You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN

BERIS KUBOR BESAR


16350 BACHOK, KELANTAN
Email : skbkb0007@gmail.com
No. Tel: 09-7649606 No. Tel: 09-7649969

PROGRAM
kEJURULATIHAN
HOKI
SK. BERIS KUBOR
BESAR
PROGRAM KEJURULATIHAN HOKI

1.PENDAHULUAN.

Program kejurulatihan sukan hoki yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah diharap
berjaya meningkatkan mutu prestasi para guru dalam sistem latihan dan taktikal yang sebenar
dalam permainan hoki.. Dengan terlaksananya program ini yang akan dilaksanakan secara
teori dan praktikal di lapangan akan dapat meningkatkan kemahiran di kalangan guru untuk
memperturunkan ilmu kepada pelajar-pelajar.

Di harap program kejurulatihan yang diadakan ini akan dapat melahirkan lebih ramai guru
yang mempunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf oleh Persatuan Hoki Kelantan dan juga
Persatuan Hoki Malaysia. Secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pemain dalam
kejohanan yang akan disertai dan seterusnya menempatkan nama Sk. Beris Kubor Besar
antara nama besar dalam sukan hoki di PPD Bachok dan juga Negeri Kelantan.

Semasa sesi kejurulatihan diadakan pemantauan dibuat agar program yang dijalankandapat
berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan

Pihak sekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan lebih ramai
guru yang bekemahiran tinggi dalam sistem kejurulatihan hoki dan seterusnya
meningkatkan pencapaian sukan hoki sekolah.

2.RASIONAL

1. Ramai guru di Sk. Beris Kubor Besar yang berminat dalam sukan hoki

2. Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar sudah mempunyai pasukan hoki antara 10 terbaik
di PPD Bachok

3. Pencapaian dalam bidang hoki di tahap suku akhir di peringkat PPD Bachok boleh di
tingkatkan jika mempunyai jurulatih yang berpengalaman.

3. Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta
daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui program guru dan murid yang
lebih terancang dan bersepadu.
4. Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan
bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam kemahiran sukan hoki yang dinamik dan
progresif.

5. Memperkasakan dan mengangkat Sk. Beris Kubor Besar selari dengan hasrat kerajaan 1
Murid 1Sukan.

3.MATLAMAT.

1. Mempertingkatkan keupayaan dan kecemerlangan dalam sukan hoki sehingga ke peringkat


kebangsaan berorentasikan proses kejurulatihan dan bimbingan yang terancang dan
berkesan.

2. Meningkatkan strategi serta corak permainan para pemain sekolah melalui program yang
telah dirancag. .

4.OBJEKTIF.

1. Melahirkan lebih ramai guru mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Persatuan Hoki.

2. Melahirkan pemain yang cemerlang di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Kelantan dan seterusnya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

3. Untuk meningkatkan dan memantapkan lagi mutu kejurulatihan.

4. Untuk menjulang dan memartabatkan lagi nama sekolah di peringkat Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Kelantan dan juga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

5. Mewujudkan keseimbangan antara perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum pelajar


selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5. TUJUAN PROGRAM

1. Memberi satu panduan kepada seseorang guru yang tidak pernah berminat dengan sukan
hoki agar terlibat secara langsung dengan sukan ini.
2. Mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik ansur maju aktiviti mudah kepada
kemahiran yang lebih tinggi.
3. Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip
mekanik secara berterusan.
4. Mendedahkan kepada pelajar kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif.
5. Melahirkan jurulatih dan pemain-pemain yang bersikap positif .

6. TEMPAT PROGRAM

Padang Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar Bachok Kelantan.

7. TARIKH PROGRAM

21 -22 September 2018 ( Jumaat-Sabtu)

8. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Mat Nawang bin Jaaih ( Guru Besar )

Pengerusi : Pn. Arita Azlin bt. ( Pk. Kokurikulum )

Tim. Pengerusi 1 : Tn. Hj. Zakaria b. Mamat ( Pk. Pentadbiran )

Tim. Pengerusi 11: En. Mohd Nasir bin Abdullah ( Pk. Hem )

Penyelaras : En. Mohd Jamil b. Ahmad ( Guru Perantisan 2 )

Setiausaha : Pn. Rosnani bt Alias ( Setiausaha Ko. )

Bendahari : Pn. Rosmawati bt. Che Omar

AJK. : 1. En. Roslan b Omar

: 2. En. Nohd Zaki b Jaafar

: 3. En. Zunaidi b Sa’ai.


8. SASARAN

1. Guru Sk. Beris Kubor Besar- 40 orang

2. Guru Sk. Kubang Golok – 5 orang

3. Guru Sk. Pak Pura – 5 orang

4. Guru Sk. Badak – 5 orang

5. Guru Sk. Perupok – 5 orang

9. SUMBER KEWANGAN

1. Memohon sumbangan daripada sektor swasta dan tokoh usahawan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Bayaran Jurulatih :

4 orang x RM50.00 = RM200.00

9.2 Minuman Peserta :

60 orang x RM1.00 X 2 Hari = RM 120.00

9.3 Minuman Jurulatih dan guru:

4 orang x RM.500 x 2 Hari = RM 40.00

9.4 Makan tengahari peserta

60 orang x RM4.00 x 2 hari =RM480.00

9.5 Sijil

60 orang x RM1.00 =RM60.00

9.6 Cenderahati perasmi =RM50.00

JUMLAH RM 950.00
JADUAL KEJURULATIHAN

Hari/ 8.00-9.30 9.30- 10.00-12.00 12.00- 3.00-4.30 4.30 5.00-6.00


10.00 3.00 -
Masa
5.00
PENDAFTARAN Kemahiran Permainan kecil

Taklimat oleh R Peralatan hoki dan R Menahan dan R -pertandingan


Pemakaian Gol menolak bola dalam
Jumaat Guru Besar E E E
Kepper. kumpulan.
Membawa
21.9.18 Sk.Beris Kubor H H H
Oleh=ZB bola Oleh = ZB
Besar
A A berpasangan A
dan individu
T T T
Oleh : SY

Komponen Tackling Kemahiran 4 vs 4


kecergasan Asas
-Sweeping Tackle Dalam kawasan
-Menggunakan Long Corner 20 meter yang
R -Indoor Tackle. R R
bola dikhaskan
Short Corner
Sabtu E -Chip Shot E E
Kemahiran Asas
Flick.
22.9.18 H -Bunt Shot H H
1.Indian Dribble Penutup dan
Oleh = HH
A Oleh = KY A A penyampaian
2.Close Dribble
cenderahati
T T T
3.Loose Dribble
Tn. Hj. Mohd
Oleh = SY Faizul b. Yusof

(Ketua PPD
Bachok)

EN. S. BIN YAHYA SYAM = SY EN. KAMALUDDIN B. YUSOF = KY

EN. ZAKUAN B. ABU BAKAR =ZB EN. HASNIZAM B HASSAN = HH

KESIMPULAN.
Dengan wujudnya kem kejurulatihan hoki ini akan dapat melahirkan lebih ramai guru hoki
yang berkemahiran tinggi dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 1 murid 1
sukan akan tercapai. Ia juga dapat memberi perangsang kepada guru dalam meneruskan
latihan pada masa akan datang. Dengan program sebegini ia akan meletakkan nama Sk. Beris
kubor Besar anatar sekolah yang disegani dalam sukan hoki. Dan diharap juga Sk. Beris
Kubor Besar akan menjadi Johan Hoki peringkat PPD dan seterusnya peringkat MM.
Kelantan.

You might also like