dalam bentuk perlakuan negatif yang bersikap agresif,
defensif, tertutup dan menentang kebanyakan dasar dalam negara.
Ketuaan dunia adalah seiring dengan kewujudan generasi demi generasi yang pada suatu
tempohnya pernah dilihat sebagai proses evolusi kehidupan manusia berdaya proaktif. Proses itu
dihadapi dengan pelbagai elemen kemampuan manusia khususnya secara mental dan fizikal.
Dalam suatu rentetan waktu yang panjang, manusia yang berkemampuan tinggi pada otak dan
pemikirannya dikagumi semua dan dijadikan idola sepanjang hayat atas kepelbagaian strategi
dan penciptaan yang mampu menggegarkan teknologi dunia (Siti Sarawati, 2012). Kemampuan
yang dimalarkan pada kekuatan berfikir yang cerdas memungkinkan kemampuan yang lain
dimarginalkan sehingga wujudlah ruang-ruang yang kosong pada suatu yang lebih mendalam
sifat dan ciri-cirinya iaitu jiwa dan perasaan. Kejurangan yang wujud antara minda dan jiwa
mengakibatkan kemajuan masa lalu memberikan seribu makna dan pengajaran untuk ia dibugar
kembali dalam rentak dan nafas yang baru agar pengertiannya dapat dihayati bersama untuk
generasi yang akan datang. Untuk itu, kecerdasan emosi di masa kini mula diberikan perhatian
khusus akan fungsi dan peranannya dalam kehidupan manusia dalam usaha memperbaiki senario
hakikat kepincangan yang memungkinkan kesudahan negara yang memiliki rakyat berjiwa dan

11


berminda kelas pertama. Emosi dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk tindakan dengan
tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri dan ia boleh dikatakan sebagai satu
keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang
individu itu (Mahmood Nazar, 1992). Ringkasnya, emosi merupakan satu set tindak balas
automatik, viseral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, tingkahlaku dan
isyarat yang dipamerkan oleh individu itu.

Konseptual Kecerdasan Emosi


Terma kecerdasan emosi mula mengambil tempat dalam hasil-hasil penulisan dan
perbincangan ilmiah beserta penilaian tentang keperluannya yang sama penting dengan
kecerdasan intelek, maka dunia semakin menerima kenyataan bahawa untuk menjadi manusia
yang berjaya dengan ungkapan sebenar-benar berjaya, bukan sahaja memerlukan kecerdasan
intelek akan tetapi juga perlunya elemen-elemen kecerdasan emosi yang tersusun dengan
pelbagai kategori. Meskipun semua manusia dilahirkan memiliki hati dan perasaan, akan tetapi
tidak semua mampu untuk mengendalikan dimensti hati mengikut acuan yang bersifat
kemanusiaan. Apabila emosi difokuskan sebagai suatu elemen yang penting dalam domain
pendidikan, maka lahirlah istilah kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi lebih dilihat sebagai suatu
himpunan kemampuan mental yang membantu setiap individu untuk mengenal pasti serta
memahami perasaan sendiri dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi akan mampu membantu
meningkatkan keupayaan setiap individu untuk mengawal perasaan. Menurut Kamus Dewan
(2002), emosi adalah bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-
lain). Manakala menurut Oxford Advanced Learners’ Dictionary of Current English (2000) pula,
diyatakan bahawa emosi adalah sebagai suatu perasaan yang kuat dan mengandungi pelbagai
jenis perasaan seperti kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan dan gangguan
pada perasaan.
Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk mengawasi emosi
diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan kebaikan, dan dapat menggunakan maklumat untuk
membantu fikiran serta tindakan seseorang. Kecerdasan emosi juga dapat diertikan sebagai
sejenis kecerdasan sosial yang bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi,
untuk mendiskriminasikan emosi tersebut dan menggunakan maklumat untuk mengawal

12


pemikiran dan tindakan (Mayer & Salovey, 1993:433). Berdasarkan pendapat Salovey & Mayer
(1990) juga, kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal dikategorikan kepada lima domain
utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan diri, empati dan
mengendalikan hubungan yang berkesan. Empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan
adalah dikategorikan dalam kecerdasan interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri,
mengurus emosi dan memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal. Model
kecerdasan emosi merangkumi lima aspek utama, iaitu:
i) Kesedaran terhadap diri sendiri (Self-awareness)
Kesedaran terhadap diri atau sedar emosi kendiri adalah membawa pengertian pada
kebolehan individu untuk mengawal diri (perasaan) ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.
Kebolehan ini kemudiannya berupaya membantu individu untuk membuat keputusan yang
kongruen dengan pegangan atau nilai dalam dirinya (Goleman, 1998). Secara tidak langsung, ia
juga membolehkan seseorang individu membuat penilaian pada dirinya secara lebih adil dan
realistik. Individu yang memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan
dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklum balas daripada orang lain dan bersedia untuk
sentiasa belajar daripada kesilapan dan pengalaman yang dilalui. Keyakinan diri pula adalah satu
sifat keberanian yang datang dengan penuh keyakinan hasil daripada keupayaan terhadap
kesedaran kendiri iaitu kebolehan, susunan nilai dan matlamat diri.
ii) Mengurus emosi diri (Self regulation)
Keupayaan untuk mengurus emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap
diri, ekspresi emosi dan niat. Individu yang dapat mengawal emosinya mampu melaksanakan
sesuatu perkara dengan mudah dan tenang. Kemampuan dalam mengurus emosi juga membantu
individu memulihkan kesedihan emosi dengan lebih mudah dan berkesan (Goleman, 1998).
Individu yang berjaya mengurus emosi diri akan mudah bebas daripada kitaran emosi yang sarat
dan kritikal. Individu itu juga mampu untuk mengimbangkan emosinya menggunakan pemikiran
rasional bagi mengelakkan wujudnya konflik.
iii) Motivasi kendiri (Motivation)
Motivasi diri pula merujuk kepada kecenderungan emosi yang berupaya untuk
menggerakkan dan memandu individu itu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga
membantu manusia mengambil inisiatif yang berlipat ganda dan gigih berusaha untuk

13


memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan mahupun kegagalan. Individu yang
tinggi tahap motivasinya akan lebih mudah dalam pelaksanaan apa juga hal dan lebih terancang
dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik serta tidak mudah berputus asa. Marginal tahap
motivasi yang tinggi menjanjikan kejayaan dalam hidup.
iv) Empati kendiri (Empathy)
Empati pula merupakan suatu keupayaan seseorang untuk mengenali, memahami dan
menyelami emosi orang lain sehingga boleh memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap
perasaan orang lain. Manusia kebiasaannya tidak dapat menyembunyikan lakaran dan rasa hati
kerana ia akan mudah diekpresikan melalui raut wajah, nada suara dan bentuk senyuman. Oleh
itu, individu yang mempunyai tahap empati yang tinggi mampu untuk menterjemahkan perasaan
orang lain sekaligus membawa kesedaran untuk menguruskan situasi emosi ini dengan cara
sewajarnya.
v) Kemahiran sosial (Social Skills)
Kemahiran sosial turut merupakan antara elemen bersifat interpersonal yang melibatkan
kebolehan mengurus emosi orang lain dalam perhubungan secara lebih berkesan dan sentiasa
bersedia dengan situasi sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini
memberikan kelebihan kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan
pebalahan dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat diwujudkan dan
diamalkan. Individu yang menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan
sosial dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Senario Implikasi dan Fungsi Mahasiswa Belia Bertanggungjawab dan Berhemah Tinggi
Secara Individu, Keluarga Komuniti dan Negara
Sesebuah negara itu tidak lengkap dan tidak akan maju mahupun tidak berjaya mencapai
matlamatnya sekiranya tidak mempunyai rakyat. Rakyat yang berakhlak dan berpengetahuan
merupakan tunggak serta penggerak kepada kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Untuk
membentuk dan melahirkan insan yang menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan berhemah
tinggi, banyak aspek yang perlu diberikan perhatian. Dalam konteks agama Islam, tingkah laku
insan adalah berdasarkan apa yang ada di dalam hati. Sikap dan tingkah laku adalah cerminan
pada apa yang ada dalam hati.

14


Dengan itu, adalah perlu mahasiswa belia yang menjadi pelapis utama dalam kepimpinan
dan pembangunan negara diberikan perhatian utama dalam pembinaan secara afektif yang
berkait rapat dengan kecerdasan emosi. Keluarga merupakan agen pencetus utama sedari awal
lagi dalam melahirkan dan menjadikan anak yang mempunyai elemen kemahiran dalam
kecerdasan emosi bagi mencapai kestabilan jiwa, kerasionalan berfikir dan kewajaran bertingkah
laku. Diikuti keupayaan membentuk diri oleh diri belia itu sendiri, dan dibantu oleh sekeliling
termasuk masyarakat sebagai agen perubahan agar mereka muncul sebagai insan
bertanggungjawab dan berhemah kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Implikasi Kepada Individu dan Keluarga


Mahasiswa belia yang kurang pendedahan secara realistik sering melihat contoh yang ada
di hadapan mata sebagai contoh yang terbaik. Sekiranya yang dihadapkan adalah contoh negatif,
maka mereka akan mudah terdorong melakukan tindakan yang negatif, begitu jugalah
sebaliknya. Kekurangan usaha untuk memantapkan elemen dalaman emosi mereka
memungkinkan mereka lahir sebagai individu yang mempunyai mentaliti tersekat, menerima
perubahan dari sudut keseronokan semata-mata, kegagalan kemahiran berkomunikasi, kurang
matlamat diri, tidak tahu potensi sebenar diri serta kurang menyedari fungsi dan peranan sebagai
warga yang berjasa. Nilai konsep kendiri yang kurang ditekankan sehingga wujud skemata yang
serba kekurangan juga menyebabkan belia sering merasa agak terasing, malu untuk bersaing,
rendah diri dan berfikiran negatif (Siti Sarawati, 2012). Hal yang tidak seimbang ini tidak
mustahil membuatkan mereka mengalihkan perhatian kepada bentuk dan cara hidup yang boleh
membuatkan mereka diterima dalam kelompok rakan sebaya, meskipun ia beriklimkan negatif.
Maka impaknya, lihatlah realiti yang berlaku sekarang apabila belia juga ramai yang menghidu
gam, menjadi ahli dalam kumpulan rempit, pengambilan dadah dan ganja, pergaulan bebas,
ketagihan arak dan judi. Impak ini memberikan kesan besar kepada negara kerana kita
memerlukan remaja dan belia yang berkualiti serta mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
sebagai pelapis pemimpin negara yang berdaulat.
Kelekaan dan kelalaian membuatkan belia kita lemah jiwa dan hilang matlamat diri.
Ironinya selama 446 tahun negara kita dijajah barat sehingga mengakibatkan pengisian selama
446 tahun itu tidak terhenti setakat itu tetapi kesannya adalah sehingga kini apabila di mana-

15


mana kita melihat wujudnya pengaruh barat hingga menenggelamkan jati diri rakyat kita di
negara sendiri. Budaya hidup yang lebih bercorak hedonisme berlaku di mana-mana. Kesannya
minda dan jiwa remaja kita berterusan dijajah, berterusan menjadi mangsa pada era globalisasi
dan kapitalisme yang direka khas untuk kepentingan kuasa besar di rantau dunia (Siti Sarawati,
2011).
Keasyikan dan tumpuan yang lebih pada bentuk hidup yang seperti itu seringkali
melekakan belia sehinggakan mereka terlupa fungsi dan peranan sebenar mereka sebagai
khalifah di muka bumi yang perlu ada hubungan yang baik dengan Tuhan, hubungan baik
dengan manusia lain dan juga alam sekitar (Siti Sarawati, 2017). Ketidakstabilan pengisian
dalam emosi dan jiwa juga memungkinkan berlakunya keretakan hubungan dan kasih sayang
dengan keluarga mereka. Hubungan yang renggang dan kurang interaksi menimbulkan suasana
yang agak dingin apatah pula jika ibu dan bapa bersifat agak autokratik. Rasa hormat dan
menghormati yang kurang terbina dalam keluarga juga akan memberikan kesan yang tidak mesra
sebagai suatu jalinan yang seharusnya utuh walau sampai bila-bila. Akibatnya keluarga akan
dibelakangkan dalam segenap hal dan komunikasi yang wujud juga tiada nilai adab dan sopan
(Siti Sarawati, 2011).

Implikasi Kepada Komuniti Sosial dan Negara


Belia yang kosong jiwanya dengan segala pengisian yang sewajarnya memungkinkan
mereka wujud dalam kelompok masyarakat sebagai racun yang amat berbisa. Ketidakpekaan
mereka untuk memahami diri, orang lain dan alam sekitar apatah lagi untuk merenung hakikat
hidup ini membuatkan mereka berani membuat sesuatu yang bertentangan dengan tuntutan
norma sosial (Siti Sarawati, 2012). Oleh kerana itu, maka wujudlah pelbagai kes yang seolah-
olah mencabar masyarakat untuk berfikir semula tentang kepentingan penerapan elemen
kecerdasan emosi yang seharusnya bermula dari rumah, sekolah sehinggalah ke pusat-pusat
pengajian tinggi mahupun komuniti masyarakat. Kes yang berlaku di kawasan Kg. Manir, Kuala
Terengganu pada tahun 2009 memperlihatkan antara contoh kes betapa belia telah ketandusan
kecerdasan emosi untuk mengawal diri dan emosi. Kes tersebut memperlihatkan beberapa orang
remaja yang terlibat dengan aktiviti merempit telah melanggar dua orang pegawai polis sehingga
cedera parah dalam satu operasi membanteras lumba haram ( Harian Metro: 10 Januari 2009).

16


Adakah ini lambang remaja yang mempunyai minda serta jiwa kelas pertama ataupun belia
hanya mampu menunjukkan nilai masyarakat yang berminda serta berjiwa kelas ketiga.
Keterlibatan belia dengan tindakan memijak-mijak serta membakar bendera Malaysia, sejauh
manakah hal ini serius di mata dan di hati masyarakat kita ataupun mungkin ia hanya seperti
tiupan angin yang berlalu begitu sahaja tanpa memberi apa-apa kesan mendalam. Bagaimana
pula dengan kejadian belia yang menggunakan batu untuk membaling dan melukakan sesama
bangsa di dalam negara yang sama sebagai rakyat Malaysia yang sama, sedangkan batu untuk
remaja Palestin adalah untuk mempertahankan diri dari kekejaman zionis Israel (Siti Sarawati,
2011).
Hal ini mencipta keretakan dan krisis dalam komuniti sosial sehingga melemahkan
masyarakat itu sendiri. Kegagalan memantapkan kecerdasan emosi untuk mempunyai hati yang
bersih, berlapang dada, tidak prejudis, positif, empati dan mudah memahami keadaan di
sekeliling mengakibatkan belia menjadi warganegara yang tiada wawasan bahkan seperti lalang
di tiup angin, hilang kerasionalan dan gagal mengawal emosi serta mudah baran apabila
diprovok. Bukan belia yang sebegini yang kita inginkan kerana perjuangan untuk mewujudkan
keamanan dan keharmonian dalam negara yang melingkupi dari pelbagai aspek tidak akan
pernah berakhir dan kedaulatan negara harus dijaga. Kekuatan itu adalah perlu dari sudut
kekuatan ilmu, kekuatan emosi dan rohani, kekuatan ekonomi dan perpaduan sesama rakyat.
Kita tidak mahu remaja yang mementingkan diri sendiri sehingga tidak dapat melihat pentingnya
untuk menjadi warganegara yang berjasa dan berguna kepada semua. Akibatnya tidak mustahil
mereka akan mudah diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan sendiri melebihi
kepentingan untuk agama, bangsa dan negara. Tidak mustahillah wujud pelbagai kes yang
menampilkan hakikat hilangnya integriti di hati sebahagian rakyat negara kita seperti kes-kes
rasuah, pecah amanah, penipuan, politik wang dan kuasa serta caci mencaci sesama rakyat
Malaysia. Inikah budaya yang ingin kita wariskan kepada generasi kita dan pastinya
kegemilangan negara boleh musnah sekelip mata jika situasi itu yang kita biarkan berterusan
(Siti Sarawati, 2012).

17


Peranan dan Fungsi Keluarga terhadap Negara
Peranan dan fungsi institusi kekeluargaan dalam penjanaan bangsa yang bertamadun dan
bermoral sangat dititikberatkan dan penting untuk melahirkan rakyat yang setia,
bertanggungjawab dan berhemah tinggi selain dari peranan individu itu sendiri. Hal ini adalah
kerana, keluarga merupakan tunjang kehidupan dan menjadi komponen asas yang penting dalam
proses pembentukan masyarakat dan negara yang harmoni. Fungsi sesebuah keluarga tidak
terbatas sebagai keturunan sahaja sebaliknya meliputi skop yang luas. Sekiranya institusi
keluarga berpecah–belah ia akan memberi impak terhadap pembangunan sosial dan ekonomi
negara secara keseluruhannya. Di samping itu, Islam juga memandang institusi kekeluargaan
sebagai institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Kita boleh mengumpamakan sesebuah
keluarga itu seperti sesebuah negara yang ditadbir oleh seorang pemimpin. Pemimpin yang
dimaksudkan di sini ialah bapa yang memainkan peranan sebagai penggerak kemajuan keluarga
serta turut dibantu oleh ibu sebagai penasihat. Kita mengumpamakan ibu dan bapa itu sendiri
pemimpin kepada anak-anak yakni rakyat dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Jika penggerak
utama iaitu ibu bapa tidak berjaya dan gagal menentukan hala tuju, maka kecundanglah institusi
kekeluargaan itu untuk melahirkan dan membentuk modal insan yang berguna dan bermanfaat
buat semua. Dalam pembentukan tamadun, keluarga memainkan peranan penting dalam usaha
mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab, berhemah dan berakhlak.
Dalam hal ini, ibu bapa itu sendiri perlu menjadi tauladan dan ‘role model’ kepada anak-
anak. Sekiranya institusi kekeluargaan itu penuh dengan nilai-nilai murni dan tauladan maka ia
amat baik untuk keharmonian dan pembangunan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu
memberikan contoh yang baik dalam pelbagai aspek. Antara aspek yang dititikberatkan ialah
aspek penjagaan kesusilaan. Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menjaga pemikiran, pertuturan
dan kelakuan. Ibu bapa haruslah bijak dalam mendidik dan mengasuh anak. Mereka juga harus
memberikan perhatian dan tumpuan, menggunakan tutur kata yang sopan, mendengar luahan
anak-anak serta berkongsi pendapat dengan anak-anak. Bukan itu sahaja, sedikit sebanyak proses
ini dapat melatih dan mendidik anak-anak supaya mereka boleh menyalurkan pendapat dan suara
melalui medium yang betul. Sekiranya mereka tidak didedahkan ketertiban dalam bentuk
berkomunikasi ini, dikhuatiri mereka akan menggunakan medium atau cara yang salah dalam
proses menyuarakan hak dan pendapat yang dirasakan untuk menyelesaikan dan merungkaikan

18


pemasalahan mereka. Misalnya, mereka lebih selesa memilih jaringan sosial untuk bersuara.
Kadangkala, mereka menjadi terlalu terbuka dan tidak memikirkan sensitiviti masyarakat
sekeliling seperti yang dilakukan oleh Nam Wee seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti
Taiwan yang berasal dari Johor telah mempersendakan lagu Negaraku di laman sosial. Sekiranya
perkembangan seperti ini dibiarkan dan tidak dibendung, ia akan menjadi satu fenomena yang
tidak sihat untuk semua. Sudah tentu, bukan legasi negatif yang kita mahu wariskan kepada
generasi baru.
Kaedah pendidikan dengan menunjukkan contoh dan tauladan serta pendidikan yang
menekankan aspek kerohanian dan kesedaran tentang hakikat di mana bumi dipijak adalah dikira
asas yang penting. Senario ini sangat sinonim dengan keperluan melatih dan mendidik generasi
muda agar tahu erti bersyukur. Bersyukur dari jiwa dan fikiran yang tenang kerana telah terisi
dengan rasa ikhlas, sabar dan redha. Pepatah mengatakan, ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Negara sangat memerlukan generasi yang dinamik, progresif, rasional dan
bertanggungjawab, maka ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai mulia bertunjangkan ajaran
agama, di samping tidak menyisihkan hakikat keperluan mempunyai nilai patriotisme dan
tauladan yang baik sejak anak mereka masih kecil. Di samping itu, ibu bapa perlulah
menerapkan nilai–nilai murni dalam setiap aspek kehidupan sekeluarga. Bagi mencapai
matlamat itu, ia juga bermula daripada kestabilan dan kebahagiaan dalam rumah tangga
termasuk memastikannya dari segi emosi dan kewangan. Penerapan nilai-nilai murni amatlah
disarankan untuk meningkatkan integriti dalam diri. Wajarlah sekiranya ibu bapa itu terlebih
dahulu memiliki akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi
tauladan kepada anak-anak. Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia
seperti pengasih, penyayang, jujur, bersopan santun, berbudi pekerti mulia, bagaimana untuk
mereka mentransformkan dan mencorakkan keindahan akhlak itu kepada orang lain khususnya
kepada anak-anak. Agak jelas, keperluan mempunyai kemahiran dalam kecerdasan emosi boleh
membantu menjadikan generasi baru lebih berhemah dan bertanggungjawab dengan apa sahaja
yang difikirkan, dikatakan dan dilakukan.
Persoalannya di sini, wajarkah sekiranya anak-anak yang masih kecil kita dedahkan
dengan isu-isu politik yang polemik? Terdapat ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka
ke perhimpunan-perhimpunan aman, demostrasi jalanan, dan sebagainya. Adakah kita sedar

19


bahawa kita telah memomok-momokkan mereka dengan sesuatu perkara yang sangat rumit
untuk mereka fahami seawal usia begitu? Kanak-kanak khususnya adalah ‘pemerhati yang aktif,
akan tetapi mereka masih menjadi penilai yang pasif’. Bukankah lebih elok sekiranya ibu bapa
mendedahkan anak-anak dengan cerita-cerita sejarah sekaligus boleh menyemai semangat
cintakan negara.Walaupun kita hidup dan digelumangi arus kemodenan, pendidikan agama dan
pendidikan modal insan tidak wajar dipandang enteng kerana nilai-nilai kerohanian dan
kemuliaan inilah yang akan memandu dan membimbing manusia dalam melalui segala aktiviti
dan tindak tanduknya agar tidak tersasar dari landasan kehidupan. Dalam konteks ini, ibu bapa
wajar menekankan pendidikan yang bersifat kemanusiaan dan kejiwaan menerusi nasihat dan
bimbingan. Domain pendidikan juga adalah perlu merentas pendidikan secara psikomotor,
afektif dan kognitif agar anak-anak mampu menjadi insan yang seimbang dan sepadu secara
lebih holistik dalam usaha menjadi insan kamil.
Pendidikan secara afektif adalah pendidikan paling penting kerana secara tidak langsung
mengisi keperluan ruang emosi, jiwa, kalbu dan roh yang terdidik dengan fitrah insani, sehingga
berupaya diterjemahkan ke bentuk tingkah laku yang dominan positif. Ibu didapati paling
dominan untuk menerapkan kejayaan dalam pendidikan afektif, kerana ibu merupakan insan
yang paling dekat dengan anak-anak. Keupayaan dalam kecerdasan emosi dan spiritual akan
menghasilkan akhlak yang mulia, tingkah laku lebih bermakna dan mencapai kehidupan yang
indah. Islam sebagi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna mengingatkan umat manusia
supaya mengimbangi keperluan di antara rohani dan jasmani.
Pendidikan secara psikomotor (fizikal) dan kognitif (minda) yang tidak berlandaskan
pendirian jiwa yang bersih dan terarah akan melahirkan bangsa yang maju tapi mundur daripada
segi roh. Sebagai contoh negara-negara di Barat yang kerap menolak fahaman spiritual atas nama
sains. Mereka juga lebih mementingkan aspek–aspek lahiriah. Kesannya, faktor jiwa seperti
inilah yang membawa kesan negatif kepada aspek pembangunan akhlak atau kelakuan seseorang.
Akhlak atau cerminan tingkah laku merupakan pokok pada kesucian batin yang dapat
menghasilkan nilai integriti yang mulia. Perlu diingatkan di sini bahawa karektor dan
keperibadian anak-anak di masa hadapan banyak bergantung kepada darah, keturunan dan ilmu
serta pendidikan yang diterimanya pada hari ini. Menyelusuri pendidikan awal kanak-kanak,
benarlah bahawa ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anak. Maka ibu merupakan penggerak

20


penting dalam menjanakan ilmu pendidikan kepada anak-anak, diikuti juga peranan bapa yang
turut penting. Di waktu ibu bapa menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai penggerak
utama membentuk tamadun kekeluargaan, ibu bapa turut perlu memupuk kesedaran yang
berterusan bahawa pendidikan adalah medium penebus martabat bangsa. Dengan menguasai
pendidikan yang merentas pelbagai aspek, kedudukan sesebuah bangsa dapat dimartabatkan dan
sejarah juga membuktikan bangsa yang maju adalah bangsa yang berilmu. Kemajuan tidak akan
tercapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi, yang semestinya juga turut perlu dipandu dengan
kestabilan dalam jiwa. Penguasaan ilmu dapat menaikkan darjat manusia, bilamana ilmu dapat
lebih dihayati dengan fikiran yang rasional dan emosi yang stabil, sehingga terhasilnya tingkah
laku yang positif (Siti Sarawati, 2017).
Persediaan ini penting supaya generasi muda lebih bersedia dalam hadapi era globalisasi
dan kemajuan teknologi dalam proses kehidupan, dengan menyedari tentang perlunya
penglibatan mereka secara langsung dalam pembangunan keluarga, masyarakat, agama dan
negara. Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima
perkara-perkara dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jati diri. Ibu bapa merupakan ejen
pertama adalah pembentukan sahsiah dan juga kecemerlangan anak-anak. Kegagalan ibu bapa
memainkan peranan sebagai pendidik akan mengundang pelbagai gejala negatif yang boleh
memudaratkan negara dan bangsa. Sebagai ibu bapa yang beragama Islam, penghayatan ajaran
agama Islam sepenuhnya merupakan jalan terbaik untuk mencapai kesejahteraan dalam
kehidupan manusia melalui penguasaan kecerdasan emosi dan spiritual. Keharmonian dan
kemakmuran secara dasarnya bermula dari dalam diri individu itu sendiri seterusnya akan
berkembang untuk mewujudkan kesejahteraan dalam institusi kekeluargaan. Dengan
menekankan ketiga-tiga aspek pendidikan, kedudukan dan kelangsungan bangsa, peranan
keluarga dan ibu bapa merupakan salah satu penyumbang ke arah pembentukan tamadun bangsa
dan rakyat yang bertanggungjawab, berhemah tinggi dan setia kepada negara. Agak jelas, nilai-
nilai mulia yang dibincangkan di atas adalah tidak lari daripada elemen-elemen yang ditekankan
dalam kemahiran kecerdasan emosi.

21


Kesimpulan
Pepatah “di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung” secara tidak langsung
membayangkan kesedaran rakyat dalam menghayati erti sejarah masa lalu sebagai benteng bagi
mengelakkan negara dijajah semula dari segi luaran mahupun dalamannya, pada masa kini
mahupun pada masa akan datang. Penentuan generasi masa depan bergantung di tangan kita di
masa kini bagi mengukuhkan kesepaduan bersama. Bagi menjamin keseimbangan kerajaan
berdaulat kita sebenarnya telah mencapai mercu tanda itu sendiri iaitu kuasa, hak, merdeka,
maruah. Bagi melestarikannya pula, kita seharusnya tidak pernah lalai dengan kemajuan,
keamanan dan kesenangan yang dimiliki sekarang, bahkan sepatutnya kita menjaga dengan
sepenuh hati dengan penuh kesyukuran dan tanpa mengambil remeh dalam sesuatu perkara.
Perdamaian yang dimiliki oleh Malaysia sekarang bukanlah datang dengan sendirinya, tetapi
dengan melalui pelbagai perkara pahit dan susah payah orang-orang terdahulu. Menyedari
hakikat perdamaian tidak akan dapat dicapai tanpa ikatan perpaduan rakyat yang kukuh, peranan
dan fungsi setiap peranan dalam kelompok masyarakat membawa tema tanggungjawab yang
tersendiri. Secara individu yang menyentuh dari aspek diri, maka perlu setiap individu
seharusnya ada tingkah laku mulia termasuk sifat patriotisme yang sayangkan negara tanpa
bermusim. Aspek ini diperkukuhkan lagi dengan melalui fungsi keluarga dan keadaan ini
seharusnya menjadi penggerak dalam memastikan setiap individu itu menyayangi diri sendiri,
keluarga, agama, bangsa dan negara. Masyarakat juga perlu dominan dalam mewujudkan senario
yang positif.
Nilai-nilai positif melalui kecerdasan emosi perlu terus diterapkan dalam kalangan belia.
Perlu difahamkan agar mereka dapat menolak keganasan dan kekerasan dalam penyelesaian
segala konflik, selain itu juga ia dapat diselesaikan dengan mencari punca sebenar sesuatu
konflik tersebut melalui perundingan. Sebagai rakyat Malaysia, menjadikan perpaduan, keadilan
sosial, budaya, ekonomi, dan politik sebagai teras perdamaian adalah wajar bagi mengekalkan
kedamaian tersebut. Mempelajari serta memahami kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia
akan melahirkan rasa hormat terhadap nilai-nilai hak asasi antara manusia. Penyediaan saluran
yang sesuai untuk luahan perasaan, aspirasi, dan kehendak masyarakat perlu diketengahkan
supaya segala pendapat dapat diluahkan ke saluran yang betul. Agak jelas, menguasai

22


kemahiran-kemahiran mengendalikan aspek afektif dan jiwa melalui kecerdasan emosi adalah
ibarat suatu seni dalam usaha menjadikan mahasiswa belia menjadi modal insan yang bermakna.

Rujukan
Adina, B.L. (1999). Teaching Emotional Intelligence. Making Informed Choices. Skylight:
Arlington.

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk Identiti Remaja. Bentong : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Goleman, D (1998). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Novel Lyndon, Khaidzir Hj. Ismail,
Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Jeniri Amir, Ahi Sarok, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude
Ghazali(2012a). Kriteria Pemilihan Calon dan Parti dalam Pilihan Raya Umum Dewan
Undangan Negeri Sarawak. Jurnal Geografi Online: Malaysia Journal of Society and
Space. 8 (4), 44-55.

Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper and Row. Publishers.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1993). What is emotional intelligence? In P. Salovey, & D. Sluyter
(Eds.).

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon & Viknesh Ramachandran (2012).
Persepsi politik belia India di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.
Malaysian Journal of Society and Space. 8 Issue 8 (1-11).

Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam, Mariani Mansor & Siti Nor Yaacob. (2012). Kecerdasan
Spiritual Dan Cara Gaya Kepimpinan Dalam Kalangan Pemimpin Remaja di Malaysia.
Malaysian Journal of Youth Studies Volume Jilid 7 ISSN 2180- 1649 Dec 2012.

Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English (2000). Oxford: Oxford University
Press.

Saha LJ, Print M (2010). Student School Elections and Political Engagement: A Cradle of
Democracy? International Journal of Educational Research. 49 (1), 22-32.

23


Salovey, P & Mayer, J.D (1990). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition and
Personality. New York: Basic Books.

Siti Sarawati Johar (2011). Kecerdasan Emosi Pelajar Luar Bandar: Harapan Dan Cabaran
Pendidikan dalam Pembentukan Modal Insan (dalam Modal Insan:Transformasi Menjana
Kelestarian). Pahang: Universiti Malaysia Pahang.
Siti Sarawati Johar (2012). Kecerdasan Emosi Remaja Luar Bandar Serantau Malaysia dan
Indonesia: Cabaran & Harapan Dalam Pembentukan Modal Insan Berjiwa Kelas Pertama.
Prosiding Indonesia-Malaysia 6th Conference. Julai 2012.

Siti Sarawati Johar (2017). Eksplorasi Psikologi dalam Organisasi: Sisi Positi atau Negatif?
Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Teh Fui Khim (2001). Pengaruh Kecerdasan Emosi (EQ) dan Amalan Keibu bapaan Ibu
Terhadap EQ Remaja. Master Thesis: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan Surat Khabar Dalam Talian

Demonstrasi Jalanan Kikis Sifat Kepimpinan Belia. (2013). Sinar Harian, 9 Ogos : 1.

Kematangan Belia Berpolitik Merisaukan. (2015). Utusan Malaysia, 10 November : 1

24


Sikap Gen-Y Melayu Terhadap Kepelbagaian Etnik di Tempat Kerja

Azlina Abdullah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mel: azlina_ab@ukm.edu.my

Abstrak
Trend penduduk Malaysia berusia muda khususnya yang berpendidikan tinggi semakin
meningkat sehingga tahun 2020. Perangkaan penduduk Malaysia tahun 2016 menunjukkan
masyarakat Malaysia didominasi oleh orang muda dengan 46.6 peratus penduduk berusia 24
tahun dan 41 peratus lagi berusia antara 25 hingga 54 tahun. Kertas kerja ini membincangkan
tentang sikap Gen-Y terhadap kepelbagaian etnik di tempat kerja dan juga di luar tempat kerja.
Responden kajian adalah seramai 141 orang yang terdiri daripada Gen-Y Melayu yang bekerja,
dipilih secara bukan rawak menggunakan persampelan bertujuan. Menjelang tahun 2050,
generasi muda yang kini seringkali dirujuk sebagai Gen-Z dan Gen-Y dijangka akan mencapai
usia 45 hingga 70 tahun. Kumpulan umur inilah yang akan menjadi pemimpin negara masa
depan malah penggerak kepada Tansformasi Nasional 2050. Keadaan ini memberi pengertian
bahawa peranan orang muda dalam perubahan masyarakat amat penting dalam membangun
masa depan negara. Mereka dilabel sebagai generasi yang hidup dengan gajet, sukakan kelainan,
ingin cepat kaya, bekerja kuat, melakukan pelbagai kerja dan cenderung menjadi entrepreneur.
Akses dan kemahiran orang muda terhadap teknologi internet serta keterbukaan alam siber yang
luas membolehkan orang muda memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan termasuk pemerkasaan
masyarakat. Malah, ia mempengaruhi nilai dan pandangan dunia terhadap pelbagai perkara
termasuklah hubungan antara etnik yang pelbagai di tempat kerja mahupun dalam kehidupan
seharian. Gen-Y didapati mempunyai sikap yang positif kepada kepelbagaian etnik di tempat
kerja, terbuka dalam berinteraksi dan berhubungan serta boleh bertoleransi dengan kepelbagaian
etnik yang berbeza bahasa, budaya, agama dan pandang dunia. Malah mereka berpendapat
bahawa warga kerja di setiap organisasi perlu ada kepelbagaian etnik. Persekitaran kerja yang
kondusif, komunikasi berkesan dan kerja berpasukan merupakan keutamaan kepada Gen-Y di
tempat kerja.
Kata kunci: Gen-Y, etnisiti, melayu, tempat kerja, kepelbagaian.
25


Pengenalan
Globalisasi ekonomi telah menyumbang kepada trend kepelbagaian tenaga kerja dalam
kebanyakan organisasi di banyak negara. Justeru, ramai sarjana beranggapan bahawa
kepelbagaian adalah suatu realiti, malah ruang pekerja semasa dan masa depan didapati menjadi
lebih pelbagai. Maka syarikat perniagaan tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa berdepan
dan menyesuaikan diri dengan realiti baru ini. Malah, kepelbagaian juga dianggap sebagai
sesuatu yang baik dan membawa manfaat besar kepada perniagaan kerana ia memberi kelebihan
untuk berdaya saing di peringkat global.
Sejarah perkembangan Malaysia menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh
pihak pemerintah dalam merencana dan melaksana pelbagai projek pembangunan yang
menghasilkan pertumbuhan pesat ekonomi dan sekali gus membawa transformasi dalam
masyarakat. Projek pembangunan dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan membasmi
kemiskinan, mengurangkan jurang pendapatan antara kaum, wilayah dan kumpulan pendapatan,
dan menyusun semula masyarakat untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan bahasa. Kini, masyarakat Malaysia
terkenal sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan bukan sahaja memiliki kepelbagaian
budaya, bahasa dan agama, malah hidup sebelah menyebelah secara relatif damai di samping
terus mengekalkan identiti etnik masing-masing. Keadaan ekonomi, politik dan sosial
masyarakat yang stabil mendorong kemasukan pelaburan asing ke Malaysia sekaligus membawa
penghijrahan tenaga kerja asing yang ramai yang menjadikan Malaysia kini sebuah negara
"super diversity".
Masyarakat yang pelbagai ini memperuntukkan sebilangan besar masa seharian di luar
rumah khususnya di tempat kerja sama ada sektor kerajaan, swasta mahupun persendirian.
Dalam kalangan mereka ada yang bekerja dalam persekitaran dan kalangan etnik mereka sahaja,
dan terdapat pula sekumpulan yang bekerja dalam persekitaran pelbagai etnik. Selain itu,
terdapat juga majikan yang datang daripada etnik yang berbeza. Bagi organisasi yang melibatkan
pelbagai etnik, setiap pekerja sudah tentu perlu bekerja bersama-sama dengan rakan sekerja yang
lain selama lapan jam atau lebih dalam sehari, makan pada waktu rehat bersama, mengenakan
pakaian rasmi organisasi, melakukan aktiviti sosial syarikat, di samping meraikan pelbagai
perayaan tahunan pelbagai etnik. Di samping kepelbagaian yang di bawa dari luar itu,

26


kepelbagaian dari dalam tempat kerja seperti tahap pekerjaan, kemahiran, lama bekerja dan lain-
lain juga wujud.
Penduduk Malaysia yang berjumlah 32 juta (Jabatan perangkaan Malaysia, 2017) dengan
pecahan lebih 70 kumpulan etnik dengan lebih 200 kumpulan sub-etnik, bahasa dan dialek
(Shamsul 2012) beserta 3 juta lebih warga asing bersama-sama menjalani kehidupan seharian
sama ada di kawasan kediaman, di tempat kerja dan juga ruang awam. Perangkaan penduduk
Malaysia tahun 2016 menunjukkan masyarakat Malaysia didominasi oleh orang muda dengan
46.6 peratus penduduk berusia 24 tahun dan 41 peratus lagi berusia antara 25 hingga 54 tahun.
Mereka dilabel sebagai generasi yang hidup dengan gajet, sukakan kelainan, ingin cepat kaya,
bekerja kuat, melakukan pelbagai kerja dan cenderung menjadi entrepreneur. Akses dan
kemahiran orang muda terhadap teknologi internet serta keterbukaan alam siber yang luas
membolehkan orang muda memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan termasuk pemerkasaan
masyarakat. Malah, ia mempengaruhi nilai dan pandangan dunia terhadap pelbagai perkara
termasuklah hubungan antara etnik yang pelbagai di tempat kerja mahupun dalam kehidupan
seharian.
Menjelang tahun 2050, generasi muda yang kini seringkali dirujuk sebagai Gen-Z dan
Gen-Y dijangka akan mencapai usia 45 hingga 70 tahun. Kumpulan umur inilah yang akan
menjadi pemimpin negara masa depan malah penggerak kepada Tansformasi Nasional 2050.
Keadaan ini memberi pengertian bahawa peranan orang muda dalam perubahan masyarakat amat
penting dalam membangun masa depan negara. Justeru itu, kertas kerja ini akan
membincangkan tentang sikap dan pandangan generasi muda terhadap kepelbagaian etnik di
tempat kerja dan juga kehidupan bersama komuniti etnik lain di kawasan kediaman dan juga
kehidupan harian. Sebelum itu, perbincangan dimulai dengan Data empirikal diperolehi melalui
soal selidik yang dijalankan dalam kalangan 141 orang Gen-Y yang bekerja di salah sebuah
industri automotif negara. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan
data dianalisis secara deskriptif.

Literatur Tentang Kepelbagaian di Tempat Kerja dan Gen-Y di Tempat kerja


Abad ke-21 dan globalisasi ekonomi menuntut sesebuah organisasi khususnya organisasi
korporat supaya berdaya saing di peringkat global di samping memiliki tenaga kerja yang terbaik

27


dengan memiliki kekuatan dan kebolehan yang luas. Malah, mempromosi kepelbagaian tenaga
kerja dianggap sebagai satu kaedah terbaik untuk menarik tenaga kerja berbakat dan
berkebolehan merentasi kumpulan etnik, budaya, agama, wilayah dan lain-lain dimensi. Tenaga
kerja yang pelbagai merujuk kepada kewujudan orang-orang dari pelbagai latar belakang sosio-
budaya dalam syarikat. Kepelbagaian merangkumi semua kelompok masyarakat di semua
peringkat dalam syarikat yang termasuk faktor budaya seperti bangsa, jantina, umur, warna kulit,
kemampuan fizikal, suku dan lain-lain.
Menurut Adler (1997), makna dan impak kepelbagaian budaya didapati semakin ketara
apabila semakin banyak syarikat berkembang daripada domestik kepada multi-domestik, dan
meluaskan strategi multinasional untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat global. Menurut Mor
Barak (2001) kepelbagaian tenaga kerja merujuk kepada pembahagian tenaga kerja kepada dua
kategori utama; pertama, kategori yang menonjolkan persamaan dalam konteks yang diberikan
oleh budaya atau konteks nasional, dan kedua kategori yang memberi kesan sama ada berfaedah
atau tidak seperti peluang pekerjaan, rawatan di tempat kerja, dan prospek kenaikan pangkat
yang mana kesemuanya diberi peluang tanpa mengira pekerjaan yang berkaitan kemahiran atau
kelayakan.
Salah satu kajian yang penting berkaitan budaya an organisasi dihasilkan oleh Hofstede
menerusi kajiannya ke atas pekerja IBM yang bekerja dalam budaya yang berbeza di 50 buah
negara dengan meneliti persamaan dan perbezaan mereka. Perhatiannya adalah kepada kesan
budaya masyarakat setempat ke atas nilai-nilai pekerja, dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah
laku. Hasil kajiannya telah membina satu cara untuk menentukan perbezaan mereka dari segi
budaya. Hofstede mengenal pasti lima dimensi klasik termasuk jarak kuasa (power distance),
mengelak ketidaktentuan (uncertainty avoidance), individual dan kolektif, dan maskulin dan
feminin. Manakala dimensi kelima adalah jangka pendek berbanding jangka panjang. Perbezaan
budaya nasional memberi kesan kepada fungsi organisasi dan budaya organisasi (Hofstede
1997).
Selain itu, Ralston et al. (1997) menjalankan kajian tentang impak budaya nasional dan
ideologi ekonomi ke atas nilai pengurusan kerja. Kajiannya dijalankan dalam kalangan 855
orang pengurus daripada empat buah negara meliputi Amerika Syarikat, Russia, Jepun dan China
dengan memberi tumpuan kepada convergence-divergence-crossvergence (CDC). Dapatan

28


kajiannya jelas menunjukkan sokongan kepada pendekatan crossvergence, di samping mengakui
peranan budaya nasional. Implikasi daripada penemuannya dapat menerangkan nilai CDC dan
juga menegaskan bahawa strategi global dan multi domestik boleh dilaksanakan untuk budaya
korporat. Ralston menegaskan bahawa menumpukan usaha kepada kefahaman dan menyelaras
nilai-nilai budaya yang berbeza akan menjadi strategi yang lebih baik daripada hanya mencuba
untuk memaksa mereka menyesuaikan diri dengan budaya korporat yang tunggal.
Kajian Krackhardt dan Kilduff (1990) menerusi temu bual berstruktur dan soal selidik
mengkaji tentang budaya dan pola hubungan persahabatan dalam organisasi dengan cuba
meneliti bagaimana manusia dengan latar belakang, matlamat dan nilai-nilai yang pelbagai
berjaya menyelaras aktiviti-aktiviti mereka dalam organisasi. Selain itu, apakah yang
membolehkan anggota dalam organisasi merancang usaha produktif mereka sendiri bersama-
sama dengan rakan sekerja mereka. Penemuan kajiannya menunjukkan kawan memberi kesan
ketara kepada penilaian masing-masing terhadap rakan sekerja berdasarkan kriteria budaya yang
berkaitan. Wujudnya keperluan untuk berada dalam keadaan harmoni dengan orang lain dalam
rangkaian persahabatan mereka. Jaringan sosial digunakan untuk mendapatkan sokongan untuk
berkongsi konstruk yang sama termasuk bersama penyelia dan juga subordinate. Manusia
menilai kepercayaan dengan membandingkan pendapatnya dengan pendapat orang lain dalam
jaringan sosialnya.
Kajian oleh Ely dan Thomas (2001) meneliti tentang kepelbagaian budaya di tempat kerja
dan kesannya ke atas proses kerja dan hasil kerja. Daripada kajian kualitatif yang dijalankan di
tiga buah organisasi; firma kewangan, firma konsultan dan firma perundangan yang mana ketiga-
tiga firma ini mempunyai ciri kepelbagaian tersendiri. Daripada kajian yang dijalankan, mereka
mengenal pasti tiga perspektif; perspektif integration-and-learning, perspektif access-and-
legitimacy, dan perspektif discrimination-and-fairness yang dapat digunakan untuk menerangkan
bagaimana kepelbagaian budaya boleh dihubungkan dengan proses dan kumpulan kerja.
Perspektif tentang kepelbagaian kumpulan kerja mempengaruhi bagaimana seseorang itu
mempamerkan dan mengurus ketegangan yang timbul daripada kepelbagaian, dan bagaimana
individu mentafsir identiti ras mereka di tempat kerja. Secara tidak langsung, ia memberi
implikasi kepada pencapaian kerja kumpulan dan bagaimana ia berfungsi.

29


Kajian Smith dan Elliott (2002) meneliti pengaruh ketebalan keetnikan dalam
pertubuhan, pekerjaan, dan industri ke atas pencapaian kuasa mereka yang berkulit putih, hitam,
Hispanic, dan Asian, sama ada lelaki atau perempuan. Sampel kajiannya adalah berbilang dan
berlapis, serta reka bentuk area-probability yang dijalankan dalam kawasan metro Atlanta,
Boston dan Los Angel. Data daripada Multi-City Survey of Urban Inequality dan banci sepanjang
sepuluh tahun 1990 menunjukkan bahawa ketebalan 'horizontal' di kalangan rakan sekerja lebih
kurang sama, manakala dalam sektor industri dan pekerjaan tempatan mempunyai sedikit kesan
kepada peluang minoriti mengakses jawatan yang berkuasa. Walau bagaimanapun, ketebalan
‘menegak’ ras/etnik penyelia kepada kumpulan kerja bawahan yang hampir sama berupaya
memberikan kesan yang kuat dan konsisten di kalangan semua kumpulan. Keadaan ini
membayangkan bahawa pencapaian kuasa bergantung kepada peluang untuk menyelia kumpulan
kerja yang sebahagian besarnya adalah kumpulan etnik sendiri. Smith et al. mengkonsepsikan
‘ethnic matching’ penyelia kepada subordinat sebagai sejenis 'sticky floor' yang mengikat
peluang individu ke atas kuasa tempat kerja kepada peluang struktural dalam melaksanakan
kawalan ke atas anggota-anggota ras dan etnik sendiri.
Literatur kajian-kajian tentang generasi muda atau belia yang dijalankan oleh ramai
pengkaji pada masa sepuluh tahun kebelakangan ini didapati banyak menumpu kepada persoalan
identiti, jati diri dan semangat patriotisme belia (Mohd Hairol Anuar et.al 2013; Mohd Mahadee
2015;), belia dan teknologi maklumat (Md. Salleh et.al 2009; Sarjit et.al 2009; Hayrol Azril et.al
2009; Razaleigh et.al 2013), belia dan gagasan 1Malaysia (Charanjit et.al 2013; Amini 2014;
Zulkhairi 2014), belia dan partisipasi politik serta media baru (Mujibu et.al 2010; Mohd
Hariszuan 2014; Fatimah et.al 2015). Selain tema-tema kajian yang bersifat popular tersebut,
banyak kajian juga menumpu perspektif belia sebagai penyumbang kepada masalah sosial
termasuk jenayah seperti mat rempit (Muhamad Fuad et.al 2009; Rokiah et.al 2010; Mohd
Mursyid 2010; Rozmi et.al 2007), penyalahgunaan dadah (Buerah et.al 2015; Mohd Muzafar
Shah 2015; Farah Adibah 2013), seks bebas dan kehamilan luar nikah (Mohamad Faizal 2014;
Khadijah et.al 2012; Sarnon et.al 2012; Norhapizah et.al 2011; Farahwahida et.al 2011),
delinkuen dan jenayah (Nazim 2013; Junoh 2011; Azizi 2011), dan pelbagai lagi.
Gen-Y merupakan generasi yang lahir dalam tahun 1980-an hingga 1990-an. Terdapat
kajian terkini yang membuat kajian perbandingan antara generasi. Kajian tesis master oleh Nur

30


Ain (2015) dan Tan (2012) mengkaji tentang generasi X dan Y di tempat kerja dengan memberi
tumpuan kepada tingkah laku devian dan juga motivasi di tempat kerja. Kajian Nur Ain
mendapati generasi X lebih kerap terlibat dalam tingkah laku penyelewengan di tempat kerja
berbanding generasi Y. Manakala kajian Tan mendapati tahap motivasi antara generasi X dan
generasi Y adalah berbeza. Selain persoalan identiti, tingkahlaku, dan motivasi generasi muda,
kajian tentang budaya melancong, tujuan dan bersama siapa pergi melancong, serta budaya
penggunaan generasi Y semasa melancong dari segi pemilihan hotel dan pemakanan semasa
melancong turut menjadi tumpuan pengkaji seperti Tan (2015). Kajian Hasni (2014) pula tentang
tabiat menabung dan faktor yang mempengaruhi celik kewangan dalam kalangan generasi X.

Dapatan Kajian dan Perbincangan


i) Demografi responden
Seramai 141 responden Gen-Y bekerja yang terdiri daripada eksekutif (36%) dan bukan
eksekutif (termasuk pekerja pengeluaran) (64%) memberi respons kepada soal selidik yang
dijalankan (lihat Jadual 1). Daripada jumlah tersebut, 64% berumur di bawah 30 tahun, manakala
selebihnya 36 tahun berumur 31 tahun hingga 40 tahun. Dari segi tahap pendidikan, 42%
memiliki sijil PMR dan SPM, 20% STPM dan Diploma, manakala 34% memiliki Ijazah.
Majoriti responden, 81% memiliki pengalaman kerja kurang daripada 10 tahun, 16% mempunyai
pengalaman kerja 11 hingga 20 tahun, manakala 3% sahaja yang mempunyai pengalaman kerja
melebihi 20 tahun.

Jadual 1: Demografi responden


Demografi responden Peratusan
Status pekerjaan
Eksekutif 36
Bukan Eksekutif 64
Umur
Di bawah 30 tahun 64
31 tahun hingga 40 tahun 36
Tahap pendidikan
PMR/SPM 42
31


STPM/Diploma 20
Ijazah/Masters 34
Lain-lain 4
Tempoh lama bekerja
Kurang 10 tahun 81
11 tahun hingga 20 tahun 16
Lebih 20 tahun 3

ii) Reaksi dan sikap terhadap kepelbagaian di tempat kerja


Reaksi responden yang terdiri daripada Gen-Y terhadap kepelbagaian di tempat kerja
didapati sangat positif. Ini dapat ditunjukkan dengan peratusan persetujuan mereka kepada
beberapa kenyataan yang disenaraikan dalam borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan
majoriti 80% Gen-Y bersetuju bahawa kepelbagaian di kalangan pekerja perlu difahami supaya
wujud sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain (Jadual 2). Malah mereka
beranggapan bahawa organisasi tempat mereka bukanlah milik satu etnik sahaja iaitu Melayu.
Gen-Y juga sangat positif dengan kepelbagaian tenaga kerja sama ada di sektor kerajaan
mahupun dalam menjayakan sesebuah perniagaan di Malaysia.

Jadual 2: Reaksi terhadap kepelbagaian di tempat kerja


Kenyataan Peratusan (Setuju)
i. Kepelbagaian di kalangan pekerja perlu difahami supaya wujud
80
sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
ii. Organisasi tempat kerja bukan milik satu etnik sahaja. 72
iii. Kakitangan kerajaan perlu terdiri daripada pelbagai etnik. 70
iv. Kejayaan sesuatu perniagaan di Malaysia perlu melibatkan
57
pelbagai etnik.

Dari segi sikap Gen-Y terhadap rakan sekerja daripada etnik lain di tempat kerja, dapatan
kajian juga menunjukkan penerimaan yang positif. 78% responden mengambil pendekatan
mengelak daripada buruk sangka terhadap rakan sekerja etnik lain. 60% daripada responden
memperakui bahawa mereka turut merasa bangga jika majikan memberi pengiktirafan kepada
32


rakan sekerja etnik lain. Penerimaan positif kepada rakan sekerja daripada etnik lain turut
ditunjukkan dengan amalan keluar makan bersama (59%), dan sanggup memberikan giliran
cutinya kepada rakan sekerja etnik lain (45%). Hubungan yang baik dengan rakan-sekerja
daripada etnik lain memberi kesan yang baik kepada budaya kerja seperti saling tolong-
menolong dalam kerja dan juga persetujuan menggantikan tempat kerja semasa ketiadaan
responden.

Jadual 3: Sikap terhadap etnik lain di tempat kerja


Kenyataan Peratusan (Setuju)
i. Mengelak daripada buruk sangka terhadap rakan sekerja etnik lain. 78
ii. Turut berasa bangga jika majikan beri pengiktirafan sewajarnya
60
kepada rakan sekerja daripada etnik lain.
iii. Keluar makan bersama rakan daripada etnik lain. 59
iv. Rakan sekerja daripada etnik lain pernah membantu/menggantikan
53
tempat kerja.
v. Tiada halangan untuk memberikan giliran cuti kepada rakan etnik
45
lain.

iii) Reaksi dan sikap terhadap kepelbagaian di luar tempat kerja


Daripada kajian yang dijalankan, Gen-Y didapati memiliki rakan karib daripada pelbagai
etnik sama ada di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja. Kawan karib mereka adalah terdiri
daripada etnik India, Cina dan juga Orang Asli seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Mereka
didapati keluar makan bersama-sama (88%) walaupun kekerapannya adalah selalu 19%, kadang-
kadang 44% dan jarang (Rajah 2).
Daripada data yang dikumpulkan, Gen-Y didapati bersikap terbuka kepada kepelbagaian
etnik bukan sahaja di tempat kerja malah di luar tempat kerja juga terutamanya di persekitaran
kediaman mereka. Ini dapat ditunjukkan melalui respons persetujuan mereka terhadap
kenyataan-kenyataan yang berkaitan hubungan sosial dengan masyarakat pelbagai etnik selain
Melayu. Gen-Y jelas menghormati budaya etnik lain dengan 87% mengakuinya. Mereka ada
berbual dan bertanyakan khabar etnik lain (66%) dan menziarahi rumah rakan-rakan etnik lain

33


yang ditimpa musibah (60%). Dari segi menghormati agama anutan rakan etnik lain, 71% Gen-Y
mengambil kira pantang larang agama mereka semasa menawarkan makanan, dan 55%
menghormati perbezaan pandangan penganut agama lain terhadap agama Islam. Dari segi
makanan, 57% Gen-Y mengakui kepelbagaian makanan etnik sudah menjadi cita rasa makanan
harian mereka, dam 45% mereka bersetuju untuk pergi ke majlis rumah terbuka rakan etnik lain.

[CATEG
ORY
NAME], Selalu
[CATEG 19% Jarang
31%
ORY [PERCE
NAME], NTAGE
55% Kadang- ]
kadang
[CATEG [PERCE
ORY NTAGE
NAME], ]
46%

Rajah 1: Kawan karib etnik lain Rajah 2: Kekerapan keluar makan bersama

Secara keseluruhan, Gen-Y mengakui mereka berpuas hati dengan kehidupan seharian
mereka dalam komuniti yang pelbagai etnik di Malaysia. Sikap Gen-Y yang terbuka kepada
kepelbagaian etnik, menerima dan memperakui perbezaan, menghormati dan bertoleransi dengan
etnik lain secara tidak langsung mempengaruhi pilihan mereka semasa pengundian Pilihan Raya.
65% responden menyatakan mereka mengundi bukan lagi berdasarkan etnik calon.

Jadual 4: Sikap terhadap etnik lain dan kepelbagaian dalam kehidupan seharian
Kenyataan Peratusan
(Setuju)
i. Pernah keluar makan bersama. 88
ii. Hormat budaya etnik lain. 87
iii. Mengambil kira pantang larang agama lain semasa menawarkan makanan. 71
iv. Berbual dan bertanya khabar dengan etnik lain. 66
v. Mengundi bukan lagi berdasarkan etnik calon. 65

34


vi. Menziarahi rumah rakan daripada etnik lain yang ditimpa musibah 60
vii. Selesa apabila bersama etnik lain. 58
viii. Kepelbagaian makanan etnik sudah menjadi cita rasa makanan harian. 57
ix. Puas hati dengan kehidupan seharian dalam komuniti pelbagai etnik. 57
x. Hormat perbezaan pandangan penganut agama lain tentang agama Islam. 55
xi. Pergi rumah terbuka etnik lain. 45

Daripada kajian yang dijalankan, Gen-Y didapati mempunyai sikap yang positif kepada
kepelbagaian etnik di tempat kerja, terbuka dalam berinteraksi dan berhubungan serta boleh
bertoleransi dengan kepelbagaian etnik yang berbeza bahasa, budaya, agama dan pandang dunia.
Malah mereka berpendapat bahawa warga kerja di setiap organisasi perlu ada kepelbagaian
etnik. Persekitaran kerja yang kondusif, komunikasi berkesan dan kerja berpasukan merupakan
keutamaan kepada Gen-Y di tempat kerja. Faktor persekitaran masyarakat Malaysia yang
pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sejak berabad lamanya, pengalaman sosialisasi yang
berterusan bersama-sama pelbagai etnik serta faktor persekitaran perniagaan organisasi tempat
kerja mereka yang melibatkan domestik, wilayah dan juga antarabangsa mempengaruhi interaksi
dan hubungan sosial yang baik dengan pelbagai etnik dan budaya. Faktor ini jelas mempengaruhi
sikap dan pandangan Gen-Y terhadap kepelbagaian.

Kesimpulan
Pencapaian syarikat, prestasi kerja, kualiti produk, dan kepuasan kerja sangat berkait rapat
dengan tenaga kerja manusia. Sifat semula jadi sumber manusia mempunyai kesedaran, reaktif
dan reflektif, dan apabila ia menggunakan kebolehannya dalam memerhati, menilai, bertindak
balas dan memberi respon kepada keadaan organisasi, maka mereka berpotensi melemahkan
strategi pengurusan organisasi atau sebaliknya (Jaffe 2001). Justeru itu, penelitian ke atas sikap
dan pandangan warga kerja terhadap pelbagai persoalan dalam organisasi tempat kerja, lebih-
lebih lagi yang berkaitan dengan tenaga kerja generasi muda adalah sangat penting. Ini kerana,
apabila membincangkan tentang kepelbagaian dan bekerjasama, kedua-duanya merupakan
elemen penting yang menggambarkan ciri-ciri generasi muda dengan tempat kerja. Bagi
sesebuah organisasi yang mendukung kepelbagaian tenaga kerja, kepelbagaian dikatakan

35


membuka laluan ke arah inovasi yang terhasil dari pelbagai perspektif dan dari latar belakang
yang berlainan. Di dalam persekitaran tempat kerja yang pelbagai, kerjasama akan berkembang,
membolehkan individu dan pencapaiannya bersinar, sambil membolehkan mereka menjadi aset
yang bernilai kepada rakan sebaya mereka. Keadaan ini seterusnya akan membolehkan tempat
kerja atau syarikat berkembang secara keseluruhan. Justeru itu, daripada kajian yang dijalankan
menunjukkan Gen-Y di Malaysia ini umumnya tiada masalah dalam soal menerima dan
meraikan kepelbagaian di tempat kerja. Apa yang lebih penting adalah persoalan tempat kerja
atau organisasi di Malaysia dalam memastikan kepelbagaian tenaga kerja wujud dalam syarikat
mereka dan bagaimana mereka mengurus kepelbagaian tersebut.

Penghargaan
Kertas kerja ini sebahagian daripada sumbangan penerbitan yang mendukung penyelidikan di
bawah Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM2016-020), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Terima kasih kepada UKM di atas sokongan dan galakan dalam menjalankan penyelidikan dan
penerbitan.

Rujukan
Azlina Abdullah. 2016. Kepelbagaian, etnisiti dan budaya korporat: Kajian dalam kalangan
warga kerja PROTON, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ely, R.J. & Thomas, D.A. 2001. Cultural diversity at work: the effects of diversity perspectives
on work group processes and outcomes. Administrative Science Quarterly 46(2): 229-
273.

Hasni Hashim. (2014) Factors that influence saving habits among Gen Y: Case study on students
of Politeknik Sultan Azlan Shah. Tesis Master Sains, Universiti Utara Malaysia.

Hofstede, G.H. 2001. Culture’s Consequences: Comparing Values, Behaviours, Institution, and
Organizations Across Nation. Edisi ke-2. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Siaran Akhbar Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia,
2016-2017.https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=VUdaQ2tVV
jcwTEFUVWp5aTVQbjV1UT09

Krackhardt, D. & Kilduff, M. 1990. Friendship patterns and culture: the control of organizational
diversity. American Anthropologist 92(1): 142-154.
36


Mor Barak, M.E. (pynt.). 2011. Managing Diversity: Toward a Globally Inclusive Workplace.
Edisi ke-2. Los Angeles: SAGE.

Nur Ain Binti Saad. (2015) Factors Influencing workplace deviance behavior among generation
X and Y. Projek Master Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia.

Ralston, D.A., Holt, D.A., Terpstra, R.H. & Yu, K.C. 1997. The impact of national culture and
economic ideology on managerial work values: A study of the United States, Russia,
Japan, and China. Journal of International Business Studies 28: 177-207.

Smith, R.A. & Elliott, J.R. 2002. Does ethnic concentration influence employees’ access to
authority? an examination of contemporary urban labor markets. Social Forces 80(1):
255-279.

Tan Lay Yen. (2015) A Study of generation Y travel behavior in Malaysia. Disertasi Master
Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Tan Shen Kian. (2012) Motivation and citizenship performance of generation X & Y in electric
and electronic industry. Tesis Master Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

37


Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Belia Etnik Bukan Melayu

Norazilah Buhari a*, Nor Azlili Hassana, Munirah Zulkiflia


a
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sg Long Campus, 43000 Cheras Selangor, Malaysia.
E-mel: norazilah@utar.edu.my

Abstrak
Kesantunan berbahasa adalah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar (Asmah Haji Omar 2000). Bahasa
pertuturan yang halus, sopan, teratur, tersirat dan disenangi secara lisan perlu digunakan supaya
tidak mengecilkan hati orang lain dan tidak menimbulkan konflik. Sifat kesantunan dalam
berbahasa ini melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu dan
persoalan serta memperlihatkan identiti seseorang. Kesantunan berbahasa ini boleh dilihat dari
segi elemen honorifik, kata panggilan dan dalam berinteraksi. Keutamaan terhadap penjagaan air
muka daripada mendapat aib dan malu mendorong seseorang begitu berhati-hati dalam
berbahasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan berbahasa amat dituntut demi
menjaga integrasi nasional yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat.
Namun, kesantunan berbahasa semakin tidak dititikberatkan dan ketidaksantunan dalam
berbahasa menampakkan sikap tidak mengendahkan penggunaan kata-kata yang dapat
menggambarkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Strategi kesantunan berbahasa menggambarkan
nilai dan norma yang perlu digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan
dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran dan kewujudan
kesantunan berbahasa dalam kalangan belia Malaysia khususnya etnik bukan Melayu mengikut
nilai dan norma yang sesuai. Selain itu, kajian ini juga turut membincangkan kesantunan
berbahasa dari aspek kata panggilan, elemen honorifik dan ketika berinteraksi dalam kalangan
belia etnik bukan Melayu di Malaysia. Kaedah kajian adalah kuantitatif yang melibatkan
pengumpulan data utama melalui tinjauan ke atas 258 orang belia etnik bukan Melayu di sekitar
Lembah Klang. Pemahaman dalam kesantunan berbahasa dalam kalangan belia bukan Melayu
yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat yang sejagat dan

38


bertanggungjawab. Kesantunan berbahasa dalam kalangan belia etnik bukan Melayu berjaya
dilihat apabila keseluruhan nilai sosiobudaya masyarakat Malaysia dapat difahami.
Kata kunci: Kesantunan berbahasa, belia, etnik, etnik bukan Melayu.

Pengenalan
Kebelakangan ini, amalan kesantunan dalam pertuturan sukar didapati dalam kalangan
golongan belia. Keadaan tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan dan bercakap kasar
merupakan contoh berbahasa yang dapat dilihat hari ini (Jumiati Rosli 2009). Ucapan terima
kasih juga sukar dilihat dalam amalan masyarakat kita. Ini menunjukkan sikap menjaga hati dan
perasaan orang yang dilawan berbicara dan pendengar kian tiada.
Kesantunan dalam pertuturan adalah merujuk kepada pertuturan yang sopan, elok, halus
dan indah serta tingkah laku yang mulia. Tindakan ini boleh dimanifestasikan melalui tingkah
laku dan penggunaan bahasa seseorang individu. Hal ini kerana penggunaan bahasa bukan sahaja
mampu menentukan pola budaya tetapi juga cara dan corak berfikir si penuturnya. Kesantunan
dalam pertuturan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti bahasa sapaan, permintaan,
permohonan maaf, pujian dan penolakan. Menolak permintaan pastinya akan mengecewakan
pendengar yang mengharapkan permintaannya dipenuhi (Ab. Aziz Yusof 2000). Oleh itu, kita
harus mempertimbangkan perasaan pendengar yang berkenaan kerana dikhuatiri boleh
menimbulkan konflik sekiranya penolakan itu dilakukan pada masa emosi yang tidak tenteram,
tempat atau masa yang tidak sesuai. Jenis pertuturan ini bergantung kepada faktor jantina, sosial,
umur dan konteks etnik masyarakat Malaysia. Kajian kesantunan dalam pertuturan telah banyak
dijalankan, sama ada penyelidik tempatan dan juga luar negara. Namun didapati kajian
kesantunan dalam pertuturan yang melibatkan belia mengikut etnik bukan Melayu di Malaysia
secara khusus belum ditemukan oleh penyelidik. Kajian ini penting kerana kelompok etnik
bukan Melayu ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya tempat tinggal, sosioekonomi
dan bagaimana golongan ini menterjemahkan amalan kesantunan dalam pertuturan seharian
mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran dan kewujudan
kesantunan dalam penggunaan bahasa pertuturan oleh golongan belia etnik bukan Melayu
mengikut nilai dan norma yang sesuai. Selain itu, kajian ini juga turut membincangkan

39


kesantunan berbahasa dalam aspek honorifik, interaksi dan kata panggilan dalam kalangan belia
etnik bukan Melayu.
Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif yang melibatkan
pengumpulan data utama melalui tinjauan ke atas 258 orang belia dalam kalangan etnik Cina dan
India di sekitar Lembah Klang. Soalan soal selidik diberikan kepada responden mengikut enam
(6) skala iaitu Tidak Pernah (Kesantunan Rendah), Jarang-jarang dan Kadang-kadang
(Kesantunan Sederhana) dan Kerap, Seringkali dan Selalu (Kesantunan Tinggi). Borang soal
selidik juga telah melalui proses kesahihan dan kebolehpercayaan sebelum data sebenar
dikumpulkan.

Tinjauan Literatur
Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu. Strategi ini diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Dalam
menjaga aspek kesantunan, bahasa halus dan tersirat dalam pertuturan selalu digunakan supaya
tidak mengecilkan hati orang lain semasa berkomunikasi.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya strategi kesantunan seperti
perbezaan taraf sosial, latar belakang etnik, perbezaan pangkat dan kedudukan dalam
masyarakat, dan keperluan menjaga air muka yang menggambarkan maruah dan martabat ketika
berkomunikasi. Asmah Hj Omar (2000) juga telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis
iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang
merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara
menunjukkan adanya sikap berbaik-baik yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun
antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada
kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi. Manakala kesantunan berkala
merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat
dalam hubungan antara satu sama lain dalam keadaan, situasi dan tempat tertentu. Antaranya
ialah taraf dan peranan orang yang bertutur, tempat dan situasi pertuturan itu berlaku serta cara
percakapan itu disampaikan. Keadaan ini menunjukkan wujudnya adab, peraturan dan etika
tertentu dalam interaksi antara rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid
dengan guru dan lain-lain.

40


Kajian Riduan Makhtar (2016) mengenai amalan dan penilaian kesantunan berbahasa
dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu muslim memperlihatkan dapatan yang positif
ataupun kesimpulan yang sangat baik kerana amalan kesantunan dikaitkan dengan budi bahasa,
adab dan budi pekerti mulia yang mencerminkan diri seseorang tersebut memiliki akhlak yang
baik dan berketrampilan dalam kalangan bakal-bakal guru dan pelajar pascasiswazah apabila
berhadapan dengan khalayak ramai kelak.
Manakala Zulkifley Hamid (2013) pula melihat bentuk penggunaan kata ganti nama diri
dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Dapatan beliau menjelaskan senario
masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu
dalam situasi berbeza. Bagi murid Melayu, masih lagi jelas kekasaran bentuk sapaannya ketika
berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi statusnya seperti guru di sekolah berbanding dengan
murid bukan Melayu. Sewajarnya, kesantunan penggunaan kata sapaan dapat dilihat apabila
semakin jauh jarak sosial atau semakin jauh jarak status dalam kalangan guru mahupun rakan-
rakan sekelilingnya. Implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat
boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik itu sendiri.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh David dan Kuang (1999) mengenai bagaimana
peserta tempatan membuat dan menerima arahan. Kaum Cina lebih cenderung untuk menolak
secara langsung atau tidak langsung manakala responden wanita India lebih suka menolak secara
langsung. Dalam satu kajian lain mengenai penghantaran memo dalam kalangan golongan
profesional, didapati golongan profesional India dan Cina lebih berterus terang daripada rakan
sekerja Melayu (David & Kuang 2007). Interaksi kanak-kanak Cina yang berkomunikasi dengan
ibu bapa mereka secara langsung adalah dianggap biadap. Namun, mereka nampak lebih
bersopan apabila berinteraksi dengan orang luar. Kajian oleh Mohd Luqman Hidayat Ismail
(2016) mengenai kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia
(UUM) pula mendapati bahawa kesantunan berbahasa lebih banyak diamalkan dalam konteks
yang agak formal berbanding konteks yang kurang formal seperti bertemu dengan pelajar junior
dan ketika menunggu bas. Hasilnya, amalan kesantunan berbahasa ini dapat mendatangkan kesan
yang positif kepada diri pelajar tersebut secara keseluruhannya.
Sebenarnya, pelbagai kajian yang telah dilakukan dan dihasilkan oleh pengkaji terdahulu,
namun setakat ini ianya masih terbatas sama ada dari dalam atau luar negara yang secara khusus

41


membincangkan dan memaparkan kajian atau pendapat tentang kesantunan berbahasa yang
diamalkan oleh golongan komuniti etnik bukan Melayu. Walaupun begitu, pendapat-pendapat
yang telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu berkaitan dengan kajian kesantunan
bahasa boleh diterapkan dalam kajian ini untuk membantu memberikan panduan dan idea dalam
membuat analisis dan perbincangan khususnya untuk mendapatkan pemahaman serta hasil
perbincangan yang lebih meyakinkan. Pendapat serta hasil kajian terdahulu boleh dijadikan
rujukan dan panduan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang situasi kesantunan
dalam pertuturan dalam kalangan etnik bukan Melayu.

Konsep Kesantunan Berbahasa


Kesantunan merangkumi pelbagai fenomena. Kesantunan sama dengan budi pekerti atau
etiket, iaitu tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam suatu masyarakat beradab untuk
memelihara hubungan baik antara sesama manusia. Santun boleh didefinisikan daripada tiga
dimensi, iaitu (1) santun sebagai betul di sisi masyarakat; (2) santun sebagai mesra; dan (3)
santun sebagai diplomatik. Aspek santun ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian dari segi
berpakaian, bertingkah laku dan berbahasa. Kesantunan berbahasa akan tercermin dalam tatacara
berkomunikasi. Hal ini menjadikan seseorang individu harus patuh kepada norma-norma budaya
yang hidup dalam masyarakatnya. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan
norma-norma budaya, maka individu tersebut akan dituduh sebagai seorang yang aneh, egois,
sombong, tidak beradat dan tidak berbudaya (Zuraini Ramli et.al 2009).
Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dan sopan ketika
bertutur disamping menimbulkan keramahan dan kemesraan (Munirah Zulkifli et.al 2017).
Amalan kesantunan perlu mengambil kira tempat pertuturan digunakan, bila dituturkan, kepada
siapa dituturkan dan dengan siapa pertuturan itu digunakan (Teo Kok Seong 1996). Kesantunan
ini dilihat dalam amalan tegur sapa yang digunakan dalam sesebuah masyarakat bahasa dan telah
dipersetujui sebulat suara oleh masyarakat berkenaan serta diterima secara konvesional (S.
Nathesan 2005). Antara aspek bahasa yang diberi perhatian dalam situasi berkomunikasi ialah
penggunaan ganti nama yang sesuai, sistem panggilan yang tepat, pemilihan perkataan yang
honorifik, penguasaan ciri prosodi dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

42


Bahasa yang santun mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi justeru mencerminkan
ketinggian budi orang yang bercakap dan kedudukan orang yang dilawan bercakap atau orang
yang disapa. Kesantunan berbahasa dalam penggunaan ganti nama dan sistem panggilan perlulah
mengikut sistem yang betul dan bersesuaian dengan konteks keadaan sama ada dalam urusan
rasmi dan tidak rasmi. Lazimnya, faktor umur, gelaran, pangkat, status, jarak sosial dan
sebagainya perlu diambil kira mengikut sosiobudaya sesebuah masyarakat. Penggunaan ganti
nama ‘aku’, ‘awak’, ‘kau’ dan ‘kamu’ dianggap sebagai biadap jika digunakan dalam
komunikasi dengan orang-orang yang lebih tua, berstatus tinggi dan dihormati. Penggunaan kata
ganti nama yang sesuai adalah perlu supaya penuturnya tidak dianggap sebagai seseorang yang
kasar dan biadap atau berkemungkinan komunikasi mereka boleh menimbulkan masalah. Namun
demikian, sekiranya pertuturan tersebut berlaku di antara mereka yang mempunyai pertalian
keluarga yang intim dan rapat seperti adik-beradik, penggunaan ganti nama tadi boleh dipakai
dan masih boleh dikira sebagai penutur yang santun. Kata ganti nama tersebut lebih mengeratkan
hubungan dan menimbulkan suasana mesra antara penutur dan pendengar.
Kesantunan juga dapat dicapai dengan menggunakan pemilihan kata yang honorifik, iaitu
ungkapan hormat untuk berbicara dan menyapa orang lain. Ungkapan hormat ini menjadi
peraturan dalam masyarakat yang menuntut seseorang indiviu menggunakan bahasa yang sopan
dan santun atau dikenali sebagai tatabahasa sosial. Misalannya kata ‘engkau’, ‘anda’,’
saudara/saudari’ secara denotatif sama maknanya, tetapi kesan kesantunannya berbeza (Zuraini
Ramli et.al 2009). Sama seperti ungkapan eufenisme yang digunakan untuk menggantikan
ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. Misalnya kata ‘kencing’, ‘cacat’,
‘beranak’ dianggap kata yang kasar berbanding ‘buang air kecil’, ‘kurang upaya/kelainan
upaya’, ‘bersalin’. Meskipun kata tersebut mendukung makna yang sama, tetapi pertimbangan
nilai rasa dan santunnya berbeza. Hal ini kerana dalam ragam bahasa, pengetahuan dan
penguasaan bahasa yang baik memperlihatkan ketinggian budi bahasa dan kehemahan seseorang
dalam berbahasa.
Aspek penguasaan prosodi seperti nada suara yang lantang dan intonasi yang dilontarkan
ketika berkomunikasi juga mewujudkan kesantunan dan kesopanan berbahasa. Intonasi berbeza
akan dilafazkan untuk menyatakan atau menyampaikan sesuatu sikap atau amalan cara berbahasa
seperti menolak permintaan, menerima pujian, menyampaikan maksud tertentu dan sebagainya.

43


Tujuannya adalah untuk memastikan agar mesej yang disampaikan dapat diterima dengan jelas
dan baik. Salah faham ekspresi intonasi boleh menimbulkan kesan yang negatif dan mengganggu
kelancaran sesebuah komunikasi. Selain itu, kesantunan berbahasa juga boleh wujud apabila
penggunaan kata sindiran digunakan dalam komunikasi. Sindiran dilakukan dengan tujuan untuk
mendidik atau menjaga air muka orang yang sedang dilawan bercakap. Pertuturan secara tidak
berterus terang ini menjadi sebahagian dari adat dan teknik perbualan orang Melayu (Asmah Hj
Omar 1992). Situasi ini bertepatan dengan Prinsip Kesopanan Leech (1983) yang
mengemukakan enam maksim sebagai pengawal dalam situasi perbualan iaitu maksim santun,
maksim budiman, maksim sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan dan maksim
simpati.

Penemuan dan Perbincangan


Bahagian ini membincangkan tiga elemen kesantunan bahasa dari sudut kata panggilan,
elemen honorifik dan ketika berinteraksi yang menjadi kelaziman dalam kehidupan.
i) Kesantunan dalam kata honorifik
Dapatan kajian daripada lima item soal selidik berkenaan dengan tahap kesedaran kata
honorifik dalam kalangan etnik bukan Melayu menunjukkan bahawa majoriti responden
mempunyai tahap kekerapan yang tinggi.
Kajian mendapati bahawa masyarakat bukan Melayu tidak menghadapi konflik bahasa
apabila bahasa yang dipertuturkan bukannya bertujuan untuk menyinggung perasaan, bertindak
kasar dan menyentuh peribadi etnik lain. Hanya seorang sahaja yang didapati pernah
menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan etnik yang berbeza. Hal ini mungkin ada
kaitannya dengan gaya hidup responden yang berada dalam kalangan masyarakat yang bersuara
lantang dan suka mengeluarkan kata-kata yang menyakiti etnik lain.
Daripada dapatan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa kekerapan yang tinggi berlaku
dalam situasi penggunaan bahasa yang tidak menyinggung perasaan etnik yang berbeza,
penggunaan bahasa yang baik apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling dan amalan
menghindari daripada menggunakan kata-kata yang kesat ketika bertutur dengan orang lain
dengan masing-masing peratusan kekerapan iaitu 71.7%, 79.2% dan 50%. Penggunaan bahasa
yang kesat tidak boleh diamalkan sama ada dalam situasi yang rasmi ataupun tidak rasmi. Hal ini

44


kerana bahasa yang kesat boleh menyakitkan hati apabila mendengarnya dan boleh menyinggung
perasaan orang lain. Bahasa ini selalunya digunakan oleh orang yang sedang marah dan tidak
mampu mengawal perasaan dan dengan niat untuk menghina seseorang.
Manakala kedua-dua situasi dalam memberi maklum balas dan respon dengan bahasa
yang halus serta merasakan boleh menggunakan bahasa yang kasar ketika berkomunikasi dengan
rakan-rakan masing-masing menunjukkan kekerapan yang sama sederhana iaitu sebanyak
51.5%. Penggunaan bahasa yang halus menunjukkan adanya nilai kesantunan yang tertumpu
pada tutur kata atau percakapan. Respon dan maklum balas dengan bahasa yang halus digunakan
untuk tidak menyinggung perasaan orang lain. Berbeza sekiranya bahasa yang kasar digunakan,
seseorang akan berasa rendah diri, kecil hati, berasa terhina atau menjadi marah. Penggunaan
bahasa yang kasar adalah tidak sopan dan tidak manis untuk dipertuturkan dalam masyarakat.
Bahasa yang kasar hanya boleh dipertuturkan dalam keadaan yang tertentu dan dengan orang
yang tertentu iaitu dengan kawan rapat atau setaraf, dalam situasi tidak rasmi, bersifat peribadi
dan tiada kehadiran pihak ketiga.

Jadual 1: Tahap Kesedaran Kata Honorifik


No Pernyataan Rendah Sederhana Tinggi
n/% n/% n/%
1. Mmemberi maklumbalas dan respon dengan 3 (1.2%) 129 (51.5%) 126 (48.9%)
bahasa yang halus
2. Menggunakan bahasa yang tidak 1 (0.4%) 72 (27.9%) 185 (71.7%)
menyinggung perasaan etnik yang berbeza
3. Menggunakan bahasa yang baik apabila 1 (0.4%) 53 (20.6%) 204 (79.2%)
berhadapan dengan masyarakat sekeliling
4. Boleh menggunakan bahasa yang kasar ketika 18 (7%) 133 (51.5%) 107 (41.5%)
berkomunikasi dengan rakan-rakan
5. Menghindari kata-kata kesat ketika bertutur 16 (3.1%) 121 (46.9%) 129 (50%)
dengan orang lain

45


Dalam hal ini didapati penggunaan bahasa sedemikian tidak melanggar sosiobudaya
dalam mengekalkan kesantunan berbahasa dalam kalangan etnik bukan Melayu. Mereka didapati
memenuhi maksim kerendahan hati (pengurangan cacian dan penambahan pujian kepada orang
lain) dan maksim persetujuan (pengurangan perselisihan faham dan penambahan persepakatan
antara diri dan orang lain. Dengan demikian, penutur bukan Melayu juga turut mematuhi etika
berbahasa dan memelihara tahap kesopanan berbahasa. Amalan kesantunan berbahasa ini dapat
memberi keselesaan kepada orang lain dan dapat mengurangkan cacian tetapi menambahkan
pujian. Penutur bukan Melayu didapati akan mengubah cara bertutur mengikut situasi (seperti
semasa berkomunikasi dengan rakan) dengan tujuan untuk menjaga air muka yang dilawan
bertutur. Mereka merasakan boleh menggunakan bahasa yang kasar apabila berkomunikasi
dengan rakan-rakan sebagai gurauan, namun gurauan mereka lebih bersifat sarkastik. Keadaan
ini juga berlaku disebabkan responden merasakan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu
menunjukkan perasaan keakraban tanpa menyinggung perasaan seseorang tetapi bertujuan untuk
menghormatinya (Teo Kok Seong 1996). Amalan ini menunjukkan adanya nilai hemah yang
tinggi pada orang yang bertutur agar dia dilihat sebagai berbudi bahasa.
Konflik bahasa turut wujud dalam kalangan etnik bukan Melayu apabila bahasa yang
dipertuturkan adalah bertujuan untuk mengejek dan menyinggung perasaan kawan-kawan
daripada etnik lain. Kegagalan mengamalkan kesantunan berbahasa boleh mengundang konflik
di antara mereka. Oleh itu, penguasaan bahasa dan cara pertuturan yang diamalkan oleh sesuatu
etnik amatlah penting untuk membolehkan ahli dalam masyarakat itu berinteraksi dan
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang tepat dan diterima dalam komuniti.
ii) Kesantunan dalam berinteraksi
Kesantunan dalam berinteraksi boleh dilihat apabila seseorang individu berupaya
menggunakan bahasa yang halus, tidak menimbulkan konflik dan tidak menyinggung perasaan
orang yang dilawan bercakap. Oleh itu, individu yang tinggi budi bahasanya akan menggunakan
bahasa yang halus dan sopan, sebaliknya individu yang menggunakan bahasa yang kasar dan
kurang sopan dikategorikan sebagai tidak beradab atau kurang ajar (Zaitul Azma Zainon
Hamzah, 2014).
Berdasarkan Jadual 2, tahap kesedaran kesantunan berinteraksi dalam kalangan belia
etnik bukan Melayu berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 50%. Item ketiga menunjukkan

46


peratus tertinggi iaitu 73.7% dalam situasi mengelak penggunaan bahasa yang provokasi. Situasi
ini memperlihatkan bahawa golongan belia bukan Melayu juga sedar akan kesannya yang negatif
jika bahasa provokasi diamalkan dalam kehidupan. Antaranya ialah persefahaman, perpaduan
dan komunikasi yang harmoni pasti terjejas dan memusnahkan kesepaduan sosial dalam
masyarakat. Hasil dapatan ini dapat dikaitkan dengan sistem pendidikan masa kini yang
menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi selain sebagai mata pelajaran
wajib lulus dalam pendidikan. Pengetahuan berbahasa yang diperolehi berupaya memupuk sikap
prihatin, tolak ansur dan sensitiviti dalam berkomunikasi di antara satu sama lain dan melahirkan
masyarakat yang bersopan santun dan beradab seperti mana yang termaktub dalam Rukun
Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan (Munirah Zulkifli et. al 2017). Hal ini bertepatan
dengan maksim santun dan maksim budiman yang ditekankan dalam Prinsip Kesopanan Leech
(1983) dalam berinteraksi.

Jadual 2: Tahap Kesedaran Kesantunan Dalam Berinteraksi


No. Pernyataan Rendah Sederhana Tinggi
n/% n/% n/%
1. Memahami makna yang terselindung. 2 110 146
(0.8%) (42.6%) (56.6%)
2. Membalas pertuturan mengikut konteks. 2 79 177
(0.8%) (30.6%) (68.6%)
3. Mengelak penggunaan bahasa yang provokasi. 4 64 190
(1.6%) (24.8%) (73.7%)
4. Membuat teguran secara langsung kepada orang 11 176 71
lain. (4.3%) (68.2%) (27.5%)

Manakala bagi item pertama dan item kedua turut memaparkan tahap kesedaran yang
tinggi iaitu 56.6% dan 68.6%. Ini memperlihatkan golongan belia etnik bukan Melayu turut sedar
penggunaan ungkapan eufemisme untuk melindungi makna yang terang atau kasar ketika
berinteraksi dengan orang lain. Selain dapat menjaga air muka, ungkapan eufenisme digunakan
bagi mengelakkan salah faham atau ketidaksopanan leksikal ketika berinteraksi. Tahap

47


kesedaran yang tinggi ini secara tidak langsung menjadikan golongan belia ini berupaya untuk
membalas pertuturan mengikut konteks. Kesantunan membalas pertuturan dapat dilihat ketika
berkomunikasi kepada golongan yang lebih berusia, status orang yang dilawan bercakap dan
tempat pertuturan dijalankan sama ada dalam situasi formal atau sebaliknya. Namun masih ada
yang kurang sedar apabila 42.6% daripada kelompok ini tidak memahami makna yang
terselindung sebaliknya berinteraksi dengan kata-kata yang kurang sopan dan tabu, manakala
30.6% pula tidak membalas pertuturan mengikut konteks. Situasi ini agak membimbangkan
kerana tiada lagi sikap menjaga hati dan perasaan orang yang dilawan bercakap dan pendengar di
sekelilingnya (Zaitul Azma Zainon Hamzah 2014), sekaligus nilai kesantunan berbahasa
semakin sirna dalam berinteraksi. Terhakisnya kesantunan berbahasa dalam kalangan belia maka
kian sirnalah rasa hormat dan santun ketika berkomunikasi dalam masyarakat.
Sementara dalam item keempat pula menunjukkan tahap kesedaran yang sederhana iaitu
68.2% dalam konteks membuat teguran secara langsung kepada orang lain. Keterbukaan dalam
pertuturan adakalanya sukar diterima dengan hati terbuka oleh individu lain. Kegagalan
mempamerkan kesantunan dalam berinteraksi, sedikit sebanyak akan mendorong terjadinya kata-
mengata, pulau-memulau, fitnah-memfitnah yang seterusnya mengakibatkan perselisihan faham.
Hal ini turut mencerminkan imej individu itu sendiri sama ada akan dipandang tinggi kerana
kesantunan berbahasanya ataupun sebaliknya. Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa
maksim kerendahan diri diamalkan oleh golongan belia etnik bukan Melayu kerana masih
mengamalkan kesantunan berbahasa dalam berinteraksi sekaligus mengikis stigma negatif
tentang ketidaksopanan interaksi dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
Perkara yang dianggap boleh mendatangkan sebarang prasangka serta jauh hati antara
satu sama lain akan cuba dielakkan dalam sebarang perhubungan antara ahli anggota masyarakat
agar sebarang konflik antara mereka tidak tercetus. Sehubungan itu, masyarakat etnik bukan
Melayu lebih senang menyampaikan teguran atau perasaan dengan cara yang lebih berhemah.
Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang-orang di sekeliling dengan cara
menjaga tutur kata agar tidak mendatangkan mudarat ke atas hubungan persahabatan atau
persaudaraan.

48


iii) Kesantunan dalam penggunaan kata panggilan
Sistem panggilan merupakan ciri yang universal yang dimiliki oleh semua masyarakat.
Penggunaannya yang teratur dan tepat dalam perbualan akan menggambarkan kedudukan atau
status individu tersebut (Muna Afifah Mohd Zulkepli et.al, 2015). Kata panggilan seperti Tuan,
Puan, Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata
panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan
penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Kata panggilan
yang digunakan boleh menunjukkan kesantunan seseorang ketika berinteraksi.
Berdasarkan Jadual 3, item pertama menunjukkan 64% golongan belia etnik bukan
Melayu sentiasa menggunakan panggilan hormat kepada orang yang lebih berusia tanpa mengira
situasi. Dapatan ini dapat dikaitkan dengan item yang mengandungi tautan makna perkataan atau
tautan makna frasa iaitu ‘orang yang lebih berusia’. Ibu bapa, guru, pensyarah, datuk, nenek,
encik, puan dan lain-lain secara kolokasi dikaitkan dalam situasi formal atau tidak formal. Ini
menunjukkan kebanyakan golongan belia bukan Melayu mempunyai kesopanan berbahasa serta
kecekapan pertuturan ketika berkomunikasi. Tindakan ini sebagai tujuan menghormati orang
yang disapa disamping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bertutur itu agar ia
dianggap sebagai berbudi bahasa.

Jadual 3: Tahap Kesedaran Kata Panggilan


No. Pernyataan Rendah Sederhana Tinggi
n/% n/% n/%
1. Menggunakan panggilan hormat kepada orang 1 92 165
yang lebih berusia (0.38%) (35.7%) (64%)
2. Meletakkan taraf yang sama ketika bertutur. 7 195 56
(2.7%) (75.6%) (21.8%)
3. Menggunakan kata gelaran tertentu apabila 4 196 58
berkomunikasi dengan seseorang yang berpangkat. (1.6%) (76%) (22.5%)

Manakala dalam item kedua, hasil kajian menunjukkan sederhana kesantunannya dalam
situasi golongan belia bukan Melayu meletakkan taraf yang sama ketika bertutur dengan sesiapa

49


sahaja dengan jumlah 75.6%. Situasi ini amat membimbangkan apabila masih ada segelintir
golongan belia bukan Melayu yang masih tidak boleh menguasai dan menyesuaikan konteks
formal atau tidak formal ketika berinteraksi antara satu sama lain. Hasil dapatan yang sama pada
item ketiga iaitu 76% golongan belia etnik bukan Melayu sederhana kesantunannya dalam situasi
menggunakan kata gelaran tertentu apabila berkomunikasi dengan seseorang yang berpangkat.
Status sosial mengharuskan seseorang dipanggil bersesuaian dengan statusnya di suatu tempat
sekiranya memiliki gelaran formal (Marlyna Maros 2010). Kesantunan dalam berbahasa akan
terserlah dalam diri individu apabila mampu menyapa orang lain sesuai dengan status sosial yang
disandangnya. Contohnya gelaran “prof / dr / encik / puan” di tempat kerja atau “saudara /
saudari” di tempat awam dan umum. Adalah menjadi kepentingan untuk menguasai kecekapan
berbahasa dalam sosiobudaya kerana ia mencerminkan nilai budi seseorang dan komuniti bahasa
itu sendiri.

Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa orang Malaysia yang berpegang pada budaya timur,
tanpa mengira umur, jantina, keturunan, etnik dan latar belakang, umumnya amat menjaga air
muka dengan penggunaan bahasa yang tepat dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya salah
faham. Pengetahuan belia etnik bukan Melayu terhadap kesantunan berbahasa akan menjadi
ukuran sama ada mereka adalah orang yang berbudi bahasa, bersopan santun, beradat atau
berbudi pekerti dalam kedua-dua amalan pertuturan dan tingkah laku. Golongan ini akan
dipandang rendah dalam masyarakat sekiranya tidak tahu akan kesantunan berbahasa. Adanya
sifat kesantunan berbahasa dalam kalangan belia etnik bukan Melayu dalam penggunaan kata
honorifik, dalam berinteraksi dan dalam penggunaan kata panggilan menunjukkan bahawa
mereka juga peka dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dalam bermasyarakat
dan berbahasa. Justeru, elemen penggunaan kata honorifik, dalam interaksi dan dalam
penggunaan kata panggilan mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dalam kesantunan
berbahasa. Hal ini bertepatan dengan masyarakat Malaysia yang masih berpegang teguh dengan
nilai-nilai ketimuran.

50


Rujukan
Ab. Aziz Yusof. 2000. Usahawan dan pengukuran jaringan rakan niaga. Sintok. Penerbit UUM.

Amat Juhari Moain. 2001. "Nilai Rasa Dalam Bahasa Melayu". Dalam Yaacob Harun,
Kosmologi Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar. 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur:
Dewan BAhasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan .2012. Sistem Sapaan dalam Bahasa Melayu, dipetik pada 14 Ogos 2017, dari
http://dwnbahasa.dbp.my.

Azhar M.Simin (penterjemah). 1993. Prinsip Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

David, M.K. & Kuang, C.H. 1999, Interethnic variation in the use of directives in Malaysia.
Dlm. The Hong Kong Linguist, China. 36-44.

David, M.K. & Kuang, C.H. 2007. Identities reflected in male spoken discourses. Kertas kerja
dibentangkan di IAICS Conference, Harbin, China.

Jumiati Rosli. 2009. Sejauhmana keberkesanan kempen budi bahasa?. Dlm BERNAMA Online
2009.Http://web7.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=424319.

Kramsch, C., 1998. Language and Culture. Oxford: Oxford University Press.

Leech, Geoffrey. 1993. Prinsip-prinsip Pragmatik. Jakarta: Universitas Indonesia.

Marlyna Maros, Aslinda John & Mohd Baharin Mydin. 2010. Pola Sapaan Pelajar Lelaki Dan
Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik. GEMA
Online Journal of Language Studies. Volume 10 (2). 77-96.

Mohd Luqman Hidayat Ismail & Ahamd Fuad Mat Hassan. 2016. Kesantunan berbahasa dalam
kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Artikel yang dibentangkan di
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 25-27 Oktober 2016.
UUM, Malaysia.

Muna Afifah Mohd Zulkepli, Jama’yah Zakaria dan Nor Azuwan Yaakob .2015. Kata Panggilan
Masyarakat Bajau Tuaran. Journal of Business and Social Development Volume 3(2)
2015: 96-102.

51


Munirah Zulkifli, Norazilah Buhari & Nor Azlili Hassan. 2017. Kesantunan Dalam Pertuturan:
Satu Kajian Sosiobudaya Dalam Kalangan Belia, Prosiding ASBAM Ke-6.

Nathesan, S. 2005. Kesopanan Semakin Terhakis? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teo Kok Seong. 1996. Penukaran kod dan bahasa: Satu fenomena kedwibahasaan. Pelita
Bahasa 8(5): 41-43.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama.
2014. Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 321- 338.

Zuraini Ramli, Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan & Khairul Azam Bahari. 2009.
Amalan Kesantunan Berbahasa Di Sekolah. Laporan Penyelidikan Universiti Pendidikan
Sultan Idris: Tanjung Malim.

52


Corak Tabungan Isi Rumah di Wilayah Utara: Kajian Kes Antara Kumpulan
Etnik

Saidatulakmal Mohd a*, Nur Azirah Zahida Mohamad Azhara, Nurul Syifaa Mohd Shakila
a
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang
E-mel: eieydda@usm.my

Abstrak
Setiap isi rumah haruslah mempunyai tabungan atau simpanan demi memastikan kelestarian
hidup. Hal ini kerana tabungan memainkan peranan penting sekiranya terjadi perkara yang tidak
diingini seperti diberhentikan kerja atau pembiayaan kos rawatan yang tinggi. Namun begitu,
adakah isi rumah masih boleh mempunyai tabungan berikutan kos sara hidup yang semakin
tinggi? Perkara ini tentunya sukar terutama buat mereka yang miskin dan berpendapatan rendah.
Perbezaan tabungan isi rumah di antara kumpulan etnik sudah tentu menjadi persoalan berikutan
terdapatnya kepelbagaian etnik di negara ini. Adakah terdapat perbezaan dari segi jumlah
tabungan di antara kumpulan etnik atau hamper sama? Bagaimanakah cara isi rumah berlainan
etnik mengatasi kekurangan tabungan? Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan terhadap
300 isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang
dan Perak), kajian ini merungkai corak tabungan isi rumah mengikut kumpulan etnik (Melayu,
Cina, India dan lain-lain).
Kata kunci: Tabungan; kumpulan etnik; wilayah utara.

Pengenalan
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), insiden kemiskinan yang dicatatkan hanya
sebanyak 0.6 peratus. Hal ini dapat kita rumuskan bahawa Malaysia sudah pun hampir mencapai
status kemiskinan sifar. Walau bagaimanapun, perkara ini hanya berdasarkan pendapatan garis
kemiskinan yang hanya berdasarkan pendapatan bulanan, tidak termasuk perbelanjaan dan
tabungan (Falkingham dan Namzie 2001). Tabungan kepada golongan berpendapatan rendah
adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Bagaimana golongan berpendapatan rendah ini
hendak melakukan tabungan jika pendapatan yang sedia ada tidak mampu untuk menampung

53


perbelanjaan harian mereka? Dari manakah golongan berpendapatan rendah ingin mendapatkan
wang untuk melakukan simpanan?
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa golongan pendapatan
rendah juga mempunyai tabungan. Namun begitu, tabungan golongan berpendapatan rendah ini
mempunyai nilai yang sedikit. Perkara ini berpunca daripada pendapatan rendah yang
menyebabkan golongan tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan
harian lantas tidak mampu untuk mempunyai tabungan (Crossley, Emmerson dan Leicester,
2012; Manturuk, Dorrance dan Riley, 2012; Grinstein-weiss et al., 2006). Hal ini demikian
kerana untuk mendapatkan pendapatan itu sendiri sudah cukup mencabar buat mereka. Grinstein-
Weiss et al. (2006) menegaskan bahawa bebanan akan semakin bertambah apabila berdepan
cabaran seperti peluang mendapatkan pekerjaan yang tipis.
Kajian menunjukkan jenis dan cara tabungan oleh golongan berpendapatan rendah ini
sedikit berbeza. Tujuan tabungan oleh golongan berpendapatan rendah adalah untuk membantu
mereka apabila mereka dalam kesusahan. Oleh itu, golongan berpendapatan rendah lebih
memilih cara yang mempunyai kecairan wang yang tinggi. Ramai di antara mereka lebih
memilih untuk menyimpan tabungan di rumah ataupun secara ternakan (Karlan, Ratan dan
Zinman, 2014). Selain itu, golongan berpendapatan rendah juga melibatkan diri dengan aktiviti
semasa penduduk in kawasan setempat seperti bermain kut. Simpanan selalunya adalah lebih
dalam bentuk aset. Aset yang dijadikan simpanan oleh golongan berpendapatan rendah lebih
kepada aset dalam bentuk emas dan binatang seperti ayam, kambing dan lembu. Bukan itu
sahaja, malah golongan ini akan menggunakan bantuan kerajaan secara optimal (Orthner, Jones-
Sanpei dan Williamson, 2004). Namun begitu, mempunyai tabungan secara tidak formal ini
hanya untuk jangka masa pendek.
Jika dikaitkan dengan perbelanjaan, sudah semestinya dapat dirumuskan bahawa
golongan berpendapatan rendah akan berbelanja kurang daripada yang berpendapatan tinggi
(Keynes, 1936). Jadual 1 menunjukkan peratusan perbelanjaan isi rumah mengikut kelas.
Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa tiga peratusan tertinggi bagi kelas perbelanjaan
RM 99 dan ke bawah adalah kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (33
peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (31.9 peratus), dan restoran dan hotel (10.3
peratus), manakala bagi kelas perbelanjaan RM10,000 dan ke atas pula, tiga peratusan tertinggi

54


adalah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (29.6 peratus), pengangkutan (19.9
peratus), dan restoran dan hotel (10.7 peratus).

Jadual 1: Peratusan perbelanjaan penggunaan isi rumah mengikut kelas perbelanjaan isi rumah,
Malaysia, 2014
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

Kumpulan Perbelanjaan 999 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000
dan ke - - - - - - - - - dan ke
bawah 1,999 2,999 3,999 4,999 5,999 6,999 7,999 8,999 9,999 atas

Makanan dan minuman bukan alkohol 31.9 29.0 24.5 21.1 18.5 16.5 14.6 13.2 12.0 11.1 7.7

Minuman alkohol dan tembakau 2.3 2.4 2.6 2.8 2.6 2.3 2.1 1.9 1.6 1.5 1.3

Pakaian dan kasut 3.3 3.6 3.8 3.8 3.7 3.5 3.3 3.3 3.1 2.8 2.3

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan 33.3 26.3 22.6 21.7 22.0 22.8 24.2 24.5 24.1 24.4 29.6
api lain
Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan 2.8 3.0 3.4 3.6 3.9 4.2 4.4 4.2 4.5 4.5 4.4
isi rumah
Kesihatan 1.3 1.4 1.4 1.5 1.7 1.8 1.9 1.8 1.9 2.0 1.9

Pengangkutan 5.4 10.3 13.2 13.9 14.5 14.7 15.3 16.0 17.7 18.5 19.9

Komunikasi 3.8 4.1 4.8 5.5 5.8 5.9 5.9 5.8 5.6 6.1 4.5

Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 1.6 3.2 4.2 4.6 4.9 5.2 5.7 5.6 5.2 6.1 6.5

Pendidikan 0.1 0.5 0.8 1.0 1.3 1.5 1.4 1.5 2.0 1.6 1.4

Restoran dan hotel 10.3 10.4 12.3 13.5 13.6 13.9 13.4 13.6 13.5 12.7 10.7

Pelbagai barangan dan perkhidmatan 3.9 5.7 6.5 7.0 7.5 7.6 8.0 8.5 8.8 8.8 9.7

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perkara ini dapat membuktikan bahawa golongan yang berbelanja rendah lebih
menumpukan kepada keperluan asas, iaitu makanan dan tempat tinggal. Jika golongan ini
mempunyai kadar perbelanjaan yang tinggi terhadap keperluan asas, maka sudah tentu mereka
akan menghadapi kesulitan untuk mempunyai tabungan. Oleh itu, kajian ini akan merungkai
sama ada corak ini sama seperti kajian sebelumnya dan bagaimana pula jika dibandingkan
berdasarkan kumpulan etnik.

55


Metodologi
Kajian ini dijalankan melalui kaedah soal selidik terhadap 300 isi rumah di Wilayah
Utara Malaysia, (Perlis, Kedah, Penang and North Perak). Isi rumah yang terlibat dalam kajian
ini dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah, iaitu RM 3,600 dan ke bawah sebulan.
Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian; seksyen A, B, dan C.
Seksyen A merupakan profil demografi isi rumah. Secara spesifiknya, informasi dalam
seksyen ini terdiri daripada umur, etnik, taraf pendidikan, dan pekerja. Seksyen B pula
menyatakan mengenai pendapatan isi rumah yang ditemubual, manakala seksyen C pula
merungkai sama ada isi rumah tersebut mempunyai tabungan atau tidak, dan berapakah nilai
tabungan sebulan jika ada.
Bagi kajian ini, responden dibahagikan kepada dua kumpulan: miskin dan tidak miskin.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancangan Ekonomi (2015), pendapatan
garis kemiskinan bagi tahun 2014 adalah RM 940 bagi yang menetap di bandar dan RM 870
untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Justeru itu, jika pendapatan di bawah garis
kemiskinan, maka mereka akan diklasifikasikan sebagai miskin, dan sebaliknya.

Perbincangan dan Analisis


Berdasarkan analisis deskriptif, negeri Kedah mempunyai peratusan bilangan lelaki yang
tertinggi, iaitu 35.88 peratus, diikuti Pulau Pinang, Perak dan Perlis, manakala Pulau Pinang
mempunyai peratusan bilangan perempuan yang tertinggi, iaitu 7.64 peratus, diikuti Kedah,
Perak dan Perlis. Etnik Melayu merupakan etnik yang mempunyai peratusan tertinggi di
kesemua negeri di Wilayah Utara. Kedah mempunyai peratusan ketua isi rumah berbangsa
Melayu tertinggi, iaitu 30.56 peratus, diikuti Pulau Pinang (15.28 peratus), Perak (10.63 peratus)
dan Perlis (4.98 peratus). Namun begitu, Pulau Pinang menunjukkan peratusan etnik Cina yang
tertinggi, iaitu sebanyak 14.62 peratus, diikuti Kedah (5.65 peratus), Perak (2.66 peratus), dan
Perlis (0.66 peratus). Tambahan lagi, Pulau Pinang juga mempunyai peratusan etnik India
tertinggi di antara negeri-negeri di Wilayah Utara, dengan peratusan sebanyak 4.32, diikuti
Kedah iaitu 2.99 peratus, dan Perak iaitu 2.66 peratus. Berdasarkan kategori etnik lain-lain pula,
Kedah mempunyai peratusan tertinggi iaitu 3.32 peratus, diikuti Perak (1 peratus) dan Pulau

56


Pinang (0.66 peratus). Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai etnik India
dan lain-lain.

Jadual 2: Analisis deskriptif ketua isi rumah di Wilayah Utara Malaysia 2016 (%)

Perlis Kedah Pulau Pinang Perak

Lelaki 4.65 35.88 27.24 14.62


JANTINA
Perempuan 1.00 6.64 7.64 2.33

Melayu 4.98 30.56 15.28 10.63

Cina 0.66 5.65 14.62 2.66


ETNIK
India 0.00 2.99 4.32 2.66

Lain-lain 0.00 3.32 0.66 1.00

Tidak pernah berkahwin 1.00 6.31 4.32 1.99

Berkahwin 3.32 29.90 24.58 12.62

STATUS PERKAHWINAN Bercerai 0.00 1.99 0.66 0.33

Balu/Duda 1.33 3.99 4.65 1.99

Berpisah 0.00 0.33 0.66 0.00

Tidak formal 0.33 3.32 2.99 1.99

Sekolah rendah 0.33 10.30 6.98 1.66

PMR/LCE/SPMV/SPM/MCE 4.98 27.57 18.94 12.29


TARAF PENDIDIKAN
STPM/Diploma 0.00 1.33 4.32 0.33

Ijazah 0.00 0.00 0.66 0.33

Lain-lain 0.00 0.00 1.00 0.33

Kedah mempunyai peratusan tertinggi ketua isi rumah yang mempunyai status
perkahwinan tidak pernah berkahwin (6.31 peratus) dan berkahwin (29.9 peratus), diikuti Pulau
Pinang 4.32 peratus (tidak pernah berkahwin) dan 24.58 peratus (berkahwin), Perak dengan 1.99

57


peratus (tidak pernah berkahwin) dan 12.62 peratus (berkahwin), dan Perlis dengan 1 peratus
ketua isi rumah tidak pernah berkahwin dan 3.32 peratus berkahwin. Negeri Perlis tidak
mempunyai ketua isi rumah bercerai, dan Perlis dan Perak tidak mempunyai ketua isi rumah
yang mempunyai status perkahwinan berpisah. Peratusan isi rumah mempunyai status
perkahwinan bercerai dan berpisah di Pulau Pinang adalah sama, iaitu 0.66 peratus, begitu juga
dengan peratusan ketua isi rumah bercerai di Perak dan berpisah di Kedah, iaitu sebanyak 0.33
peratus. Tambahan pula, peratusan ketua isi rumah yang status perkahwinannya bercerai di
Kedah adalah sama dengan ketua isi rumah dengan status balu atau duda di Perak, iaitu 1.99
peratus. Pulau Pinang mencatatkan peratusan ketua isi rumah dengan status balu atau duda yang
tertinggi, iaitu sebanyak 4.65 peratus, diikuti Kedah dengan jumlah sebanyak 3.99 peratus.
Jadual 2 menunjukkan bahawa tiada ketua isi rumah yang terlibat dalam soal selidik di
Perlis mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, iaitu STPM/Diploma, Ijazah atau jenis
pendidikan lain-lain seperti sijil kemahiran. Kedah tidak mempunyai ketua isi rumah yang
mempunyai ijazah dan jenis pendidikan lain-lain, dan mempunyai peratusan yang terendah untuk
ketua isi rumah tidak mempunyai pendidikan formal dan sekolah rendah, iaitu sebanyak 0.33
peratus. Selain itu, peratusan ketua isi rumah yang mempunyai pendidikan sehingga
STPM/Diploma, ijazah dan lain-lain di Perak merupakan yang terendah di antara negeri-negeri
di Wilayah Utara, iaitu sebanyak 0.33 peratus. Peratusan ketua isi rumah di Pulau Pinang yang
mempunyai ijazah adalah 0.66 peratus, manakala 1 peratus mempunyai taraf pendidikan lain-
lain. Bukan itu sahaja, malah Pulau Pinang juga peratusan tertinggi bagi ketua isi rumah
mempunyai STPM/Diploma, iaitu sebanyak 4.32 peratus, diikuti Kedah iaitu sebanyak 1.33
peratus. Trend bagi peratusan ketua isi rumah tidak mempunyai pendidikan formal dan sekolah
rendah adalah sama bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Perak. Peratusan ketua isi rumah tidak
mempunyai pendidikan formal di Kedah adalah 3.32 peratus, manakala Pulau Pinang dan Perak
masing-masing mempunyai 2.99 peratus dan 1.99 peratus. Bagi taraf pendidikan sekolah rendah
pula, Kedah mencatatkan peratusan sebanyak 10.3 peratus, diikuti Pulau Pinang (6.98 peratus),
dan Perak (1.66 peratus). Kesemua negeri di Wilayah Utara mencatatkan peratusan tertinggi bagi
ketua isi rumah mempunyai taraf pendidikan sehingga tamat sekolah menengah, iaitu 4.98
peratus (Perlis), 27.57 peratus (Kedah), 18.94 peratus (Pulau Pinang), dan 12.29 peratus (Perak).

58


Jadual 3 menunjukkan peratusan ciri tabungan isi rumah di Wilayah Utara mengikut
etnik. Secara umumnya, hanya etnik Melayu yang mempunyai peratusan mempunyai tabungan
lebih tinggi, iaitu 58.6 peratus berbanding tidak mempunyai tabungan iaitu sebanyak 41.4
peratus. Hal ini juga menunjukkan etnik Melayu mempunyai peratusan tertinggi mempunyai
tabungan, diikuti etnik lain-lain, iaitu sebanyak 46.67 peratus, etnik Cina sebanyak 46.48 peratus
dan etnik India sebanyak 36.67 peratus. Hasil yang ditunjukkan agak berbeza berbanding kajian
terdahulu. Kebanyakan kajian terdahulu menunjukkan bahawa etnik Cina mempunyai tabungan
yang tertinggi berbanding etnik yang lain (Muhammed Abdul Khalid, 2011). Hal ini demikian
mungkin kerana perbezaan fokus kumpulan. Muhammed Abdul Khalid (2011) turut menyatakan
bahawa kebanyakan kajian mengenai tabungan mengambil kira jumlah populasi keseluruhan,
manakala kajian ini hanya fokus kepada 300 isi rumah yang berpendapatan rendah.

Jadual 3: Peratusan ciri tabungan isi rumah di Wilayah Utara mengikut etnik
Ciri tabungan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

Tidak mempunyai tabungan 41.40 53.52 63.33 53.33 47.02

Mempunyai tabungan 58.60 46.48 36.67 46.67 52.98

Kesemua etnik menunjukkan perbezaan yang tidak ketara di antara peratusan tidak
mempunyai tabungan dengan mempunyai tabungan kecuali etnik India. Sebanyak 63.33 peratus
isi rumah berbangsa India tidak mempunyai tabungan berbanding dengan hanya 36.67 peratus
mempunyai tabungan. Etnik Cina dan lain-lain masing-masing mempunyai peratusan tidak
mempunyai tabungan sebanyak 53.52 peratus dan 53.33 peratus. Namun begitu, secara totalnya,
52.98 peratus isi rumah di Wilayah Utara mempunyai tabungan, manakala 47.02 peratus lagi
sebaliknya.
Berdasarkan jadual 4, 32.8 peratus isi rumah berbangsa Melayu mempunyai nilai
tabungan antara RM 200 hingga RM 499 sebulan, diikuti 18.28 peratus mempunyai nilai
tabungan antara RM 1 hingga RM 199, dan hanya 7.53 peratus mempunyai nilai tabungan RM
500 dan ke atas. Bagi etnik Cina pula, 29.58 peratus mempunyai nilai tabungan antara RM 200
hingga RM 499 sebulan, diikuti 14.08 peratus mempunyai nilai tabungan antara RM 1 hingga
RM 199, dan hanya 2.82 peratus mempunyai nilai tabungan RM 500 dan ke atas. Etnik India dan
59


lain-lain juga mempunyai peratusan tinggi mempunyai nilai tabungan antara RM 200 hingga RM
499 sebulan, dengan 23.33 peratus dan 26.67 peratus. Namun begitu, kedua-dua kumpulan etnik
ni menunjukkan peratusan terkecil di nilai tabungan antara RM 1 hingga RM 199 sebulan, iaitu
hanya 3.33 peratus dan 6.67 peratus. 10 peratus isi rumah berbangsa India mempunyai nilai
tabungan RM 500 dan ke atas sebulan, manakala untuk etnik lain-lain adalah sebanyak 13.33
peratus.

Jadual 4: Kadar tabungan isi rumah di Wilayah Utara mengikut etnik


Kadar tabungan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

RM 1 – RM 199 18.28 14.08 3.33 6.67 15.23

RM 200 – RM 499 32.80 29.58 23.33 26.67 30.79

RM 500 dan ke atas 7.53 2.82 10.00 13.33 6.95

Rajah 1 jelas menunjukkan corak tabungan isi rumah di Wilayah Utara Malaysia
berdasarkan kumpulan etnik, dan secara am nya, lebih ramai isi rumah daripada semua kumpulan
etnik tidak mempunyai tabungan. Bagi yang mempunyai tabungan pula, kebanyakkan isi rumah
mempunyai nilai tabungan antara RM 200 hingga RM 499 sebulan. Etnik Melayu dan Cina
menunjukkan corak yang sama, iaitu peratusan kedua tertinggi untuk mempunyai tabungan pada
kumpulan tabungan RM 1 hingga RM 199 diikuti RM 500 dan ke atas. Namun begitu, etnik
India dan lain-lain menunjukkan corak yang sebaliknya.

Rajah 1: Corak tabungan isi rumah di Wilayah Utara Malaysia mengikut kumpulan etnik
60


Kesimpulan
Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan ketara di antara peratusan isi rumah di
Wilayah Utara yang mempunyai tabungan dan tidak mempunyai tabungan. Corak yang juga
dapat dilihat pada etnik Melayu, Cina dan lain-lain, manakala etnik India menunjukkan jurang
yang agak tinggi, iaitu lebih 60 peratus tidak mempunyai tabungan berbanding lebih 30 peratus
mempunyai tabungan. Selain itu, kesemua etnik yang mempunyai tabungan menunjukkan
peratusan tertinggi di kumpulan tabungan RM 200 hingga RM 499 sebulan. Di sini dapat
disimpulkan bahawa kebanyakan isi rumah di Wilayah Utara memilih sama ada tidak
mempunyai tabungan langsung atau jika mempunyai tabungan, mereka akan menyimpan dengan
jumlah yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan, tidak mengira kumpulan etnik.

Penghargaan
Kajian ini dibiayai oleh geran USM RU Team 1001/PHUMANITI/856002.

Rujukan
Crossley, T. F., Emmerson, C. & Leicester, A., 2012. Rising Household Saving. London: The
British Academy.

Department of Statistics Malaysia (2015), Pendapatan Garis Kemiskinan, Date of access:


6/2/2017. http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2015/05/1-DATA-ASAS
MALAYSIA1.pdf Department of Statistics Malaysia 2014. Poverty Incidence in Malaysia.
Retrieved August 12,2016 from www.statistics.gov.my

Economic Planning Unit (2015), Kemiskinan Isi Rumah Sepintas Lalu, Date of access: 6/2/2017.
http://epu.gov.my/sites/default/files/Perangkaan%20Pendapatan%20%26%20Kemiskinan
%20Isi%20Rumah%20Sepintas%20Lalu%2C%202012%20%26%202014.pdf

Falkingham, J. and Namzie, C., 2001. Identifying the poor: A critical review of alternative
approaches. DFID Health Systems Resource Centre Issues Paper.

Grinstein-Weiss, M., Wagner, K., & Ssewamala, F. M. (2006). Saving and asset accumulation
among low-income families with children in IDAs. Children and Youth Services
Review, 28(2), 193-211.

Karlan, D., Ratan, A. L. and Zinman, J., 2014. Savings by and for the poor: A research review
and agenda. The Review of Income and Wealth, 60(1), pp. 36-78.

61


Keynes, J. M., 1936. The General Theory of Employment, Interest and Money. New York:
Harcourt, Brace.

Manturuk, A., Dorrance, J. and Riley, S., 2012. Factors affecting completion of a matched
savings program: Impacts of time preference, discount rate, and financial hardship. The
Journal of Socio-Economics, 41, pp.836-842.

Muhammed Abdul Khalid. 2011. Household Wealth in Malaysia: Composition and Inequality
among Ethnic Groups. Jurnal Ekonomi Malaysia. 45, pp. 71-80.

Orthner, D. K., Jones-Sanpei, H. and Williamson, S., 2004. The Resilience and Strengths of
Low-Income Families. Family Relations, 53(2), pp.159-167.

62


Program RIMUP: Satu Kajian Kes

Hasnul Husna Hussien


Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mel: hhusnahussien@gmail.com

Abstrak
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah program yang dibangunkan untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid sekolah pelbagai etnik melalui program-
program yang dijalankan. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan program
RIMUP yang telah dilaksanakan di sekolah. Antara elemen yang dikenal pasti dalam mencapai
matlamat RIMUP adalah aktiviti RIMUP dan keberkesanan usaha memupuk kesepaduan sosial
dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kajian ini dilaksanakan dalam
kalangan murid-murid di SK Kerling dan SJK(C) Kerling yang terdiri daripada 80 orang
responden semuanya iaitu seramai 47 orang adalah terdiri daripada responden Melayu dan 33
orang responden Cina. Kaedah pemilihan responden yang digunakan dalam kajian ini adalah
secara rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan secara relatifnya kedua-dua etnik positif
tetapi peratusan etnik Cina dalam setiap aktiviti dan dimensi kesepaduan sosial adalah rendah
berbanding peratusan etnik Melayu. Tetapi tidak menujukkan perbezaan yang ketara antara etnik
Melayu dan Cina. Secara keseluruhan program RIMUP berjaya memupuk kesepaduan sosial
dalam kalangan etnik yang dikaji.
Kata kunci: RIMUP, perpaduan, etnik

Pengenalan
Pendidikan yang lebih sistematik berlaku di Tanah Melayu berlaku semasa zaman
penjajahan Inggeris sekitar tahun 1824-1957. Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu
telah dikelola, dikendalikan dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris namun tidak
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau dasar pendidikan kebangsaan. Pentadbiran
pendidikan di Semenanjung Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
pecah dan perintah dan pendidikan berbentuk sistem vernakular diamalkan. Justeru satu usaha ke

63


arah pemantapan dalam pembinaan negara bangsa diusahakan seperti pelaksanaan konsep
Sekolah Wawasan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, memperkenalkan subjek Sejarah
semasa di sekolah rendah dan sebagainya. Kini kerajaan memperkenalkan RIMUP. RIMUP telah
diteliti dan pada tahun 2004 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meneliti semula
pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta perlu
diperluaskan di sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, buku panduan yang digunakan sejak
tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Malaysia
adalah masyarakat kerencaman sosial. Justeru pendidikan adalah alat yang penting yang dapat
memainkan peranan yang berkesan sebagai alat untuk memupuk perpaduan dan persefahaman
dalam kalangan rakyat (Sanusi Osman, 1989: 52).

Permasalahan Kajian
Bermula abad ke-19 adalah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik,
tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan
sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan
orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Hal ini menjadi semakin hebat selepas campur tangan
British di Negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi
ekonomi dan politik sepenuhnya. Penghijrahan imigran dari negara Cina dan negara India ini
telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada masa ini. Masyarakat majmuk
berada satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu (Ismail Said,
2010: 4). Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British semasa penjajahan di
Tanah Melayu telah mewujudkan segregasi (pemisahan) etnik impaknya telah mewujudkan
polarisasi etnik berasaskan kepada tempat tinggal dan kegiatan ekonomi yang berbeza. Kesan
dari aspek pendidikan pula adalah mewujudkan lima bentuk pendidikan iaitu pendidikan agama,
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Kerencaman pendidikan ini telah mewujudkan
ketidakseragaman dalam pendidikan dengan menggunakan kurikulum dan bahasa yang berbeza
yang kemudiannya membawa kepada permasalahan perpaduan dalam membina negara bangsa.
Antara peristiwa penting impak daripada polarisasi ini adalah tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini adalah akibat daripada sikap prejudis dan saling tidak mempercayai antara kaum

64


serta polarisasi dan jurang sosial yang diwarisi semenjak sebelum kemerdekaan (Haris Md. Jadi,
1990: 149).
Justeru satu kaedah yang sesuai untuk memantapkan hubungan etnik dalam kalangan
pelajar perlu dilakukan. Terdapat pelbagai usaha di peringkat sekolah telah dilakukan antaranya
memperkenalkan sekolah Wawasan, memperkasakan sekolah kebangsaan dan terkini adalah
RIMUP. RIMUP ini walaupun telah bermula agak awal iaitu tahun 1986 semasa Tun Abdullah
Ahmad Badawi sebagai Menteri Pendidikan tetapi perjalanannya terhenti pasca beliau. Hanya
diaktifkan kembali setelah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke-5 dan dimantapkan lagi
semasa era Datuk Seri Najib Tuan Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke-6. Kajian berkaitan
dengan RIMUP juga masih amat kurang.

Objektif
Berikutan dengan pandangan-pandangan yang dihuraikan dalam permasalahan kajian,
objektif kajian ini ialah mengenal pasti hubungan etnik melalui program berbentuk akademik
mahupun kokurikulum di sekolah di samping memupuk kesepaduan sosial antara murid pelbagai
etnik, guru dan masyarakat. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, pengkaji menyenaraikan
matlamat kajian yang perlu dicapai iaitu:
1. Melihat pola kesepaduan sosial melalui aktiviti RIMUP.
2. Mengenalpasti pola aktiviti RIMUP.
3. Mengkaji keberkesanan pelaksanaan RIMUP.

Lokasi Kajian
Pelaksanaan RIMUP dijalankan mengikut kelompok yang telah ditetapkan mengikut
setiap negeri. Kajian ini dijalankan di negeri Selangor melibatkan kelompok di kawasan Kerling
yang terdiri daripada 3 buah sekolah iaitu SK Kerling, SJK(C) Kerling, & SJK(T) Kerling, Hulu
Selangor. Namun begitu, kajian hanya dijalankan di SK Kerling dan SJK (C) Kerling sahaja
kerana kajian ini melibatkan murid-murid yang terdiri daripada etnik Melayu dan Cina sahaja.
Pemilihan murid-murid Melayu dan Cina dibuat berasaskan dua pertimbangan iaitu keaslian
kajian dan signifikannya etnik tersebut dalam konteks demografi dan hubungan sosial mereka.

65


Kajian Literatur
i) Konsep etnik
Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan
kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras mahupun asal usulnya.
Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan
mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik
tertentu secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
Menurut Mansor Mohd Noor et al. (2006) konsep etnik mempunyai hubungan yang rapat
dengan konsep ras dan bangsa. Max Weber pula menekankan watak subjektif etnik dan
mengetengahkan peranan masyarakat politik dalam memupuk rasa ethnie dan perpaduan.
Anthony D.Smith (2010) menekankan peranan ethnie sebagai pelopor bangsa dan menonjolkan
kuasa simbol, ritual, tradisi dan cara hidup sebagai komponen utama dalam pembinaan identiti
dikongsi bersama di kalangan ahli-ahli kumpulan tertentu. Thomas H. Eriksen dan Rogers
Brubaker (2010) mendekati kajian etnik dari perspektif yang pasca moden dan Eriksen memberi
tumpuan kepada kajian identiti dan kaitannya dengan budaya sebagai komponen utama etnik.
Beliau juga mentakrifkan etnik sebagai satu aspek hubungan sosial antara agen yang
menganggap diri mereka sebagai budaya tersendiri daripada ahli-ahli kumpulan yang lain
walaupun interaksi biasa. Pandangan beliau merujuk kedua-dua aspek keuntungan dan kerugian
dalam interaksi serta aspek makna dalam penciptaan identiti.
ii) Kesepaduan sosial
Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur yang terjadi dalam
sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan
sosial, atau social bonding yang kuat yang telah terbina untuk sekian lamanya. Sebagai tafsiran
boleh dihujahkan bahawa dengan wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbedaan dan
konflik dalam sesebuah masyarakat berkenaan. Hakikatnya kesepaduan sosial bukan perpaduan.
Berdasarkan pengalaman Malaysia yang meluas, kesepaduan sosial pastinya merupakan pra-
syarat dalam merintis jalan puncak ke matlamat akhir, iaitu perpaduan dan integrasi nasional
(Shamsul Amri Baharuddin, 2012).
Kesepaduan sosial menghasilkan persamaan, saling ketergantungan dan pengalaman
yang sama. Ia merupakan unsur pengikat bagi unit-unit kolektif seperti individu, keluarga,

66


kumpulan, komuniti, persatuan serta unit-unit wilayah (McCracken, 1998). Antara perbincangan
yang menarik tentang aspek kesepaduan sosial adalah yang dikemukakan oleh Jenson (1998).
Beliau menjelaskan kesepaduan sosial terdiri daripada lima dimensi. Paul Bernard pada tahun
2000 telah menambah satu lagi dimensi iaitu equality–inequality menjadi enam dimensi
sebagaimana yang dijelaskan di bawah:
1. Belonging–Isolation (Kepunyaan-Pemencilan): ia merujuk kepada kewujudan atau
ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identiti yang sama.
2. Inclusion–Exclusion (Rangkuman-Pengecualian): dimensi ini merujuk kepada tahap
kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran.
3. Participation–Non-involvement (Penyertaan-Ketakterlibatan): ia berfokus kepada
penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat atau lokal dalam
kerajaan.
4. Recognition–Rejection (Pengiktirafan-Penolakan): dimensi ini merujuk kepada
kebimbangan kepada perbezaan atau toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan
masyarakat.
5. Legitimacy–Illegitimacy (setara/setaraf-tidak setara): ia merujuk kepada penyelenggaraan
legitimacy dalam politik dan institusi sosial – daripada tahap negeri kepada individu
dalam masyarakat yang mempunyai minat yang berbeza.
6. Equality–Inequality (Kesamaan-Ketidaksamaan): ia merujuk kepada persamaan dan
peluang yang sama dalam kalangan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, budaya dan
bahasa.
Kesemua domain ini merupakan ukuran yang penting untuk melihat kesepaduan sosial
yang telah digabungkan antara idea Jenson daripada dimensi pertama hingga kelima dan Paul
Bernard daripada dimensi keenam. Dimensi ini adalah instrumen yang penting dalam menilai
kesepaduan sosial dalam komuniti

Pelaksanaan RIMUP
Di Malaysia kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dari peringkat komuniti, masyarakat
dan juga pendidikan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan etnik. Pendidikan adalah
elemen yang penting. RIMUP berbeza dari program lain di mana melalui RIMUP amat menitik

67


beratkan penglibatan murid dan guru di sekolah dalam menjayakan program melibatkan pelbagai
etnik yang berbeza dari segi budaya, latar belakang, adat resam dan sebagainya. Justeru, kerajaan
telah mengambil inisiatif memperkenalkan RIMUP atas empat perkara pokok iaitu:
i. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-
kegiatan khas secara bersama.
ii. Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah
secara sedar dan terancang.
iii. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
iv. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-
kegiatan khas secara bersama-sama.
(Buku Panduan RIMUP, 2005)
Antara matlamat pendidikan negara ialah mewujudkan perpaduan kaum. Sekolah
merupakan ejen yang berkesan ke arah penyatuan murid-murid dan dapat diteruskan apabila
mereka dewasa kelak (Mahdi Shuid et.al, 2010: 187). RIMUP juga mempunyai potensi yang
sangat besar dalam mengeratkan hubungan antara etnik sejak dari peringkat sekolah rendah lagi.
Antara program fokus dalam RIMUP (Buku Panduan RIMUP, 2005) adalah melalui kegiatan
khas seperti berikut:
i. Kecemerlangan akademik.
ii. Sukan dan permainan.
iii. Perayaan dan perhimpunan.
iv. Perkhemahan dan lawatan.
v. Khidmat masyarakat.
Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan mengupas topik berkenaan pelaksanaan
program dalam pendidikan dan keberkesanan murid pelbagai kaum dalam memupuk kesepaduan
sosial melalui program RIMUP berdasarkan pemurnian buku perpaduan yang telah dirangka oleh
kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran sejak tahun 1986.

Metodologi Kajian

68


Kajian ini akan menggunakan laporan berbentuk deskriptif dengan tujuan untuk
menganalisis keberkesanan RIMUP dalam memupuk kesepaduan sosial. Menurut Ary & Jacobs
(1990), penyelidikan deskriptif direka untuk mendapat maklumat berkenaan dengan sesuatu
kedudukan kejadian masa kini. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik.
i) Populasi kajian
Pengkaji menghadapi halangan untuk memperolehi senarai lengkap populasi kajian
daripada kedua-dua buah sekolah tersebut kerana masalah kekangan waktu pihak sekolah dan
pengkaji. Dalam kekangan itu, pengkaji telah mengaplikasikan reka bentuk persampelan bukan
kebarangkalian. Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid SK Kerling & SJK(C) yang
berumur 11 dan 12 tahun iaitu tahun 5 dan tahun 6 yang pernah terlibat dengan RIMUP dan yang
mempunyai pengetahuan mengenai RIMUP. Pengkaji memfokuskan sampel kajian kepada etnik
Melayu dan Cina sahaja sebagai responden, namun begitu terdapat juga responden daripada etnik
India dan etnik lain-lain iaitu orang asli kerana penglibatan mereka dalam populasi kajian
tersebut tidak diasingkan oleh pengkaji. Pemilihan responden dilakukan secara persampelan
rawak berlapis.
ii) Instrumen kajian
Kajian tinjauan adalah kajian kuantitatif justeru set soal selidik telah diedarkan kepada
pelajar. Set soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian A yang
mengandungi soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang responden. Bahagian B pula
terdiri daripada set soal selidik yang berkaitan dengan kegiatan khas RIMUP yang mengandungi
lima elemen iaitu kecemerlangan akademik, sukan dan permainan, perayaan dan perhimpunan,
perkhemahan dan lawatan serta khidmat masyarakat, setiap elemen ini mengandungi lima item.
Bahagian C pula terdiri daripada set soal selidik yang berkaitan lima dimensi kesepaduan sosial
iaitu kekitaan, pengiktirafan, penyertaan, kesaksamaan dan inklusif, setiap dimensi ini
mengandungi lima item. Manakala bahagian D pula terdiri daripada set soal selidik yang
berkaitan dengan tiga cadangan penambahbaikan. Set soal selidik ini juga menggunakan skala
likert bagi mengukur darjah persetujuan dan pandangan terhadap sesuatu kenyataan.

iii) Kajian rintis

69


Kajian rintis dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 & tahun 6 di Sekolah Kebangsaan
Kerling dan SJK (C) Kerling. Pengkaji mengedarkan set soal selidik kepada 15 orang murid di
SJK(C) Kerling dan 15 orang murid di SK Kerling yang dipilih secara rawak. Kajian ini
dijalankan untuk menguji sama ada soal selidik yang dibina boleh difahami atau tidak oleh
responden. Tujuan kajian rintis ini bagi mengurangkan ralat semasa kajian sebenar dijalankan.
Selain itu, ia bertujuan menilai kesesuaian soalan kajian dan menentukan bahawa bahasa yang
digunakan adalah tepat serta tidak mengelirukan responden (Chua Yan Piaw, 2006).

Dapatan Kajian dan Perbincangan


i) Latar belakang responden
Kajian ini telah dijalankan di SK Kerling & SJK(C) Kerling, Hulu Selangor. Seramai 90
set soal selidik telah dijawab oleh responden. Set soal selidik ini telah dijawab oleh 47 orang
responden Melayu, 33 orang responden Cina, 8 orang responden India dan 2 orang responden
orang asli. Namun begitu, untuk analisis kajian hanya jawapan responden Melayu dan Cina di
analisa iaitu seramai 80 responden sahaja.
Dapatan kajian terhadap jantina responden menunjukkan bahawa responden lelaki lebih
ramai berbanding dengan responden perempuan. Perbezaan antara ke dua-dua jantina juga tidak
besar iaitu dalam 10 peratus sahaja. Dapatan kajian terhadap umur responden menunjukkan
bahawa tahap umur 12 tahun lebih ramai terlibat dalam kajian ini berbanding yang berumur 11
tahun. Namun begitu, perbezaannya tidak besar iaitu dalam 3 peratus sahaja.
Dapatan kajian terhadap etnik responden menunjukkan bahawa responden etnik Melayu
lebih ramai terlibat dalam kajian ini berbanding etnik Cina. Dapatan kajian terhadap jenis
sekolah responden menunjukkan bahawa responden daripada SK lebih ramai terlibat dalam
kajian ini berbanding responden daripada SJK(C).
ii) Kegiatan-kegiatan Khas RIMUP
Kajian dalam bahagian ini membincangkan mengenai kegiatan-kegiatan khas yang
terkandung dalam buku panduan RIMUP 2005. Kegiatan-kegiatan khas RIMUP terbahagi
kepada lima elemen iaitu melalui kecemerlangan akademik, sukan dan permainan, perayaan dan
perhimpunan, perkhemahan dan lawatan serta khidmat masyarakat.
Kecemerlangan akademik

70


Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa hubungan sosial yang terkandung dalam
kegiatan khas RIMUP dari segi elemen kecemerlangan akademik terbina dalam kalangan murid
etnik Melayu dan Cina. Secara relatif responden Melayu lebih tinggi penghayatan dalam aktiviti
kecemerlangan akademik berbanding responden Cina.

Jadual 1: Kecemerlangan Akademik (%)


Aktiviti Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Seminar peperiksaan amat bermanfaat 91 55


Program IT menyeronokkan 96 94
Kem motivasi amat bermanfaat 96 88
Kelas tambahan membantu dalam pemahaman akademik 94 36
Karnival bahasa membantu fahami bahasa selain bahasa 85 52
ibunda

Sukan dan Permainan


Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa hubungan sosial yang terkandung dalam
kegiatan khas RIMUP dari segi elemen sukan dan permainan terbina dengan baik bagi kedua-dua
etnik responden Melayu dan Cina. Jurang perbezaan peratusan jawapan antara responden Melayu
dan Cina wujud tetapi secara relatif adalah kecil. Perbezaan peratus antaranya ialah 7 hingga 26
peratus untuk kelima-lima item soalan yang ditanya.

Jadual 2: Sukan dan Permainan (%)


Aktiviti Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Suka menyertai aktiviti sukan RIMUP 98 91


Program merentas desa amat bermanfaat 91 73
Penyertaan dalam program sukan RIMUP 96 70

71


Permainan tradisional memberi maklumat permainan pelbagai etnik 96 76
Sukaneka mengeratkan hubungan etnik 94 91

Perayaan dan Perhimpunan


Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa hubungan sosial yang terkandung dalam
kegiatan khas RIMUP dari segi elemen perayaan dan perhimpunan terbina dalam kalangan murid
etnik Melayu dan Cina. Walaupun jawapan responden Cina adalah positif tetapi secara relatifnya
peratusan jawapan adalah rendah daripada responden Melayu sebanyak 6 hingga 31 peratus
dalam kesemua item.

Jadual 3: Perayaan dan Perhimpunan (%)


Aktiviti Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Hari perayaan di sekolah memberi peluang saya fahami perayaan 85 85


etnik lain
RIMUP memperkenalkan tarian dan muzik pelbagai etnik 87 52
Hari guru meraikan guru pelbagai etnik 96 67
Hari kebangsaan meningkatkan semangat patriotik 98 67
Hari Kokurikulum bantu kukuhkan hubungan pelbagai etnik 91 85

Perkhemahan dan Lawatan


Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa hubungan sosial yang terkandung dalam
kegiatan khas RIMUP dari segi perkhemahan dan lawatan terbina dalam kalangan responden
Melayu dan Cina. Secara relatifnya peratusan jawapan reseponden Cina adalah rendah daripada
responden Melayu sebanyak 7 hingga 29 peratus dalam kelima-lima pernyataan tersebut.

Jadual 4: Perkhemahan dan Lawatan (%)


Aktiviti Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

72


Aktiviti perkhemahan penting dalam hubungan pelbagai etnik 96 73
Pertukaran pelajar antara sekolah beri pengalaman dalam 77 48
pembelajaran
Aktiviti perkhemahan bentuk jati diri pelajar 96 67
Aktiviti silang budaya beri pengalaman selami budaya etnik 96 73
lain
Lawatan ke sekolah lain bantu pelajar agar lebih bersemangat 89 82

Khidmat Masyarakat
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa hubungan sosial yang terkandung dalam
kegiatan khas RIMUP dari segi khidmat masyarakat terbina dalam kalangan murid etnik Melayu
dan Cina. Secara relatifnya peratusan jawapan responden Cina adalah rendah daripada responden
Melayu sebanyak 24 hingga 48 peratus dalam kelima-lima pernyataan tersebut.

Jadual 5: Elemen Khidmat Masyarakat (%)


Aktiviti Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Program khidmat masyarakat bermanfaat untuk pembentukan sahsiah 96 48


murid
Program gotong-royong mendidik tentang kebersihan 98 69
Kempen kitar semula digalakkan untuk mengurangkan isu pencemaran 98 58
alam
Kutipan derma bantu orang kurang berkemampuan 85 61
Bersedia memberi khidmat kepada sekolah lain dalam gotong-royong 91 58

iii) Pola kesepaduan sosial

73


Bahagian ini bertujuan untuk mengukur pola kesepaduan sosial dalam aspek sosio-
budaya dalam kalangan murid-murid Melayu dan Cina berdasarkan lima dimensi iaitu dimensi
kekitaan, pengiktirafan, penyertaan, kesaksamaan dan inklusif.
Dimensi Kekitaan
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi kekitaan terbina dalam kalangan murid etnik Melayu dan Cina. Jurang
perbezaan peratusan jawapan antara responden Melayu dan Cina wujud tetapi secara relatif
adalah kecil. Secara relatif responden Melayu lebih tinggi kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi kekitaan daripada responden Cina.

Jadual 6: Dimensi Kekitaan Mengikut Etnik (%)


Dimensi Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Berbangga kumpulan terdiri daripada pelbagai etnik 85 76


Selesa bekerjasama dengan pelbagai etnik 83 55
Risau rakan etnik lain kemalangan 79 64
Menjemput rakan etnik lain ke majlis keraian 74 73
Percaya dengan etnik lain 72 79

Dimensi Pengiktirafan
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi pengiktirafan terbina dalam kalangan murid etnik Melayu dan Cina.
Walaupun jawapan responden Cina adalah positif tetapi secara relatifnya peratusan jawapan
adalah rendah daripada responden Melayu sebanyak 8 hingga 39 peratus dalam kelima-lima
pernyataan tersebut.

Jadual 7: Dimensi Pengiktirafan Mengikut Etnik (%)


Dimensi Melayu Cina

74


Jawapan Setuju/Positif sahaja

Menghormati agama etnik lain 89 64


Menerima idea etnik lain 91 52
Berkongsi alat tulis etnik lain. 66 58
Berterima kasih dan memohon maaf dengan etnik lain 81 67
Memberi penghargaan kepada etnik lain 81 64

Dimensi Penyertaan
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi penyertaan terbina dalam kalangan murid etnik Melayu dan Cina. Jurang
perbezaan peratusan jawapan antara responden Melayu dan Cina wujud tetapi secara relatif
adalah kecil. Secara relatif responden Melayu lebih tinggi kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi penyertaan daripada responden Cina. Walaupun jawapan responden Cina
adalah positif tetapi secara relatifnya peratusan jawapan adalah rendah daripada responden
Melayu sebanyak 5 hingga 33 peratus dalam kelima-lima pernyataan tersebut.

Jadual 8: Dimensi Penyertaan Mengikut Etnik (%)


Dimensi Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Selesa berbincang dengan rakan pelbagai etnik 81 67


Menyelesaikan soalan dengan etnik lain 87 82
Selesa bekerjasama dalam satu kumpulan pelbagai etnik 83 73
Selesa memilih rakan etnik lain dalam aktiviti 85 64
Berpendapat etnik lain mesra 85 52

Dimensi Kesaksamaan
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi kesaksamaan terbina dalam kalangan murid etnik Melayu dan Cina. Jurang

75


perbezaan peratusan jawapan antara responden Melayu dan Cina wujud tetapi secara relatif
adalah kecil. Secara relatif responden Melayu lebih tinggi kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi kesaksamaan daripada responden Cina. Secara relatifnya peratusan jawapan
responden Cina adalah rendah daripada responden Melayu sebanyak 11 hingga 31 peratus dalam
kelima-lima pernyataan tersebut.

Jadual 9: Dimensi Kesaksamaan Mengikut Etnik (%)


Dimensi Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Denda yang adil kepada semua etnik 83 52


Program sekolah terbuka kepada semua etnik 89 70
Tiada jurang antara etnik di sekolah 77 61
Pengawas sekolah terdiri daripada pelbagai etnik 87 70
Ketua kelas dipilih kerana kelayakan bukan pilihan etnik 87 76

Dimensi Inklusif
Secara keseluruhan data menunjukkan bahawa kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi inklusif terbina dalam kalangan murid etnik Melayu dan Cina. Jurang
perbezaan peratusan jawapan antara responden Melayu dan Cina wujud tetapi secara relatif
adalah kecil. Secara relatif responden Melayu lebih tinggi kesepaduan sosial dalam aspek sosial
berdasarkan dimensi inklusif daripada responden Cina. Walaupun jawapan responden Cina
adalah positif tetapi secara relatifnya peratusan jawapan responden Cina adalah rendah daripada
responden Melayu sebanyak 3 hingga 26 peratus dalam kelima-lima pernyataan tersebut.

Jadual 10: Dimensi Inklusif Mengikut Etnik (%)


Dimensi Melayu Cina
Jawapan Setuju/Positif sahaja

Peluang aktiviti di sekolah terbuka kepada semua etnik 91 67

76


Kemudahan di sekolah untuk semua etnik 91 88
Aktiviti di sekolah menguntungkan semua etnik 87 61
Semua etnik bebas menyuarakan pendapat 74 58
Persaingan sihat antara semua etnik 85 70

Perbincangan
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmana keberkesanan program RIMUP yang
telah dijalankan telah memupuk kesepaduan sosial murid-murid di peringkat sekolah rendah
melalui pelbagai aktiviti dan dimensi. Sokongan murid-murid dan guru-guru yang pernah terlibat
secara langsung bagi menjayakan program tersebut agar berjalan dengan lancar di kelompok
Hulu Selangor sebelum ini membuahkan hasil kepada hasil dapatan kajian pengkaji. Kajian ini
juga meneliti kekangan yang berlaku sepanjang program RIMUP dijalankan serta kurang
mendapat perhatian yang serius daripada pihak berwajib.
Dapatan kajian mendapati murid dari kalangan etnik Cina kurang menunjukkan minat
dengan kegiatan khas RIMUP melalui elemen kecemerlangan akademik kerana dapatan
menunjukkan perbezaan peratusan yang ketara berbanding etnik Melayu. Selain itu, berdasarkan
pemerhatian pengkaji semasa mengedarkan borang soal selidik mendapati murid dalam kalangan
etnik Cina di kawasan luar bandar ini tidak berminat dalam bidang akademik malah mereka lebih
selesa berkomunikasi dengan rakan-rakan daripada etnik yang sama dengan mereka. Oleh itu,
mereka menganggap mempelajari bahasa selain bahasa ibunda mereka tidak penting dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Hal ini disokong oleh kajian Teo Kok Seong (2014) yang telah
melaporkan 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan
Melayu tidak boleh berbahasa Melayu.
Dapatan kajian menunjukkan perbezaan peratusan dalam elemen sukan dan permainan
berada di tahap yang paling rendah di antara kedua-dua etnik. Dapatan ini menggambarkan
murid-murid yang berada di peringkat awal umur ini masih bergiat aktif dalam penglibatan
sukan dan permainan. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan Sarawak, Datuk Seri
Michael Manyin Jawong (2016) menyatakan sukan tidak harus diukur kepada kemenangan
sahaja, sebaliknya mampu memupuk budaya hormat dalam kalangan individu serta
mengukuhkan perpaduan pada usia muda.

77


Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan peratusan dalam elemen perayaan dan
perhimpunan berada di tahap yang rendah di antara kedua-dua etnik malah bagi kedua-dua etnik
ini gemar meraikan perayaan bagi etnik yang berbeza. Dapatan ini menggambarkan murid-murid
berseronok dan bergembira semasa menyambut hari perayaan pelbagai etnik kerana menurut
mereka perayaan etnik lain dapat memberi pendedahan budaya dan adat etnik lain dengan lebih
dekat lagi. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Murni Suhaili (2014)
penglibatan pelbagai kaum dan etnik dalam meraikan sesuatu perayaan adalah satu amalan yang
penuh muhibah bagi mengukuhkan semangat perpaduan antara satu sama lain. Menurut beliau
lagi ramah-tamah yang diadakan bukan sahaja mengeratkan silaturahim malah dapat
mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan yang telah dinikmati ketika ini.
Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan peratusan dalam elemen perkhemahan dan
lawatan berada di tahap yang rendah di antara kedua-dua etnik malah bagi kedua-dua etnik ini
berminat dalam aktiviti lawatan ke sekolah lain agar dapat membantu mereka memperoleh
semangat untuk terus cemerlang. Menurut Utusan Online (2015) yang membawa tajuk program
pertukaran pelajar banyak manfaat telah diulas oleh pengetua Sekolah Seri Puteri (SSP), Siti
Rogayah Yahya bahawa pelajar daripada Wonhwa Girls School, Korea Selatan tertarik dengan
cara SSP mengulang kaji pelajaran pada waktu malam dan belajar secara berkumpulan manakala
SSP pula mempelajari teknik pembelajaran menggunakan teknologi kerana Korea Selatan
terkenal dengan kemajuan dalam bidang berkenaan.
Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan peratusan dalam elemen khidmat
masyarakat berada di tahap yang tinggi antara etnik Cina berbanding etnik Melayu. Dapatan ini
menggambarkan murid-murid etnik Cina tidak gemar melibatkan diri dengan program khidmat
masyarakat. Selain itu, dapatan ini disokong oleh penulisan Azizan Bahari (2009) di website
Sukarelawan Malaysia yang dinyatakan bahawa kerja sukarela kurang mendapat sambutan
terutama dalam kalangan belia dan bagi mendapatkan peserta semakin dianggap satu masalah
besar.
Pola kesepaduan sosial bagi dimensi pengiktirafan pula menunjukkan peratusan
perbezaan antara etnik Melayu dan Cina agak tinggi. Kedua-dua etnik ini masih dibelenggu
dengan perbezaan etnik dan persepsi vernakular itu masih menebal dalam diri masing-masing.
Sekali gus, mereka juga masih tidak matang dalam membuat pemilihan rakan oleh kerana

78


perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan membuat pelbagai andaian terhadap etnik lain.
Menurut Jenson (1998), dimensi pengiktirafan ini merujuk kepada kebimbangan terhadap
perbezaan atau sikap bertoleransi mengenai kepelbagaian dalam kalangan masyarakat. Menurut
laporan akhbar Utusan Online (2013) yang menyatakan dewasa ini hangat diperkatakan kurang
integrasi antara etnik di Malaysia. Setiap etnik lebih suka bergaul hanya dengan etnik sendiri.
Walau bagaimanapun, pola kesepaduan sosial bagi dimensi kekitaan menunjukkan
kurang perbezaan antara etnik Melayu dan Cina iaitu murid-murid dari etnik Cina lebih
mempercayai etnik lain berbanding etnik Melayu yang mempunyai perasaan masih curiga
terhadap etnik lain, khususnya etnik Cina dalam kajian ini. Menurut Jenson (1998) dimensi
kekitaan merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan
identiti yang sama. Menurut laporan akhbar Utusan Online (2015), pemantauan mendapati
sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat
melalui interaksi dan tingkah laku murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum.
Pemerhatian mendapati 84.6% atau 66 buah sekolah melaksanakan lima elemen RIMUP dan
secara rawak di 10 buah bilik darjah di setiap sekolah menunjukkan 73.1% atau 57 buah sekolah
telah melaksanakan susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik.
Pola kesepaduan sosial bagi dimensi penyertaan pula menunjukkan peratusan perbezaan
antara etnik Melayu dan Cina agak rendah. Kedua-dua etnik ini masih menjalinkan hubungan
yang baik dan saling bekerjasama dalam aktiviti. Emile Durkheim juga melihat dalam
masyarakat moden yang moralitinya sudah luntur, pembahagian tugas akan mengambil alih tugas
agama sebagai asas kepada ikatan sosial. Ini kerana pembahagian tugas akan menyebabkan
manusia saling memerlukan antara satu sama lain (Amir Hasan Dawi, 2006: 70-71). Selain itu,
teori pilihan rasional mengisyaratkan bahawa individu bertindak untuk mendapatkan keuntungan
maksimum. Mereka percaya dengan mengadakan hubungan dengan pihak lain yang sama-sama
memiliki kepentingan atau mendapatkan ganjaran psikologi daripada hubungan tersebut yang
mereka percaya terikat tugas untuk mendukungnya ke atas hubungan ras dan etnik (Banton,
1997).
Selain itu, pola kesepaduan sosial bagi dimensi kesaksamaan pula menunjukkan
peratusan perbezaan antara etnik Melayu dan Cina agak rendah. Kedua-dua etnik ini masih
menganggap setiap peluang yang ada tanpa diskriminasi etnik dan terbuka kepada semua

79


berdasarkan kelayakan dan kepentingan. Oleh itu, isu racist di sekolah tidak seharusnya berlaku
dan dijadikan satu permasalahan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik.
Menurut Jenson (1998) equality-inequality merujuk kepada persamaan dan peluang yang sama
dalam kalangan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, budaya dan bahasa. Menurut Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Utusan Online (2016) bahawa layanan kerajaan
kepada semua kaum di dalam bidang pendidikan sama rata dengan matlamat untuk menyatukan
semua etnik di Malaysia.
Tambahan pula, pola kesepaduan sosial bagi dimensi inklusif pula menunjukkan
peratusan perbezaan antara etnik Melayu dan Cina agak rendah. Murid bagi kedua-dua etnik ini
menyatakan bahawa kemudahan dan faedah yang terdapat di sekolah untuk semua etnik.
Dimensi inklusif juga menggalakkan semua etnik bebas menyuarakan pendapat di dalam kelas
mahupun dalam persatuan bagi semua pendapat dan idea dapat digunakan dan diaplikasikan.
Menurut Jenson (1998) inclusion-exclusion merujuk kepada tahap kesaksamaan dan peluang
dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran. Talcott Parsons (1951) pula melihat
kesepaduan sosial daripada aspek struktur fungsional iaitu masyarakat yang berpadu adalah
diasaskan dengan system nilai yang dikongsi bersama.
Dapatan kajian mengenai kekangan utama daripada pelaksanaan RIMUP adalah masalah
peruntukan yang diperolehi daripada pihak kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan
program yang besar dan meriah. Inisiatif yang diambil oleh pihak AJK pelaksana program adalah
daripada sumbangan dana PIBG dan hal ini menimbulkan beberapa kontroversi yakni program
RIMUP ini tidak dijalankan dengan berterusan. Menurut Md. Azrin Rosly (2015) dalam Utusan
Online menyarankan agar RIMUP perlu diperkukuhkan dengan menambah peruntukan agar
lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah. Secara keseluruhannya, RIMUP
yang menumpukan kepada program akademik, sosial dan sukan sangat berfaedah kerana
memberi impak besar kepada sekolah terutama perpaduan dalam kalangan pelajar.
Tambahan pula, pengkaji mendapati kekangan lain hasil dapatan kajian ialah pegawai
PPD tidak turun ke sekolah untuk meneliti hasil kerja dan perjalanan program RIMUP di sesuatu
kelompok. Hal ini disebabkan kekangan masa yang juga sekali gus melibatkan para guru dalam
melaksanakan tugas lain terutama tugas di luar kawasan sekolah. Perkara ini akan menjadikan
sekolah-sekolah yang terlibat dengan RIMUP leka dan menganggap program ini remeh. Kajian

80


ini juga mendapati bahawa guru-guru selain daripada penggerak program-program di sekolah,
pada masa yang sama mereka juga melakukan tugas-tugas yang berbentuk bukan professional
seperti membuat surat, melabelkan sesuatu fail, pembaikan alat-alat serta menghadiri upacara
keramaian serta kursus pemantapan.

Kesimpulan
Dapatan kajian yang diperolehi secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pendidikan
di sekolah rendah pada masa ini mewariskan ciri yang jelas masih menonjolkan ciri perkauman,
yang cuba lari dari hakikat pembinaan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri
berlandaskan semangat keharmonian, kesejahteraan, cinta kasih sesama umat manusia,
persefahaman dan perpaduan. Jika ditinjau secara keseluruhannya, pendidikan di sekolah rendah
di negara ini adalah unik sekali. Ini kerana terkesan dengan fenomena keetnikan dan polarisasi
yang pada dasarnya pula berlawanan dengan segala usaha pembinaan masyarakat yang bersatu
padu. Apa yang sangat menakutkan adalah pendidikan tersebut menyemaikan bibit polarisasi
pada awal perkembangan kanak-kanak lagi dan paling merisaukan ialah pendidikan itu tidak
berlaku tetapi sebaliknya indoktrinasi yang berlaku (Sufean Hussin 2008: 214).
Sekolah berfungsi untuk mencapai matlamat luhur, sosialisasi politik yang amat
dihasratkan. Matlamat itu menjadi idealisme oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun,
sejauh mana pendidikan rendah menuju ke arah matlamat yang dihasratkan, sering dipersoalkan.
Hal ini kerana sifat vernakularisme yang diwarisi dari zaman penjajahan Inggeris masih wujud
lagi hingga kini, dan masih terdapat di sekolah rendah yang dikelompokkan mengikut variasi
etnik. (Sufean Hussin 2008: 216-217). Vernakularisme dalam pendidikan rendah berkait rapat
dengan pembudayaan, iaitu pengekalan identiti dan budaya sesuatu kaum. Dasar jus soli seperti
yang dianjurkan oleh Laporan Razak (1956) mengambil kira aspek ini memandangkan keperluan
dan kehendak masyarakat pada peringkat peralihan ketika itu. Pada masa ini, keperluan dan
kehendak rakyat Malaysia adalah untuk hidup dan mati di bumi tercinta ini. Bangsa Malaysia itu
tidak mendabik dada memegahkan budaya etnik masing-masing tetapi hidup megah berganding
bahu mendukung budaya rakyat Malaysia. Sesungguhnya pembentukan bangsa dan budaya
Malaysia memerlukan pengorbanan, muafakat dan inisiatif semua pihak tetapi bukannya lari atau
mengelakkan diri daripada nilai ideal yang dihasratkan.

81


Secara keseluruhannya, program RIMUP ini amat bermanfaat dan membantu dalam
pemupukan kesepaduan sosial seterusnya membawa kepada perpaduan nasional yang diidam-
idamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, pelbagai tindakan harus dititikberatkan bagi
mengangkat aktiviti RIMUP supaya dapat diangkat sebagai alat untuk pembinaan negara bangsa
yang lebih bersatu dalam konteks kesepaduan sosial.

Rujukan
Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim, Perak:
Quantum Books.

Andy Green, John Preston & Jan Germen Janmaat. (2006). Education, Equality and Social
Cohesion. New York: Palgrave Macmillan.

Abdul Rahim Bin Hamdan & Ismail Fauzi Bin Jamaludin. (2010). Tahap Perpaduan Pelajar
Pelbagai Kaum dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Azwani Ismail & Zahara Aziz. (2009). Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Sistem Pendidikan di
Malaysia. Jurnal Sosiologi Pendidikan. Jilid 9 (2), 38-48.

Berita Harian Online. (2015). RIMUP Satukan Murid Sekolah Berbilang Kaum. Diperoleh
daripada http://www.bharian.com.my/node/90742.

Chew Fong Peng. (2008). Budaya & Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Kuala Lumpur:
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Cheong Yuen Keong. (2013). Gerakan Pendidikan Cina di Malaysia: Satu Kajian tentang
Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002). Selangor: SIRD.

Collin Abraham. (2004). The Naked Social Order. Selangor: Pelanduk Publications.

Dr. Ismail Said. (2010). Perkembangan Sejarah Negara. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Hasnah Hussiin. (2009). Artikel Kenegaraan dan Hubungan Etnik. Kuantan, Pahang: Universiti
Malaysia Pahang.

Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

82


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006).
Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: Pearson

Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal, Abd. Aziz Ismail & Kamaruddin Ilias. (2010). Pendidikan
Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan. (2005). Readings on Ethnic Relations in a
Multicultural Society. Serdang: COLLA Research Group.

Mohd. Salleh Lebar. (1988). Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu & Budi Anto Mohd Tamring. (2011). Hubungan Etnik:
Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.

Montserrat Guibernau & John Rex. (2010). The Ethnicity Reader. United Kingdom: Polity Press.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor. (2013). Kesepaduan
Sosial dan Kejiranan di Kawasan Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu. Jilid 19.

Mynewshub. (2015). Program RIMUP Pupuk Perpaduan Bermula di Sekolah


Rendah. Diperoleh daripada http://www.mynewshub.cc/terkini/program-rimup-pupuk-
perpaduan-bermula-di-sekolah-rendah/

Perkhidmatan Pelajaran. (2009). RIMUP Tonjol Budaya Pelbagai Kaum di Sekolah. Diperoleh
daripada http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.my/2009/10/rimup-tonjol-budaya-pelbagai-
kaum-di.html.

P. K. Mohanty. (2013). Introduction to Sociology. New Delhi: Wisdom Press.


Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi. (2002). Kenegaraan Malaysia Isu-Isu & Perkembangan.
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, & Prof. Madya Datin Hajah Salma
Ishak. (2004). Kajian Hubungan Kaum di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial,
Universiti Utara Malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

83


Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Zakaria. (2007). Siri Ciri-ciri Negara Malaysia Perpaduan Negara. Kuala Lumpur:
Cahaya Kesturi (M) Sdn Bhd.

Sufean Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suffian Mansor, Sivachandralingam Sundra Raja, Arba’iyah Mohd. Noor & Ahmad Kamal
Ariffin Mohd. Rus. (2014). Sejarah dan Kesarjanaan. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah.

Syahrial Syarbaini & Rusdiyanta. (2009). Dasar-dasar Sosiologi. Yogyakarta: Graha Ilmu.

Suzana Sulaiman. (2013). Perpaduan Pelajar Etnik: Kehidupan Seharian Pelajar Program
Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Universiti
Malaysia Perlis.

Tunku Abdul Rahman. (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

Utusan Online. (2009). Program Integrasi Murid Erat Hubungan Masyarakat. Diperoleh
daripada http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/program-integrasi-murid-erat-
hubungan-masyarakat-1.222439

Utusan Online. (2009). Gubal Pendidikan Perpaduan. Diperoleh daripada


http://www.utusan.com.my/rencana/gubal-pendidikan-perpaduan-1.272767.

Utusan Online. (2015). RIMUP Kukuhkan Perpaduan di Sekolah. Diperoleh daripada


http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/rimup-kukuhkan-perpaduan-di-sekolah-
1.13770.

Wan Norhasniah Wan Husin. (2012). Peradaban dan Perkauman di Malaysia Hubungan Etnik
Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zainuddin. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

84


LAMPIRAN - Gambar Semasa Edaran Soal Selidik

Pengkaji membuat penerangan item-item borang soal selidik kepada responden Tahun 6 SJK(C) Kerling

Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden Tahun 6 SK Kerling.

Pengkaji bersama Guru Besar, GPK 1 dan bekas GPK KOKO merangkap GPK HEM SK Kerlin

85


Cabaran Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Memupuk Perpaduan
Etnik di Sabah, 1963-2000

Sharifah Darmia Sharif Adam


Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
E-mel: shdarmia@ums.edu.my

Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan tentang cabaran pelaksanaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu dalam memupuk perpaduan etnik di negeri Sabah antara tahun 1963 hingga 2000.
Sebelum tahun 1963, terdapat pelbagai bahasa seperti bahasa Dusun Lotud, Dusun Rungus,
Dusun Tambunan, Bajau Darat, Bajau Laut, Ilanun, Murut Tiulon, Murut Sumambuq, Paitan dan
Suluk yang digunakan oleh setiap etnik di Sabah untuk tujuan bertutur atau berkomunikasi.
Kemudian, Sabah menyertai Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pembentukannya secara
rasmi pada 16 September 1963 dan salah satu jalan yang paling sesuai untuk membentuk
perpaduan semangat kebangsaan bagi negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia adalah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan yang sama. Oleh itu, peruntukan-peruntukan khas mengenai
bahasa kebangsaan di negeri Sabah terkandung dalam Perkara 161 perlembagaan negara.
Perbincangan akan difokuskan terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan
bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di Sabah. Selain
itu, turut dibincangkan usaha dan langkah-langkah kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri
dalam melaksanakan dasar-dasar yang bertujuan untuk pengukuhan bahasa kebangsaan dalam
pelbagai bidang di negeri tersebut. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan
analisis kualitatif mengikut tema di samping turut menggunakan kaedah kajian arkib dan kajian
perpustakaan untuk memperoleh maklumat dan sumber kajian. Kajian akan menghasilkan satu
analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka dasar dan
polisi yang lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat kepada pengukuhan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik yang kompleks di Sabah.
Kata kunci: Perpaduan etnik, bahasa kebangsaan dan Persekutuan Malaysia.

86


Pengenalan
Pada 16 September 1963, Sabah secara rasminya diisytiharkan menyertai Persekutuan
Malaysia sekaligus menjadikan Sabah sebagai salah sebuah daripada 14 buah negeri di Malaysia
pada hari ini. Sabah atau dikenali dengan jolokan nama “negeri di bawah bayu” merupakan
sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai ragam dan warisan budaya etnik. Kerencaman
penduduk di negeri Sabah yang terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan sub
kumpulan etnik yang menggunakan hampir 50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek,
mempunyai agama serta amalan adat resam yang berbeza menjadikannya sebuah negeri yang
unik. Namun, walaupun keunikan tersebut merupakan warisan khazanah yang bernilai tetapi
dalam masa yang sama turut memberikan cabaran besar terhadap usaha untuk mewujudkan
perpaduan etnik di negeri Sabah.

Perbincangan
Perbincangan mengenai cabaran pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam memupuk
perpaduan etnik di Sabah antara tahun 1963 hingga 2000 akan dapat difahami secara menyeluruh
dengan menjelaskan terlebih dahulu tentang keadaan bahasa-bahasa etnik lain yang terdapat di
negeri tersebut sebelum pengisytiharan Persekutuan Malaysia. Sebenarnya, sebelum tahun 1963
terdapat pelbagai bahasa yang digunakan oleh setiap etnik di Sabah untuk tujuan bertutur atau
berkomunikasi. Antara bahasa-bahasa tersebut adalah seperti bahasa Dusun Lotud, Dusun
Rungus, Dusun Tambunan, Bajau Darat, Bajau Laut, Ilanun, Murut Tiulon, Murut Sumambuq,
Paitan dan Suluk. Sementara itu, memandangkan Sabah juga pernah ditadbir oleh pihak kolonial
British menyebabkan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara sama ada dalam
urusan pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh itu, hal ini bermakna bahawa tidak terdapat satu
bahasa utama yang sama digunakan oleh semua etnik untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Kemudian, pada 16 September 1963 pembentukan Persekutuan Malaysia bukan hanya
bermakna pembebasan beberapa buah negeri yang dijajah oleh kerajaan British tetapi adalah
untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu. Dengan kata lain, penyertaan Sabah dalam
Persekutuan Malaysia bukan sahaja membantu negeri tersebut mencapai kemerdekaan yang lebih
cepat tetapi juga membantu penduduknya untuk sama-sama menjadi satu bangsa yang bersatu
dan kuat. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan

87


pelbagai etnik di negeri tersebut. Antara usaha tersebut adalah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi yang sama iaitu bahasa Melayu.
Berkenaan dengan bahasa, sebagaimana dalam Perlembagaan Malaysia, peruntukan-
peruntukan khas berhubung negeri Sabah mengenai bahasa kebangsaan terkandung dalam
Perkara 161 Perlembagaan Malaysia. Antara isi kandungan dalam perkara tersebut menyatakan
bahawa apabila Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, jangka masa selama 10
tahun diberikan untuk menggunakan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmi. Selain itu, apa pun yang terkandung dalam Perkara 152 berhubung soal bahasa
kebangsaan, bahasa bumiputera yang digunakan di Sabah boleh digunakan dalam mahkamah-
mahkamah bumiputera atau untuk apa-apa kanun undang-undang dan adat istiadat bumiputera.
Berkenaan dengan bahasa-bahasa bumiputera, sebagaimana yang telah diperakukan oleh
Suruhanjaya Cobbold bahawa bahasa-bahasa tempatan yang digunakan dalam badan-badan
perundangan hendaklah terus digunakan untuk tempoh 10 tahun.
Dengan itu, jelaslah bahawa pelaksanaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai
platform perpaduan etnik di Sabah hingga tahun 1973 menghadapi cabaran besar dari aspek
perundangan. Hal ini kerana sebagai sebuah negeri yang baru mencapai kemerdekaan sudah
tentulah perpaduan masih dalam keadaan yang goyah tetapi penguatkuasaan secara perundangan
yang membolehkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa bumiputera secara langsung telah
mewujudkan persaingan kepada bahasa kebangsaan. Hal ini memberikan kesan negatif bukan
sahaja terhadap perkembangan bahasa kebangsaan tetapi juga menjejaskan peranannya sebagai
antara medium utama memupuk perpaduan etnik di Sabah.
Kemudian pada tahun 1967, berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah perkembangan
bahasa kebangsaan di Malaysia apabila kerajaan meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
yang telah dibentangkan dalam parlimen. Secara umumnya, penguatkuasaan Akta Bahasa
Kebangsaan pada 1 September 1967 menekan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
yang wajib digunakan secara meluas dalam semua urusan rasmi kerajaan, termasuk parlimen,
mahkamah, jabatan-jabatan kerajaan, sekolah dan universiti. Malah kelulusan bahasa
kebangsaan dalam sijil persekolahan turut menjadi syarat wajib untuk menjawat sesuatu jawatan
dalam perkhidmatan awam. Selain itu, nama-nama jalan dan papan iklan juga hendaklah
menggunakan bahasa kebangsaan.

88


Namun demikian, penguatkuasaan akta tersebut tidak merangkumi negeri Sabah
berikutan rakyat negeri tersebut telah menyatakan hasrat mereka terlebih dahulu tentang
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negeri tersebut yang
disampaikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold. Hal tersebut turut membolehkan, wakil-
wakil dari Sabah menggunakan bahasa Inggeris dalam Parlimen Persekutuan, mahkamah di
Sabah dan dalam rayuan mereka. Bahkan, bahasa Inggeris juga digunakan dalam Dewan Negeri
atau untuk tujuan rasmi yang lain. Menurut perenggan 28 dalam Perjanjian London seperti yang
terkandung dalam Peruntukan 161 Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa bahasa Inggeris
masih boleh dipakai sebagai bahasa rasmi negeri Sabah sehingga 10 tahun selepas pembentukan
Persekutuan Malaysia, atau sehingga Dewan Undangan Negeri itu sendiri menetapkan.
Peruntukan ini sekaligus menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Inggeris terjamin sehingga
bulan September 1973. Secara khususnya, bahasa Inggeris boleh digunakan seperti berikut,
(a) Dalam kedua-dua Majlis Parlimen oleh anggota-anggota dari Sabah atau Sarawak.
(b) Dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah negeri-negeri itu dan juga
dalam perbicaraan Mahkamah Agung yang mendengar rayuan atau rujukan daripada
Mahkamah Tinggi negeri-negeri itu dan
(c) Dalam Dewan Negara dan maksud rasmi, termasuklah maksud rasmi kerajaan
Persekutuan.
Walaupun tidak dapat dinafikan penguatkuasaan melalui perundangan mengenai
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa bumiputera di Sabah telah memberikan cabaran besar
terhadap usaha memupuk perpaduan etnik di Sabah melalui penggunaan bahasa kebangsaan
tetapi ia sebenarnya telah memberikan ruang kepada pelbagai etnik di Sabah mempelajari dan
bersedia untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal di
negeri tersebut. Perkara ini penting kerana kebolehan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertuturan dalam kalangan rakyat Sabah secara langsung membolehkan integrasi antara
etnik dapat dicapai dengan lebih cepat. Dengan kata lain, kebolehan pelbagai etnik di Sabah
dapat bertutur, berkomunikasi, berhubungan, berfikir dan bertindak dengan menggunakan satu
bahasa yang sama mewujudkan sikap saling memahami antara satu sama lain. Situasi tersebut
berupaya mengikis sikap negatif seperti prasangka buruk, prejudis dan diskriminasi sekaligus
mengelakkan konflik antara etnik berlaku.

89


Seterusnya, pada 16 September 1973 bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negeri Sabah dan menjadi bahasa pengantara dalam pelbagai
bidang di negeri tersebut. Sungguhpun agak terlewat tetapi menyedari akan kepentingan bahasa
kebangsaan sebagai medium yang dapat memupuk perpaduan antara etnik di Sabah, kerajaan
telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah pada 1 Januari 1977
melalui gabungan DBP dan Biro Kesusteraan Borneo. DBP cawangan Sabah ditubuhkan untuk
melaksanakan proses pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu supaya ia dapat
diperkukuhkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi mahupun bahasa ilmu di Sabah. Selain
itu, DBP juga berperanan sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menerbitkan bahan-
bahan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian. Pelbagai aktiviti dan program
berkaitan bahasa kebangsaan telah dilaksanakan oleh DBP termasuklah mengadakan kempen
iaitu Gerakan Cintai Bahasa Kita pada tahun 1987. Walaupun tidak dapat dinafikan DBP
berhadapan cabaran seperti ketidakyakinan penduduk Sabah menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi berbanding bahasa Inggeris tetapi secara
keseluruhannya DBP telah memberikan sumbangan besar kerana memperluaskan penggunaan
bahasa kebangsaan di Sabah.
Sementara itu, cabaran terhadap pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai alat untuk
memupuk perpaduan etnik di Sabah juga turut boleh ditinjau melalui bidang pendidikan. Hal ini
kerana pengajian sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun pengajian tinggi
bukan saja menjadi medan untuk menyampaikan ilmu dan mendapatkan pendidikan formal
bahasa Melayu tetapi juga merupakan tempat berlangsungnya pertemuan anak-anak berbilang
etnik. Peribahasa Melayu ada menyebut seperti berikut “melentur buluh biarlah dari rebungnya”
merupakan perumpamaan yang sesuai untuk mengambarkan bahawa perpaduan antara etnik
perlu dipupuk sejak dari kanak-kanak lagi iaitu bermula di peringkat prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dengan kurikulum yang sama. Justeru itu, penekanan terhadap pembelajaran
dan pengetahuan mengenai bahasa Melayu haruslah diterapkan sedari dari peringkat pendidikan
awal kanak-kanak lagi.
Sebenarnya, seiring dengan pengisytiharan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 corak
pendidikan di Sabah turut digubal menjurus kepada corak pendidikan kebangsaan iaitu berbahasa
pengantar bahasa Melayu. Hal ini kerana antara elemen utama dalam Dasar Pendidikan

90


Kebangsaan adalah sistem persekolahan yang sama bagi semua individu di Malaysia, bahasa
Melayu bertindak sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan, kurikulum
serta peperiksaan sekolah yang mempunyai kandungan silibus yang serupa dan bercorak
kebangsaan. Perkara ini juga jelas menunjukkan bahawa perpaduan rakyat menjadi aspek penting
dan teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Walau bagaimanapun, berkenaan Dasar
Pendidikan Kebangsaan tersebut Sabah sebenarnya secara beransur-ansur menerima pakai dasar-
dasar yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Oleh itu, antara tahun 1963 sehingga 1973
bahasa pengantar yang digunakan bagi sekolah-sekolah di Sabah adalah bahasa Inggeris dan
bahasa ibunda etnik. Berdasarkan itu, dapatlah dinyatakan bahawa dalam bidang pendidikan
bahasa kebangsaan turut menghadapi cabaran besar kerana penggunaan bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa bumiputera yang sudah tentu mendapat sambutan lebih baik dalam kalangan
penduduk di Sabah.
Kemudian, pada tahun 1973 Dewan Undangan Negeri Sabah meminda perlembagaannya
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri Sabah. Serentak itu, turut dilaksanakan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah di Sabah.
Manakala di peringkat sekolah menengah Melayu pula penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar telahpun dimulakan sejak tahun 1968. Selain itu, didapati juga bahawa
penukaran bahasa pengantar dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Sabah
juga sebenarnya telah dimulakan oleh sekolah Inggeris di peringkat darjah 1 pada tahun 1970.
Selaras dengan pelaksanaan tersebut, anak-anak tempatan di Sabah bukan sahaja berpeluang
mendapat pendidikan yang sama seperti di negeri-negeri lain tetapi juga turut menggalakkan
interaksi antara pelajar dari pelbagai latar belakang etnik. Keadaan tersebut secara langsung
berupaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai kerjasama dan semangat patriotisme
yang tinggi.
Selain itu, penekanan terhadap pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah menyebabkan semua buku teks yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
ditulis dalam bahasa Melayu dan berlatar belakangkan masyarakat nasional. Situasi ini berhasil
memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang latar belakang pelbagai etnik, menggelakkan
sikap seperti prasangka buruk, prejudis, diskriminasi dan etnosentrisme sekaligus memberi
kesedaran tentang pentingnya perpaduan untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni. Jelaslah

91


bahawa pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah,
menengah dan pengajian tinggi menjadi salah satu langkah paling berkesan bukan sahaja untuk
mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi juga sebagai bahasa
perpaduan di Sabah.
Sungguhpun jelas bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah
membuktikan keupayaannya menjadi antara medium utama memupuk perpaduan etnik di Sabah
tetapi masih terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Hal ini kerana sebagai sebuah negeri yang
mempunyai pelbagai etnik wujud kebimbangan dalam masyarakat Sabah terhadap pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal akan menyebabkan
bahasa-bahasa etnik bumiputera di negeri tersebut lenyap. Perkara ini telah memberi kesan buruk
terhadap penggunaan bahasa Melayu di negeri tersebut. Namun begitu, sebagaimana yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia perlu difahami dengan jelas bahawa tujuan
pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
bukanlah bermakna meminggirkan hak bagi bahasa-bahasa bumiputera lain di negeri Sabah.
Bahkan bahasa-bahasa etnik tetap terus boleh digunakan, dipelajari atau diajar tanpa larangan
kecuali bagi maksud rasmi. Tujuan utama kewujudan bahasa kebangsaan adalah untuk
membolehkan ia dijadikan sebagai bahasa perantara bagi berkomunikasi sekaligus
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.
Sementara itu, cabaran lain yang perlu dihadapi adalah berkenaan persaingan antara
bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Hal ini begitu ketara dalam sektor swasta yang
masih kekal menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama atau syarat utama untuk
memilih pekerja. Pendek kata, kelulusan bahasa Inggeris menjadi kayu pengukur kepada
kelayakan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta. Hal ini berterusan
kerana terdapat sesetengah pihak yang berpandangan bahawa dengan menguasai bahasa Inggeris
sahaja rakyat dan negara dapat berdaya saing serta mengikut arus kemajuan seperti bangsa-
bangsa maju yang lain. Namun, jika diteliti ternyata pandangan sedemikian sebenarnya
memperlihatkan ketidakyakinan dan kepercayaan pihak tertentu terhadap kemampuan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa yang mampu berhadapan dengan arus globalisasi khususnya dalam
bidang ekonomi, teknologi dan ilmu.

92


Selain itu, cabaran juga wujud akibat terdapat pandangan negatif yang mengandaikan
bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai kosa kata yang cukup untuk mengungkapkan pelbagai
keperluan. Anggapan sedemikian bukan sahaja meremehkan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tetapi juga telah mempengaruhi minda masyarakat
sehingga menyukarkan penggunaan bahasa Melayu secara meluas dalam pelbagai bidang.
Keadaan ini ditambah pula dengan kelewatan penguatkuasaan bahasa Melayu di Sabah yang
memberi kesan terhadap bahasa tersebut kerana terdapat golongan generasi lama di Sabah yang
masih mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Bahkan terdapat juga kalangan
penduduk Sabah yang lebih selesa menggunakan bahasa etnik masing-masing untuk bertutur
mahupun berkomunikasi. tersebut menyukarkan usaha integrasi melalui bahasa dalam kalangan
etnik di Sabah.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pelaksanaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menghadapi pelbagai cabaran tetapi seiring
dengan peredaran masa kini pelbagai etnik di Sabah sudah menerima bahasa tersebut dengan hati
terbuka. Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa hasil usaha berterusan daripada pelbagai
pihak terutamanya pihak kerajaan telah berjaya merealisasikan hasrat untuk menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai alat untuk menyatukan pelbagai etnik di Sabah. Pada hari ini, walaupun
terdapat pelbagai bahasa berbeza antara etnik tetapi ia bukanlah penghalang untuk membentuk
perpaduan dalam kalangan penduduk di Sabah. Malahan ia menjadi salah satu keunikan dan
warisan yang tidak ternilai harganya bagi penduduk Sabah. pengorbanan dan kerjasama daripada
pelbagai etnik di Sabah telah berjaya mewujudkan perpaduan nasional di negeri tersebut.

Rujukan
Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM Sebagai Pembina Bahasa,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

93


Asraf Abdul Wahab, Awang Sariyan, Farid Onn dan Firdaus Abdullah,. 2007. “Penyatuan
Bahasa Melayu Se-nusantara”, dalam Abdullah Hassan (penyusun), Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu I-IV (1952-2002), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Fasold, R.W. 1987. The Sociolinguistics of Society: The Introduction to Sociolinguistics, Volume
1, London: Basil Balckwell.

Keranda 152: Bahasa Kita, Air Mata & Maruah Kita. 2002. Kuala Lumpur: Persatuan
Linguistik Malaysia.

Malaysia. 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), Jabatan Peguam Negara, Kuala


Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan.

Mat Zin Mat Kib, “Kumpulan Etnik di Sabah: Sejarah dan Perkembangan” dalam Warisan Seni
Etnik Sabah, (2005) Ismail Haji Ibrahim dan Jane Wong Kon Ling (editor), Kota
Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohamed Noordin Sopiee. 2005. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unification in the Malaysia Region 1945-1965, (2nd Edition), Kuala Lumpur: University
Malaya Press.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia-Indonesia, Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Noriah Mohammed. 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

Ramlah Adam. 2009. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

R.S. Milne dan Diane K. Mauzy. 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2004. “Bahasa Melayu dan Pendidikan: Satu Paparan Awal”, dalam
Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Mohd. Sarim Hj Mustajab dan
Anantha Raman (editor), Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia:Teori dan Analisis, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Hussien Alatas. 1981. ``Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” dalam Di Sekitar
Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

94


Tun Mohamed Suffian bin Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Oje @ Ozea. 2003. “Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak,” dalam Hamzah Hamdani
dan Assmah Haji Osman (Penyelenggara), Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak,
Jawatankuasa Penyelenggara Seminar Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak (2002),
Kuching: Pencetakan Nasional Malaysia Berhad.

Zulkifli Osman. 2004. “Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembinaan Nasion Kebangsaan: Kes
Negeri Sabah”, dalam Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Mohd. Sarim
Hj Mustajab dan Anantha Raman (editor), Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia
Sabah.

95


Transformasi Budaya dan Pembangunan Perdamaian yang
Berkelanjutan di Aceh

Afrizal Tjoetra
Jurusan Sosiologi, FISIP Universitas Teuku Umar (UTU), Meulaboh – Aceh Barat, Indonesia
E-mel: atjoetra@gmail.com

Abstrak
Pasca bencana tsunami dan perjanjian damai perubahan sosial terus berlanjut di Aceh. Termasuk
penyertaan awam yang meningkat untuk mewujudkan tadbir urus pemerintahan yang baik dan
bersih di Aceh. Ini berlaku dalam proses membentuk undang-undang dengan penglibatan
pelbagai komponen dalam pembahasannya, baik di Aceh mahupun di Jakarta. Penyertaan awam
juga dijamin beberapa peraturan, termasuk Undang-undang tentang Pembentukan Peraturan
Perundang-undangan, Undang-undang tentang Perencanaan Pembangunan Nasional, Undang-
undang tentang Pemerintahan Aceh serta Undang-undang tentang Keterbukaan Informasi Publik.
Makalah ini ingin mengetahui bagaimana keberkesanan penyertaan awam boleh dilaksanakan di
Aceh untuk pembangunan perdamaian yang berkelanjutan.Penyelidikan dijalankan dengan
menggunakan kaedah kualitatif untuk mengalisis data primer dan sekunder. Kumpulan data
dianalisis mengikut kerangka teoritikal dan pemboleh ubah yang dibentuk menerusi kajian
dokumen dan perbincangan dengan sumber terpilih, seperti birokrat, akademis, dan aktivis
Organisasi Masyarakat Sipil.
Kata kunci: Perubahan sosial, penyertaan awam, pembangunan perdamaian, dasar awam.

Pengenalan
Selepas tsunami dan perjanjian damai antara GAM dan Pemerintah Republik Indonesia,
rakyat Aceh terus berusaha menuju arah yang lebih baik. Ini adalah sebahagian daripada proses
perubahan sosial. Tjoetra (2017) menghuraikan bahawa pindaan sekurang-kurangnya boleh
dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian. Pertama, berkaitan dengan akses terbuka, dari kawasan
tertutup semasa konflik ke kawasan terbuka pascabencana dan perjanjian damai antara GAM dan
Pemerintah Republik Indonesia. Kedua, penegakan Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2006

96


tentang Pemerintahan Aceh (UU PA) pada 1 Ogost 2006. Selain mengatur pembagian kekuasaan
dan kekhususan lainnya, UU juga memastikan penyertaan awam (masyarakat / warga) dalam
perencanaan pembangunan, pendidikan, kesihatan, ekonomi, penguatan masyarakat dan sosial.
Tambahan pula, pada 30 April 2008, Pemerintah Republik Indonesia dan Dewan
Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) menubuhkan Undang-Undang Nomor 14
Tahun 2008 tentang Keterbukaan Informasi Publik (UU KIP). Undang-undang ini memberikan
jaminan mengenai hak untuk maklumat umum. Hak untuk maklumat menjadi sangat penting
untuk memastikan akauntabiliti negara. Di samping itu, UU ini mempunyai matlamat untuk
memastikan hak rakyat mengetahui rancangan dasar awam, program, dan proses membuat
keputusan awam, serta sebab-sebab membuat keputusan awam, menggalakkan penyertaan awam
dalam proses membuat dasar awam, dan meningkatkan peranan aktif komuniti dalam membuat
dasar awam dan pengurusan Badan Publik yang baik.
Berdasar UU KIP diketahui bahawa Badan Publik dimaksud iaitu lembaga eksekutif,
legislatif, yudikatif, dan badan lain yang fungsi dan tugas pokoknya berkaitan dengan
penyelenggaraan negara, yang sebagian atau seluruh dananya bersumber dari Anggarana
Pendapatan dan Negara (APBN) dan/atau Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah, atau
pertubuhan bukan kerajaan sepanjang sebagian atau seluruh dananya bersumber dari APBN
dan/atau APBD, sumbangan masyarakat, dan/atau luar negara.
Walau bagaimanapun, berdasar Evaluasi Badan Publik oleh Komisi Informasi Aceh
sehingga akhir 2015, masih diketahui Badan Publik di Aceh belum semua mematuhi ketentuan
UU KIP sesuai dengan peraturan yang berlaku. Persoalannya, apakah jaminan penyertaan awam
sudah berkesan dan selaras dengan jangkaan awam? Memandangkan pelaburan yang terletak
tidak hanya dijamin untuk melaksanakan dasar, tetapi memerlukan sokongan program,
belanjawan, serta pembinaan kapasiti sumber manusia, sama ada yang aktif dalam pertubuhan
dan secara individu.
Penyertaan awam dalam pembentukan undang-undang berlaku pasca orde baru runtuh di
Indonesia, termasuk di Aceh. Kertas ini, untuk menggambarkan penglibatan orang awam dalam
pembentukan kebijakan (Qanun Aceh dan Kabupaten/Kota) dan program-program untuk
mendorong bentuk tadbir urus yang baik dan bersih di Aceh.

97


Konsep Transformasi, Penyertaan awam dan Pembangunan Perdamaian
Acuan konsep dalam kajian ini menerusi tiga bahagian iaitu transformasi konflik,
penyertaan awam, dan pembangunan perdamaian, dengan huraian sebagai berikut:
i) Transformasi konflik
Konsep transformasi konflik ditafsirkan sebagai usaha untuk mengurangkan keganasan
dan meningkatkan keadilan. Menurut John Paul Lederach (2003) transformasi konflik ditafsirkan
sebagai peluang untuk bertindak balas terhadap kejatuhan dan aliran konflik sosial guna
merealisasikan proses perubahan konstruktif dengan mempromosikan keadilan dalam interaksi
langsung dan struktur sosial, dan menanggapi masalah kehidupan dalam masyarakat.
Lederach (1997) menyebutkan dua konsep kunci yang harus ada untuk membina perdamaian,
pertama transformasi dan kedua berkelanjutan (sustainability). Transformasi dimaksudkan
perubahan dari satu keadaan kepada keadaan lainnya. Dalam perkembangan konflik,
transformasi bermakna sebagai gerakan konflik dari peringkat laten menjadi peringkat
konfrontasi, kemudian menuju peringkat perundingan dan berubah kepada konflik yang dinamis
dan akhirnya mencapai hubungan yang damai. Sementara berkelanjutnan menunjukkan perhatian
yang diberikan bukan sahaja untuk menghasilkan satu gerakan, tetapi juga menciptakan sebuah
proses yang proaktif yang dapat secara automatik membangunkan suasana damai sepanjang
masa di tempat keadaan keganasan.
Seterusnya, Lederach (1997) menyebutkan bahawa transformasi konflik merupakan
langkah penting yang berjalan di luar penyelesaian konflik (conflict resolution). Inti pati
daripada transformasi konflik merujuk kepada perubahan yang boleh dipahami dua cara utama--
secara deskriptif (descriptively) dan secara preskriptif (prescriptively)—menerusi empat dimensi
iaitu dimensi peribadi, hubungan, struktur dan budaya.
Kamarulzaman Askandar (2008) sebagaimana dipetik Tjoetra (2017) menghuraikan bahawa
perdamaian adalah satu proses. Ianya bukan hanya merupakan matlamat akhir yang ingin dicapai
tetapi juga peta perjalanan yang memberikan tunjuk arah kepada perjalanan perdamaian. Berjaya
atau tidak usaha mencapai perdamaian sebenarnya, akan bergantung kepada bagaimana peta
dilukiskan dan perjalanan dilalui.
Tambahan pula, Eko dan Tjoetra (2012) menggariskan bahawa perdamaian positif
sebagai keadilan, kehidupan yang lebih seimbang, kehadiran partisipasi warga dalam pentadbiran

98


negara. Perdamaian dalam pengertian ini difahami sebagai corak kerjasama untuk penyelesaian
konflik, menghormati keadilan, pemenuhan keperluan dasar, penghargaan terhadap hak asasi
manusia serta menghargai kemanusiaan tanpa prasangka dan diskriminasi.
Menerusi makalah ini, perbincangan hanya dilakukan untuk dimensi budaya. Ini menjadi
perhatian kerana perubahan budaya memberikan sokongan untuk interaksi antar masyarakat yang
lebih baik serta relasi dengan pennganjur kerajaan untuk perkhidmatan awam yang lebih baik.
ii) Penyertaan awam
Giddens (1986) menyatakan bahawa secara umum terdapat dua konsep yang menjelaskan
tentang penyertaan awam. Pertama, penyertaan awam hanya dilakukan untuk pengundian raya.
Seterusnya, pembentukan dasar awam sepenuhnya terserah kepada negara. Pandangan ini
berdasarkan pemikiran Durkhemian tentang pembahagian buruh dan peranan kerajaan sebagai
entiti yang berdiri di atas masyarakat dalam tradisi Weberian. Kedua, walaupun rakyat telah
memberikan mandatnya kepada negara, namun masih memiliki hak untuk terlibat dalam
pembentukan dasar yang akan dihasilkan oleh negara.
Seterusnya, Marlon A. Wui dan MA. Glenda S. Lopez (1997) berpendapat bahawa secara
umum peranan masyarakat dalam pembentukan dasar boleh dilakukan dalam dua cara: pertama,
negara memastikan adanya ruang penyertaan luas untuk masyarakat dalam proses penubuhan
dasar. Kedua, negara bekerja dengan masyarakat dalam proses keseluruhan penubuhan dasar.
Orang awam yang akan terlibat dalam agenda penyertaan boleh difahami untuk
mempercepatkan dua pendekatan, iaitu luas dan intensif. Pendekatan yang luas melibatkan
sejumlah besar orang awam, tetapi memberikan peluang yang saksama untuk sumbangan
individu. Walaupun pendekatan yang intensif, orang ramai kurang terlibat, kerana ia memasuki
satu kumpulan tertentu, tetapi memberikan peluang yang luas untuk masa dan ruang (Graham
dan Philips, 1998).
Berdasarkan Graham dan Philips (1998) bahawa penglibatan awam memerlukan sumber-
sumber yang terdiri daripada:
1) Perubahan tingkah laku dan institusi kerajaan. Institusi-institusi pemerintahan
tradisional dengan peringkat organisasi yang panjang, penggubalan dasar berdasarkan tingkat
hierarki otoritas, penutupan, monopoli maklumat, adalah halangan utama untuk penglibatan
ekuitas yang memerlukan keterbukaan, fleksibilitas, responsif dan tanggung jawab.

99


2) Meningkatkan keupayaan institusi atau organisasi awam. Peningkatan ini juga perlu
disokong oleh kerajaan, terutamanya dalam peruntukan program atau bajet.
3) Kemudahan awam untuk mendapatkan maklumat. Ini didorong oleh hakikat bahawa
sering isu atau kes yang dibangkitkan oleh orang ramai tidak disertai dengan data yang tepat,
terutama yang berkaitan dengan dasar atau program kerajaan, supaya faktor emosi lebih
terkawal.
Berdasarkan penerangan di atas, difahami bahawa penyertaan awam adalah aktiviti
yang dijalankan oleh orang awam untuk mempengaruhi proses penubuhan dasar termasuk
perundang-undangan. Proses ini adalah penting untuk memastikan bahawa setiap dasar yang
diarahkan bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat tertentu, tetapi juga memberi kesan
positif kepada orang lain. Proses ini boleh memudahkan penetapan agenda, perumusan dan
pelaksanaan dasar. Khas Aceh, penyertaan awam yang berlaku banyak memperoleh sokongan
dari Organisasi Masyarakat Sipil (OMS).
iii) Pembangunan perdamaian
Pembangunan perdamaian ditafsirkan sebagai usaha transformasi konflik. Transformasi
menggambarkan peta jalan dan agenda pembangunan, jangka pendek mahupun jangka panjang.
Untuk itu, Lederach (1997) memberikan sejumlah inspirasi bagi penulisan ini menerusi peta
jalan dan piramidanya. Pertama, Lederach menyampaikan kritik pada teori dan praktis
pembangunan perdamaian yang terlalu mengutamakan agenda jangka pendek, yang terpisah dari
jangkauan perubahan sosial yang diperlukan untuk melanjutkan pencapaian pembangunan makro
politik.
Kedua, peringkat piramida sebenarnya tidak bermakna hierarkhi, tetapi setiap aktor dan
aktiviti saling bergantung di semua peringkat. Walau bagaimanapun, akar umbi (grass roots)
sebaiknya memperoleh perhatian lebih, kerana peringkat ini mempunyai bilangan orang yang
paling banyak serta paling terjejas oleh konflik dan yang paling menikmati kesan kedamaian.
Dari sisi konflik, peringkat yang lebih rendah adalah lapisan dengan banyak simpati konflik
nyata: ketidakamanan sosial, ekonomi dan diskriminasi politik dan pencabulan hak asasi
manusia.
Berdasarkan kepada Eko dan Tjoetra (2012), pembangunan perdamaian dalaman
menjadi penting, utamanya dalam 2 (dua) perkara, yakni pertama, mereka mengungkapkan

100


kritikan terhadap pendekatan “patologi antarabangsa” dari luar yang dijalankan oleh komuniti
antarabangsa dalam pembinaan perdamaian. Pengenaan penting tetapi tidak mencukupi, bahkan
kerap tidak memadai. Pendekatan ini melemahkan pemilikan tempatan (local ownership) kerana
ia tidak peka terhadap konteks setempat.
Kedua, perlunya pembangunan perdamaian berasaskan tempatan atau berasaskan
masyarakat tempatan yang mengutamakan pembebasan aktor-aktor lokal. Ia merujuk pada Bush
(2004) yang menegaskan bahawa sebuah cabaran membina kembali masyarakat pasca konflik
adalah menumbuhkan dan menciptakan ruang politik, ekonomi dan sosial di dalam masyarakat
di mana aktor-aktor asli-lokal dapat mengidentifikasi, mengembangkan dan mengoptimalkan
sumber daya penting untuk membina masyarakat yang damai dan sejahtera.

Penyertaan Awam dalam Perubahan Sosial


Proses penubuhan UU PA merupakan kisah kejayaan penyertaan awam untuk kontek
Aceh, terutama dalam hal mempengaruhi proses penubuhan undang-undang. Merujuk Tim
Salemba Tengah (2007) dihuraikan bahawa pelbagai komponen aktif dalam perancangan dan
pembahasan UU PA, termasuk komponen OMS yang memperoleh ruang interaksi, duduk sejajar
dengan pemerintah daerah dan DPR di satu sisi, dan GAM di sisi lain, untuk membahas masa
hadapan Aceh.
Kemudian, bagaimana tahap penyertaan awam di Aceh pasca pengesahan UUPA?
Berdasar Yusran (Timbalan Ketua Komisi Informasi Aceh – KIA, 2017) bahawa penyertaan
awam era penubuhan UU PA berlangsung sangat aktif. Namun, saat ini sudah berkurang,
terutama untuk penubuhan dasar di Aceh. Walau bagaimanapun, menurut Yusran, Pemerintah
Aceh sentiasa berusaha untuk membuka ruang bagi penyertaan awam dalam pembentukan
Qanun termasuk program pembangunan menerusi pelbagai kemudahan, seperti perbincangan dan
seminar mahupun agenda rasmi.
Menurut Hendra Saputra (2017) kekurangan penyertaan awam akibat agenda kerja dan
peranan OMS di Aceh dalam penubuhan dasar juga mulai menurun. Seharusnya, penyertaan
awam dalam penubuhan dasar dan pembangunan perdamaian tetap berlangsung sehingga
permasalahan masyarakat boleh disampaikan pada pembuat polisi untuk memperoleh sokongan
menerusi penubuhan peraturan, program dan anggarannya.

101


Namun, sejak Pemerintahan Aceh melaksanakan UU KIP keadaan penyertaan awam
mulai aktif kembali. Ini boleh dilihat dalam Keputusan Gubernur Aceh Nomor 480/335/2012
tentang Penetapan Pejabat Pengelola Informasi dan Dokumentasi di Lingkungan Pemerintah
Aceh dan Peraturan Gubernur Aceh Nomor 39 Tahun 2012 tentang Pedoman Pengelolaan
Informasi dan Dokumentasi di Lingkungan Pemerintah Aceh serta Keputusan Gubernur Aceh
Nomor 555/389/2012 tentang Penetapan Anggota Komisi Informasi Aceh Periode 2012-2016.
Ini selaras dengan Irsadi Aristora (2017), akademik Universitas Teuku Umar yang
menyampaikan bahawa menerusi pelaksanaan UU KIP penyertaan awam semakin baik di Aceh.
Penyertaan awam ini berlaku apabila reka bentuk dasar, perbincangan dan pelaksanaan. Usaha
ini memberi sokongan terhadap keberlanjutan perdamaian di Aceh.
Apalagi, sebagaimana akhbar kompas.com (2015) bahawa Pejabat Pengelola Informasi
dan Dokumentasi (PPID) Utama Aceh meraih penghargaan pertama ditingkat nasional untuk
kategori Provinsi. PPID ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan maklumat yang
berkenaan sebagaimana ketentuan perundang-undangan. Hanya saja, capaian ini belum diikuti
dengan transformasi budaya pelaksana di Badan Publik, baik peringkat provinsi maupun
kabupaten/kota. Hal ini dikuatkan dengan meningkatnya jumlah pertikaian maklumat publik
yang ditangani oleh Komisi Informasi Aceh (KIA).
Oleh itu, pelaksanaan keterbukaan maklumat awam di Aceh masih memerlukan upaya
serius dari Pemerintah Aceh dan KIA agar Badan Publik boleh memberikan perkhidmatan yang
mudah, murah, dan cepat pada pengguna maklumat publik.

Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, difahamkan bahawa penyertaan awam di Aceh mengalami
dinamika pasang surut menerusi sokongan pelbagai komponen, termasuk Pemerintah Aceh dan
OMS di Aceh. Penurunan penyertaan awam bukan ketiadaan jaminan hukum, tapi disebabkan
kurangnya transformasi budaya dalam proses pembangunan perdamaian.
Penyertaan awam adalah bahagian penting daripada transformasi budaya di Aceh pasca
perjanjian damai. Hanya saja ia tak berlaku berterusan dan sebahagian besarnya ditentukan oleh
pelbagai agenda masyarakat dan OMS.

102


Malah, berdasarkan konsep transformasi konflik dan penyertaan awam, ia difahami
memberi sokongan untuk perdamaian yang berkelanjutan. Terutama kerana masyarakat Aceh
mempunyai pengalaman gemilang dalam penubuhan dasar dan pembangunan. Ia diperkuat lagi
bahawa pembangunan perdamaian dengan budaya tenpatan akan memastikan perdamaian
berkekalan sebagaimana yang diterangkan di atas.
Oleh itu, diharapkan agar Pemerintah Aceh boleh membentuk dasar (Qanun Aceh)
yang mengatur Badan Publik untuk menyediakan maklumat yang terbuka, mendorong
pemerintahan yang baik, bersih dan terbuka serta mendukung optimalisasi peranan KIA.
Pemerintah Aceh (menerusi PPID Utama Aceh) sangat diharapkan lebih aktif menyediakan
maklumat awam dengan akses mudah, murah dan tepat, terutama menyangkut pelbagai dasar
yang hendak dibentuk mahupun pelaksanaan program pemerintah yang mendukung
keberlanjutan perdamaian di Aceh.
Disamping itu, Pemerintah Aceh diharapkan mendukung peningkatan kapasitas
asosiasi atau organisasi publik di Aceh menerusi dukungan program, anggaran dan peningkatan
kapasitas sumber daya manusia agar keberkesanan awam dalam penubuhan dasar boleh berlaku.
Sekiranya dikaitkan dengan pembangunan perdamaian di Aceh, penyertaan awam
boleh dimaknai sebagai sarana transformasi budaya bagi keberlanjutan perdamaian. Harapannya
agar proses rekonsiliasi boleh wujud menerusi pendekatan yang komprehensif, melingkupi
penguatan kohesi sosial, ekonomi, pendidikan, kesehatan, psikologi sosial dan spiritual.

Pengiktirafan
Saya mengesahkan bahawa penyelidikan ini dilakukan dengan sokongan dari Universitas Teuku
Umar dan Komisi Informasi Aceh serta merupakan bahagian dari tulisan yang disampaikan
menerusi pelbagai perbincangan untuk memperkuat penyertaan awam di Aceh pasca perjanjian
damai.

103


Rujukan
Afrizal (2003). Partisipasi Publik dalam Penyusunan Undang-undang: Studi Kasus RUU
Yayasan dan RUU Penyiaran, Jakarta: Universitas Indonesia.

Antoft, Kell dan Jack Novack (1998). Grassroots Democracy: Local Government in the
Maritimes. Henson College, Delhousie, Nova Scotia.

Askandar, Kamarulzaman (2008) Perdamaian: Yang Berikhtiar, Yang Menentang Kronik


Perundingan GAM-RI di Helsinki. Banda Aceh: Acehnese Civil Society Taskforce.

Bush, Kenneth (2004) Commodification, Compartmentalization, and Tenterazation of


Peacebuilding (in Building Sustainable Peace), The Univerisity of Alberta Press,
Canada.

Burns, Dany, Robin Hambleton dan Paul Hoget (1994). The Politics of Decentralisation:
Revitalising Local Democracy. The MacMillan Press Ltd, London.

Eko, Sutoro dan Afrizal Tjoetra (2012). Membangun Perdamaian Aceh: Pelajaran dan
Sumbangan Organisasi Masyarakat Sipil menerusi TERAPAN. Banda Aceh: Aceh
Development Fund (ADF).

Giddens, Anthony (1986). Kapitalisme dan Teori Sosial Modern: Suatu Analisis Karya Tulis
Marx, Durkheim dan Weber. Jakarta: UI Press.

Graham, Katherine A. and Susan D. Philips, (eds) (1998). Citizen Engagment: Lesson In
Participation From Local Government. The Institute of Publik Administration on Canada,
Toronto, Ontario, Canada.

Komisi Informasi Aceh (2015). Laporan Evaluasi Badan Publik Tahun 2015. Banda Aceh :
Komisi Informasi Aceh.

Kompas.com (2015). Daerah dengan Keterbukaan Informasi Publik Terbaik.


http://nasional.kompas.com/read/2015/12/15/13452021/Ini.10

Lederach, John Paul (1997). Building Peace: sustainable reconciliation in divided societies.
Washington, D.C: United States Institutes of Peace Press.

Tim Salemba Tengah (2007). Mengawal Demokrasi: Pengalaman Jaringan Demokrasi Aceh
dan RUUPA. Jakarta: Yappika.

Tjoetra, Afrizal (2014). Partisipasi Publik dan Pembangunan Perdamaian di Aceh Paska MoU
Helsinki. Dimensi; Jurnal Sosiologi, Volume 6, Nomor 1, Univertas Trunojoyo.

Tjoetra, Afrizal (2017). Transformasi Organisasi Masyarakat Sivil dan Kelestarian Perdamaian
di Aceh, Indonesia. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang – Malaysia.
104


Wui, Marlon A., MA. Glenda S. Lopez (eds). State-Civil Society Relations in Policy-Making.
Philippine Democracy Agenda, Volume 2, The Third World Studies Center, 1997, hal. 37.

Undang-undang Nomor 11 Tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh.

Undang-undang Nomor 14 Tahun 2008 tentang Keterbukaan Informasi Publik.

105


Bentuk Komuniti Rukun Tetangga (RT) Hulu Langat Selangor

Mohd Syariefudin Abdullaha*, Mansor Mohd Noor a


a
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor
E-mel: syariefudin@fsk.upsi.edu.my

Abstrak
Melalui proses modenisasi masyarakat berubah dari masyarakat tradisi kepada masyarakat
moden. Antara ciri penting masyarakat tradisi ini adalah mempunyai hubungan yang rapat dalam
kalangan ahlinya dan saling kenal mengenali berbeza dengan masyarakat moden yang dikatakan
lebih individualistik. Keadaan ini ada kaitan dengan proses modenisasi yang berlaku dalam
masyarakat hingga mewujudkan pelbagai bentuk komuniti. Komuniti bergerak dari komuniti
tradisi yang ada di desa kepada komuniti berbentuk moden yang ada di bandar. Melalui
modenisasi juga telah mewujudkan komuniti bentuk lain seperti komuniti bentuk industri. Selain
itu, komuniti maya juga adalah kesan langsung kepada kewujudan teknologi internet. Kertas
kerja yang dikemukakan ini akan cuba mengetengahkan beberapa bentuk komuniti yang wujud
di kawasan kejiranan daerah Hulu Langat kini. Antara bentuk komuniti yang dibincangkan
adalah komuniti desa, bandar, industri, maya dan juga transisi. Terdapat tujuh zon dalam daerah
Hulu Langat yang merangkumi Pandan, Kajang, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Dusun Tua,
Balakong dan Ampang. Menurut bancian statistik tahun 2010 menunjukkan jumlah penduduk di
daerah Hulu Langat adalah seramai 1,156.6 juta orang yang mana terdiri daripada etnik Melayu
(58%), diikuti etnik Cina (31%) dan India (7%) serta lain-lain etnik (4%). Dalam perkara ini,
sebanyak 600 set soal selidik telah dianalisis yang terdiri daripada ahli RT di daerah Hulu Langat
mewakili etnik Melayu (62 peratus), Cina (24 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain(2
peratus). Namun begitu, hanya 588 responden sahaja dianalisis yang merujuk kepada tiga etnik
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Dapatan kajian ini akan membincangkan bentuk komuniti di
kawasan Daerah Hulu Langat.
Kata kunci: Komuniti, kejiranan, Rukun Tetangga.

106


Pengenalan
Bentuk komuniti merupakan satu bentuk kajian yang julung-julung sekali dilakukan.
Perubahan masyarakat Malaysia melalui modenisasi telah mengubah masyarakat daripada
masyarakat desa kepada masyarakat bandar. Jika diperhatikan elemen masyarakat bandar
merupakan elemen penting pembentukan masyarakat kini. Namun begitu, keterikatan kepada
elemen desa masih belum luntur. Kajian ini dijalankan cuba untuk membuktikan secara
empirikal tentang kewujudan komuniti dan bentuknya. Penyelidik telah mengambil inisiatif
untuk melakukan kajian ini di kawasan kejiranan Rukun Tetangga (RT) Daerah Hulu Langat
dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Di Malaysia,
komuniti kejiranan terdiri daripada kawasan yang pelbagai etnik terutama di kawasan-kawasan
bandar (urban dan inner city) dan pinggir bandar (suburb). Kawasan kejiranan sebegini ditandai
dengan pemisahan dan perbezaan sosial yang rencam daripada aspek budaya, agama, bahasa dan
latar belakang. Dalam usaha untuk mengintegrasikan masyarakat yang terpisah ini adalah
penting untuk kita memahami bentuk-bentuk komuniti yang ada dalam masyarakat.

Konseptual Kajian
i) Konsep komuniti
Konsep komuniti dan masyarakat sering dibahaskan dan dibincangkan sama ada di
peringkat nasional mahupun global. Dari segi definisi masyarakat umum sering melihat ke dua-
duanya adalah sama tetapi bagi sosiologis, mereka melihat masyarakat dan komuniti dalam
definisi yang berbeza. Secara konsepnya masyarakat adalah dirujuk kepada konsep ‘society’
bertujuan untuk menerangkan kewujudan manusia. Secara jelasnya konsep masyarakat adalah
digunakan untuk menerangkan kelompok atau komuniti manusia yang tinggal bersama. Dalam
kewujudan masyarakat ia melibatkan manusia yang berinteraksi dan seterusnya membentuk
budaya tertentu masyarakat yang boleh dicirikan dan berbeza antara satu masyarakat dengan
masyarakat lain.
Perkataan masyarakat adalah dari perkataan society yang berasal dari bahasa Latin iaitu
societas yang bererti ‘perhubungan baik dengan orang lain’. Perkataan societas pula dikeluarkan
daripada perkataan socius yang bererti ‘teman’ atau ‘kawan’. Justeru secara terus makna
masyarakat ini adalah berkaitan dengan sosial yang melibatkan aspek perhubungan. Iaitu

107


perhubungan manusia dengan manusia lain. Konsep masyarakat ini adalah merujuk kepada
sekumpulan manusia yang hidup dalam kelompok manusia tertentu dan berkongsi budaya dan
peraturan yang sama. Justeru satu-satu masyarakat dari segi cirinya adalah:
• Tinggal di kawasan yang sama;
• Berinteraksi antara satu sama lain;
• Budaya yang distingtif;
• Adanya peraturan dan undang-undang yang dipatuhi.
Dalam aspek yang lebih besar konsep masyarakat ini melibatkan matlamat dan
kepentingan yang sama dalam sesebuah masyarakat. Dalam sesetengah keadaan ia
menggambarkan rakyat mewakili sesebuah negara bangsa. Dalam konteks kita Malaysia adalah
matlamat negara bangsa Malaysia.
Sementara konsep komuniti adalah merujuk kepada kelompok-kelompok kecil
masyarakat yang berada dalam satu-satu kawasan tertentu. Jika merujuk kepada epistemologi
makna perkataan ‘Komuniti’ adalah berasal dari bahasa Perancis kuno dipanggil ‘communité’
yang asalnya dari bahasa Latin dipanggil ‘communitas’ (cum, "dengan/bersama" + munus,
"pemberian"). Bagi masyarakat luar negara seperti Eropah konsep komuniti memberi makna
kepada persahabatan dan persatuan-persatuan masyarakat yang mengarah kepada perkhidmatan
dalam komuniti. Secara umum komuniti mempunyai dua keadaan yang berbeza iaitu komuniti
yang merujuk kepada perkongsian nilai-nilai yang sama dari sekecil-kecil unit seperti kampung
kepada sebesar-besar unit seperti negara. Justeru dalam komuniti itu sendiri adanya konsep
komuniti nasional dan komuniti antarabangsa. Dari segi ciri-ciri komuniti secara umum dapat
dipecahkan sebagaimana berikut:
• Terdiri dari sekelompok manusia;
• Ahli dalam komuniti berinteraksi dalam kumpulan yang sama;
• Menjalankan aktiviti yang khusus dan saling berkaitan;
• Aktiviti adalah disusun berasaskan kepada kebudayaan dan sistem sosial;
• Setiap anggota dalam masyarakat menganggap dirinya sebahagian dari komuniti;
dan
• Ahli yang ada adalah bersatu padu dan bertindak mengikut sistem sosial yang
terbentuk dan dipersetujui.

108


Selain itu, komuniti juga merujuk kepada aspek biologi di mana unit-unit sosial
berinteraksi, hidup bersama dan berkembang. Justeru, komuniti adalah kelompok manusia yang
dirujuk membantu antara satu sama lain. Untuk memudahkan dalam memberi makna kepada
penyusunan komuniti dalam masyarakat seperti di Malaysia sesebuah komuniti adalah dirujuk
kepada pentadbiran yang dapat dilihat dari segi pentadbirannya adalah di bawah kerajaan
tempatan yang dipanggil Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran.
ii) Komuniti dan perubahan
Konsep komuniti telah mengalami perubahan dan banyak telah dibincangkan oleh para
sarjana berkaitan komuniti seperti Emile Durkheim, Ibn Khaldun, Robert Redfield, Ferdinand
Tonnies dan lain-lain lagi hingga kepada wujudnya komuniti maya yang ada sekarang
disebabkan oleh perkembangan dalam teknologi dan internet. Ibn Khaldun (1332-1406) telah
mengemukakan konsep asabiah (perasaan kekitaan) sebagai asas pembinaan komuniti iaitu
berkaitan dengan uniti atau perpaduan hingga kepada proses pembinaan tamadun (Ibn Khaldun,
2002). Emile Durkheim merujuk kepada perubahan komuniti dengan merujuk kepada konsep
mechanical solidarity dan organic solidarity. Kemudian Tonnies pula membawa konsep
gemeinschaft dan gesellschaft iaitu juga merujuk kepada perubahan masyarakat. Robert Redfield
pula mengemukakan konsep suburb, inner city dan outer city. Jika diperhatikan kesemua konsep
yang dibincangkan tidak lari daripada melihat perubahan masyarakat dan komuniti dari desa ke
bandar. Justeru asas yang diguna pakai oleh para sarjana terdahulu adalah berasaskan lokaliti di
mana faKtor geografi memainkan peranan yang penting dalam pembentukan komuniti dan
melihat jiran sebagai paksi kepada pembinaan komuniti.
Namun begitu, melalui perkembangan teknologi dan proses perbandaran yang berlaku
menyebabkan komuniti berubah dan tidak berasaskan kepada aspek lokasi semata-mata tetapi
telah merentas persempadanan geografi. Menurut Phil Bartle komuniti yang ada pada hari ini
telah mempunyai ciri-ciri merentas sempadan geografi dan boleh dikatakan tidak ada sempadan
geografi, mungkin tiada ketulenan, berkembang secara semula jadi dan tidak dirancang, berlaku
di bandar-bandar dan berlaku juga di internet.
iii) Bentuk-bentuk komuniti
Bentuk-bentuk komuniti yang terbentuk adalah dipengaruhi oleh zaman di mana zaman
berbeza akan mewakili persekitaran yang berbeza. Berasaskan ini para sarjana telah

109


mengkategorikan perkembangan bentuk-bentuk komuniti kepada 3 bentuk yang utama iaitu
komuniti primitif, komuniti folk dan komuniti moden. Ketiga-tiga bentuk komuniti ini adalah
mewakili bentuk-bentuk komuniti yang besar berdasarkan zaman. Setiap komuniti berkenaan
mempunyai ciri-ciri komuniti yang sama dan berbeza antara satu sama lain.
Menurut Robert Redfield (1967) komuniti Primitif merupakan komuniti yang mula-mula
sekali wujud dalam pembinaan masyarakat dan dapat dicirikan dengan ciri-cirinya seperti:
i. Asas kewujudan adalah pemisahan dan komuniti hanya wujud dalam jumlah yang
kecil dan terpisah (scattered);
ii. Pengetahuan wujud dalam bentuk yang tidak bersistem dan masyarakat adalah tidak
boleh membaca (nonliterate);
iii. Ia mewakili budaya masyarakat yang setempat yang asal;
iv. Masyarakat kelihatan homogen dari aspek pengetahuan, sikap dan fungsi;
v. Mereka adalah isolated, ini kerana mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan
amat terhad.
Daripada konsep komuniti yang asas ini telah berkembang daripada komuniti bercorak
primitif kepada komuniti bercorak folk komuniti yang menekankan aspek-aspek tradisi dalam
pembinaan kelompok. Kelompok folk komuniti juga boleh disebut sebagai komuniti tradisi di
mana menekankan aspek-aspek tradisi yang ketat dalam pembinaan komuniti.
Dalam keadaan ini, masyarakat atau komuniti tradisi ini dapat dikenal pasti dengan
memperlihatkan beberapa ciri yang jelas, antaranya:
i. Jumlah yang kecil dari segi populasi;
ii. Terpisah (isolated);
iii. Nonliterate (tidak boleh membaca);
iv. Homogeneous;
v. Tradisional; dan
vi. Mempunyai ikatan solidariti/kesepaduan kumpulan yang kuat.
Secara jelasnya, komuniti folk adalah dibangunkan dengan masyarakat yang mempunyai
komunikasi yang terhad dengan masyarakat luar (out group). Komuniti ini dicirikan dengan ciri-
ciri seperti memencilkan diri (isolation) dan mempunyai hubungan kelompok yang rapat
(intimate communication). Keadaan ini berbeza di mana bagi orang luar yang datang daripada

110


budaya yang berlainan tidak akan mewujudkan hubungan yang intim sebagaimana yang
dilakukan oleh kelompok dalaman.
Dalam keadaan ini masyarakat yang dibentuk adalah berada dalam satu kawasan yang
tetap (immobility). Keadaan ini sama dengan senario masyarakat primitif yang berada dalam
kawasan (territory) yang kecil. Misalnya jika ada di desa dia akan kekal di desa tersebut hingga
meninggal dunia. Dengan demikian mereka memerlukan kepada semangat berpuak yang kuat.
Semangat ini membawa kepada solidariti dan menjadi asas kepada pembinaan sesebuah
tamadun. Asas kepada masyarakat sebegini adalah perkongsian. Jika mereka ada teknologi
mereka akan berkongsi teknologi tersebut di kalangan mereka. Justeru, dalam masyarakat folk
teknologi dan pengeluaran adalah alat yang perlu berkongsi untuk semua. Dengan demikian,
mereka tidak mempunyai pembahagian masyarakat dan pengelasan masyarakat yang jelas.
Selain itu, masyarakat bentuk ini juga mempunyai sikap yang spontan dan tidak
bersistematik. Mereka tidak menulis dan mencatatkan secara kritikal apa yang berlaku.
Tanggungjawab kepada pendidikan tidak penting dan sikap yang ditunjukkan ini adalah tingkah
laku biasa (konvensional) yang akhirnya terbina menjadi identiti. Walau bagaimanapun, bentuk
yang sebegini yang menghubungkan antara seseorang dengan seseorang yang lain.
Bentuk komuniti bandar mula dibincangkan pada 1938 oleh Louis Wirth dalam esei
beliau yang bertajuk ‘urbanism as a way of life’. Bentuk komuniti bandar yang dikemukakan
oleh Wirth menjadi asas dalam perbandingan bentuk komuniti yang dibincangkan oleh Robert
Redfield. Bentuk komuniti yang dikemukakan ini jauh berbeza dengan masyarakat simple di
mana bentuk komuniti yang dikemukakan ini adalah telahan yang telah dibuat untuk melihat
masyarakat pra industri. Ciri-ciri hubungan masyarakat di bandar sebagaimana dinyatakan
adalah depersonalizing, transitory dan segmental qualities. Secara khusus ciri-ciri masyarakat
bandar adalah individual, heterogeneous, ramai dan padat (density). Dari segi perhubungan pula
lebih kepada bercorak pertemuan peringkat ke dua yang berbentuk impersonal, segmental,
superficial, transitory dan predatory. Secara umum pertemuan masyarakat di Bandar adalah
dalam bentuk yang tidak melibatkan perasaan iaitu lebih kepada adanya kepentingan tertentu
(impersonal), bentuk masyarakat pula adalah dalam keadaan terpisah (segmental) dan lebih
bersifat tiruan (superficial), berbentuk sementara (transitory) dan suka mengambil kesempatan
(predatory).

111


Hasilnya, masyarakat yang dibentuk adalah berbeza dengan masyarakat desa iaitu
anonymous, secular, relativistic, rational dan sophisticated. Justeru, untuk memastikan mereka
juga dapat berfungsi sebagaimana masyarakat desa, masyarakat bandar telah mewujudkan
beberapa organisasi yang berfungsi untuk solidariti masyarakat iaitu adanya koperasi, persatuan
bersifat sukarela, badan-badan perhubungan dengan kerajaan dan adanya badan sebagai
jurucakap dalam komunikasi. Justeru, hasil kerja Wirth adalah lebih menjurus kepada
masyarakat industri di bandar (urban industrial society) berbanding masyarakat Bandar yang
sebenarnya.
Kemudian, wujud perbahasan lagi kepada konsep bandar yang dikemukakan oleh Louis
Wirth. Herbert Gans telah melakukan pengkajian ke atas inner city telah melihat lebih ke
hadapan dengan membincangkan lebih kepada masyarakat bandar dan metropolitan. Kritikan
beliau lebih kepada ciri-ciri organisasi sosial dan ekologi. Hasil dari pengkajian beliau telah
mewujudkan beberapa konsep besar dalam masyarakat iaitu konsep inner city, outer city dan
suburbs. Pendapat beliau berbanding Wirth dalam bandar beliau tidak setuju semua masyarakat
bandar adalah semuanya urban atau telah dibandarkan. Dalam masyarakat bandar masih ada
elemen-elemen desa dan sesetengahnya mempertahankan ciri-ciri kedesaan. Sebab itulah dalam
ciri-ciri masyarakat bandar beliau memasukkan konsep ethnic villagers. Kelompok etnik ini
adalah berasal dari kampung tetapi berada di bandar, tetapi mereka memencilkan diri dan hanya
terlibat dalam aktiviti pergi dan balik kerja sahaja. Kelompok ini adalah antara bentuk komuniti
yang dikemukakan dalam inner city selain bandar dikatakan bersifat kosmopolitan, deprived,
traped dan downward mobile, dan ramai juga tidak berkahwin dan jika berkahwin mereka tidak
mempunyai anak.
Masyarakat dalam konsep outer city dan suburbs (pinggir bandar) adalah kelompok yang
masih mempunyai keterikatan di bandar dari aspek pekerjaan tetapi mereka tidak tinggal di
bandar mungkin disebabkan kos hidup yang tinggi. Mereka tinggal di kawasan outer city dan
pinggir bandar. Masyarakat ini mempunyai kelompok kejiranan yang dipanggil sebagai ‘quasi-
primary’ iaitu bentuk hubungan yang lebih rapat berbanding pertemuan peringkat ke dua tetapi
kurang rapat berbanding pertemuan peringkat pertama. Dalam masyarakat adanya pertubuhan
sukarela dan kehidupan masyarakat lebih kepada berbentuk homogen.

112


Justeru, bentuk-bentuk hubungan ini adalah menggambarkan bentuk hubungan yang
kompleks yang wujud dalam masyarakat dan bentuk hubungan ini menjadi semakin kompleks
buat masa sekarang apabila adanya teknologi internet hingga mewujudkan komuniti virtual atau
maya. Komuniti maya telah membawa perkembangan baru dalam bentuk-bentuk komuniti yang
wujud yang mana perhubungan mereka adalah merentas sempadan geografi dan merentas
lokaliti. Senario ini perlu dibuat pengkajian yang mendalam memandangkan kajian tentangnya
masih baru dan amat terhad.
Menurut Ashutosh Varshney (2001) komuniti yang terbentuk ini pada masa sekarang
mempunyai hubungan dengan dua angkubah iaitu sama ada masyarakat yang berasaskan civic
life atau kewujudan rusuhan etnik (ethnic violence). Ia dinyatakan dalam kata-kata beliau:
Interethnic and intraethnic network of civic engagement play very different role
in ethnic conflict. Because they build bridges and manage tension, interethnic
network are agents of peace, but if communities are organized only along
intraethnic lines and the interconnections with other communities are very weak
or even nonexistent, then ethnic violence is quite likely.
(Ashutosh Varshney, 2001)
Justeru jika kedamaian dan kerukunan yang berasaskan masyarakat sivik gagal
diwujudkan masyarakat akan mencetuskan konflik perkauman. Dalam senario masyarakat
moden yang ada sekarang adalah penting untuk kita memikirkan dalam komuniti yang berbeza
kesepaduan dapat diwujudkan dalam kontak interethnic bukan dalam aspek intraethnic sahaja.
Peranan organisasi dalam komuniti memang tidak dapat diperakukan lagi. Melalui organisasi
hubungan pelbagai hala akan dapat diwujudkan dan membentuk komuniti yang lebih berpadu.
Perubahan yang berlaku dalam pembentukan komuniti juga dipengaruhi dengan perkara
lain iaitu teknologi dan internet. Kewujudan kenderaan seperti kereta, kereta api dan kapal
terbang. Kewujudan alat telekomunikasi seperti telefon membolehkan ikatan yang bercorak
lokaliti seperti keturunan dan kekeluargaan dapat dipertahankan (Wellman, 1999). Menurut
Wellman dengan adanya teknologi dan komunikasi ikatan dapat dipertahankan dan komuniti
sentiasa terbentuk walaupun di luar dari kawasan geografi. Dengan adanya peningkatan dalam
teknologi pada hari ini iaitu penggunaan internet membolehkan komuniti dalam bentuk baru ini
berkembang dan tetap wujud dalam masyarakat yang terpisah oleh kawasan dan jarak.

113


Penggunaan face book, twitter dan sebagainya sebagai alat perhubungan sosial telah
mendedahkan masyarakat berada dalam komunitinya walaupun di mana dia berada. Justeru,
komuniti kampung tetap terikat dan hidup walaupun di mana kita berada. Bentuk komuniti
sebegini dipanggil komuniti social network atau komuniti virtual atau maya. Komuniti maya
adalah terikat melalui penggunaan internet misalnya melalui blog yang diwujudkan dalam
internet telah menyatukan mereka membentuk satu-satu komuniti yang terikat dengan kuat dari
segi pemikiran dan perasaan.
Secara khusus komuniti maya boleh terbentuk dengan kewujudan teknologi Komputer
dan adanya Computer Support Social Networks (CSSN’s) sama ada melalui elektronik mail (e-
mel), Buletin Board System (BBS’s), Multiusers Dungeons (MUD’s), newsgroups dan Internet
Relay (hot IRC). Menurut Wellman kewujudan software sebegini telah membawa kepada ikatan
yang kuat merentas sempadan untuk kewujudan komuniti dalam pelbagai bentuk komuniti sama
ada yang lama atau baru hingga mewujudkan nilai-nilai persahabatan, sokongan sosial,
perkongsian maklumat dan perasaan kekitaan (sense of belonging).
Melalui perbahasan ini dapatlah disimpulkan bahawa pembentukan komuniti telah
mengalami perubahan dan dapat disimpulkan bahawa terdapat 8 bentuk komuniti yang telah
terbina semenjak tamadun manusia terbentuk hingga kini. Bentuk-bentuk komuniti adalah
sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
i. Komuniti primitif;
Dari segi ciri-ciri komuniti ini adalah komuniti yang simple dan belum ada
penemuan teknologi yang memberikan impak yang besar kepada masyarakat.
Mereka tidak terlibat dalam aktiviti pertanian dan penanaman. Dari segi
kehidupan masih berpindah randah. Terdiri daripada kelompok-kelompok kecil
atau dipanggil tribe. Masih belum terdapat dari segi pembahagian kerja yang
kompleks. Kalau ada pembahagian kerja hanya berasaskan jantina iaitu lelaki
memburu dan perempuan memasak.
ii. Komuniti penggembala;
Komuniti penggembala pula mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan peningkatan
dalam kehidupan. Komuniti ini telah menunjukkan perubahan dari segi aktiviti
iaitu daripada memburu kepada menternak dan bercucuk tanam. Dari segi

114


populasi pula menunjukkan perkembangan dan mereka sudah mula tinggal
menetap di satu-satu tempat. Masyarakat sudah mula menunjukkan pembahagian
kerja yang jelas.
iii. Komuniti agrarian;
Komuniti ini telah menunjukkan perkembangan dari segi populasi dan adanya
pekerjaan yang lebih tersusun. Dari segi pembahagian kerja pula menunjukkan
lebih jelas. Aktiviti pertanian pula lebih sistematik di mana adanya proses-proses
seperti penyemaian benih, penanaman, penjagaan, pembajaan dan penuaian.
Komuniti agrarian sudah pandai menggunakan teknologi dalam pertanian seperti
penggunaan tenaga haiwan. Pembahagian kerja menjadi semakin jelas. Jika ada
lebihan hasil pertanian akan dijual atau ditukar dengan barangan. Fungsi keluarga
dalam komuniti ini adalah untuk menjalankan fungsi produksi.
iv. Komuniti desa;
Komuniti desa adalah terbatas kepada ruang, fizikal dan ekologi. Komuniti ini
bersikap lebih terbuka kepada pekerjaan. Pekerjaan mereka juga dipengaruhi oleh
cuaca dan musim. Tempat tinggal mereka kebiasaannya berdekatan dengan
tempat kerja. Jarak antara rumah dengan rumah adalah dekat dan rumah-rumah ini
kecil-kecil.
v. Komuniti industri;
Komuniti industri adalah komuniti yang telah menerima perubahan yang drastik.
Mereka berubah melalui pengaruh mesin di mana melalui penggunaan mesin
barangan dapat dikeluarkan dengan kapasiti yang banyak dalam satu-satu masa.
Masyarakat pada hari ini berubah dengan cepat. Wujud kilang-kilang dan
masyarakat mula bekerja di kilang-kilang. Impak dari kewujudan kilang-kilang
telah mula menghakis nilai-nilai tradisional, kepercayaan dan adat. Dari segi
kehidupan masyarakat menunjukkan peningkatan. Proses industrialisasi juga telah
memberikan impak kepada perkara-perkara lain juga seperti pengangkutan dan
komunikasi. Pendidikan dan kesihatan menjadi keutamaan masyarakat.
Pembahagian kerja menjadi lebih kompleks. Pendidikan diberikan untuk mengisi
ruang-ruang pekerjaan yang ada. Komuniti ini sudah tidak berpegang kepada

115


nilai-nilai tradisi dan muncul nilai-nilai baru. Standard kehidupan meningkat dan
dalam masa yang sama kadar kemiskinan juga turut meningkat. Selain itu,
tuntutan penyertaan dalam berpolitik juga meningkat.
vi. Komuniti bandar;
Komuniti Bandar sudah mempunyai ciri-ciri yang khusus di mana komuniti ini
menunjukkan pekerjaan yang dijalankan lebih tertutup. Mereka tidak dipengaruhi
oleh cuaca. Tempat tinggal adalah berjauhan dari tempat kerja dan ada perlu ada
pengangkutan atau kenderaan. Dari segi perumahan pula adalah bercorak padat
dan bervariasi. Terdapat pembahagian kawasan kediaman yang menggambarkan
pembahagian kelas dalam masyarakat. Kawasan rumah-rumah besar dan privasi
adalah kawasan kediaman kelas atasan atau elite.
vii. Komuniti pasca industri;
Komuniti pasca industri amat bergantung kepada perkembangan teknologi untuk
melonjakkan perkembangan ekonomi. Mula menggunakan mesin-mesin yang
besar dan pekerja lebih mahir. Bekerja menggunakan komputer dan teknologi.
Populasi masyarakat meningkat. Pembahagian kerja menjadi semakin kompleks.
Wujud jaringan sosial dan informasi yang semakin meluas akibat perkembangan
teknologi internet dan wujud budaya global yang mewakili komuniti dan
kebudayaan global.
viii. Komuniti Virtual/Maya
Komuniti maya mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenal pasti antaranya ia
bersifat intermittent (sekejap), specialized (khusus), varying in strength (untuk
kekuatan tertentu sahaja), persahabatan, sokongan emosi, semangat kekitaan,
homogen dari segi interest (minat) dan attitude (sikap), heterogen dari segi umur,
kelas sosial, etnik, tahap kehidupan dan latar belakang sosial.
Secara keseluruhannya bentuk komuniti yang ada adalah rencam dan kompleks. Pada diri
seseorang individu boleh berpegang pada lebih kepada satu komuniti. Komuniti yang ada
sekarang tidak bergantung kepada lokaliti atau aspek geografi sahaja sebagai definisi untuk
merujuk kepada komuniti pada diri seseorang individu. Ia mungkin ada lebih dari satu komuniti
yang berjalan serentak selain komuniti kejiranan di mana dia berada. Mungkin seseorang itu

116


masih berkomuniti lagi dengan komuniti desa di mana dia datang, seseorang yang aktif sukan
akan berkomuniti dengan jenis sukan yang dia aktif, seseorang yang mempunyai minat atau hobi
yang sama akan berkomuniti dengan kumpulan hobi yang diminati seperti hobi memancing akan
mempertemukan kelompok komuniti pemancing, hobi bermotor besar akan mempertemukan
kelompok hobi yang bermotor besar dan begitulah sebaliknya. Lebih unik lagi apabila perubahan
dan perkembangan dalam teknologi internet memudahkan pembentukan kelompok komuniti ini
bersatu dalam satu komuniti terutamanya dengan kewujudan facebook dan twitter.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Sebanyak 1800 set soal
selidik telah diedarkan di kawasan Rukun Tetangga (RT) Daerah Hulu Langat yang yang terdiri
daripada 7 mukim iaitu Pandan, Kajang, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Dusun Tua, Balakong
dan Ampang. Soalan soal selidik ini mengandungi enam bahagian iaitu bahagian A (latar
belakang responden), bahagian B (bentuk komuniti), Bahagian C (batas etnik), bahagian D
(hubungan lintas sosial), bahagian E (kesepaduan sosial) dan bahagian F (kawasan rukun
tetangga-KRT) seperti yang digariskan oleh JPNIN. Daripada enam bahagian soal selidik ini
hanya sebahagian bahagian A (latar belakang responden) dan semua bahagian B (bentuk
komuniti) dipilih untuk dibincangkan dalam kertas kerja ini. Bahagian A berkaitan dengan latar
belakang responden iaitu mengandungi jantina, umur, kumpulan etnik, jenis rumah, pendidikan,
pendapatan dan kawasan RT responden. Bahagian B pula membincangkan tentang bentuk-
bentuk komuniti yang terdiri daripada 5 dimensi iaitu keluarga, peribadi, pekerjaan,
pembangunan dan teknologi internet. Dimensi dan elemen-elemen ini dikemukakan untuk
mengenal pasti bentuk komuniti di kawasan Daerah Hulu Langat. Instrument ini dibangunkan
oleh penyelidik berdasarkan kajian literatur. Jadual 1 di bawah menerangkan tentang
pembahagian elemen soal selidik bentuk-bentuk komuniti yang digunakan.

Jadual 1: Dimensi komuniti dan item soal selidik


Bil Dimensi Komuniti Jumlah Item Soalan
1. Peribadi 1-7
2. Keluarga 1-8

117


3. Pekerjaan
(a) Bandar-Desa 1-6
(b) Industri 7-10
4. Pembangunan 1-6
5. Teknologi internet 1-4

Kajian ini ditandai dengan lima aras iaitu 5 = Sangat Setuju, 4 = Setuju, 3 = Kurang
Setuju, 2 = Tidak Setuju dan 1 = Sangat Tidak Setuju. Responden dikehendaki menanda dan
membulatkan sahaja nombor berkenaan. Justeru, skala Likert telah digunakan untuk menentukan
bentuk komuniti. Analisis bentuk komuniti ini dianalisis menggunakan perisian “The Statistical
Package for Social Science” version 21. Analisis ini melibatkan ujian statistik deskriptif iaitu
dalam bentuk peratus. Kajian ini telah dilakukan kepada 7 mukim dan pembanagian KRT
terlibat adalah sebagaimana di Jadual 1 di bawah:

Jadual 2: Jumlah zon KRT terlibat mengikut Mukim


Mukim Keseluruhan KRT KRT Terlibat
Pandan 35 6
Kajang 9 5
Bandar Baru Bangi 33 13
Semenyih 33 9
Dusun Tua 33 6
Balakong 27 7
Ampang 23 4
JUMLAH 193 50

Kawasan kajian ialah di daerah Hulu Langat yang mempunyai keluasan 829.44 km².
Daerah Hulu Langat terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Kajang, Ampang, Pandan, Bandar
Baru Bangi, Dusun Tua, Semenyih dan Balakong. Kajian ini hanya melibatkan semua mukim di
Daerah Hulu Langat. Daripada segi penduduk menunjukkan jumlah penduduk di daerah Hulu
Langat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia

118


pada tahun 2010 didapati jumlah penduduk terkini negeri Selangor adalah berjumlah 5.46 juta
orang di mana Hulu Langat adalah merupakan daerah kedua teramai penduduk selepas daerah
Petaling. Secara terperinci pembahagian etnik di Hulu Langat dapat dilihat sebagaimana Jadual 3
di bawah.
Jadual 3 menunjukkan jumlah penduduk di Hulu Langat adalah berjumlah 1,156.6 juta
orang. Daripada jadual ini didapati etnik Melayu mewakili 58% , diikuti etnik Cina kedua
dengan jumlah 35% dan India 7% sahaja. Sementara itu, jumlah KRT di daerah Hulu Langat
pula adalah berjumlah 193 zon daripada 7 mukim. Secara terperinci dapat dilihat melalui Jadual
4 di bawah.

Jadual 3: Jumlah penduduk dan etnik di Daerah Hulu Langat.


Etnik Jumlah Penduduk (‘000)
Melayu 575.5
Cina 355.8
India 113.8
Bumiputra (selain etnik Melayu) 11.2
Warga Asing 88.8
Lain-lain 11.5
Jumlah 1,156.6
Sumber: http://www.statistics.gov.my

Jadual 4: Pembahagian jumlah KRT mengikut zon di Daerah Hulu Langat


Mukim Jumlah Zon
Kajang 9
Semenyih 33
Pandan 35
Bangi 33
Dusun Tua 33
Ampang 23
Balakong 27
JUMLAH 193
Sumber: JPNIN Daerah Hulu Langat

119


Jadual 4 didapati berlaku ketidakseimbangan dalam agihan KRT mengikut zon daerah
Hulu Langat. Misalnya mukim Kajang terdapat sembilan zon di mana jumlah penduduk terkini
mengikut perangkaan tahun 2010 adalah berjumlah 342,657 orang yang menunjukkan nisbah
sebanyak satu zon KRT berjumlah 38,073 orang. Keadaan ini amat jauh daripada matlamat KRT
di bawah JPNIN iaitu satu zon mewakili antara sekitar 2000 penduduk sebagai sebuah zon yang
ideal. Mengikut kajian Mohd Taib (2009) jumlah penduduk yang ideal bagi satu zon RT adalah
dalam sekitar 2,000 orang atau 80 buah rumah dan tidak boleh lebih daripada 6,000 orang
penduduk untuk membolehkan perhubungan rapat dan kenal mengenal.

Dapatan Kajian
i) Latar belakang responden

Jadual 5: dapatan latar belakang responden


________________________________________________________________________
Profil Responden N = 588
F %
Jantina
Lelaki 284 48.3
Perempuan 304 51.7

Umur
Bawah 30 tahun 96 16.3
31-40 tahun 234 39.8
41-50 tahun 211 35.9
50 tahun ke atas 47 8.0

Etnik
Melayu 371 63.1
Cina 143 24.3
India 74 12.6
_______________________________________________________________________

ii) Bentuk komuniti berdasarkan dimensi


Jika diperhatikan secara evolusi bentuk komuniti berubah daripada bentuk komuniti kecil
kepada bentuk komuniti yang semakin kompleks. Perbincangan berkaitan dengan bentuk
komuniti dalam kertas kerja ini adalah berkaitan dengan bentuk komuniti terkini dalam

120


masyarakat yang merangkumi beberapa bentuk komuniti hasil daripada dapatan iaitu komuniti
desa, bandar/moden, industri dan maya/virtual. Komuniti bentuk ini adalah mewakili komuniti
terkini dan terdapat dalam masyarakat di kawasan Daerah Hulu Langat. Untuk menganalisis
penyelidik telah menggunakan beberapa dimensi iaitu dimensi keluarga, peribadi, pekerjaan,
pembangunan dan dimensi teknologi internet. Secara terperinci dibincangkan di bawah
Dimensi Keluarga
Bahagian ini bertujuan untuk mengukur pola komuniti di kawasan di Kawasan Rukun
Tetangga di kawasan Hulu Langat sama ada bandar atau desa dari aspek dimensi kekeluargaan.
Melalui kajian ini didapati bahawa dalam aspek dimensi keluarga terdapat perubahan dalam
bentuk komuniti di mana tanpa mengira etnik masyarakat telah bergerak kepada komuniti yang
mempunyai ciri-ciri masyarakat bandar. Namun begitu, secara relatif tanpa mengira etnik
mengikut dimensi keluarga etnik Cina didapati lebih terbina ciri-ciri komuniti bandar berbanding
etnik Melayu dan India.

Jadual 6: Bentuk komuniti berdasarkan dimensi keluarga mengikut etnik


Dimensi Etnik
Keluarga Melayu Cina India
Bandar 3.5 2.1 12.2
Transisi 95.7 94.4 85.1
Desa 0.8 3.5 2.7
JUMLAH 100 100 100

Jadual 6 di atas adalah tentang bentuk komuniti berdasarkan dimensi keluarga. Daripada
jadual ini menunjukkan tanpa mengira etnik responden dikaji adalah terdiri daripada pola transisi
dan bandar di mana Melayu 99 peratus, Cina dan India masing-masing 97 peratus. Keadaan ini
menjelaskan bahawa responden yang dikaji adalah memiliki ciri-ciri kehidupan perbandaran
yang tinggi. Situasi ini menjelaskan bahawa proses pemodenan dan kesan perindustrian telah
mengubah masyarakat dari komuniti desa kepada komuniti bandar secara menyeluruh bagi etnik
dikaji. Secara langsung, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden yang dikaji terdedah kepada

121


gaya hidup urban dan hal ini membentuk gaya hidup dan norma masyarakat di daerah Hulu
Langat.
Jadual 7 di atas adalah menunjukkan bentuk-bentuk komuniti yang diuji dengan
menggunakan soalan-soalan daripada dimensi keluarga bentuk komuniti. Soalan dimensi
keluarga ini adalah bertujuan untuk mengukur bentuk komuniti sama ada bandar atau desa.
Secara umum didapati dengan jelas bahawa etnik Cina agak jelas ciri-ciri bentuk komuniti
bandar berbanding etnik Melayu dan India. Etnik Melayu berada di tempat ke dua dalam bentuk
komuniti bandar dan diikuti oleh etnik India di mana etnik India lebih dipengaruhi oleh ciri-ciri
identiti kedesaan.
Pola bentuk komuniti bandar dan desa di kalangan responden didapati berbeza mengikut
etnik. Pola bentuk komuniti bandar didapati lebih terbina di kalangan etnik Cina jika
diperhatikan kepada dapatan kajian. Daripada lapan kenyataan didapati jawapan adalah memihak
kepada tingkah laku orang bandar iaitu etnik Cina menunjukkan peratusan yang lebih rendah
berbanding etnik Melayu dan India untuk setiap soalan yang ditanya. Etnik Melayu pula di
dapati pola bentuk komuniti bandar dalam keadaan agak sederhana iaitu boleh dikatakan lima
item kenyataan menunjukkan elemen komuniti bandar yang tinggi. Etnik India pula didapati
menunjukkan elemen-elemen komuniti bandar yang rendah dan sederhana. hanya empat item
yang dilihat tinggi dari segi ciri-ciri bandar.

Jadual 7: Bentuk komuniti mengikut dimensi keluarga (peratus)


Etnik
SOALAN DIMENSI KELUARGA Melayu Cina India
Keutamaan kepada lelaki 44 27 45
Perkahwinan pilihan keluarga 23 24 43
Pasangan tempat meluahkan perasaan 74 45 66
Kerap balik kampung 53 48 59
Cinta sebelum kahwin 40 32 51
Selesa menyerahkan penjagaan anak-anak kepada wanita 63 37 51
Selesa menyerahkan penjagaan anak-anak kepada orang gaji 11 24 24
Tidak kisah jika isteri membuat keputusan bagi suami 35 41 41

122


Pola bentuk komuniti desa menunjukkan etnik India adalah amat jelas masih terikat
dengan ciri-ciri kedesaan. Ini kerana peratusan yang agak sederhana ditunjukkan oleh dapatan
soal selidik. Hanya empat item kenyataan yang menunjukkan peratusan yang agak tinggi.
Sementara etnik Melayu agak sederhana dari segi ciri-ciri pola kedesaan dan etnik Cina amat
rendah dari segi ciri pola perbandaran.
Melalui data yang ditunjukkan oleh jadual di atas jelas menegaskan bahawa tahap
ekonomi dan persekitaran bandar tidak menghapuskan nilai dan norma komuniti sesuatu
kawasan, malahan mempunyai kecenderungan sesebuah komuniti untuk mengukuhkan lagi nilai
dan norma tradisonal seperti usaha membuat keputusan dalam keluarga, kedudukan lelaki dan
perempuan dalam keluarga urusan-urusan domestik yang mengangkat peranan lelaki lebih
dominan berbanding perempuan. Fenomena nilai dan norma tradisi yang semakin kukuh dalam
masyarakat maju ini telah ditulis oleh Fareed Zakaria (2011). Fareed menegaskan bahawa
apabila sesebuah negara mulai membangun, masyarakatnya mula terdedah dengan pembangunan
dan globalisasi. Walaupun globalisasi berupaya membentuk masyarakat yang semakin liberal
dan seragam, namun globalisasi membuatkan sesuatu masyarakat berusaha mempertahankan
nilai dan norma tradisi sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lainnya, semakin pembangunan
negara menuju kemodenan melalui globalisasi, semakin kuat nilai tradisional termasuk nilai
kebangsaan atau nasionalisme.
Dimensi peribadi
Bahagian ini pula bertujuan untuk mengukur pola komuniti sama ada tergolong kepada
komuniti bandar atau desa dari aspek dimensi peribadi mengikut etnik yang dikaji. Secara umum
didapati bahawa dalam aspek dimensi peribadi pola komuniti adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri
transisi dan bandar. Kesemua etnik yang dikaji menunjukkan tanpa mengira etnik dimensi
peribadi responden menunjukkan ke arah dimensi transisi dan bandar.

Jadual 8: Bentuk komuniti berdasarkan dimensi peribadi mengikut etnik (peratus)


Dimensi Etnik
Peribadi Melayu Cina India
Bandar 10.5 1.4 6.8

123


Transisi 88.4 97.9 91.9
Desa 1.1 0.7 1.3
JUMLAH 100 100 100

Jadual 8 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan ciri-ciri
desa dan bandar berdasarkan dimensi peribadi. Secara umum didapati dengan jelas bahawa
setiap etnik yang dikaji adalah berada dalam kelompok komuniti transisi dan bandar. Jika
digabungkan antara transisi dan bandar didapati etnik Melayu, Cina dan India berada pada tahap
transisi dan bandar yang tinggi iaitu 99 peratus.
Jadual 9 di atas adalah menunjukkan item-item soalan yang digunakan untuk mengukur
komuniti desa dan bandar menggunakan dimensi peribadi. Melalui dimensi peribadi juga sekali
lagi dapat dilihat dengan jelas melalui data ini bahawa etnik Cina agak jelas ciri-ciri bentuk
komuniti bandar berbanding etnik Melayu dan India. Dalam dimensi ini didapati secara relatif
antara etnik Melayu dan India didapati mereka mempunyai ciri-ciri dimensi desa yang agak
tinggi iaitu empat dari tujuh item soalan yang ditanya menunjukkan mereka berat kepada ciri-ciri
komuniti desa berbanding bandar iaitu untuk item penglibatan semua ahli komuniti, komuniti
yang membuat keputusan, selesa meminta pertolongan jiran dan selesa mesyuarat melibatkan
semua ahli komuniti. Sementara etnik Cina menunjukkan nilai peratusan yang rendah untuk
semua item soalan dalam kenyataan yang ditanya dengan jelas menggambarkan mereka
cenderung kepada ciri-ciri komuniti bandar bagi dimensi peribadi.

Jadual 9: Bentuk komuniti mengikut dimensi peribadi (peratus)


Etnik
SOALAN DIMENSI PERIBADI Melayu Cina India
Penyertaan dalam aktiviti 49 22 41
Penglibatan semua ahli komuniti 62 31 60
Komuniti yang membuat keputusan 62 36 53
Selalu meminta pertolongan jiran 54 32 50
Mengutamakan penglibatan polis 33 19 27
Selesa mesyuarat melibatkan semua ahli komuniti 74 47 64

124


Berurusan dengan jiran jika ada kepentingan sahaja 30 17 26

Melalui data yang ditunjukkan jadual di atas menjelaskan bahawa etnik Melayu masih
lagi mengamalkan cara hidup komuniti berbanding etnik Cina yang lebih mengamalkan cara
hidup individual. Meskipun pembangunan kawasan Hulu Langat dan kepesatan infastruktur
berlaku, namun ikatan kehidupan bermasyarakat masih diamalkan. Maka, etnik Melayu masih
lagi sebuah masyarakat berbentuk solidarii mekanik (mechanic solidarity) yang melakukan
interaksi dengan manusia lain tanpa kepentingan ekonomi dan kepentingan keperluan
sebagaimana yang kuat tertanam dalam masyarakat berbentuk solidarity organic (organic
solidarity).
Dimensi pembangunan
Bahagian ini menggunakan dimensi pembangunan untuk menentukan bentuk komuniti
terlibat sama ada condong ke arah ciri-ciri bandar atau desa berdasarkan etnik yang dikaji.
Dapatan yang diperolehi dengan jelas menunjukkan komuniti yang dikaji tanpa mengira etnik
telah berubah kepada ciri-ciri komuniti transisi dan bandar.

Jadual 10: Bentuk komuniti berdasarkan dimensi pembangunan mengikut etnik (peratus)
Dimensi Etnik
Pembangunan Melayu Cina India
Bandar 5.7 0.7 12.2
Transisi 92.6 99.3 87.8
Desa 1.7 0 0
JUMLAH 100 100 100

Jadual 10 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan dimensi
pembangunan mengikut etnik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh kesemua etnik yang dikaji
berada di tahap ciri-ciri transisi dan bandar berdasarkan dimensi pembangunan. Jika
digabungkan antara transisi dan bandar didapati etnik Cina dan India berada pada tahap transisi
dan bandar yang tinggi iaitu kesemua responden dari etnik Cina dan India berada dalam
kelompok komuniti transisi dan bandar. Sementara etnik Melayu menunjukkan dalam 98 peratus

125


dalam kelompok komuniti transisi dan bandar. Keadaan ini masih menggambarkan etnik Melayu
juga menunjukkan tahap amalan ciri-ciri komuniti etnik transisi dan bandar yang tinggi
walaupun secara relatifnya masih rendah berbanding etnik Cina dan India dari segi peratus.

Jadual 11: Bentuk komuniti mengikut dimensi peribadi (peratus)


Etnik
SOALAN DIMENSI PEMBANGUNAN Melayu Cina India
Idea mengekalkan tradisi 47 29 58
Pembangunan budaya tradisional 56 29 57
Ketenangan dalam kehidupan 84 48 72
Pembangunan infrastruktur dalam komuniti 75 46 49
Pembangunan adalah penting 81 53 69
Pembangunan agama dan moral 71 34 50
Jadual 11 di atas adalah menunjukkan kekerapan jawapan yang menyokong item-item
soalan yang digunakan untuk mengukur komuniti desa dan bandar menggunakan dimensi
pembangunan. Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa etnik Cina agak jelas ciri-ciri
bentuk komuniti bandar berbanding etnik Melayu dan India. Jika diperhatikan hanya kekerapan
untuk item soalan pembangunan adalah penting menunjukkan kekerapan 53 peratus tetapi item-
item untuk soalan lain adalah berada di bawah peratusan 50 peratus. Sementara etnik Melayu
dan India lebih jelas berada dalam kelompok ciri-ciri komuniti desa berbanding komuniti bandar
bagi dimensi pembangunan. Secara relatif didapati etnik India dan Melayu sama kuat kepada
ciri-ciri kedesaan di mana jawapan untuk ke dua-dua etnik bagi 6 item soalan yang ditanya untuk
dimensi pembangunan menunjukkan kesemua kekerapan peratusan berada pada paras yang
tinggi.
Dimensi pekerjaan (Bandar-Desa)
Bahagian ini menggunakan dimensi pekerjaan (bandar dan desa) untuk menentukan
bentuk komuniti sama ada mempunyai ciri-ciri bandar atau desa berdasarkan etnik yang dikaji.
Dapatan menunjukkan bahawa etnik yang dikaji adalah berat kepada ciri-ciri komuniti transisi
dan bandar. Secara relatifnya etnik Cina paling tinggi ciri-ciri komuniti transisi dan bandar
berbanding etnik Melayu dan India.

126


Jadual 12: bentuk komuniti berdasarkan dimensi pekerjaan (bandar vs desa) mengikut etnik (%)
Dimensi Etnik
Pekerjaan Melayu Cina India
Bandar 30.7 19.6 25.7
Transisi 51.2 67.1 50.0
Desa 18.1 13.3 24.3
JUMLAH 100 100 100

Jadual 12 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan dimensi
pekerjaan (bandar vs desa) mengikut etnik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh bagi kesemua
etnik yang dikaji didapati semua etnik berada di tahap ciri-ciri transisi dan bandar berdasarkan
dimensi pekerjaan (bandar vs desa). Jika digabungkan antara transisi dan bandar didapati etnik
Cina lebih tinggi ciri-ciri komuniti bandar berbanding etnik lain di mana peratusan menunjukkan
87 peratus sementara etnik Melayu di tempat ke dua dengan 82 peratus dan India di tempat ke
tiga sebanyak 76 peratus. Justeru, keadaan ini menggambarkan bahawa etnik Cina dan Melayu
menunjukkan ciri-ciri transisi dan bandar yang tinggi berbanding etnik India.

Jadual 13: bentuk komuniti mengikut dimensi pekerjaan-bandar VS desa (peratus)


Etnik
SOALAN DIMENSI PEKERJAAN Melayu Cina India
Kerja warisan 79 55 70
Akan mewariskan pekerjaan kepada anak-anak 65 42 62
Komuniti yang berasaskan kepada pertanian dan 72 50 69
perikanan
Kelulusan akademik penting 75 50 64
Bersaing untuk kerjaya 54 39 43
Kerja keras untuk menambahkan pendapatan 59 39 57

127


Jadual 13 di atas adalah menunjukkan kekerapan jawapan yang menyokong item-item
soalan yang digunakan untuk mengukur ciri-ciri komuniti desa dan bandar menggunakan
dimensi pekerjaan. Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa etnik Cina agak ketara dari
segi ciri-ciri bentuk komuniti bandar berbanding etnik Melayu dan India. Jika diperhatikan hanya
kekerapan untuk item soalan dimensi pembangunan adalah rendah iaitu di bawah 50 peratus
hanya untuk soalan item kerja warisan, komuniti yang berasaskan kepada pertanian dan
kelulusan akademik penting menunjukkan kekerapan peratusan 50 dan 55 peratus. Namun,
secara relatifnya peratusan ini adalah rendah berbanding etnik Melayu dan India di mana hanya 3
item daripada 6 item soalan sahaja yang berada di tahap 50 peratus.
Etnik Melayu dan India pula amat jelas di mana mereka memiliki ciri-ciri desa yang
tinggi di mana jawapan peratus menunjukkan nilai peratusan yang tinggi untuk setiap item
soalan yang ditanya. Daripada 6 item soalan yang ditanya untuk etnik Melayu didapati kesemua
6 item berkenaan menunjukkan nilai kekerapan yang tinggi iaitu peratusan sekitar 54 hingga 79
peratus adalah menyokong yang menggambarkan nilai dan ciri-ciri komuniti desa. Sementara
etnik India menunjukkan dapatan sebanyak 5 item soalan daripada 6 item soalan yang ditanya
cenderung kepada komuniti desa. Hanya item soalan bersaing untuk kerjaya menunjukkan skor
yang rendah yang mewakili ciri-ciri komuniti bandar.
Dimensi pekerjaan (Industri)
Bahagian ini menggunakan dimensi pekerjaan (industri) untuk menentukan ciri-ciri
komuniti industri berdasarkan etnik yang dikaji. Secara umum jawapan yang diperolehi
menunjukkan komuniti di Hulu Langat adalah komuniti yang telah terserap kepada bentuk
komuniti industri untuk semua etnik yang dikaji.

Jadual 14: Bentuk komuniti berdasarkan dimensi pekerjaan (industri) mengikut etnik (peratus)
Dimensi ETNIK
Industri Melayu CINA INDIA
Bukan Industri 42.3 31.5 35.1
Industri 57.7 68.5 64.9
JUMLAH 100 100 100

128


Jadual 14 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan dimensi
pekerjaan (industri) mengikut etnik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh bagi kesemua etnik
yang dikaji didapati semua etnik telah memiliki ciri-ciri masyarakat industri. Secara relatif
didapati etnik Cina menunjukkan kekerapan peratusan yang tinggi berbanding etnik-etnik lain
sebanyak 69 peratus, India (65 peratus) dan Melayu (58 peratus). Justeru, keadaan ini
menggambarkan bahawa etnik kesemua etnik yang dikaji banyak terlibat dalam pekerjaan bentuk
industri.

Jadual 15: Bentuk komuniti mengikut dimensi pekerjaan-industri (peratus)


Etnik
SOALAN DIMENSI PEKERJAAN (INDUSTRI) Melayu Cina India
Sektor perkilangan adalah pekerjaan terbaik 18 13 24
Sebahagian besar pekerjaan melibatkan jentera 23 20 27
Keluaran produk dalam bentuk barangan 28 22 33
Kerja rutin dilakukan setiap hari dalam pekerjaan 73 41 57

Jadual 15 di atas adalah menunjukkan kekerapan jawapan yang menyokong item-item


soalan yang digunakan untuk menjustifikasikan antara komuniti industri dan bukan industri.
Daripada dapatan ini menunjukkan tahap sokongan yang rendah untuk semua etnik bagi setiap
soalan yang ditanya iaitu bawah 33 peratus kecuali untuk soalan kerja rutin yang agak tinggi
tahap peratusannya. Dapatan ini juga menunjukkan satu dapatan yang lebih kurang seimbang
untuk setiap jawapan mengikut etnik kecuali untuk kerja rutin yang menunjukkan peratusan yang
agak tinggi. Jika diperhatikan untuk soalan sektor perkilangan sebagai pekerjaan terbaik,
sebahagian besar melibatkan jentera dan keluaran produk dalam bentuk barangan dari segi
peratusan menunjukkan etnik India adalah lebih industri berbanding etnik Melayu dan Cina di
mana peratusan menyokong adalah lebih tinggi untuk etnik India. Hanya untuk soalan untuk
kerja rutin didapati etnik Melayu lebih tinggi berbanding etnik India iaitu 73 peratus untuk etnik
Melayu dan 57 peratus untuk etnik India seterusnya etnik Cina 41 peratus sahaja. Sementara itu,
etnik Cina didapati untuk kesemua soalan yang ditanya adalah menunjukkan peratusan jawapan
terendah. Ini menjelaskan persepsi bahawa etnik India adalah lebih industri berbanding etnik

129


yang lain. Etnik Melayu di tempat ke dua dan etnik Cina pula di tempat ke tiga dari segi peratus
jawapan yang menunjukkan komuniti industri.
Dimensi maya
Bahagian ini menggunakan dimensi komuniti maya untuk etnik yang dikaji. Secara
umum jawapan yang diperoleh menunjukkan komuniti di Hulu Langat adalah komuniti yang
telah terlibat dalam bentuk komuniti maya untuk semua etnik yang dikaji.

Jadual 16: Bentuk komuniti berdasarkan dimensi komuniti maya mengikut etnik (peratus)
Dimensi Etnik
Maya Melayu Cina India
Bukan Maya 23.7 20.3 25.7
Maya 76.3 79.7 74.3
JUMLAH 100 100 100

Jadual 16 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan dimensi
komuniti maya mengikut etnik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh bagi kesemua etnik yang
dikaji didapati semua etnik telah memiliki ciri-ciri komuniti maya. Secara relatif didapati etnik
Cina menunjukkan kekerapan peratusan yang tinggi berbanding etnik-etnik lain sebanyak 80
peratus, Melayu (76 peratus) dan India (74 peratus). Justeru, keadaan ini menggambarkan
bahawa kesemua etnik yang dikaji telah terlibat dalam bentuk komuniti maya.

Jadual 17: Bentuk komuniti mengikut dimensi komuniti maya (peratus)

Etnik
SOALAN DIMENSI MAYA Melayu Cina India
Komuniti maya adalah sebahagian dari saya 62 59 64
Berhubung menggunakan internet 61 65 57
Ramai kenalan melalui penggunaan laman sosial internet 56 58 56
(facebook, twitter, instagram dll)
Interaksi dengan internet setiap hari 56 62 47

130


Jadual 17 di atas adalah menunjukkan bentuk komuniti yang dikaji berdasarkan dimensi
komuniti maya mengikut etnik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh bagi kesemua etnik yang
dikaji didapati semua etnik telah terlibat dengan komuniti maya. Secara relatif antara etnik
didapati kesemua item soalan berdasarkan peratus kekerapan menunjukkan peratusan kekerapan
yang tinggi dan beza adalah kecil antara satu item dengan item yang lain. Hanya etnik India
memberikan jawapan bawah 50 peratus untuk soalan interaksi dengan internet setiap hari. Lain-
lain item soalan kekerapan yang dijawab adalah di atas 50 peratus.

Perbincangan
Daripada data yang diperoleh didapati pola bentuk komuniti di kawasan kejiranan RT di
Hulu Langat ini dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat telah berubah daripada komuniti
desa kepada komuniti bandar. Namun begitu, dalam kajian ini memperleihatkan masyarakat
terperangkap dengan komuniti transisi. Komuniti transisi adalah situasi di mana komuniti
mengadaptasi kedua-dua ciri bandar dan desa dalam diri masing-masing.
Semenjak 1970an, Daerah Hulu Langat telah mengalami perubahan secara drastik dari
sebuah perkampungan kepada peningkatan ciri-ciri perbandaran di mana aktiviti ekonomi
berkembang dengan kadar yang drastik dan wujud pembangunan dan perkembangan industri dan
kilang-kilang yang menyediakan pekerjaan kepada orang ramai seterusnya menjadi tumpuan
untuk berhijrah. Situasi ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB) untuk membantu kawasan luar bandar yang ramai orang Melayu dan susah. Malahan
daerah Hulu Langat adalah satu kawasan yang berada di pinggir bandar Kuala Lumpur menjadi
tumpuan orang ramai yang mencari kediaman di luar dari Kuala Lumpur yang sesak.
Lokasi Hulu Langat yang berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur telah mempengaruhi
perkembangan Daerah Hulu Langat sendiri. Bandar bertindak sebagai penjana pembangunan
seperti yang dibayangkan oleh Alonso (1966), Friedman dan Robert Wulff (1986) dan Reissman
(1964), iaitu bandar dapat menjadi agen perubahan masyarakat dengan lebih mudah; di samping
bandar bertindak sebagi pusat penyebaran idea pembangunan, penularan inovasi, dan
penyampaian teknologi maklumat dan komunikasi yang berguna di samping bandar bertindak
sebagai keadaan dan kawasan yang paling sesuai untuk perkembangan ekonomi moden menjadi
magnet yang cukup hebat mengundang para migran dari semua pelosok. Kehadiran mereka juga

131


membawa sekali bersama-sama mereka tabiat dan budaya asal mereka untuk disesuaikan di
bandar baru mereka menghuni. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pertentangan budaya
dari pelbagai tempat yang mungkin menimbulkan ketidaksefahaman antara mereka. Justeru,
perubahan ini membawa kepada perubahan bentuk masyarakat itu sendiri kepada bentuk
masyarakat transisi dan moden.
Situasi ini menjelaskan bentuk komuniti yang dominan. Masyarakat bergerak dari
komuniti desa kepada komuniti bandar walaupun pergerakan ini masih belum menyeluruh. Jika
diperhatikan dimensi-dimensi seperti dimensi keluarga, peribadi, pembangunan dan pekerjaan
telah menunjukkan dominasi kepada komuniti transisi. Hanya komuniti pekerjaan agak
menunjukkan keseimbangan untuk kesemua etnik dan hampir seimbang antara komuniti desa,
transisi dan bandar walaupun komuniti transisi masih dominan. Ini jelas menunjukkan satu
pendekatan menangani perpaduan masyarakat perlu diambil untuk mengenali komuniti transisi
ini.
Justeru, modenisasi telah memberikan impak kepada pembentukan komuniti kejiranan
secara keseluruhan. Jika diperhatikan dari aspek ciri-ciri peribadi dan ciri-ciri kekeluargaan telah
menunjukkan masyarakat lebih cenderung kepada komuniti berbentuk transisi dan bandar.
Begitu juga dalam aspek dimensi pekerjaan juga telah menunjukkan masyarakat tanpa mengira
etnik berada dalam tahap komuniti transisi dan bandar. Elemen pembangunan juga menunjukkan
perkara yang sama.
Selain itu, dari aspek soalan berkaitan dengan komuniti industri jelas menunjukkan
komuniti industri amat berpengaruh di mana ciri-ciri komuniti industri jelas dalam jawapan
responden. Ini menunjukkan pembangunan dan pemodenan Daerah Hulu Langat telah
membawanya aktiviti industri dan membentuk masyarakat industri yang merupakan pra
masyarakat bandar. Jawapan yang diberikan jelas menunjukkan masyarakat tanpa mengira etnik
adalah telah terserap dengan komuniti industri. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan dasar-dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti dasar perindustrian negara dan aktiviti perkembangan
kilang yang berlaku.
Melalui perkembangan teknologi juga menunjukkan dengan jelas bahawa masyarakat
rata-rata tanpa mengira etnik telah terserap ke dalam teknologi internet dan telah manjadi
sebahagian dari bentuk komuniti maya dan aktif menggunakan aplikasi sosial media seperti

132


facebook, twitter, dan sebagainya. Secara keseluruhan melalui dapatan ini secara empirikal
menunjukkan bahawa masyakat telah berubah kepada bentuk komuniti terkini iaitu komuniti
maya. Begitu juga masyarakat telah terserap ke dalam bentuk komuniti industri dan komuniti
bandar. Sementara komuniti desa semakin rendah kadar peratusannya. Jika diperhatikan
walaupun masyarakat menuju ke arah komuniti bandar dan industri tetapi mereka masih terikat
dengan komuniti desa di mana data menunjukkan tahap peratusan tahap komuniti transisi adalah
yang paling tinggi. Boleh dikatakan dari segi pengaruh komuniti desa dan bandar sebenarnya
masih seimbang cuma pergerakan ke arah komuniti bandar, maya dan industri semakin kuat dari
masa ke semasa.

Kesimpulan
Melalui dapatan dan perbincangan ini diharapkan pihak berwajib yang ada kaitan dengan
komuniti dan kejiranan khasnya perpaduan akan dapat menyediakan garis panduan mendekati
masyarakat berdasarkan bentuk komuniti yang dibincangkan ini memandangkan masyarakat
sudah berubah. Menurut Weber “no group maintain itself” menggambarkan bahawa untuk
menangani permasalahan dalam kejiranan perlu pendekatan sesuai dengan situasi semasa.
kawasan kejiranan adalah lokasi paling sesuai untuk memulakan pembangunan komuniti.
Kawasan kejiranan menyediakan ruang untuk membangunkan semula modal insan yang perlu
dipupuk bersama pertumbuhan ekonomi, kerana kemakmuran ekonomi bergantung kepada
struktur sosial yang sihat sebagaimana Meegan dan Mitchell (2001):
"konsep kejiranan yang jitu ia adalah perlu untuk membina semula modal sosial
yang di 'dipinggirkan masyarakat dan atas sebab-sebab bukan semata-mata dari
hubungan lintas sosial tetapi juga dari konteks sosio-ekonomi dan daya saing
ekonomi”.
(Meegan dan Mitchell, 2001: 2168)
Justeru, perubahan komuniti ini perlu diberikan perhatian oleh pihak bertanggung jawab khasnya
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk merangka dasar perpaduan dan
integrasi sesuai dengan bentuk baru masyarakat yang terbina.

133


Rujukan
Ashutosh Varshney (2001). Ethnic Conflict and Civil Society: India and Beyond dalam World
Politics , Vol. 53, Number 3, April 2001, pp. 362-398.

Asri Abdullah (1997). Pembangunan Dan Perindustrian Di Malaysia. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Bernard, P. 2000. Social cohesion: a dialectical critique of a quasi-concept. Kertas SRA-491.


http://www.omiss.ca/english/reference/pdf/pbernerd.pdf [14 April 2013].

Fenton, Steve. 2003. Ethnicity. Cambridge: Polity Press.

Haryati Shafii (2006) Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat bandar di Mukim Kajang,
Selangor: Satu kajian persepsi penduduk (Tesis Ijazah Doktor Falsafah). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Haryati Shafii (2007) Persepsi penduduk terhadap tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat
bandar. Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Haryati Shafii (2010) Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Batu Pahat, Johor.

Hillary, G.A. 1955. Definitions of Community: Area of Agreement. Rural Sociology 20 (June):
111-123.

Ibn Khaldun. 2002. Mukadimah. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Jumlah Penduduk Malaysia.


http://www.statistics.gov.my/portal/download_Stats_Negeri/files/State/2010/Selangor/06
Penduduk.pdf [1 Januari 2015].

Jusang Bolong (2011). Minda Komuniti Maya. University Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Junaenah dan Noor Rahamah (2012). Penyertaan Dan Pemerkasaan Komuniti Desa: Malaysia –
Indonesia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

M. Gottdiener dan Leslie Budd .2005. Key Concept in Urban studies. London: SAGE
Publications Ltd.

Maxwell, J. 1996. Social Dimension of Economic Growth. http://www.cprn.org/


documents/28965_en.pdf [13 April 2013].

Meegan, R., & Mitchell, A. (2001). Ít's not Community Round here, it's Neighbourhood':
Neighbourhood Change and Cohesion in Urban Regeneration Policies. Urban studies, 38
(12), 2167-2194.
134


Mohd. Taib Dora. 2009. Keberkesanan Program Rukun Tetangga Dalam Memupuk Perpaduan
dan Integrasi Nasional. Jurnal Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN). Jilid 1 Bil. 1.

Mohd Razali Agus (2001). Perumahan Awam Di Malaysia: Dasar Dan Amalan. Utusan
Publication.

Rashid Saad. 2004. Sumbangan Rukun Tetangga 21 dalam perpaduan negara dan pembangunan
komuniti. Dlm. Dani Salleh (pnyt.). Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi
dan Isu di Malaysia, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM).

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti,
Universiti Teknologi Mara.

Wellman, Barry. 1979. The Community Question: The Intimate Networks of East Yokers.
American Journal of Sociology 84 (5): 1201-1231.

135


Gaya Hidup Orang Asli Jakun di Tasik Chini, Pahang

Rozita Ibrahima*, Nasrudin Subhib, Mohd Suhaimi Mohamadb, Mushrifah Idrisc


a
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
b
Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
c
Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
E- mel: eta@ukm.edu.my

Abstrak
Kehidupan sesebuah komuniti boleh difahami dengan mengenali siapakah kelompok manusia
yang membina komuniti berkenaan serta bagaimanakah cara mereka menjalani kehidupan dari
segi aktiviti seharian, kaedah mendapatkan sumber kehidupan atau mata pencarian, dan
pemilikan aset fizikal mahupun sosial. Perbincangan tentang kehidupan sesebuah komuniti boleh
dikaji pada peringkat-peringkat yang berbeza iaitu di peringkat kelompok dan di peringkat isi
rumah. Tujuan kertas ini adalah untuk membincangkan gaya hidup Orang Asli, terutamanya dari
etnik Jakun, yang menghuni kampung-kampung di pinggiran Tasik Chini, Pahang. Perbincangan
adalah berdasarkan dapatan kajian bancian pemetaan aset, serta hasil pemerhatian dan temu bual
antara penyelidik bersama penduduk tempatan. Perbincangan ditumpukan kepada latar belakang
penduduk dan isi rumah, penempatan dan kemudahan awam yang disediakan, kepimpinan dan
organisasi sosial, serta kegiatan ekonomi dan sumber mata pencarian. Perbincangan di dalam
kertas ini diakhiri dengan refleksi penyelidik mengenai cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli
Jakun pada masa kini dan implikasinya terhadap usaha integrasi ke dalam kehidupan arus
perdana.
Kata kunci: Orang Asli Jakun; Tasik Chini, Pahang; pemetaan aset komuniti; integrasi nasional;
hubungan etnik.

Pengenalan
Bagaimanapun dengan adanya Seri Pahang dan Seri Gumum dalam Tasik Cini
itu banyak memberi rahmat kepada sekalian makhluk yang tinggal di situ.
Termasuk juga penduduk kawasan itu yang kebanyakannya terdiri daripada

136


orang-orang asli. Lumut yang membaluti kedua ekor naga itu menjadi makanan
kepada kehidupan air yang ada dalam tasik itu. Baik ikan, udang atau lain-
lainnya. Ikan dan udang yang membiak di tasik ini menjadi tangkapan kepada
penduduk yang tinggal di situ.
(Petikan dari buku ‘Juara Yang Tewas’, Aripin Said 1992, p.3)
Petikan di atas berkaitan dengan lagenda naga yang sering dikaitkan dengan Tasik Chini,
Pahang. Selain lagenda naga, Tasik Chini juga terkenal dengan keindahan hamparan bunga
teratai merah jambu yang memikat para pelancong untuk datang berkunjung. Namun demikian,
beberapa dekad kebelakangan ini, bunga-bunga teratai tidak lagi menghampari tasik seperti
dahulu. Kisah naga juga kian pudar dari pengetahuan ramai. Seiringan itu jugalah para pelancong
mula kurang berkunjung ke Tasik Chini. Namun, penduduk Orang Asli yang dinyatakan oleh
Aripin Said dalam petikan di atas masih lagi setia menghuni persisiran Tasik Chini. Kertas ini
bukanlah bertujuan untuk membincangkan tentang naga atau teratai, tetapi akan memfokuskan
kepada status kehidupan Orang Asli yang dahulunya sangat bergantung kepada ‘rahmat’
keberadaan Seri Pahang dan Seri Gumum, serta hamparan teratai di Tasik Chini. Bagaimanakah
keadaan komuniti Orang Asli ini sekarang? Apakah cabaran dan peluang bagi mereka mendepani
perubahan yang berlaku pada masa kini? Sebenarnya, selain daripada pergantungan kepada
kehadiran pelancong, penduduk Orang Asli amat bergantung secara langsung kepada Tasik Chini
dan hutan-hutan di sekitarnya untuk kehidupan seharian mereka. Malangnya, sejak beberapa
dekad kebelakangan ini persekitaran tasik serta hutan di sekelilingnya telah merosot akibat
aktiviti pembalakan dan perlombongan yang berleluasa. Perubahan persekitaran ini memberikan
kesan terhadap kehidupan Orang Asli. Maka, tujuan kertas ini adalah untuk melaporkan status
terkini kehidupan komuniti Orang Asli Tasik Chini berdasarkan hasil bancian pemetaan aset
yang dijalankan pada tahun 2014. Selain daripada itu, kertas ini juga melaporkan hasil temubual
penyelidik bersama komuniti tempatan, serta pemerhatian semasa kerja lapangan dari tahun 2013
hingga kini.
Kehidupan sesebuah komuniti boleh difahami dengan mengenali siapakah kelompok
manusia yang membina komuniti berkenaan serta bagaimanakah cara mereka menjalani
kehidupan dari segi aktiviti seharian, kaedah mendapatkan sumber kehidupan atau mata
pencarian, dan pemilikan aset fizikal mahupun sosial (Scoones, 1998; Chambers, R. & Conway

137


G.R., 1991). Perbincangan tentang kehidupan komuniti Orang Asli Tasik Chini akan dijelaskan
pada peringkat kelompok serta peringkat isi rumah. Di peringkat kelompok, kertas ini akan
memfokuskan kepada aspek kemudahan awam di kawasan perkampungan rasmi dan tidak rasmi,
serta kepimpinan komuniti Orang Asli. Di peringkat isi rumah, kertas ini akan menumpukan
kepada sumber mata pencarian utama dan sampingan, serta gaya hidup dan kekeluargaan Orang
Asli secara umum. Hasil kajian yang dipersembahkan di dalam kertas ini melibatkan enam buah
penempatan Orang Asli iaitu Kampung Gumum, Kampung Ulu Gumum, Kampung Tanjung
Puput, Kampung Cendahan, Kampung Melai dan Kampung Ulu Melai. Di akhir kertas ini,
refleksi dari pengkaji akan dikongsikan, terutama dari aspek cabaran yang dihadapi oleh Orang
Asli Jakun pada masa kini dan implikasinya terhadap usaha integrasi ke dalam kehidupan arus
perdana.

Latar belakang Orang Asli di Tasik Chini


Komuniti Orang Asli sebenarnya telah mendiami kawasan sekitar Tasik Chini sejak
hampir 100 tahun dahulu. Kehidupan Orang Asli Tasik Chini telah berubah dari berpindah-
randah kepada penempatan setempat di tepian tasik sejak sekitar tahun 1915 lagi (Mustafa Omar
et al., 2011). Pada masa kini jumlah penduduk Orang Asli dianggarkan sekitar 400 hingga 500
orang. Komuniti Orang Asli dan penempatan pada masa sekarang ini adalah cerminan masa
lampau, namun saiz populasi telah semakin bertambah hasil perkahwinan sesama komuniti dan
dengan komuniti luar seperti orang Melayu dan Cina. Kajian Mustafa Omar et al. (2011)
mendapati terdapat 462 Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini, dengan pecahan 233
lelaki dan 229 perempuan. Jumlah ini didominasi oleh Orang Asli suku Jakun (93.7%) dan
selebihnya (6.3%) terdiri daripada Orang Asli suku Semelai, orang Melayu, Cina dan lain-lain.
Kajian pemetaan aset di Tasik Chini pada tahun 2014 melibatkan sebanyak 80 buah isi
rumah yang meliputi sejumlah 100 buah keluarga. Kampung Gumum mencatatkan jumlah
keluarga paling tinggi iaitu 32, diikuti oleh Kampung Ulu Gumum (23 buah keluarga), Kampung
Melai dan Ulu Melai (25 buah keluarga), Kampung Tanjung Puput (11 buah keluarga) dan
Kampung Cendahan (9 buah keluarga). Meskipun kebanyakan isi rumah didiami oleh sebuah
keluarga asas, terdapat sebilangan isi rumah yang menempatkan lebih daripada satu keluarga
asas dan ada yang didiami oleh ahli keluarga lain seperti datuk dan nenek (extended family).

138


Responden kajian adalah seramai 80 orang ketua isi rumah (suami) atau pembantu ketua isi
rumah (isteri). Jadual 1 menunjukkan latar belakang demografi responden kajian. Sebanyak 79
peratus responden kajian adalah lelaki manakala 21 peratus lagi adalah wanita. Rata-rata
responden yang ditemui berumur di antara 18 hingga 75 tahun dengan majoriti daripadanya
berketurunan Jakun dan mengamalkan kepercayaan animisme. Dari segi status perkahwinan,
hampir kesemua responden yang ditemui telah berkahwin, kecuali dua orang responden yang
masih bujang dan dua orang lagi berstatus duda. Jika ditinjau dari sudut pencapaian pendidikan
pula, hasil kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang ditemui tidak
mempunyai sebarang latar belakang pendidikan formal, manakala sebahagian kecil yang lain
samada mempunyai pendidikan di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Cuma
seorang responden yang ditemui merupakan pemegang ijazah dari universiti tempatan.
Ringkasnya, dapatan bancian pemetaan aset ini tidak jauh bezanya dengan kajian terdahulu yang
dijalankan oleh Mustafa et al. (2011).

Jadual 1: Demografi responden


Kategori Bilangan responden Peratus (%)
Jantina Lelaki 63 79.0
Perempuan 17 21.0
Umur 18 hingga 30 14 18.2
31 hingga 40 22 28.6
41 hingga 50 19 24.7
51 hingga 60 17 22.1
61 hingga 75 5 6.4
Tidak dinyatakan 3 3.75
Kaum Jakun 71 88.8
Melayu 3 3.8
Semelai 1 1.2
Cina 5 6.2
Agama Animisme 62 77.5

139


Islam 8 10.0
Kristian 7 8.8
Buddha 3 3.7
Status Bujang 2 2.5
perkahwinan Berkahwin 76 95.0
Duda/Janda/Balu 2 2.5
Tahap pendidikan Tidak bersekolah 38 47.5
Sekolah rendah 20 25.0
Sekolah menengah 21 26.3
Pengajian tinggi 1 1.2

Penempatan dan Kemudahan Awam yang Disediakan


Orang-orang Asli di Tasik Chini kebanyakannya tinggal di penempatan rasmi iaitu di
Kampung Gumum. Kampung Gumum telah dibuka pada sekitar tahun 1970an. Pada waktu itu,
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) (kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli
atau JAKOA) telah membina sebanyak 10 buah rumah di bawah program bantuan untuk rakyat
termiskin. Kini, Kampung Gumum telah mempunyai pelbagai kemudahan awam termasuklah
sebuah sekolah rendah, balai raya dan padang. Selain Kampung Gumum, sebahagian kecil Orang
Asli tinggal di penempatan-penempatan tidak rasmi iaitu Kampung Ulu Gumum, Kampung
Cendahan, Kampung Tanjung Puput dan Kampung Melai. Terdapat pelbagai sebab sesetengah
penduduk masih mendiami penempatan tidak rasmi meskipun serba kekurangan dari segi
kemudahan asas. Ada penduduk memberikan sebab mengelakkan konflik keluarga, manakala
yang lain lebih selesa tinggal berdekatan kebun mereka di hutan kerana suasana lebih sejuk
berbanding tinggal di rumah batu di Kampung Gumum. Berikut ini dibincangkan mengenai
kedua-dua penempatan rasmi dan tidak rasmi dengan memfokuskan kepada kemudahan-
kemudahan asas yang disediakan di kedua-dua kawasan.

140


Foto 1: Salah sebuah rumah di Kampung
Gumum. Rumah ini dibina dari kayu Foto 2: Rumah yang dibina dari batu dan kayu;
sepenuhnya dan diluaskan sedikit demi sedikit dimiliki oleh tuan punya Rajan Jone’s
bergantung kepada kecukupan bahan binaan. Guest House.


Foto 3: Balai raya ini letaknya di kedudukan Foto 4: Jeti Kampung Gumum yang baru
strategik di Kg Gumum. dinaik taraf pada pertengahan tahun 2014.

Baru-baru ini, pada sekitar pertengahan tahun 2015, sebanyak tujuh buah rumah lagi dibina
pihak kerajaan sebagai bantuan pasca-banjir berikutan beberapa rumah telah rosak akibat banjir
pada penghujung tahun 2014. Rumah-rumah yang baru dibina ini dilengkapi dengan tiga buah

Foto 6: Makmal komputer sekolah
Foto 5: Sekolah Kebangsaan Tasik Chini 141
dimanfaatkan untuk kegunaan pembelajaran
merupakan antara sekolah orang asli terbaik golongan dewasa.
di Malaysia.
Penempatan rasmi dan kemudahan asas yang disediakan
Pada peringkat awal penubuhan penempatan rasmi Orang Asli di Kampung Gumum,
pihak JHEOA telah membina rumah-rumah penduduk yang dikenali sebagai Rumah Melati.
Menurut salah seorang penduduk yang ditemubual, rumah Melati diperbuat dari kayu, dan boleh
dikatakan bersaiz besar. Rumah Melati mempunyai sebuah ruang tamu, sebuah bilik tidur dan
sebuah dapur. Namun demikian, rumah-rumah Melati yang dibina dulu kini telah uzur dan
kurang sesuai untuk diduduki. Selain daripada rumah Melati, pihak JAKOA juga ada membina
rumah-rumah lain secara berperingkat di bawah rancangan Pembangunan Penempatan Rakyat
Termiskin (PPRT).
Rumah-rumah yang pada mulanya diperbuat daripada papan, kemudiannya digantikan
dengan rumah-rumah batu yang lebih selesa dari segi keluasan dan pembahagian ruang. bilik
serta tandas dan bilik air. Selain daripada rumah-rumah yang dibina oleh pihak kerajaan, terdapat
juga sebilangan kecil rumah yang dihadiahkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Selebihnya, rumah-rumah di Kampung Gumum dibina sendiri oleh pemiliknya. Hasil pemetaan
aset yang dijalankan merakamkan gambar-gambar pelbagai jenis rumah yang terdapat di
Kampung Gumum. Kebanyakan rumah dibina daripada papan sepenuhnya, manakala yang lain
dibina daripada gabungan papan dan batu, dan sebahagian kecil lagi dibina daripada batu
sepenuhnya.
Sebagai penempatan rasmi, Kampung Gumum dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan awam bagi kegunaan komuniti setempat. Antara kemudahan yang ada termasuklah
jalan raya berturap, balai raya, sekolah, surau, gelanggang futsal dan padang bola sepak.
Kemudahan-kemudahan ini semuanya terletak berhampiran satu sama lain, di lokasi berdekatan
jeti. Lokasi strategik ini memudahkan penduduk Kampung Gumum dan kampung-kampung lain
di sekitarnya untuk datang menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan serta untuk beriadah di
petang hari.
Penempatan tidak rasmi dan kemudahan asas yang disediakan
Kampung-kampung selain Kampung Gumum merupakan penempatan tidak rasmi bagi
penduduk Orang Asli Tasik Chini. Kampung Ulu Gumum yang letaknya betul-betul di sebelah
Kampung Gumum turut mendapat kemudahan elektrik dan air sebagaimana penempatan rasmi.
Namun demikian, kampung-kampung lain seperti Kampung Melai dan Ulu Melai, Kampung

142


Cendahan dan Kampung Tanjung Puput semuanya tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air
paip. Temubual bersama Ketua Kampung Tanjung Puput melaporkan bahawa permintaan beliau
untuk memohon lampu jalan sepanjang laluan masuk ke kampungnya telah beberapa kali ditolak
pihak berwajib. Menurut beliau lagi, permohonan mereka ditolak kerana kedudukan kampung
yang terpencil menyukarkan pembinaan tiang elektrik selain jumlah penduduk kampung yang
sedikit dianggap kurang praktikal untuk kos pembinaan yang tinggi. Namun begitu, terdapat
panel solar yang didermakan oleh syarikat korporat dengan kerjasama Kementerian Pelancongan
Malaysia. Panel solar ini menyediakan kemudahan lampu bagi tandas awam yang dibina di
kampung Tanjung Puput. Demikian juga keadaannya di Kampung Cendahan di mana terdapat
sebuah panel solar bagi kegunaan penjanaan tenaga elektrik di tandas awam. Meskipun panel-
panel solar ini hanya untuk kegunaan di tandas awam kedua-dua kampung, penduduk setempat
juga sepatutnya boleh memanfaatkan kemudahan ini. Namun demikian, hasil temubual
mendapati penduduk kampung tidak menggunakan kemudahan tandas-tandas awam ini kerana
mereka khuatir akan mengotorkan tandas-tandas tersebut dan menyebabkan rasa tidak selesa
kepada pelancong-pelancong yang datang. Dengan jumlah kedatangan pelancong yang tidak
serancak tahun-tahun lepas, akhirnya tandas-tandas awam di kedua-dua buah kampung menjadi
‘gajah putih’ sahaja. Panel-panel solar yang disediakan untuk menerangkan tandas-tandas
tersebut di kedua-dua Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput turut tinggal begitu
sahaja kerana tidak digunakan dan diselenggarakan dengan baik. Hal ini boleh dielakkan kiranya
pihak yang memasang panel solar tersebut bukan hanya memasang, tetapi juga mendidik
penduduk tentang penjagaan dan penggunaan panel solar berkenaan.
Sebenarnya, Kampung Tanjung Puput dan Kampung Cendahan telah dikenalpasti untuk
menjadi destinasi persinggahan bagi pelancong-pelancong yang ingin meninjau kehidupan Orang
Asli di Tasik Chini. Kampung Tanjung Puput dilengkapi dengan pentas kecil bagi persembahan
kebudayaan untuk tontonan pelancong. Pentas kecil ini, seperti juga tandas awam yang Kampung
Tanjung Puput, kini tinggal tidak terjaga akibat kekurangan pelancong dan ketiadaan mereka
yang berupaya membuat persembahan kebudayaan. Jika Kampung Tanjung Puput dikhususkan
untuk persembahan kebudayaan, Kampung Cendahan pula memfokuskan kepada penjualan
cenderahati untuk pelancong. Setibanya pelancong di kampung ini, perkara pertama yang dilihat
adalah gerai jualan kraftangan dan hasil hutan, serta satu tempat khas untuk berlatih menyumpit.

143


Gerai ini masih beroperasi hingga kini meskipun barangan jualannya hanya diperagakan secara
ala kadar dan harga yang diletakkan juga tidak menepati nilai sebenar barangan berkenaan.
Jika dilihat dari segi akses, faktor kedudukan Kampung Tanjung Puput dan Kampung
Cendahan yang agak terpencil dan jauh di antara satu sama lain menyebabkan akses melalui
jalan raya adalah kurang praktikal. Demikian juga halnya dengan Kampung Melai. Oleh itu,
pengangkutan air melalui tasik merupakan alternatif terbaik bagi menghubungkan kampung-
kampung Melai, Cendahan, Tanjung Puput dengan Kampung Gumum. Setiap kampung ini
mempunyai jeti masing-masing. Jeti-jeti di keempat-empat kampung ini baru saja dinaik taraf,
dari jeti kayu kepada jeti konkrit, pada tahun 2014 yang lalu. Meskipun kemudahan awam di
kampung-kampung tidak rasmi tidaklah lengkap seperti penempatan rasmi di Kampung Gumum,
pihak berwajib tidak mengabaikan penduduk-penduduk di penempatan tidak rasmi ini. Ini
terbukti dengan pelbagai bentuk bantuan yang diberikan sesuai dengan keadaan kampung-
kampung tersebut yang terpencil dan mempunyai populasi penduduk yang rendah; tidak seramai
Kampung Gumum. Meskipun ada penduduk yang menyuarakan rasa kurang senang dengan
kemudahan yang terhad, sebilangan daripada mereka sebenarnya memilih sendiri untuk tinggal
di kampung-kampung tidak rasmi. Tinjauan mendapati ada di antara penduduk di penempatan
tidak rasmi ini sebenarnya turut memiliki kediaman di Kampung Gumum, namun membuat
keputusan untuk tinggal di penempatan tidak rasmi kerana berasa lebih selesa di situ.


Foto 7: Gerai jualan cenderahati, tempat Foto 8 : Pentas tempat persembahan
latihan menyumpit serta tandas awam yang kebudayaan yang telah tidak digunakan
terletak di Kampung Cendahan. lagi di Kampung Tanjung Puput.

144


Kepimpinan dan Organisasi Sosial
Komuniti Orang Asli Tasik Chini mempunyai struktur kepimpinan formal yang diketuai
seorang Tok Batin. Tok Batin memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjamin
ketenteraman komuniti serta menjadi penghubung atau orang tengah bila berurusan dengan pihak
luar. Tok Batin juga berfungsi menentukan dan menetapkan peraturan dalam komuniti, serta
berkuasa dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh ahli
komunitinya. Tok Batin Awang Alok adalah pemimpin rasmi yang dilantik sejak sekitar tahun
1970an oleh pihak kerajaan bagi mengetuai penduduk orang asli Tasik Chini. Sebelum adanya
lantikan rasmi, jawatan Tok Batin biasanya diturunkan di dalam keluarga yang sama. Dengan
adanya lantikan rasmi dari kerajaan, elaun khas diberikan kepada Tok Batin Awang Alok bagi
membantu tugasnya menjaga kebajikan penduduk Orang Asli di kesemua perkampungan di
Tasik Chini. Tok Batin Awang Alok menjadi jurucakap bagi penduduk selain bertindak sebagai
gatekeeper bagi memudahkan akses orang luar ke dalam komuniti tempatan. Beliau juga hadir di
dalam majlis-majlis rasmi serta mesyuarat bersama pihak luar.
Selain daripada Tok Batin, terdapat juga Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang
tugasnya menjaga kebajikan penduduk, menjadi wakil penduduk di dalam mesyuarat bersama
pihak luar serta menyelaras sebarang aktiviti yang dijalankan. Perlantikan JKK adalah secara
undian dan anggota JKK dipilih oleh penduduk kampung dalam satu mesyuarat khas. Pemilihan
ini kemudian dikemukakan kepada pihak JAKOA untuk mendapatkan pengesahan. Pengerusi
JKK bagi Kampung Gumum adalah seorang wanita muda bernama Puan Nashita Dewi. Puan
Nashita dilantik pada tahun 2016 bagi menggantikan Pengerusi JKK sebelum ini, iaitu Encik
Hamran yang merupakan anak kepada Tok Batin Awang Alok. Pengerusi JKK
bertanggungjawab menjaga kebajikan orang kampung serta bertindak sebagai wakil dalam
sebarang aktiviti bersama pihak luar. Antara perkara yang sering dibincangkan di dalam
mesyuarat JKK adalah soal cara meningkatkan pendapatan orang kampung dan bagaimana
mengatasi masalah kemudahan infrastruktur di tempat tinggal mereka. Selain itu soal pemilikan
tanah, pembahagian saham hasil kelapa sawit, gaji dari ladang sawit dan masalah pencemaran air
serta pengurusan banjir turut menjadi topik perbincangan JKK.
Selain Tok Batin dan JKK, terdapat juga Ketua-Ketua Kampung di setiap penempatan
Orang Asli di Tasik Chini. Ketua-ketua kampung ini bertanggungjawab terhadap anak-anak buah

145


mereka dan juga mewakili kampung dalam mesyuarat serta aktiviti dengan pihak luar. Ada di
antara mereka turut terlibat dalam lawatan ke luar negara yang dianjurkan pihak kerajaan
bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat terpinggir. Kewibawaan ketua-ketua
kampung menjadi faktor penyumbang kepada kesatuan dan kejayaan komuniti di bawah
jagaannya.
Selain pemimpin-pemimpin formal, terdapat juga individu-individu lain yang
berpengaruh dalam kalangan penduduk orang asli Tasik Chini. Mereka ini menjadi role model
atau ikutan bagi orang lain serta mempunyai jaringan yang baik dengan orang luar. Salah
seorang pemimpin tidak formal yang ingin ditonjolkan di sini ialah mantan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Chini, Encik Akit Huat. Beliau merupakan seorang individu berwibawa yang
menjadi tonggak kejayaan sekolah yang diketuainya. Beliau merupakan seorang yang
berpandangan jauh dan sangat bermotivasi serta komited terhadap pembangunan pendidikan
anak-anak orang asli. Menurutnya, jika ada pelajar yang selalu tidak hadir ke sekolah, beliau dan
guru-guru akan pergi melawat rumah pelajar berkenaan untuk meninjau jika terdapat sebarang
masalah dan bantuan yang diperlukan. Encik Akit Huat banyak menganjurkan program
peningkatan pendidikan seperti kelas tambahan dan kelas dewasa selain program motivasi untuk
ibu bapa.
Selain Encik Akit Huat, terdapat juga beberapa orang individu yang terdiri daripada
anak-anak muda yang mempunyai jaringan yang baik dengan NGO yang memperjuangkan hak
Orang Asli di negara ini. Anak-anak muda ini berpengaruh dalam menyuarakan pandangan
mengenai kehidupan mereka kepada pihak luar. Ada kalanya golongan anak-anak muda ini
bertentangan pendapat dengan kepimpinan formal di Tasik Chini dan mengakibatkan konflik di
antara mereka. Pandangan alternatif yang mereka dapati hasil jaringan yang luas menjadi
cabaran kepada kepimpinan Tok Batin di Tasik Chini.

Kegiatan Ekonomi dan Sumber Pendapatan Isi Rumah


Orang Asli secara tradisinya mengamalkan ekonomi sara diri dan ‘cukup hidup’. Aktiviti-
aktiviti yang biasa dilakukan untuk mencari sumber rezeki bagi menyara kehidupan adalah
menjala ikan di tasik, berburu serta mengutip hasil hutan, mengerjakan kebun getah secara kecil-
kecilan, berkebun menaman ubi kayu dan sayur-sayuran, dan menternak ayam itik di sekitar

146


kawasan rumah. Kegiatan ekonomi sara diri tradisional ini masih lagi diamalkan, namun
sebahagian Orang Asli terutamanya dari generasi muda telah mula berubah daripada
pergantungan kepada ekonomi sara diri kepada pekerjaan berpendapatan tetap (Er Ah Choy et
al., 2010). Meskipun demikian, hasil bancian pemetaan aset mendapati bahawa jumlah mereka
yang terlibat dalam pekerjaan berpendapatan tetap sebenarnya adalah sangat rendah. Hal ini
boleh dikaitkan dengan sikap Orang Asli yang selalunya ingin mendapatkan sumber kewangan
segera dan tidak biasa menanti hingga hujung bulan untuk mendapat gaji. Ada juga Orang Asli
yang keluar bekerja di bandar untuk beberapa bulan bagi mengumpulkan wang dan kemudiannya
pulang ke kampung mereka. Mereka kemudiannya keluar lagi bekerja bila merasakan perlu
mendapatkan wang tambahan.
Hasil bancian pemetaan aset 2014 mendapati sebahagian besar penduduk menjadikan
aktiviti menoreh getah sebagai sumber mata pencarian utama mereka. Bagi mereka yang
mempunyai ladang kelapa sawit, sumber kewangan utama mereka datangnya dari pajakan
kepada Risda, FELDA dan seumpamanya. Sebahagian daripada Orang Asli menerima sebanyak
RM600 sebulan hasil saham dan bonus dari tanah mereka yang dipajakkan. Menurut Tok Batin,
pihak kerajaan telah memberikan sebanyak enam ekar tanah kelapa sawit selain tanah seluas
suku ekar untuk pembinaan rumah dan bercucuk tanam kepada 100 daripada sejumlah 150
keluarga Orang Asli di Tasik Chini. Tanah ladang sawit Orang Asli dibangunkan oleh pihak
RISDA dan FELCRA serta juga Jabatan Agama Islam.
Selain daripada pergantungan pendapatan dari sumber getah dan kelapa sawit, Orang Asli
juga mempunyai sumber pendapatan sampingan dari pelbagai aktiviti lain. Bagi mereka yang
rajin melakukan pelbagai pekerjaan, pendapatan boleh mencecah RM1,000 sebulan. Antara
sumber pendapatan sampingan yang dilakukan oleh penduduk kampung adalah memancing,
menjala ikan, memburu, membuat ukiran dan memungut hasil hutan seperti damak, rotan, serta
tongkat ali. Menurut Encik Hamran, “Ada orang yang cari rotan panjang dalam tiga kaki...
namanya rotan cincin.” Kunjungan ke kawasan perkampungan menunjukkan terdapat penduduk
yang menjemur hasil kayuan dan dedaun herba yang mempunyai nilai perubatan. Dari segi
haiwan buruan, penduduk memaklumkan aktiviti ini semakin sukar sekarang memandangkan
banyak kawasan hutan telah dilapangkan oleh aktiviti pembalakan dan perlombongan. Misalnya,
dulu lebih mudah untuk penduduk berburu babi hutan, namun kini semakin sukar. Demikian juga

147


hasil tangkapan ikan di tasik juga semakin berkurangan. Tumbuh-tumbuhan badan pokok-pokok
yang mempunyai nilai perubatan dan boleh digunakan untuk membuat anyaman dan ukiran juga
kini tidak banyak yang tinggal.
Orang Asli juga mendapat sumber kewangan sampingan dengan penglibatan di dalam
sektor pelancongan di mana sebilangan kecil daripada mereka terlibat sebagai pemandu bot dan
menjual barang-barang cenderahati serta bekerja di resort berdekatan. Sektor pelancongan juga
kini terjejas akibat kemusnahan alam sekitar (Habibah Ahmad et al., 2010, 2013). Selain bekerja
di dalam sektor pelancongan, sebilangan Orang Asli bekerja di kilang herba yang dipunyai oleh
seorang penduduk tempatan yang berjaya. Penduduk datang bekerja di kilang ini serta mendapat
upah harian mengikut kerja yang dilakukan. Pekerja lelaki biasanya membuat kerja-kerja yang
lebih berat manakala pekerja wanita ditugaskan dalam kerja yang ringan seperti meracik tongkat
ali. Upah bagi satu kilo tongkat ali yang diracik adalah RM1.00. Ada juga penduduk yang
ditemui menyatakan rasa tidak puas hati dengan upah yang rendah dan tidak mahu bekerja di
kilang herba kerana, “sakit jari-jari meracik tapi duitnya sedikit saja”.
Secara amnya, peranan mencari sumber pendapatan adalah tugas ketua keluarga atau
bapa dalam sesebuah keluarga. Kebanyakan kaum ibu tidak bekerja, namun ramai juga yang
membantu kaum bapa menoreh getah, mencari hasil hutan serta menangkap ikan. Menurut kajian
Crabtree & Parker (2014), orang-orang asli di Tasik Chini kebanyakannya tergolong dalam
kelompok miskin dengan purata pendapatan RM527 sebulan. Kadar pengangguran juga
dilaporkan tinggi. Kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi ini diakibatkan oleh pelbagai
faktor yang saling berkaitan, iaitu kemerosotan alam sekitar yang menjadi sumber rezeki bagi
penduduk tempatan, taraf pendidikan yang rendah, kekurangan kemahiran serta sikap kurang
produktif yang menjadi amalan sesetengah penduduk tempatan. Rajah 1 menunjukkan pelbagai
jenis pekerjaan yang dilakukan oleh orang asli sebagaimana dilaporkan dalam bancian pemetaan
aset yang dijalankan pada tahun 2014.

148


Rajah 1: Jenis pekerjaan yang dijalankan oleh Orang Asli Tasik Chini


Foto 9: Kilang herba milik salah seorang
penduduk Orang Asli Tasik Chini. Kilang
ini memberikan peluang pekerjaan dengan
gaji harian untuk penduduk setempat. Foto 10: Akar, kayu dan daun-daun yang
dikutip dan dikeringkan untuk dijadikan
herba perubatan.

149


Ringkasnya, meskipun rata-rata penduduk orang asli Tasik Chini mempunyai sumber
mata pencarian utama dan sampingan, pendapatan mereka adalah rendah dan secukupnya sahaja.
Hasil pemetaan aset menunjukkan bahawa majoriti kaum bapa menjana sebanyak RM20 atau
kurang secara harian. Kaum ibu pula rata-ratanya tidak bekerja. Sebilangan kecil yang bekerja
turut melaporkan penjanaan pendapatan sekitar RM 20 sehari. Selain itu, penduduk Orang Asli
ini rata-ratanya tidak mempunyai simpanan atau pelaburan untuk kegunaan masa hadapan.
Pendapatan rendah dan ketiadaan simpanan ini amat berkait rapat dengan tahap pendidikan dan
kemahiran yang rendah dalam kalangan mereka. Hal ini menyebabkan sesetengah daripada
mereka mudah dieksplotasi atau ada yang tidak dapat merealisasikan cita-cita mereka. Seorang
pemuda yang ditemui di Kampung Ulu Melai menceritakan bahawa beliau sesekali keluar
bekerja di tapak binaan di bandar berdekatan; namun pernah ditipu oleh tauke yang tidak
membayar gaji apabila projek tiba-tiba diberhentikan. Kisah lain yang dikongsi termasuklah
pengalaman seorang penduduk wanita yang bekerja dengan syarikat perkapalan. Beliau berhenti
setelah mendirikan rumahtangga dan bercita-cita untuk membuka sebuah restoran namun
hasratnya belum tercapai akibat kurangnya modal dan pengetahuan perniagaan.
Perkongsian pengalaman Orang Asli ini menggambarkan kecenderungan golongan muda
untuk mencari sumber pendapatan di luar kampung mereka. Lokasi tempat tinggal Orang Asli
Tasik Chini yang tidak jauh dari perkampungan Melayu serta penempatan FELDA menyebabkan
mereka terdedah kepada cara hidup dan pekerjaan di luar kawasan mereka sendiri. Selain itu,
kemusnahan alam sekitar yang mengakibatkan kehilangan sumber hutan serta perikanan
menambahkan lagi kesukaran untuk bergantung kepada sumber mata pencarian tradisional
mereka. Tambah memburukkan keadaan adalah sikap sebahagian Orang Asli yang mudah berasa
selesa dan tidak mahu berubah. Gabungan pelbagai faktor ini menunjukkan peluang
penambahbaikan yang luas terbuka untuk membangunkan komuniti Orang Asli Tasik Chini dari
segi ekonomi.

Persekitaran Keluarga dan Kemudahan Isi Rumah


Gaya hidup santai dan ‘cukup hidup’ dalam kalangan Orang Asli jelas kelihatan apabila
berkunjung ke kawasan kediaman mereka. Rumah-rumah kediaman orang Asli Tasik Chini
biasanya didirikan secara berkelompok dan berdekatan di antara satu sama lain. Mereka yang

150


tinggal berdekatan biasanya mempunyai pertalian saudara antara satu sama lain. Selalunya
selepas waktu tengahari dan awal petang, ahli-ahli keluarga yang baru pulang bekerja akan
bersantai bersama-sama anak isteri di anjung rumah. Kanak-kanak juga bebas bermain di sekitar
kampung tanpa pengawasan orang dewasa. Rumah-rumah di perkampungan orang Asli ini rata-
ratanya mempunyai persekitaran luar yang luas. Meskipun kawasan luar rumah mereka luas dan
kelihatan bersih, tidak ramai penduduk yang memanfaatkan kawasan sekitar ini untuk aktiviti
bercucuk tanam atau menternak ayam itik. Ruang-ruang kosong di sekitar rumah penduduk
selalunya dibiarkan kosong begitu sahaja atau ditumbuhi rumput dan tumbuhan liar. Menurut
penyelidik yang telah lama menjalankan kajian di kawasan Tasik Chini, usaha untuk
menggalakkan penduduk bercucuk tanam di sekitar rumah pernah dijalankan namun tidak
berjaya. Projek yang diusahakan ketika itu ialah penanaman cili Bangi. Anak-anak pokok telah
disediakan oleh pihak UKM dan penduduk diberikan tanggungjawab untuk memelihara pokok-
pokok tersebut hingga mendatangkan hasil. Malangnya, sambutan penduduk tidak menggalakkan
dan menyebabkan projek tidak dapat diteruskan. Hasil tinjauan yang dilakukan juga mendapati
kurangnya usaha untuk bercucuk tanam atau menternak di kawasan rumah. Beberapa penduduk
yang ditanyakan mengenai hal ini menyatakan bahawa mereka tidak berminat. Seorang
penduduk memberi sebab sukarnya bercucuk tanam dan menternak kerana, “tanaman selalu
diserang babi hutan dan anak ayam dimakan helang”. Seorang penduduk lain yang kelihatan
mempunyai beberapa koleksi orkid liar yang menarik di luar rumahnya menyatakan bahawa
beliau mengutip orkid-orkid tersebut dari hutan, namun tidak berminat untuk menjadikan aktiviti
mengumpul dan membiak orkid liar sebagai aktiviti menjana pendapatan sampingan dengan
alasan sibuk menguruskan anak-anak. Kebanyakan penduduk biasanya lebih selesa mengail ikan
di tasik serta mendapatkan sumber sayuran dan hasil hutan yang tumbuh meliar di persekitaran
mereka. Namun disebabkan keadaan tasik dan hutan yang kian merosot, mereka kini terpaksa
membeli bekalan makanan dari kawasan perkampungan Felda atau dari penjual yang datang
memasuki kampung mereka.
Jika ditinjau persekitaran dalaman rumah pula, kebanyakan rumah Orang Asli bersaiz
kecil atau sederhana, serta tidak dilengkapi perabut ruang tamu mahupun bilik tidur. Dari segi
milikan peralatan elektrik, faktor ketiadaan bekalan serta ketidakmampuan dari segi ekonomi
menyebabkan tidak ramai penduduk mempunyai kemudahan-kemudahan seperti televisyen,

151


radio, peti sejuk dan sebagainya. Hanya penempatan rasmi di Kampung Gumum dilengkapi
dengan kemudahan bekalan elektrik di rumah. Meskipun kemudahan elektrik disediakan,
penduduk setempat rata-ratanya hanya mempunyai peralatan elektrik asas sahaja. Misalnya,
daripada 32 buah keluarga di Kampung Gumum, 24 keluarga sahaja yang memiliki televisyen,
11 buah keluarga mempunyai radio, 19 mempunyai peti sejuk dan hanya 6 keluarga memiliki
Astro. Meskipun bilangan rumah yang mempunyai televisyen boleh dikatakan tinggi, sebilangan
daripada penduduk sebenarnya tidak menggunakan kemudahan tersebut kerana gangguan siaran.
Apabila ditanya apakah yang dilakukan dengan televisyen tersebut, ada yang mengatakan ianya
tinggal begitu sahaja dan ada yang menggunakannya untuk berkaroake. Selain kemudahan
barangan elektrik di rumah, tinjauan pemetaan aset turut merekodkan status milikan peralatan
telekomunikasi dan komputer. Responden di Kampung Gumum, hampir kesemuanya iaitu 25
orang mempunyai telefon bimbit dan hanya sebahagian kecil mempunyai talian telefon di rumah.
Tinjauan di kampung-kampung lain juga menunjukkan responden rata-ratanya mempunyai
telefon bimbit. Dari segi milikan komputer pula, hanya 3 orang responden menyatakan mereka
mempunyai komputer di rumah dan cuma 4 orang responden mempunyai kemudahan komputer
riba/tablet/iPad. Selain bekalan elektrik, sumber air bersih juga menjadi cabaran bagi
perkampungan tidak rasmi Orang Asli, terutama pada musim banjir. Ini kerana penduduk-
penduduk di Kampung Melai, Kampung Tanjung Puput dan Kampung Chendahan masih
bergantung kepada air tasik dan air perigi di tepian tasik untuk kegunaan harian mereka. Pada
musim banjir, perigi-perigi di pinggiran tasik ditenggelami air dan air tasik pula dicemari oleh
lumpur dan mendakan dari kawasan hutan yang digondolkan. Menyedari masalah ini, pihak
kerajaan telah membina kelengkapan pam dan tangki air di Kampung Chendahan pada sekitar
tahun 2015. Kampung Melai yang hanya dihuni oleh sebuah keluarga turut diberikan
kelengkapan pam air serta satu set generator. Ringkasnya, meskipun terdapat kekangan dan
cabaran dari segi kemudahan asas bagi penduduk Orang Asli, namun dapat dilihat
penambahbaikan berterusan hasil bantuan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun NGO.

Perbincangan dan Kesimpulan


Bahagian ini akan mengenengahkan refleksi pengkaji mengenai gaya hidup Orang Asli
Tasik Chini dalam konteks usaha integrasi ke dalam kehidupan arus perdana. Analisis SWOT

152


(kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran) digunakan bagi memudahkan perbincangan.
Pertama, dari aspek kekuatan, komuniti Orang Asli boleh dikatakan beruntung kerana mereka
telah bertapak sejak sekian lama di kawasan Tasik Chini. Komuniti Orang Asli telah mengenali
selok-belok kawasan hutan dan tasik dengan begitu baik sekali. Selain itu, kisah lagenda naga
Tasik Chini dan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO juga boleh dimanfaatkan
untuk memperkasakan komuniti setempat, terutama dari segi menghidupkan kembali sektor
pelancongan dengan memberi penekanan kepada pelancongan pembelajaran (edu-tourism).
Selain itu, kearifan masyarakat Orang Asli tempatan dari segi jenis-jenis dan khasiat tumbuhan
herba dan hasil hutan selain kemahiran menganyam dan mengukir boleh dijadikan pakej tarikan
pelancong edu-tourism. Satu lagi kekuatan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti Orang Asli
Tasik Chini adalah dari segi saiz populasi komuniti mereka yang tidak terlalu besar dan tidak
pula terlalu kecil, selain komposisi usia dan jantina yang agak seimbang. Profail komuniti
mereka yang sebegini menyediakan sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam usaha
pembangunan dan pemerkasaan.
Kedua, dari aspek kelemahan – terdapat tiga perkara yang perlu diambil serius dalam
usaha memperkasa dan mengintegrasikan masyarakat Orang Asli ke dalam kehidupan arus
perdana. Tiga perkara tersebut adalah berkaitan soal (1) akses atau keterhubungan dengan dunia
luar, (2) masalah kemiskinan, dan (3) sikap sambil lewa serta kurang daya saing Orang Asli.
Pertama, kedudukan perkampungan Orang Asli yang jauh di pedalaman sememangnya
menimbulkan kesukaran dari segi akses kepada pembangunan infrastruktur. Kewujudan
kampung-kampung tidak rasmi yang menempatkan bilangan penduduk yang rendah dan letaknya
jauh antara satu sama lain menyukarkan lagi usaha pembangunan. Namun demikian, kesukaran
berkaitan akses ini nampaknya makin hari makin diatasi dengan adanya teknologi terkini
misalnya penggunaan tenaga solar bagi kampung-kampung tidak rasmi yang tidak dapat
dibekalkan dengan tenaga elektrik biasa. Selain itu, kemudahan telefon dan internet juga telah
mula sampai ke perkampungan Orang Asli Tasik Chini. Ini secara tidak langsung dapat
menghubungkan masyarakat tempatan dengan dunia luar, meskipun bukan dari segi fizikal
menggunakan perhubungan pengangkutan jalan raya. Pendeknya, masyarakat Orang Asli kini
boleh mendapatkan maklumat dan menjadi sumber maklumat kepada dunia luar tanpa perlu
keluar dari kawasan perkampungan mereka. Kedua, masalah kemiskinan sememangnya

153


membelenggu kehidupan Orang Asli. Hal ini diburukkan lagi oleh kemerosotan alam sekitar
tasik dan hutan yang menjadi punca rezeki mereka. Selain itu, taraf pendidikan yang rendah serta
kurang kemahiran juga menyukarkan usaha mengintegrasi Orang Asli ke dalam sektor pekerjaan
yang banyak tersedia di bandar-bandar berdekatan. Ketiga, kelemahan dari segi sikap masyarakat
Orang Asli sendiri. Kehidupan laid back di kawasan kampung yang jauh dari orang lain telah
menanamkan sikap sambil lewa dan kurang daya saing yang sebati dalam diri ramai daripada
mereka. Hal ini membantutkan banyak usaha pemerkasaan yang dibawa oleh pihak luar, selain
menyebabkan hampir tiada atau amat kurang sekali usaha perubahan yang datangnya dari
dalaman komuniti sendiri.
Ketiga, dari aspek peluang, sebenarnya komuniti Orang Asli Tasik Chini bukanlah terlalu
mundur jika dibandingkan dengan komuniti-komuniti Orang Asli di tempat lain di Malaysia.
Banyak pihak dari badan kerajaan dan bukan kerajaan telah datang memberikan bantuan dalam
pelbagai bentuk kepada komuniti Orang Asli Tasik Chini. Selain itu, ada juga usaha-usaha
melatih komuniti Orang Asli dalam pelbagai aspek, bertujuan menyediakan mereka untuk
pasaran kerja serta interaksi bersama masyarakat luar. Misalnya pihak UKM sendiri telah
menjalankan bengkel untuk melatih pemandu pelancong Rizab Biosfera UNESCO Tasik Chini.
Usaha ini diharapkan dapat dikembangkan lagi sehingga komuniti Orang Asli dapat membina
dan mengendalikan sektor edu-pelancongan mereka sendiri. Selain daripada bantuan pihak luar,
terdapat juga segelintir Orang Asli yang telah mengorak langkah menyertai sektor pekerjaan dan
keusahawanan di luar kawasan mereka. Tambahan lagi, telah ada beberapa orang anak-anak
Orang Asli yang berjaya dalam bidang pendidikan. Mereka inilah yang diharapkan nanti dapat
menjadi role model kepada generasi muda pada masa akan datang.
Akhirnya, cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli Tasik Chini adalah
berkaitan kemerosotan alam sekitar tasik dan hutan di sekeliling mereka. Hal ini sememangnya
berada di luar kekuasaan mereka, hingga menyebabkan timbulnya rasa kecewa dan tiada upaya
untuk mengubah keadaan. Saban hari mereka melihat sendiri hutan di keliling mereka
digondolkan dan sumber-sumber hutan yang dulunya banyak kian hilang. Mereka juga merintih
tentang hasil tangkapan ikan yang makin berkurangan, bunga teratai yang tiada lagi di tasik dan
air tasik yang tidak lagi sejernih dulu. Semua ini menunjukkan kebergantungan yang tinggi
masyarakat Orang Asli terhadap unsur-unsur semula jadi di sekeliling mereka. Namun begitu,

154


dalam cabaran masa kini, kebergantungan ini tidak dapat tidak haruslah dikurangkan.
Masyarakat Orang Asli kini perlu belajar untuk menghasilkan sendiri keperluan harian mereka
dengan cara menanam tanaman keperluan, menternak ayam itik serta membela ikan sangkar di
kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. Dengan cara ini keperluan harian mereka boleh
dipenuhi dan hasil yang berlebihan dapatlah dijual kepada masyarakat luar. Interaksi yang timbul
dalam aktiviti jual beli ini diharapkan membina kesefahaman antara Orang Asli dan masyarakat
luar.
Ringkasnya, usaha integrasi masyarakat Orang Asli Tasik Chini ke dalam kehidupan arus
perdana merupakan satu proses yang telah lama bermula, dan masih terus berjalan. Meskipun
terdapat cabaran dan halangan, usaha ini nampaknya sedikit sebanyak telah membuahkan hasil.
Kunci kepada kejayaan usaha ini letaknya kepada pemerkasaan ekonomi serta pembinaan sikap
dan pemikiran masyarakat itu sendiri.

Penghargaan
Penyelidikan ini dijalankan menggunakan geran LIV-2015-05 dan EP-2016-030.

Rujukan
Aripin Said. (1992). Juara Yang Tewas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, R. & Conway, G.R. (1991). Sustainable rural livelihoods: Practical concepts for the
21st century. IDS Discussion Paper 296. http://www.opendoc.ids.ac.uk/opendocs. (30th
March 2015).

Crabtree, S. A. & Parker, J. (2014). Report on ethnographic work at Tasik Chini. Bournemouth
University & Tasik Chini Research Centre, UKM. Retrieved 30th March 2015.
http://eprints.bournemouth.ac.uk/21438/1/Report%20on%20Ethnographic%20Work%20at
%20Tasik%20Chini%204th%20April%20copy.pdf.

Habibah A., Er A.C., Mushrifah I., Hamzah, J., Sivapalan, S., Buang, A., Toriman, M.E. &
Sharifah Mastura, S.A. (2013). Revitalizing ecotourism for a sustainable Tasik Chini
Biosphere Reserve. Asian Social Science, Vol.9, No. 14, pp. 70-85.

Mustaffa Omar, Zanisah Man & Ishak Yussof. (2011). Strategi tradisional komuniti Jakun Tasik
Chini, Pahang mengurus sumber semulajadi secara lestari. Jurnal e-Bangi. No. 6, Vol. 2,
pp.239-254.

155


Scoones, Ian. (n.d.) Sustainable rural livelihoods: A framework for analysis. IDS Working Paper
72. http://www.mobile.opendocs.ids.ac.uk. (retrieved, 30th March 2015).

Er Ah Choy, Zalina & Joy Jacqueline Pereira. (2010). Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli :
Kajian Kes Di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor Malaysia. Jurnal Melayu. (5) 2012,
pp. 295-314.

Habibah, Hamzah & Mushrifah Idris. (2010). Sustainable livelihood of the community in Tasik
Chini biosphere reserve: the local practices. Journal of Sustainable Development. 3(3), pp.
284-196.

156


Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Alat Perpaduan di bawah Dasar
Integrasi Nasional: Satu Kajian terhadap Pemahaman dan Kesedaran Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Noor Azmira Mohamed


Department of Languages and Linguistics, Faculty of Arts and Social Science, University Tunku
Abdul Rahman (UTAR)
E-mel: azmiram@utar.edu.my

Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk menilai pemahaman dan kesedaran pelajar terhadap pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan fungsinya sebagai bahasa penyatuan bangsa bagi
merealisasikan Dasar Integrasi Nasional yang menetapkan bahasa Melayu sebagai agen
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia khususnya para pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Penilaian dilakukan dengan mengkaji bahasa perhubungan antara
pelajar-pelajar pelbagai kaum di peringkat universiti (IPT) dengan memberi tumpuan khusus
terhadap pemilihan bahasa dalam kalangan mahasiswa sewaktu berkomunikasi dengan rakan-
rakan yang berlainan bangsa sama ada di dalam atau luar dewan kuliah. Oleh kerana kekangan
masa, kajian ini hanya mengkaji sampel yang terdiri daripada pelajar daripada Universiti Tunku
Abdul Rahman (UTAR) sahaja yang akan dijadikan sebagai sampel kajian dalam menilai
pemahaman dan kesedaran pelajar terhadap pelaksanaan bahasa Melayu sebagai agen integrasi.
Data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar serta pemerhatian
yang dibuat sama ada di dalam atau luar dewan kuliah. Analisis data pula akan dilakukan dengan
menerapkan “Teori Linguistik Terapan dan Sosiolinguistik” dalam menentukan arah
perbincangan iaitu dengan memberikan penekanan terhadap beberapa kriteria seperti ciri
psikolinguistik, perepsi terhadap sikap, personaliti dan motivasi pelajar terhadap bahasa Melayu.
Kata kunci: Pemahaman, kesedaran, Dasar Integrasi Nasional, agen perpaduan kaum, bahasa
kebangsaan.

157


Pengenalan
Perpaduan adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian masyarakat di
Malaysia. Antara perkara yang diguna pakai oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan antara
kaum adalah dengan mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan
masyarakat. Selaras dengan faktor sejarah dan merupakan bahasa yang mempunyai penutur
terbanyak di Malaysia, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan. Bukan sahaja sebagai
bahasa rasmi tetapi bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai
bangsa.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu
negara Malaysia. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Bersesuaian dengan fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, maka Bahasa Melayu diharapkan dapat menjadi bahasa perpaduan
untuk menyatu padukan kepelbagaian etnik dan bangsa yang ada di Malaysia. Pada zaman
pemerintahan British, bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa penghantar utama di sekolah-
sekolah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah vernakular bangsa lain menggunakan bahasa
ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah
British pada masa itu.
Namun apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai usaha untuk
memertabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa
itu. Pada tahun 1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan
Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan kebangsaan dan alat
komunikasi pelbagai kumpulan etnik dialek serta bahasa.
Walau bagaimanapun, dalam situasi hari ini, jelas memperlihatkan betapa peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan semakin terancam dan kurang
berkesan akibat dari pengaruh dan perkembangan orde baru dunia yang menunjukkan bahawa
penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan perhubungan lebih diberi
pilihan dan diutamakan berbanding bahasa Melayu. Situasi ini menjadi cabaran dalam

158


pelaksanaan bahasa Melayu sebagai agen pemupukan perpaduan dalam merealisasikan dasar
Integrasi nasional.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri, 2007).
Kegagalan bahasa Melayu menjadi bahasa pilihan generasi abad ke-21 sebagai bahasa
perhubungan dan bahasa komunikasi utama antara etnik berbeza mungkin disebabkan oleh
kegagalan dasar pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang kurang
mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu ditahap yang maksimum di dalam bilik darjah
terutamanya dalam kalangan kaum yang berbeza. Malah lebih serius lagi apabila pelajar-pelajar
di tahap universiti sendiri seolah-olah memandang dingin terhadap penggunaan dan kepentingan
bahasa Melayu sama ada dalam komunikasi harian atau sebagai bahasa ilmu.

Pernyataan Masalah
Salah satu strategi Dasar Integrasi Nasional ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan
antara kaum. Lantaran itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan
kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan
Cintailah Bahasa Kita’.
Perkara 152 perlembagaan telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak
berkuasa awam (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin, 2014, hlm.260). Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara dan bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
sepatutnya tidak perlu dipertikaikan dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak sama ada dari
dalam atau luar negara. Namun masalahnya, dalam senario hari ini terdapat pelbagai isu dan

159


cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
penyatuan kaum apabila sistem pendidikan sendiri seolah-olah cuba mengenepikan dan
melemahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa penyatuan bangsa.
Posisi baru pendidikan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta bahasa Inggeris
(BI) telah menyebabkan ada segelintir rakyat mula hilang keyakinannya terhadap Bahasa Melayu
(BM) (Nor Hashimah Jalaluddin, 2010, hlm.17). Kajian membuktikan bahawa permasalahan
yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam melaksanakan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa penyatuan ialah dari segi kurang keyakinan tentang kepentingan serta nilai bahasa
Melayu sendiri dalam kalangan pengguna sama ada golongan pentadbir, golongan profesional
dan golongan pelajar-pelajar di universiti yang lebih memilih untuk menggunakan bahasa
Inggeris daripada menggunakan bahasa Melayu khususya di IPTS, sama ada dalam urusan rasmi
atau dalam komunikasi harian di luar atau di dalam dewan kuliah.
Fenomena ini telah menimbulkan permasalahan yang ketara dalam memperkasakan
bahasa Melayu dan melaksanakan fungsinya sebagai bahasa penyatuan kaum dengan lebih
berkesan kerana semakin hari peranan dan kepentingan bahasa Melayu kian terhakis. Malah,
situasi ini menjadi semakin serius apabila masih ada golongan yang tidak sedar dan tidak faham
tentang kandungan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan antara etnik yang berbilang bangsa di
Malaysia.
Kurang kesedaran dalam kalangan pelajar IPT telah memburukkan lagi situasi ini.
Cabaran-cabaran yang wujud hari ini sehingga menjadikan bahasa Melayu semakin terpinggir
akan menyumbang pada faktor kegagalan dasar kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Perhubungan dan penyatuan kaum. Secara tidak langsung situasi ini juga
akan menggugat usaha kerajaan dalam melaksanakan Dasar Integrasi Nasional kerana salah satu
strategi dasar ini ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum.

Kepentingan Kajian.
Kajian ini amat sesuai dengan dasar kerajaan abad ke-21 memandangkan banyak dasar-
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini yang menjurus kepada usaha pembentukan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Antara dasar-dasar tersebut ialah

160


Konsep 1Malaysia, Islam Hadari, Dasar Perkongsian Kuasa, Sekolah Wawasan, dasar
Kebudayaan dan lain-lain. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat
berbilang bangsa semakin merosot dan ditolak, bagaimanakah objektif Dasar Integrasi Nasional
akan tercapai sepenuhnya?
Lantaran itu, kajian ini penting untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua pihak
terutamanya pihak kerajaan dalam menilai keberkesanan kaedah sedia ada terhadap peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan penyatuan bangsa agar objektif peruntukan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dicapai sepenuhnya. Seterusnya usaha pembentukan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat berbilang etnik, kaum, keturunan dan kepercayaan
dapat dicapai dengan jayanya kerana rakyat saling memahami dan bertolak ansur antara satu
sama lain melalui penggunaan satu bahasa yang sama untuk berkomunikasi.

Penerapan Teori Lingusitik Terapan dan Sosiolinguistik


Analisis dara dan perbincangan dilakukan dengan merujuk kepada dua teori penting iaitu:
i. Teori Lingusitik Terapan
Terdapat beberapa pengertian mengenai linguistik yang dirumuskan oleh para ahli
bahasa. Wals menjelaskan bahwa linguistik terapan adalah penggunaan temuan ahli bahasa oleh
guru bahasa. Hartmann dan Stork (1972) menjelaskan bahwa linguistik terapan adalah teori
linguistik yang digunakan untuk tujuan praktis. Corder (1973) menjelaskan bahwa linguistik
terapan adalah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh peneliti
bahasa untuk keberhasilan tugas-tugas praktis yang menggunakan bahasa sebagai komponen inti.
Kasbolah menjelaskan bahwa linguistik terapan adalah terapan ilmu bahasa dalam bidang
praktis. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahwa linguistik terapan
banyak diarahkan pada penerapan linguistik pada pengajaran bahasa; linguistik terapan bukan
teori, tetapi penerapan teori (teori linguistik); linguistik terapan bertujuan untuk meningkatkan
tugas-tugas praktis dengan memusatan perhatian pada bahasa. Dengan demikian, dapat dipahami
bahwa linguistik terapan merupakan subdisiplin linguistik yang diarahkan untuk tujuan praktis,
antara lain diterapkan dalam pengajaran bahasa.

161


ii. Sosiolinguistik
Sosiolinguistik bersasal dari kata “sosio” dan “linguistic”. Sosio sama dengan kata sosial
iaitu berhubungan dengan masyarakat. Linguistik adalah ilmu yang mempelajari dan
membicarakan bahasa khususnya unsur- unsur bahasa dan antara unsur-unsur itu. Jadi,
sosiolinguistik adalah kajian yang menyusun teori-teori tentang hubungan masyarakat dengan
bahasa. Sosiolinguistik juga mempelajari dan membahas aspek–aspek kemasyarakatan bahasa
khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor
kemasyarakatan (Nababan 1993:2).
Berdasarkan beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan bahawa sosiolinguistik tidak
hanya mempelajari tentang bahasa tetapi juga mempelajari tentang aspek-aspek bahasa yang
digunakan oleh masyarakat. Sosiolinguistik merupakan ilmu antara disiplin antara sosiologi
dengan linguistik, dua bidang ilmu empiris yang mempunyai perkaitan yang erat. Sosiologi
merupakan kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia di dalam masyarakat, lembaga-
lembaga, dan proses sosial yang ada di dalam masyarakat. Sosiologi berusaha mengetahui
bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung, dan tetap ada. Dengan demikian dapat dikatakan
bahawa sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan
penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Chaer dan Agustina 2003: 2).
Fishman (dalam Chaer 2003: 5) mengatakan kajian sosiolinguistik lebih bersifat
kualitatif. Jadi sosiolinguistik berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang
sebenarnya, seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan
penutur, topik, latar pembicaraan. Sosiolinguistik memandang bahasa pertama sebagai sistem
sosial dan sistem komunikasi serta bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu.
Sedangkan yang dimaksud dengan pemakaian bahasa adalah bentuk interaksi sosial yang terjadi
dalam situasi konkrit. Berdasarkan beberapa huraian diatas dapatlah disimpulkan bahawa
sosiolinguistik bermaksud mempelajari tentang bahasa yang digunakan dalam daerah tertentu
atau dialek tertentu.

Dapatan kajian
Dibawah akan diterangkan beberapa dapatan hasil dari soal selidik yang dilakukan untuk
menilai, pengetahuan, pemahaman dan kesedaran pelajar IPT terhadap fungsi dan kepentingan

162


Bahasa Melayu sebagai wadah penyatuan bangsa di bawah Dasar Integrasi Nasional negara.
Namun dapatan yang dipaparkan ini hanyalah sebahagian daripada soal selidik yang dilakukan di
UTAR sahaja.

Peratus Sampel Mengikut Jantina%

45%
55%

lelaki perempuan

Rajah 1: Peratus Pelajar yang Menjawab Soal Selidik Mengikut Jantina.

Sebanyak 100 keping borang soal selidik telah dieadarkan kepada pelajar UTAR.
Daripada jumlah 100 pelajar yang mengambil bahagian ini, seramai 45 orang yang bersamaan
dengan 45% adalah pelajar lelaki dan selebihnya iaitu seramai 55 orang yang bersamaan dengan
55% merupakan pelajar perempuan. Oleh kerana kajian ini tidak dipengaruhi oleh isu gender
maka pengkaji tidak menetapkan sasaran berapa orang pelajar lelaki dan berapa orang pelajar
perempuan yang sepatutnya dijadikan sebagai sampel kajian.

Peratus Sampel /Pelajar Mengikut Kaum


60

40

20

0
Melayu Cina India Lain-lain

Rajah 2: Peratus Sampel yang Menjawab Soalan Kaji Selidik Mengikut Kaum

163


Daripada 100 orang responden yang mengambil bahagian menjawab soal selidik, seramai
33 orang iaitu 33% adalah kaum Melayu, 23 orang atau 23% adalah kaum India dan selebihnya
iaitu 47 orang (47%) adalah kaum Cina. Kaum Cina lebih ramai mengambil bahagian dalam
soal selidik ini kerana majoriti pelajar UTAR sendiri adalah terdiri daripada kaum Cina. Perkara
ini perlu diberi perhatian kerana jumlah kaum yang tidak seimbang juga menjadi faktor
mempengaruhi data dan keputusan yang diperolehi. Oleh kerana itu kajian ini perlu juga
dilakukan di universiti-universiti awam (IPTA) terutamanya yang mempunyai majoriti kaum
Melayu untuk mendapatkan hasil kajian yang seimbang. Walau bagaimanapun kertas kerja ini
hanya memaparkan dapatan kajian yang dilakukan dalam kalangan pelajar di UTAR sahaja dan
kajian seterusnya secara lebih mendalam akan dibuat lagi selepas ini.

.
32
28

23

17

peratus %

SANGAT SETUJU TIDAK SANGAT TIDAK


SETUJU BERSETUJU BERSETUJU

Rajah 3: Peratus Pelajar Berpendapat Penggunaan Bahasa Melayu di Kampus Kurang Penting

Rajah 3 menunjukkan graf peratus pelajar yang berpendapat bahawa penggunaan bahasa
Melayu di kampus adalah kurang penting. Graf menunjukkan bahawa seramai 28 orang iaitu
28% pelajar sangat bersetuju bahawa bahasa Melayu kurang penting digunakan di Kampus.
Alasan mereka ialah kerana semua subjek yang diajar di Universiti adalah menggunakan bahasa
Inggeris kecuali hanya beberapa subjek wajib seperti Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu
Komunikasi, Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Pengajian Malaysia dan subjek Moral
sahaja. Apatah lagi terdapat pelajar yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Seramai 23 orang pelajar (23%) pula hanya bersetuju bahawa bahasa Melayu kurang penting
digunakan di Kampus. Hal ini demikian kerana, kadangkala mereka masih lagi perlu
menggunakan bahasa Melayu terutamanya apabila menghadiri kelas yang dikendalikan dalam
164


bahasa Melayu. Jadi, suka atau tidak mereka tetap perlu menggunakan bahasa Melayu walau pun
hanya sekali sekala.
Manakala pelajar yang tidak bersetuju tentang penyataan ini dan masih menganggap
bahawa peranan bahasa Melayu masih penting terutamanya digunakan dalam kalangan pelajar di
kampus ialah seramai 32 orang iaitu 32% daripada jumlah keseluruhan respondan. Seramai 17
orang pelajar yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa bahasa Melayu tidak
penting digunakan di kampus rata-rata berpendapat bahawa sebagai rakyat Malaysia semua
orang harus menggunakan bahasa kebangsaan dengan penuh rasa bangga kerana ia merupakan
identiti negara yang merdeka dan bermaruah. Tidak kira apa jua latar bangsa dan etnik, mereka
seharusnya sentiasa perlu menguasai dan menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung bagi
merapatkan lagi hubungan antara satu bangsa dengan yang lain.

28

72

tahu tidak tahu

Rajah 4: Pelajar yang Mempunyai Pengetahuan Tentang Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
dan Kepentingannya.

Rajah 4 di atas menunjukkan peratus pelajar UTAR yang mempunyai pengetahuan


tentang Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan kepentingannya. Daripada jumlah 100
pelajar yang menjawab soalan soal selidik ini, didapati bahawa hanya 28 orang pelajar iaitu 28%
sahaja yang tahu tentang Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan kepentingannya.
Sedangkan 72 orang atau 72% tidak mengetahui tentang apakah Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan itu. Sekiranya pelajar itu sendiri tidak tahu tentang perkara ini (perkara 152
perlambagaan) bagaimana mungkin mereka juga mempunyai kesedaran tentang kepentingan
perkara tersebut?
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa bahasa
kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
165


kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan,
dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Kebimbangan yang
menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah jumlah peratus pelajar di IPT yang masih
tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang perlembagaan khasnya dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya, amnya. Tidak kiralah apa bangsa sekalipun asalkan mereka adalah
warganegara Malaysia, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ia perlulah diberi perhatian yang
sewajarnya terutama oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan dasar yang sewajarnya.
Kurang pengetahuan tentang perlembagaan menyebabkan mereka tidak mengindahkan item-item
perlembagaan termasuklah yang berkaitan dengan kepentingan perkara 152 perlembagaan
persekutuan khususnya yang berkaitan dengan peranan dan kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa perhubungan dalam mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan etnik yang berbeza
di Malaysia.
Situasi ini berlaku juga boleh dikaitkan dengan sikap pelajar yang hanya memberi
perhatian kepada subjek-subjek akdemik tanpa membuka mata untuk melihat sekeliling apatah
lagi untuk mengambil tahu tentang dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Malah hampir
70% pelajar yang memasuki kelas Pengajian Malaysia menyatakan bahawa mereka tidak tahu
apa itu perlembagaan dan kepentingannya. Mereka hanya sedar dan tahu tantang perlembagaan
setelah diajar oleh pensyarah dalam kuliah Pengajian Malaysia tersebut. Golongan pelajar ini
adalah terdiri daripada mereka yang tidak meminati subjek sejarah dan tidak pernah mempelajari
subjek pengajian am dan sebahagian besar antara mereka ialah daripada pelajar diploma atau
foundation.

Rajah 5: Pelajar yang Tahu dan Faham Tentang Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Perpaduan.

166


Rajah 5 di atas menunjukkan situasi dimana masih ada kalangan pelajar universiti amnya
dan UTAR khasnya yang masih belum sedar terhadap kepentingan bahasa Melayu sebagai agen
perpaduan. Seramai 60% daripada keseluruhan sampel/responden menyatakan bahawa mereka
tidak tahu dan tidak faham tentang fungsi bahasa Melayu dalam memupuk perpaduan. Antara
alasan mereka ialah bahasa Inggeris juga boleh menjadi bahasa perpaduan malah lebih efektif
kerana semua orang lebih memahami dan lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris semasa
berkomunikasi tidak kira sama ada di dalam atau luar bilik kuliah. Malah mereka merasakan
bahawa bahasa Inggeris lebih menjadi pilihan semasa berkomunikasi kerana semua orang
memahaminya dan boleh bertutur dengan baik berbanding bahasa Melayu. Jadi perhubungan
akan lebih mudah berlangsung melalui penggunaan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Melayu.

Rajah 6: Pelajar yang Memilih Untuk Menggunakan/Tidak Bahasa Melayu Sewaktu


Berkomunikasi dengan Rakan Berlainan Bangsa.

Rajah 6 di atas memberi satu gambaran yang amat kritikal terhadap masa depan bahasa
Melayu sekiranya tidak ditangani dengan segera. Daripada 100 borang soal selidik yang
diedarkan, 65% antaranya menunjukkan pelajar memilih untuk tidak menggunakan bahasa
Melayu sewaktu berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa. Situasi ini perlu dipandang
serius kerana ia bukan sahaja akan mengakibatkan bahasa Melayu semakin terpinggir malah
semakin lama bahasa Melayu sendiri seakan hilang fungsinya kerana kebanyakan fungsi bahasa
Melayu telah diambil alih oleh bahasa Inggeris sama ada dalam bidang pendidikan atau
perbualan harian.

167


Rajah 7: Pelajar yang Memilih untuk Menggunakan/Tidak Menggunakan Bahasa Melayu
Sewaktu Berkomunikasi di Dalam Dewan Kuliah.

Rajah 7 diatas menunjukkan 30 orang responden memilih untuk menggunakan bahasa


Melayu dalam dewan kuliah hanya sekiranya menghadiri kuliah yang subjeknya di ajar
menggunakan bahasa Melayu seperti subjek Bahasa Kebangsaan dan Hubungan Etnik. Pelajar
juga akan menggunakan bahasa Melayu sekiranya pensyarah yang mengajar adalah berbangsa
Melayu. Namun realitinya, bukan semua pensyarah Melayu akan mengajar atau bercakap dalam
bahasa Melayu dalam dewan kuliah kerana bimbang terdapat golongan pelajar yang kurang
faham subjek yang diajar hanya kerana tidak memahami bahasa Melayu. 15 orang atau 15%
pelajar pula menyatakan keraguan dan kurang pasti sama ada memilih menggunakan bahasa
Melayu atau tidak kerana pilihan itu juga bergantung kepada situasi. Sekiranya mereka
menghadiri kuliah yang di ajar dalam bahasa Melayu, maka mereka terpaksa menggunakan
bahasa tersebut sama ada untuk menjawab soalan secara lisan atau untuk mengajukan pertanyaan
kepada pensyarah.
Sama juga seperti perbincangan-perbincangan sebelum ini, jumlah terbesar adalah
golongan pelajar yang memilih untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam dewan kuliah
kecuali terpaksa. Merujuk pada gambarajah 8, jelas sekali menggambarkan situasi penolakan
terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian. Majoriti 80 orang
pelajar atau 80% tidak bersetuju untuk menggunakan bahasa Melayu di asrama. Hal ini tidak
mustahil kerana kalau dilihat kepada keseluruhan sampel/repondan kajian hanya 30% sahaja
kaum Melayu dan selebihnya adalah kaum Cina, India dan lain-lain, sudah pasti mereka tidak

168


akan memilih menggunakan bahasa Melayu. Kalau Bukan bahasa Inggeris pun sudah pasti
mereka akan lebih memilih menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk berkomunikasi.

Rajah 8: Pelajar yang Memilih untuk Menggunakan Bahasa Melayu Sewaktu Berkomunikasi di
Asrama.

Rajah 9: Respondan yang Merasakan Bahasa Melayu Sudah Tidak Relevan Digunakan Sebagai
Bahasa Ilmu.

Rajah 9 di atas menunjukkan seramai 72 % pelajar bersetuju bahawa bahasa Melayu


sudah tidak relevan digunakan sebagai bahasa ilmu dan mereka lebih memilih bahasa Inggeris
sebagai bahasa yang lebih efektif dalam bidang pendidikan. Apatah lagi semua bahan bacaan
adalah dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan para pelajar tidak merasakan bahawa bahasa
Melayu itu sesuatu yang sangat penting kerana tanpa memahami bahasa Melayu pun mereka
masih boleh cemerlang dalam bidang akademik. Situasi ini amat membimbangkan kerana ia

169


menunjukkan bahawa fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kian terhakis. Sekiranya situasi
ini berterusan tanpa sebarang usaha pembendungan oleh mana-mana pihak khususnya pihak
kerajaan, dikhuatiri ia akan memburukkan lagi masa depan bahasa Melayu di bumi sendiri
kerana ia tidak lagi menjadi pilihan malah semakin hari semakin hilang fungsinya.

Rajah 10: Pelajar yang Tahu dan Faham Tentang Dasar Integrasi Nasional

Rajah 10 di atas menunjukkan bahawa 35% respondan mengetahui dan memahami hal-
hal yang berkaitan dengan Dasar Integrasi Nasional. Manakala 28% pula tahu tetapi kurang
faham tentang dasar tersebut. Golongan yang ke-dua ini mungkin hanya mendengar tentang
Dasar Integrasi Nasional daripada iklan di media massa tanpa cuba untuk mencari maklumat
yang lebih jelas dan terperinci sama ada dalam website atau buku dan sebagainya. Ini
menyebabkan apa jua dasar yang cuba diterapkan oleh pihak kerajaan terutamanya yang
berkaitan dengan Dasar Integrasi Nasional akan gagal mencapai kejayaan yang maksimum
disebabkan sikap sambil lewa dan kurang perhatian daripada rakyat amnya dan pelajar khasnya.
Sejumlah 23% respondan pula menyatakan bahawa mereka kurang pasti terhadap tahap
pengetahuan mereka tentang Dasar Integrasi Nasional ini. Golongan ini mungkin merupakan
golongan pelajar yang tidak suka ambil tahu dan tidak peka terhadap perkembangan dan isu-isu
semasa yang melanda negara. Hal ini mungkin disebabkan mereka terlalu memberi fokus
terhadap pelajaran sehingga tidak ada masa untuk mengikuti dan mengambil tahu tentang dunia
luar khasnya dan dasar-dasar negara amnya.
170


Lebih parah lagi ialah data menunjukkan bahawa sekumpulan 14% pelajar yang langsung
tidak tahu tentang Dasar Integrasi Nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan. Situasi ini sangat
bahaya kerana ia menunjukkan sikap mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang semakin tidak
peduli tentang apa yang berlaku dalam negara. Apabila golongan ini tidak sedar/tahu/faham
tentang Dasar Integrasi Nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan sudah pastilah mereka juga
tidak faham tentang kepentingan dan peranan bahasa Melayu sebagai agen pemupukan
perpaduan. Sekiranya situasi ini dibiarkan berterusan tanpa usaha pembendungan yang terancang
boleh menyebabkan semua rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan akan gagal kerana tiada
sambutan dan sokongan daripada rakyat. Sikap seperti ini harus diubati segera agar tidak terus
menjadi virus yang akan merosakkan masa depan Negara.

Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian di atas, jelas sekali menunjukkan bahawa bahasa Melayu
semakin di tolak olah masyarakat pelajar IPTS seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
ini dan tidak mustahil hasil dapatan yang lebih kurang sama juga akan diperolehi terhadap kajian
yang sama jika dilakukan di universiti-universiti lain tidak kira sama ada ia universiti awam atau
swasta. Situasi ini berlaku kerana kurangnya penerapan dan penyerapan nilai-nilai patriotik
dalam kalangan pelajar sehingga sanggup mengenepikan bahasa kebangsaan dan lebih memilih
untuk mengagungkan bahasa asing (bahasa Inggeris). Fenomena seperti ini boleh dielakkan
sekiranya masyarakat pelajar didedahkan tentang kepentingan dan impak penggunaan bahasa
Melayu sama ada untuk diri sendiri, bangsa dan negara.
Sekiranya situasi ini dibiarkan berterusan tanpa melakukan usaha pembendungan yang
mapan, sudah pasti suatu hari nanti bahasa Melayu akan semakin hilang nyawa dan menjadi
umpama melukut di tepi gantang di negara sendiri. Oleh itu, pihak berwajib sepatutnya
melakukan sesuatu usaha yang bersungguh dan efektif agar prestasi bahasa Melayu Berjaya
dipulihkan seperti zaman keagungannya dahulu. Walau tidak mampu menjadi bahasa
linguafranca untuk kesekian kalinya pun, cukuplah sekadar menjadi bahasa ilmu, bahasa
perhubungan antara etnik, bahasa perpaduan dan bahasa pentadbiran.
Dalam senario ini, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan pelajar semata-mata atas
sikap mereka yang memandang dengan pandangan serong dan dingin terhadap fungsi dan

171


peranan bahasa Melayu. Tetapi kita kena sedar apakah kesilapan yang berlaku sehingga para
pelajar universiti khususnya IPTS tidak berminat menggunakan bahasa Melayu? Tidak faham
dan tidak sedar tentang peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan agen pemupukan kaum
disebabkan tidak tahu, tidak sedar dan tidak faham tentang Dasar Integrasi Nasional itu sendiri?
Malah ada kalangan pelajar yang langsung tidak mampu bertutur pun dalam bahasa Melayu,
kenapa situasi ini berlaku?
Fenomena ini amat menyedihkan kerana mereka merupakan warganegara Malaysia.
Adakah kerana terdapat kesilapan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan dan
menguatkuasakan dasar? Atau kerana kekurangan ilmuan Melayu sehingga pupusnya bahan
rujukan dalam bahasa Melayu yang mempunyai kualiti yang sama dengan kualiti buku-buku
rujukan bahasa Inggeris? Jika hanya meliputi istilah sains dan matematik sahaja, ia tidak menjadi
satu kudis yang amat bahaya pun ke atas masa depan dan jatuh bangun bahasa Melayu.
Tuntasnya, dari hasil dapatan diatas, bolehlah disimpulkan bahawa para pelajar IPT di Malaysia
masih kurang kesedaran dan pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan dalam pelaksanaan Dasar Integrasi Nasional oleh pihak
kerajaan. Lantaran itu mereka tidak merasakan keperluan dan tanggungjawab untuk
menggunakan, mempertahankan dan meningkatkan prestasi bahasa Melayu dalam kehidupan
mereka. Hasilnya, bahasa Inggeris lebih menjadi pilihan sebagai bahasa perhubungan selain
daripada bahasa ibunda masing-masing. Lantaran itu, untuk menghalang masalah ini menjadi
semakin parah, pihak kerajaan perlulah segera melakukan perubahan terutamanya dalam
pelaksanaan dasar supaya lebih tegas dalam isu penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam
bidang pendidikan di peringkat sekolah atau universiti, dalam bidang pekerjaan sama ada dalam
sektor kerajaan atau swasta, penggunaan bahasa Melayu dalam media massa, elektronik dan
sebagainya.

Rujukan
Ibrahim Komoo. (2014). Istilah Sains dan Teknologi: Pembinaan, Penggunaan dan Penerimaan
di IPT Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebahasaan MABBIM Ke-53. Hotel Santika,
Taman Mini Indah Indonesia. Jakarta, Indonesia.

Nik Safiah Karim. (2013). Bahasa Melayu di Pesisir Wilayah Timur. Kolokium Peradaban
Melayu Pesisir Wilayah Timur. 14 November 2013. Kuala Terengganu.

172


Noor Rohana Mansor. (2014). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Tinggi: Pembudayaan dan
Pengilmuan Bahasa Kebangsaan. Kuala Terengganu. (dalam proses penerbitan).

Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor. (2013). Bahasa Melayu: Realiti dan Harapan. Kuala
Terengganu: Penerbit UMT.

(2015), Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam Kalangan Ilmuwan Negara


(Malay Language Scholarly Publication Among Local Academicians) Journal of Business
and Social Development Volume 3 Number 1, March 2015: 25-32, Pusat Pendidikan
Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

Roosfa Hashim. (2011). Perkembangan Jurnal Ilmiah Melayu dalam Kalangan Melayu Watan.
Jurnal Melayu, (6)2011: 137-152.

173


Persepsi Masyarakat Melayu dan Cina Terhadap Tadbir Urus Kerajaan:
Kajian di Lembah Klang

Mohd Mahadee Ismail a*, Mansor Mohd Noorb


a
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia.
b
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
E-mel: mahadee@upm.edu.my

Abstrak
Artikel ini membincangkan tentang persepsi masyarakat Melayu dan Cina terhadap peranan
tadbir urus yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab
pembangunan negara khususnya dalam konteks mengurus dan menyusun perbezaan sosial dalam
masyarakat multietnik Malaysia. Kajian ini memfokuskan lapan dimensi tadbir urus kerajaan
merangkumi aspek tadbir urus ekonomi, pembangunan secara holistik, tadbir urus masyarakat,
penyediaan perkhidmatan kerajaan, pelaksanaan program, tadbir urus politik dan media, tadbir
urus jenayah serta masalah sosial. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kedua-
dua kumpulan etnik menunjukkan reaksi yang berbeza-beza terhadap setiap dimensi tadbir urus
yang diukur. Selain itu, persepsi kedua-dua kumpulan etnik yang dikaji terhadap tadbir urus
kerajaan adalah pada tahap ‘sederhana-tinggi’. Masyarakat Melayu menunjukkan persepsi yang
lebih baik berbanding dengan persepsi masyarakat Cina, tetapi dalam konteks tadbir urus
ekonomi, masyarakat Cina juga menunjukkan persepsi yang baik. Dari itu, kajian ini mendapati
masih terdapat beberapa dimensi tadbir urus yang perlu ditingkatkan oleh pihak kerajaan
berdasarkan persepsi dari responden kajian. Hal ini kerana pelaksanaan tadbir urus yang efektif
dapat mengelakkan konflik antara etnik, memupuk hubungan etnik yang lebih baik serta
mengekalkan kesepaduan sosial di Malaysia.
Kata kunci: Peranan kerajaan, tadbir urus, pembangunan, hubungan etnik.

174


Pengenalan
Kepelbagaian di Malaysia merupakan satu kekuatan yang menjadi teras kepada pembangunan
negara dan pembinaan bangsa yang diidamkan. Kepelbagaian ini bukanlah suatu fenomena
baharu tetapi telah sebati dengan citra perdana masyarakat Malaysia. Berdasarkan kepada
statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2017 penduduk
Malaysia dianggarkan akan mencecah 32 juta orang dengan 28.7 juta adalah warganegara
manakala 3.3 juta adalah bukan warganegara. Dari segi komposisi kumpulan etnik pula,
Bumiputera mencatatkan jumlah sebanyak 68.8 peratus, etnik Cina 23.2 peratus, etnik India 7.0
peratus dan lain-lain sebanyak 1.0 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017). Kepelbagaian
di Malaysia bukan sekadar wujudnya kumpulan etnik yang berbeza-beza tetapi turut diwarnai
dengan kepelbagaian anutan agama dan kerencaman sosio-budaya. Misalnya dari segi taburan
peratusan penduduk mengikut agama yang dikeluarkan pada tahun 2010, penganut agama Islam
berjumlah 61.3 peratus, penganut agama Buddha berjumlah 19.8 peratus, penganut agama
Kristian berjumlah 9.2 peratus, penganut agama Hindu berjumlah 6.3 peratus dan penganut lain-
lain agama sebanyak 3.4 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010). Senario negara sebagai
sebuah masyarakat rencam dan pelbagai etnik yang berpayungkan tamadun anak watan telah
menjadi paksi dalam pembentukan dasar-dasar pemerintahan, pembangunan dan pembinaan
negara bangsa Malaysia (Mansor, 2012).
Sekiranya kepelbagaian dan kerencaman masyarakat Malaysia tidak ditadbir urus dengan
baik, maka keadaan tersebut akan mudah terdedah kepada ancaman konflik antara etnik,
mewujudkan persaingan tidak sihat dari pelbagai dimensi kehidupan dan akan membuka pekung
kepada perkara-perkara yang sensitif dalam masyarakat. Selain itu, masyarakat hari ini juga
mempunyai kesedaran sivik yang tinggi telah mengemukakan bermacam bentuk tuntutan seperti
kerajaan adil, telus dan saksama, menjaga kepentingan rakyat, menjana pembangunan ekonomi
dengan baik dan mengekalkan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Perkembangan
sedemikian telah membawa suatu cabaran yang besar bagi pihak kerajaan dalam mentadbir urus
negara dengan lebih efektif, memperkasa kestabilan politik dan mengekalkan keharmonian yang
dinikmati selama ini. Dari itu, secara spesifiknya peranan dan tanggungjawab utama pihak
kerajaan selain dari menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama, menggubal dasar-dasar
negara untuk mencapai sesuatu tujuan, menyediakan keperluan rakyat serta menjaga kebajikan

175


rakyat secara total, pihak kerajaan juga berperanan dalam mewujudkan hubungan etnik yang
mantap dalam masyarakat multietnik Malaysia. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,
elemen tadbir urus menjadi penentu kepada keberkesanan setiap tindakan yang dimainkan oleh
pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menilai persepsi masyarakat Melayu
dan Cina terhadap peranan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab tadbir urus
pembangunan negara khususnya dalam konteks mengurus dan menyusun perbezaan sosial dalam
masyarakat multietnik Malaysia. Kedua-dua kumpulan etnik ini dipilih memandangkan mereka
adalah kelompok yang paling dominan di Malaysia di samping penguasaan mereka dalam sektor-
sektor tertentu. Masyarakat Melayu menguasai sektor politik manakala masyarakat Cina
menguasai sektor ekonomi. Tumpuan kajian adalah di sekitar Lembah Klang yang menjadi pusat
pembangunan dan mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi. Dapatan kajian ini
walaupun tidak dapat digeneralisasikan dalam konteks Malaysia secara holistik tetapi dapat
menggambarkan persepsi semasa kelompok etnik utama yang mendepani arus modenisasi secara
langsung mahupun tidak langsung.

Keterangkuman Konsep Tadbir Urus


Pembangunan dan keharmonian dalam sesebuah negara bergantung kepada pelbagai
dimensi penting yang memenuhi spektrum sosial kehidupan masyarakat. Antara salah satu
dimensi yang seringkali menjadi teras sosial kehidupan masyarakat ialah hal ehwal pentadbiran
dan pengurusan awam iaitu melibatkan aspek tadbir urus kerajaan. Tadbir urus kerajaan menjadi
mekanisme penting bagi merealisasikan projek modenisasi khususnya dalam konteks penjanaan
pembangunan ekonomi, sosio-budaya, politik, perundangan dan pelbagai dimensi lain
termasuklah tadbir urus sesebuah masyarakat itu sendiri. Tadbir urus juga menjadi pemangkin
kepada kelestarian hubungan di dalam dan di antara masyarakat khususnya dalam konteks
kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah negara.
Pada dasarnya, istilah tadbir urus merangkumi suatu aspek yang luas iaitu melibatkan
urusan negara dan masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan pengurusan awam,
pertumbuhan ekonomi, pembentukan dan pelaksanaan polisi (Heywood, 2007). Konsep tadbir
usus membawa maksud suatu cara, kaedah atau mekanisme bagaimana pihak kerajaan

176


menggunakan kuasa yang ada pada mereka dalam pengurusan sumber daya sosial dan ekonomi
negara (Johnson, 1997). Secara lebih spesifik, konsep tadbir urus memfokuskan kepada
‘keupayaan pemerintah’ (Johnson, 1997) bagi melaksanakan tanggungjawab pemerintahan
dalam sesebuah negara. Hal yang sama turut ditekankan oleh Kjar (2004) yang menekankan
bahawa tadbir urus adalah keupayaan kerajaan untuk membuat dan melaksanakan sesuatu dasar
serta memimpin masyarakat. Berdasarkan kepada takrifan yang dikemukakan tersebut, jelas
bahawa konsep tadbir urus merupakan suatu konsep yang menyentuh tentang peranan kerajaan
bagi menjalankan tanggungjawab dalam hal ehwal pemerintahan dan pengurusan masyarakat
iaitu melibatkan penggunaan kuasa tertentu mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
Pada peringkat yang lebih awal, konsep tadbir urus memberikan penekanan kepada
pedekataan undang-undang sebagai teras dalam melaksanakan pembangunan, tetapi konsep ini
kemudiannya berkembang kepada pendekatan penciptaan semula pentadbiran awam (Johnson,
1997). Dalam erti kata lain, konsep tadbir urus telah digunakan sebagai suatu pendekatan dalam
melaksanakan pembangunan melalui mekanisme pentadbiran awam yang lebih efektif dan
efisyen khususnya dalam menangani pelbagai bentuk baru cabaran kontemporari di era
globalisasi ini. Dari itu, Johnson (1997) menjelaskan bahawa, aspek terpenting berkaitan tadbir
urus kini ialah apakah mekanisme yang diperlukan bagi membincangkan dan menyelesaikan
pelbagai kepentingan dalam masyarakat. Dari itu tadbir urus mempunyai standard of procedure
yang perlu dipatuhi agar sesuatu yang dilaksanakan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan.
Seterusnya Heywood (2007) memberikan penekanan kepada tiga peranan asas tadbir urus
iaitu melibatkan hal ehwal pasaran, heirarki dan jaringan. Ketiga-tiga peranan tersebut saling
berkait rapat antara satu sama lain. Bagi Pierre dan Peters (2000) pula, peranan kerajaan dalam
tadbir urus adalah pelbagai dan tidak tetap bergantung kepada tahap dan bentuk sesebuah
kerajaan itu sama ada sistem yang berpusatkan negara atau negeri atau sistem yang berpusatkan
masyarakat. Apa yang lebih penting ialah bagaimana pelbagai peringkat kerajaan yang terdapat
dalam sesebuah negara itu melaksanakan peranan tadbir urus dengan berkesan, jujur, adil, telus
dan bertanggungjawab. Hal ini kerana tadbir urus membawa impak yang cukup signifikan dalam
konteks pembangunan dan kesejahteraan masyarakat khususnya dalam mengurus dan menyusun
perbezaan sosial.

177


Oleh yang demikian, konsep tadbir urus membawa suatu dimensi teras tentang peranan
utama kerajaan, di mana pihak kerajaan perlu memainkan tanggungjawab mereka dalam
mengurus dan menyusun masyarakat, melaksanakan pembangunan dan memastikan
pembangunan itu dapat dinikmati oleh rakyatnya, menjaga kebajikan rakyatnya dan
mengagihkan kekayaan yang dimiliki oleh negara dengan adil dan saksama. Keberkesanan tadbir
urus kerajaan akan membawa implikasi jangka panjang yang signifikan positif manakala
kegagalan dalam melaksanakan tadbir urus dengan baik boleh menjejaskan kestabilan politik,
ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara.

Analisis Dapatan Kajian


Secara keseluruhannya, analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden
Melayu dan Cina terhadap tadbir urus kerajaan dalam menjamin kesepaduan sosial di kalangan
masyarakat multietnik Malaysia adalah pada tahap yang sederhana-tinggi. Perkara ini dapat
dilihat melalui lapan dimensi yang diukur merangkumi persepsi terhadap tadbir urus ekonomi,
tadbir urus pembangunan, tadbir urus masyarakat, tadbir urus perkhidmatan kerajaan, tadbir urus
program, tadbir urus politik, tadbir urus media serta tadbir urus jenayah dan masalah sosial.
Berdasarkan kepada jadual yang dikemukakan, hasil kajian menunjukkan sebanyak 56.6
peratus responden kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa pihak kerajaan telah berjaya
memainkan peranan tadbir urus ekonomi negara dengan baik berbanding dengan hanya sebenyak
43.5 peratus responden kumpulan etnik Cina yang mempunyai pandangan sedemikian. Dapatan
tersebut berdasarkan kepada tiga item yang diukur merangkumi kejayaan pulihkan masalah
ekonomi negara, kekayaan negara telah berjaya diagih secara adil dan saksama serta kejayaan
mengawal harga barangan runcit di pasaran. Ini membawa makna bahawa kebanyakan kumpulan
etnik Cina masih belum berpuas hati dengan tindakan tadbir urus ekonomi yang dimainkan oleh
pihak kerajaan.
Dalam konteks tadbir urus pembangunan, hasil kajian menunjukkan sebanyak 60 peratus
responden kumpulan etnik Melayu mempunyai persepsi bahawa pihak kerajaan telah berjaya
mentadbir urus pembangunan negara dengan baik manakala sebanyak 49.1 peratus responden
kumpulan etnik Cina yang mempunyai persepsi yang sama. Tiga item yang menjadi ukuran
tadbir urus pembangunan ialah peranan kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan rakyat,

178


penyediaan pelbagai bentuk kemudahan awam dan sistem pengangkutan awam dengan baik.
Dapatan ini menjelaskan bahawa tingkat keamatan kumpulan etnik Melayu adalah lebih tinggi
berbanding dengan kumpulan etnik Cina dari segi kemudahan awam dan sistem pengangkutan
awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Jadual 1: Persepsi masyarakat Melayu dan Cina terhadap tadbir urus kerajaan
DIMENSI ETNIK
MELAYU CINA
Tadbir Urus Ekonomi 56.6% 43.5%
Pulih ekonomi 56.3% 46.8%
Agih kekayaan negara 55.0% 43.5%
Kawal harga barang 58.5% 40.3%

Tadbir Urus Pembangunan 60.0% 49.1%


Tingkatkan kualiti pendidikan 67.8% 66.1%
Sediakan kemudahan awam 58.4% 37.1%
Sistem pengangkutan awam 53.8% 44.3%

Tadbir Urus Masyarakat 71.0% 60.6%


Urus kepelbagaian dengan baik 69.8% 69.4%
Layanan yang sama rata 64.4% 37.1%
Kakitangan kerajaan yang seimbang 78.8% 75.3%

Tadbir Urus Perkhidmatan Kerajaan 60.3% 54.0%


Rakyat terima perkhidmatan baik 66.6% 59.7%
Kemudahan pinjaman usahawan muda 76.8% 80.6%
Selesaikan masalah lokal 46.3% 35.5%
Jaga kebajikan golongan pendapatan rendah 51.5% 40.3%

Tadbir Urus Program 70.8% 73.4%

179


Anjur pelbagai program 63.4% 74.2%
Latih usahawan muda 78.2% 72.6%

Tadbir Urus Politik 56.1% 47.6%


Amalan demokrasi baik 62.9% 59.0%
Wakil rakyat beri khidmat baik 51.4% 38.7%
Cepat bertindak atas pelampau politik etnik 53.8% 45.2%

Tadbir Urus Media 67.4% 49.7%


Media massa berkembang pesat 76.7% 59.0%
Media sosial bebas lapor berita 58.1% 40.3%

Tadbir Urus Jenayah dan Masalah Sosial 53.6% 42.6%


Bilangan jenayah menurun 51.9% 48.4%
Masalah sosial berkurangan 51.4% 45.0%
Gejala rasuah dibanteras 57.4% 34.4%

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan sebanyak 71 peratus responden kumpulan etnik
Melayu berpandangan bahawa pihak kerajaan berjaya mentadbir urus masyarakat pelbagai etnik
di Malaysia dengan baik berbanding dengan hanya sebanyak 60.6 peratus responden kumpulan
etnik Cina yang mempunyai pandangan sedemikian. Antara item yang digunakan dalam
mengukur tadbir urus masyarakat ialah rakyat pelbagai agama, budaya, bahasa dan etnik telah
berjaya diuruskan dengan baik oleh pihak kerajaan, semua rakyat Malaysia telah diberi layanan
yang sama rata dan pengambilan kakitangan kerajaan yang seimbang dari pelbagai etnik. Dalam
konteks ini, masyarakat Melayu dilihat lebih puas hati dengan peranan tadbir urus masyarakat
yang dimainkan oleh pihak kerajaan berbanding dengan masyarakat Cina.
Dari aspek tadbir urus perkhidmatan kerajaan, hasil kajian menunjukkan sebanyak 60.3
peratus responden kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa pihak kerajaan telah
memberikan perkhidmatannya yang cemerlang berbanding dengan sebanyak 54 peratus
responden dari kumpulan etnik Cina yang mempunyai pandangan yang sama. Antara item yang

180


diukur ialah pelaksanaan pelbagai bentuk kemudahan pinjaman untuk usahawan muda, peranan
kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang wujud di tempat tinggal mereka dengan segera dan
kebajikan golongan pendapatan rendah dijaga dengan baik. Dalam hal ini, masyarakat Melayu
dilihat lebih positif sekiranya dibandingkan dengan penerimaan masyarakat Cina tentang
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Persepsi responden tentang tadbir urus program-program anjuran pihak kerajaan
menunjukkan sebanyak 70.8 peratus responden kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa
pihak kerajaan telah berjaya menganjurkan pelbagai bentuk program di kawasan mereka dengan
jayanya, manakala sebanyak 73.4 peratus responden kumpulan etnik Cina mempunyai persepsi
yang sama. Antara item yang digunakan sebagai pengukuran ialah penganjuran pelbagai bentuk
program untuk rakyat dan program latihan usahawan muda melalui program keusahawan negara.
Ini membawa makna bahawa kedua-dua kumpulan etnik Melayu dan Cina mempunyai persepsi
yang agak positif terhadap tadbir urus program anjuran kerajaan.
Persepsi masyarakat terhadap tadbir urus politik menunjukkan sebanyak 56.1 peratus
responden kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa pihak kerajaan telah menjalankan
tadbir urus politik dengan baik sekali, sementara itu sebanyak 47.6 peratus responden kumpulan
etnik Cina mempunyai pandangan sedemikian. Antara item yang digunakan untuk pengukuran
ialah amalan demokrasi di Malaysia, wakil rakyat dari parti politik pemerintah gigih memberi
khidmat kepada rakyat dan pemimpin negara cepat bertindak ke atas pelampau politik
perkauman. Melalui hasil kajian ini, kumpulan etnik Melayu mempunyai persepsi yang agak
positif terhadap tadbir urus politik yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Dari segi tadbir urus media, hasil kajian menunjukkan sebanyak 67.4 peratus responden
kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa media massa pelbagai bahasa telah berkembang
pesat di negara ini yang bebas melapor berita tentang masalah tadbir urus kerajaan berbanding
dengan 49.7 peratus responden kumpulan etnik Cina yang mempunyai pandangan sama. Antara
item yang digunakan bagi dimensi ini ialah media massa berkembang pesat dalam pelbagai
aliran bahasa dan media sosial bebas melapor berita tentang masalah tadbir urus kerajaan di
negara ini. Ini bermakna bahawa kumpulan etnik Melayu mempunyai tanggapan yang agak baik
terhadap tadbir urus media berbanding dengan tanggapan kumpulan etnik Cina yang agak kurang
memberangsangkan terhadap perkara ini.

181


Dari sudut tadbir urus jenayah dan masalah sosial, hasil kajian menunjukkan sebanyak
53.6 peratus responden kumpulan etnik Melayu berpandangan bahawa pihak kerajaan berjaya
mentadbir urus hal ehwal jenayah dan masalah sosial dengan baik manakala sebanyak 42.6
peratus responden kumpulan etnik Cina yang mempunyai pandangan sama. Antara item yang
digunakan sebagai pengukuran dimensi tadbir urus jenayah dan masalah sosial ialah bilangan
jenayah telah menurun dengan banyak di kawasan mereka, masalah sosial semakin berkurangan
di kawasan mereka, dan gejala rasuah sedang giat dibanteras oleh pihak kerajaan. Berdasarkan
kepada hasil kajian, persepsi kumpulan etnik Melayu adalah lebih baik terhadap tadbir urus
jenayah dan masalah sosial yang dimainkan oleh pihak kerajaan berbanding dengan persepsi
kumpulan etnik Cina.

Intipati Utama Kajian


Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati persepsi masyarakat Melayu dan Cina
terhadap tadbir urus pembangunan yang dimainkan oleh pihak kerajaan keseluruhannya berada
pada tahap ‘sederhana tinggi’ sahaja. Ini bermakna masih banyak ruang yang perlu ditingkatkan
oleh pihak kerajaan dalam memantapkan lagi peranan tadbir urus mereka. Walaupun peranan
tadbir urus itu bergantung kepada tahap dan bentuk kerajaan yang diaplikasi dalam sesebuah
negara (Pierre & Peters, 2000), namun setiap tingkat kerajaan itu mempunyai bidang kuasa
terkhusus sepertimana yang ditetapkan dalam standard of procedure dan perundangan negara.
Kegagalan dalam melaksanakan tadbir urus yang berkesan sudah pasti membawa persepsi yang
berbeza-beza dan menjadi faktor kepada persepsi yang kurang memberangsangkan terhadap
pihak kerajaan. Andai kata tadbir urus yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan itu efektif dan
efisyen dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, maka sudah pasti akan membawa
suatu persepsi yang lebih baik terhadap pihak kerajaan.
Kajian ini mendapati kedua-dua kumpulan etnik memberikan reaksi yang berbeza-beza
terhadap setiap dimensi tadbir urus kerajaan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa tingkat
keamatan dan tahap penerimaan yang berbeza-beza antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain, antara satu kawasan dengan kawasan yang lain dan persekitaran sosial
mereka. Bagi kumpulan yang dapat menikmati segala bentuk kemudahan yang disediakan oleh
pihak kerajaan sudah pasti akan memberikan reaksi yang positif berbanding dengan kumpulan

182


yang tidak menikmati kemudahan tersebut. Begitu juga bagi kumpulan yang mendapat manfaat
dari program-program anjuran kerajaan akan membawa reaksi yang lebih baik sekiranya
dibandingkan dengan kumpulan yang tidak mendapat manfaat tersebut.
Sekiranya diperinci berdasarkan kepada persepsi kumpulan etnik, masyarakat Melayu
mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap tadbir urus kerajaan dalam kebanyakan dimensi
yang diukur berbanding dengan kumpulan etnik Cina. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
dikaitkan dengan perkembangan tersebut. Antara salah satu faktor yang dilihat membawa
pengaruh signifikan ialah landskap politik dan pemerintahan negara dipegang oleh orang-orang
Melayu. Jadi, acuan dan pendekatan tadbir urus yang diambil oleh pihak kerajaan mungkin lebih
bertepatan dan memenuhi jiwa orang-orang Melayu (Mohd Mahadee, 2015) walaupun pada
tahap yang sederhana baik sahaja. Atau faktor lain yang juga dilihat berkaitan ialah kebanyakan
penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakan aspek tadbir urus ini di peringkat akar
umbi terdiri daripada orang-orang Melayu. Selain itu, kumpulan etnik Melayu dikatakan banyak
mendapat kelebihan dan keistimewaan daripada pelaksanaan tadbir urus kerajaan. Perkembangan
ini juga cukup sinonim dengan sokongan politik parti pemerintah dan pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan.
Persepsi kumpulan etnik Cina terhadap tadbir urus kerajaan adalah baik bagi perkara-
perkara yang melibatkan perkara-perkara inklusif iaitu melibatkan kepentingan ekonomi mereka
dan sederhana ke rendah bagi aspek-aspek lain. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkara
seperti soal pinjaman usahawan dan program pemerkasaan ekonomi. Elemen tersebut dilihat
membawa keuntungan kepada ekonomi mereka, dan oleh sebab itu mereka mempunyai persepsi
yang baik. Berdasarkan kepada dapatan tersebut, adalah jelas bahawa masyarakat Cina
mempunyai etos komersial yang tinggi (Mohd Mahadee, 2015). Hal ini menunjukkan, bagi
masyarakat Cina perkiraan material adalah lebih penting dan mengatasi perkiraan-perkiraan lain.
Dalam pada itu, masyarakat Cina masih merasakan pelaksanaan tadbir urus kerajaan tidak
memberikan hak yang sama rata kepada kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia. Mereka
beranggapan masyarakat Melayu dan Bumiputera lebih banyak mendapat keistimewaan dari
pihak kerajaan berbanding dengan kumpulan etnik lain.
Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa persepsi masyarakat terhadap tadbir urus
pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mempunyai hubung kait yang jelas dengan

183


perbezaan kumpulan etnik. Perkara ini dapat dilihat dengan nyata di mana kumpulan etnik yang
berbeza melihat tadbir urus kerajaan dari kaca mata yang berbeza walaupun peranan tadbir urus
yang dimainkan oleh pihak kerajaan itu sama. Ada pihak melihat hanya kumpulan etnik tertentu
sahaja yang banyak mendapat kelebihan dan keistimewaan dari tindakan tadbir urus kerajaan
masa kini. Kumpulan etnik lain dikatakan dipinggirkan dan terus terpinggir. Persepsi ‘negatif’
sedemikian perlu di tadbir urus dengan baik oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan konflik
antara etnik, mewujudkan hubungan etnik yang baik dan memantapkan kesepaduan sosial yang
wujud di Malaysia selama ini. Sepertimana yang ditegaskan oleh Shamsul Amri (2012),
kesepaduan sosial di Malaysia bukannya lahir secara semulajadi, tetapi ianya adalah hasil
daripada gembelingan tenaga semua pihak dalam mengekalkan keharmonian yang wujud di
Malaysia selama ini. Peranan kerajaan dalam terus memantapkan kesepaduan sosial seharusnya
diberikan perhatian serius dalam melaksanakan tindfakan tadbir urusnya.
Kajian ini juga mendapati wujud impak pembangunan terhadap pembentukan persepsi
masyarakat multietnik Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.
Perkara ini kerana masyarakat melihat sistem penyampaian kerajaan menjadi penentu kepada
kejayaan pembangunan yang dilaksanakan. Sesebuah projek pembangunan boleh mencapai
sasaran kejayaan sekiranya tidak berlaku gelaja rasuah, salah guna kuasa mahupun masalah
birokrasi yang keterlaluan. Oleh sebab itu, kumpulan etnik yang dikaji mahu melihat aspek
tadbir urus kerajaan dipertingkatkan, mengelakkan korupsi, mengutamakan ketelusan,
mementingkan kesaksamaan dan terus membela kepentingan rakyat. Seandainya elemen-elemen
tersebut diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan, maka sudah pasti ia akan mendorong
pembentukan persepsi masyarakat yang lebih baik.

Rumusan
Masyarakat Melayu dan Cina mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap peranan
tadbir urus yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Di satu pihak, terdapat persepsi yang melihat
tadbir urus yang dimainkan oleh pihak kerajaan adalah baik, manakala di pihak yang lain pula
melihat masih banyak lagi kelompangan dari aspek tadbir urus kerajaan. Ini terbukti dengan
kumpulan etnik Melayu mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap peranan tadbir urus
kerajaan bagi semua dimensi yang diukur, sementara itu kumpulan etnik Cina mempunyai

184


persepsi yang baik bagi hal ehwal yang melibatkan kepentingan ekonomi mereka. Berdasarkan
kepada senario tersebut, kajian ini mendapati masih banyak ruang tadbir urus yang perlu
ditingkatkan oleh pihak kerajaan demi mengekalkan kestabilan negara khususnya dalam
mewujudkan hubungan etnik yang baik. Hal ini kerana persepsi terhadap tadbir urus mempunyai
perkaitan yang amat signifikan dengan perbezaan kumpulan etnik di Malaysia. Hubungan etnik
yang baik dapat menjamin wujudnya kesepaduan sosial yang harmoni. Kesinambungan dari itu,
kesepaduan sosial tidak dapat diharmonikan sekiranya pihak pemerintah gagal melaksanakan
tadbir urus dengan baik bagi semua dimensi sosial dalam kehidupan masyarakat multietnik
Malaysia.

Rujukan
Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad
Ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2006. Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Ed. ke-2. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azlina Abdullah, Mansor Mohd Noor & Mohd Mahadee Ismail. 2016. Etnisiti di tempat kerja:
Menghormati perbezaan, meraikan kepelbagian. Research Journal of Social Sciences, 9(3):
52-58.

Azlina Abdullah, Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2016. Eklektisme Dalam
Memahami Kepelbagaian dan Etnisiti di Tempat Kerja, Research Journal of Social
Sciences, 9(3): 45-51.

Heywood, A. 2007. Politics. New York: Palgrave Macmillan.

Johnson, I. 1997. Redefining The Concept of Governance. Quebec: Canadian International


Development Agency.

Khairol Anuar Kamri. 2014. Impak Etnisiti, Tadbir Urus dan Etika Kerja Terhadap Kesepaduan
Sosial Polis Diraja Malaysia. Tesis PhD. Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kjar, A.M. 2004. Governance. UK: Polity Press.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar Lee. 2006.
Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall Malaysia.

185


Mansor Mohd Noor, Azlina Abdullah & Mohd Mahadee Ismail. 2016. Mengurus dan
Memahami Hubungan Etnik di Universiti Awam Malaysia, Research Journal of Social
Sciences, 9(3): 59-65.

Mansor Mohd Noor. 2012. Kerencaman sosial dan penipisan batas etnik. Syarahan Umum
Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mansor Mohd Noor. 2014. Kesinambungan sejarah dan warisan tamadun Malaysia:
Pembentukan negara payung anak watan dari alam Melayu Melaka dan Malaysia. Dlm.
Kamaruddin M. Said (pnyt). Perpaduan Nasional Dalam Pelbagai Perspektif. Putrajaya:
Majlis Profesor Negara. (154-178).

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Sosialisasi politik, etos nasional dan negara-bangsa: Kajian
pendidikan sivik dan PLKN dalam kalangan mahasiswa UPM. Tesis Doktor Falsafah,
Institut Kajian Etnik, UKM.

Pierre, J. and Peters, B. G. 2000. Governance, Politics and the State. New York: Palgrave
Macmillan Press Ltd.

Pue Giok Hun. 2013. Menyelusuri Cabaran Kepelbagaian: Pengalaman Malaysia Terkini.
Bangi: Institut Kajian Etnik, UKM.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Kesepaduan Dalam Pelbagaian: Perpaduan Di Malaysia


Sebagai Work-In-Progess. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Institut Kajian
Etnik, UKM.

186


Peranan Ketua Kaum dalam Perkongsian Kuasa Antara Kaum Melalui
Jawatankuasa Perhubungan Kaum (JPK) 1948

Nurshuhada Mohamed
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS), Universiti
Kebangsaan Malaysia,
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), Universiti Malaysia Terengganu
E-mel: shuhada@umt.edu.my

Abstrak
Perkongsian kuasa antara kaum atau komuniti melalui pakatan politik merupakan satu
cabaran yang besar terhadap pihak British dalam membentuk sesebuah perpaduan. Ini kerana
setiap kaum mengimpikan negara idaman masing-masing dan sifat prasangka yang semakin
menebal melalui pengalaman hidup bersama namun berlainan budaya dan fahaman. Usaha
pakatan ini dilihat semakin sukar apabila melalui tempoh darurat yang berpanjangan akibat
ancaman komunis. Oleh itu, objektif kajian adalah menganalisis peranan ketua kaum antara
komuniti dan pihak British bagi memahami perkongsian kuasa melalui elemen-elemen
rundingan (negotiation), tawar-menawar (bargaining) dan perantara (mediation).
Jawatankuasa Perhubungan Kaum atau lebih dikenali sebagai Community Liaison
Committee (CLC) dijadikan fokus kajian ini, kerana penubuhan awalnya pada tahun 1948
untuk membentuk kerjasama antara kaum sebelum kemerdekaan Malaya pada tahun 1957.
Kajian arkib dijalankan untuk analisa minit mesyuarat CLC, surat rasmi dan laporan dari
tahun 1948 hingga 1952 dengan kaedah analisis makna. Dapatan kajian mendapati wujud
tolak-ansur atau konsensus antara ketua kaum dan pihak British bagi mempersiapkan negara
ke arah kemerdekaan. Sekali gus membuktikan bahawa CLC merupakan instrumen
Consociationalism yang membentuk perkongsian kuasa melalui tolak-ansur dan
mengaplikasikan proses rundingan dan tawar-menawar bagi isu-isu ekonomi, politik,
kewarganegaraan dan pendidikan.
Kata kunci: Perkongsian kuasa, peranan ketua kaum, akomodasi.

187


Pengenalan
Hubungan perpaduan antara komuniti di Malaysia dibuktikan melalui penerimaan
perbezaan antara satu sama lain. Banyak kajian yang menunjukkan Malaysia dapat bertahan
sehingga kini adalah kerana menghormati kepelbagaian kaum, budaya, bahasa dan agama seperti
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara (Abdul Rahman Embong,
2006), membudayakan konsep agree to disagree dan bargaining and negotiation (Shamsul AB,
2011) dan menerima kepelbagaian kaum (Mansor Mohd Noor, 2010).
Proses perpaduan ini mengambil masa lama dan ia berlaku secara evolusi kerana bukan
dipaksa atau tergesa-gesa. Proses yang panjang ini dijayakan oleh banyak pihak dan merupakan
satu peristiwa yang penting dalam sejarah penubuhan Malaysia. Kemuncak peristiwa yang
dicatatkan adalah setiap kaum dapat duduk bersama dan membincangkan isu-isu sensitif melalui
rundingan, tawar-menawar dan British sebagai perantara. Dari idea British yang menginginkan
kerjasama kaum telah membentuk satu tolak-ansur atau konsensus antara komuniti dan
seterusnya permuafakatan dan perkongsian kuasa dalam politik komunal. Proses yang terbentuk
ini dijayakan oleh aktor berperanan sebagai pemimpin ketua kaum bagi setiap komuniti. Ketua
kaum ini dikenali sebagai elit yang berperanan menggalas tanggungjawab ini dan diberi
kepercayaan untuk membawa masyarakat pelbagai komuniti ke arah negara yang merdeka. Oleh
sebab itu, CLC dijadikan fokus kajian kerana ia merupakan instrumen consociationalism seperti
yang dihuraikan oleh Arend Lijphart (1977). Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melihat
peranan elit bagi mencari pertemuan, pemikiran dan pandangan sepanjang proses CLC untuk
bergerak ke hadapan ke arah kemerdekaan.

Konsep Consociationalism dan Elit


Konsep consociationalism atau konsensus diperkenalkan oleh Arend Lijphart sekitar
tahun 1970an. Ia hadir bersama gelombang demokrasi yang kedua sekitar tahun 1940an hingga
1962. Gelombang demokrasi ini berkembang sebagai ideologi politik dan telah mengubah sistem
politik di seluruh negara. Manakala gelombang ketiga sekitar tahun 1974 sehingga 1990
merupakan gelombang yang kuat dan memberi kesan kepada kebanyakan negara seperti Eropah
Selatan, Amerika Latin dan Asia Timur. Bagi British kebangkitan revolusi industri di Eropah
memberi kesan pembangunan yang pesat termasuklah penularan sistem demokrasi melalui

188


kolonialisme. Melalui pengalaman inilah, British menggunakan ilmu sebagai kuasa dan
meningkatkan lagi kuasanya dari sudut fizikal dan epistemologi (Shamsul Amri, 2005).
Consociationalism telah dibentuk pada tahun 1970 oleh kerja Arend Lijphart bersama-
sama Eric Nordlinger, Gerhard Lehmbruch, ia juga sering dipanggil demokrasi
consociationalism, demokrasi konsensus atau demokrasi berkadar korporatisme (Schneckener,
2002). Definisi consociationalism menjadi satu bentuk demokrasi konsensus yang dikaitkan
dengan masyarakat atau komuniti dibahagikan atau, sebaliknya, untuk mentadbir tatanegara
multinasional, iaitu negeri-negeri atau kawasan-kawasan di mana dua atau lebih kaum bagi
sesebuah negara hidup (Schneckener, 2002). Beliau menegaskan idea utama dalam struktur
perkongsian kuasa adalah dua atau lebih kumpulan komuniti dalam sesebuah negara bersama-
sama memerintah tatanegara dan konsensus dalam setiap pembuatan keputusan.
Mekanisme perkongsian kuasa yang digemari oleh Lijphart dan Horowitz (1985, 1991)
pula, mencadangkan penggunaan institusi sebagai alternatif bagi menggalakkan tingkah laku
sederhana oleh kedua-dua golongan elit dan pengikut mereka (Hartzell dan Hoddie, 2007). Sisk
(1996) mendefinisikan institusi-institusi ini sebagai satu bentuk perkongsian kuasa kerana
mereka cenderung untuk memupuk pembentukan pakatan yang luas yang mewakili kepentingan
pelbagai. Hartzell dan Hoddie (2007) menjelaskan bahawa Lijphart (1977) dan Sisk (1996)
menyatakan untuk mendapatkan konsensus maka perlu wujud perkongsian kuasa melalui
penubuhan institusi yang akan memberi jaminan untuk membentuk perwakilan di pusat politik
dan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan serta berperanan dalam
mengurangkan konflik.
Arend Lijphart (1999) pula menghuraikan institusi sebagai; 1) kaedah-kaedah dan amalan
institusi utama demokrasi moden seperti organisasi dan operasi eksekutif, perundangan, sistem
parti, sistem pilihan raya, dan hubungan antara pusat dan peringkat rendah kerajaan yang boleh
diukur melalui skala majoriti dan konsensus di akhirnya dengan pihak yang lain; 2) bahawa ciri-
ciri institusi membentuk dua kelompok yang berbeza; dan 3) berdasarkan kelompok dikotomi ini
(Dimensi Perkongsian Kuasa vs Dimensi Pembahagian Kuasa), dua dimensi "peta konsep"
demokrasi ini boleh dilakar mengikut era pembentukan sesebuah negara demokrasi. Perbezaan
kedua-dua dimensi ini diteliti oleh Arend Lijphart (1999) dan penting untuk menentukan corak
dan peraturan dalam sesebuah institusi.

189


Perbahasan konsep elit pula menurut tafsiran Kobkua (2011) dalam bukunya yang
bertajuk Palace, Political Party and Power: A Story of the Social-Political Development of
Malay Kingship. Definisi elit dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa sebelum kolonial, semasa
kolonial dan selepas kolonial. Nazirah (2011) memahami elit yang wujud sebelum kolonial
adalah elit tradisi dan simbol kepada kuasa. Manakala semasa kolonial wujud elit yang
memerintah sebagai kerajaan atau lebih dikenali sebagai Raja atau Sultan. Simbol kuasa telah
bertukar kepada satu simbol yang menggerakkan sosio-politik dalam masyarakat. Ia boleh
disimpulkan elit ini menggunakan pendekatan simbol bagi menerangkan makna kuasa mereka
(Malesevic 2004). Segala tindakan dan keputusan yang diambil oleh golongan atasan atau elit ini
adalah mewakili rakyat yang dipimpin. Masyarakat pada kedua-dua fasa ini taat dan hormat pada
golongan elit ini.
Manakala fasa selepas kolonial diambil kira selepas Peperangan Dunia kedua sekitar
tahun 1948. Nazirah (2011) berpendapat wujud elit baru ketika fasa ini kerana golongan elit yang
dimaksudkan adalah elit yang memimpin parti politik komunal. Pendekatan perjuangan elit baru
ini lebih bersifat pendekatan instrumen kerana memfokuskan kepada strategik dan taktik dalam
menggerakkan politik mereka (Malesevic 2004).
Namun begitu teori elit klasik sentiasa diambil kira dalam perbincangan elit kerana teori
elit klasik sentiasa menekankan majoriti yang menguasai minoriti. Teori elit kontemporari pula
memfokuskan pada tindakan elit dalam bidang sosial iaitu kuasa relatif dan simbol. Cohen
(1974) menjelaskan simbol adalah objek, konsep atau bahasa yang digunakan dalam
memerihalkan sesuatu tindakan. “Symbol possess indefinite and uncertain meanings but are, at
the same time, indispensable for social action and communication” (Malesevic, 2004; 115).
Kebiasaannya simbol sering digunakan untuk tujuan tindakan kolektif dalam masyarakat. Malah
simbol juga diterima pakai dalam kehidupan seharian yang merupakan sebahagian daripada
hubungan etnik. Ia dibincangkan oleh Cohen (1974) sebagai perkongsian perkara yang sama
“treats ethnic group as informally organized interest groups who share a common culture and
who form a part of a larger population, interacting within the framework of a common social
system like the state”.
Elit politik turut dikenali sebagai aktor yang membawa peranan penting dalam proses
perkongsian kuasa dan pembuatan keputusan bersama. Arend Lijphart (1969, 1977 dan 1985)

190


menyenaraikan tiga belas unsur bagi menjayakan consociationalism. Antara salah satu unsur
adalah peranan elit politik. Ia dibincangkan dan diakui oleh Lijphart (1969) elit berupaya
berakomodasi dengan perbezaan dan permintaan dari etnik-etnik lain. Peranan elit kedua iaitu
berupaya untuk merapatkan jurang pemisahan, manakala peranan ketiga adalah elit dapat
memberi komitmen dalam mempertahankan sistem dan berusaha melaksanakan perpaduan serta
kestabilan. Walau bagaimanapun elit mesti memahami budaya pemecahan politik dan boleh
menilai tanda-tanda perpecahan. Peranan ketua kaum dalam CLC dipotretkan sebagai elit politik
kerana mereka bertanggungjawab untuk mewakili kaum masing-masing. Justifikasi mengapa
kajian ini memfokuskan istilah ketua kaum berbanding elit, kerana antara ahli jawatankuasa
dalam CLC merupakan perwakilan yang bukan dari golongan memegang perjawatan dalam
kerajaan, persatuan mahupun parti politik.

Metodologi
Kajian ini meneliti bentuk perkongsian kuasa yang dijalankan sepanjang proses
penubuhan CLC. Malah CLC merupakan instrumen consociationalism yang telah dibincangkan
oleh Arend Lijphart. Penelitian ini menggunakan pendekatan “trajektori sejarah” dan Annales
School dalam mengkaji makna dokumen arkib dari tahun 1948 hingga 1952.

Dapatan Kajian
Pembentukan konsensus lahir ketika kedua-dua usaha menghormati kepelbagaian etnik
dan meraikan budaya etnik masing-masing diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat
(Abdul Rahman Embong, 2006). Usaha ini mengambil masa yang panjang dan faktor
persekitaran yang positif turut membantu dalam merealisasikan proses pembinaan pakatan.
Tempoh yang diambil merupakan ukuran kepada kejayaan proses perkongsian kuasa di mana
semakin lama tempoh masa yang diambil untuk berunding dan tawar- menawar maka semakin
besar kejayaan yang akan mengekalkan dan menstabilkan perpaduan dan hubungan etnik dalam
sesebuah negara. Berikut tiga peranan utama ketua kaum dalam membentuk dan
mengaplikasikan perkongsian kuasa sepanjang proses perbincangan, tawar menawar dan
seterusnya konsensus atau dikenali “agreed views” dalam CLC.

191


i. Akomodasi
MacDonald juga memperakui konflik ketika proses ini berjalan sehinggakan berlaku
kekerasan dari sudut tindakan dan suara (MAC 120). Namun proses ini akhirnya menawarkan
persetujuan kolektif di antara kedua-dua pihak yang bercanggah pendapat. Persetujuan kolektif
inilah yang dibincangkan oleh Parcell sebagai “agreed views”.
Sepanjang proses perbincangan CLC, beberapa isu sensitif dapat diperbincangkan
antaranya adalah berkenaan kedudukan ekonomi orang Melayu, penyertaan politik bagi kaum-
kaum lain, medium bahasa yang akan digunakan dalam pembelajaran di peringkat sekolah, jenis
sekolah yang akan ditubuhkan dan syarat kewarganegaraan untuk penduduk Persekutuan Tanah
Melayu. Isu-isu yang dibincangkan merupakan permintaan dan kehendak masyarakat yang
berbilang kaum di Tanah Melayu.
Beberapa siri perjumpaan dijalankan demi membincangkan isu-isu di atas. Sepanjang
proses perbincangan dapat dilihat jawatankuasa CLC memainkan peranan sebagai perwakilan
kepada etnik masing-masing. Proses tawar menawar antara etnik Melayu dan Cina diperlihatkan
dalam isu memberi ruang dan peluang ekonomi kepada etnik Melayu. Manakala etnik Cina
diberi kewarganegaraan mengikut Undang-Undang Antarabangsa yang dipraktikkan oleh British
dan juga pengiktirafan Undang-Undang tempatan yang diguna pakai oleh Raja-Raja Melayu
sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jadual 1: Siri perjumpaan sebelum dan semasa proses rundingan politik.


Bil Siri Mesyuarat Rujukan
Dokumen
1. Mesyuarat Sebelum Penubuhan CLC pada 29 Disember 1948 di rumah MAC 79/11/14
Dato Onn di Johor bersama pemimpin Cina dari sudut politik adalah
terpisah dan terasing
2. Mesyuarat Sebelum Penubuhan CLC bersama Anggota Majlis Cina MAC 79/11/14
Penang di Penang.
- Memilih ahli yang terdiri daripada 6 etnik Melayu dan 6 etnik
Cina
- Memilih pengerusi CLC
- Sir MalColm MacDonald sebagai pemerhati dan “perantara” bagi
penduduk tempatan dan British
3. Mesyuarat CLC 1 pada 9 &10 Februari 1949 di Johor Baru. MAC 120
- Pertemuan pertama yang diketuai oleh pengerusi yang dilantik MAC 22/6/43
atas persetujuan semua ahli iaitu Thuraisingham
- Perbincangan tentang kedudukan orang Melayu dalam ekonomi
192


dengan bantuan yang boleh diberikan oleh komuniti Cina
- Turut berbincang tentang pendidikan untuk melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai nilai patriotisme terhadap negara Tanah
Melayu
- Wujud prejudis di antara Melayu dan Cina apabila ada usaha
untuk memisahkan Penang dari Persekutuan Malaya.
4. Mesyuarat CLC pada 18 &19 Februari 1949 di Kuala Lumpur, 14 & MAC 27/5/72
15 Mac (Ipoh), 1 &2 April (Kuala Lumpur) dan 12 Mei (Kuala MAC 27/5/95
Lumpur)
- Perbincangan masih berkenaan permasalahan kedudukan orang
Melayu dalam ekonomi
- Perbincangan dan perundingan mengambil masa selama 4 sesi
untuk meneliti permasalahan “economic adjustment” bagi semua
etnik komuniti di tanah Melayu pada waktu itu.
- Ahli jawatankuasa seterusnya membuat draf resolusi kepada
kerajaan untuk di wartakan sebagai undang-undang.
5. Mesyuarat CLC8 pada 13 & 14 Ogos 1949 (Kuala Lumpur) MAC 27/8/75
- Perbincangan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan MAC 28/3/15
kewarganegaraan.
- Wujud konflik untuk mentakrifkan kriteria-kriteria sebagai
warganegara – menolak “dual citizenship or nationality”
6. Mesyuarat CLC9 pada 14 hingga 16 September 1949 di Bukit Serena MAC 25/1/14
(Johore Bahru) dan 29, 30 & 31 Disember (Penang)
- CLC mengeluarkan pernyataan tentang kriteria warganegara perlu
dipertimbangkan, pilihan raya perlu dijalankan bagi proses
berkerajaan sendiri dan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris
di sekolah kerajaan atau pun sekolah bantuan kerajaan.
7. Mesyuarat CLC 11 di awal 10 & 11 Februari 1950 (Kuala Lumpur), MAC 25/1/15
21 Februari 1950 (Kuala Lumpur) dan 6 Mei 1950 (Kuala Lumpur) MAC 25/1/16
- Persetujuan tentang isu-isu warganegara dengan memperkenalkan MAC 25/1/19
‘jus soli’
- Memperlihatkan ‘major concession’ oleh Dato Onn kepada
permintaan Tan Cheng Lock
- Akhirnya memberi persetujuan kepada pelaksanaan kedudukan
istimewa dan ekonomi orang Melayu dalam dasar
8. Mesyuarat CLC 6 Mei 1960
- Mesyuarat berkenaan pindaan CLC yang akan diperuntukkan di
dalam undang-undang
- Penubuhan Parti Perikatan antara UMNO-MCA-MIC
- Dato Onn Menubuhkan Parti baru iaitu Parti Kemerdekaan
Malaya
Sumber: Nurshuhada Mohamed (2016).

Laporan dokumen CO 1022 184 di bawah, menceritakan pertemuan dalam CLC memberi
kesan persekitaran yang positif. Ini kerana pertemuan demi pertemuan melahirkan rasa kekitaan

193


antara satu sama lain. Malah pertemuan ini membuktikan mereka boleh menerima perbezaan dari
sudut politik yang sebelum ini aktiviti politik hanya bersifat berasingan dan eksklusif kepada
etnik masing-masing.

.
Sumber: CO 1022 184. The Formation of a New Community Liaison Committee 4 February 1952.
Rajah 1: Laporan oleh Sir MacDonald kepada Pesuruhjaya British di Singapura

ii. Merapatkan jurang pemisah


Kenyataan akhbar Times di rajah 2 menjelaskan tentang signifikan penubuhan CLC.
Keputusan relatif membuktikan kerjasama di antara kedua pihak berhasil walaupun dalam situasi
yang tegang. Gabungan kesemua kaum menggambarkan satu usaha yang gigih dan memerlukan
kesabaran yang tinggi dan kepercayaan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat iaitu ke
arah berkerajaan sendiri. Bukan senang untuk memupuk kerjasama, kepercayaan dan keyakinan
antara satu sama lain semasa zaman darurat di Tanah Melayu.

Sumber: Co 717/183/2/14 (52) Cooperation Between Malays and Chinese 1949.


Rajah 2: Kenyataan akhbar Times pada 18 September 1949.

Oleh itu, terdapat banyak halangan dan rintangan yang CLC hadapi. Ada yang berjaya
diharungi namun ada yang gagal digapai. Antara yang berjaya adalah menipiskan batas etnik
yang sebelum ini terpisah dan terasing. Mereka berkongsi budaya yang sama dan tujuan yang
sama bagi menghasilkan satu keputusan kolektif dan diterima sehingga hari ini walau
kepentingan dan peranan CLC telah kabur pada tahun 1952. Namun agreed views CLC telah
diubahsuai dan diguna pakai dalam perikatan UMNO-MCA-MIC untuk dibawa dan
dibentangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja. Hasil dari persetujuan dalam Mesyuarat

194


Majlis Raja-Raja inilah satu perlembagaan telah dipersetujui untuk ditubuhkan. Malah
peruntukan CLC juga telah dirangkakan melalui bentuk perkongsian kuasa dengan kerjasama
antara kaum dalam medium politik.
Pertemuan antara pemimpin-pemimpin ini menipiskan batas etnik yang wujud antara
mereka. Ini kerana pertemuan sebelum ini hanya berlaku dalam skala yang kecil sahaja.
Akibatnya sifat prejudis semakin menebal dalam diri masing-masing. Sifat ini tercetus akibat
daripada serangan komunis kerana marah dengan etnik Melayu yang bekerjasama dengan Jepun.
Manakala etnik Melayu mengandaikan kebanyakan Cina merupakan penyokong perjuangan
komunis. Rentetan inilah yang membuahkan rasa tidak senang untuk bekerjasama sesama
mereka. Namun hasil perancangan dan idea British yang sentiasa mengamalkan pendekatan
rundingan membuka ruang untuk kesemua kaum berjumpa dalam beberapa siri pertemuan yang
akhirnya menghormati pendirian dan pandangan masing-masing. Fernando, Zulkarnain dan
Abdullah (2013) memperakui bahawa CLC merupakan institusi yang penting untuk
mempromosikan kefahaman yang mendalam di antara masyarakat di tanah Melayu.
iii. Komitmen dan mengekalkan kesepaduan
Pemimpin ketua kaum mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Peranan
ketua bagi setiap kaum merupakan tindakan dalam sistem sosial melalui kesan permainan rol
atau permainan watak bagi setiap ketua kaum yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa CLC
(Moore, 1986). Oleh yang demikian mereka juga berperanan dalam mengekalkan sistem
perkongsian kuasa dan melaksanakan perpaduan antara kaum melalui komitmen yang
dipertanggungjawabkan. Tindakan oleh permainan watak ini akan memberi kesan perubahan
struktur terhadap individu dan kelompok serta dinamik kelompok (Moore, 1986). Antara
pemboleh ubah yang boleh mengukur perubahan struktur bagi sesebuah institusi adalah 1) saiz
keanggotaan; 2) sekatan dan ketetapan dalam keperluan rol asas; dan 3) pengkhususan dalam
kedudukan dan peranan keputusan. (Moore, 1986).
Setiap pegawai yang memegang jawatan mempunyai karakter yang berlainan, inilah yang
dibahaskan oleh A.J Stockwell (1995) tentang sejarah Malaya. Pertukaran General
Commissioner akan membezakan kaedah dan tindakan yang akan diambil oleh beliau namun
objektif tetap sama iaitu memberi ruang perbincangan dan rundingan untuk berkerajaan sendiri.
Kandungan penulisan Clyde Sanger (1995) memerihalkan personaliti Malcolm MacDonald

195


sebagai seorang sosialis. Personaliti ini dibentuk oleh pengalaman hidup di mana beliau
dilahirkan dalam keluarga yang berkerjaya sebagai ahli politik malah ayah beliau merupakan
perdana menteri yang pertama yang diwakili oleh Parti Sosialis (MacDonald Papers, 2009).
Malah di Malaya beliau dikenali sebagai “Britain Coats off Diplomat” (MAC 18/10/17) kerana
tidak mengikut dasar sosial yang telah ditentukan oleh British. Beliau menjelaskan tentang
kenapa British gagal dalam memahami masyarakat tempatan kerana “It is not our political but
our social policy that has tended to spoil our relations with the Asiatic countries” (MAC 18/4/4).
Pengalaman inilah yang menjadikan beliau tiada sifat prejudis terhadap mana-mana etnik dan
tidak bersetuju dengan doktrin penjajahan.
Perwatakan Dato Onn pula seorang yang tegas dan luas pengetahuan dalam bidang
politik. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan terlalu mengikut emosi menyebabkan
tindakan beliau disalah ertikan dalam peristiwa beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti
Tindakan Negara (PTN). Thuraisingham pula merupakan “…very passionate and contentious, in
a profesional and amicable manner and this drew much respect from his fellow colleagues. His
legal background and experience in the legislative council to an extent enable him to handle the
discussion skillfully and firmly (Fernando, Zulkarnain & Abdullah, 2013)”. Peranan Tan Cheng
Lock dalam mendokong perjuangan kemerdekaan begitu banyak. Sebelum menyertai CLC
beliau merupakan pemimpin AMCJA dan bekerjasama dengan PUTERA demi mendapatkan
kemerdekaan tanah Melayu. Namun setelah British mengisytiharkan AMCJA-PUTERA parti
berhaluan kiri, beliau memasuki parti MCA yang ditubuhkan oleh British bagi membasmi
sokongan etnik Cina dari perjuangan komunis.

Sumber: CO 1022 191 27(3) Inter Communal Political Movements 20 March 1953
Rajah 3: Keratan Akhbar Pakatan Melayu-Cina: Kerangka Kerjasama Komunal.

196


Perwatakan Sir MacDonald, Dato Onn, Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingham
merupakan pemimpin elit yang berfikiran terbuka dan mengiktiraf etnik lain sebahagian daripada
etnik yang ada di tanah Melayu ketika itu. Walaupun CLC peranan CLC berkubur sekitar tahun
1953, namun komitmen yang dimainkan oleh mereka berjaya menarik tumpuan parti komunal
lain seperti UMNO, MCA dan MIC mengaplikasikan model konsensus dalam kerangka pakatan
antara politik komunal di era 1952. Keratan akhbar dalam rajah di bawah membincangkan
kepentingan ahli jawatankuasa CLC masih lagi berperanan dalam pakatan politik yang terbaharu
antara UMNO dan MCA.

Perbincangan
Beberapa sarjana melihat elit politik sebagai agen pemangkin bagi permulaan pakatan
besar dalam masyarakat berbilang kaum (Lijphart 1977, Mauzy 1983, Means 1991, Horowitz
1993, Agos 1992, Jayum 1994, In Won Hwang 2003 dan Mohd Fitri & Mohd Foad 2013).
Ramai sarjana tempatan bersetuju bahawa hasil permuafakatan di Tanah Melayu bermula apabila
perikatan di antara UMNO dan MCA selepas pilihan raya umum 1954. CLC pula dikategorikan
sebagai tempoh percubaan untuk memupuk sistem akomodasi di kalangan elit. Oleh itu, peranan
elit dilihat signifikan dalam menjayakan proses rundingan, tawar menawar dan perantara
seterusnya membuahkan konsensus dalam CLC melalui keputusan kolektif yang dikenali sebagai
“agreed views”.
Aktor yang mewakili Ahli Jawatankuasa CLC merupakan individu berlatar belakangkan
pelbagai kaum antaranya Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock, EEC Thuraisingham, Ronald
Bradell dan juga Liaison Officer iaitu Sir MalColm MacDonald. Manakala institusi pula diwakili
oleh Elit politik, Elit kerajaan British dan juga media massa. Ketiga-tiga institusi ini mempunyai
peranan penting dalam mempengaruhi corak pemikiran, penyertaan dan tindakan masyarakat
setempat pada ketika itu.
Ia disokong oleh kajian March dan Olsen (1996) yang mengupas tentang peranan institusi
oleh elit politik dalam buku The Policy Process oleh Hill 1997. Political actors act and organize
themselves in accordance with rules and practices which are socially constructed, publicly
known, anticipated and accepted. Action of individuals and collectivities occur within these
shared meanings and practices, which can be called institutions and identities (Meyer dan

197


Rowan 1977; March dan Olsen 1984, 1989; dan North 1990). Maka setiap perasaan, pemikiran,
tindakan dan pengurusan mereka yang ada kalanya bersetuju dan kadang-kadang bertentangan
pendapat lahir daripada identiti, kelompok dan peranan yang berbeza. Hasilnya institusi
memberikan harapan dan kebimbangan, meluahkan emosi (Flam 1990) dan mewujudkan
sentimen-sentimen seperti kesetiaan, kehormatan, kebencian,kemarahan dan persahabatan dalam
pelbagai situasi (Marc dan Olsen 1996). Kenyataan dari Taylor (1985) “Along the way, political
institutions create rules regulating the possession and use of political right and resources. Even
the conception of an autonomous agent with a particularistics way of feeling, acting and
expression is an acquired identity, a socialized understanding of self and others” juga
menyokong aktor yang dilantik adalah bertindak dan bersuara dari pemahaman serta identiti
semasa proses sosialisasi.

Kesimpulan
Penubuhan CLC signifikan dalam mencorak serta membudayakan perkongsian politik di
kalangan ketua kaum. Nilai dan budaya yang dikongsi bermatlamatkan kemerdekaan dan ke arah
berkerajaan sendiri. Tekanan dalaman dan luaran serta penentangan terhadap Malayan Union
memaksa pihak British memikirkan perancangan bagi menyatukan penduduk-penduduk di Tanah
Melayu ketika itu. British belajar dari kesilapan mereka kerana gagal memahami budaya
setempat sebelum melaksanakan perancangan mereka. Ia diakui sendiri oleh Sir MacDonald “It
is not our political but our social policy that has tended to spoil our relations with the Asiatic
countries” (MAC 118/4/4-Times 13 Feb 1950).

Penghargaan
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Profesor Dr. Mansor Mohd Noor
(KITA) dan Majlis Profesor Negara kerana telah memberi ruang dan peluang untuk menyertai
dan membentang di seminar ini.

Rujukan
Abdul Rahman Embong. 2006. Negara – bangsa: proses dan perbahasan edisi 2. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

198


CO 717/183/2/14 (52). 1949. Cooperation between Malays and Chinese. Newspaper Report of
Future Status of Malaya by Times, 19 September 1949.

CO 1022 184. 1952. The Formation of a New Community Liaison Committee. Savingram by
Commissioner General in South East Asia, Singapore to Deputy General, 4 February
1952.

CO 1022 191 27(3). 1953. Inter Communal Political Movements. Newspaper Report of Malay-
Chinese Alliance: Essay in Communal Cooperation, 22 April 1953.

Cohn Bernard. 1996. Colonialism and Its Form of Knowledge: The British Rule in India.
Princeton: Princeton University Press.

Fernando, Joseph M, Zulkarnain Abdul Rahman & Abdullah Zakaria Ghazali. 2013. E.E.C
Thuraisingham: A Malaysian Patriot. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Fernando. Joseph. M. 2012. Elite Intercommunal Bargaining and Conflict Resolution: The Role
of the Communities Liaison Committee in Malaya, 1949–51. Journal of Southeast Asia
Studies, 43(2), pp 280-301 June 2012.

Horowitz D. 1993. Democracy in Divided Society, Journal of Democracy vol.4:4, 1993.


In Won Hwang. 2003. Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir.
Singapura: Institute of East Asian Studies.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Jayum A. Jawan. 1994. Malaysian Politics and Government. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Lijphart, Arend. 1977. Democracy in Plural Society. New Haven, Connecticut: Yale University
Press.

MAC 18/4/4. 1955. Official Papers: Special Files 1950-1955. Telegrams of South East Asia
Strategic and Political Importance in Bukit Sarena Mallaig and other Conference, 17 of
October – December 1951; 31.

MAC 18/10/17. 1955. Official Papers: Special Files 1950-1955. Report on Talks in Indonesia
with Presiden Soekarno in Despatches to London 1951-1955, 10th May 1951-2nd January
1952; 32.

MAC 118/4/4. 1976. Newspaper Cuttings Articles on Malcolm MacDonald 1932-1976. Articles
on MJM from the Times, 13 Feb 1950; 150.

199


March J. G. & Olsen J. P. 1996. Institutional Perspective on Political Institutions dalam The
Policy Process: A Reader disunting oleh Hill M. 1997. Edisi Kedua. London: Prentice
Hall.

Mauzy D.K. 1983. Barisan Nasional: Coalation Government in Malaysia. Kuala Lumpur:
Maricon & Sons Sdn Bhd

Means G.P. 1991. Malaysian Politics: The Second Generation. Singapura: New York: Oxford
University Press.

Mohd Fitri Abdul Rahman & Mohd Foad Sakdan. 2013. Konflik Politik Perkauman: Strategi
dan Penyelesaian Cara Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohammad Agos Yusof. 1992. Consociational Politics. The Malaysian Experience. Kuala
Lumpur: Perikatan Pemuda Enterprise.

Nazirah Lee. 2011. Palace, Political Party and Power: A Story of the socio-political development
of Malay kingship (review). Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic, vol.
85, part 1, June 2011, no. 32, pp 106-108.

Nurshuhada Mohamed. 2015. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK): Sejarah


Bermulanya Proses Perkongsian Kuasa. Siri Kertas Kerja Etnik UKM Bil. 36, Ogos
2015. Bangi: KITA.

Sanger, C .1995. Malcolm MacDonald: Bringing an End to Empire. Canada: McGill-Queen’s


University Press.

200


Status Penyertaan Sosial Penduduk Kampung Bandar di Wilayah Utara
Malaysia

Mohamad Shaharudin Samsurijan a*, Abdul Rais Abdul Latiff a, Anis Ruzainy Sukry a,
Radin Firdaus Radin Badaruddin a, Paramjit Singh Jamir Singh a, Mohd Haizzan Yahayaa,
Saidatulakmal Mohd a, Siti Rahyla Rahmat a
a
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
E-mel: msdin@usm.my

Abstrak
Secara ekologinya penduduk kampung bandar merupakan sebahagian penduduk bandar.
Kepesatan pembangunan bandar hari ini dilihat semakin menghimpit dan memberi tekanan
langsung ke atas persekitaran kawasan kampung bandar dan penduduk di dalamnya. Kajian ini
menghujahkan bahawa pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan langsung terhadap
status penyertaan sosial penduduk kampung bandar untuk menikmati kualiti kehidupan yang
baik dalam persekitaran pembangunan bandar yang semakin kompleks. Keutuhan penyertaan
sosial penduduk kampung bandar dilihat sebagai petunjuk penting dalam mencapai status kualiti
hidup yang baik dan sempurna, yang akhirnya dapat menyerap tekanan pembangunan bandar
yang semakin kompleks. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan seramai 1159
responden penduduk kampung bandar telah terlibat. Hasil kajian mendapati sungguhpun
penduduk kampung bandar secara majoritinya adalah kaum melayu, kepelbagaian etnik yang
wujud di persekitaran kawasan kampung bandar telah membentuk hubungan yang utuh dan
akrab. Hasil kajian menunjukkan penilaian persepsi responden kampung bandar dari bandar
Kangar, Alor Setar, George Town dan Taiping terhadap penyertaan sosial adalah seimbang.
Kata kunci: Pembangunan bandar, kampung bandar, penyertaan sosial, kepelbagaian etnik,
kualiti hidup.

Pengenalan
Pembangunan pesat dan proses perbandaran di kawasan bandar telah mempengaruhi
struktur fizikal, ruang dan mentaliti masyarakat kampung dalam bandar. Perubahan ini telah

201


memberi kesan langsung kepada penduduk kampung bandar untuk memiliki kualiti hidup yang
lebih baik dalam persekitaran bandar yang semakin mencabar dan kompleks terutamanya bagi
penduduk kampung bandar di wilayah utara Malaysia. Kampung bandar adalah sebuah
perkampungan dalam bandar yang wujud secara tradisi dan terletak dalam lingkungan sempadan
bandar, pusat pentadbiran bandar serta berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya atau
Majlis Perbandaran negeri. Kawasan kampung bandar wujud akibat daripada kepesatan proses
perbandaran yang berlaku. Hal ini mengakibatkan kedudukan kampung di kawasan tersebut
terkepung di tengah-tengah bandar. Penduduk di kawasan tersebut mempunyai hak milik ke atas
tanah yang diduduki. Kebanyakan mereka yang tinggal di perkampuangan bandar merupakan
generasi yang menetap di kawasan ini diwarisi secara turun temurun. Rumah yang didiami
merupakan warisan keluarga selain rata-rata punduduknya mempunyai ikatan persaudaraan.
Setiap kampung bandar mempunyai organisasi kampung tersendiri serta masih mengamalkan
adat, tradisi atau budaya setempat. Penduduk di kawasan tersebut bukan sahaja terdiri daripada
etnik Melayu malah kumpulan etnik lain seperti Cina, India dan sebagainya turut tinggal di
kawasan perkampungan bandar tersebut dan majoriti penduduk di kawasan itu adalah Melayu.
Meskipun berbeza kumpulan etnik, penduduk di kawasan tersebut hidup dalam keadaan aman
dan harmoni serta menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Perkara ini
menunjukkan bahawa perpaduan dalam kepelbagaian telah membuktikan kemampuan kelompok
manusia yang berbeza-beza dapat hidup dalam sebuah masyarakat (Shamsul, 2011).
Penyertaan sosial penduduk kampung bandar dalam aktiviti berpersatuan dan aktiviti lain
yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada kumpulan etnik yang berbeza menunjukkan
bahawa tiada jurang antara kumpulan etnik dan penduduk kampung bandar boleh bersatu padu
bersama-sama hidup dalam keadaan harmoni. Irina dan Yuri (2008) menyatakan bahawa
kekerapan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dilakukan bersama dapat membina
hubungan sosial antara manusia. Kajian yang dilakukan oleh Mohd Yusof et al. (2011) di
kawasan kampung bandar yang terletak di Alor Setar, Kedah telah menunjukkan bahawa amalan
kunjung-mengunjung, bergotong-royong ketika kenduri merupakan antara teras kesejahteraan
penduduk kampung bandar. Aktiviti tersebut menunjukkan bahawa, walaupun kawasan kampung
bandar berada dalam persekitaran bandar yang sering berubah-rubah, elemen budaya dan tradisi
masih memainkan peranan utama dalam menentukan kesejahteraan penduduk penduduk

202


kampung bandar. Selain itu, Stradling et al. (2007), Yanliu dan Bruno (2012) serta Ye Liu et al.
(2012) pula melihat aspek infrastruktur pengangkutan, keselamatan dan hubungan sosial
penduduk kampung bandar sebagai antara komponen penting dalam mempertimbangkan
sebarang bentuk pembangunan dalam persekitaran bandar. Menurut Julio Videras et al., (2012);
Mohd Yusof et al., (2011); dan Sheau (2006) persekitaran sosial di bandar yang sempurna akan
mendorong kepada pembentukan hubungan sosial yang baik dan sejahtera. Bagi mereka
hubungan sosial yang kuat serta akrab mampu untuk membentuk keupayaan dan kekuatan
tersendiri dalam sesuatu komuniti, kerana komuniti manusia yang bersatu-padu sentiasa
dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu membantu antara mereka. Hubungan
sosial yang baik boleh dizahirkan menerusi sumbangan oleh setiap ahli dalam komuniti melalui
aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti kenduri-kendara, gotong- royong serta program-
program yang disertai oleh setiap ahli dalam komuniti masyarakat secara bersama.

Metodologi
Kajian ini berpandukan kepada pendekatan kuantitatif. Seramai 1159 ketua isi rumah
dalam kalangan penduduk kampung bandar di wilayah utara Malaysia ( Kangar, Perlis; Alor
Setar, Kedah; George Town, Pulau Pinang dan Taiping, Perak) telah dipilih sebagai responden.
Penduduk kampung bandar merupakan sebahagian daripada penduduk bandar yang tinggal di
kawasan kampung yang terkepung oleh pembangunan bandar yang kian pesat membangun.
Fokus dan penelitian utama bagi kajian ini adalah untuk melihat status penyertaan sosial
penduduk kampung bandar di wilayah utara Malaysia. Hasil kajian ini disasarkan dapat
memberikan satu perspektif yang baru ke atas penyertaan sosial penduduk kampung bandar
dalam membentuk hubungan yang utuh antara kumpulan etnik. Jurang perbezaan yang terdapat
pada kumpulan etnik tidak menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum dan hal ini
penting untuk meraikan kesepaduan dalam kepelbagaian kaum selain mencapai matlamat negara
untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Dapatan Kajian dan Perbincangan


i. Latar belakang responden

203


Jadual 1: Demografi Responden
Perlis Kedah Pulau Perak
Demografi Responden (Kangar) (Alor Pinang (Taiping)
% Setar) (George %
% Town)
%
Melayu 97.1 95.0 90.5 93.1
Cina 0.6 2.3 1.5 1.5
ETNIK India 0.3 2.0 7.7 4.4
Siam 0.6 0.4
Lain-lain 1.4 0.7 0.4 0.7

Berkahwin 88.1 80.7 77.7 78.9


TARAF Duda 2.9 3.7 3.3 1.5
PERKAHWINAN Janda 6.1 7.3 8.8 11.6
Belum 2.9 8.3 10.3 8.0
berkahwin
Tidak 3.9 10.0 1.8 4.7
Bersekolah
Tamat Sekolah 17.0 19.7 13.9 15.6
Rendah
TAHAP PMR 20.6 19.3 19.8 14.9
PENDIDIKAN SPM 45.3 41.0 48.7 38.9
Diploma/STPM 8.4 6.3 12.8 14.2
Ijazah Pertama 3.5 3.3 2.2 9.8
Ijazah Sarjana 1.3 0.3 0.7 1.8
dan ke atas

Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini.
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 1159 ketua isi rumah yang mendiami 48
buah kampung bandar di wilayah utara Malaysia (Kangar, Perlis; Alor Setar, Kedah; George
Town, Pulau Pinang dan Taiping, Perak). Sebahagian besar responden adalah dalam lingkungan
umur 40 tahun dan ke atas. Purata keseluruhan responden lelaki adalah sebanyak 61.2% dan
responden perempuan 38.6%. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu. Kumpulan etnik
Melayu di bandar Kangar adalah tertinggi iaitu seramai 97.1%, diikuti responden di bandaraya
Alor Setar iaitu 95.0%. Bandar Taiping serta George Town masing-masing seramai 93.1% dan
90.5%. Alor Setar menunjukkan peratusan etnik cina yang tertinggi iaitu sebanyak 2.3%, diikuti
George Town dan Taiping masing-masing sebanyak 1.5% dan Kangar sebanyak 0.6%. Bagi
etnik India pula, George Town menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 7.7%, diikuti dengan
204


Taiping sebanyak 4.4% dan Alor Setar serta Kangar masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.3%.
Terdapat etnik siam yang turut tinggal di kampung bandar di negeri Perlis (0.6%) dan Perak
(0.4%). Namun begitu, masih ada kumpulan etnik lain yang turut berada di dalam kampung
bandar di wilayah utara Malaysia. Peratusan bagi kategori kumpulan etnik lain-lain, Kangar
menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 1.4%, Alor Setar dan Taiping masing-masing 0.7% dan
George Town sebanyak 0.4%. Secara keseluruhannya, sebanyak 81.5% responden telah
berkahwin, manakala 8.4% responden adalah janda, diikuti dengan 7.2% responden yang masih
belum berkahwin dan baki sebanyak 2.9% adalah duda. Kajian mendapati, kebanyakan
responden mempunyai tahap pendidikan tertinggi di peringkat SPM. George Town menunjukkan
peratusan tertinggi iaitu 48.7%, diikuti dengan Kangar sebanyak 45.3%, Alor Setar dan Taiping
masing-masing 41.0% dan 38.9%. Secara keseluruhannya, seramai 43.5% responden yang
terlibat dalam kajian ini adalah berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala sebanyak
18.7% responden berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tamat sekolah rendah serta
tidak bersekolah yang masing-masing 16.7% dan 5.2%. Baki 16.0% responden lagi mempunyai
sekurang-kurangnya Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ijazah Pertama serta
Ijazah Sarjana dan ke atas.
ii. Penyertaan sosial
Pelbagai aktiviti dijalankan di kawasan kampung bandar yang bertujuan untuk memupuk
semangat perpaduan antara kaum selain menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
Usaha ini penting untuk memastikan penduduk selesa dan saling bersatu padu meskipun berbeza
kumpulan etnik. Penglibatan responden terhadap aktiviti yang dijalankan dan aktiviti
berpersatuan di kawasan kampung bandar adalah aktif. Menurut Mohd Yusof et al. (2011)
persekitaran sosial kawasan kampung di Malaysia sering kali dipengaruhi oleh hubungan sosial,
budaya dan tradisi setempat serta struktur organisasi yang akhirnya berjaya memperkukuhkan
penyertaan sosial penduduk secara bersama. Uniknya, Malaysia dapat menyatupadukan
masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama serta kepelbagaian yang ada turut
dihormati oleh kumpulan etnik masing-masing sekaligus dapat mengeratkan hubungan sosial
antara kaum.
Jadual 2 menunjukkan kebanyakan responden di kawasan kampung bandar di wilayah
utara Malaysia pernah dan sering melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan yang dijalankan di

205


sekitar kawasan mereka. Responden di bandar Taiping (48.7%), Alor Setar (33.3%) dan George
Town (31.9%) dilihat lebih aktif dengan aktiviti keagamaan dan terlibat dengan jawatankuasa
masjid atau surau di kawasan petempatan mereka. Program keagaam seperti kuliah maghrib,
kelas agama dan ceramah agama sering diadakan di kampung dan kawasan sekitarnya. Manakala
responden di bandar Kangar dilihat aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Penduduk
kampung lebih memberi tumpuan kepada kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah.
Kerjasama penduduk dalam menjayakan aktiviti sekolah bukan sahaja dapat membantu guru-
guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar malah dapat merapatkan hubungan antara
guru, ibu bapa dan juga pelajar. Menurut Noriati et al. (2011) sekolah merupakan tempat
berlakunya proses pendidikan dan mempunyai matlamat jelas yang perlu dicapai oleh sekolah
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah juga menjadi tempat pertemuan pelajar
daripada pelbagai etnik dan kaum serta mereka bergaul dan belajar mengenali antara satu sama
lain seterusnya menjalinkan nilai-nilai perpaduan yang intim seperti yang dihasratkan oleh
negara. Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah
memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat. Oleh itu, bagi mengeratkan hubungan antara kaum di sekolah,
pelbagai aktiviti dari pelbagai sudut dilaksanakan bagi membentuk perpaduan yang utuh dan
seterusnya dapat mencapai kesan matlamat jangka panjang seperti yang dinyatakan dalam
Gagasan 1 Malaysia.
Responden kampung bandar juga turut aktif dalam beberapa aktiviti lain seperti
pertubuhan politik, persatuan penduduk, rukun tetangga. Penyertaan dalam pertubuhan politik
dilihat aktif di Kangar iaitu sebanyak 37% diikuti pula dengan Taiping sebanyak 34.2%
seterusnya Alor Setar dan George Town masing-masing sebanyak 19.7% dan 16.1%. Selain itu,
persatuan penduduk dan rukun tetangga juga turut bergerak aktif. Di Kangar, penglibatan dalam
persatuan penduduk (40.8%) dan rukun tetangga (32.5%) dilihat memperoleh penglibatan
tertinggi seterusnya diikuti oleh Taiping di mana penglibatan dalam persatuan penduduk
sebanyak 39.3% dan rukun tetangga sebanyak 29.5%. Alor Setar dan George Town juga turut
aktif namun penglibatan yang lebih ketara dilihat pada kampung bandar di Kangar dan Taiping.
Persatuan penduduk dan rukun tetangga bukan sahaja berfungsi untuk menjaga keselamatan

206


malah aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan juga turut memerlukan penglibatan dari seluruh
penduduk sekaligus dapat merapatkan hubungan antara penduduk. Walaupun mereka datang
daripada latar belakang yang berbeza, mereka berjaya hidup dibawah satu kejiranan yang sama
dan hidup bersatu padu. Antara aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengumpulkan penduduk
kampung bandar ialah program gotong- royong, mesyuarat persatuan penduduk, ceramah,
program daripada agensi kerajaan seperti pameran, hari keluarga dan majlis sambutan perayaan.
Budaya kesepakatan dan tolong menolong dalam kalangan penduduk memudahkan mereka
untuk mengadakan aktiviti bersama. Kesemua program ini dapat menyatukan dan
menghimpunkan penduduk yang berbilang bangsa serta dapat memupuk perpaduan antara kaum.
Program sebegini penting untuk mengutuhkan lagi hubungan antara masyarakat. Penduduk
kampung bandar juga turut melibatkan diri dalam program dan aktiviti kebudayaan seperti
nasyid, kompang, marhaban dan silat. Penduduk kampung bandar di kawasan Taiping bergerak
aktif dalam aktiviti kebudayaan iaitu sebanyak 23.6% dan 8% daripada penduduk kampung
bandar tersebut sangat aktif dengan aktiviti kebudayaan yang dijalankan. Di Kangar pula,
penduduk kampung yang aktif dalam aktiviti kebudayaan adalah sebanyak 12.2% manakala
penduduk yang sangat aktif dalam aktiviti ini adalah sebanyak 14.8%. Hal ini menunjukkan
bahawa usaha untuk mengekalkan amalan terdahulu masih ada dan masyarakat masih
menjalankan aktiviti kebudayaan ini bagi mengelakkan tradisi budaya terus lenyap kesan
perkembangan pembangunan pesat dan dapat menjadi budaya masyarakat dalam aspek
penyertaan sosial penduduk. Usaha ini dilihat sebagai angkah yang baik selain berkongsi dengan
masyarakat setempat mengenai budaya masyarakat Melayu dan dapat menarik minat kumpulan
etnik lain untuk menyertai aktiviti seperti silat, kompang dan lain-lain lagi. Program dan aktiviti
kebudayaan ini telah lama wujud dan diwarisi sejak turun-temurun.
Penyertaan sosial penduduk kampung bandar di wilayah utara Malaysia bukan sahaja
dilihat pada penyertaan terhadap aktiviti berpersatuan di kampung tersebut sahaja, malah
penyertaan sosial masyarakat juga dilihat pada penggunaan kemudahan yang dikongsi bersama.
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan sosial
penduduk kampung bandar dan bandar secara keseluruhannya. Sebagai contoh ialah kemudahan
awam dan perkhidmatan perbandaran yang lain. Masyarakat Melayu dan kumpulan etnik yang
lain turut menggunakan perkhidmatan yang sama. Antara kemudahan yang digunakan adalah

207


seperti kemudahan bas, pasar tani dan pasar malam, dewan orang ramai, hospital, klinik, sekolah,
kemudahan bank, padang permainan dan lain-lain. Kemudahan ini terbuka untuk semua dan
boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa membezakan kumpulan etnik yang ada di Malaysia.
Masyarakat berkongsi kemudahan yang ada dan hubungan yang baik antara kaum akan
mewarnai jalinan perpaduan di Malaysia.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, status penyertaan sosial penduduk kampung bandar di wilayah
utara Malaysia dapat dilihat pada penglibatan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan dan
hubungan masyarakat antara kumpulan etnik adalah seimbang dan baik. Kepelbagaian kumpulan
etnik seperti Melayu, Cina, India atau lain-lain bukanlah penghalang kepada keharmonian
kehidupan penduduk di kawasan tersebut. Setiap kumpulan etnik masih menghormati cara hidup
dan kebudayaan masing-masing. Hubungan kejiranan yang utuh dan akrab serta semangat
bersatu padu antara mereka telah mewujudkan persekitaran yang positif dan perbezaan latar
belakang kumpulan etnik bukan satu penghalang kepada penduduk kampung bandar.

Penghargaan
Kajian ini telah dibiayai oleh Geran FRGS 203/PSOSIAL/6711549.

208


Jadual 2: Penilaian terhadap aktiviti berpersatuan penduduk kampung bandar di wilayah utara Malaysia

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK


(KANGAR) (ALOR SETAR) (GEORGE TOWN) (TAIPING)
Pertubuhan % % % %
/ Persatuan

TA KKA KA A SA TA KKA KA A SA TA KKA KA A SA TA KKA KA A SA

A Pertubuhan 6.8 6.8 17.4 37.0 32.2 16.0 27.7 30.3 19.7 6.3 27.8 23.1 26.7 16.1 6.2 21.8 17.1 17.1 34.2 9.8
politik
B Persatuan 4.5 5.1 19.9 40.8 29.6 12.0 24.3 35.7 21.0 7.0 24.2 22.0 27.8 20.5 5.5 18.9 15.6 18.2 39.3 8.0
penduduk
C Rukun 12.9 5.5 19.0 32.5 30.2 36.3 22.3 20.3 8.0 13.0 27.1 20.9 27.5 19.0 5.5 33.5 13.8 13.5 29.5 9.8
tetangga
D AJK 4.2 5.5 14.8 41.8 33.8 10.7 14.3 30.3 33.3 11.3 16.5 13.6 25.6 31.9 12.5 15.3 9.5 8.7 48.7 17.8
masjid/surau
E AJK PIBG 18.0 5.5 23.2 42.1 11.3 25.7 26.0 27.7 13.3 7.3 38.5 21.2 28.6 6.6 5.1 33.5 10.2 20.0 29.5 6.9
F Persatuan 23.2 13.8 22.8 30.5 9.6 39.3 27.0 16.0 5.3 12.3 41.4 23.4 26.0 4.8 4.4 45.8 19.6 15.3 15.3 4.0
belia/ Rakan
muda
G Persatuan 29.3 4.8 18.6 26.0 21.2 45.7 23.7 12.0 4.0 14.7 56.0 18.3 20.9 2.9 1.8 66.9 15.3 8.7 4.7 4.4
peladang
H Koperasi 34.4 10.6 21.5 25.4 8.0 49.0 21.7 11.0 4.3 14.0 49.1 22.7 21.2 4.0 2.9 55.6 13.1 11.3 13.8 6.2
I KEMAS 28.0 7.1 25.7 25.7 13.5 42.3 22.7 11.7 7.3 16.0 41.0 26.7 21.6 7.3 3.3 47.6 12.7 12.4 20.7 6.5
J Kumpulan 48.9 7.7 16.4 12.2 14.8 43.7 28.7 13.0 4.0 10.7 41.8 23.8 19.4 9.5 5.5 46.9 9.1 12.4 23.6 8.0
kebudayaan
seperti
nasyid,
kompang,
marhaban,
silat dll

TA- Tidak Aktif; KKA- Kadang-Kadang Aktif; KA- Kurang Aktif; A- Aktif, SA- Sangat Aktif

209


Rujukan
Irina G. Malkina-Pykh & Yuri A. Pykh. 2008. Quality-of-life indicators at different scales:
theoretical background. Journal of Ecological Indicators 8: 854 – 862.

Julio Videras, Ann L.Owen, Emily Conover & Stephen Wu. 2012. The influence of social
relationships on pro-environment behaviors. Journal of Environmental Economics and
Management 63: 35–50.

Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak & Abd. Hair Awang.
2011. Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung
bandar’: kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia.
Geografia Online Malaysian Journal Of Society And Space 7 (3): 36 – 44.

Noriati A.R., Boon P.Y., Sharifah Fakhriah S.A. & Zuraidah A.M. 2010. Guru dan Cabaran
Semasa. Selangor. Penerbitan Fajar

Shamsul A.B. 2011. Kesepaduan dalam Kepelbagaian. Perpaduan di Malaysia sebagai work-
in-progress. Bangi: Penerbit UKM.
Sheau Tsuey Chong. 2006. It Takes A Village To Raise A Child: Building Social Capital In Safe
And Cohesive Neighbourhood. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stradling, S., Carreno, M., Rye, T. & Noble, A. 2007. Passenger perceptions and the ideal urban
bus journey experience. Transportations Policy 14 (4):283–292.

Yanliu Lin & Bruno De Meulder. 2012. A conceptual framework for the strategic urban project
approach for the sustainable redevelopment of “villages in the city” in Guangzhou.
Habitat International 36: 380-387.

Ye Liu, Zhigang Li & Werner Breitung. 2012. The social network of new-generation migrants in
China’s urbanized villages: a study case of Guangzhao. Journal Of Habitat International
36:192-200.

210


Kaedah Eksperimen Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus
Hubungan Etnik

Nasruddin Yunos a*, Siti Nor Baya Mat Yacobc, Fazilah Idrisc, Khalim Zainal a, Abdul Aziz
Mat Isab
a
Universiti Kebangsaan Malaysia, bUniversiti Tenaga Nasional, cUniversiti Sains Islam Malaysia
E-mel: nasrudin@ukm.edu.my

Abstrak
Kehadiran generasi digital seperti Generasi Y dan Generasi Z di kampus menuntut pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih sesuai dengan minat mereka. Kursus
Hubungan Etnik yang termasuk dalam kategori Mata pelajaran Umum (MPU) turut menerima
cabaran dalam mencapai hasil pembelajaran (HPK) yang telah digariskan. Kaedah eksperimen
sosial merupakan satu pendekatan pilihan dalam menerapkan jati diri dan patriotism pelajar
melalui kursus Hubungan Etnik. Kaedah tersebut berasaskan beberapa teori seperti Pengalaman
Pembelajaran (Experential Learning), Teori Etnometodologi (Ethnomethodology Theory) dan
Teori Refleksi Kritikal (Critical Relfection Theory). Bagi memberikan nilai akademik kepada
kaedah eksperimen social tersebut, tugasan pelajar perlu distrukturkan dengan baik dengan
memenuhi beberapa langkah tertentu, antaranya diskusi mendalam, mengenal pasti
permasalahan kajian, membina persoalan dan objektif kajian, membuat kertas cadangan kajian,
mengambil data kajian di lapangan, analisis data, membuat refleksi, menyediakan bahan untuk
video pembentangan, dan menyediakan bahan untuk penulisan laporan kajian. Kaedah
eksperimen sosial merupakan salah satu alternatif dalam PdP bagi kursus Hubungan Etnik.
Pelbagai kaedah lain seperti pentomin boleh digunakan bagi mencapai HPK kursus tersebut.
Kata kunci: Kaedah ekperimen, sosial, pengajaran dan pembelajaran, hubungan etnik.

Pengenalan
Kehadiran generasi baru di IPT tidak dapat dinafikan. Generasi baru seperti Generasi Y
dan Generasi Z telah memenuhi segenap ruang di IPT. Kehadiran mereka menuntut beberapa
pendekatan baru dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini kerana

211


orientasi pemikiran dan keadah pembelajaran mereka bersifat lebih terkahadapan berbanding
generasi terdahulu. Bagi mencapai hasrat ini, proses PdP bagi kursus Hubungan Etnik perlu
dimantapkan agar dapat memenuhi objektifnya membentuk pelajar yang seimbang dengan daya
inkuistif yang tinggi ke arah mempersiapkan diri untuk menyumbang sebagai pemimpin, pemikir
dan pencipta yang menghayati nilai kemanusiaan sejagat.

Eksperimen Sosial Bagi Kursus Hubungan Etnik


Kursus Hubungan Etnik menekankan elemen pembinaan jati diri dan kemahiran.
Penerapan nilai positif dalam masyarakat majmuk menjadi teras dan diukur sebagai hasil
pembelajaran. Penerapan nilai tersebut boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah PdP, dan
eksperimen sosial merupakan salah satu daripada kaedah yang boleh diaplikasikan.
Disebabkan kekangan masa dalam semester pengajian, kaedah eksperimen sosial ini
dilakukan secara santai dan mudah tanpa mengabaikan ciri saintifiknya. Kaedah eksperimen
sosial yang dicadang dan dilaksanakan dalam tulisan ini adalah lebih bersifat gabungan kajian
kes dan kajian reka bentuk eksperimen. Ini kerana, permasalahan yang dikaji adalah bersifat kes
dalam permasalahan sosial, berbanding kajian reka bentuk eksperimen yang biasanya dilakukan
bagi mengukur keberkesanan sesuatu dasar. Namun, elemen kumpulan treatmen dan kumpulan
kawalan masih wujud.
Contohnya, semangat patriotisme dikaji melalui bendera Malaysia yang dijatuhkan
dengan sengaja di atas jalan laluan utama pejalan kaki. Pemerhatian (dan rakaman video)
dilakukan bagi melihat mereka yang mengangkat atau membiarkan bendera tersebut terus berada
di atas jalan. Seterusnya, responden yang mengangkat atau membiarkan bendera tersebut akan
ditemu bual bagi melihat semangat patriotisme mereka. Dari sudut kajian reka bentuk
eksperimen, terdapat dua kumpulan yang diperhati dan ditemu bual, berdasarkan sikap mereka
mengangkat atau membiarkan bendera tersebut.

Langkah melaksanakan kaedah eksperimen sosial


Bagi melaksanakan kaedah eksperimen sosial, pembentangan dan penulisan laporan
kajian, beberapa langkah perlu dipatuhi, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

212


Jadual 1: Ringkasan langkah dalam melaksanakan kaedah eksperimen sosial
Langkah Aktiviti Catatan
1. Diskusi mendalam ü Perbincangan di dalam kelas ü Perbincangan interaktif dan
mengenai pelbagai isu berkaitan terbuka antara pelajar dan
dengan kandungan kursus pensyarah

2. Mengenal pasti ü Isu/permasalahan kajian dikesan ü Pensyarah memandu pelajar


Permasalahan daripada diskusi terdahulu membangkitkan
Kajian isu/permasalahan
bersesuaian untuk dikaji,
serta memenuhi keperluan
hasil pembelajaran kursus

3. Membina Persoalan ü Isu/permasalahan kajian yang telah ü Pensyarah memandu pelajar


dan Objektif dipersetujui akan diperhalusi bagi bagi membangkitkan
Kajian membangkitkan persoalan serta persoalan dan objektif
objektif kajian yang bersesuaian kajian yang boleh dicapai

4. Membuat kertas ü Kertas cadangan kajian perlu ü Pelajar berbincang dengan


cadangan kajian mengandungi: pensyarah bagi merangka
i. Pengenalan kertas cadangan
ii. Latar belakang kajian ü Pensyarah perlu meluluskan
iii. Permasalahan kajian kertas cadangan kajian
iv. Persoalan kajian
v. Objektif kajian
vi. Kaedah kajian
vii. Signifikasi kajian
viii. Definisi istilah

5. Mengambil data ü Bagi pengambilan data di lapangan: ü Pemilihan lokasi yang


kajian di lapangan i. Pelajar membuat bersesuaian
pemerhatian/rakaman berkaitan ü Penyediaan bahan yang
permasalahan kajian, sama ada bersesuaian
dalam bentuk pemerhatian umum ü Sebaiknya, pelajar
sahaja ataupun dalam bentuk mendapatkan responden
bahan ujian berkaitan yang dapat memberikan
permasalahan kajian pandangan yang berbeza
(menggunakan alatan, bunyian bagi satu isu yang sama
dsb) ü Pensyarah perlu
ii. Bagi menjawab persoalan kajian, memastikan kajian
pelajar perlu membuat temu bual dilakukan di lokasi yang
dengan responden yang terlibat munasabah, tiada isu
secara langsung dalam keselamatan berbangkit dan
pemerhatian umum atau ujian, kos berpatutan
atau dengan reponden lain yang ü Pensyarah perlu
tidak terlibat secara langsung mengingatkan pelajar
tetapi masih dalam liputan kajian mengenai etika pemerhatian
dan temubual yang wajib
dipatuhi
213


6. Analisis data ü Data daripada pemerhatian/ujian dan ü Pensyarah memantau
temubual dianalisis bagi menjawab dapatan daripada lapangan
persoalan kajian telah menjawab persoalan
kajian

7. Membuat refleksi ü Pelajar membuat refleksi hasil ü Refleksi bertujuan pelajar


daripada data yang telah dianalisis memahami isu/persoalan
kajian daripada pelbagai
aspek

8. Menyediakan ü Pembentangan video ü Hasil kajian dikongsi


bahan untuk video i. Pengenalan – isu/nilai yang dengan rakan sekelas
pembentangan dipilih ü Refleksi dan perbincangan
ii. Petikan – sedikit sorotan literatur kritis menjurus kepada
berkaitan isu/nilai isu/permasalahan kajian
iii. Pemerhatian – rakaman yang perlu difahami dan
pemerhatian dan temu bual yang diambil pengajaran
dibuat semasa pemerhatian di ü Pensyarah memantau
lapangan dan disusun mengikut refleksi dan perbincangan
objektif kajian yang telah kritis agar memenuhi hasil
ditetapkan. pembelajaran kursus
iv. Ulasan – pengajaran daripada
data yang diperolehi
v. Kesimpulan
vi. Soal jawab dalam bentuk refleksi
dan perbincangan kritis

9. Menyediakan ü Penulisan Laporan Akademik ü Pensyarah memantau


bahan untuk i. Pengenalan – Latar belakang, penulisan laporan kajian
penulisan laporan permasalahan, persoalan, yang mematuhi kriteria
kajian objektif, kaedah, signifikasi dan penulisan akademik
definsi istilah
ii. Sorotan literatur berkaitan
isu/nilai
iii. Dapatan kajian – hasil daripada
rakaman pemerhatian dan temu
bual yang dibuat semasa
pemerhatian di lapangan dan
disusun mengikut objektif kajian
yang telah ditetapkan, disulam
dengan dapatan daripada
literatur
iv. Refleksi dan perbincangan kritis
v. Kesimpulan
vi. Rujukan

214


Beberapa Perkara yang Perlu Diberikan Perhatian
Tugasan membuat eksperimen sosial perlu dibuat secara berkumpulan. Justeru, pensyarah
perlu memastikan jumlah ahli kumpulan yang bersesuaian. Ini kerana eksperimen sosial yang
bakal dilaksanakan perlu melalaui beberapa langkah seperti yang dibincangkan dan mungkin
mengambil masa yang panjang bagi individu pelajar sekiranya ahli kumpulan adalah kecil.
Selain mencapai hasil pembelajaran kursus melalui eksperimen sosial tersebut, jam pembelajaran
pelajar (student’s learning time) perlu juga diberikan perhatian, terutama bagi kursus yang
bernilai satu atau dua kredit.
Perlu diperhatikan beberapa perkara dalam pelaksanaan eksperimen sosial oleh pelajar.
Antara perkara penting adalah isu keselamatan pelajar dan kos dalam proses pelaksanaannya.
Pensyarah perlu memastikan isu keselamatan diberikan penekanan, di samping kos yang tidak
membebankan pelajar. Elemen positif seperti pembahagian tugas, pembahagian masa, kerjasama,
kesungguhan, ketelitian, juga perlu disemai dan diingatkan kepada pelajar. Justeru, pemantauan
pensyarah adalah penting bagi memastikan perancangan berlangsung dengan baik, di samping
sebagai sokongan moral kepada pelajar.
Dari sudut penilaian, markah diberikan kepada pelajar bagi setiap usaha yang dicurahkan
oleh pelajar; kertas cadangan, pengambilan data di lapangan, penyediaan video untuk
pembentangan dan juga penulisan laporan. Setiap aktiviti tersebut perlu diperuntukkan markah
yang bersesuaian. Selain ketua kumpulan, perlantikan penyunting berbeza dalam kalangan ahli
kumpulan bagi penyediaan video dan penulisan laporan akan dapat melancarkan penyediaan
bahan yang lebih kemas. Biasanya, video pelajar akan lebih kemas sekiranya diminta untuk
dimuatnaik di saluran internet seperti Youtube. Setiap ahli kumpulan pelajar perlu jelas tentang
proses keseluruhan tugasan dan peranan masing-masing.
Terakhir, sebaiknya pelajar secara individu diminta memberikan ulasan tentang isu/nilai
yang dikaji dan refleksi tentang keseluruhan proses mebuat kajian serta penyediaan bahan
pembentangan video dan penulisan laporan. Ulasan dan refleksi pelajar dapat membantu
pensyarah dalam membuat penambahbaikan bagi kelompok pelajar seterusnya.

215


Teori Mendasari Kaedah Eksperimen Sosial
Eksperimen sosial melibatkan pengintegrasian kaedah pembelajaran berasaskan beberapa
teori seperti Pengalaman Pembelajaran (Experential Learning), Teori Etnometodologi
(Ethnomethodology Theory) dan Teori Refleksi Kritikal (Critical Relfection Theory).
Secara umum, kaedah eksperimen sosial menuntut pelajar untuk terlibat secara langsung
dalam sesuatu isu atau permasalahan yang dikaji, terutama sewaktu mendapatkan data di
lapangan. Berada di lapangan dan berhadapan dengan realiti sebenar memberikan pengalaman
berguna dalam proses pembelajaran sesuatu kursus. Ini terutamanya kerana pembelajaran
melalui pengalaman adalah berkenaan dengan isu konkrit yang berkaitan dengan pelajar dan
konteks pembelajaran.
Pembelajaran melalui pengalaman adalah "pembelajaran melalui refleksi berdasarkan
keterlibatan" (Felicia, 2011). Ia adalah berkaitan dengan tetapi tidak sama dengan lain-lain
bentuk pembelajaran aktif seperti pembelajaran melalui tindakan (action learning), pembelajaran
melalui pengembaraan (adventure learning), pembelajaran melalui pilihan bebas (free choice
learning), pembelajaran koperatif (cooperative learning), dan pembelajaran melalui
perkhidmatan (service learning). Pembelajaran melalui pengalaman juga adalah satu proses di
mana pelajar membina pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai daripada pengalaman secara
langsung di luar suasana akademik tradisional.
Pembelajaran melalui pengalaman merangkumi pelbagai aktiviti termasuk latihan,
perkhidmatan, penyelidikan, dan lain-lain pengalaman kerja secara kreatif dan profesional.
Pembelajaran melalui pengalaman yang terancang serta diselia dan dinilai dengan baik dapat
merangsang perkembangan akademik dengan menggalakkan pembelajaran merentas disiplin,
penglibatan kemasyarakatan, pembangunan kerjaya, kesedaran budaya, kepimpinan, serta
kemahiran profesional dan intelektual lain. Pembelajaran yang dianggap "berasaskan
pengalaman" perlu mengandungi unsur berikut:
1. Refleksi, analisis kritikal dan sintesis.
2. Peluang kepada pelajar untuk mengambil inisiatif, membuat keputusan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan.
3. Peluang untuk pelajar untuk melibatkan diri dari segi intelek, kreatif, emosi, sosial, atau
secara fizikal.

216


4. Pengalaman pembelajaran yang dirancang dengan baik perlu merangkumi kemungkinan
untuk belajar daripada kesilapan dan kejayaan.
Kebanyakan kursus dalam MPU adalah dalam kategori sains sosial dan kemanusiaan,
serta melibatkan elemen ethnografi dan agama, selain daripada elemen kemahiran insaniah. Bagi
kajian yang melibatkan kemajmukan agama, budaya dan etnik, ethnometodologi merupakan
kaedah kajian yang signifikan. Ethnometodologi bertujuan menyediakan alternatif kepada
pendekatan sosiologi arus perdana (Garfinkel, 1984). Ethnometodologi merupakan kaedah yang
boleh digunakan dalam kajian ethnografi sebagai kaedah untuk berurusan dalam situasi harian
(Collins & Makowsky, 1978). Secara mudah, ethnometodologi adalah kajian mengenai
bagaimana individu bekerja keras untuk mengekalkan ketekalan, peraturan dan makna dalam
kehidupan mereka (Garfinkel, 1974, 2002). Hasil kajian etnometodologi menyumbang secara
langsung kepada kefahaman lebih luas mengenai organisasi, diagnosis dan penilaian, serta
pengeluaran 'fakta' sosial. Ia bergantung secara langsung kepada analisis rasional, penaakulan
praktikal, pencapaian realiti sehari-hari dan penampilan biasa, serta penilaian dan pengkategorian
moral (Atkinson, 1988).
Breaching experiment sering dikaitkan dengan ethnometodologi. Dalam bidang sosiologi
dan psikologi sosial, breaching experiment atau eksperimen melanggar peraturan merupakan
eksperimen yang bertujuan mengkaji reaksi masyarakat terhadap pelanggaran norma atau
peraturan sosial yang diterima umum. Breaching experiment melibatkan perlakuan ‘luar
jangka’, pelanggaran norma sosial, bentuk tindak balas masyarakat terhadap tingkah laku
pelanggaran norma sosial dan analisis struktur sosial yang memungkinkan berlakunya tindak
balas tersebut (Rafalovich, 2006). Pendekatan ini memungkinkan andaian bukan hanya individu
membuat ‘peraturan harian’ bagi interaksi sosial, malah kemungkinan individu juga tidak
menyedari bahawa mereka melakukan perlanggaran terhadap peraturan tersebut (Ritzer, 1996).
Isu atau permasalahan yang dikaji dalam eksperimen sosial adalah lebih menarik sekiranya
dikaitkan dengan perlanggaran norma sosial seperti yang dilakukan dalam breaching experiment,
yang berkait rapat dengan ethnometodologi.
Selain bertujuan mencapai hasil pembelajaran kursus dan mendapatkan kefahaman
mendalam, kaedah eksperimen sosial perlu dilengkapkan dengan refleksi kritikal bagi
membangunkan kemahiran berfikir secara kritis dalam diri pelajar. Refleksi kritikal dikaitkan

217


dengan pencapaian beberapa hasil pembelajaran termasuk pemikiran yang lebih baik,
pembelajaran dan penilaian diri serta sistem sosial (Smith, 2011). Para sarjana dalam bidang
pendidikan menekankan kepentingan membangunkan kemampuan refleksi kritikal dalam
kalangan pelajar kerana ia dapat membantu kefahaman dan pembelajaran lebih mendalam (Boud,
Cohen, & Walker, 1993; Lay & McGuire, 2010; Wolf, 2010). Refleksi kritikal diiktiraf sebagai
komponen utama dalam proses pembelajaran individu dan dipraktikkan dalam pelbagai bidang
professional (Brookfield, 2009; Jarvis, 2010; Leijen, Valtna, Leijen, & Pedaste, 2011), terutama
dalam program yang melibatkan pembelajaran berasaskan pengalaman tertentu (Harvey et al.,
2010).
Mezirow (1990) berpandangan bahawa refleksi kritikal adalah asas bagi pembelajaran
transformatif, yang boleh membawa kepada perubahan dalam kefahaman individu dan tingkah
laku. Pelajar boleh menggunakan refleksi kritikal untuk membangkitkan metakognisi (Eames &
Coll, 2010). Menurut Dewey (1938), walaupun individu tidak boleh belajar atau diajar untuk
berfikir, individu perlu belajar bagaimana untuk berfikir dengan baik dan terutamanya untuk
membuat refleksi. Refleksi kritikal memerlukan keupayaan untuk menjangka sesuatu yang boleh
mempengaruhi keadaan, seterusnya membuahkan kefahaman secara kritikal dan mendalam. Ini
membolehkan individu mendapat kefahaman lebih menyeluruh dalam memahami pengalaman
tersebut, seterusnya menyediakan kita untuk menguruskan situasi yang sama pada masa hadapan
(Thompson & Thompson, 2008). Keupayaan untuk berfikir secara kritikal dapat dipupuk dari
masa ke masa melalui bimbingan dan sokongan (Crowe & O'Malley, 2006).
Terdapat pelbagai variasi dalam teknik dan pendekatan dalam menggunakan refleksi
kritikal. Bermula dengan pendekatan yang bersifat tidak secara langsung, sehingga pendekatan
yang sangat berstruktur. Namun secara mudah, refleksi dibuat dengan membangkitkan tiga
persoalan; Apa? Jadi, kenapa? Bagaimana sekarang?

Maklumbalas Pelajar
Setelah dilaksanakan di UKM bagi kursus LMCW2173 Hubungan Etnik, para pelajar
memberikan reaksi yang amat baik bagi kaedah eksperimen sosial. Reaksi mereka dibahagikan
kepada empat kategori dalam langkah membuat eksperimen sosial seperti berikut:

218


i. Diskusi mendalam
Ø “Melalui perbincangan di dalam kelas saya telah dapat mendengar pelbagai pendapat
daripada rakan-rakan kelas yang terdiri daripada pelbagai etnik. ”
(A149998)
Ø “Perbincangan antara pelajar den pembentang yang berlaku selepas sesuatu pembentangan
turut memanfaatkan mahasiswa dan mahasiswi kerana membolehkan kami berfikir dan
menyuarakan pendapat kami serta berkongsi pandangan dan persepsi.”
(A150058)
ii. Pengambilan data di lapangan melalui eksperimen sosial
Ø “Melalui sosial experiment, para pelajar didedahkan secara amali bagi kami merasai suasana
sebenar dalam hubungan antara etnik.”
(A149500)
Ø “Fakta dan juga pengetahuan umum yang dapat diperolehi pelajar dalam proses
pembentangan tugasan sosial experiment ini.”
Ø (A149283)
Ø “Melalui sosial experiment dan pembentangan video, para pelajar didedahkan secara amali
bagi mereka untuk merasai suasana sebenar dalam hubungan antara etnik.”
(A149820)
iii. Pembentangan video
Ø “Sesi pembelajaran melalui penerokaan dan persembahan slide serta video yang dihasilkan
pelajar amat menarik dan lebih berkesan daripada pembentangan poster.”
(A148957)
Ø “Pembelajaran melalui video juga sangat menarik, dapat memupuk semangat bekerjasama
antara pelajar pelbagai etnik dan saling memahami, bertolak-ansur dan bertoleransi.”
(A147881)
Ø “Tugasan video tentang kajian tentang masyarakat pelajar diajar berfikir di luar kotak dan
tidak tertumpu kepada kandungan kuliah semata-mata.”
(A148859)
iv. Refleksi kritikal

219


Ø “Tugasan yang diberikan di dalam kursus ini juga telah dapat membuka minda dan fikiran
para pelajar tentang pelbagai perkara kerana setiap kumpulan perlu menghasilkan tugasan
yang berbeza-beza di antara satu sama lain.”
Ø (A150081)
Ø “Saya belajar untuk berfikir melangkaui kotak pemikiran individu, serta belajar untuk
meletakkan diri kita di tempat orang lain. Dengan itu barulah kita dapat memahami antara
satu sama lain.”
(A148614)

Kesimpulan
Pendekatan P&P ini menyumbang kepada amalan terkini pengajaran Hubungan Etnik
yang biasanya bersifat aktiviti dalam bilik atau dewan kuliah sahaja. Dari segi praktikal dan
kebolehgunaan, pendekatan P&P yang dilaksanakan ini boleh diaplikasi dalam kursus lain di
institusi pengajian tinggi terutama kerana ia menghasilkan pembelajaran berkesan, mudah
dilaksanakan, dan efektif dari segi kos perbelanjaan. Ini kerana pendekatan ini boleh
dilaksanakan dengan menggunakan kemudahan sedia ada di sekitar kampus UKM seperti kolej
kediaman, fakulti dan pusat kemudahan pelajar. Selain itu, aktiviti P&P juga boleh dilaksanakan
di luar kampus, mengikut kesesuaian tajuk dan minat pelajar.
Dari segi impak, pendekatan P&P ini dapat mendedahkan pelajar kepada realiti sebenar
hubungan etnik masyarakat Malaysia. Ini membantu pelajar menghayati serta mempraktikkan
nilai murni tanpa mengira program pengajian yang mereka ikuti di universiti. Secara tidak
langsung, P&P ini menyumbangkan kepada usaha universiti untuk melahirkan insan
berpersonaliti unggul.

Rujukan
Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. (1980). Rethinkng Case Study: Notes from the Second
Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular.
Norwich, U.K.: Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.

Atkinson, Paul. (1988). Ethnomethodology: A critical review. Annual Reviews Sociol. 1988. 14:
441-465

220


Boud, D., Cohen, R., & Walker, D. (1993). Using experience for learning. Buckingham
[England] ; Bristol, Pa.: Society for Research into Higher Education and Open University
Press.

Breunig, Mary C. (2009). "Teaching Dewey's Experience and Education Experientially". In


Stremba, Bob; Bisson, Christian A. Teaching Adventure Education Theory: Best
Practices. p. 122. ISBN 9780736071260.

Brookfield, S. (2009). The concept of critical reflection: promises and contradictions. European
Journal of Social Work, 12(3), 293-304.

Campbell, Donald T. (1969). "Reforms as Experiments". American Psychologist. 24 (4): 409–


429.doi:10.1037/h0027982.

Collins, Randall & Makowsky, Michael. (1978). The discovery of society. London: Random Ho
use. Page 232

Cook, Thomas D. and Campbell, Donald T. (1979): Quasi-experimentation: Design and Analysis
Issues for Field Settings. Houghton Mifflin, ISBN 978-0-39-530790-8

Crowe, M., & O'Malley, J. (2006). Teaching critical reflection skills for advanced mental health
nursing practice: a deconstructive-reconstructive approach [Article]. Journal of Advanced
Nursing, 56(1), 79-87. doi:10.1111/j.1365-2648.2006. 03982.x

Greenberg, D. and M. Schroeder (2003): The Digest of Social Experiments (third edition). Urban
Institute, Washington, DC.

Dewey, J. (1938). Experience and education. New York: Touchstone.

Eames, C., & Coll, R. K. (2010). Cooperative education: Integrating classroom and workplace
learning. In S. Billett (Ed.), Learning through practice (pp. 180-196)

Felicia, Patrick (2011). Handbook of Research on Improving Learning and Motivation.


p. 1003. ISBN 1609604962.

Garfinkel, Harold. (1974). 'The origins of the term ethnomethodology', in R.Turner (Ed.)
Ethnomethodology, Penguin, Harmondsworth, pp 15-18.

Garfinkel, Harold. (1984). Studies in Ethnomethodology, Polity Press, Cambridge.

Garfinkel, Harold. (2002) Ethnomethodology’s Program: Working Out Durkheim’s Aphorism.


Rowman & Littlefield, Lanham, MD.

221


Harvey, M., Coulson, D., Mackaway, J., & Winchester-Seeto, T. (2010). Aligning reflection in
the cooperative education curriculum| Macquarie University ResearchOnline. Asia-
Pacific Journal of Cooperative Education, 11(3), 137-152.

Itin, C. M. (1999). Reasserting the Philosophy of Experiential Education as a Vehicle for Change
in the 21st Century. The Journal of Physical Education 22(2), 91-98.

Jarvis, P. (2010). Adult education and lifelong learning: theory and practice (4th ed.). New
York: Routledge.

Lay, K., & McGuire, L. (2010). Building a Lens for Critical Reflection and Reflexivity in Social
Work Education [Article]. Social Work Education, 29(5), 539-550.
doi:10.1080/02615470903159125

Leijen, A., Valtna, K., Leijen, D. A. J., & Pedaste, M. (2011). How to determine the quality of
students's reflections? Studies in Higher Education, 1-15.
doi:10.1080/03075079.2010.504814

Mezirow, J. (1990). How critical reflection triggers transformative learning. Fostering critical
reflection in adulthood, 1-20.

Rafalovich, Adam. (2006). "Making sociology relevant: The assignment and application of
breaching experiments". Teaching sociology. 34 (2): 156–
163. doi:10.1177/0092055X0603400206

Ritzer, George. (1996). “Ethnomethodology.” Pp. 373-399 in Sociological Theory. 4th Ed. New
York, NY: McGraw-Hill| ISBN 0078111676

Robins, Philip K., Spiegelman, Robert G., Weiner, Samuel. (1980). A Guaranteed Annual
Income: Evidence from a Sosial Experiment. New York, New York: Academic Press.

Smith, E. (2011). Teaching critical reflection. Teaching in Higher Education, 16(2), 211-223.

Stake, R. E. (1994). Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of
Qualitative Research. Thousand Oaks, CA: Sage. Pp.236-247.

Thompson, S., & Thompson, N. (2008). The critically reflective practitioner. Basingstoke
[England] ; New York: Palgrave Macmillan.

Wolf, K. (2010). Bridging the distance: the use of blogs as reflective learning tools for placement
students. Higher Education Research & Development, 29(5), 589-602.

Yin, R. (1994). Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA: Sage.

222


Perkahwinan Campur dalam Kalangan Masyarakat Cina dan Melayu:
Kajian Kes Impak kepada Integrasi Nasional

Lee Sheng Yue


Jabatan Pengajian Kewarganegaraan dan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tg. Malim Perak
E-mel: leeshengyue93@gmail.com

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor-faktor penerimaan dan faktor-faktor
penolakan masyarakat Cina terhadap perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu serta
impak perkahwinan campur terhadap integrasi nasional. Kajian ini menggunakan pendekatan
pragmatik di mana merangkumi pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Bagi
pendekatan kuantitatif, sampel kajian terdiri daripada 185 orang mahasiswa dan mahasiswi
sepenuh masa yang sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Perak sebagai responden. Bagi pendekatan kualitatif pula, sampel kajian terdiri daripada 5
orang responden warganegara Malaysia yang tidak termasuk masyarakat Melayu di mana terdiri
daripada 3 orang responden yang telah berkahwin campur dan 2 orang responden yang tidak
berkahwin campur. Selain itu, kajian ini telah menggunakan borang soal selidik dan sesi temu
bual dalam mengumpul data numerik dan data verbal. Data numerik akan dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif melalui bantuan pakej statistik iaitu perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 23 manakala data verbal akan dianalisis melalui transkrip dan
dilaporkan secara deskriptif.
Kata kunci: Perkahwinan campur, faktor penerimaan, faktor penolakan, integrasi nasional

Pengenalan
Menurut Nancy Bonvillain (2013), perkahwinan terbahagi kepada dua jenis iaitu
endogamy marriage dan exogamy marriage. Endogamy marriage merupakan perkahwinan antara
lelaki dengan perempuan yang berada di dalam sesebuah lingkungan masyarakat sama manakala
exogamy marriage merupakan perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang berada di luar

223


sesebuah lingkungan masyarakat yang sama (Rules of Marriage, 2017). Dalam kata yang lain,
exogamy marriage dikenali sebagai perkahwinan campur. Sanusi Osman (1981) berpendapat
bahawa perkahwinan campur adalah jarang berlaku kerana kebanyakan masyarakat biasa
mengamalkan endogamy marriage.
Walau bagaimanapun, perkahwinan campur merupakan sesuatu perkara yang telah lama
tersebar dan dipraktikkan di seluruh dunia termasuk masyarakat Malaysia. Sebagai contohnya,
perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansor Shah yang berlaku di Melaka demi
mengeratkan hubungan diplomatik antara Melaka dengan China. Menurut Haji Ishak Bin Saat
(2009), jalinan hubungan diplomatik antara Melaka dengan China telah bermula sejak abad ke-
13 dan penganugerahan Puteri Hang Li Po oleh Maharaja China kepada Sultan Mansor Shah
merupakan satu pengiktirafan terhadap Sultan Mansor Shah sebagai pemerintah Kesultanan
Melayu Melaka. Hal ini telah membuktikan bahawa perkahwinan campur bukan lagi sesuatu
perkara yang ganjil di Malaysia.
Sebenarnya, perkahwinan campur bukan sahaja melibatkan masyarakat Melayu, Cina dan
India sahaja. Perkahwinan campur merupakan penyatuan biologi antara dua pihak yang berlainan
agama, bangsa ataupun warganegara. Perkahwinan campur sebenarnya terdiri daripada beberapa
jenis. Antaranya ialah perkahwinan campur antara suku kaum dan perkahwinan campur antara
negara serta agama. Kebiasaannya, perkahwinan campur akan berlaku apabila proses difusi
berjalan (Tedi Sutardi, 2007). Proses difusi tidak akan berjalan apabila sesebuah masyarakat
merasakan kebudayaan masyarakatnya lebih unggul berbanding dengan kebudayaan masyarakat
lain dan mempunyai pendedahan yang kurang tentang kebudayaan masyarakat lain. Selain itu,
sesebuah masyarakat yang mempunyai perasaan takut dan curiga terhadap kebudayaan
masyarakat lain juga menjadi penghalang proses difusi berjalan. Terdapat masyarakat yang
berpendapat bahawa perkahwinan campur akan menyebabkan proses asimilasi wujud sebaliknya
ada masyarakat yang berpendapat bahawa perkahwinan campur tidak akan menyebabkan proses
asimilasi wujud sebaliknya mewujudkan integrasi nasional.
Permasalahan Kajian
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana terdiri daripada pelbagai entik
seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya yang membawa kepelbagaian budaya. Oleh itu,
perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang amat penting bagi menjamin

224


keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat di sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
etnik. Tanpa perpaduan dan integrasi nasional, sesebuah negara akan menjadi huru hara dan
masa depan negara akan menjadi gelap gelita. Hal ini demikian kerana konflik antara etnik
berkemungkinan timbul secara tidak langsung disebabkan kepelbagaian budaya yang dibawa
oleh pelbagai etnik tanpa wujudnya persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. “Whenever
there are tensions and violent conflicts, these are usually traced back to contestations between
ethnicized groups.” (Frederik Holst, 2012:1). Oleh itu, masyarakat berbilang kaum haruslah
sentiasa bersikap rasional dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain demi
mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional di negara Malaysia.
Setelah hampir 60 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan, adakah perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia kukuh dan dapat mencapai integrasi nasional? Setelah kian lama
negara Malaysia mencapai kemerdekaan, masyarakat di negara Malaysia sepatutnya telah
berjaya mencapai persefahaman dan integrasi nasional serta perpaduan yang kukuh di kalangan
masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, kita dapat melihat dengan kanta mata kita sendiri di
mana masyarakat Malaysia sering kali berada dalam golongan etnik masing-masing tanpa
mengira kedudukan lokasi mereka. Hal ini dapat dibuktikan apabila masyarakat Malaysia sering
kali melaksanakan sebarang aktiviti harian yang hanya melibatkan kelompok etniknya sahaja.
Sebagai contohnya, di pusat membeli belah, tempat menjamu selesa, sekolah, tempat rekreasi,
dan sebagainya.
Selain daripada aktiviti harian, masyarakat Malaysia turut memilih golongan etniknya
sahaja untuk dijadikan sebagai calon pasangan hidup. Masyarakat Malaysia yang memilih
golongan etnik lain untuk dijadikan sebagai calon pasangan hidup masih agak jarang dijumpai.
Hal ini disebabkan masih wujudnya benteng yang menjadi penghadang kepada masyarakat yang
berbilang kaum untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencapai persefahaman dan
integrasi nasional serta menerima perkahwinan campur walaupun interaksi antara satu sama lain
telah wujud sejak kemerdekaan. Tambahan pula, kekukuhan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia turut akan terjejas ekoran wujudnya benteng. Amizul Tuniza R Ahma D
Termizi (2015) melalui wawancara khas Mingguan Malaysia bersama Prof. Datuk Dr. Teo Kok
Seong menjelaskan bahawa:

225


“Perpaduan hendak kata tidak ada, sebenarnya ada tetapi sangat
lemah. Maksudnya, sepatutnya setelah hampir 60 tahun merdeka,
perpaduan itu lebih utuh daripada sekarang. Tetapi nampak
sekarang, hubungan etnik kita semakin mencapah dan besar
jurangnya.”
(Teo Kok Seong diwawancara pada 27 September 2015)
Sehingga kini, masih terdapat masyarakat yang tidak dapat menerima perkahwinan
campur terutamanya perkahwinan campur antara masyarakat Cina dengan masyarakat Melayu.
Selain itu, perkahwinan campur di antara masyarakat yang berlainan etnik akan menimbulkan
konflik. Antara konflik yang timbul akibat perkahwinan campur di antara masyarakat yang
berlainan etnik adalah isu komunikasi di antara pasangan mahupun ahli keluarganya. Menurut
Mohd Taib Arifin (2006), faktor komunikasi merupakan faktor utama penceraian. Selain itu,
berkemungkinan konflik yang berkaitan dengan perkauman akan wujud akibat sikap etnosentrik
sesebuah masyarakat. Hal ini akan menyebabkan hubungan antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain terjejas.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkahwinan campur sedikit sebanyak dapat
mengurangkan jurang sesebuah masyarakat yang berlainan etnik. Namun, perkahwinan campur
juga berupaya untuk membinasa sesebuah masyarakat dan masa depan negara. Sebagai
contohnya, kebanyakan rakyat Amerika Syarikat yang beranggapan bahawa mereka adalah
idealis dan tidak kisah dengan idea perkahwinan campur. Walau bagaimanapun, isu perkahwinan
campur akan wujud apabila anak-anak mereka sendiri terlibat dengan perkahwinan campur.
Menurut Shamsiah Zulkafli (2009), satu kontroversi mengenai perkahwinan campur pernah
wujud di Louisiana apabila seorang Jaksa Pendamai, Keith Bardwell enggan untuk
mengeluarkan lesen perkahwinan atas alasan kebimbangan masa depan anak yang bakal
dilahirkan oleh pasangan yang berkulit putih dan hitam.
Kebiasaannya, perkahwinan campur menimbulkan konflik yang berkemungkinan
mendorong penceraian dan masalah sosial akibat perbezaan budaya, agama, bahasa, dan
sebagainya. Namun, konflik tersebut akan terus berlaku walaupun penceraian telah dilaksanakan
pasangan tersebut. Hal ini demikian kerana wujudnya isu perebutan hak penjagaan anak selepas
pasangan berkahwin campur bercerai. Nik Rahim Nik Wajis (1998), turut berpendapat bahawa

226


penceraian yang melibatkan perkahwinan campur akan memberikan kesan yang mendalamkan
kepada anak-anak mereka kerana timbulnya isu perebutan hak penjagaannya. Selain itu, terdapat
juga isu status Bumiputera yang wujud akibat perkahwinan campur (Borneo Post Online, 2012).
Tambahan pula, wujud juga cabaran belia Cina Muslim yang merangkumi masyarakat yang
berkahwin campur antara masyarakat Cina yang memeluk agama Islam dengan masyarakat
Melayu (Iskandar Hasan Tan Abdullah, 2016: 21).
Sebenarnya, setiap masyarakat yang berlainan memberi tindak balas yang berbeza
terhadap perkahwinan campur. Sebagai contohnya, Johari Yap (2015) menggalakkan masyarakat
Malaysia untuk mengamalkan perkahwinan campur kerana perkahwinan campur mendatangkan
pelbagai jenis manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada masa depan negara juga.
Selain itu, Zunaidah Zainon (2005) menyatakan bahawa zuriat yang berkualiti tinggi dari aspek
kecerdikan, kecantikan dan sebagainya mampu dilahirkan sekiranya melalui perkahwinan
campur yang berada atas landasan yang betul.

Objektif Kajian
Kajian ini direka bentuk untuk melihat persepsi masyarakat Cina terhadap perkahwinan
campur dengan masyarakat Melayu. Berikut merupakan objektif khusus yang ingin dicapai:
a) Mengenalpasti pola perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Cina terhadap
masyarakat Melayu;
b) Mengkaji keberkesanan perkahwinan campur kepada integrasi nasional.

Kajian Lepas
Terdapat banyak kajian telah dilaksanakan oleh pengkaji yang terdahulu. Antaranya
adalah kajian Sarjit S. Gill (2001) berkaitan dengan perkahwinan campur antara lelaki Sikh
dengan wanita tempatan di Sabah dalam membentuk masyarakat peranakan Punjabi. Yang
menarik, hasil kajian ini memberikan gambaran yang jelas mengenai impak perkahwinan campur
dan faktor penolakan masyarakat Sikh. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak memberi tumpuan
kepada masyarakat Cina.
Kajian Giok Hun Pue & Nidzam Sulaiman (2013) berkaitan dengan cabaran yang
dihadapi oleh pasangan yang berkahwin campur di Malaysia. Apa yang paling penting, kajian

227


tersebut juga menumpukan faktor cabaran yang dihadapinya. Namun begitu, kajian ini tidak
memberikan fokus mengenai perkahwinan campur terhadap integrasi nasional.
Kajian Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari & Tan Jo-Pei (2003) berkaitan dengan
perkahwinan campur di Malaysia. Kajian ini mengupas fenomena perkahwinan campur dan
aspek-aspek positif yang boleh disumbangkan ke arah perpaduan masyarakat majmuk di
Malaysia. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak memberikan tumpuan mengenai faktor
penerimaan dan penolakan perkahwinan campur.
Kajian Chee-Fu Lee, Raymond H. Potvin & Mary J. Verdieck (1974) berkaitan dengan
corak asimilasi yang wujud di Singapura dari tahun 1962 hingga tahun 1969. Apa yang menarik
dalam kajian ini adalah perkahwinan campur antara etnik yang berlainan di Singapura dari tahun
1962 hingga tahun 1969 diambil dan digunakan sebagai satu indikator untuk mengukur corak
asimilasi yang wujud.

Metodologi
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan pragmatik
(mixed method research) di mana melibatkan pendekatan kuantitatif yang menggunakan borang
soal selidik dan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual. Secara umumnya,
kajian ini hanya melibatkan 185 orang mahasiswa dan mahasiswi Cina di Universiti Pendidikan
Sultan Idris yang dipilih melalui persampelan selesa (convenience sampling) bagi pendekatan
kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif pula, kajian hanya melibatkan 5 orang responden yang
dipilih melalui persampelan bola salji di mana terdiri daripada 3 orang responden yang telah
berkahwin campur dan 2 orang responden yang tidak berkahwin campur. Data numerik yang
dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif melalui bantuan pakej statistik
iaitu perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 manakala data verbal yang
dikumpul akan dianalisis melalui transkrip dan dilaporkan secara deskriptif.

Dapatan Kajian dan Perbincangan


i. Latar belakang demografi
Majoriti umur responden dalam kajian ini berumur antara 20 tahun hingga 28 tahun.
Selain itu, kebanyakan responden kajian ini terdiri daripada perempuan (76.76%) kerana

228


populasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak tidak seimbang dari aspek jantina di mana
mahasiswi lebih banyak berbanding dengan mahasiswa. Responden yang terlibat terdiri daripada
agama, tempat tinggal dan latar belakang pendidikan pendidikan sekolah rendah yang berbeza.
ii. Faktor penerimaan dan faktor penolakan perkahwinan campur
Analisis deskriptif dalam bentuk min (x̄ ) untuk menerangkan faktor penerimaan dan
faktor penolakan perkahwinan campur masyarakat Cina dari aspek budaya, agama, bahasa,
pakaian, makanan dan keluarga. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), analisis skor adalah
berdasarkan markah yang diberikan ke atas setiap item soalan di mana markah minima ialah 1
dan markah maksima ialah 5.
Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek budaya berada pada
tahap sederhana setuju iaitu 2.83 di mana masyarakat Cina dapat menerima dari aspek budaya.
Terdapat 6 daripada 10 item yang boleh diterima oleh masyarakat Cina. Hasil kajian ini turut
mendapati bahawa adat resam, patang larang dan budaya seperti perayaan bukannya sesuatu
perkara yang menjadi masalah bagi masyarakat yang berkahwin campur. Hal ini demikian
kerana perayaan-perayaan asal mereka masih disambut walaupun telah beragama Islam.
Namun, upacara-upacara yang berkaitan dengan agama tidak diikuti oleh kedua-dua
pasangan yang berkahwin campur dan beragama Islam. Sebagai contohnya, pasangan yang
berkahwin campur dan beragama Islam masih melibatkan diri dalam acara makan besar pada
malam tahun baru, tradisi kunjung-mengunjungi saudara mara dan tradisi memberikan angpau
semasa Perayaan Tahun Baru Cina, membantu membersihkan kubur nenek moyang semasa Pesta
Ching Ming serta membantu keluarga dalam penyediaan makanan tradisi seperti “tang yuan”
semasa Winter Solstice asalkan tidak melanggar akidah. Begitu juga dengan pengamalan adat
resam dan pantang larang di mana bergantung kepada individu masing-masing sama ada memilih
untuk mengamal dan mewarisinya atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, masih terdapat
segelintir masyarakat Cina yang tidak dapat menerima perkahwinan campur kerana ingin
mengekalkan budaya asal tanpa sebarang percampuran.
Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek agama berada pada
tahap tidak setuju iaitu 2.28 di mana masyarakat Cina tidak dapat menerima dari aspek agama.
Terdapat 11 daripada 14 item ditolak oleh masyarakat Cina. Hasil kajian turut mendapati bahawa
aspek agama merupakan faktor utama penolakan perkahwinan campur. Hal ini demikian kerana

229


wujudnya perbezaaan dari segi pegangan agama dalam hidup. Terdapat responden yang
berpendapat bahawa penukaran agama adalah tidak rasional dalam perkahwinan campur.
Perkahwinan campur dengan etnik Melayu juga dapat diterima oleh responden sekiranya wujud
kebebasan dalam agama yang ingin dianuti.

Jadual 1: Min (x̄ ) Aspek budaya (2.83)


Skala
Bil. Soalan Min
1 2 3 4 5
1 Saya boleh
menerima 8
5 0 116 56
perayaan-perayaan 4.21
(2.7%) (4.3%) (0.0%) (62.7%) (30.3%)
yang disambut oleh
masyarakat Melayu.
2 Saya selesa
menggunakan 35 79 34 27 10
2.45
tangan apabila (18.9%) (42.7%) (18.4%) (14.6%) (5.4%)
makan.
3 Saya merasakan 6
3 66 99 11
budaya Melayu itu 3.59
(1.6%) (3.2%) (35.7%) (53.5%) (5.9%)
menarik.
4 Saya berminat
1 18 61 92 13
mengetahui budaya 3.53
(0.5%) (9.7%) (33.0%) (49.7%) (7.0%)
orang Melayu.
5 Adat resam Cina
dalam keluarga saya
telah menipis dan
mereka boleh 120 38 21 5 1
1.54
menerima pasangan (64.9%) (20.5%) (11.4%) (2.7%) (0.5%)
hidup saya dari
kalangan orang
Melayu.
6 Saya menerima
persembahan 7 37 16 99 26
3.54
kesenian masyarakat (3.8%) (20.0%) (8.6%) (53.5%) (14.1%)
Melayu.
7 Saya merasakan seni
‘Kaligrafi’ amat unik
20 46 59 37 23
dan patut diangkat 2.98
(10.8%) (24.9%) (31.9%) (20.0%) (12.4%)
menjadi identiti
negara.

230


*Seni tulisan Khat
8 Saya menerima
proses perkahwinan 9
72 33 49 22
masyarakat Melayu 2.26
(38.9%) (17.8%) (26.5%) (11.9%) (4.9%)
sebagai simbol
penting negara ini.
9 Saya berpandangan
patang larang dalam
masyarakat Melayu 49 68 42 23 3
2.26
sesuai diamalkan (26.5%) (36.8%) (22.7%) (12.4%) (1.6%)
oleh masyarakat lain
di Malaysia.
10 Saya selesa bergaul
1 1 14 109 60
dengan kawan dari 4.22
(0.5%) (0.5%) (7.6%) (58.9%) (32.4%)
etnik Melayu.

Responden kajian juga menceritakan pengalamannya di mana terdapat seorang kawan


Cina beragama Buddha dan seorang perempuan Melayu yang suka antara satu sama lain.
Namun, kedua-dua pasangan tidak dapat bersama walaupun telah berkenalan selama 7 hingga 8
tahun kerana lelaki tersebut tidak sanggup tukar agama dan kepercayaannya. Selain itu, hasil
temu bual kajian ini turut mendapati bahawa keinginan untuk kembali ke agama asal semula
adalah mustahil. Oleh itu, perkahwinan campur ini memang betul-betul memihak kepada orang
Islam. Walaubagaimanapun, terdapat responden yang berpendapat bahawa perkahwinan campur
dapat diterima sekiranya kedua-dua pihak keluarga adalah berfikiran terbuka dari aspek agama.
Hal ini demikian kerana setiap agama mempunyai kelebihan masing-masing.

Jadual 2: Min (x̄ ) Aspek agama (2.28)


Skala
Bil. Soalan Min
1 2 3 4 5
1 Saya merancang
untuk mencari
68 36 40 35 6
kawan istimewa 2.32
(36.8%) (19.5%) (21.6%) (18.9%) (3.2%)
dari kalangan etnik
Melayu.
2 Saya sedia
berkahwin dengan 132 35 13 5 0
1.41
pasangan dari etnik (71.4%) (18.9%) (7.0%) (2.7%) (0%)
Melayu
231


3 Saya sedia
menukar agama
jika ditakdirkan 139 25 15 6 0
1.39
saya jatuh cinta (75.1%) (13.5%) (8.1%) (3.2%) (0%)
kepada pasangan
beragama Islam.
4 Saya sedia
mempelajari agama
75 40 32 29 9
lain selain daripada 2.23
(40.5%) (21.6%) (17.3%) (15.7%) (4.9%)
agama yang saya
anuti sekarang.
5 Saya sedia
menghadirkan diri 113 34 28 10 0
1.65
ke kuliah (61.1%) (18.4%) (15.1%) (5.4%) (0.0%)
keagamaan Islam.
6 Saya sedia
membaca buka
104 36 22 18 5
yang berkaitan 1.83
(56.2%) (19.5%) (11.9%) (9.7%) (2.7%)
dengan agama
Islam.
7 Saya merasakan
15 6 37 105 22
agama Islam bukan 3.61
(8.1%) (3.2%) (20.0%) (56.8%) (11.9%)
agama keganasan.
8 Saya selesa
berkawan dengan 1 4 18 117 45
4.09
kawan-kawan (0.5%) (2.2%) (9.7%) (63.2%) (24.3%)
beragama Islam.
9 Saya berminat
64 43 34 39 5
mengetahui agama 2.34
(34.6%) (23.2%) (18.4%) (21.1%) (2.7%)
Islam
10 Saya sedia
berpuasa bersama
31 68 54 27 5
rakan-rakan 2.50
(16.8%) (36.8%) (29.2%) (14.6%) (2.7%)
beragama Islam di
bulan Ramadhan.
11 Saya merasakan
puasa yang diamalkan 15 39 89 38 4
2.88
oleh orang Islam (8.1%) (21.1%) (48.1%) (20.5%) (2.2%)
bagus untuk kesihatan
12 Saya juga berpuasa di
bulan Ramadhan
45 80 35 19 6
sebagai meraikan 2.25
(24.3%) (43.2%) (18.9%) (10.3%) (3.2%)
kawan saya yang
beragama Islam.
13 Saya selalu 107 56 18 2 2 1.57

232


menonton program (57.8%) (30.3%) (9.7%) (1.1%) (1.1%)
berkaitan agama
Islam di kaca TV.
14 Rancangan berkaitan
agama Islam di TV 87 45 44 8 1
1.87
memberi manfaat (47.0%) (24.2%) (23.8%) (4.3%) (0.5%)
kepada saya.

Berdasarkan jadual 3, didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek bahasa berada pada
tahap sederhana setuju iaitu 3.34 di mana masyarakat Cina dapat menerima dari aspek bahasa.
Terdapat keseluruhan item iaitu 4 daripada 4 item yang dapat diterima oleh masyarakat Cina.
Hasil kajian ini turut mendapati bahawa faktor bahasa bukannya salah satu masalah yang
menjadi faktor penolak dalam perkahwinan campur. Hal ini demikian kerana semua masyarakat
Malaysia berupaya untuk menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa usaha kedua-dua pasangan yang berkahwin campur
mampu mewujudkan integrasi nasional. Hal ini demikian kerana wujudnya difusi budaya
sesebuah masyarakat. Oleh itu, aspek bahasa sebenarnya bukan satu masalah utama.

Jadual 3: Min (x̄ ) Aspek bahasa (3.34)


Skala
Bil. Soalan Min
1 2 3 4 5
1 Saya selesa
menggunakan Bahasa
Melayu dalam 5 23 17 117 23
3.70
pertuturan seharian (2.7%) (12.4%) (9.2%) (63.2%) (12.4%)
saya tanpa mengira
etnik.
2 Saya selesa jika calon
pasangan hidup saya
26 39 41 75 4
menggunakan Bahasa 2.96
(14.1%) (21.1%) (22.2%) (40.5%) (2.2%)
Melayu dalam
pertuturan.
3 Saya merasakan
Bahasa Ibunda yang
20 29 72 45 19
digunakan tidak akan 3.08
(10.8%) (15.7%) (38.9%) (24.3%) (10.3%)
mempengaruhi calon
pasangan hidup saya.
4 Saya merasakan 13 11 55 64 42
3.60
perkahwinan campur (7.0%) (5.9%) (29.7%) (34.6%) (22.7%)

233


mempunyai kelebihan
dari segi kebolehan
anak-anak dalam
menguasai pelbagai
Bahasa.

Berdasarkan jadual 4, didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek pakaian berada pada
tahap sederhana setuju iaitu 2.79 di mana masyarakat Cina dapat menerima dari aspek pakaian.
Terdapat 4 daripada 6 item yang dapat diterima oleh masyarakat Cina. Hasil kajian ini mendapati
bahawa tidak ada pakaian spesifik yang dipilih dan diamalkan mengikut tradisi bangsa kerana
pakaian yang dipilih adalah mengadaptasi semua budaya serta mengikut ajaran Islam yang
menutup aurat lelaki dan perempuan. Selain itu, terdapat responden yang menceritakan
pengalamannya di negeri Kelantan di mana seseorang masyarakat Cina yang telah berkahwin
campur akan lebih cenderung untuk menunjukkan ciri-ciri pemakaian identiti asalnya.

Jadual 4: Min (x̄ ) Aspek pakaian (2.79)


Skala
Bil. Soalan Min
1 2 3 4 5
1 Saya berpendapat
2 11 52 104 16
pakaian orang Melayu 3.65
(1.1%) (5.9%) (28.1%) (56.2%) (8.6%)
tradisi amat menarik.
2 Saya selesa
4 20 76 77 8
berpakaian beridentiti 3.35
(2.2%) (10.8%) (41.1%) (41.6%) (4.3%)
masyarakat Melayu.
3 Saya selesa jika calon
pasangan hidup saya 23 33 90 36 3
2.80
berpakaian seperti (12.4%) (17.8%) (48.6%) (19.5%) (1.6%)
masyarakat Melayu.
4 Saya berminat melihat
cara berpakaian
32 74 48 26 5
menutup aurat dalam 2.45
(17.3%) (40.0%) (25.9%) (14.1%) (2.7%)
kalangan gadis
Melayu.
5 Saya sedia berpakaian
menutup aurat jika
107 35 31 9 3
ditakdirkan saya 1.74
(57.8%) (18.9%) (16.8%) (4.9%) (1.6%)
berkahwin dengan
pasangan Melayu.
6 Keluarga saya 29 40 64 49 3
2.77
menerima budaya (15.7%) (21.6%) (34.6%) (26.5%) (1.6%)
234


pemakaian
masyarakat Melayu.

Berdasarkan jadual 5 didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek makanan berada pada
tahap tidak setuju iaitu 2.50 di mana masyarakat Cina tidak dapat menerima dari aspek makanan.
Terdapat 2 daripada 3 item yang ditolak oleh masyarakat Cina. Sebenarnya, terdapat pelbagai
masyarakat yang tidak berkahwin campur berpendapat bahawa seseorang individu yang
berkahwin campur perlu mengadaptasi cara pemakanan masyarakat etnik yang tertentu. Namun,
hasil data yang diperolehi daripada sesi temu bual melaporkan bahawa seseorang masyarakat
Cina yang telah berkahwin campur bebas untuk menikmati sebarang makanan. Walau
bagaimanapun, makanan yang dinikmati oleh kedua-dua pasangan yang berkahwin campur
haruslah halal dan mengikut ajaran agama Islam sekiranya beragama Islam.

Jadual 5: Min (x̄ ) Aspek makanan (2.50)


Skala
Bil. Soalan 1 2 3 4 5 Min
1 Saya suka juadah 7 41 32 74 31 3.44
masakan menu orang (3.8%) (22.2%) (17.3%) (40.0%) (16.8%)
Melayu.
2 Saya suka makanan 43 97 33 9 3 2.09
Melayu berbanding (23.2%) (52.4%) (17.8%) (4.9%) (1.6%)
makanan etnik saya.
3 Saya pandai memasak 64 87 16 14 4 1.96
makanan dari etnik (34.6%) (47.0%) (8.6%) (7.6%) (2.2%)
Melayu.

Berdasarkan jadual 6, didapati bahawa min (x̄ ) skor untuk aspek keluarga berada pada
tahap tidak setuju iaitu 1.71 di mana masyarakat Cina tidak dapat menerima dari aspek keluarga.
Terdapat keseluruhan item iaitu 3 daripada 3 item yang ditolak oleh masyarakat Cina. Hasil
kajian ini mendapati bahawa aspek keluarga merupakan faktor utama penolakan perkahwinan
campur. Hal ini demikian kerana wujudnya perbezaan dari segi undang-undang keluarga yang
merangkumi identiti, cara hidup, adat resam, pantang larang dan yang paling penting adalah
selepas kematian. Selain itu, terdapat juga penolakan dari aspek masyarakat seperti saudara mara
dan kawan-kawan. Namun, responden berpendapat bahawa ia bersifat sementara. Kajian ini turut

235


mendapati bahawa anak yang dilahirkan oleh pasangan yang berkahwin campur akan mengalami
kecelaruan identiti.

Jadual 6: Min (x̄ ) Aspek keluarga (1.71)


Bil. Soalan Skala Min
1 2 3 4 5
1 Keluarga saya boleh 132 29 17 6 1 1.46
menerima jika (71.4%) (15.7%) (9.2%) (3.2%) (0.5%)
ditakdirkan saya
berkahwin dengan
orang Melayu.
2 Saya mempunyai ahli 106 39 20 15 5 1.78
keluarga yang (57.3%) (21.1%) (10.8%) (8.1%) (2.7%)
berkahwin campur
dengan masyarakat
Melayu.
3 Keluarga saya tidak 103 32 23 22 5 1.89
menghalang saya untuk (55.7%) (17.3%) (12.4%) (11.9%) (2.7%)
membaca buku-buku
yang berkaitan dengan
agama Islam.

iii. Persepsi perkahwinan campur terhadap integrasi nasional


Selain daripada faktor-faktor penerimaan dan penolakan masyarakat Cina terhadap
perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu, kajian ini turut dilaksanakan bagi
mengenalpasti persepsi perkahwinan campur terhadap integrasi nasional. Berdasarkan carta 4.6,
didapati bahawa mod skor yang tertinggi untuk persepsi perkahwinan campur terhadap integrasi
nasional adalah neutral di mana terdapat 72 orang responden yang terdiri daripada 38.9 peratus
daripada keseluruhan 185 orang responden berpendapat bahawa tidak pasti berkenaan dengan
impak perkahwinan campur terhadap integrasi nasional.
Selain itu, mod skor untuk persepsi negatif adalah lebih tinggi berbanding dengan mod
skor untuk persepsi positif perkahwinan campur terhadap integrasi nasional. Bagi mod skor
untuk persepsi negatif perkahwinan campur terhadap integrasi nasional adalah 35.1 peratus
daripada keseluruhan 185 orang responden di mana terdiri daripada 65 orang responden sahaja.
Untuk mod skor bagi persepsi positif perkahwinan campur terhadap integrasi nasional pula

236


adalah sebanyak 25.9 peratus daripada keseluruhan 185 orang responden di mana terdiri daripada
48 orang responden sahaja.
Selain itu, terdapat responden yang berpendapat bahawa perkahwinan campur mampu
memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini
demikian kerana perkahwinan campur mampu menyatukan masyarakat yang berlainan etnik.
Tambahan pula, perkahwinan campur mampu mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.
Hal ini kerana perkahwinan campur merupakan satu perkahwinan yang mampu merapatkan tiga
generasi. Responden juga berpendapat bahawa senerio politik berkemungkinan akan berubah
sekiranya lebih ramai yang berkahwin campur. Hal ini demikian kerana orang politik tidak boleh
lagi mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan parti politik yang berunsurkan perkauman.
Seterusnya, kajian turut mendapati perkahwinan campur mampu memupuk integrasi
nasional kerana kedua-dua pasangan yang berkahwin campur akan sering berkongsi antara satu
sama lain mengenai pengalaman hidup yang berbeza budaya, cara hidup dan bahasa yang
berlainan. Hal ini secara tidak langsung mampu mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, terdapat responden yang berpendapat bahawa perkahwinan campur tidak
memupuk integrasi nasional sebaliknya banyak membawa kepada kemudaratan di Malaysia
terutama sekali kalau perkahwinan campur antara pasangan Islam dengan bukan Islam.
Responden turut memberikan pendapatnya berkaitan dengan integrasi nasional.
“Begitu jugalah hal ugama islam, jadikan dia bukan agama rasmi di
negara, jangan wujud jabatan hal ehwal ugama islam, wujudkan
jabatan hal ehwal agama sahaja, tidak ada agama rasmi di
Malaysia, yang ada ialah umat beragama sahaja, iktiraf juga yang
Islamnya, yang Buddhanya, yang Hindunya, yang apa-apanya
termasuk yang aktis, jadi tidak ada apa-apa perbezaan. Tu logiknya
tapi boleh buat ke macam tu, langit runtuh pun belum dapat.
Maksudnya kita tidak akan dapat kecuali pada masa-masa akan
datang kahwin campur tidak perlu dipromosi di kalangan orang
Islam dengan bukan Islam. Lung (Pak Cik) sendiri tidak sokong
promosi kahwin Islam dengan bukan Islam.”
(Responden 4)

237


Carta 1

25.9%
35.1%

38.9%

Kesimpulan
Secara rumusnya dapat dilihat bahawa masyarakat Cina masih tidak dapat menerima
perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu dengan sepenuhnya. Antara aspek yang dapat
dilihat bahawa masyarakat Cina dapat menerima sepenuhnya adalah aspek bahasa sahaja. Aspek
lain seperti aspek budaya, aspek agama, aspek pakaian, aspek makanan, dan aspek keluarga
wujud unsur penolakan masyarakat Cina. Sebenarnya, terdapat responden menyatakan bahawa
sekiranya berlakunya persefahaman dan tolak ansur antara keluarga, perkahwinan campur tidak
menjadi masalah. Hal ini demikian kerana apabila kedua-dua pihak yang berkahwin campur
berfikiran terbuka dan bertolak ansur dalam pelbagai aspek seperti aspek budaya, aspek budaya,
aspek makanan, aspek pakaian dan sebagainya akan secara tidak langsung kedua-dua pihak dapat
mengadaptasi pelbagai aspek kedua-dua pihak seperti aspek budaya, aspek budaya, aspek
makanan, aspek pakaian dan sebagainya.

Rujukan
Amizul Tuniza R Ahma D Termizi. (2015, September 27) Utusan Online. Diperoleh pada Mac
17, 2017 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/sudah-tiba-masa-1.140247/teo-kok-
seong-1.140270

238


Borneo Post Online. (2012, Mei 19). Borneo Post Online. Diperoleh pada Mac 17, 2016 daripada
http://www.theborneopost.com/2012/05/19/kahwin-campur-sering-cetusmasalah-status-
bumiputera/

Chee-Fu Lee, Raymond H. Potvin & Mary J. Verdieck. (1974). Interethnic Marriage as
an Index of Assimilation: The Case of Singapore. Dalam Social Forces, Vol. 53,
Issue 1, 112-119.

Frederik Holst. (2012). Ethnicization and Identity Construction In Malaysia. New York:
Routledge.

Giok Hun Pue & Nidzam Sulaiman. (2013, November 29). “Choose One!”: Challenges
of Inter-Ethnic Marriage in Malaysia. Asian Social Science, 7(17), 269-278.

Haji Ishak Bin Saat. (2009). Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China. Diperolehi pada Mac
20, 2016 daripada http://eprints.usm.my/15538/1/Sejarah_Panjang_Hubungan_
Malaysia_-_China.pdf

Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2016, Ogos 3). Cabaran Belia Cina Muslim.
Sinar Harian, 21.

Johari Yap. (2015, Disember 15) Sinar Online. Diperolehi pada Mac 17, 2016 daripada
http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/johari-yap/lebih-baik-kahwin-
campur-1.461994

Mohd Taib Arifin. (2006). Komunikasi Perkahwinan: Satu Kajian Persepsi Di Kalangan
Penduduk Jitra, Kedah. Dalam Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin &
Che Hashim Hassan, Krisis & Konflik Institusi Keluarga (pp. 52-65). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nancy Bonvillain. (2013). Cultural Anthropology. New Jersey: Pearson.

Nik Rahim Nik Wajis. (1998, Mac 8). Utusan Online. Diperolehi pada Mac 17, 2016
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0308&sec=rencana&pg
=ot_01.htm

Responden 4. (2017). Perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu. Rumah


Responden. Temu Bual. 4 Mac.

Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari & Tan Jo-Pei. (2003). Perkahwinan campur di
Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rules of Marriage. (2017). Diperolehi pada Mac 17, 2017 daripada


http://www.sociologyguide.com/marriage-family-kinship/Rules-of-Marriage.php

239


Sanusi Osman. (1981). Perkahwinan Antara Etnik: Satu Kajian Di Bandar Melaka.
Dalam Jurnal of Southeast Asia Social Science and Humanities, Volume 19
(No 1), pp. 29-38.

Sarjit S. Gill. (2001). Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Sari, Volume
19, 2001: 189 – 203.

Shamsiah Zulkafli. (2009, November 17). Utusan Online. Diperolehi pada Mac 18, 2016
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1117&sec=
Keluarga&pg=ke_01.htm

Tedi Sutardi. (2007). Antropologi: Mengungkap Keragaman Budaya. (Ita Rospita, Ed.).
Bandung: Penerbit PT Setia Purna Inves.

Zunaidah Zainon. (2005, Jun 21). Utusan Online. Diperolehi pada April 12, 2016
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0621&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

240


Stereotaip dalam Kalangan Mahasiswa: Kajian Kes di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM)

Jiran Daud a, Ariff Mu’azzam Ab Halim a*, Nur Adillah Md Abdul Hamid a, Muhamad
Amirul Fikri Mohd Azmi a
a
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mel: ariffmuazzam@gmail.com

Abstrak
Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan dikenali sebagai sebuah
masyarakat multi-etnik. Terdapat pelbagai etnik; tiga etnik yang terbesar di Semenanjung
Malaysia ialah Melayu, Cina dan India manakala lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak sama ada
terdiri daripada bumiputera atau bukan bumiputera. Kepelbagaian kaum di negara ini dapat
dilihat sebagai satu keistimewaan malah satu kekuatan bagi membentuk identiti budaya rakyat
Malaysia. Kesepaduan sosial antara etnik dapat dilihat dimana jalinan dan ikatan yang padu dan
saling kebergantungan ini dapat menjamin kesejahteraan negara. Walaubagaimanapun, stereotaip
terhadap etnik tertentu masih wujud dalam kawasan persekitaran universiti. Menurut Johan
Jaafar (2002:10), rakyat Malaysia masih lagi dipisahkan oleh garisan etnik dan sosial. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti sejauh mana tahap stereotaip dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beberapa teori mengenai stereotaip juga telah
dibincangkan. Selain itu kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca berlakunya sikap
stereotaip dan mekanisma yang terbaik dalam mengurangkan sikap stereotaip dalam diri
kalangan mahasiswa UKM. Seramai 350 mahasiswa yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina
dan India dari setiap lapisan umur telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini. Kajian ini
menggunakan data kuantitatif yang telah dianalisis berdasarkan edaran borang selidik yang
menggunakan kaedah secara atas talian Google Form dan kaedah temu bual. Hasil kajian yang
diperolehi akan dibincangkan.
Kata kunci: Stereotaip, mahasiswa, etnik

241


Pengenalan
McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110) mengistilahkan stereotaip sebagai
kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya gambaran
berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu
kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti. Hal ini terhasil apabila berlaku
pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan
yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini
kerana fahaman steretoip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah
terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terdiri daripada pelbagai etnik dan
budaya. Antara etnik yang terdapat di UKM ialah Melayu, Cina, India dan Bumiputra.
Mahasiswa UKM dari pelbagai etnik datangnya daripada latar belakang yang berbeza dan
mempunyai stigma pemikiran yang berbeza terhadap etnik lain.
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti stereotaip yang wujud dalam kalangan
mahasiswa UKM terhadap etnik lain. Selain itu, kajian ini juga mengkaji punca tercetusnya
stereotaip dalam kalangan mahasiswa terhadap etnik lain di UKM. Setelah selesai kajian ini,
mekanisme terbaik akan diperhalusi dalam menangani isu stereotaip yang wujud dalam kalangan
mahasiswa terhadap etnik lain di UKM.

Penyataan Masalah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempatkan pelajar dari pelbagai etnik dan
merupakan satu institusi yang berperanan dalam mengeratkan hubungan etnik tidak kira di
fakulti mahupun di seluruh kampus. Namun, kadangkala interaksi dan pergaulan antara mereka
masih menampakkan kerenggangan dan pengkelompokan masih berlaku. Jadi, adakah sikap
stereotaip wujud dalam kalangan mereka? Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Apakah strategi untuk menyelesaikannya?
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana stereotaip dalam kalangan mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada proses

242


pembentukan polisi di peringkat university (bottom to top) yang bertujuan untuk memupuk
integrasi dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik.

Objektif Kajian
1. Mengenal pasti stigma/pandangan mahasiswa terhadap kepelbagaian etnik di UKM.
2. Mengenal pasti punca stereotaip etnik dalam kalangan mahasiswa di UKM.
3. Mengenal pasti mekanisme terbaik dalam membanteras strereotaip dalam kalangan
mahasiswa di UKM.

Kaedah Kajian
i. Soal selidik
Terdapat 350 soal selidik yang telah diedarkan kepada warga Universiti Kebangsaan
Malaysia dari pelbagai etnik. Soalan-soalan yang terdapat di dalam soal selidik berkaitan dengan
perspektif terhadap kepelbagaian etnik, punca berlakunya stereotaip dan juga langkah proaktif
dalam membasmi stereotaip di Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Temu bual
Terdapat empat kategori etnik utama yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antaranya adalah Melayu, Cina dan India. Wakil setiap etnik akan dipilih dan ditemubual bagi
mendapatkan maklumat diri dan perspektif mereka terhadap pemasalahan kajian ini.
iii. Lokasi kajian
Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Lokasi ini dipilih
kerana memenuhi kriteria tajuk kajian yang dijalankan iaitu mempunyai pelbagai etnik dan
agama.
iv. Responden kajian
Terdapat 350 responden yang akan dipilih secara rawak mengikut beberapa etnik yang
ditetapkan. Setiap etnik mempunyai lebih daripada 50 orang wakil untuk mengisi soal selidik
yang disediakan. Jumlah responden ini bersesuaian dengan penyataan (Krejcie & Morgan 1970,
m.s.607-610) yang menyatakan jumlah sampel yang melebihi 350 adalah merupakan jumlah
sampel kajian yang bersesuaian dan menjadikan sesuatu kajian itu sahih serta mengelakkan
berlakunya percanggahan kesahan dan kebolehpercayaan.

243


Dapatan Kajian
i. Demografi
Jadual 1 menunjukkan Demografi Responden yang telah terlibat dalam kajian ini iaitu
lelaki adalah seramai 130 orang dan perempuan adalah seramai 220. Manakala, etnik yang
terlibat pula adalah Melayu (160 orang), Cina (95 orang) dan India (95 orang).

Jadual 1: Demografi responden


Demografi Jumlah Peratus
Jantina Lelaki 130 37.14%
Perempuan 220 62.86%

Etnik Melayu 160 45.72%


Cina 95 27.14%
India 95 27.14%

Umur 19-25 303 86.57%


25-30 39 11.14%
30 & Ke atas 8 2.29%

ii. Pandangan stereotaip dalam hubungan etnik di UKM


Jadual 2 di atas memaparkan analisa pandangan stereotaip dalam hubungan etnik di
UKM berdasarkan borang soal selidik yang ditularkan. Secara rumusnya, hal ini menunjukkan
tahap stereotaip dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UKM berada pada tahap yang
masih terkawal, melihat kepada keputusan peratusan stereotaip terhadap kepelbagaian etnik yang
dilihat masih seimbang bagi beberapa kategori stereotaip.
Jika diteliti, stereotaip seperti etnik yang mempunyai rupa paras tidak kacak dan tidak
cantik diundi secara telus oleh responden, di mana kebanyakan responden menganggap kacak
dan cantik itu merupakan sesuatu yang subjektif, dan tidak boleh ditujukan kepada mana-mana
etnik. Hal ini terbukti apabila sebanyak 226 daripada 350 responden (64.57%) menjawab soalan

244


stereotaip tidak kacak dan tidak cantik dengan jawab ‘tiada’, iaitu menggambarkan mereka
beranggapan bahawa tiada etnik yang tidak kacak dan tidak cantik memandangkan perihal ini
sebenarnya bukan bergantung kepada sesuatu etnik semata-mata.

Jadual 2: Analisa pandangan stereotaip dalam hubungan etnik di UKM berdasarkan borang soal
selidik
Soalan Soal Selidik Melayu Cina India Tiada
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus
Perkauman 72 20.57% 133 38.00% 30 8.57% 115 32.85%
Pengotor 121 34.28% 104 29.71% 67 19.14% 58 16.57%
Pemarah 68 19.42% 45 12.85 109 31.14% 128 36.57%
Tiada Moral 208 59.42% 20 5.71% 30 8.57% 92 26.28%
Tidak Beradab 75 21.42% 101 28.85% 56 16% 118 33.71%
Tidak Cantik/Kacak 11 3.14% 26 7.42% 87 24.85% 226 64.57%
Percaya Mistik 215 61.42% 21 6.00% 15 4.28% 99 28.28%
Bohong 72 20.57% 78 22.28% 50 14.2% 150 42.85%
Pemabuk 10 2.85% 84 24.00% 154 44% 102 29.14%
Tidak Menepati Masa 251 71.71% 11 3.14% 7 2% 81 22.85%

Melanggar Peraturan 129 36.85% 59 16.85% 50 14.28% 112 32%


Sombong 59 16.85% 130 37.14% 17 4.85% 144 41.14%
Pemalas 209 59.71% 16 4.57% 17 4.85% 108 30.85%
Tamak 76 21.71% 137 39.14% 17 4.85% 120% 34.28
Bercakap Banyak 132 37.71% 48 13.71% 81 23.14 % 89 25.42

Namun, masih tidak dapat dinafikan, terdapat beberapa kategori stereotaip yang dilihat
agak membarah dalam kalangan mahasiswa di UKM, sebagai contoh stereotaip tidak menepati
masa. Kelihatan jelas kebanyakan mahasiswa di UKM mempunyai stereotaip terhadap etnik
Melayu yang diundi sebagai etnik yang sering tidak menepati masa, iaitu seramai 251 daripada
350 responden (71.71%) menganggap etnik Melayu sebegitu rupa.

245


iii. Punca-punca kewujudan stereotaip dalam hubungan etnik di UKM
Jadual 3 menunjukkan punca-punca kewujudan stereotaip dalam kalangan pelajar di
UKM. Persekitaran, interaksi sosial dan pengalaman menduduki tempat teratas. Diikuti oleh
taksub pada etnik sendiri, pendidikan, media massa dan agama.

Jadual 3: Bilangan dan peratus punca kewujudan stereotaip dalam hubungan etnik di UKM
Punca Kewujudan Stereotaip Bilangan Peratusan
(orang) (%)
Taksub Pada Etnik Sendiri 46 13.14%
Agama 27 7.71%
Media Massa 34 9.71%
Pendidikan 41 11.71%
Pengalaman 60 17.14%
Persekitaran 80 22.86%
Interaksi sosial 62 17.71%

Persekitaran
Persekitaran merupakan salah satu perkara yang mampu mewujudkan stereotaip terhadap
etnik dalam pemikiran seseorang. Hal ini kerana seseorang akan mudah terpengaruh dengan
persekitaran tidak kira berpunca daripada keluarga, sekolah atau masyarakat lebih-lebih lagi jika
persekitaran tersebut hanya berada di dalam kelompok etnik sendiri sahaja. Pekara ini dapat
dibuktikan, dalam kajian Gallup (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2006) yang dibuat terhadap 1,007
responden yang terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran
dengan orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstremis kerana
persekitaran mereka yang tidak bercampur dengan orang Islam mahupun agama lain. Ini
menunjukkan bahawa persekitaran etnik sekelompok mewujudkan stereotaip dalam pemikiran
seseorang akibat terpengaruh dengan budaya dan suasana persekitaran.
Namun begitu, berdasarkan kajian Mer dan Freedman (1966: 11-19) telah memberi
tumpuan kepada aspek hubungan interaksi dalam persekitaran dan kejiranan di kalangan
masyarakat kulit putih dan hitam yang mempunyai status sama berupaya mengurangkan sikap

246


prejudis di kawasan tersebut. Walaupun keputusan diperolehi menunjukkan bahwa hubungan
kejiranan yang terdiri dari status yang sama mengurangkan sikap prejudis di kawasan tersebut
tetapi perubahan tersebut tidak semestinya merujuk kepada kawasan kawasan lain.
Interaksi sosial
Kurangnya interaksi sosial merupakan perkara yang boleh mempengaruhi streotaip dalam
kalangan hubungan etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut Najeemah Mohd
Yusof (2012), sikap negatif seperti prejudis dan streotaip masih lagi ada dalam diri pelajar.
Perkara ini berlaku disebabkan etnik yang berbeza dalam aspek kepercayaan, nilai, norma yang
berbeza, di mana ianya mempengaruhi tingkah laku, tindakan, permikiran dan termasuklah
interaksi dengan persekitarannya (Najeemah Mohd Yusof, 2008:1). Keadaan ini menunjukkan
kewujudan streotaip terhadap mahasiswa masih ada kerana disebabkan faktor perbezaan tersebut.
Hal ini secara tidak langsung mengurangkan interaksi sosial antara pelbagai etnik. Malah,
menurut Firdaus Abdullah Berita Harian (25 Ogos 2002: 15) turut mengakui bahawa interaksi di
antara pelajar berlainan kaum semakin renggang kini berbanding 30 tahun dahulu. Jika pelajar
tidak dapat membina interaksi yang baik , perpaduan negara mungkin tidak dapat dikekalkan.
Pengalaman
Menerusi pengalaman yang lebih berunsur negatif berkaitan isu etnik ianya memberi
impak yang amat besar dalam pendorong berlakunya sikap stereotaip dalam kalangan mahasiswa
terutamnya apabila berlakunya konflik etnik antara dua etnik yang berbeza. Rabushka
(1971:106) mengatakan bahawa interaksi atau pengalaman mengenai prejudis yang kerap
berlaku di institusi boleh meningkatkan sikap stereotaip dalam kalangan mahasiswa namun
sekiranya Interaksi atau kontrak yang kerap dan sensitiviti antara etnik dijaga juga akan dapat
mengurangkan prejudis
Taksub Terhadap Etnik Sendiri
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Menurut Ma’rof Redzuan, (2015) manusia cuba membuktikan apa yang mereka percaya tentang
diri seseorang/kelompok itu betul, lebih-lebih lagi sekiranya stereotaip itu adalah negatif.

247


Pendidikan
Menurut Santhiram R. Raman dan Tan Yao Sua (2010), bermula di peringkat menengah,
kesemua etnik berbeza ini akan mengikut satu aliran sekolah sahaja, iaitu sekolah menengah
kebangsaan. Jadi bermulanya persekolahan menengah, semua etnik berbeza harus akur untuk
mengikuti satu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan bukanlah satu-satunya medium untuk memupuk perpaduan. Sistem
pendidikan berfungsi sebagai platform efektif untuk pelajar berinteraksi agar kesefahaman dan
toleransi di antara kepelbagaian etnik ini mampu dicapai (Santhiram R. Raman dan Tan Yao Sua,
2010). Sekiranya hubungan baik dan toleransi di antara kepelbagaian etnik ini dapat dipupuk
sedari sekolah menengah lagi, maka sudah tentu perpaduan nasional dapat dikekalkan.
Perpecahan etnik yang berlaku akibat konflik pendidikan menyebabkan tahap stereotaip
seseorang itu menjadi lebih besar.
Media Massa
Media massa sama ada media cetak dan elektronik di Malaysia mempunyai kesan dan
pengaruh yang tinggi terhadap masyarakat dan pembangunan sosial negara. Pendedahan filem,
akhbar dan elemen yang berbentuk prejudis terhadap etnik serta maklumat-maklumat yang
berbetuk menghina dan membanding bezakan antara etnik membolehkan sikap stereotaip itu
terbentuk.
Agama Dan Kepercayaan
Menurut Fathi (1997: 121), beliau meletakkan asas kemajmukan dan menyatakan bahawa
kepelbagaian manusia ini adalah bagi merangsang serta menggalakkan berlakunya interaksi,
kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.
Menurut Najeemah Mohd Yusof (2008:1), etnik yang berbeza ini berbeza dalam aspek
kepercayaan, nilai, norma yang berbeza, di mana hal ini mempengaruhi tingkah laku, tindakan,
pemikiran dan termasuklah interaksi dengan persekitarannya. Perbezaan-perbezaan ini turut
menyebabkan salah faham dan konflik sering berlaku sesama mereka ( Cywinska, 2010: 287-
288).
Osman (2008: 87) pula menjelaskan hubungan etnik di Malaysia adalah berdasarkan
pengenalan agama dengan menyamakan Melayu itu Islam dan menyamakan kepentingan etnik
dengan kepentingan agama. Namun mungkin pada masa akan datang, akan berlakunya

248


perubahan trend identiti masyarakat Islam Malaysia yang khusus kepada etnik Melayu kepada
pelbagai etnik pula, bukan Melayu sahaja yang Islam semata.

Mekanisme untuk Mengurangkan Stereotaip dalam Hubungan Etnik di UKM


Dapatan kajian menunjukkan interaksi dan penganjuran pelbagai aktiviti merupakan
mekanisma terbaik dalam menggurangkan stereotaip. Manakala pendedahan awal mengenai
kepelbagaian dan penghapusan sekolah jenis kebangsaan juga dapat menggurangkan stereotaip.

Jadual 4: Mekanisme untuk mengurangkan stereotaip hubungan etnik di UKM


Mekanisme Bilangan(orang) Peratusan (%)
Pendedahan awal mengenai kepelbagaian 87 24.86%
etnik di Malaysia
Menggalakkan interaksi antara pelajar 127 36.29%
daripada pelbagai etnik
Menganjurkan pelbagai aktiviti yang 89 25.43%
memerlukan penyertaan daripada semua
etnik seperti Perarakan Hari Kebangsaan
Menghapuskan sistem pendidikan 29 8.29%
segregasi (SJKC dan SJKT)
Lain-lain 18 5.14

Menggalakkan interaksi antara pelajar daripada pelbagai etnik


Tan Chee Beng (1982), interaksi berterusan dapat memastikan persefahaman dan sikap
saling menghormati wujud dengan lebih mendalam manakala kurangnya interaksi di peringkat
interpersonal akan juga memperhebat lagi aspek stereotaip dan permusuhan antara kumpulan-
kumpulan etnik berbeza ini. Interaksi yang wujud diantara pelbagai etnik dapat membantu
mengurangkan sikap prejudis terhadap kumpulan etnik tertentu.
Selain itu menurut Firdaus Abdullah (Berita Harian, 25 Ogos 2002:15) Mengakui bahawa
aktiviti seperti ‘study group’ bukan sahaja membolehkan mereka berinteraksi untuk

249


meningkatkan prestasi akademik tetapi juga boleh berinteraksi dengan baik dalam kegiatan sosial
seperti bersukan, menonton wayang bersama-sama dan sebagainya.
Pendedahan awal mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia
Pendedahan awal yang diterima oleh mahasiswa etnik wajar diberi pendedahan awal
mengenai keunikan–keunikan yang ada pada setiap lapisan etnik di Malaysia. Hal ini dapat
diperolehi menerusi kepelbagaian aktiviti atau program yang boleh dilakukan di dalam institusi
pendidikan di Malaysia. Sebagai contohnya, penerapan pendidikan moral, pendidikan mata
pelajaran sejarah dan hari pengenalan kepada etnik dalam satu institusi bersama. Hal ini
disokong oleh penyataan (Chiam Heng Keng, Mingguan Malaysia, Ogos 2002) yang
mengatakan pendidikan agama dan moral yang diterima oleh pelajar yang berbeza agama perlu
disemai agar pemikiran pelajar tidak menghalang mereka daripada bercampur dengan semua
lapisan etnik.
Menganjurkan pelbagai aktiviti yang memerlukan penyertaan pelbagai hubungan etnik di UKM
Peranan IPT seperti mewajibkan pelajar berbilang kaum tinggal di asrama dan Majlis
Perwakilan Pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai kaum serta menjaga kepentingan dan
kebajikan pelajar pelbagai kaum dianggap sebagai satu aktiviti yang amat berkesan dalam
mengurangkan stereotaip antara etnik kerana campuran etnik dan bentuk komunikasi antara etnik
lain yang tinggal sebumbung dianggap mampu menghakis sikap stereotaip setelah memahami
antara satu sama lain. Selain itu, memperkenalkan subjek Hubungan Etnik sebagai mata
pelajaran wajib dan mengadakan karnival bertemakan etnik di institusi-institusi pendidikan
merupakan platform terbaik dalam menyampaikan maklumat agar sikap stereotaip dalam
kalangan mahasiswa perlu dibuang sama sekali. Penyataan ini telah disokong oleh kajian
(Zainudin MZ, Clement Lo Chee Neng, Pong Zong Yang, Mohd Faris Azizan, Mohd Wazira
Zafran Razak, Mohamad Faris Imadi Che Hashim 2016).
Menghapuskan sistem pendidikan segregasi (SJKC Dan SJKT)
Sistem pendidikan hari ini mestilah memenuhi keperluan 1Malaysia. Sekolah vernakular
pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan orang Cina dan India belajar tentang asal-usul
negara mereka, tetapi hari ini mereka telah menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya keadaan
sedemikian tidak perlu wujud lagi (Khoo 2008). Dalam kajian Yew (1973, 1982) dan Leo (1989)
mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan mengenai sikap stereotaip antara

250


pelajar Cina yang mendapat pendidikan di sekolah Cina. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan
sekolah Cina adalah sukar bergaul dengan bangsa lain. Keadaan menjadi semakin buruk apabila
wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak
kepada institusi keluarga dan pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut
Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, terutama
hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Rumusan
Kesimpulan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa sikap stereotaip masih wujud
dalam kalangan diri mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia namun tidak berada pada
tahap serius. Kepentingan hasil kajian ini akan dapat menyumbangkan kepada proses
penambahbaikan yang bertujuan untuk memupuk integrasi mahasiswa pelbagai etnik. Ini juga
akan menggalakkan institusi pengajian tinggi dalam proses polisi pendidikan untuk mencapai
integrasi nasional. Memetik pandangan Ozga (2000), perkara-perkara yang berkaitan dengan
polisi tidak sepatutnya hanya menjadi kegiatan eksklusif di peringkat atasan (kerajaan),
sebaliknya proses penghasilan polisi perlu juga melibatkan peringkat mikro seperti institusi
pengajian tinggi bagi mencapai tujuan dasar di peringkat nasional.

Rujukan
Fathi Osman. 1997. Concepts of the Quran: A topical reading. Kuala Lumpur: Angkatan Belia
Islam Malaysia.

Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman, Arbaiyah Mohd Noor. Vol 3 Bil 1 (Jun 2016).
Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional di Malaysia.

Healey , J. F. (2009). Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and
Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement.

McLemore, S. D. (1994). Racial and Ethnic Relations in America. USA: Allyn & Bacon.

Muhammad Abu Zahrah. 1987. Penyusunan masyarakat dalam Islam. Trans. Osman Khalid.
Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

251


Najeemah Mohd Yusof (2012). Multicultural Education: Managing Diversity In Malaysian
Schools. Universiti Putra Malaysia.

Nazri Muslim, Nik Yusri Musa. Vol. 29, No. 1, 2011, 1-28. Hubungan Etnik Di Malaysia Dari
Perspektif Islam. Hubungan Etnik di Malaysia.

Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Osman Bakar. 2008. Malaysian Islam in the twenty-first century: The promise of a democratic
transformation? In Asian Islam in the 21st Century, eds. J. L. Esposito, J.O. Voll and
Osman Bakar. New York: Oxford University Press.

Prof Madya Dr. Ma’rof Redzuan ( 2015 ), Prasangka Dan Diskriminas, Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia.

Tan Yao Sua and R. Santhiram (2014). Educational Issues in Multiethnic Malaysia. Petaling
Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Zainudin MZ, Clement Lo Chee Neng, Pong Zong Yang, Mohd Faris Azizan, Mohd Wazira
Zafran Razak, Mohamad Faris Imadi Che Hashim (2016). Peranan Institusi Pengajian
Tinggi Dalam Memupuk Perpaduan Etnik Di Malaysia.

Lampiran

252


253


Menilai Keberkesanan Kursus Hubungan Etnik dalam Membentuk
Perpaduan dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Siti Noranizahhafizah Boyman


Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mel: noranizah@fsk.upsi.edu.my

Abstrak
Artikel ini bertujuan menilai keberkesanan Kursus Hubungan Etnik dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hal ini
kerana kursus ini bermatlamat memupuk perpaduan dengan membentuk sikap dan pemikiran
yang positif dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini menggunakan model teori penilaian CIPP
(Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam. Kaedah
kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data
yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan bukan empirikal
yang melibatkan kajian lapangan. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya berfokus kepada
bahagian hasil daripada pembelajaran Kursus Hubungan Etnik iaitu Product. Dapatan kajian ini
menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis mendapati penilaian tahap perpaduan dalam
kalangan mahasiswa menunjukkan kesan positif dengan 99.5 peratus mahasiswa menghormati
rakan daripada etnik lain. Kedua, mahasiswa bersedia membantu rakan berlainan etnik yang
berada dalam kesusahan dengan 98.8 peratus. Ketiga, mahasiswa mempunyai sikap toleransi
iaitu boleh duduk bersama dengan rakan berlainan etnik di dalam bilik kuliah adalah 98.3
peratus. Keempat, 98 peratus menunjukkan berbangga akan kepelbagaian hubungan etnik yang
ada di Malaysia. Akhir sekali, dapatan menunjukkan faktor demografi seperti jantina, etnik,
agama dan tempat tinggal tidak mempengaruhi penilaian tahap perpaduan dalam kalangan
mahasiswa. Dapatan ini membawa makna bahawa mahasiswa menunjukkan tindak balas yang
baik terhadap hubungan etnik dan perpaduan di universiti. Apa yang jelas ialah dengan
penemuan tersebut, kajian ini menyumbang kepada khazanah ilmu berkaitan dengan hubungan
etnik dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia.
Kata kunci: Perpaduan, mahasiswa, hubungan etnik, universiti, UPSI.
254


Pengenalan
Sebelum Tanah Melayu merdeka, negara ini sudah berkomposisi penduduk yang pelbagai
etnik berpunca dari polisi pemerintahan penjajah. Pada ketika itu kehidupan mereka terpisah dari
sudut pendidikan, kuasa ekonomi, penempatan dan politik. Namun selepas kemerdekaan,
masyarakat semakin berusaha untuk hidup bersama. Perkembangan hubungan etnik secara
optimisnya dapat dilihat berdasarkan perkembangan paradigma masyarakat Malaysia
sebagaimana berikut:

Jadual 1: Perkembangan hubungan etnik


Era Perubahan Anjakan paradigma dari sudut:

Pengklasifikasian Etnik
1950-an
Pengkayaan Budaya
1960-an
Perubahan Kelas sosial
1970-an
Pengenalan Identiti
1980-an
Pengurusan Kerencaman sosial
2000-an
Usaha kesepaduan sosial
2010-an
Sumber: Shamsul Amri, 2012.

Kestabilan ini boleh dianggap rapuh sekiranya rakyat tidak betul-betul berpegang kepada
amalan beragama dan terpengaruh dengan anasir luar. Dapat dikatakan juga ini disebabkan oleh
ikatan primodialisme yang kuat, ini menambahkan semangat kekitaan yang terlalu menebal di
kalangan sesuatu etnik dan akhirnya akan mewujudkan sentimen perkauman.
Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengekalkan perpaduan negara.
Antaranya ialah dengan mewujudkan pelbagai dasar, program, badan kerajaan yang
menguruskan perpaduan di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kerajaan menerapkan perpaduan
dalam pendidikan. Salah satu usaha dalam pendidikan tersebut ialah dengan memperkenalkan
kursus Hubungan Etnik di universiti-universiti awam. Matlamatnya, memupuk perpaduan
dengan membentuk sikap dan pemikiran yang positif dalam kalangan mahasiswa supaya dapat

255


mengikis dan menghapuskan sifat kefanatikan perkauman melalui pendidikan yang berkesan.
Perkara ini penting kerana mahasiswa adalah bakal pemimpin pada masa hadapan dan harapan
negara bagi memacu kemajuan dan kesejahteraan Malaysia ke arah yang lebih baik. Oleh itu,
kajian ini dilakukan bagi menilai tahap perpaduan dalam kalangan mahasiswa yang berfokus
kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pernyataan Masalah dan Objektif


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang multietnik. Selepas
peristiwa 13 Mei 1969, perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia merupakan kunci kepada
keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara. Bukan mudah untuk
Malaysia mencapai perpaduan kerana penduduknya yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama,
budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha
dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi. Salah satu caranya ialah
secara formal, iaitu melalui pendidikan. Hal ini kerana pendidikan boleh memainkan peranan
yang berkesan demi menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang
berbilang etnik. Pendidikan juga, boleh membantu melahirkan perpaduan dan persefahaman
antara etnik.
Demi mencari jalan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, kerajaan
memperkenalkan kursus Hubungan Etnik pada tahun 2005 di universiti-universiti awam. Walau
bagaimanapun, dari segi pelaksanaannya, subjek ini diajar kepada pelajar di universiti dengan
jumlah kumpulan yang besar dalam sesebuah kelas melibatkan sehingga 120 orang pelajar atau
lebih dalam satu kelas. Selain itu, sebahagian pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu
mengambil berat tentang kursus ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam
kredit mereka sahaja. Apa yang memburukkan keadaan lagi apabila terdapat persepsi dalam
kalangan para pelajar bahawa kursus ini adalah sesuatu yang sangat membosankan dan
membuang masa. Melalui pemerhatian juga mendapati mahasiswa masih berada dalam
kelompok etnik masing-masing ketika duduk di dalam kelas, membuat tugasan kumpulan,
makan di kantin universiti, di perpustakaan dan juga aktiviti-aktiviti berpersatuan.
Jika perkara ini dibiarkan, semangat perpaduan dan integrasi akan semakin terhakis
sehingga boleh memberi kesan kepada usaha mengekalkan keharmonian dan merealisasikan

256


Wawasan 2020. Oleh itu, objektif utama penyelidikan adalah untuk menilai tahap perpaduan
dalam kalangan mahasiswa di UPSI dan hubungannya dengan faktor demografi.

Ringkasan Sorotan Literatur


Bahagian ini secara ringkas mengupas kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian
hubungan etnik dan perpaduan. Kajian-kajian tersebut merangkumi kajian berkaitan hubungan
perpaduan di Malaysia secara umum dan juga meninjau perpaduan dalam kalangan mahasiswa.
Antara penyelidik yang menjalankan kajian berkaitan bidang ini ialah Shamsul Amri Baharuddin
(2008), kajian beliau bertajuk ‘Hubungan etnik di Malaysia: mencari dan mengenal kejernihan
dalam kekeruhan’. Kajian beliau adalah untuk menilai tahap perpaduan dalam hubungan antara
etnik di Malaysia sejak kemerdekaan sehingga kini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan
ialah tentang proses Malaysia mencapai tahap perpaduan melalui proses 4A iaitu, asimilasi,
akomodasi, akulturasi dan amalgamasi dalam kepelbagaian etnik. Manakala pada tahun 2009,
beliau menjalankan kajian bertajuk Culture and governance in Malaysia’s survival as a nation.
Kajian beliau menganalisis budaya, dan politik alam Melayu dalam aspek pra penjajahan, semasa
dan selepas penjajahan.
Seterusnya, Patrick et.al, (2011) menjalankan kajian ‘Ethnic-based digital divide and
internet use amongst Malaysian students’. Kajian beliau adalah untuk mengetahui sama ada
terdapat jurang digital berdasarkan etnik dalam kalangan remaja Bandar di Malaysia. Soal selidik
telah diedarkan secara rawak ke atas 959 pelajar sekolah daripada dua negeri iaitu Pulau Pinang
dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan
ketara antara etnik dari segi pemilikan komputer peribadi di rumah dan jenis sambungan internet.
Kajian beliau menunjukkan bahawa bukan sahaja terdapat jurang digital berdasarkan
pendapatan, tetapi juga berdasarkan etnik.
Sementara itu, Ding Choo Ming (2013) dalam kertas kerjanya mengkaji tentang
cabaran-cabaran dalam menguruskan kepelbagaian budaya dalam Negara yang mempunyai
multietnik. Kajian ini melihat dalam erti yang luas, belajar untuk menerima dan menghormati
perbezaan sebagai cara yang betul untuk semua orang dari berlainan kumpulan etnik untuk
memahami nilai-nilai, norma, dan tradisi yang akan mempengaruhi bagaimana kita melihat,
berfikir, berinteraksi dan berkongsi negara dengan satu sama lain. Beliau cuba mengubah

257


perspektif rakyat Malaysia bahawa perbezaan dan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia
sebagai sesuatu yang positif.
Kemudian, Ahmad Tarmizi et. al. (2013) mengkaji persepsi dan tingkah laku terhadap
toleransi sosio agama di Semenanjung Malaysia. Kajian mereka menemukan kajian mereka
menolak pandangan segelintir pihak yang sering memberi gambaran melalui media massa
bahawa wujud suasana yang tidak harmoni dalam konteks hubungan antara agama di Malaysia.
Analisis mereka menunjukkan majoriti responden mempunyai pandangan positif terhadap
toleransi sosio-agama terutama daripada penganut Hindu dan Buddha berbanding penganut
Kristian dan Islam. Perkara ini menunjukkan bahawa penganut Hindu dan Buddha lebih terbuka.
Manakala Redwan Yasin et. al. (2013), membuat kajian dengan saranan pemupukan
nilai keislaman dalam menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mereka
membincangkan bagaimana perlaksanaan nilai-nilai keislaman boleh membawa kepada
perpaduan dan penyatuan masyarakat samada bagi yang beragama Islam mahupun bukan
beragama Islam. Sedikit berbeza dengan Kartini (2014a), beliau melihat bagaimana peranan
badan politik dalam pendekatan masyarakat pelbagai etnik. Kajian beliau juga menilai
kesepaduan dalam masyarakat plural dalam konteks kontemporari Malaysia. Denison (2014)
juga menyentuh berkaitan politik dalam kajiannya yang bertajuk National reconciliation and
inclusive development in Malaysia: converstions among civil society members and public
intellectuals. Kajian tersebut menganalisis pandangan tentang sosial ekonomi dan realiti politik
dalam usaha merangka rangka dasar Negara.
Penyelidik seterusnya ialah Ong Puay Liu (2014), beliau pula membuat kajian fokus
kepada pendidikan untuk kesepaduan sosial dan isu-isu berbangkit untuk Sabah. Kajian ini ingin
melihat bentuk pendidikan dan persekolahan yang boleh menggerakkan proses kemenjadian
(becoming) seorang bangsa Malaysia (Malaysian nation). Oleh itu, perbincangan sub-projek
Kesepaduan Sosial melalui Pembentukan Konsep 1R dalam Pendidikan Malaysia atau
singkatannya ‘1R + 3r’ diadakan. Diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, formulanya adalah
1R+3r, dimana 1R merujuk kepada Relationship (hubungan), dan 3r bermaksud recognize
(tahu/kenal), respect (hormat), reconcile (terima). Sasaran kajian adalah pelajar sekolah rendah
(tahun 5 dan 6) dan pelajar sekolah menengah (tingkatan 4, 5 dan 6). Seramai 40 pelajar dari

258


kelas berlainan untuk setiap sekolah terlibat dalam sesi soal selidik dan soal jawab. Dapatan
kajian ini menunjukkan wujudnya kesepaduan sosial antara responden di kawasan kajian.
Kajian Denison et. al. (2014) juga berfokus kepada pendidikan dalam kajiannya yang
bertajuk “Hubungan antara kaum dalam sistem pendidikan di Malaysia” ingin melihat sejauh
mana pendidikan yang dijalankan di sekolah berjaya dalam membentuk keharmonian dalam
hubungan perpaduan antara kaum. Kajian telah dijalankan ke atas dua puluh buah sekolah
menengah kebangsaan, dengan sepuluh buah di Selangor dan sepuluh buah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini telah mengambil kira kerangka konsepsual kesepaduan
sosial, manakala kaedah kajian melibatkan penggunaan borang soal selidik institut, membuat
lawatan ke sekolah sebagai kes kajian, perbincangan kelompok fokus dan perbincangan meja
bulat.
Kemudin Kartini (2014b) sekali lagi menjalankan kajiannya yang meneliti konsep dan
praktikal dalam bertolak ansur untuk konteks pemodenan dan perkongsiaan kuasa di Malaysia.
Kajian beliau membincangkan model perkongsiaan kuasa, faktor perkongsiaan kuasa dijalankan
dan bukti yang telah dijalankan. Hasilnya, penemuan dalam kajian ini menggalakkan
persefahaman alternatif untuk melihat kepelbagaian budaya sebagai dimensi etika dan bukannya
hubungan sosial etnik yang berbeza
Akhir sekali ialah Denison, Muhd Ismail & Helmy (2014) telah menjalankan kajian
bertajuk “Cabaran kehidupan di kawasan flat bandar: implikasi terhadap penyampaian
perkhidmatan” dengan mengenal pasti sembilan buah kawasan kejiranan melalui kerjasama
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang melibatkan beberapa kawasan di
Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kajian telah menggunakan pendekatan yang
melibatkan gabungan kaedah seperti tinjauan, kajian lapangan, dan soal selidik. Kajian tersebut
telah menetapkan empat cabaran utama yang dikenal pasti iaitu infrastruktur, gejala sosial,
perpaduan dan keharmonian, serta masalah pengurusan dan tadbir urus. Dapatan kajian jelas
menunjukkan empat cabaran utama tersebut menjadi penghalang kepada kawasan flat bandar
untuk wujud dalam suasana komuniti yang harmoni. Jelaslah bahawa perancangan awam dan
penyampaian perkhidmatan bandar di masa hadapan perlu meningkatkan daya usaha untuk
menangani isu dan masalah semua penghuni pangsapuri secara lebih khusus. Kegagalan pihak

259


berwajib berbuat demikian akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah di bandar akan
lebih terpinggir daripada pembangunan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian
ini untuk mendapatkan data-data berbentuk numerika. Analisis deskriptif digunakan untuk
melihat profil ciri-ciri demografi responden, latar belakang sekolah responden, tahap perpaduan
responden dan hubungannya dengan faktor demografi. Analisis adalah untuk mengira frekuensi
dan peratusan setiap kategori data untuk perbandingan secara kuantiti.
i. Pengumpulan data
Kajian ini dimulakan dengan menganalisis dokumen. Antara sumber yang digunakan
ialah buku-buku, artikel, jurnal, laporan dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, laporan
dari Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), makalah dan akhbar. Peringkat seterusnya
data dikumpul menggunakan tinjauan (survey) atau kaji selidik. Borang kaji selidik digunakan
dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan objektif-objektif kajian.
Dengan menggunakan borang kaji selidik, data-data numerika yang diperolehi diperlukan untuk
mengenalpasti tahap perpaduan mahasiswa di UPSI.
ii. Lokasi penyelidikan
Kajian dijalankan di UPSI, Tanjong Malim Perak. Universiti yang terletak di Tanjung
Malim, Perak ini mempunyai 2 kampus iaitu kampus Sultan Azlan Shah dan kampus Sultan
Abdul Jalil Shah. Selain itu, UPSI mempunyai empat kolej kediaman iaitu Kolej Ungku Omar,
Kolej Harun Aminurashid, Kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki. Kapasiti kapasiti penghuni
maksimum 2592 orang bagi setiap satu kolej iaitu Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun
Aminurashid. Manakala Kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki mampu menampung jumlah
maksimum penghuni setiap satu kolej adalah 1248 orang. Selain itu, terdapat mahasiswa yang
tinggal di luar kampus dan diuruskan oleh Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK).
iii. Populasi dan Sampel
Populasi kajian ini terdiri daripada mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jumlah penuntut semasa adalah dianggarkan 12,589 orang (JHEPA, 2015). Berdasarkan jadual
penentuan saiz sampel oleh Krejcie Dan Morgan (1970), jumlah responden yang diperlukan ialah

260


384 orang adalah memadai. Namun penyelidik mengambil langkah melebihkan jumlah
responden supaya maklumat dan data yang diperoleh lebih baik dan dipercayai supaya dapat
menguatkan kajian ini. Seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian yang dijalankan ini.
Responden dalam kajian ini dipilih secara rawak dan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
ideologi yang berbeza bagi memastikan data yang diperoleh lebih pelbagai.

Hasil Dan Perbincangan


Bahagian ini membincangkan hasil dapatan yang diperolehi menerusi tinjauan yang
dijalankan di sekitar kawasan kampus UPSI. Analisis kajian ini dibuat berdasarkan maklumat
dan data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada mahasiswa
UPSI. Sebanyak 400 borang kaji selidik telah dikumpul daripada mahasiswa tahun satu hingga
tahun akhir melibatkan mahasiswa program pengajian diploma. Data yang diperolehi melalui
kaji selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan
responden dan peratusan. Data yang diperolehi dianalisis mengikut objektif yang telah ditetapkan
dalam kajian ini. Analisis data menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
versi 23 bagi mendapatkan satu analisis data yang baik dan teratur. Bahagian seterusnya akan
membincangkan secara mendalam hasil dapatan yang diperolehi satu persatu.
i. Latar belakang responden
Bahagian ini membincangkan kepelbagaian responden dengan melihat latar belakang
yang berasaskan faktor demografi seperti jantina, umur, etnik, agama, latar belakang
persekolahan dan kawasan tempat tinggal responden. Kesemua ciri ini penting untuk dianalisis
satu persatu. Merujuk Jadual 1, penyertaan responden lelaki dan perempuan masing-masing
dengan 200 orang mewakili 50 peratus setiap jantina. Manakala umur responden menunjukkan
bahawa bilangan tertinggi adalah pelajar yang berumur 18 tahun dengan 42.5 peratus, manakala
19 tahun mencatat bilangan 164 orang dengan 41 peratus. Sementara itu, responden yang
berumur 20 tahun dan 21 tahun ke atas peratusan masing-masing 11.3 peratus dan 5.2 peratus
peratus.
Jadual 2 menunjukkan taburan etnik dan agama responden. Data kajian menunjukkan
etnik Melayu sebanyak 318 orang diwakili 79.5 peratus, manakala etnik Cina dengan 18 orang
diwakili 4.5 peratus. Bilangan etnik India menunjukkan 23 orang diwakili dengan 5.8 peratus,

261


dan bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing dengan 29 diwakili 7.2 peratus dan 7 orang
diwakili 1.8 peratus. Manakala bilangan dan peratus responden mengikut agama responden
menunjukkan 342 orang iaitu 85.5 peratus responden beragama Islam, responden beragama
Buddha seramai 14 orang mewakili 3.6 peratus dan Hindu serta Kristian masing-masing dengan
21 orang diwakili 5.2 peratus daripada keseluruhan.

Jadual 1: Responden mengikut Jantina dan Umur


Responden Kekerapan Peratus
n=400 (%)
Jantina
Lelaki 200 50
Perempuan 200 50

Umur
18 170 42.5
19 164 41
20 45 11.3
21 ke atas 21 5.2
Sumber: Data Lapangan, 2016

Jadual 2: Responden mengikut Etnik dan Agama
Responden Kekerapan Peratus
n=400 (%)
Etnik
Melayu 318 79.5
Cina 18 4.5
India 23 5.8
Bumiputera Sabah 29 7.2
Bumiputera Sarawak 7 1.8
Lain-lain 5 1.2

Agama
Islam 342 85.5
Buddha 14 3.6
Hindu 21 5.2
Kristian 21 5.2
Lain-lain 2 0.5
Sumber: Data lapangan, 2016

262


Seterusnya ialah maklumat latar belakang persekolahan responden sebelum berada di
universiti. Jadual 3, menunjukkan maklumat latar belakang persekolahan responden yang
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pendidikan rendah dan menengah. Penyelidik
mengambil maklumat persekolahan responden untuk mengetahui pendidikan yang dilalui
responden. Perkara ini penting untuk melihat tahap perpaduan dan hubungannya dengan
persekolahan responden.
Merujuk Jadual 3, latar belakang persekolahan responden di peringkat rendah
menunjukkan responden yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan adalah seramai 355 orang atau
88.7 peratus. Sementara itu, responden yang berada di Sekolah Jenis Kebangsaan 6.5 peratus ,
Sekolah Rendah Agama 3.5 peratus dan lain-lain 1.5 peratus. Seterusnnya peringkat menengah,
data Jadual 3 menunjukkan responden yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
dengan 329 orang atau 82.2 peratus. Manakala, Sekolah Menengah Agama 6.3 peratus dan
Sekolah Jenis Kebangsaan 1 peratus. Kumpulan responden daripada kategori lain-lain merujuk
kepada sekolah lain antaranya sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jadual 3: Peringkat Pendidikan Responden


Pendidikan Kekerapan Peratus
n=400 (%)
Peringkat Rendah
Sekolah Rendah Agama 14 3.5
Sekolah Kebangsaan 355 88.7
Sekolah Jenis Kebangsaan 26 6.5
Lain-lain 5 1.3
Jumlah 400 100

Peringkat Menengah
Sekolah Menengah Agama 25 6.3
Sekolah Menengah Kebangsaan 329 82.2
Sekolah Jenis Kebangsaan 4 1.0
Lain-lain 42 10.5
Jumlah 400 100
Sumber: Data Lapangan, 2016

263


Jadual 4 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut kawasan tempat
tinggal mereka. Kawasan tempat tinggal telah dibahagikan kepada perumahan campuran,
perumahan Melayu, perumahan Cina, perumahan India, perumahan Bumiputera dan lain-lain.
Perumahan campuran dapat dijelaskan sebagai sebuah kawasan perumahan taman atau kampung
yang didiami oleh masyarakat daripada pelbagai etnik. Perumahan ini lebih dominan dalam
suasana masyarakat Malaysia hari ini akibat pembangunan setempat. Jadual 4 menunjukkan,
kawasan perumahan campuran mendapat bilangan tertinggi dengan jumlah 211 orang atau
diwakili 52.7 peratus daripada keseluruhan.

Jadual 4: Kawasan Tempat Tinggal


Tempat Tinggal Kekerapan Peratus
n=400 (%)
Perumahan Campuran 211 52.7
Perumahan Melayu 162 40.5
Perumahan Cina 4 1.0
Perumahan India 3 0.8
Perumahan Bumiputera 18 4.5
Lain-lain 2 0.5
Jumlah 400 100
Sumber: Data Lapangan, 2016

Jadual 4 juga menunjukkan bilangan responden yang tinggal di perumahan Melayu


adalah sebanyak 162 orang yang diwakili 40.5 peratus daripada keseluruhan. Perumahan Cina
seramai 4 orang atau 1 peratus, perumahan India seramai 3 orang atau 0.8 peratus dan
perumahan Bumiputera adalah sebanyak 18 orang atau 4.5 peratus. Manakala, bilangan
responden daripada kawasan tempat tinggal lain-lain seramai 2 orang atau 0.5 peratus daripada
keseluruhan responden.
ii. Tahap perpaduan dalam kalangan mahasiswa
Bahagian ini menganalisis dan membincangkan dua aspek penting iaitu tahap perpaduan
dalam kalangan mahasiswa dan hubungannya dengan faktor demografi. Bahagian pertama akan

264


menilai secara menyeluruh yang merangkumi aspek pergaulan, komunikasi, hubungan responden
dan rakan yang berlainan etnik. Bahagian kedua akan menilai tahap perpaduan dalam kalangan
mahasiswa dan hubungannya dengan faktor demografi yang merangkumi jantina, etnik, agama
dan tempat tinggal.
Bahagian pertama merujuk kepada Jadual 5, menunjukkan peratusan penilaian tahap
perpaduan dalam kalangan mahasiswa di UPSI. Dapatan kajian mendapati, dapati tahap
perpaduan dalam kalangan mahasiswa di UPSI adalah tinggi berdasarkan penilaian-penilaian
berikut. Analisis Jadual 5 menunjukkan 99.5 peratus responden menghormati rakan daripada
etnik lain dan dengan 98.8 peratus bersedia membantu rakan berlainan etnik yang berada dalam
kesusahan. Selain itu, responden mempunyai sikap toleransi iaitu boleh duduk bersama dengan
rakan berlainan etnik di dalam bilik kuliah adalah 98.3 peratus, dan 98 peratus menunjukkan
berbangga akan kepelbagaian hubungan etnik yang ada di Malaysia. Di dalam bilik kuliah,
pensyarah juga ada menggalakkan pelajar berada dalam kumpulan yang berlainan etnik di dalam
bilik kuliah. Melalui pemerhatian penyelidik, para pelajar tiada masalah untuk duduk di sebelah
rakan yang berlainan etnik kerana sifat keterbukaan yang dimiliki. Hal ini menunjukkan
perkembangan yang positif mahasiwa di UPSI. Nilai-nilai murni mampu dikongsi bersama
dengan rakan daripada berlainan etnik kerana responden mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
tentang kesamarataan yang dimiliki. Ini jelas apabila responden mampu untuk menghormati
antara satu sama lain, ia akan menjadikan aspek pergaulan dan komunikasi berjalan dengan baik
tanpa persengketaan. Perkara ini juga jelas ketika sesuatu perayaan diraikan di universiti apabila
setiap pelajar berlainan etnik tidak kisah untuk hadir ke sesuatu acara bagi merasai bersama
pengalaman perayaan atau aktiviti kebudayaan etnik lain. Malah, perkara tersebut pastinya
memberi keseronokan kepada para pelajar untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah dan
bermanfaat.
Secara keseluruhan ada empat item yang mendapat peratusan rendah iaitu memilih rakan
etnik lain dalam aktiviti kolej iaitu 70.5 peratus, namun mereka tiada masalah untuk bertegur
sapa ketika bertemu dengan 96.5 peratus. Item kedua rendah ialah menghadiri aktiviti
kebudayaan 68.3 peratus, walau bagaimanapun responden bersama meraikan keramian dan
perayaan sebanyak 81.8 peratus. Item ketiga rendah ialah berkongsi makanan dan minuman 60.8
peratus, namun mereka tiada masalah duduk semeja dan makan bersama sebanyak 95.5 peratus.

265


Akhir sekali, yang terendah sekali memberi hadiah kepada rakan lain, walau bagaimanapun
mereka akan menziarahi rakan yang sakit dengan peratusan sebanyak 86 peratus.

Jadual 5: Penilaian Perpaduan


Item Ya Tidak
Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%)
Menghayati kelebihan kepelbagaian 375 94.0 25 6.0
Berbangga dengan kepelbagaian 392 98.0 8 2.0
Sokongan usaha kerajaan 387 96.8 13 3.3
Sifat terbuka akan etnik lain 388 97.0 12 3.0
Menerima rakan sebilik berlainan 340 85.0 60 15.0
etnik
Boleh bergurau senda dengan rakan 373 93.3 27 6.8
Duduk semeja dan makan bersama 382 95.5 18 4.5
Menziarahi rakan ketika sakit 344 86.0 56 14.0
Hanya berkawan dengan rakan sama 58 14.5 342 85.5
etnik
Beri hadiah kepada rakan lain 220 55.0 180 45.0
Raikan keramaian dan perayaan 327 81.8 73 18.2
Bertegur sapa ketika bertemu 386 96.5 14 3.5
Berkerjasama dalam tugasan 384 96.0 16 4.0
Duduk bersama dalam bilik kuliah 393 98.3 7 1.7
Beri pandangan ketika pembentangan 367 92.0 33 8.0
Berkongsi makanan dan minuman 243 60.8 157 39.3
Bantu rakan yang kesusahan 395 98.8 5 1.3
Memilih rakan etnik lain dalam 282 70.5 118 29.5
aktiviti kolej
Hadiri aktiviti kebudayaan 273 68.3 127 31.8
Duduk bersama etnik lain di dalam bas 385 96.3 15 3.7
Tiada masalah pelajari bahasa etnik 336 84.0 64 16.0

266


lain
Bersedia guna bahasa etnik lain 331 82.8 69 17.3
Menghormati rakan etnik lain 398 99.5 2 0.5
Sumber: Data Lapangan, 2016

Justeru ini menunjukkan, bahawa mahasiswa menunjukkan tindak balas yang baik
terhadap hubungan etnik. Hal ini bermaksud spekulasi yang mengatakan mahasiswa di universiti
tidak bercampur dengan berlainan etnik adalah tanggapan sahaja.
ii. Tahap perpaduan mahasiswa dan hubungannya dengan faktor demografi
Bahagian pertama di atas telah menilai secara menyeluruh merangkumi aspek pergaulan,
komunikasi, hubungan responden dan rakan yang berlainan etnik. Bahagian kedua ini menilai
tahap perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan hubungannya dengan faktor demografi yang
merangkumi jantina, etnik, agama dan tempat tinggal.
Antara item yang dianalisis lanjut untuk melihat hubungannya dengan faktor demografi ialah
menghormati rakan daripada etnik lain, bersedia membantu rakan berlainan etnik yang berada
dalam kesusahan, boleh duduk bersama dengan rakan berlainan etnik di dalam bilik kuliah dan
berbangga akan kepelbagaian hubungan etnik yang ada di Malaysia.

Jadual 6: Penilaian Perpaduan dan Hubungan dengan Jantina


Item Lelaki Perempuan
Ya Ya
Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus
(%)
Berbangga dengan kepelbagaian 196 98 196 98
Duduk bersama dalam bilik kuliah 198 99.5 195 97.5
Bantu rakan yang kesusahan 196 98 199 99.5
Menghormati rakan etnik lain 200 100 198 99
Sumber: Data Lapangan, 2016

267


Analisis yang pertama merujuk Jadual 6 yang menunjukkan penilaian perpaduan untuk
empat item yang terpilih dan hubungannya dengan jantina. Hasil analisis mendapati kedua-dua
jantina mempunyai sikap yang positif terhadap keempat-empat item perpaduan dengan nilai
peratusan 98 peratus ke atas. Dapatan ini menujukkan jantina mahasiswa tidak menjadi faktor
yang signifikan dalam menentukan nilai-nilai perpaduan.

Jadual 7: Penilaian Perpaduan dan Hubungan dengan Etnik


Item Etnik (Ya)
Melayu Cina India Etnik Etnik
Sabah Sarawak
Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan
(%) (%) (%) (%) (%)
Berbangga dengan kepelbagaian 310 (97.5) 18 (100) 23 (100) 29 (100) 7 (100)
Duduk bersama dalam bilik kuliah 311 (98.1) 18 (100) 23 (100) 29 (100) 7 (100)
Bantu rakan yang kesusahan 313 (98.4) 18 (100) 23 (100) 29 (100) 7 (100)
Menghormati rakan etnik lain 316 (99.4) 18 (100) 23 (100) 29 (100) 7 (100)
Sumber: Data Lapangan, 2016

Perbincangan seterusnya berkaitan penilaian perpaduan dan hubungannya dengan etnik.


Berdasarkan Jadual 7, dapatan analisis menunjukkan kelima-lima etnik iaitu Melayu, Cina, India,
etnik Sabah dan Sarawak mempunyai sikap yang positif terhadap keempat-empat item perpaduan
dengan nilai peratusan 97 peratus ke atas. Dapatan ini menujukkan etnik tidak menjadi faktor
yang signifikan dalam menentukan nilai-nilai perpaduan. Selain itu, dapatan ini juga membawa
makna bahawa kepelbagaian etnik mahasiswa di universiti tidak memberi kesan negatif kepada
usaha-usaha membentuk perpaduan.

Jadual 8: Penilaian Perpaduan dan Hubungan dengan Agama


Item Agama (Ya)
Islam Budha Hindu Kristian Lain-lain
Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan
(%) (%) (%) (%) (%)
Berbangga dengan kepelbagaian 334 (97.7) 14 (100) 21 (100) 21 (100) 2 (100)

268


Duduk bersama dalam bilik kuliah 335 (98.2) 14 (100) 21 (100) 21 (100) 2 (100)
Bantu rakan yang kesusahan 337 (98.5) 14 (100) 21 (100) 21 (100) 2 (100)
Menghormati rakan etnik lain 340 (99.4) 14 (100) 21 (100) 21 (100) 2 (100)
Sumber: Data Lapangan, 2016

Analisis berikutnya merujuk Jadual 8 yang menunjukkan penilaian perpaduan dan


hubungannya dengan agama. Hasil analisis menemukan kelima-lima agama iaitu Islam, Budha,
Hindu, Kristian dan lain-lain mempunyai nilai yang positif terhadap keempat-empat item
perpaduan dengan nilai peratusan 97 peratus ke atas. Dapatan ini menujukkan agama tidak
menjadi faktor yang signifikan dalam menentukan nilai-nilai perpaduan. Perkara ini juga
memberi makna yang signifikan bahawa agama seseorang tidak akan mempengaruhi hubungan
sesama etnik dan perpaduan di universiti.

Jadual 9: Penilaian Perpaduan dan Hubungan dengan Tempat Tinggal


Item Perumahan (Ya)
Campuran Melayu Cina India Bumiputera

Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan


(%) (%) (%) (%) (%)
Berbangga dengan kepelbagaian 210 (99.5) 155 (95.7) 4 (100) 1 (100) 18 (100)
Duduk bersama dalam bilik kuliah 207 (98.6) 159 (98.1) 4 (100) 1 (100) 18 (100)
Bantu rakan yang kesusahan 210 (99.5) 158 (97.5) 4 (100) 1 (100) 18 (100)
Menghormati rakan etnik lain 210 (99.5) 162 (100) 4 (100) 1 (100) 17 (94.4)
Sumber: Data Lapangan, 2016

Akhir sekali, analisis berkaitan penilaian perpaduan dan hubungannya dengan tempat
tinggal. Berdasarkan Jadual 9, dapatan analisis menunjukkan kelima-lima etnik iaitu kawasan
perumahan Campuran, Melayu, Cina, India dan Bumiputera mempunyai sikap yang positif
terhadap keempat-empat item perpaduan dengan nilai peratusan 95 peratus ke atas. Dapatan ini
menujukkan kawasan tempat tinggal tidak menjadi faktor yang signifikan dalam menentukan
nilai-nilai perpaduan. Selain itu, dapatan ini juga membawa makna bahawa kawasan perumahan
tempat tinggal mahasiswa tidak mempengaruhi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan
mahasiswa.

269


Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa penilaian tahap
perpaduan dalam kalangan mahasiswa menunjukkan kesan positif dengan 99.5 peratus
responden menghormati rakan daripada etnik lain dan dengan 98.8 peratus bersedia membantu
rakan berlainan etnik yang berada dalam kesusahan. Selain itu, responden mempunyai sikap
toleransi iaitu boleh duduk bersama dengan rakan berlainan etnik di dalam bilik kuliah adalah
98.3 peratus, dan 98 peratus menunjukkan berbangga akan kepelbagaian hubungan etnik yang
ada di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa faktor demografi seperti jantina, etnik, agama
dan tempat tinggal tidak mempengaruhi penilaian tahap perpaduan dalam kalangan mahasiswa.
Dapatan ini membawa makna bahawa mahasiswa menunjukkan tindak balas yang baik terhadap
hubungan etnik. Selain itu, hasil kajian juga telah menepis dakwaan yang mengatakan
mahasiswa di universiti tidak bercampur dengan berlainan etnik adalah tanggapan sahaja.
Perpaduan dalam kalangan mahasiswa di universiti dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

Rujukan
Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill & Nur Ayuni Mohd Isa. (2013). Persepsi dan Tingkahlaku
Terhadap Toleransi Sosio Agama di Semenanjung Malaysia. Prosiding Seminar
Penyelidikan Siswazah UniSZA, 907-911.

Denison Jayasoorin (2014). National reconciliation and inclusive development in malaysia.


Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM, bil 1.

Denison Jayasoorin, Muhd Ismail Aminuddin & Helmy Muhammad. (2014). Cabaran kehidupan
di kawasan flat Bandar: Implikasi terhadap penyampaian perkhidmatan. Kertas Laporan
Penyelidikan KITA-UKM, bil 4.

Denison Jayasoorin, Teo Lee Ken. Mudh Ismail & Saifful Hassan. (2014). Hubungan antara
kaum dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM,
bil 2.

Ding Choo Ming. (2013). Some challenges in managing cultural difference in a multi-ethnic
country: Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Etnik & Dasar: Refleksi Jati Diri,
30-38.

Kartini Aboo Talib@ Khalid. (2014a). Consociation in plural society: accommodating


comtempory Malaysia. Siri Kertas KITA-UKM, bil 32. (September).

270


Kartini Aboo Talib@ Khalid. (2014b). Moderation and power sharing in Malaysia:
accommodating concept and practice. Siri Kertas KITA-UKM, bil 33. (September).

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Ong Puay Liu (edi) (2014). Pendidikan untuk kesepaduan sosial: Isu-isu berbangkit untuk Sabah.
Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM, bil 5 (nov).

Patrick C-H, Soh Kok Wai, Chew, Chettiar Arumugan, Veeri & Peng Hwa, Ang. (2011). Ethnic-
based digital divide and internet use amongst Malaysian students. Jurnal Akademika, Vol
81, No 1 (93-100)

Redwan Yasin, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Sayuti Ab. Ghani & Mohd Faizul Azmi. (2013).
Pemupukan nilai keislaman dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Prosiding Seminar Antarabangsa Etnik & Dasar: Refleksi Jati Diri, 18-24.

Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Hubungan etnik di Malaysia: mencari dan mengekal
kejernihan dalam kekeruhan. Siri Kertas KITA-UKM, bil 3. (September).

Shamsul Amri Baharuddin (2009). Culture and Governance in Malaysia’s survival as a nation.
Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM, bil 3. (September).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik (Ed.2). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tunku Abdul Rahman. (2007). 13 Mei 1969 sebelum dan selepas. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.

271


Komunikasi Superior-Subordinate Di Tempat Kerja:
Suatu Tinjauan Awal

Zatul Alia Zakaria a*, Azlina Abdullaha


a
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mel: zatulaliazakaria@gmail.com

Abstrak
Masyarakat Malaysia masa kini yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya didapati
menghabiskan masa seharian mereka di tempat kerja sama ada sebagai majikan, ketua atau orang
bawahan. Pelbagai persoalan khususnya yang berkaitan dengan kepelbagaian di tempat kerja dan
hubungan majikan dengan pekerja atau superior-subordinate yang menarik untuk dikaji.
Organisasi merupakan institusi manusia yang menyediakan makna kepada ahlinya atas tindakan
dan kelakuan mereka, seterusnya mencerminkan personaliti ahli dan juga organisasi yang
diwakilinya. Setiap warga kerja dalam semua organisasi adalah terlibat dalam hubungan
superior-subordinate yang merujuk kepada interaksi antara kepimpinan organisasi dan orang
bawahan mereka serta bagaimana mereka bekerja bersama-sama dalam mencapai matlamat
peribadi dan juga organisasi. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang kajian-kajian
berkaitan komunikasi superior-subordinate yang telah dijalankan oleh sarjana tempatan dan juga
luar negara. Fokus perbincangan adalah ke atas kajian-kajian yang mengkaji organisasi dari
sudut interaksi dan hubungan sosial, motivasi dan komitmen ke atas kerja dan pekerjaan.
Sumber-sumber literatur ini sangat berguna dalam memandu dan menjadi rujukan kepada kajian
yang dijalankan oleh penulis tentang manifestasi akal budi Melayu di tempat kerja. Penelitian
kajian adalah ke atas pemikiran dan amalan akal budi Melayu dalam konteks hubungan superior-
subordinate dan impaknya dalam menangani konflik di tempat kerja.
Kata kunci: Sosiologi organisasi, superior-subordinate, interaksi sosial, etnisiti di tempat kerja.

Pengenalan
Seiring dengan hasrat negara Malaysia iaitu menjadi negara maju berpendapatan tinggi
telah menjadikan rakyatnya lebih banyak menghabiskan masa ditempat kerja berbanding

272


dirumah. Hal ini demikian kerana, matlamat sesebuah organisasi perlu dicapai untuk kebaikan
organisasi tersebut dan juga kepentingan individu itu sendiri sekaligus menyumbang kepada
pembangunan negara. Organisasi merupakan institusi manusia yang menyediakan makna kepada
ahlinya atas tindakan dan kelakuan mereka, seterusnya mencerminkan personaliti ahli dan juga
organisasi yang diwakilinya. Menurut Jonsson (2007 dalam Gould, Marie , Howson &
Alexandra, p. 3, 2014) institusi boleh didefinisikan sebagai kumpulan individu yang mengejar
satu set tujuan kolektif dan telah membentuk pembahagian buruh (peranan), kaedah
penyelarasan, membuat keputusan dan resolusi konflik (prosedur), nilai dan kepercayaan umum
(budaya), dan perpaduan ruang lingkup geografi (ruang). Orang bawahan atau subordinate akan
berkelakuan sepertimana yang dikehendaki oleh superior mereka untuk mencapai sesuatu
matlamat yang khusus apabila berada didalam satu institusi. Institusi mengawal bagaimana
organisasi tersusun dan jenis aktiviti dan tingkah laku anggotanya yang dianggap dapat diterima
dalam organisasi tersebut (North, 1990 dalam Gould, Marie, Howson & Alexandra, p. 3, 2014).
Pekerjaan merupakan salah satu jenis organisasi sosial dimana terdapat interaksi sosial
berlaku didalamnya. Sistem birokraksi yang mantap sahaja tidak cukup untuk menentukan
kejayaan sesebuah organisasi tersebut sebaliknya proses pelaksanaannya juga perlu diambil kira.
Komunikasi antara anggota kumpulan dalam sesebuah organisasi merupakan proses yang sangat
penting terutamanya komunikasi antara superior-subordinate. Menurut Jablin F. M. (1979 dalam
Hashim Fauzy Yaacob, p. 28-29, 2011) mentakrifkan komunikasi superior dan subordinate
sebagai pertukaran maklumat dan pengaruh antara anggota organisasi, sekurang-kurangnya
seorang daripada mereka mempunyai autoriti formal untuk mengarah atau menilai aktiviti
anggota organisasi yang lain. Menurut TA Gutama (2010) komunikasi merupakan salah unsur
penting dalam organisasi dimana pesanan disampaikan dari pengurus ke anggota kumpulan dan
sebaliknya. Komunikasi superior-subordinate merupakan elemen yang penting dalam mencapai
matlamat dan objektif organisasi kerana komunikasi superior-subordinate ini mampu memberi
kesan yang signifikan kepada hasil karya sesebuah organisasi. Menurut TA Gutama (2010)
anggota dilibatkan dalam pencapaian tujuan organisasi, sehingga idea-idea dari anggota
merupakan masukan yang sangat berguna bagi kelangsungan hidup organisasi. Komunikasi
yang terjalin antara superior dan subordinate telah mewujudkan hubungan antara dua kelompok
tersebut.

273


Kualiti hubungan sosial superior dan subordinate yang tinggi mewujudkan suasana yang
positif di tempat kerja dan dapat mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan komitmen kerja
anggota organisasi itu. Menurut Northcraft dan Neale (1996 dalam Oginni B. O., Afolabi G. &
Erigbe P., p.31, 2014) menghuraikan komitmen sebagai sikap yang mencerminkan kesetiaan
pekerja terhadap organisasi, dan proses yang berterusan di mana anggota organisasi menyatakan
keprihatinan mereka terhadap kejayaan dan kesejahteraan organisasi yang berterusan.
Subordinate menganggap layanan yang baik daripada superior akan membuatkan mereka
memberikan komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaan. Sokongan sosial yang diberikan
oleh superior kepada subordinate akan menyebabkan orang bawahan itu rasa dihargai dan akan
melakukan kerja dengan baik. Emosi yang stabil kerana persekitaran tempat kerja yang positif
menyebabkan anggota organisasi mempunyai motivasi kerja yang tinggi. Emosi yang cerdas
akan mencerminkan tingkahlaku yang sihat.
Justeru kepentingan komunikasi yang baik dan berkesan antara superior dan subordinate
maka makalah ini cuba membincangkan penelitian berkaitannya yang telah dilakukan oleh
sarjana-sarjana tempatan dan juga luar. Sorotan kajian-kajian lepas dan juga literatur tentang
organisasi khususnya dari aspek komunikasi superior-subordinate di tempat kerja adalah sangat
penting untuk dikaji memandangkan organisasi tempat kerja abad ke 21 kini melibatkan
kepelbagaian tenaga kerja merentasi kumpulan etnik, budaya, agama, wilayah dan pelbagai
dimensi lain termasuk kepakaran dan kemahiran. Sepertimana tren yang ditunjukkan di
kebanyakan negara yang pesat membangun, Malaysia turut menunjukkan semakin banyak
organisasi industri berkembang daripada bersifat domestik kepada multi-domestik dan
meluaskan strategi organisasi dengan beroperasi sebagai sebuah syarikat global. Penemuan
daripada kajian literatur tentang komunikasi superior-subordinate dapat memandu penulis dalam
menjalankan kajian tentang manifestasi akal budi Melayu dalam konteks komunikasi superior-
subordinate di tempat kerja.

Metod Kajian
Makalah ini merupakan suatu tinjauan awal ke atas sumber-sumber literatur yang
membincangkan tentang organisasi dan persoalan komunikasi di tempat kerja khususnya
komunikasi di antara supereior dan subordinate.

274


Penemuan Kajian: Tema dan Fokus Kajian Tentang Organisasi dan Komunikasi di
Tempat Kerja
Menurut Etzioni (1961) salah satu tahap pengkajian ahli sosiologi organisasi ialah
organisasi dikaji dari sudut personaliti dan budaya dengan menumpu kepada hubungan antara
keperluan struktur organisasi dan keperluan personaliti aktor, serta persoalan motivasi dan
penglibatan. Kajian tentang hubungan organisasi dengan sistem budaya memberi tumpuan
kepada dua perkara utama. Sebahagian berminat terhadap orientasi nilai dan menyiasat
kedinamikan hubungan antara cita-cita dan matlamat organisasi dengan keperluan struktur
organisasi itu sendiri. Manakala sebahagian lagi lebih berminat terhadap bagaimana pengetahuan
terutamanya ilmu sains diambil dan diterapkan dalam organisasi. Lain-lain yang turut menjadi
tumpuan kajian organisasi adalah aspek budaya seperti mitos berhubung dengan gelagat
organisasi. Seterusnya tahap keempat meneliti hubungan antara organisasi dan persekitaran
mereka. Ia merangkumi kajian tentang hubungan antara tingkah laku organisasi dengan
keupayaan biologi dan fisiologi serta keperluan aktor. Begitu juga kajian tentang penyesuaian
kepada organisasi dan persekitaran geografi-fizikalnya (Etzioni 1961: 36). Menurut Scott (1987),
kajian organisasi adalah bersifat multidisiplin yang menumpu kepada pelbagai aktiviti yang
bersifat operasional, budaya dan politik dalam organisasi kerja yang kompleks bersama para
anggotanya. Dalam sebuah organisasi merangkumi struktur sosial, para anggota, visi dan misi,
teknologi dan juga persekitarannya.
i. Organisasi dan komunikasi superior-subordinate
Sosial organisasi wujud dalam dunia pekerjaan adalah untuk memastikan semua anggota
organisasi tersebut berfungsi dengan mematuhi peraturan dan struktur yang telah ditetapkan.
Kajian oleh Hassan Abu Bakar dan Che Su Mustaffa (2008) menyatakan proses komunikasi
bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari pengurusan atasan dan sokongan sosial superior
mengurangkan tekanan kerja subordinate. Subordinate menganggap superior adalah sumber
maklumat utama mereka daripada pihak atasan.
ii. Interaksi dan hubungan superior-subordinate
Interaksi yang berlaku antara superior dan subordinate didalam sesebuah organisasi
tertentu samada positif atau negatif ianya akan membentuk sebuah hubungan yang membawa
makna yang penting dalam aktiviti komunikasi. Hubungan superior-subordinate berperanan

275


menentukan kerjayaan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif
penubuhannya. Berdasarkan penelitian pengkaji terdapat beberapa kajian lepas berkaitan
hubungan superior-subordinate boleh dijadikan rujukan pengkaji dalam menjalankan kajian ini.
Berdasarkan kajian berkaitan hubungan superior-subordinate yang telah dijalankan oleh Hassan
Abu Bakar dan Che Su Mustaffa (2008) menyatakan bahawa tingkahlaku komunikasi
memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan kepada kualiti hubungan superior-
subordinate. Kajian ini turut melihat hubungan superior-subordinate daripada pelbagai dimensi
dengan menggunakan model Leader-Member Exchange (LMX). Kajian ini mendapati jika
superior meningkatkan tingkah laku komunikasinya (komunikasi positif, komunikasi
keterbukaan ke atas, komunikasi negatif, dan komunikasi yang berkaitan dengan pekerjaan)
terhadap subordinate ini akan meningkatkan kualiti hubungan superior-subordinate daripada
rendah kepada tinggi. Model LMX ini merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk
melihat kualiti hubungan superior-subordinate samada tinggi atau rendah. Model LMX ini kerap
digunakan didalam kajian tingkahlaku organisasi. Kajian ini telah dilakukan keatas pengurus,
senior eksekutif dan eksekutif di sebuah perbadanan yang terlibat dengan aktiviti penerbangan di
Kuala Lumpur dengan mengedarkan borang soal selidik kepada mereka.
iii. Komitmen dan motivasi
Kajian berkaitan komitmen subordinate terhadap organisasi yang dilakukan Hassan Abu
Bakar dan Che Su Mustaffa (2008) menjelaskan kualiti hubungan sosial antara superior-
subordinate ini memberi kesan kepada komitmen kerja. Tingkah laku komunikasi superior yang
positif terhadap subordinate menjadikan mereka lebih komited terhadap kerja yang dilakukan.
Sifat ketebukaan ke atas menggalakan lagi hubungan superior-subordinate ini. Kualiti hubungan
superior-subordinate yang tinggi menjadikan anggota organisasi mempunyai kemahuan yang
lebih tinggi untuk mencapai matlamat organisasi berbanding matlamat peribadi (Hassan Abu
Bakar & Che Su Mustaffa, p. 29, 2008).
Namun begitu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Oginni B. O., Afolabi G.
dan Erigbe P. (2014) penemuan kajian ini menyatakan bahawa wujudnya hubungan korelasi
yang positif berkaitan hubungan superior-subordinate dan komitmen pekerja namun hubungan
tersebut lemah. Hal ini demikian kerana, komitmen subordinate itu bergantung kepada pelbagai
faktor dan objektif jangka masa pendek dan panjang organisasi tersebut. Kajian ini dilakukan di

276


12 universiti awam di Nigeria dengan 1,440 responden. Kajian ini menyarankan budaya
organisasi harus dirancang dan disesuaikan dengan tradisi, nilai, norma dan kepercayaan orang-
orang di lingkungan itu supaya dapat menerima cara-cara yang sedang dilakukan dalam
organisasi bagi mempertahankan hubungan superior-subordinate dan komitmen pekerja.
iv. Kajian manifestasi akal budi melayu dalam komunikasi superior-subordinate di tempat kerja
Di tempat kerja, komunikasi superior-subordinate merupakan medium penting bagi
mencapai matlamat peribadi dan juga organisasi. Namun, dalam proses interaksi dan hubungan
sosial bersama para anggota sudah tentu akan berlaku konflik atau ketegangan. Ini kerana
individu manusia yang menganggotai sesebuah organisasi memiliki nilai dan budaya sendiri
yang mungkin di bawa ke tempat kerja secara langsung mahupun tidak langsung walaupun jelas
mereka perlu patuh kepada tuntutan dan budaya organisasi. Orang Melayu hari ini telah
menunjukkan kejayaan dan penguasaan dalam pelbagai bidang baik ekonomi, politik mahupun
sosial, malah orang Melayu telah lama menguasai organisasi awam negara sebagai pentadbir.
Akal budi, nilai dan budaya merupakan entiti masyarakat Melayu yang saling berkait-rapat
menggambarkan ketinggian kearifan, nilai, amalan dan tradisi bangsa Melayu. Personaliti orang
Melayu sukakan kedamaian, bermanis muka, bertimbang rasa, menjaga air muka, dan
berselindung di sebalik bahasa kiasan dalam berhubungan sesama manusia. Selain itu, pemikiran
orang Melayu lazimnya menggambarkan penerapan akal dan budi berasaskan elemen keagamaan
Islam sebagai pandangan dunia yang membentuk pandangannya tentang alam dan kehidupan
secara keseluruhan.
Kajian “Manifestasi akal budi Melayu dalam komunikasi superior-subordinate di tempat
kerja” merupakan kajian bagi Sarjana Falsafah dan merupakan sebuah kajian kes yang akan
dijalankan di sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian
daripada penyelidikan di bawah Geran Regional Cluster for Research and Publication (RCRP)
Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji manifestasi akal budi Melayu dalam komunikasi
superior-subordinate di tempat kerja dalam kalangan warga kerja Melayu-Malaysia dan Melayu
Brunei. Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti elemen akal budi dalam pemikiran
warga kerja Melayu tentang kerja dan pekerjaan, mengenal pasti manifestasi dan amalan ‘budi’
dalam hubungan superior dan subordinate, dan menganalisis impak akal budi Melayu dalam
menangani konflik di tempat kerja. Kajian ini menggunakan kerangka penyelidikan kajian kes

277


dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif dalam proses pengumpulan data.
Kajian akan dijalankan ke atas 100 responden warga kerja di Universiti Sains Islam Malaysia
dan temubual secara mendalam dengan 18 orang informan. Selain itu, pemerhatian tidak ikut
serta turut dijalankan dengan menyertai mesyuarat-mesyuarat serta acara rasmi pihak universiti
yang dapat memperlihatkan interaksi dan hubungan sosial superior-subodinate di tempat kerja.

Kesimpulan
Setiap individu dalam setiap organisasi terlibat dalam hubungan superior-subordinate
yang merupakan interaksi paling penting yang berlaku dalam organisasi. Dalam organisasi,
pengurusan sumber manusia menggunakan manusia dalam memastikan visi dan misi organisasi
dicapai. Hubungan struktural muncul menerangkan urutan hierarki dalam organisasi yang
menunjukkan semua orang tidak akan berada pada tahap yang sama, ada orang atasan dan ada
orang bawahan. Menurut Jaffe (2001) sifat semulajadi sumber manusia ialah mempunyai
kesedaran, reaktif dan reflektif, dan mereka berpotensi melemahkan strategi pengurusan atau
sebaliknya sekiranya ia menggunakan kebolehan mereka dalam memerhati, menilai, bertindak
balas dan memberi respon kepada keadaan organisasi. Justeru persoalan yang menarik untuk
dikaji dalam konteks manifestasi akal budi Melayu di tempat kerja antaranya ialah apakah dan
bagaimanakah pandangan warga kerja tentang kerja dan tempat kerja, apakah nilai dan budaya
yang wujud dalam hubungan superior-subordinate di tempat kerja, bagaimanakah mereka
bertingkah laku seterusnya apakah implikasi akal dan budi ke atas keharmonian di tempat kerja
dari segi interaksi dan hubungan sosial. Seterusnya, apakah pendekatan yang diambil dalam
mengelak konflik atau ketegangan di antara keduanya sama ada secara rasmi mahupun tidak
rasmi dalam memastikan visi dan misi organisasi dapat dilaksanakan dan dicapai.

Penghargaan
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada penyelidikan “Manifestasi Akal Budi Melayu Dalam
Komunikasi Superior-Subordinate di Tempat Kerja: Kajian Dalam Kalangan Warga Kerja
Melayu-Malaysia dan Melayu Brunei di bawah Geran Regional Cluster for Research and
Publication (RCRP) 2016-2018, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan
penyelidik bersama daripada tiga universiti lain iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

278


Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terima kasih di
atas sokongan dan galakan yang diberikan kepada pasukan penyelidik.

Rujukan
Etzioni, A. 1961. Industrial sociology: The study of economic organizations. Dlm. Etzioni, A.
(pnyt.) Complex Organizations: A Sociological Reader, hlm. 130-142. New York: Holt,
Rinehart & Winston.

Gould, Marie, Howson & Alexandra. 2014. Merton's dysfunctions of bureaucracies. Research
Starters Sociology, p1-5.

Hashim Fauzy Yaacob. 2011. Komunikasi Untuk Pembangunan Sumber Manusia. Johor Bahru:
UTM Press.

Hassan Abu Bakar & Che Su Mustaffa. 2008. Relationship between superior-subordinate
relationship quality and group commitment: The mediating factor of superior-subordinate
communication. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication 24: 20-33.

Jaffe, D. 2001. Organization Theory: Tension and Change. New York: McGraw Hill.

Oginni B. O., Afolabi G. & Erigbe P. 2014. A Study of Superior-Subordinate Relationship and
Employees’ Commitment to the Core Beliefs of Organisation in Public Universities of
Southwest, Nigeria. American Journal of Business and Management 3(1): 28-38 DOI:
10.11634/216796061403520

Scott, W.R. 2003. Organizations: Rational, Natural, and Open Systems. Edisi ke-5. Upper
Saddle River, NJ: Prentice Hall.

TA Gutama. 2010. Peranan Komunikasi dalam organisasi. Dilemma 25 (2): 107-112.

279


Krisis Pelarian Syria: Isu Keselamatan Insan di Malaysia

Zarina Othmana a*, Farizal Mohd Razallia, Ahmad Sharif Harona


a
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia
E-mel: p86839@siswa.ukm.edu.my

Abstrak
Rentetan daripada pergolakan di Tunisia pada 2010, berlakunya protes “Kebangkitan Arab” di
negara-negara sekitar Asia Barat dan Afrika Utara. Protes terhadap pemerintah disebabkan
beberapa faktor, antaranya kebebasan politik terhad, masalah kadar pengangguran tinggi,
monopoli dalam perkembangan ekonomi dan pergolakan generasi muda. Protes ini merebak ke
Syria, namun usaha untuk menjatuhkan rejim pemerintah Syria Bashar al-Assad tidak berjaya.
Perang saudara ini telah meragut nyawa hampir setengah juta rakyatnya dan memaksa hampir
sepuluh juta menjadi pelarian di dalam dan luar negara. Seramai 3,000 pelarian Syria dibawa
masuk ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2016-2018 walaupun Malaysia bukan
negara ahli dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Pelarian 1951 dan
Protokol 1967. Persoalannya, mengapakah Malaysia menjadi destinasi kegemaran pelarian
walaupun ia tidak menandatangani perjanjian dan tertakluk kepada perjanjian antarabangsa
tersebut. Sorotan kajian lepas menunjukkan kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan
layanan dan persekitaran yang mesra menjadi daya penarik terhadap kehadiran pelarian ke
Malaysia. Namun, tinjauan awal kajian ini mendapati pelarian Syria masih menghadapi isu-isu
yang berkaitan dengan keselamatan insan di Malaysia seperti keselamatan pendidikan,
penempatan dan kesihatan.
Kata kunci: Keselamatan insan, pelarian, Syria, kestabilan rantau, Malaysia

Pengenalan
Krisis pelarian Syria merupakan krisis kemanusiaan terbesar yang berlaku selepas Perang
Dunia Kedua. Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR)
merekodkan bilangan pelarian Syria meningkat dengan mendadak dari tahun 2011 sehingga kini
280


menjadikannya lebih lima juta orang di serata dunia. Dianggarkan seramai 300 orang pelarian
melintasi sempadan Turki pada Mei 2011, namun jumlah itu meningkat sebanyak 10 ribu kali
ganda pada hari ini (al-Jazeera 25 Mei 2017). Majoriti pelarian Syria yang berdaftar di Turki
tinggal di kawasan bandar, dengan sekurang-kurangnya 260,000 ditempatkan di 21 buah kem
pelarian yang dibina oleh kerajaan. Negara-negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan
masing-masing menerima lebih 3.2 juta, 1.01 juta dan 650,000 pelarian Syria yang berdaftar
memasuki negara mereka, manakala Iraq (244,000) dan Mesir (122,000) (UNHCR Oktober
2017).
Statistik UNHCR (Oktober 2017) menganggarkan seramai 13.5 juta rakyat Syria berada
dalam krisis dan amat memerlukan bantuan, 6.3 juta menjadi pelarian dalam negara dan 4.5 juta
rakyat berada dalam kawasan kepungan dan sukar untuk dicapai. Di Lubnan, kehidupan seharian
pelarian ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akibat kekurangan sumber
makanan dan kewangan. Sekitar 70 peratus hidup di bawah paras kemiskinan (UNHCR 2017).
Hal ini menyebabkan lebih sejuta pelarian Syria yang berdaftar di Lubnan tinggal bertaburan di
lebih 2,100 kawasan bandar dan luar bandar, dan berkongsi tempat tinggal yang sempit dengan
beberapa keluarga pelarian lain dalam keadaan penuh sesak.
Di Jordan, UNHCR merekodkan seramai 650,000 pelarian Syria termasuk lelaki, wanita
dan kanak-kanak terperangkap dalam keadaan yang sukar dan terasing. Dianggarkan 80 peratus
daripadanya tinggal di luar kem, manakala lebih 130,000 orang pelarian ditempatkan di kem
Za’atari dan Azraq yang dibangunkan oleh kerajaan. UNHCR turut melaporkan pelarian Syria
memasuki Jordan dengan sumber yang amat terhad untuk keperluan harian dan menyumbang
kepada 93 peratus daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan. Selain itu, al-Jazeera (Mei
2017) melaporkan seramai 995,800 pelarian Syria melarikan diri untuk mendapatkan suaka dan
perlindungan ke negara-negara Eropah seperti Jerman (494,000), Sweden (111,000) dan
Hungary (72,000).
Kebanjiran pelarian Syria ke negara-negara di Timur Tengah dan Eropah sejak enam
tahun tercetusnya konflik menjadikannya krisis kemanusiaan terburuk dalam pada masa kini.
Konflik ini telah menimbulkan isu-isu keselamatan insan di rantau Timur Tengah dan menjadi
satu cabaran kritikal yang memberi ruang untuk komuniti antarabangsa campur tangan
(Benedetta 2015). Hal ini demikian kerana aktor negara sebagai penjamin kepada keselamatan

281


rakyat sepatutnya dapat melindungi insan daripada ancaman serius yang mereka hadapi, namun
sebaliknya yang berlaku di Syria. Kenyataan Kofi Annan, Wakil Khas Jeneral Keselamatan
PBB, dalam satu laporan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada tahun 2012 menyebut
krisis Syria boleh meninggalkan kesan bahaya kepada rantau jika tidak ditangani sebaiknya.

Latar Belakang
Protes yang berlaku di Tunisia pada Disember 2010 telah menyebabkan negara-negara
Arab di Asia Barat dan Afrika Utara terperangkap dalam satu masalah besar. Gerakan rusuhan
secara besar-besaran dan protes yang dikenali sebagai “Kebangkitan Arab” berlaku disebabkan
pelbagai faktor seperti kebebasan politik terhad, masalah kadar pengangguran tinggi, monopoli
dalam perkembangan ekonomi dan pergolakan generasi muda (Haran 2016). Krisis merebak
dengan cepat ke negara-negara sekitar yang mempunyai masalah hampir sama dan menyaksikan
kejatuhan beberapa pemerintah negara seperti Ben Ali (Tunisia), Muammar Gaddafi (Libya) dan
Hosni Mubarak (Mesir). Ramai menyangkakan bahawa pergolakan akan merebak ke Syria dan
akan menjatuhkan rejim pemerintah. Namun, sangkaan tersebut meleset sama sekali dan kempen
untuk menjatuhkan kerajaan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad tidak mendapat daya
tarikan.
Protes pro-demokrasi tercetus pada bulan Mac 2011 di selatan Bandar Deraa selepas
berlaku penangkapan dan pembantaian ke atas beberapa remaja yang bertindak menyemarakkan
slogan-slogan revolusi di dinding sekolah. Protes berlanjutan dan merebak ke seluruh negara
menuntut Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan. Bermula dengan protes anti kerajaan,
konflik berlarutan sehingga menjadi perang saudara berskala besar. Pasukan pemberontak
dibentuk untuk melawan tentera rejim bagi menguasai bandar, pekan dan kampung. Pergelutan
akhirnya tercetus di ibu negara Damascus dan Aleppo pada 2012. Konflik berlaku bukan sahaja
atas dasar kebencian kepada rejim pemerintah, malah turut bersifat perbezaan ideologi dan
fahaman antara majoriti Sunni dan mazhab Shiah Alawiyat yang dipegang oleh Presiden Bashar
al-Assad (BBC Mac 2016).
Konflik yang berterusan telah memaksa penduduk berpindah apabila tentera rejim
pemerintah bertindak balas dalam serangan oleh pasukan pemberontak yang tidak sehaluan

282


dengan ideologi rejim. Kemunculan kumpulan militan jihad Islamic State1 (IS) dalam konflik ini
memburukkan lagi keadaan. Kumpulan IS mengambil kesempatan dalam konflik tersebut dan
mula mengawal beberapa bahagian di Syria dan juga Iraq dalam usaha mereka untuk membentuk
wilayah ‘khalifah’ merentasi beberapa negara Timur Tengah sejak Jun 2014. Kebanyakan
pejuang IS yang datang dari pelbagai negara terlibat dalam peperangan di Syria, berlawan
menentang kumpulan pemberontak dan pesaingnya kumpulan jihad bersekutu al-Qaeda Nusra
Front, dan juga tentera kerajaan Syria dan Kurdish.
Peperangan tiga penjuru antara tentera kerajaan Presiden Bashar al-Assad, kumpulan
pemberontak dan kumpulan militan IS mengakibatkan angka kematian meningkat daripada
anggaran 90,000 pada Jun 2013 kepada 250,000 direkodkan pada Ogos 2015 (BBC Mac 2016).
Sebuah badan penyelidikan bebas Syrian Centre for Policy Research (2017) mengeluarkan
angka kematian akibat peperangan setakat Februari 2016 berjumlah 470,000 orang dan lebih
sejuta tercedera. Konflik yang tercetus telah menyebabkan lebih 12 juta rakyat Syria menjadi
pelarian di dalam dan luar negara.
Malaysia turut tidak terkecuali menerima kemasukan pelarian Syria ke negara ini. Atas
dasar kemanusiaan, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan untuk menerima masuk
seramai 3,000 orang pelarian Syria yang akan diberikan tempat tinggal sementara dan
dibenarkan untuk bekerja sepanjang tempoh berada di Malaysia. Pengumuman yang dibuat pada
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-70 pada tahun 2015 itu
menunjukkan keprihatinan Malaysia dalam krisis pelarian Syria walaupun Malaysia bukan
negara ahli kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Pelarian 1951 dan
Protokol 19672. Selain pelarian Syria, Malaysia turut mempunyai pelarian dan pemohon suaka
berdaftar dengan UNHCR dari pelbagai negara dengan jumlah lebih 150,000 orang termasuk
Myanmar (133,700), Pakistan (3,500), Sri Lanka (2,300), Yaman (2,095), Somalia (2,060), Iraq
(1,400), Afghanistan (1,080), Palestin (698) dan Iran (440)3.
Pelarian Syria di negara ini diberikan status pelarian di bawah mandat Pejabat
Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR). Sehingga Julai 2017,

1
IS di sini merujuk kepada kumpulan militan yang dahulunya dikenali sebagai Islamic State of Iraq (ISI, Oktober
2006-April 2013), Islamic State of Iraq and Sham (ISIS, April 2013-Jun 2014), dan Islamic State (Jun 2014-kini).
2
Diringkaskan kepada Konvensyen Pelarian 1951 adalah perjanjian pelbagai hala yang memberi takrifan pelarian
dan menetapkan hak individu yang diberikan suaka dan tanggungjawab negara-negara yang memberikan suaka.
3
Jumlah pelarian berdaftar yang dikemukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan
Kassim kepada Dewan Rakyat pada 26 Julai 2017.
283


UNCHR merekodkan seramai 1,980 warga Syria kini menjadi pelarian di Malaysia. Pertubuhan
Malaysian Lifeline for Syria adalah satu NGO yang bertanggungjawab membantu dalam
penempatan pelarian Syria di Malaysia.
Isu keselamatan dalam Hubungan Antarabangsa pada awalnya dibahaskan daripada
perspektif realisme. Namun, selepas berakhirnya Perang Dingin, pembahasan keselamatan telah
mula memasukkan isu ancaman seperti aktiviti jenayah terancang, termasuklah pemerdagangan
manusia, dadah dan senjata api, dan ancaman kepada hak asasi manusia bagi memperluas
maksud keselamatan. Pada tahun 1994, United Nations Development Programme (UNDP)
memperkenalkan tujuh dimensi Kerangka Keselamatan Insan iaitu alam sekitar, ekonomi,
kesihatan, peribadi, komuniti, politik dan makanan, bertujuan membentuk keselematan dan
kesejahteraan sejagat. Tiga tahun selepas itu, dimensi “budaya” ditambah masuk sebagai salah
satu dimensi keselamatan insan oleh Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Objektif dan Persoalan Kajian


Objektif utama kajian adalah seperi berikut:
i. Menganalisa faktor-faktor yang mendorong pelarian dari pelbagai negara memilih
Malaysia sebagai destinasi mereka.
ii. Membincangkan implikasi kemasukan pelarian ke negara Malaysia.
iii. Menganalisa keselamatan insan pelarian Syria yang melarikan diri ke Malaysia.
Antara persoalan kajian yang akan dikaji adalah seperti berikut:
i. Apakah faktor yang menyebabkan pelarian memilih Malaysia sebagai destinasi
kegemaran?
ii. Bagaimanakah kemasukan pelarian memberi kesan kepada Malaysia?
iii. Apakah isu-isu keselamatan insan pelarian Syria di Malaysia?

Metodologi Penyelidikan

284


Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini. Pemilihan
pendekatan kualitatif dalam kajian ini adalah bagi mengkaji dan memahami proses yang berlaku
serta situasi sebenar isu yang sedang diselidiki. Memandangkan kajian ini akan mengkaji
fenomena yang telah dan sedang berlaku, maka penyelidik memilih untuk menggunakan
pendekatan kualitatif secara kaedah induktif iaitu pengumpulan data yang akan membawa
kepada pembentukan idea, konsep dan teori. Dari konteks kaedah pengumpulan data, penyelidik
akan menggunakan kaedah pengumpulan data secara primer dan sekunder.
Walau bagaimanapun, tinjauan awal ini hanya kaedah sekunder dan pengumpulan data
sahaja yang akan digunakan oleh penyelidik. Data-data ini diperoleh daripada bahan-bahan
kajian empirik bercetak terbitan dari dalam dan luar negara yang menggunakan Bahasa Inggeris,
monograf, artikel jurnal akademik yang berwasit, kertas-kertas seminar antarabangsa yang
terkini dan laman-laman sesawang yang berautoritatif berkaitan dengan topik yang dikaji.

Dapatan dan Perbincangan


Sukar untuk dinafikan bahawa kehadiran pelarian ke sesebuah negara pasti memberikan
kesan negatif. Namun, pada masa yang sama kita tidak dapat menolak bahawa kehadiran
pelarian ini juga dapat memberikan kesan yang positif dari pelbagai aspek (UNHCR 2004). Ini
diakui oleh Jacobsen (2002) dalam kajiannya yang mendapati bahawa kehadiran pelarian
Rwanda dan Burundi di Tanzania bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada negara
tersebut dari aspek keselamatan, ekonomi dan alam sekitar, tetapi pada masa yang sama
mendatangkan sumber seperti bantuan kemanusiaan antarabangsa, aset ekonomi dan modal insan
yang masuk ke negara itu.
Terdapat antara pelarian ini juga memiliki kepakaran yang boleh dimanfaatkan untuk
kebaikan masyarakat setempat. Ini dipaparkan oleh Crisp et al. (2009) dalam kajiannya ke atas
pelarian Iraq di Amman, Jordan yang mendapati kehadiran mereka telah membekalkan sumber
modal insan berbentuk kepakaran dalam bidang kedoktoran dan perniagaan yang telah
membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kualiti kesihatan dan aktiviti ekonomi.
Selain itu, walaupun India tidak menandatangani Kovensyen Pelarian 1951, kerajaan
membenarkan pemegang kad UNHCR berdaftar untuk mendapatkan akses kepada khidmat
pendidikan, sistem kesihatan dan sektor pekerjaan. Tindakan ini dapat menguatkan sifat

285


berdikari dalam diri pelarian, meningkatkan daya tahan diri dan mengurangkan bebanan yang
ditanggung oleh kerajaan tuan rumah. Hasilnya, India menilmati pertumbuhan ekonomi positif,
peningkatan produktiviti nasional dan perpaduan sosial.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian seperti oleh Deikun dan Zetter (2010),
Buscher dan Heller (2010), Alexander (2008) dan Towle (2017) yang menunjukkan kehadiran
pelarian ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan-
kawasan yang penduduknya sedia ada padat seperti kajian ke atas pelarian etnik Chin dari
Myanmar yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur (Malaysia) dan New Delhi (India).
Kajian Intan Suria (2016) mendapati berikutan daripada kemasukan pelarian dan penemuan
kubur mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand telah menjejaskan imej
Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga dilabel sebagai negara yang lemah dari segi
kawalan sempadan. Selain itu, terdapat juga kajian oleh Rashid (2008) menunjukkan kem
pelarian telah digunakan sebagai tempat perlindungan pemberontak dan pengrekrutan anggota
baharu mereka sepertimana yang berlaku di kem perlindungan pelarian Afghanistan di Pakistan
semasa perang antara Afghanistan dan Soviet Union.
Kehadiran pelarian ke sesebuah negara berkait rapat dengan faktor keselamatan negara
itu. Teori realisme menekankan aspek keselamatan sebagai agenda utama kepada setiap negara
dimana kerajaan bertanggungjawab memastikan negara, rakyat, sempadan, wilayah dan nilai-
nilai terasnya dilindungi dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan. Kajian oleh
Nor Azizan, Zarina dan Aini (2016) mendapati aspek keselamatan amat penting dalam
kelangsungan hidup sesebuah negara itu. Ancaman yang dimaksudkan sama ada berpunca dari
dalam ataupun luar negara tersebut serta sama ada ia berbentuk ketenteraan ataupun tidak,
menentukan kelangsungan hidup sesebuah negara terbabit. Muthiah Alagappa (1998)
berpendapat kelangsungan politik turut merangkumi autonomi di peringkat antarabangsa,
integriti wilayah, perpaduan nasional, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, ketenteraman
awam, perlindungan sistem politik dan kelangsungan kerajaan memerintah.
Kestabilan politik dalaman menjadikan Malaysia berani dan aktif menyuarakan
pandangan dan memainkan peranannya di peringkat global. Sejak September 2016, kerajaan
Malaysia memperjuang hak asasi pelarian etnik Rohingya di beberapa forum antarabangsa

286


termasuk ASEAN4 dan OIC5. Menurut Towle (2017) Malaysia merupakan negara ahli yang aktif
dalam Bali Process6 dan dalam inisiatif ASEAN on Anti-Trafficking and Human Smuggling yang
lain. Menurut Kaur (2007) pendirian Malaysia ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh isu
kedaulatan dan keselamatan dalam negara kerana kerajaan Malaysia amat menekankan aspek
keselamatan yang tinggi yang amat penting kepada survival Malaysia dalam persekitaran yang
kompetitif.
Antara faktor kedatangan pelarian Rohingya ke Malaysia adalah majoriti rakyat negara
ini adalah Muslim dan kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama Islam. Intan Suria (2016)
menyatakan punca pelarian Rohingya melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di negara
Islam adalah kerana terdapat larangan untuk beribadat dan menyambut hari kebesaran Islam di
wilayah bergolak Arakan di Myanmar. Mufti Yangon Samiullah Nurul Haq turut menjelaskan
kebanyakan etnik Rohingya melarikan diri ke Malaysia kerana merupakan jalan terakhir selepas
beberapa negara lain seakan-akan bersifat lepas tangan dan tidak mahu memberi perlindungan
kepada pelarian ini (Harian Metro Mei 2015). Jaminan keselamatan untuk mengamalkan ajaran
Islam di Malaysia adalah salah satu punca kebanjiran pelarian etnik Rohingya ke negara ini sejak
krisis pada 10 Mei 2015. Dalam krisis pelarian Syria ini, salah satu faktor kemasukan mereka ke
negara Malaysia adalah kestabilan politik dan keselamatan persekitaran. Majoriti pelarian Syria
juga merupakan penganut agama Islam yang berpegang kepada mazhab Sunni seperti juga
majoriti rakyat negara ini.
Kajian tentang migrasi dan keselamatan pelarian di Malaysia amat terbatas biarpun
merupakan antara negara penerima pelarian paling ramai (Zarina dan Nor Azizan 2015), namun
kajian mengenai pelarian makin berkembang. Antara sebilangan kecil kajian serius yang
dihasilkan adalah oleh Tan (2008), Shazlin Yante (2009), Andika (2011), Azlinariah (2012),
Aizat (2012), Azizah (2015), Salawati (2015) dan Abdul Halim et al. (tt). Tan (2008),


4
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara adalah sebuah
organisasi antara-kerajaan serantau yang dianggotai oleh sepuluh negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina,
Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Vietnam dan Malaysia yang ditubuhkan pada 1967 untuk kerjasama ekonomi,
politik dan sosio-budaya.
5
Organisation of Islamic Cooperation (OIC) atau Organisasi Kerjasama Islam dibentuk pada 1969 dan dianggotai
oleh 57 negara untuk melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat mempromosikan keamanan dan
keharmonian antarabangsa.
6
Bali Process merupakan satu forum rasmi antarabangsa yang ditubuhkan pada 2002 bertujuan untuk memudahkan
perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai isu-isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia, dan jenayah
rentas-sempadan yang berkaitan dan tindakan yang sesuai terhadap isu-isu ini.
287


membincangkan adaptasi orang pelarian etnik Rohingya di Kuala Lumpur dari pelbagai aspek
termasuklah peluang pekerjaan dan diskriminasi oleh majikan, kos perubatan yang tinggi, isu
dokumen sijil kelahiran dan akademik anak-anak etnik Rohingya. Shazlin Yante (2009),
membincangkan orang pelarian dari Myanmar secara umum.
Andika (2011) menumpukan kepada pelarian kaum China dari Myanmar dan Aizat
(2012) pula membandingkan isu keselamatan insan dalam kalangan etnik Rohingya di
Semenanjung Malaysia dan orang pelarian Filipina di Sabah. Azlinariah (2012) dan Abdul Halim
et al. (tt) juga mengkaji tentang pelarian Rohingya tetapi dari perspektif sejarah pelarian etnik
Rohingya di Myanmar sehingga kepada berlakunya migrasi. Azizah (2015) pula mengkaji isu
pelarian etnik Rohingya dari sudut dasar kerajaan Malaysia dan implikasi dasar terhadap
kehidupan seharian pelarian Rohingya. Manakala Salawati (2015) pula membincangkan tentang
hak pekerjaan kepada pelarian.
Malaysia yang tidak menjadi ahli Kovensyen Pelarian 1951 tidak mengiktiraf status
pelarian yang memasuki negara ini. Istilah “pendatang asing tanpa izin” diguna pakai kepada
pekerja tanpa permit dan tidak terkecuali kepada pelarian. Hal ini menyebabkan pelarian tidak
mendapat akses kepada pendidikan, kesihatan dan tidak dibenarkan bekerja, selain terdedah
kepada eksploitasi, penindasan dan penangkapan oleh pihak berkuasa tempatan kerana tidak
mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta tiada penempatan yang selamat. Terdapat juga
pelarian Syria yang memasuki Malaysia sebelum 2015 dan masih menunggu untuk mendapatkan
pengesahan status dan pendaftaran kad UNHCR. Situasi ini menurut Mayberry (2015) boleh
menyebabkan wujudnya sistem dua peringkat dalam pengurusan pelarian di Malaysia kerana
kumpulan “kelas satu” akan mendapat banyak kelebihan berbanding kumpulan yang telah berada
di Malaysia lebih awal.

Kesimpulan
Sungguhpun Malaysia tidak menandatangani Kovensyen Pelarian 1951, namu ia tetap
menjadi destinasi kegemaran pelarian untuk mendapatkan perlindungan. Selain faktor kestabilan
politik, kemajuan ekonomi dan keselamatan persekitaran, kerajaan juga bersikap lebih terbuka
untuk membawa masuk pelarian ke dalam negara seperti etnik Rohingya dan Syria. Kehadiran
pelarian Syria ke Malaysia masih baru dan kerajaan masih dalam proses menyediakan keperluan

288


asas seperti yang dijanjikan iaitu pendidikan, kesihatan, penempatan dan pekerjaan. Isu-isu
keselamatan insan yang timbul dalam kalangan pelarian Syria akan segera diselesaikan melalui
penglibatan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkepentingan
untuk pembinaan pusat penempatan sementara, sekolah untuk anak-anak pelarian dan diberi
kebenaran untuk bekerja sebelum mereka meninggalakan negara ini.

Rujukan
Abdul Halim Sidek. Yohan Kurniawan dan Hishamuddin Md Som. Penganiyaan dan Pencabulan
Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan. Sebuah Konseptual Analisis.
Diakses dari umkprints.umk.edu.my/1073/1/paper%201pdf.

Aizat, K. 2012. Penanganan masalah pelarian dalam konteks keselamatan insan di Malaysia:
Kajian kes ke atas pelarian Moro dan Rohingya. Tesis Sarjana Sains Politik. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Alaxander, A. 2008. Without refugee: Chin refugees in India and Malaysia. Forced Migration
Review. Issues 30. Refugee Syudies Center, University of Oxford. United Kingdom.

Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah. 2012. Air mata Kesengsaraan Rohingya.
Identiti, Penindasan dan Pelarian. Kuala Lumpur: Inteam Publishing.

Azizah Kassim. 2015. “Implikasi Keselamatan Kedatangan Orang Pelarian di Malaysia: Kajian
Kes Kaum Rohingya dari Myanmar” dlm. Zarina Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.),
2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benedetta Berti. 2015. The Syrian Refugee Crisis: Regional and Human Security Implications.
Strategic Assessment 17(4).

Buscher, D., Gabos, A. & Kibreab, G. 2007. Urban refugees: introduction. Refugees: 24(1).
United Kingdom.

Crisp, J., Morris, T dan Reftsie, H. 2012. “Displacement in urban areas: New challenges, New
partnership. dlm. Refugee 36: 1:22-31.

Deikun, G. & Zetter, R. 2010. A new strategy for meeting humanitarian challenges in urban
areas. Forced Migration Review. Issues 38. Refugee Studies Center, University of
Oxford: United Kingdom.

Jacobsen, K. 2001. The forgotten solution: Local integration for refugees in developing
countries. dlm. New issues in refugees research working paper no.45. Geneva: UNHCR
Evolution and Policy Analysis Unit.

289


Kate Mayberry. 2015. First-class refugees: Malaysia’s two-tier system. Aljazeera.com 27
Disember 2015. http://www.aljazeera.com/indepth/features/2015/12/class-refugees-
malaysia-tier-system-151221061627431.html [1 Oktober 2017]

Rashid, A. 2008. Descent into Chaos: The United States and the failure of Nation Building in
Pakistan, Afghanistan and Central Asia. Penguin Group: USA.

UNHCR. 2017. Syria Emergency. http://www.unhcr.org/syria-emergency.html [1 Oktober 2017]


UNHCR. 2017. UNHCR Syria Regional Refugee Response.
http://data.unhcr.org/syrianrefugees/country.php?id=107 [17 Mei 2017].

VP Haran. 2016. Roots of the Syrian Crisis. IPCS Special Report #181.

Zarina Othman & Nor Azizan Idris (pnyt.), 2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zarina Othman & Nor Azizan Idris 2015. “Migrasi Antarabangsa dan Keselamatan di Malaysia:
daripada Keperluan Sosio Ekonomi kepada Perspektif Keselamatan” dlm. Zarina Othman
dan Nor Azizan Idris (pnyt.), Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

290


Penerokaan Kepelbagaian Budaya dalam Subjek Hubungan Etnik: Tinjauan
Terhadap Kerja Kursus Pelajar di UNIKL

Mahyani Hamida*, Anisah Bahyah Ahmadb, Maziatul Husni Mior Haruna, Faris Ahmadc
a
Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute (UniKL BMI), Malaysia
b
Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute Chemical Engineering Technology,
(UniKL MICET), Malaysia
c
Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Malaysia.
E-mel: mahyani@unikl.edu.my

Abstrak
Artikel ini merupakan huraian umum tentang kerja kursus kepada pelajar berkaitan kepelbagaian
budaya yang wujud dalam masyarakat majmuk di Malaysia bagi subjek Hubungan Etnik di
Universiti Kuala Lumpur. Perbincangan memfokuskan berkaitan kerja kursus yang dilaksanakan
dalam pelbagai bentuk di samping meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang
kepentingan kepelbagaian budaya. Penulis juga terpanggil untuk melihat sejauh-manakah kerja
kursus Hubungan Etnik dilaksanakan melalui kepelbagaian akiviti di kalangan pelajar sehingga
dapat menyelami dan meneroka isu dan budaya di Malaysia. Oleh itu, artikel ini turut
menghuraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) melalui aktiviti pelajar dalam
pembentangan short video, pameran, lawatan berdasarkan kaedah kepustakaan, temubual dan
observasi. Melalui kerja kursus yang dilaksanakan oleh pelajar, terdapat juga cabaran yang perlu
dihadapi oleh tenaga pengajar bagi mencapai objektif tersebut. Berdasarkan cabaran yang
dihadapi, pelbagai cadangan dikemukakan bagi tujuan untuk mencapai penghayatan, kefahaman
dan budaya ilmu di kalangan warga pelajar berdasarkan konsep Negara Bangsa 1 Malaysia.
Kata kunci: Kerja kursus, Hubungan Etnik, pelbagai budaya, Universiti Kuala Lumpur, warga
pelajar

Pengenalan
Budaya asal, warisan turun-temurun, agama dan pendidikan setiap ahli masyarakat di
Malaysia sentiasa mempengaruhi dan menentukan sikap, semangat, pemikiran serta pandangan
masing-masing tentang sesuatu isu yang dikongsi secara bersama. Dalam kemajmukan budaya,

291


pendidikan memainkan peranan penting untuk menjalankan proses pemasyarakatan atau sebagai
agen mensosialisasikan generasi muda dengan nilai dan norma yang dapat diterima secara
umum. Selain menjalankan usaha-usaha bersifat akademik, fungsi utama pendidikan ialah
mendidik dan mewujudkan nilai-nilai integrasi nasional dalam masyarakat majmuk negara ini.
Sistem pendidikan kebangsaan, semenjak merdeka lagi telah dirancang dan dibentuk
sebagai satu mekanisme yang dapat memainkan peranan memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan generasi muda. Dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
digariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai perpaduan nasional. Dasar dalam
Laporan Razak itu telah diniai semula dan dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
1979 yang mengkaji perlaksanaa dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa tersebut
berpendapat bahawa kurikulum harus dirombak semula supaya ia boleh digunakan untuk
menghasilkan warganegara yang berkembang secara menyeluruh dalam aspek fizikal, emosi dan
rohani. Berdasarkan laporan tersebut, sistem pendidikan kebangsaan diharap akan menghasilkan
pelajar yang sedar tentang ciri-ciri dan nilai-nilai seorang warganegara Malaysia yang dapat
mengetepikan sentimen-sentimen sempit yang diwarisi mengikuti keturunan dan kumpulan etnik
yang berbeza.

Budaya Majmuk di Malaysia


Perkembangan sejarah telah memperlihatkan kemunculan masyarakat majmuk yang
mempunyai pelbagai budaya yang berbeza. Faktor-faktor sejarah seperti migrasi buruh asing dan
dasar pentadbiran British di Tanah Melayu telah menghasilkan pola masyarakat majmuk seperti
yang ada sekarang di negara ini. Sehingga awal abad kesembilan belas, demografi penduduk
Malaysia cukup homogen yang didominasikan oleh masyarakat tunggal Melayu-Islam dan
orang-orang peribumi. Pada tahun 1980, masyarakat Melayu dan peribumi membentuk sekitar
90% daripada populasi penduduk di Semenanjung Malaysia (Gullick,1969). Sehinggalah di
bawah pemerintahan penjajah Inggeris, 1874-1957, berlaku perubahan yang signifikan kepala
pola demografi penduduk di Tanah Melayu. Inggeris, melalui dasar mereka yang menggalakkan
penghijrahan, terutamanya dari China dan India, telah menukar sifat demografi penduduk Tanah
Melayu yang relatif homogen secara etnik kepada bentuk masyarakat yang lebih pluralistik.
Kemunculan masyarakat majmuk yang terbina melalui dasar penjajah Inggeris dan kemasukan

292


imigran disebabkan faktor ekonomi, sosial dan politik telah mengakibatkan penduduk Malaysia
hari ini terdiri daripada kumpulan etnik pribumi yang sedia wujud di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak. Situasi ini telah mengubah masyarakat Malaysia daripada sebahagian besar populasi
bersifat mono-etnik menjadi masyarakat yang bersifat pelbagai etnik dan budaya atau
masyarakat majumuk (Santhiram,1999).
Berdasarkan pengertian Furnival (1956), masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai
kelompok manusia yang mempunyai latar budaya, bahasa dan agama yang berbeza dan tinggal
dalam satu unit politik yang sama. Smith (dalam Ting Chew Peh, 1985) juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan. Beliau berpendapat, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang wujud
atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai yang dikongsi secara bersama. Walau
bagaimana pelbagai kaum berganding bahu dalam satu sistem politik yang sama, tetapi
kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial sering dipengaruhi oleh sentimen
etnosentrik setiap kaum. Perbezaan budaya yang wujud dalam konteks masyarakat majmuk,
sekiranya tidak diuruskan dengan betul boleh berperanan sebagai garisan perosak (fault line)
dlam masyrakat majmuk. Terdapat sesuatu dalam pemikiran yang kadangkala boleh menghalang
interaksi positif dan harmoni antara individu berbeza etnik iaitu perbezaan kaum dan budaya. Di
sinilah letaknya kepentingan pendidikan pelbagai budaya yang boleh membubarkan tembok
pemisah itu melalui pemahaman yang jelas tentang nilai dan budaya etnik yang lain.

Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Konsep Negara Bangsa ‘1 Malaysia’


Negara bangsa dalam konteks zaman moden kini menurut Benedict Anderson (1991)
sebagai suatu bentuk imaginasi oleh penduduk sesebuah negara bangsa. Smith (1991)
menegaskan bahawa penggunaan istilah bangsa dalam versi ini adalah sebuah konsep yang
abstrak yang muncul dalam situasi dan kinteks sejarah yang tertentu, di mana agensi manusia
dan imaginasi memainkan peranan penting untuk membina sebuah Negara bangsa yang bersatu
dan berdaulat. Bangsa dalam pengertian ini adalah sesuatu yang dibayangkan oleh ahli
masyarakat untuk menjadi produk sosial yang nyata hasil daripada setiap ahli masyarakat yang
mengenali dan menganggap diri mereka sebagai satu bangsa yang terikat oleh satu sistem unit
politik dan diakui oleh orang lain berdasarkan apa yang mereka bayangkan.

293


Justeru, gagasan I Malaysia yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Najib Tun abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia, adalah satu idealisme pembinaan sebuah Negara bangsa yang bersatu
padu dalam persekitaran masyarakat majmuk dan mempunyai kepelbagaian budaya dan
kepercayaan. Dari segi konsepnya 1Malaysia boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang pelbagai kaum berteraskan beberapa niolai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
2. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dengan
konsep asimilasi yang diamalkan oleh Negara-negara lain di mana identiti kaum-
kaum etnik dilenyapkan dan diganti satu identiti nasional yang sama.
3. Menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta
identiti-ideniti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu
aset atau kelebihan yang dibanggakan.
4. Menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, di mana
suatu kaum menerima keunikan kaum lain yang seadanya agar kita dapat hidup
bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu
Negara.
5. Asas kepada semua perinsip ini adalah keadilan untuk semua kaum yang
membawa makna nasib semua etnik akan terbela dann tiada mana-mana pihak
akan dipinggirkan.

Elemen Kerja Kursus Subjek Hubungan Etnik di UniKL


Insitusi Pengajian Tinggi Negara memainkan peranan yang amat penting dalam usaha
mentranformasikan Malaysia menjadi sebuah Negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya
berdaya saing serta berfikiran inovatif. Kerjasama semua pihak dalam merialisasikan hasrat
melahirkan warganegara yang tinggi patriotismenya, berdaya saing dan maju amat diperlukan.
Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang
berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus
dan agenda utama kepimpinan Negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak terkecuali kepada semua pelajar.

294


Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak kembali
kurikulum penawaran Mata Pelajaran Wajib (MPW) di semua IPT dalam Negara. Maka, Mata
Pelajaran Pengajian Umum telah diperkenalkan berteraskan cabang Falsafah Ilmu yang
melibatkan bidang kajian Kemanusiaan, Sains Tulen dan Sains Sosial. Penambahbaikan Mata
Pelajaran Wajib yang lebih berstruktur ini kearah mempertingkatkan kualiti modal insan sejajar
dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Di samping itu, melalui
struktur MPU ini, mampu melahirkan graduan yang holistic, menghayati nilai-nilai patriotisme
dan jati diri beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah kearah memenuhi
kebolehpasaran kerja dan seterusnya kebolehdapatan kerja.

Konsep MPU
Perancangan akademik masa kini mengusulkan supaya pengajian umum diperluaskan
meliputi aspek-aspek penataran ilmu seperti kemahiran komunikasi, keterampiran, penghayatan
nilai-nilai murni dan sejarah serta pendedahan kepada bidang pengetahuan umum yang lebih luas
skopmya melampui batas-batas disiplin ilmu tradisional. Hal ini termasuklah, pendedahan
kepada bidang-bidang baharu seperti seni, falsafah dan Bahasa asing. Penekanan kepada
perluasan pengajian umum ini, pada perinsipnya adalah selaras dengan cita-cita kearah
melahirkan siswazah berfikiran luas, seimbang dan holistik.
Maka pengajian umum bermaksud program pendidikan prasiswazah yang juga menjadi
kursus pelengkap kepada kursus-kursus yang ditawarkan bertujuan membekalkan pelajar dengan
ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. IImu tersebut meliputi kefahaman
tentang nilai-nilai mulia, sejarah dan tanggungjawab dalam masyarakat, penguasaan kemahiran
insaniah, perluasan ilmu berteraskan Malaysia dan berupaya mengaplikasikan ilmu dalam
kehidupan seharian.
Berdasarkan tujuan maka Mata Pelajaran Pengajian Umum telah dibahagikan kepada
empat kelompok iaitu:
U1: penghayatan falsafah, nilai dan sejarah
U2: penguasaan kemahiran insaniah
U3 perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia

295


U4 kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat praktikal seperti khidmat
masyarakat dan kokurikulum.
Justeru, subjek Hubungan Etnik di bawah U1 yang diperkenalkan di IPTS di bawah
pengawalan Lembaga Akriditasi Negara (MQA) pada masa kini turut menggunakan pelbagai
pendekatan selain daripada pengajaran bagi melahirkan pelajar yang dituntut dalam konsep MPU
tersebut.

Implementasi Kerja Kursus Hubungan Etnik/Cabaran


Inisiatif mewajibkan pengajaran subjek Hubungan Etnik di seluruh Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diperkenalkan dan
dimulakan pada tahun 2007 dimana penyelarasan kandungan subjek Hubungan Etnik dimulakan
pada tahun 2013 (Laporan Prospektus Mata Pelajaran Pengajian Umum, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, 2013).
Cadangan memperkenalkan pengajaran mata pelajaran Hubungan Etnik pada tahun 2004
telah menghasilkan modul subjek ini yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.
Menurut Prof.Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin selaku ketua editor, modul subjek
Hubungan Etnik; penghasilan model ini bukan sesuatu yang mudah. Model ini dihasilkan dengan
bertunjangkan objektif utama iaitu memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan
daripada jati diri mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS dan proses ini melalui pelbagai peringkat
yang perlu diteliti dan dihemati dalam setiap bahagian.
Universiti Kuala Lumpur atau ringkasnya UniKL di bawah milik penuh Anak Syarikat
Mara merupakan sebuah universiti teknikal dengan menawarkan kepelbagaian program
peringkat ijazah, sarjana muda dan diploma. Selain itu juga terdapat beberapa program peringkat
sarjana dan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ditawarkan.
Penawaran salah satu subjek wajib university di UniKL ialah MPU3113/Hubungan Etnik.
Subjek yang diwajibkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini diperkenalkan untuk
pelajar pada peringkat ijazah dengan meliputi 3jam kuliah, selama satu semester iaitu 17 minggu.
Perlaksanaan subjek ini merangkumi: ujian, 30%; tugasan, 30%; dan peperiksaan akhir, 40%.

296


Melalui kertas kerja ini yang kajian yang dilakukan secara pemerhatian tentang
kepelbagaian aktiviti oleh pelajar-pelajar UniKL melalui kerja kursus yang diletakkan di bawah
tugasan.
Sistem pendidikan mempunyai aspek formal dan tidak formal. Aspek formal meluputi
objektif kurikulum dan isi kandungan pengetahuan yang dinilai melalui sistem peperiksaan.
Aspek tidak formal atau tersembunyi (hidden side) pula merujuk kepada persoalan yang
berkaitan jangkaan implisit terhadap tingkah laku. Sebagai contoh, adakah kejayaan pelajar
ditentukan oleh kerjasama atau persaingan.? Adakah pelajar berkongsi tanggungjawab terhadap
kelas dan universiti atau mementingkan diri? Begitu juga dalam aspek tidak formal ini ialah
berkaitan sikap pelajar terhadap kumpulan yang berbeza budaya daripada mereka. Melalui kerja
kursus inilah pensyarah akan menilai kebolehan dan kefahaman pelajar berkaitan gerak kerja
yang dilakukan secara berkumpulan.
Pelaja-pelajar di dalam subjek Hubungan Etnik ini bukan sahaja melibatkan Kaum
Melayu sebagai sebagian besar, tetap terdapat juga Cina, India, Orang Asli dan Sabah serta
Sarawak. Walaupun jumlah kumpulan pelajar minoriti ini tidak begitu ramai tetapi gerak kerja
ini boleh membantu mereka menerokai dan mempelajari budaya, di samping nilai-nilai
kemanusiaan, agama, ekonomi, termasuk politik.

Bentuk-bentuk Kerja Kursus yang dijalankan (Tugasan)


Pensyarah akan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap
kumpulan akan diberikan tajuk tugasan masing-masing. Dalam hal ini, mereka bukan sahaja
akan bergerak membuat tugasan itu bersama-sama, malahan mereka akan bersama-sama
berbincang mengeluarkan buah fikiran, bertukar pandangan dan pendapat.
Bagi menjadikan kajian tersebut lebih menarik dan bersesuaian dengan era teknlogi
sekarang persembahan hasil tugasan dijadikan dalam bentuk short video, iaitu video pendek
bersifat dokumentari ilmiah. Melalui cara ini segala kepakaran pelajar berkaitan teknikal dan
Teknologi Maklumat dapat diaplikasi.
Apabila tugasan ini menekankan dapatan kajian melibatkan interaksi luar, pelajar tersebut
diperkenalkan dan menggalakkan sikap dan nilai hormat menghormato, hubungan yang positif
dan “student self esteem’ antara kumpulan etnik dan pelbagai latar budaya. Melalui pemahaman

297


dan penghayatan sejarah yang seimbang ini, pelajar-pelajar akan lebih mengetahui, memahami
dan menghargai warisan sejarah mereka yang dibentuk melalui kepelbagaian budaya yang ada.
Lawatan pembelajaran ke pusat-pusat atau tempat-tempat kebudayaan serta perpustakaan
bersejarah dapat memperlihatkan dengan lebih jelas dalam menerangkan kepentingan budaya
dan perpaduan sebangsa Negara. Aktiviti dan persembahan kebudayaan juga melibatkan
penglibatan langsung pelajar untuk menonjolkan kebudayaan masing-masing seperti pakaian,
makanan, perayaan, kuiz Bahasa dan sebagainya lagi. Pendekatan pembelajaran seumpama ini
menggalakkan pelajar memahami persamaan yang wujud antara mereka dan bukan
meningkatkan rasa berbeza. Contoh-contoh kajian yang meliputi tajuk seperti:
1. Sejarah Suku Kaum di Malaysia, merangkumi suku etnik Banjar, Rawa, Hakka,
Baba dan Nyonya, Cetti, Bidayuh, Kenyah, Suku Orang Asli dan sebagainya.
2. Pantang larang Tiga Kaum Utama: Melayu, Cina, India dan Pribumi Sabah serta
Sarawak termasuk Kaum Orang Asli.
3. Cerita Rakyat Tiga Kaum Utama Melayu, Cina, India dan Pribumi Sabah serta
Sarawak termasuk Kaum Orang Asli.
4. Seni bina rumah berdasarkan kaum Utama dan Sub etnik.
5. Perniagaan berasaskan kaum termasuk imigran asing.

Cabaran
Cabaran yang paling utama bagi seorang pensyarah dan pelajar adalah mendidik
kefahaman dan penerimaan pelbagai budaya. Setiap pelajar yang hadir dalam kuliah pada satu
semester tersebut membawa bersama budaya, cara hidup, identiti etnik atau kumpulan masing-
masing. Ia dipengaruhi dan dibentuk oleh latar belakang social pelajar, budaya, keluarga,
masyarakat sekitar dan agama kepercayaan mereka (Banks, 1989). Indentifikasi diri ini, sama
ada kita sedar atau tidak, haruslah dihormati dan diterima. Pensyarah seharusnya mengetahui dan
memahami perbezaan dan kepelbagaian identiti tersebut daripada bertindak tidak
menghiraukannya dan perlu menjadi asas aktiviti dalam kelas. Melalui aktiviti berkumpulan
tersebut interaksi dalam satu ruang dan sistem pembelajaran menggalakkan pelajar melangkaui
sempadan budaya dan keetnikan yang menghalang suasana harmonis dan positif sewajarnya
dikikis.

298


Cabaran yang nyata di kalangan tenaga pengajar ialah bebanan tugas untuk menilai kerja
kursus pelajar yang ramai, meliputi penilaian secara individu secara keselurahan bagi setiap
semester melebihi 200 orang pelajar dinisbahkan tenaga pengajar seorang dan dua orang sahaja
di setiap 12 kampus UniKL. Hal ini merupakan satu kekangan bagi seorang pensyarah Mata
Pelajaran Umum di sini.
Kesuntukan masa yang dilalui oleh setiap pelajar bagi setiap semester adalah kekangan
masa, pelajar hanya boleh mencari bahan dan sumber daripada luar pada hari minggu sahaja iaitu
Sabtu dan Ahad, termasuk cuti pertengahan semester selama 1 minggu. Keadaan ini merupakan
cabaran bagi pelajar dalam mengolah masa di samping tugasan subjek yang lain.

Kesimpulan dan Cadangan


Capaian persepsi yang baik dalam diri pelajar dalam melaksanakerja kursus ini dalam
memahami elemen kepelbagaian budaya melalui penerokaan kerja kursus tersebut dapat
meningkatkan kefahaman terhadap pentingnya sikap menghormati budaya, agama, dan tatacara
hidup yang berlainan dengan diri boleh digarap pada peringkat awal dan disemai melalui kaedah
pendidikan berterusan walaupun telah meningkat usia remaja dan dewasa.
Justeru itu, kewujudan subjek Hubungan Etnik dalam salah satu kursus wajib universiti di
UniKL, pengaplikasian kerja kursus yang telah dilakukan oleh pelajar membuktikan peranannya
amat penting dalam memberikan kesedaran semula akan sikap penerimaan dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan yang lain seadanya agar kita
dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu
Negara, seperti konsep yang ke 4 dalam Gagasan 1 Malaysia.
Dalam kesibukan pelajar mempelajari subjek-subjek teras program masing-masing dan
kepadatan aktiviti harian lain, selitan subjek Hubungan Etnik merupakan aset penting dalam
memberikan kesedaran berterusan mengenai kesepaduan kaum bagi membentuk ideologi satu
bangsa negara Malaysia.
Walau bagaimanapun kertas kerja ini hanyalah sekadar pandangan secara dasar terhadap
kerja kursus yang telah dilakukan melalui aspek budaya. Pelbagai bentuk yang lain boleh dikaji
seperti kandungan silibus subjek ini, di mana tidak kurang pentingnya seperti tajuk Rukun

299


Negara, Ekonomi, Politik, Agama dan Pendidikan menggunakan soal selidik berdasarkan
metodologi yang bersesuaian.

Rujukan
Anderson, C. (1967). Issue of Political Development, Englewood Cliffs, New Jersey: Perntice
Hall.

Banks, J. (1989). Multicultural Education: Cheracterisics and Goals. Dalam Banks. J. &Banks,
C. (Eds). Muliculturals Education: Issuees and Perspectives. Boston: Allyn and
Bacon.

Edersor, T. (2002). National Identity, Popular Culture and Everyday Life, Oxford: New York,
Berg.

Edwards. J. R. (1985). Language, Society and Identity. Oxford: Basil Blackwell.

Enloe, C. (1980). Etnik Soldiers. Athens: University of Gorgia Press.

Furnival, J. S. (1956). Colonial Policy and Practice, A comparative of Burma and Netherlands
India. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Ghazali Basri (2003). Pendidikan Merentas Budaya Menurut Perspektif Islam: Satu
Perbincangan Awal. Jurnal Pendidikan Islam, 10(3), pp. 1-14.

Lynch, J. (1987). Prejudice Reduction and the Schools. New York: Nicholes Publishing
Company.

Smith, A. D. (1981). The Ethnic Revival in The Morden World, Cambridge: Cambridge
University Press.

Zahid Ahmad. (2012). Buku Teks Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

300


Ancaman Penyalahgunaan Dadah Terhadap Kesejahteraan Institusi
Keluarga, Etnik dan Negara

Paramjit Singh Jamir Singha*Azlinda Azmana, Radin Firdaus Radin Badaruddina, Mohd
Haizzan Yahayaa, Mohamad Shaharudin Samsurijana
aPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Penang,
Malaysia.
E-mel: paramjit@usm.my

Abstrak

Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar
dalam pelbagai bidang. Kini, malaysia sedang berusaha untuk muncul sebagai sebuah negara
maju menjelang tahun 2050. Namun demikian, masalah penyalahgunaan dadah dalam negara
dikhuatiri memberi kesan terhadap program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang telah
direncanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hal ini kerana masalah
penyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial yang paling rumit dihadapi oleh negara
sehingga ke hari ini. Penyalahgunaan dadah boleh menjejaskan fungsi otak manusia serta sistem
urat saraf dan mengakibatkan pergantungan ke atas bahan tersebut. Justeru, kertas kerja ini
membincangkan kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesejahteraan institusi keluarga, etnik
dan negara. Berdasarkan sorotan kajian lepas, kertas kerja ini mendapati bahawa penggunaan
dadah bukan hanya memberi kesan kepada pengguna dadah itu sendiri, malah turut memberi
impak negatif terhadap kesejahteraan sosial dalam kalangan pelbagai etnik. Namun, statistik
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan bahawa masalah penyalahgunaan dadah
ini dilihat tertumpu kepada etnik Melayu 80%, manakala Cina dan India masing-masing 8%, dan
lain-lain etnik 4%. Meskipun begitu, kerajaan menerusi AADK tetap komited melaksanakan
pelbagai program dan dasar bagi menangani masalah penyalahgunan dadah secara menyeluruh
tanpa mengira latar belakang etnik. Kesemua program dan dasar yang diperkenalkan oleh
kerajaan dilihat dapat meningkatkan kefungsian sosial dan kesejahteraan hidup kesemua etnik di
Malaysia.
Kata kunci: Penyalahgunaan dadah; etnik; institusi keluarga; kefungsian sosial; kesejahteraan
hidup.

301


Pendahuluan
Pada tahun 2017, genap 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan telah membangun
dengan pesat serta menjadi sebuah negara yang mampu mengekalkan kestabilan politik,
keselamatan sosial dan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun,
masalah penagihan dadah di Malaysia mampu menggugat keselamatan negara sekiranya ia tidak
ditangani secara berhemah (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2017). Penyalahgunaan dadah dalam
kalangan rakyat Malaysia turut memberi kesan terhadap usaha pembangunan negara untuk
mencapai status negara maju yang digariskan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Yang Amat
Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed di bawah Dasar Wawasan 2020 (Mohd Basir, Hassan,
Ismail, Danu, & Alias, 2014). Selain itu, sekiranya masalah penyalahgunaan dadah ini berterusan
ianya akan turut memberi kesan terhadap pelaksanaan program Transformasi Nasional 2050 (TN
50) sebagai landasan hala tuju negara ke arah membentuk Malaysia lebih berjaya dan disegani
yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak (Idris, 2017).
Walaupun kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara
sejak dari tahun 1983 lagi, namun kini setelah 34 tahun berlalu, gejala dadah masih tidak dapat
dibendung sepenuhnya sebaliknya penyalahgunaan dadah semakin menular hari demi hari yang
melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Selain mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor
satu negara, pihak kerajaan juga telah melakukan banyak penambahbaikan terhadap Dasar Dadah
Negara, rawatan serta pemulihan pengguna dadah tetapi ia masih tidak menunjukkan perubahan
positif dan masalah dadah telah menjadi satu ancaman baik kepada masyarakat, individu,
keluarga dan negara (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2017).

Sejarah Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia


Menurut Sabri Yusoh dan Che Mat (2008), masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia
sebenarnya telah bermula pada awal kurun ke-19, iaitu apabila pendatang China dan India mula
datang ke Tanah Melayu. Pada ketika itu, mereka telah membawa bersama-sama tabiat
menghisap opium dan ganja ke negara ini. Sejarah penyalahgunaan dadah di Malaysia
mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah pembangunan ekonomi negara pada suatu ketika
dahulu (Kamarudin, 2007).

302


Selain itu, menurut Rusdi, Noor Zurani, Muhammad, dan Mohamad (2008), sejarah
penyalahgunaan dadah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua era iaitu era pra dan pasca
merdeka. Dalam era pra-kemerdekaan, penyalahgunaan dadah yang utama pada ketika itu adalah
candu yang pada mulanya digunakan oleh pendatang dari China yang telah dibawa masuk oleh
penjajah British untuk bekerja di Malaya. Hal ini kerana pada awal abad ke-19, lombong-
lombong bijih timah, ladang getah dan ladang lada hitam telah mula diusahakan dan ia
memerlukan pekerja-pekerja dan tenaga buruh asing yang ramai dari negara China dan India
(Kamarudin, 2007).
Menurut Rusdi et al. (2008), senario penggunaan dadah telah mula berubah pada era
pasca merdeka iaitu pada akhir tahun 1960-an. Menurut Kamarudin (2007), penggunaan dadah di
Malaysia pada ketika itu tertumpu kepada golongan belia pelbagai kaum dan bukan lagi terdiri
daripada orang tua. Penggunaan dadah pada ketika itu tidak hanya tertumpu pada candu sahaja
kerana sebahagian besar daripada golongan belia tersebut telah beralih kepada dadah jenis
morfin, heroin dan lain-lain jenis dadah yang berbahaya. Selain itu, dadah jenis ganja juga amat
digemari oleh golongan belia pada ketika itu. Di samping itu, bahan-bahan psikotropik seperti
pil-pil methaqualone, amphetamine, barbiturate dan lain-lain telah mula disalahgunakan.
Menurut Taib (1998), dalam tahun 70-an, senario penyalahgunaan dadah di Malaysia
telah menjadi semakin meruncing. Hal ini kerana pada ketika itu tentera Amerika yang sedang
bercuti ke negara ini telah membawa tabiat menghisap dadah. Pada masa yang sama juga
mereka telah membawa masuk dadah jenis morfin dan heroin bersama mereka dan ia secara
tidak langsung telah menyebabkan ramai anak-anak muda tempatan terpengaruh dengan
penyalahgunaan dadah terutamanya di Pulau Pinang. Kamarudin (2007) juga mempunyai
pendapat yang sama dengan Taib (1998) iaitu anggota tentera dari Amerika yang pada ketika itu
sedang bercuti di Malaysia telah mempengaruhi anak muda tempatan dengan pelbagai jenis
dadah seperti heroin, morfin dan lain-lain dadah yang berbahaya.
Menurut Kamarudin (2007), peperangan yang berlaku di Vietnam pada penghujung tahun
1960-an dan awal tahun 1970-an telah menyebabkan permintaan terhadap dadah semakin
meningkat dan pertambahan pengeluaran di kawasan segi tiga emas. Selain itu, pengunduran
tentera Amerika dari Vietnam juga telah menyebabkan sindiket dadah menyedari bahawa akan
ada pengurangan terhadap permintaan dadah. Oleh itu, sindiket dadah telah mula

303


mengembangkan rangkaian aktiviti pengedaran dadah ke negara-negara Asia Tenggara. Pada
ketika itu, Malaysia telah digunakan sebagai transit bagi tujuan pengeksportan dadah untuk
pasaran baru di negara-negara Asia dan Barat. Sindiket dadah pada ketika itu telah memilih
Malaysia khususnya Pulau Pinang sebagai destinasi utama pengedaran dadah. Selain dari Pulau
Pinang, destinasi lain yang menjadi pilihan sindiket dadah tersebut adalah Singapura yang
menjadi transit ke pasaran gelap di Amerika Syarikat, Australia dan Eropah (Rogers, 2008).
Senario penyalahgunaan dadah di Asia Tenggara telah berubah secara dramatik di mana kadar
penyalahgunaan dadah telah meningkat secara mendadak pada akhir tahun 1960-an (Kamarudin,
2007).

Impak Penyalahgunaan Dadah Terhadap Ahli Keluarga


Penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi kesan dan impak negatif terhadap
pengguna dadah tetapi ia juga memberi kesan dan impak negatif terhadap seluruh ahli keluarga
pengguna dadah (Shaw, 2010). Impak negatif yang dilalui oleh ahli keluarga pengguna dadah
telah dijelaskan secara terperinci seperti di bawah.
i. Hubungan kekeluargaan
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan memberikan impak
negatif terhadap hubungan kekeluargaan. Menurut McDonald, Russell, Bland, Morrison dan De
la Cruz (2002), kemerosotan tahap hubungan dalam sesebuah keluarga mempunyai kaitan yang
rapat dengan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga tersebut. Sebagai
contohnya, penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga juga mempunyai kaitan yang rapat
dengan masalah penyalahgunaan dadah (McDonald et al., 2002). Menurut Barnard (2005),
penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga turut menimbulkan konflik keluarga,
terutamanya apabila berlakunya kecurian dalam rumah. Apabila terdapat kecurian, ahli keluarga
akan menuduh ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan hubungan kekeluargaan di antara pengguna dadah
dengan ahli keluarga yang lain menjadi renggang.
Fisher (2002) telah mengenal pasti dan meneroka impak negatif yang dilalui oleh ahli
keluarga pengguna dadah di Scotland. Beliau mendapati penyalahgunaan dadah dalam kalangan
ahli keluarga akan memberi impak negatif terhadap perhubungan dalam keluarga. Fisher

304


mendapati ahli keluarga pengguna dadah sering menghina serta menuduh ahli keluarga yang
terlibat dengan penyalahgunaan dadah sekiranya berlaku kecurian di dalam rumah. Hal ini sudah
tentu akan menimbulkan konflik yang akan menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Fisher (2002) juga melaporkan perhatian yang diberikan oleh ahli keluarga terutamanya
ibu bapa terhadap ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga akan
menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa diabaikan atau dipinggirkan. Hal ini secara tidak
langsung akan menjejaskan hubungan kekeluargaan dalam keluarga tersebut. Sementara itu,
Oreo dan Ozgul (2007) juga mendapati bahawa adik-beradik lain yang memerlukan perhatian
dan kasih sayang daripada ibu bapa akan terjejas bila mana ibu bapa lebih cenderung untuk
menumpukan semua masa, tenaga dan sumber untuk menjaga ahli keluarga yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Hal ini sudah tentunya akan menimbulkan konflik dalam keluarga
tersebut.
ii. Tekanan dan kesan emosi terhadap kesihatan fizikal
McDonald et al. (2002) mendapati ahli keluarga pengguna dadah sering berhadapan
dengan masalah kesihatan fizikal. Kesihatan fizikal ahli keluarga pengguna dadah terjejas
disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. Menurut Salter dan Clark
(n.d), pada satu tahap tertentu tahap emosi ibu bapa akan memuncak kerana memikirkan tentang
masalah penyalahgunaan dadah anak mereka dan emosi yang memuncak ini akan memberi
impak negatif terhadap kesihatan fizikal ibu bapa pengguna dadah tersebut. Barnard (2005) juga
mendapati ibu bapa dan adik-beradik akan berasa tertekan dan bimbang untuk tinggal bersama
dengan ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kebimbangan serta tekanan
ini akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan fizikal ahli keluarga pengguna dadah
tersebut.
Fisher (2002) mendapati penggunaan dadah oleh salah seorang daripada ahli keluarga
akan memberi beban kepada penjaga ataupun ahli keluarga yang lain. Begitu juga Velleman
(2002) mendapati penyalahgunaan dadah akan memberi kesan negatif kepada sekurang-
kurangnya dua orang ahli keluarga yang rapat dan kebiasaannya ahli keluarga tersebut
memerlukan perkhidmatan kesihatan kerana mereka berasa tertekan dengan sikap ahli keluarga
mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

305


penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga secara tidak langsung akan memberi impak
negatif terhadap kesihatan ahli keluarga yang lain.
Seterusnya, Fisher (2002) juga mendapati ahli keluarga pengguna dadah berasa tertekan
tinggal bersama dengan ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tekanan tersebut telah menyebabkan ahli keluarga pengguna dadah terdedah dengan pelbagai
masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang dialami oleh ahli keluarga pengguna dadah
merupakan satu pengalaman yang biasa bagi responden dalam penyelidikan beliau kerana dua
per tiga penjaga dan ahli keluarga pengguna dadah melaporkan mereka mengalami masalah
kesihatan fizikal.
iii. Kesihatan psikologikal
Oreo dan Ozgul (2007) mendapati bahawa apabila salah seorang daripada ahli keluarga
terlibat dengan penyalahgunaan dadah, ia sudah tentu akan menyebabkan tekanan emosi kepada
seluruh ahli keluarga tersebut. Kebiasaannya ahli keluarga pengguna dadah mengalami perasaan
seperti terkejut (Butler & Baulds, 2005), marah, takut, malu, rasa bersalah, tidak bermaya, putus
asa dan sedih (Toumbourou, Blyth, Bamberg, & Forer, 2001). Ibu bapa yang mempunyai anak-
anak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerap mengalami gangguan dari segi emosi
sehingga memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan sosial mereka (Butler & Baulds, 2005).
Oreo dan Ozgul (2007) turut mendapati punca utama yang menyebabkan ibu bapa mengalami
gangguan dari segi emosi adalah disebabkan oleh kesedihan yang melampau.
Menurut Velleman dan Templeton (2003), apabila salah seorang dalam kalangan ahli
keluarga mempunyai masalah penyalahgunaan dadah yang serius, ahli keluarga yang lain seperti
ibu bapa, suami isteri, adik-beradik dan saudara yang terdekat juga akan turut mengalami impak
negatif tersebut. Hal ini kerana mereka tidak tahu cara yang terbaik untuk menangani masalah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga dan mereka juga tidak tahu bagaimana
untuk mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan bagi menangani impak negatif yang
dihadapi oleh mereka. Disebabkan itu, kebanyakan ahli keluarga pengguna dadah kerap
mengalami gangguan dari segi fizikal dan psikologikal kerana tertekan dengan sikap ahli
keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang tinggal bersama mereka.
Selain itu, menurut UNICEF (2007), kanak-kanak yang tinggal dan membesar dengan ibu
bapa yang menyalahgunakan dadah berkecenderungan mengalami tekanan dari segi emosi dan

306


mental. Sebagai contohnya, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menyalahgunakan
dadah akan secara perlahan-lahan menjauhi diri mereka daripada realiti dan menafikan mereka
mempunyai ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini akan menyebabkan
kanak-kanak tersebut berisiko untuk mengalami masalah-masalah emosi dan sosial pada masa
hadapan.
iv. Penderaan dan keganasan rumah tangga
Banyak kajian telah membuktikan bahawa kanak-kanak kerap menjadi mangsa keganasan
secara fizikal dan mental daripada salah seorang ahli keluarga mereka yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah (UNICEF, 2007; Fisher, 2002). Menurut Keefer (2011), kanak-kanak
yang mempunyai ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sering berada dalam
keadaan ketakutan kerana mereka sering didera oleh ibu bapa mereka yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Selain itu, kanak-kanak juga sering menjadi mangsa penderaan oleh ahli
keluarga lain yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain daripada ibu bapa mereka.
Selain itu, keganasan rumah tangga juga akan berlaku dalam keluarga yang mempunyai
ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Butler (2010) menyatakan bahawa
ahli keluarga pengguna dadah berhadapan dengan risiko penderaan dari segi fizikal dan emosi
akibat daripada penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. Hal ini kerana apabila
seseorang individu itu berada di bawah pengaruh dadah, ia akan menyebabkan individu tersebut
menjadi cepat marah dan sensitif. Menurut Butler, sekiranya ahli keluarga pengguna dadah tidak
memenuhi permintaan ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, ia akan
menyebabkan pengguna dadah tersebut bertindak ganas secara fizikal atau agresif terhadap ahli
keluarganya sehingga mendatangkan kecederaan. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan ahli keluarga yang lain berada dalam keadaan ketakutan dan tertekan dengan sikap
ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
v. Masalah kewangan dan pekerjaan
McDonald et al. (2002) melaporkan bahawa ahli keluarga pengguna dadah kerap
berhadapan dengan masalah kewangan dan pekerjaan. Hal ini kerana ahli keluarga pengguna
dadah terpaksa menanggung hutang bagi pihak ahli keluarga mereka yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Menurut Murphy (2002), kebanyakan keluarga pengguna dadah adalah
miskin kerana keluarga tersebut terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk

307


mendapatkan bekalan dadah untuk ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.
Fisher (2002) juga mendapati masalah kewangan dan masalah di tempat kerja adalah
masalah yang kerap dialami oleh ahli keluarga pengguna dadah. Masalah kewangan yang
dihadapi oleh ahli keluarga pengguna dadah adalah disebabkan oleh tingkah laku ahli keluarga
pengguna dadah yang kerap meminta wang daripada ahli keluarga yang lain untuk membeli
bekalan dadah. Di antara masalah yang paling kerap dihadapi oleh ahli keluarga pengguna dadah
adalah masalah kecurian wang dan harta benda, membayar balik hutang, membayar kos rawatan
dan pemulihan serta lain-lain kos yang berkaitan dengan tanggungan menjaga ahli keluarga
mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Sementara itu, McDonald et al. (2002) dan Fisher (2002) juga melaporkan bahawa ahli
keluarga pengguna dadah turut berhadapan dengan masalah pekerjaan kerana disebabkan oleh
penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. Hasil kajian mereka mendapati ahli
keluarga pengguna dadah terpaksa mengurangkan tempoh masa bekerja kerana keluarga tersebut
mahu menjaga ahli keluarga mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di rumah. Hal
ini akan menyebabkan keluarga pengguna dadah tersebut mendapat pendapatan bulanan yang
rendah kerana disebabkan oleh tempoh masa bekerja yang kurang dan ia secara tidak langsung
akan memberi impak negatif dari segi kewangan terhadap keluarga tersebut.
vi. Stigma dan diskriminasi
Fisher (2012) mendapati penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga kerap
memberikan impak negatif terhadap kehidupan sosial ahli keluarga pengguna dadah yang lain.
Ahli keluarga pengguna dadah kerap di stigma dan keadaan yang mengaibkan ini telah
menyebabkan ahli keluarga pengguna dadah mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan
keluarga terdekat yang lain.
Di samping itu, ibu bapa yang mempunyai anak yang menyalahgunakan dadah juga turut
di stigma dan ia secara tidak langsung telah menyebabkan ibu bapa dan ahli keluarga pengguna
dadah yang lain berasa malu dan mengasingkan diri daripada masyarakat (Barnard, 2005). Selain
itu, menurut UNICEF (2007), kanak-kanak yang tinggal dengan ahli keluarga yang terlibat
dengan penyalahgunaan dadah kerap berhadapan dengan pelbagai perasaan seperti marah, sedih,
cemas, malu, diasingkan dan di stigma apabila ibu atau bapa, abang, adik dan kakak mereka

308


terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut akan berputus asa
kerana kanak-kanak tersebut beranggapan bahawa tiada harapan bagi mereka untuk mengubah
masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Ancaman Dadah Kepada Etnik dan Negara


Ancaman dadah bukan sahaja tertumpu kepada institusi keluarga, malah ancaman dadah
turut terpaut secara langsung kepada etnik tertentu dalam negara. Di Malaysia ancaman dadah ini
dilihat lebih tertumpu kepada etnik Melayu. Hal ini berdasarkan Statistik Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) yang menunjukkan bahawa 80% masalah penyalahgunaan dadah di negara
ini melibatkan etnik Melayu, manakala Cina dan India masing-masing 8%, dan lain-lain etnik
4%. Kajian yang dijalankan oleh Tunggak, Hashim, Mohamad dan Ali (2015) mendapati bahawa
faktor diri sendiri adalah faktor utama yang mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan
belia Melayu, diikuti oleh faktor rakan sebaya, faktor aktiviti keagamaan dan faktor media
massa.
Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian sebelum ini, impak dadah menjejaskan
hubungan kekeluargaan; tekanan dan kesan emosi terhadap kesihatan fizikal; kesihatan
psikologikal; penderaan dan keganasan rumah tangga; masalah kewangan dan pekerjaan; serta
stigma dan diskriminasi. Ancaman ini secara tidak langsung akan mengganggu kefungsian
sosial, ekonomi serta pembangunan insan dalam kalangan masyarakat Melayu. Masalah ini juga
dilihat mampu membantutkan perkembangan masyarakat Melayu dalam memperoleh kefungsian
sosial secara mutlak. Hal ini kerana, kesejahteraan terhadap kualiti kesihatan dalam kehidupan
individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sedikit-sebanyak akan memudaratkan
kesihatan komuniti yang lain seperti penyakit berjangkit yang mana ianya berpotensi untuk
menjangkiti keluarga dan masyarakat (Othman, Idris, & Druis, 2015).
Selain daripada memberi ancaman kepada institusi keluarga dan etnik, masalah dadah
juga berupaya memberi kesan negatif terhadap negara. Menurut Yunus (2017), gejala
penyalahgunaan dadah dianggap serius dan mampu menjejaskan usaha kerajaan untuk
membentuk masa depan Malaysia menerusi Transformasi Nasional (TN50). Kini semua pihak
sedang bercakap tentang soal TN50, tetapi sekiranya masalah dadah gagal dibendung, pastinya
hal ini akan memberi kesan ke atas usaha negara untuk maju ke hadapan khususnya dari aspek

309


pembangunan sosial dan ekonomi. Justeru, penekanan terhadap pencegahan dadah yang bermula
dari rumah harus menjadi keutamaan agar masalah dadah ini dapat dibendung bagi menjamin
masa depan Malaysia yang aman, maju dan mampan.

Kesimpulan
Rakyat Malaysia telah menikmati hasil dari pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat
di bawah pentadbiran enam orang Perdana Menteri. Ketika ini, negara Malaysia mempunyai
infrastruktur kelas pertama yang setaraf dengan negara-negara maju. Namun begitu, untuk
menjadi sebuah negara membangun dan maju berdasarkan acuan kita sendiri, kita perlu
berganding bahu untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam negara kita kerana
masalah penyalahgunaan dadah bukan hanya memberi kesan terhadap pengguna dadah tetapi ia
juga turut memberi kesan terhadap ahli keluarga pengguna dadah.
Bak kata peribahasa Melayu, masalah penyalahgunaan dadah ini diibaratkan sebagai
“sudah terang lagi bersuluh”. Bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam rakyat
Malaysia, kerajaan menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengambil pelbagai langkah
drastik bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah. Misalnya, pada tahun 1983, kerajaan
telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara iaitu
dengan mengisytiharkan masalah dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.
Falsafah dasar tersebut adalah untuk melahirkan masyarakat yang bebas daripada ancaman
dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah.
Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara sehingga kini (Agensi
Antidadah Kebangsaan, 2015).
Memandangkan bahayanya ancaman dadah kepada keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat, strategi menangani masalah dadah perlu dipertingkatkan supaya ianya lebih berkesan.
Menyedari hakikat ini, pada tahun 2004, mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Yang Amat
Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menggerakkan hampir kesemua agensi kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat secara bersepadu bagi memerangi ancaman
dadah secara habis-habisan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dadah
(Kamaruddin, 2004).

310


Seterusnya, usaha untuk memerangi wabak dadah telah diteruskan oleh Perdana Menteri
ke-6 iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak. Kerajaan misalnya telah
memperkenalkan Pelan Strategik Agensi Antidadah Kebangsaan yang terdiri daripada keluarga
bebas dadah, institusi pendidikan bebas dadah, tempat kerja bebas dadah, masyarakat serta
komuniti bebas dadah serta memantapkan kerjasama antarabangsa dalam usaha menangani
ancaman dadah. Selain itu, kerajaan juga telah melakukan banyak penambahbaikan dari segi
rawatan, perubatan dan pemulihan pengguna dadah demi mencapai hasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara Bebas Dadah. Ringkasnya, kerajaan menerusi AADK terus
komited melaksanakan pelbagai program dan dasar bagi menangani masalah penyalahgunan
dadah secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang etnik. Kesemua program dan dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan ini dilihat penting dalam meningkatkan kefungsian sosial dan
kesejahteraan hidup kesemua etnik di Malaysia.

Rujukan

Agensi Antidadah Kebangsaan. (2017). Fungsi dan peranan. Retrieved from


http://www.adk.gov. my/maklumat-korporat/pengenalan/.

Agensi Antidadah Kebangsaan. (2015). Dasar Dadah Negara. Retrieved from


http://www.adk.gov.my/web/guest/bdpp-dasar-dadah-negara.

Barnard. M. ( 2005). Drugs in the family: The Impact on parents and siblings. University of
Glasgow: Joseph Rowntree Foundation.

Butler, A. (2010). The effects of drug abuse on family members. Retrieved from http://www.
livestrong.com/article/195215-the-effects-of-drug-abuse-on-family members/

Butler, R., & Baulds, L. (2005). “The parents’ experience: Coping with drug use in the family”
in drugs. Education, Prevention and Policy, 12 (1), 35-45.

Fisher, M. (2002). Supporting families and carers of drug users: A qualitative study. Scotland:
Effective Interventions Unit.

Idris, S.H. (2017). Generasi TN50 tetap miliki jati diri. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-tn50-tetap-miliki-jati-diri-khairy-
1.453508.

Kamarudin, A. R. (2007). The misuse of drugs in Malaysia: Past and Present. Jurnal Antidadah
Malaysia, 1 (1), 1-24.

311


Kamaruddin, M. (2004, Oktober 23). Perangi dadah habis-habisan: Agensi kerajaan, NGO,
masyarakat digerakkan secara bersepadu. Utusan Online. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004 &dt=1023&pub= Utusan_Mala
sia&secmuka_Hadapan&pg=mh_01.htm.

Keefer, A. (2011). The effects of parental substance abuse on children and families. Retrieved
from http://www.livestrong.com/article/262202-the-effects-of-parental substance-
abuse-on children-families/#ixzz2OrB12tz1.

McDonald, D., Russell, P., Bland, N., Morrison, A., & De la Cruz, C. (2002). Supporting
families and carers of drug users: A review. Scotland: Effective Interventions Unit.

Mohd Basir, S. R., Hassan, H., Danu, N. H., & Alias, N. S. (2014). Penyalahgunaan dadah:
Cabaran Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. Retrieved from http://www.
researchgate.net/publication/269223652_penyalahgunaan_dadah_cabaran_malaysia_dal
am_mencapai_wawasan_2020.

Murphy. L, J. (2002). Fighting back: Women and the impact of drug abuse on families and
communities. Dublin: Liffey Press.

Oreo, A., & Ozgul, S. (2007). Grief experiences of parents coping with an adult child with
problem substance use. Addiction Research and Theory, 15 (1), 71-83.

Othman, Z., Idris, N. A., & Druis, M. D. (2015). Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman
keselamatan: Analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan
penagih dadah di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13),
60-71.

Rogers, R. A. (2008). Segi tiga emas: Perniagaan narkotik di Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Rusdi, A. R., Noor Zurani, M. H. R., Muhammad, M. A. Z., & Mohamad, H. H. (2008). A fifty
year challenge in managing drug addiction in Malaysia. Journal of Health and
Translational Medicine, 11, 30-32.

Sabri Yusoh, M., & Che Mat, C. B. (2008). Penyalahgunaan dan pengedaran dadah di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaw, J. (2010). The effects of drug addiction on family life. Retrieved from http ://www.
livestrong.com/article/75197-effects-drug-addiction-family-life/.

Taib, A. G. (1998). Dadah: Strategi dan kawalan di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

312


Toumbourou, J. W., Blyth, A., Bamberg, J., & Forer, D. (2001). Early impact of the best
intervention for parents stressed by adolescent substance abuse. Journal of Community
& Applied Social Psychology, 11, 291-304.

Tunggak, B., Hashim, S., Mohamad, N.A., & Ali, M. (2015). Faktor risiko belia terlibat dalam
penyalahgunaan dadah dan cadangan penyelesaiannya menerusi model pembangunan belia
muslim terpimpin. Jurnal Antidadah Malaysia, 9 (1), 1 -21.

UNICEF. (2007). Penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya terhadap kanak-kanak. Retrieved


from http://www.unicef.org/malaysia/msl/Penyalahgunaan_dadah_Impak_keatas_kanak
2.pdf.

Velleman, R. (2002). Effective interventionsunit supporting and carers of drug users: A review.
Retrieved from http://www.gov.scot/Publications/2002/11/15 774/13424.

Velleman, R., & Templeton, L. (2003). Children of substance-abusing parents. Eur Addict Res,
9, 103-112.

Yunus, M,K.A. (2017). Salahguna dadah dalam kalangan belia serius. Retrived from
http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=32493.

313


Reacting to and Coping with Racial Microaggression: A Focus on Malaysian
University Students’ Experience

Mitshel Linoa*, Intan H. M. Hashima


a
School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
E-mail: mitshel.mitshel@gmail.com

Abstract
Racial microaggression is a latent and subtle form of racism that occurs in everyday situations
that is not easily detected. The present study aims to examine the reactions and coping strategies
of Malaysian university students in relation to their racial microaggression experiences in
interpersonal context. Due to its ambiguous and complex nature, racial microaggression can
potentially elicit negative emotional reactions and trigger equally complex coping strategies. In
order to understand the broad implications of racial microaggression experience, a qualitative
study was conducted with 40 Malaysian university students. Participants were recruited through
purposive and snowball sampling. They included both male and female undergraduates of ethnic
Malay, Chinese, Indian, local ethnics of Sabah and Sarawak and ‘mixed parentage’. Participants’
reactions comprised of both positive and negative thoughts and emotions. Their coping strategies
ranged from active to passive responses to deal with the racial microaggression experiences.
Findings of this study indicate the significance of psychological impacts of racial
microaggression experience. Findings highlight the importance of addressing the issue.
Keywords: Subtle racism, modern racism, Malaysia, reaction to racial microaggression, coping
with racial microaggression.

Introduction
Sue, Capodilupo, Torino, Bucceri, Holder, Nadal and Esquilin (2007) defined racial
microaggression as “brief and commonplace daily verbal, and behavioral and environmental
indignities, whether intentional or unintentional, that communicate hostile, derogatory or
negative racial slights and insults that potentially have harmful or unpleasant psychological
impact on the target person or group”.

314


Racial microaggression in many ways are distinctive from the traditional form of racism.
Traditional form of racism usually took form in more direct, obvious acts of prejudice and
discrimination. Racial microaggressions, on the other hand, are subtler, less direct, covert and
often performed unconsciously (Sue, et al., 2007). According to Sue, et al., 2007, the more
covert nature of racial microaggressions can be attributed to the changing societal values, norms
and laws that prohibit public expression of the more obvious forms of prejudice. This particular
aspect of racial microaggression can lead to ambiguous and complex reactions whereby people
experiencing racial microaggression were often in dilemma as to how they should react or
respond appropriately to the racial microaggression experience. The emotional effect of racial
microaggression experience on the victims sets racial microaggression apart from the traditional
form of racism. A victim of racism may attribute the racist situation externally to the
perpetrator’s identity, due to its obvious nature. On the other hand, a victim of racial
microaggression is affected more negatively by attributing it both internally and externally.
Wang, Leu and Shoda (2011) examined the emotional effect of racial microaggression, proposed
that internalizing emotions (emotions resulted from internal attribution, such as low self-esteem
and shame) may increase when one encounters situations perceived to be attributed to race.
Despite the seemingly innocuous situations (such as a person who just boarded the bus chose not
to sit with you) appears to be not intrinsically negative; however, when one appraises that he/she
is treated differently because of his/her race, can make this otherwise innocent situation painful.
This condition is supported by Schmitt & Branscombe’s (2002) findings that when one is
reminded of his/her inferior status in the society, it may result in negative emotions. In addition,
Asamen and Berry’s (1987) research on racial microaggression experienced by Japanese
Americans, also found a significant and negative correlation between perceived prejudice and
negative self-concept among Japanese Americans. The higher the degree that a person rated such
situation is related to his/her race, the higher the experience of negative emotion.
Racial microaggression directed at college students can be emotionally draining and
result in detrimental effect in both social and academic life of the students (Solorzano, Ceja &
Yosso, 2000). The African American and Latin American students from predominantly white US
campus are found to have similarly negative experience with racial microaggression. According
to study conducted by McCabe (2009) and Hurtado, Milem, Clayton-Pedersen & Allen (1999),

315


African American and Latin American students frequently experienced racial jokes, loneliness,
isolation and invisibility, which often led to emotional distress and poor academic performance
(McCabe, 2009). In addition to emotional reactions, people experiencing racial microaggression
may react in several other ways. Tuitt and Carter (2008) examined how Black students in a
predominantly White institution in the US reacted to racial microaggression and identified
several different ways including: self-censorship (talk less or tone down resulted from the fear of
confirming the Black intellectual inferiority stereotype), proving them wrong (intentionally
performing well to disprove the negative stereotype), reframing what it means to be an
intellectual (reframing their own schema that they have different aspects of intelligence
otherwise prescribed in their university) or challenging (directly confronting the perpetrators of
racial microaggression).
Overall, the additional psychological toll of managing reactions towards the racial
microaggressions and their perpetrators can be stressful for these students and the stress can pose
impacts on their academic life. It is important for researchers to further explore the whole range
of emotional reactions to racial microaggressions and how these reactions can have further
impacts on other domains of life including their performance in academic life. The present study
aims to explore the potential damaging effects of racial microaggression on the victims,
particularly in Malaysian university by investigating how students are reacting to it.
While reactions represent the more emotional and immediate responses to racial
microaggressions, coping represents a broader range of reactions in including cognition. Coping
also indicates strategies people employed to continually cope with the situations beyond their
initial reactions. Students who experienced negative affect resulting from racial microaggression
events may employ different coping strategies. Some victims directly confront the perpetrators
about their actions. However, very few of such confrontation received positive or helpful
responses from the perpetrators. For instance, a Latino student participant in a focus group
shared his experience of confronting his lecturer’s discussion of racism just including solely the
White and Black Americans topics (McCabe, 2009). He perceived that his race and other
minority race (Asian, Indian American, and others) experience of racism in the US were
overlooked in the class discussion and felt strongly about it. Fortunately, his lecturer

316


acknowledged the student’s concern and addressed it by including the other minorities’
experience in the subsequent racism discussion in the class (McCabe, 2009).
However, there are unfortunate cases whereby confrontation from the victims turns ugly.
Typically, instead of improving the situations, the perpetrators in this case might further worsen
the situation by reacting negatively. This is because such confrontation may elicit guilt about
their privileged status, threaten their self-image as fair, moral and decent human beings or
suggest that their “unawareness” has perpetuated inequities and possible harm to people of
colour (Sue, Capodilupo, Nadal & Torino, 2008).
Consequently, majority others took passive approaches in dealing with racial
microaggression incidents instead of directly confronting the perpetrators. Some university
students of colour bonded together in fraternity, sorority or peer support group to share similar
experiences, support each other, embrace the role of group spokesperson and confront the
perpetrator (McCabe, 2009).
In addition, some students who were victims of racial microaggression just “laughed it
off” when they recounted such disturbing experiences or responded in a friendly (instead of
accusatory) way to the perpetrator by giving a benefit of the doubt. This is because the subtle and
covert nature of racial microaggressions made it difficult for perpetrators to recognize and
acknowledge that they were doing it, and direct accusations by the victims may result in
defensive reaction by the perpetrators.
In trying to understand the experience of racial microaggression, it is important to
understand the coping mechanism people employed to cope with such situations. By
understanding more effective ways of coping with racial microaggression, recommendations can
be made to people who are at risk of experiencing this situation.

This Study
The present study was conducted with undergraduate students from a public university in
Northern region in Malaysia. The purpose of the study is to examine the emotional reaction and
coping strategies in relation to racial microaggression. This can provide further insight into the
psychological toll of racial microaggression on the participants and how they coped with the
experience. The two aspects of racial microaggression can increase our understanding of the

317


experience. For the purpose of the analysis, reactions and coping strategies related to racial
microaggression were tailored to the themes. Reactions were further divided into emotions and
thoughts.

Methodology
The present study has been approved by the Universiti Sains Malaysia Jawatankuasa
Etika Penyelidikan Manusia (Ethics Committee for Human Research) for complying with ethical
standard and procedure for research.
The present study employed qualitative method, particularly one-to-one, in person
interview. The participants comprised of 40 Malaysian undergraduate students from a public
university in the Northern part of Malaysia. There were 12 males and 28 females who had been
studying in the university for at least two years. Through purposive and snowball sampling from
a university-wide course, 10 ethnic Chinese, 10 ethnic Indians, nine ethnic Malays, seven local
ethnics from Sabah and Sarawak and four mixed racial parentage students were recruited These
students were from 22 different majors and 12 different schools in the university, thus
representing students from different academic programs in the university.
The participation in the study was voluntary. Participants completed a demographic
information forms. Each interview session took around 40 minutes to an hour. Audio recordings
were only performed upon participants’ consent. The researcher provided debriefing statements
to ensure minimal psychological impacts on the participants prior to dismissal.
A list of self-generated semi-structured interview questions was used in every interview
session. The questions began with a general inquiry, open-ended question on overall experience
of racial microaggression, and then followed by more specific questions (what, who, how, where
and when) to explore the emotional reactions and coping strategies by the participants
experiencing racial microaggression.
Interpretational Phenomenological Analysis (IPA) technique was used to interpret the
interview, because the present study analyzed the participants’ perspective and worldview to
derive the result.

318


Results
The following Table 1 indicates the details of emotional reactions and coping strategies
expressed by the participants of the present study for each of the 11 themes of racial
microaggression listed by Lino, Hashim & Ricardo (2017). The letter ‘P’ refers to the
‘Participant’. Participants can also report racial microaggression that they observed happening to
themselves or others. The emotional reactions and coping strategies indicated were cumulative
experience of all participants in the present study, whereby repeated results were not shown.
Analysis of the reactions was further divided into thoughts and emotions, while the analysis of
the coping strategies were further divided into active and passive coping strategies.
From Table 1, recipients’ reactions towards their experiences of racial microaggression
were generally negative. Many of them had thoughts ranging from perceiving others’ behavior to
be unfair, inconsiderate, or inappropriate to having a dilemma due to uncertainty towards the
experience of racial microaggression and thinking the situation as a normal occurrence. They
generally expressed negative emotions, such as sad, ashamed, angry, disturbed, frustrated,
agitated, neglected/ ostracized, or offended.
The coping strategies comprise both active and passive ways. Some examples of active
coping strategies are: being assertive, confronted the perpetrator, adapted with new environment,
talked to friends. Conversely, some passive coping strategies are: ignored the situation, accepted
the situation, kept quiet, avoided or gave benefit of doubt to the perpetrator, talked to friends.

Discussion and Conclusion


From the findings in Table 1, the participants’ reactions in terms of thoughts and
emotions toward their experiences of racial microaggression were generally negative. Both
reported thoughts and emotions indicate that the experience invokes negativity that can spill over
to other aspects of life. In terms of students’ life, such negative experience can have impacts on
other domains including adjustment, adaptation and satisfaction with university life, social life,
relationship with lecturers and staff, co-curricular activity, academic performance, and others.

319


Table 1: The definitions, reactions and coping strategies of 11 racial microaggression themes.
Reactions Coping
1. Paradox of Over-Scrutiny/ Overlook: An experience of being closely scrutinized/ neglected due
to one’s ethnic identity.
Thoughts: Disbelief, felt unfair, felt others to be Active: Pursued lecturer’s approval and insisted on
inconsiderate, accepted the situation to be normal, adding P’s idea on top of the suggested idea,
felt lazy to contribute her opinion in future, and in defended one’s position that was previously
dilemma. disregarded, complained to the management of
security guard, complained the racist behavior in
the student-lecturer meeting, provided equal
opportunities for every race to voice opinion.
Emotions: Sad, ashamed, angry, emotionally Passive: Talked with friends of the same race and
disturbed, disappointed, agitated, frustrated, asked for support, accepted it as a reality and let it
neglected, unsure whether it’s her fault or others’, go, gave the benefit of doubt, kept quiet, quickly
and kept quiet. did the task to get over the situation.
2. Differential Treatment towards People from Different Race/ Religion: An act of subtly treating
others differently due to their ethnicity.
Thoughts: Perceived it as an inappropriate Active: Allowed the perpetrator to sit next to P in
behavior. the bus the following time.
Emotions: Disappointed, dissatisfied but helpless, Passive: Talked with friends, let it go & stayed
sad, and mad. away from the friend, complained on Facebook
wall, shared the stories with friends and walked
back to dorm together.
3. Assumption of Superiority/ Inferiority/ Intelligence Due to Race: An act/ experience of looked
upon or looked down due to ethnicity.
Thoughts: Unsure to respond, unaware about the Active: Retaliated and left the organization,
racial microaggression experience and in dilemma. confronted the perpetrator, tried to explain to the
perpetrator.
Emotions: Angry, felt neglected, inferior, Passive: Talked to friends, ignored the perpetrator,
disappointed, frustrated, offended, and lonely. returned the work to the group member and
repaired the work, denied the experience, accepted
the situation due to the lecturer’s old age and
inability to remember names and it’s normal in

320


Malaysia to address people by race, kept quiet.

4. Insensitivity towards the Existence of Other Race: An act/ experience of disregarding people from
another ethnicity.
Thoughts: In dilemma, felt unsure about the Active: Let others know that P didn’t understand
intention of friends who spoke in their own mother the language, asked the other people to speak
tongue, felt they are hiding something English to ensure everyone understood.
Emotions: Upset, frustrated with heavily accented Passive: Talked to friend, stopped talking with the
lecturer, neglected, felt uncomfortable. perpetrator, clarified with friends.
5. In-Group Exclusivity: An act/ experience of isolating own race as the in-group from the other
ethnicity as the out-group.
Thoughts: Accepted the situation as normal. Passive: Talked to friends, reacted passively,
ignored the situation.
Emotions: Upset, deeply affected and disturbed.

6. Alien in Own Land: An experience by the minority Malaysian citizens being associated with
non-Malaysian citizens.
Thoughts: Felt unfair. Active: Complained to authority, defended for
herself until she got fed up and ignored it, asserted
her identity as a Sabahan.
Emotions: Angry, annoyed, lonely, offended, Passive: Shared their experiences, adapted with the
uncomfortable, sad, lonely, homesick, and surrounding & local slang, found new friends, had
frustrated. prior anticipation after got forewarned by friends &
family who had ever lived in west Malaysia before.
7. Language Barrier as a Precursor to Racial Microaggression: An experience of difficult social/
interracial interaction due to languages.
Thoughts: In dilemma and misunderstood. Active: asked the other to speak in a common
language, took initiative to learn other’s language
despite facing difficulty.
Emotions: Sad, uncomfortable, and felt like not Passive: Reacted passively, talked to friends of the
needed. same race.
8. In-Group Benefit: An experience whereby people of the same ethnicity received special privilege
as compared to the others.

321


Thoughts: Unfair and thought the perpetrators as Active: Told off the perpetrator, tried to get
racist. through her other race friend, but failed, suggested
for drawing lot to ensure fairer job distribution,
talked politely to the admin staff.
Emotions: Ashamed, sad, disturbed, distressed and Passive: Talked and gained support from
aggravated, angry. roommate, quitted the society, stopped visiting the
stall, shared negative experience about the food
stall with friends, proved that she can perform
better in exam without the tips, shared P’s
experience with friends, gained friend’s support,
seek for alternative help.
9. Second-Class Citizen: An experience whereby the minority ethnic was treated unfairly as
compared to the majority.
Thoughts: Felt unfair and waste of space, Active: Fought to get majority vote.
inoculated with enduring discrimination policy.

Emotions: Ashamed, sad, disturbed, distressed and Passive: Treated friend as compensation for her
aggravated, angry. disappointment being denied entry to a cultural
show, accepted the reality
complained to P’s mother, discussed with friends
and family.
10. Denial of Racial Experience: An act/ experience of denying racial experience despite clear
indication of racial microaggression.
Emotion: Angry. Active: Explained to her friends.
Passive: Gave others the benefit of doubt.
11. Preferential Interaction with Other Race: An act of preferring to interact with people of other
ethnicity and undermine people from own ethnicity.
Thoughts: Did not trust his own race after got Passive: Mingled with friends of other race
betrayed once, bad experience mingled with own
race, preferred to other race.

Emotion: Upset

322


This is consistent with findings by Solorzano et al. in 2000 who found that racial
microaggression caused negative emotions and feeling of isolation among college students.
Similarly, in the current study, most participants generally experienced negative emotions, such
as sad, angry, frustrated, disappointed, neglected, and others. This suggests that negative
emotions are the commonly identified reactions towards racial microaggression regardless of the
culture, background, situation and location of the victims.
In this study, it can also be observed that the victims were experiencing some ambiguous
and negative reactions such as in dilemma, unsure to respond, disbelief and ashamed. This is
different from the clearer, although equally negative emotions, as elicited by overt racism
(Wang, Leu and Shoda, 2011). This is consistent with previous studies in which victims often
reported to be in dilemma when facing the subtle and covert act of racial microaggression; they
were unsure if their negative feeling is attributed to the racial microaggression experiences or if
they are being too oversensitive. Consequently, the discomfort resulted from complex emotional
consequences may create a domino effect on different aspects of students’ life, such as academic
performance and social life. It is important to address these negative psychological consequences
of racial microaggression to prevent impacts in other aspect of their life.
In terms of coping strategy, we found that students coped actively and passively with
their experiences of racial microaggression. The participants who employed active coping were
assertive enough to confront the racial microaggression perpetrators, which according to them,
helped them to prevent the perpetrators from repeating such acts. On the other hand, the
participants who employed passive coping were talking and sharing their racial microaggression
experiences with friends and family members, avoiding, keeping quiet or giving the benefit of
the doubt. This may be attributed to the subtle nature of racial microaggression whereby many
participants were either not aware or in dilemma whether their experiences were indeed racial
microaggression. Many of their stories were dismissed by their friends or family members (of the
same ethnic group with the participants) who denied their racial microaggression experiences.
From the past literatures, most of the recipients of racial microaggression reacted
passively to avoid dire consequences resulted from directly confronting the perpetrators of racial
microaggression (Sue et al., 2008). In comparison, the current study observed that the recipients
of racial microaggression coped in both active and passive ways. Active responses included

323


trying to be assertive by talking or negotiating with the perpetrators. Meanwhile, passive
responses were similar to that of the past studies, such as seeking social support, ignoring or
giving the benefit of doubt to the perpetrators of racial microaggression.
The fact that some victims employed passive coping strategy further differentiates the
victims of racial microaggression from that of racism. Even when the coping strategy is active,
the victims of racial microaggression from the past literatures (eg. McCabe, 2009) and the
present study did it privately; that is, the extent of victims’ coping strategies is limited to
interpersonal context. As mentioned above, due to unclear nature and absence of concrete
evidence of racial microaggression, many victims were not able to bring forward racial
microaggression to community level. It is harder for the victims to be assertive or seek social
justice for racial microaggression. This was unlike the victims of racism in the past that could
rally in the public to fight for racist policy changes. The most prominent examples being the rally
for the eradication of explicit discrimination policy against the African Americans following the
Rosa Park incident in the U.S and the civil right movement in the U.S. Therefore, the needs for
awareness and education on racial microaggression issue are more urgent to curb the silent and
invisible perpetuation of racial microaggression that is harder to contain compared to its racism
counterpart.

References
Asamen, J. K., & Berry, G. L. (1987). Self-concept, alienation, and perceived prejudice:
Implications for counseling Asian Americans. Journal of Multicultural Counseling and
Development, 15(4), 146-160. doi: 10.1002/j.2161-1912.1987.tb00390.x.

Hurtado, S., Milem, J., Clayton-Pedersen, A., & Allen, W. (1999). Enacting diverse learning
environments: Improving the climate for racial/ ethnic diversity in higher education. San
Francisco: Jossey-Bass.

Lino, M., Hashim, I.H.M., & Ricardo, R. (2017). The lurking racism: Exploring racial
microaggression in Malaysian university setting. Pertanika Journal of Social Sciences
and Humanities, 25(1), 473 – 484.

McCabe, J. (2009). Racial and gender microaggressions on a predominantly-white campus:


Experiences of black, latina/o and white undergraduates. Race, gender and class, 16(1-2),
133-151. Retrieved from Ebsco database.

324


Schmitt, M. T., & Branscombe, N. R. (2002). The meaning and consequences of perceived
discrimination in disadvantaged and privileged social groups. In W. Stroebe & M.
Hewstone (Eds.), European review of Social Psychology (2002), V. 12, pp. 167-199.
Chichester, England: Wiley.

Solorzano, D. W., Ceja, M., & Yosso, T. (2000). Critical race theory, racial microaggressions,
and campus racial climate: The experiences of African American college students. The
Journal of Negro Education, 69(1/2), 60-73.

Sue, D. W., Capodilupo, C. M., Torino, G. C., Bucceri, J. M., Holder, A. M. B., Nadal K. L., &
Esquilin, M. (2007). Racial microaggressions in everyday life: Implications for clinical
practice. American Psychologist, 62(4), 271–286. doi: 10.1037/0003-066X.62.4.271.

Sue, D. W., Capodilupo, C. M., Nadal, K. L., & Torino, G. C. (2008). Racial microaggressions
and the power to define reality. American Psychologist, 63(4), 277-279. doi:
10.1037/0003-066X.63.4.277.

Tuitt, F. A., & Carter, D. J. (2008). Negotiating atmospheric threats and racial assaults in
predominantly white educational institutions. Journal of Public Management & Social
Policy, 51-68.

Wang. J., Leu. J. X., & Shoda, Y. (2011). When the seemingly innocuous ''stings'': Racial
microaggressions and their emotional consequences. Personality and Social Psychology
Bulletin, 37(12), 1666–1678. doi: 10.1177/0146167211416130

325


Development of Ethnic Stereotypes in Malaysia (ESTIMA) in Assessing
Ethnic Stereotypes in Malaysia

Nasruddin Yunos a*, Fazilah Idrisa, Khalim Zainala, Abdul Aziz Mat Isab, Siti Nor Baya
Mat Yacobc
a
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
b
College of Foundation & Diploma Studies, Universiti Tenaga Nasional, Bangi
c
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam, Nilai
E-mail: nasrudin@ukm.edu.my

Abstract
Stereotypes play the role in filling the gap in the absence of concrete information about people of
a group and thus permit easy categorization and decision-making. In Malaysia, racial prejudice
and stereotyping has become a sensitive issue. Events that occurred in May 13, 1969 in Malaysia
are the events which remind us that this issue can lead to a bad impression to all ethnic if it is
magnified out of proportion. What is the level of stereotypes among ethnics? What are the
instruments used to assess the intensity of stereotypes among ethnics? Up to the date, there is
still lack of instrument in assessing the level and intensity of ethnic stereotypes in Malaysia.
Therefore, this study will highlight the process involved in the development of ESTIMA, an
instrument developed to provide alternative method to understand the real ethnic stereotype and
to measure quantitatively the reality of Malaysian society. Lastly, the findings can be benefited
to formulate better policies and actions in enhancing national integration in Malaysia.
Keywords: stereotype, ethnic, instrument, multi-ethnic society, conflict

Introduction
Malaysia is a country famously known for its multiple unique cultural and ethnic
diversities. Peace in this country has long existed and it is now expanding as the country in
entering its post-modern era. This is a reality that cannot be denied and cannot be changed
(Shamsul, 1997). Due to the diversity of the national identity of Malaysian society, the spirit of
goodwill, mutual respect, cooperation, tolerance and understanding of national identity of

326


communities, particularly between majority and minority groups is very important. This can
occur through social interaction and prolonged ethnic relations among community members
without any negativity involved.
One of the many challenges leading towards the formation of an integrated society is the
focus of national identity, which is often featured in the current social media through the
electronic media as it touches on the Malay, Chinese and Indian society. The various
understanding of national identity by Malaysian society has indirectly raised the issue on
'identity crisis' among minority communities about the formation of an integrated society,
especially the construction of the Malaysian race. The lack of understanding of national identity
may eventually cause prejudice, stereotypical, ethnocentric and ultimately lead to social
discrimination.

Prejudice and Stereotype


Study of ethnic stereotypes and social tolerance in Malaysian multi-ethnic community is
very important as it is closely linked to the government's actions and policies to strengthen
national integration.
Prejudice, discrimination and stereotypes were often seen as the main contributors to the
attitude and behaviour of intolerance. Generally, prejudice can be defined as ethnocentrism, an
approach to life “in which one’s own group is the centre of everything and all others are scaled
and rated with reference to it” (LeVine & Campbell, 1972: 13). According to Allport (1954: 9),
prejudice is “an antipathy based on a faulty and inflexible generalization. It may be felt or
expressed. It may be directed toward a group as a whole or toward an individual because he is a
member of that group.” Martin (1964: 10) argues that prejudice is a “rigid emotional attitude
(favourable or unfavourable) toward a group, which results in an advance evaluation of any
particular group member.” According to Gardner (1994), prejudice developed on three general
levels: (1) a judgement about something before fact, a preconceived notion, (2) an evaluative
element that may be either positive or negative, and (3) restricted to negative judgements. It is
definitions at this level that are often used in the context of ethnic relations.
Stereotype, on the other hand, is one of the central concepts in the study of intergroup
relations (Taylor & Moghaddam, 1994) and is seen as having both cognitive and motivational

327


implications (Ashmore & DelBoca, 1981). Gardner (1994) suggests that there are at least four
ways of characterizing stereotypes. Stereotypes can be seen as “a set of beliefs about the personal
attributes of a group of people” (Ashmore & Del Boca, 1981: 16), and it is “an exaggerated
belief associated with category” (Allport, 1954: 191). Note that these beliefs are not limited in
any particular way, thus in this case stereotype is equivalent to belief.
A second approach, based on the tradition of Katz and Braly (1935: 181), defines a
stereotype as “a fixed impression, which conforms very little to the fact it pretends to represent,
and result from our defining first and observing second”. This definition focusses on consensus
as a defining feature of the stereotype. A third viewpoint holds that a stereotype represents “a
generalization made about an ethnic group, concerning trait attribution, which is considered to be
unjustified by an observer” (Brigham, 1971: 13). Finally, McCauley and Stitt (1978: 35)
proposed that “stereotypes are best understood as predictions that distinguish the stereotyped
group from others”.
Prejudice and stereotypes are often seen to coexist and are thought by many researchers
to be inextricably related. Some theorists in the prejudice literature suggest that knowledge of
stereotypes is integrally linked with and provides a basis for prejudice (Devine, 1989). Olson &
Zanna (1993: 143) pointed out that “prejudice is often assumed to develop from unfavourable
stereotypes of the group and to predict discriminatory behaviour toward groups.”
It is important to note that studies have shown that stereotypes can direct attention to
information that is consistent with the stereotype and can affect the interpretation of ambiguous
behaviours in the direction of the stereotype (Bodenhausen, 1988). However, studies also show
that in the presence of information and with motivation, the stereotype can be reduced (Devine,
1989). Hence, it is crucial to elucidate that as stereotypes occur during social perception, they are
not the only source of information considered and their influence can be decreased,
simultaneously reducing prejudice and at the same time fostering tolerance.
Stereotypes lead to social categorization which is one of the reasons for prejudice
attitudes (i.e. “them” and “us” mentality) which leads to in-groups and out-groups. Stereotyping
makes people generalize things. More often, they are all false assumptions. Even though there
are both positive and negative stereotypes, a majority of them are offensive. Most stereotypes

328


probably tend to convey a negative impression. However, negative stereotypes seem far more
common.
Negative stereotypes are traits and characteristics, negatively valanced and attributed to a
social group and to its individual members. According to social cognition (Devine, 1989; Fiske
& Taylor, 1991), a social group is represented in memory as a network of discrete nodes,
constituted by a category (e.g., Chinese) connected through associative links to the stereotypic
characteristics generally attributed to this category (e.g., loud). These traits could be both
positive and negative. However, when favoritism for one’s own group (in-group) and derogation
of other groups (out-group) are involved, the links between the category and negative traits
prevail: these negative traits strongly associated to a category correspond to negative stereotypes
(Lepore & Brown, 1997). In this sense, negative stereotypes could be considered as the cognitive
component of prejudice, which is defined as a general negative evaluation of a social group.
Given the harmful consequences of negative prejudice and stereotypes, it is important to
establish efficient strategies able to counteract these phenomena. Among the various strategies
proposed by social psychologists, the most powerful seem to be intergroup contact, perspective
taking, and category-based interventions. Intergroup contact, that is, the interactions between
members of different groups, in particular if characterized by cooperation, equal status,
acquaintance potential, and support of authorities, has proven to be a potent strategy for reducing
negative stereotyping and, more broadly, prejudice and discrimination (Pettigrew &
Tropp, 2006): given that the endorsement of negative stereotypes to a whole category is by
definition a generalization process, positive encounters with single group members are likely to
clarify the generalization and thus reduce the strength of associative links between the category
node and negative traits.
Taking the perspective of out-group members, or putting oneself in their shoes, is related
to a cognitive overlap between mental representations of self and others: this overlap, which is
likely to involve the positive traits generally associated to the self, makes the activation of
negative stereotypes less likely, as others are no more judged in relation to their group but to the
self of the perspective taker (Galinsky & Moskowitz, 2000).
Finally, category-based approaches undermine negative stereotypes by affecting the very
process of categorization, for instance, including in-group and out-group in a common group

329


identity, emphasizing the possible crossings between all available categorizations in a social
context, or pushing individuals to perceive their own identities as a complex intersection between
social categories: the common outcome of these processes is that the rigid in-group-out-group
distinction, which is fundamental for defining the meaning and the content of negative
stereotypes, loses in significance and eventually vanishes (Crisp & Hewstone, 2007).
A stereotype threat arises when one is in a situation where one has the fear of doing
something that would inadvertently confirm a negative stereotype. It is cued by the mere
recognition that a negative group stereotype could apply to anyone in a given situation. It is
important to understand that the person may experience a threat even if he or she does not
believe the stereotype. Simply, in the context, the person perceives that the stereotype is a
plausible characterization of himself or herself by others (Steele & Aronson, 1995).

Ethnic Stereotypes in Malaysia


Asmah (2005) argues that the Malays have all the time been branding themselves, both
positively and negatively, showing that they are able to appraise themselves as they do others. At
the same time, the Malays get branded from others as well. Branding of the Malays by
themselves and by others takes place every day in ordinary conversations, but not much gets into
writing for the obvious reasons that people do not want to “appear nasty”. This in itself is an
indication that branding of a person or a character leans more towards the negative rather than
the positive.
Basically, the academic study of ethnic stereotypes in Malaysia is very limited.
According to Haslam (2001), the main method used in studies of stereotypes is the experimental
method. In most studies, the stereotypes are considered as independent variables affecting other
variables tested. However, not much suggestion or emphasis are given on the measures to curb or
control stereotypes in total. This is because stereotypes can only be controlled in terms of
distribution, maintenance and impact (Faisal et al., 2010). The use of experimental methods is
also supported, among others because of the absence of appropriate instruments to identify forms
of ethnic stereotyping, and then measures the level of stereotypes, especially in multi-ethnic
communities in Malaysia.

330


A study by Yasmin and Najeemah (2010) found that ethnic boundaries in the vernacular
schools were one of the factors that impede social interaction between students of various ethnic
groups in Malaysia. The ethnic boundaries limit social interaction among students of different
ethnic groups, thus enhancing stereotypes and social distance.
Arfah (2013) argued that the prejudice is still wide spreading among the Malaysians as a
result of unresolved historical, political and socio-economic issues. According to her, scholars
have proposed several approaches to reduce prejudice including dialogue based on the contact
hypothesis. Contact hypothesis (Allport, 1954) suggest any relationship that takes place under
conditions (the same status, the same goals, interaction cooperation and support from the
authorities) can generate learning and understanding of others, thus leading to a reduction in
prejudice.
According to Najeemah (2012), there are several factors that affect social interaction,
which is a language, ethnic boundaries, ethnic identity, social distance, the patterns of friendship,
prejudice, stereotypes and family background. Language is a tool to communicate, as well as as a
symbol to describe the pattern of social integration. Whereas, ethnic boundary is social
interaction patterns that reinforce internal group identity, ethnic identity and social distance
among the various ethnic groups contributed to the level of social interaction.
A study by Nikitina & Furuoka (2013) about stereotypes among young Malaysian
Chinese found that stereotypes exist in various aspects such as culture, politics, language,
history, climate, landscape, economic, religious and members of the Chinese community.
Overall, the stereotypes do exist among the young generation of Malaysia. Among the main ones
are the stereotypes about the traditional culture, popular culture and cultural symbols in Chinese
community. One interesting finding is transnational popular culture plays an important role in the
formation of the stereotyped image of the Malaysian Chinese. While Kamarul Zaman (2012) in
his study of stereotypes in the area of communications in Malaysia found that men are more
likely to have gender stereotypes to groups of other men and women.
Faisal et al. (2010), in their studies of the stereotypes among Malaysian Chinese students
found that stereotypes can be categorised into several typess, including food, physical
appearance, current issues, as well as beliefs and attitudes. Their study focused on types of
stereotypes without measuring the level of stereotypes among the respondents.

331


Khalim et. al (2010) in their study found that there are differences in perceptions among
different ethnic aspects related to culture, identity and stereotypes. The study showed that
prejudices and stereotypes among Malaysian youth are at low level. Their study also found that
the youth are less interested in prejudices and stereotypes.
In her study on polarization and inequality between the two main ethnic groups in
Malaysia, Indonesia and China, Noraini (2007) found that racial prejudice continues to be a
problem even after 50 years of independence and 37 years since the implementation of the New
Economic Policy. The study also found that both groups exhibit greater social distance between
groups from within the group. In terms of attitude, it also found that the Chinese to be less
prejudice against the Malay. They believe that tolerance and understanding should be enhanced
in reducing racial tensions. Further, the Chinese suggest that equality should be regarded as the
main pillar in bridging the inter-ethnic relations.
In a study by Rabushka (1969), the Chinese in Malaysia are found to be more
ethnocentric than the Malays and at the same time more tolerant of them than are Malays of
Chinese. The explanation of this duality may lie in the Chinese historical experience. Being the
descendants of the dominant Asian civilisation, they are more self-confident, more cosmopolitan
and more accustomed to dealing with outsiders. In any event, distrust and hostility seem to be
more characteristic of Malays than of Chinese.
Preliminary enquiry into negative perceptions of Malays boiled down to one single
factor; the relatively slower socio-economic development of Malays compared to other ethnic
groups, especially in Singapore where the progress of each ethnic group is chartered on an
annual basis. Considerably, this slower Malay socio-economic progress had been attributed by
segments of Singaporeans in the community to their deficient culture (i.e. lazy, non-priority
towards education, unpersevering which at times, are even indicative of inherent biological
flaws) (Mahathir, 1970; Wan Hussin, 1990; Senu, 2004).
Stereotypes can serve as indexes of the consensus between group members concerning
the attribution of particular characteristics to specific targets. Researchers have suggested that the
measurement and documentation of stereotypes have considerable social significance and it is
essential to a complete analysis of international relations and issues of stereotype contents. Thus,
much of the research in the field has adhered to a format in which respondents from various

332


populations have been asked to characterise a variety of ethnic, national and socioeconomic
groups, the choice of samples and target groups being dependent upon the prevailing associated
with the development of government policies (McTiernan & Knox 1979).

Assessing Ethnic Stereotype in Malaysia


This study applied the qualitative and quantitative methods in the collection and analysis
of data. Firstly, semi-structured type interview were conducted. Participants were interviewed
individually. Face-to-face interview technique was chosen rather than more impersonal survey
modes to increase the quality of the data. Face-to-face contact enabled the interviewer to
establish rapport with participants, respond to queries, and explain the meaning of the questions
when needed. The respondents were asked “What do you think about the Malay/ Chinese/
Indian?” etc. The answers were recorded and jotted down. The findings will be analyzed and the
redundancy will sorted out at few levels. The findings from the interviews were later sorted and
analysed by categorising them into groups based on age factor segregated by ethnicity. The data
then sorted over five stages.
Then, the sorted findings from the interviews were converted into a survey questionnaire.
The survey items were later taken to four experts in the area of study for verification and
validation, and were sorted out once again, as a result to the responds of the experts.
Steps taken in the development of instruments:
Step 1- Background
In this initial step, the purpose, objectives, research questions, and hypothesis of the
proposed research are examined. Determining who the audience, their background, especially
their educational/readability levels, access, and the process used to select the respondents
(sample vs. population) are also part of this step. A thorough understanding of the problem
through literature search and readings is a must. Good preparation and understanding of Step1
provides the foundation for initiating Step 2.
For this qualitative approach, the respondents who took part in the survey consist of the
Malay, Malaysian Chinese and Malaysian Indian from diverse socio-economic status aged
between 15-60 years, residing in rural, sub-urban and urban areas. 3200 respondents were being
interviewed. The interviews were conducted in Bahasa Melayu. The individual findings of the

333


interviews were later triangulated by doing cross-reference based on age categorizations.
Step 2 - Questionnaire conceptualization
After developing a thorough understanding of the research, the next step is to generate
statements/questions for the questionnaire. In this step, content (from literature/theoretical
framework) is transformed into statements/questions. In addition, a link among the objectives of
the study and their translation into content is established. For example, the researcher must
indicate what the questionnaire is measuring, that is, knowledge, attitudes, perceptions, opinions,
recalling facts, behavior change, etc. Major variables (independent, dependent, and moderator
variables) are identified and defined in this step.
Step 3 - Format and data analysis
In Step 3, the focus is on writing statements/questions, selection of appropriate scales of
measurement, questionnaire layout, format, question ordering, font size, front and back cover,
and proposed data analysis. Scales are devices used to quantify a subject's response on a
particular variable. Understanding the relationship between the level of measurement and the
appropriateness of data analysis is important. For example, if ANOVA (analysis of variance) is
one mode of data analysis, the independent variable must be measured on a nominal scale with
two or more levels (yes, no, not sure), and the dependent variable must be measured on a
interval/ratio scale (strongly agree to strongly disagree).
Step 4 - Establishing validity
As a result of Steps 1-3, a draft questionnaire is ready for establishing validity. Validity is
the amount of systematic or built-in error in measurement (Norland, 1990). Validity is
established using a panel of experts and a field test. Which type of validity (content, construct,
criterion, and face) to use depends on the objectives of the study. The following questions are
addressed in Step 4:
1. Is the questionnaire valid? In other words, is the questionnaire measuring what it intended
to measure?
2. Does it represent the content?
3. Is it appropriate for the sample/population?
4. Is the questionnaire comprehensive enough to collect all the information needed to
address the purpose and goals of the study?

334


5. Does the instrument look like a questionnaire?
6. Addressing these questions coupled with carrying out a readability test enhances
questionnaire validity. Now the questionnaire is ready for pilot test.

Step 5 - Establishing reliability


In this final step, reliability of the questionnaire using a pilot test is carried out.
Reliability refers to random error in measurement. Reliability indicates the accuracy or precision
of the measuring instrument (Norland, 1990). The pilot test seeks to answer the question; does
the questionnaire consistently measure whatever it measures?
Further, a pilot study was conducted to test the validity and the reliability of the
instrument. The pilot study was carried out in Selangor involving 200 respondents. The data was
analysed using SPSS V20. The reliability of the instruments was analyzed using Cronbach's
alpha and construct validity was carried out based on the correlation between item-total score.
Factor analysis will be conducted to analyze the dimensions, as well as to determine the
relationship between variables. Finally, only items surpassed the level of reliability (alpha>
0.70), correlation item-total score (p> 0.30) and significant factor loadings (<0.30) accordingly
was remained.
Table 1 below shows some stereotypes gathered in Ethnic Stereotypes in Malaysia
(ESTIMA) based on ethnic background:

Table 1: Ethnic stereotypes


No. Malay Chinese Indian
1. Orang Melayu suka bergaduh Orang Cina tidak berminat Orang India fanatik dalam
dalam hal keagamaan dengan agama aspek keagamaan
2. Orang Melayu pemalas Orang Cina suka Orang India tidak
mempersendakan agama berdisiplin
3. Orang Melayu sombong Orang Cina tidak peduli Orang India banyak terlibat
tentang sensitiviti agama lain dengan jenayah
4. Orang Melayu bersikap Orang Cina suka bersikap Orang India suka bersikap
perkauman perkauman perkauman
5. Orang Melayu tidak suka Masyarakat Cina semakin
bergaul mesra dengan etnik terhakis nilai tradisi mereka
lain
6. Orang Melayu suka
mengumpat
335


7. Orang Melayu tidak menepati Orang Cina suka menganggap Orang India gemar untuk
masa diri mereka lebih baik memperbesar-besarkan hal
daripada etnik lain yang kecil
8. Orang Melayu tidak menepati Orang Cina suka berpuak- Orang India suka bergaduh
janji puak dalam pergaulan disebabkan politik
seharian
9. Orang Melayu tidak amanah Orang Cina hanya menjaga Orang India suka bersikap
kebajikan masyarakat etnik fanatik dalam berpolitik
sendiri sahaja
10. Orang Melayu suka memberi Orang Cina suka bersikap Orang India biadap di jalan
alasan kiasu raya
11. Orang Melayu suka lambat Orang Cina pengotor Orang India pengotor
membuat kerja
12. Orang Melayu suka Orang Cina tidak suka mandi Orang India suka bersikap
mengampu pagi kasar
13. Orang Melayu suka Orang Cina suka menipu Orang India
berprasangka dalam perniagaan menjengkelkan dalam
berfesyen
14. Orang Melayu mengamalkan Orang Cina suka Orang India
kronisme mengamalkan kronisme kebanyakannya
berpendapatan rendah
15. Orang Melayu terlalu Orang Cina tidak menyokong Ramai orang India tinggal
mengharapkan kerajaan untuk produk kaum lain di kawasan setinggan
mendapatkan sesuatu

Conclusion
Stereotypes are closely related to social tolerance. Stereotyping leads to racial prejudice
when people emotionally react to the name of a group, ascribe characteristics to members of that
group, and then evaluate those characteristics (Katz & Braly, 1935). In the Malaysian context,
stereotypes will lead to a bad impression to all ethnics, if stereotypes still exist as a culture which
was developed since the British colonisation (Khalim Zainal, et. al, 2010). Since then till the era
of “One Malaysia”, a lot of programmes have been implemented by the Malaysian government
in curbing negative attitudes such as stereotypes and prejudice towards each other from the
different ethnic groups that could lead to ethnic sensitivities. ESTIMA is an instrument
developed to provide alternative method in understanding ethnic stereotyping which will
measure quantitatively the reality of the Malaysian society. The findings indicated that ethnic
stereotypes among the three major ethnics namely Malay, Chinese and Indian could create
negative perceptions among them and thus if the new generation the so-called Y-generation

336


persists and maintains in their mindset, it will set a block of mind in curbing unity among
Malaysians. Thus, One Malaysia will remain only as a slogan not a reality. In conclusion,
findings from ESTIMA will prepare the society from creating such stereotyping statements
which in turn will boost unity among Malaysian.

Refrences
Allport, Gordon W. 1954. The nature of prejudice. Cambridge, MA: AddisonWesley.

Arfah Ab. Majid. 2013. Inter-Religious Dialogue in Malaysia and Prejudice Reduction: A
Preliminary Survey. Proceeding of the International Conference on Social Science
Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8), 4-5 June 2013, Penang

Ashmore R.D. and Del Boca, F.K. 1981. Conceptual approaches to stereotypes and stereotyping,
in Cognitive Processes in Stereotyping and Intergroup Behaviour, D.L. Hamilton (ed.),
Hillsdale, NJ: Erlbaum

Asmah Hj Omar (ed.). 2005. Verbal Habits of the Malays: Portrayals by Western Writers, in
Malays Images, Institute of Malay Civilisation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bodenhausen, Galen V. 1988. Stereotype biases in social decision making and memory: Testing
process models of stereotype use, Journal of Personality and Social Psychology, 55 (5),
726-737

Brigham, J.C. 1971. Ethnic stereotypes. Psychological Bulletin, 76, 15-38.

Crisp, R.J., and Hewstone, M. 2007. Multiple social categorization. In M. P. Zanna (Ed.),
Advances in Experimental Social Psychology, 39, 163–254. Amsterdam, The
Netherlands: Elsevier

Devine Patricia G. 1989. Stereotypes and prejudice: their automatic and controlled components.
Journal of Personality and Social Psychology. 56 (1), 5-18

Faisal Ibrahim, Norhayati Abdul Manaf, Thong Lai Kit, Ezhar Tamam, Khairul Hilmi & Zalina
Darman. 2010. Re-Visiting Malay Stereotypes: A Case Study among Malaysian and
Indonesian Chinese Students. SEGi Review. 3(2), Dec 2010, 153-163.

Fiske, S. T., and Taylor, S. E. 1991. Social Cognition (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

Galinsky, A. D. and Moskowitz, G. B. 2000. Perspective-taking: Decreasing stereotype


expression, stereotype accessibility, and in-group favoritism. Journal of Personality and
Social Psychology, 78(4), 708-724

337


Gardner, Robert C. 1994. Stereotypes as consensual beliefs, in The psychology of prejudice: The
Ontario Symposium, Zanna, M.P. and Olson, J.M. (eds.), Hillsdale, NJ: Erlbaum, 7, 1-31

Haslam, Alexander S. 2001. Psychology in Organisations, The Social Identity Approach.


London: Sage Publications.

Kamarul Zaman Ahmad. 2012. An Empirical Test of the Propositions by Gray and Tannen
Relating to Gender Communication in Malaysia. Asian Social Science, 8(11), 250-263.
Katz, Daniel and Braly, Kenneth W. 1935. Racial prejudice and racial stereotypes. Journal of
Abnormal and Social Psychology. American Psychological Association. 30 (2), 175-193

Khalim Zainal, Taip Abu and Zulkifli Mohammad. 2010. The effect of ethnic relations course on
the students perceptions towards ethnic relations among first year students of one public
university in Malaysia. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 2(2), 3596-3599.

Lepore, L. and Brown, R. 1997. Category and stereotype activation: Is prejudice


inevitable? Journal of Personality and Social Psychology, 72, 275-287.

LeVine R.A and Campbell, D.T. 1972. Ethnocentrism: Theories of conflict, ethnic attitudes, and
group behavior. New York: Wiley

Mahathir bin Mohamad. 1970. The Malay Dilemma: D. Moore for Asia Pacific Press

Martin, James G. 1964. The Tolerant Personality, Detroit: Wayne State University Press

McCauley, C. and Stitt, C. L. 1978. An individual and quantitative measure of stereotypes.


Journal of Personality and Social Psychology, 36, 929-940.

McTiernan, T.J. and Knox, R.E. 1979. Irish Students’ Stereotypes about Some National and
Subnational Groups within Ireland and Great Britain. Social Behavior and Personality,
7(1), 49-64

Najeemah Mohd Yusof. 2012. Study of social interaction among students of Vision Schools in
Malaysia, Asian Ethnicity, 13(1), 47-73

Nikitina, L. and Furuoka, F. 2013. Dragon, Kung Fu and Jackie Chan…: Stereotypes about
China Held by Malaysian Students. TRAMES, 2013, 17(67/62), 2, 175–195

Noraini M. Noor. 2007. Polarisation and inequality in Malaysia: The future of Malay-Chinese
relations. Intellectual Discourse, 15(2), 191-204.

Norland-Tilburg, E. V. 1990. Controlling error in evaluation instruments. Journal of Extension,


28(2). Available at http://www.joe.org/joe/1990summer/tt2.html

338


Olson, J.M. and Zanna, M.P. 1993. Attitude and attitude change, Annual Review of Psychology,
44, 117-154

Pettigrew, T.F. and Tropp, L.R. 2006. A meta-analytic test of intergroup contact theory. Journal
of Personality and Social Psychology, 90, 751-783

Rabushka, Alvin, ‘Integration in a multi-racial institution: ethnic attitudes among Chinese and
Malays students at the University of Malaya’, Race. July 1969, 53-63

Senu Abdul Rahman. 2004. Mental Revolution: Pelanduk Publications

Shamsul, A.B. 1997. The making of a “Plural” Malaysia: A brief survey. In Emerging Pluralism
in Asia and the Pacific, David Y. H. Wu, Humphrey McQueen & Yamamoto, Yasushi
(eds). The Chinese University of Hong Kong: Hong Kong Institute of AsiaPacific

Steele, Claude and Joshua Aronson. 1995. Stereotype Threat and the Intellectual Test
Performance of African Americans. Journal of Personality and Social Psychology, 69
(5): 797 – 811.

Taylor, David and Moghaddam, Fathali M. 1994. Theories of Intergroup Relations:


International Social Psychological Perspectives, Praeger: London

Wan Hussin Zoohri. 1990. The Singapore Malays: The Dilemma of Development. Singapore
Malay Teachers' Union

Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. 2010. Ethnic Boundary among Students in Malaysian
Primary Schools and Social Interaction: A Conceptual Framework. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 7(C) (2010) 82–91

339

You might also like