You are on page 1of 15

SMK MERSING

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (MEI) 2014


PERDAGANGAN (KERTAS 2)
TINGKATAN 4
(2 JAM )

Bahagian A
[ 75 Markah ]
Jawab mana-mana tiga soalan sahaja

1. (a) Keperluan fisiologi dan keperluan sosial merupakan tahap dalam Hieraki
keperluan Maslow. Jelaskan kedua-dua tahap tersebut.
[ 4 markah]

(b) i. Hasil tuaian kapas diproses menjadi benang. Benang ditenun untuk ditukar
bentuknya menjadi kain.

Nyatakan jenis nilai faedah di atas. [1 markah]

ii. Selain daripada jenis nilai faedah di b (i), terangkan dua jenis nilai faedah
yang lain dalam pengeluaran.
[ 4 markah]
(c) Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran.

Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu.


[6 markah]
(d) Pernyataan i dan pernyataan ii dibawah merujuk kepada pengkhususan
dalam pengeluaran.

PERNYATAAN
i – Kilang perabot menggunakan mesin secara intensif untuk pengeluaran
1
secara besar-besaran.
ii – Azmi seorang guru manakala adiknya seorang doktor.

Jelaskan mengapa wujudnya pengkhususan dalam pernyataan i dan ii. [4 markah]

(e) Terangkan tiga kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran. [6markah]

2. (a) Bubble Cream Ice ialah sebuah syarikat baru yang mengeluarkan dan
mengedarkan ais krim berjenama Topper di Selangor.

i. Berdasarkan situasi di atas, berikan dua contoh bantuan perniagaan yang


diperlukan oleh syarikat tersebut untuk melancarkan aktiviti perniagaannya.
[2 markah]
ii.Huraikan bantuan perniagaan di atas.
[4 markah]

(b) Gambar rajah 2 dibawah menunjukkan seorang tukang jahit menyerahkan


Pakaian yang telah dijahit kepada seorang pelanggan.

i. Apakah maksud saluran agihan dan namakan jenis saluran agihan yang terlibat
dalam situasi itu.
[2 markah]

ii. Terangkan dua sebab saluran tersebut digunakan. [4 markah]

(c) Pasar raya besar( hyper market) dan gedung aneka jabatan adalah antara jenis
perniagaan runcit.
Jelaskan jenis perniagaan runcit tersebut beserta dengan contoh.
[8 markah]
(d) Bagaimanakah sistem e-dagang dijalankan?
[5 markah]

2
3.(a) Terangkan dua fungsi peruncit kepada pengguna. [4 markah]

(b) Terangkan tiga kelebihan pasaraya besar kepada pengguna. [6 markah]

Perniagaan X Perniagaan Y

(c) Berdasarkan gambar di atas nyatakan perbezaan dua jenis perniagaan dalam negeri.
[4
markah]
(d) Maklumat yang berikut berkaitan dengan dua perniagaan runcit.

Mengendalikan sebuah kedai Mengurus sebuah kedai pelbagai


runcit yang menjual pelbagai jenis jenis dan jenama pakaian lelaki. Di
barangan keperluan seperti beras, samping itu, beliau juga menjual
gula, garam sabun mandi, dompet dan tali pinggang lelaki.
makanan dalam tin dan minuman
ringan.

Peruncit A Peruncit B

Nyatakan dan huraikan dua jenis pemborong yang paling sesuai untuk membekalkan
stok untuk kedua-dua peruncit diatas. [5 markah]

e) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan borong.

Beberapa perkembangan telah berlaku dalam dunia perniagaan masa kini


yang menyebabkan diambil oleh perniagaan runcit lain.
3
Terangkan keadaan yang menyebabkan berlaku pengambilalihan fungsi pemborong.
[6 markah]

4 (a) Terangkan peranan pemborong jober para? [5 markah]

(b) Nyatakan dan huraikan fungsi pemborong kepada peruncit . [6 markah]

(c) i ) Terangkan maksud sebut harga? [2 markah]

ii ) Berikan dua syarat masa serahan bagi maklumat yang terkandung dalam sebut
harga. [2 markah]

iii) Nyatakan perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai. [4 markah]

( d ) Soalan ( i ) dan ( ii ) berdasarkan invois

Pemborong Al-Malik
  Faizal  
  No 33, Masai, Johor  
Tel: 07-3860600  
 
  Kepada: INVOIS  
  Tuan Pengurus  
  Kedai Runcit Berjaya  
  18 B, P. Gudang No. 01/4353  
  Johor Tarikh : 18 Januari 2014
   
  No Rujukan Kuantiti Perkara Harga/Unit Jumlah  
  F 01 Beras Cap 10 20.00 200.00  
    Rambutan        
  F 08 Beras Cap 20 30.00 600.00  
    Bulan        
          800.00  
  Diskaun niaga : 10% 80.00  
  Jumlah Bersih     720.00  
   
  Syarat : 5% 10 hari  
2 % 30 hari  
 
Serahan :
  Angkutan dibayar  
  K & K di K (Pengurus)  

4
(i) Berikan dua sebab mengapa invois dikeluarkan. [2 markah]

(ii)Hitungkan jumlah yang perlu dijelaskan jika bayaran dibuat pada 25 Januari 2014.
[4 markah]

5. Syarikat Putri Perak ialah sebuah syarikat yang bermodal sederhana


mengeluarkan barang makanan berasaskan soya seperti kicap dan tauhu. Syarikat
ini menjual hasil keluarganya kepada pemborong yang akan mengedarkannya
kepada peruncit di seluruh Malaysia.

Berikut merupakan petikan dokumen urusniaga syarikat dengan salah satu


daripada pemborongnya.

Syarikat Putri Perak


Lot 736, kg Rinching Hulu
43 500 Semenyih
Selangor
Tel : 03-87232221

Kepada
Pemborong Suria Cahaya
28, Jalan Meru
Klang, Selangor
Tarikh : 16/8/2014
No. Pesanan Tuan : 6/2014
No. Invois : A922
Tarikh Butir-butir Jumlah (RM)

6 Jun Bayaran terkurang atas 25 botol kicap pekat


2014 yang tidak diinvoiskan 42.50
Kurang 10% diskaun niaga. 4.25
38.25

(Ringgit : Tiga puluh lapan dan dua puluh lima sen sahaja)

Pengurus K & K di K

(a) Berdasarkan kes tersebut,jawab soalan-soalan berikut:


Berdasarkan dokumen perniagaan diatas,
5
i. Namakan dokumen tersebut.
[1 markah]
ii. Mengapakah dokumen tersebut dikeluarkan?
[4 markah]

(b) Gambar berikut menunujukkan sejenis produk yang menggunakan kaedah jualan
prabayar.

a)Nyatakan dua kekurangan keadah jualan tersebut kepada:


i. Pengguna [2 markah]
ii. Penjual [2
markah]
b) Terangkan kebaikan jualan kredit secara sewa beli kepada penjual dan pembeli.
[5
markah]
c) Terangkan kaedah jualan yang berikut:
i) Jualan tunai [4 markah]

ii) Jualan konsainan [4 markah]

iii) Jualan kredit [3 markah]

6
Bahagian B
[ 25 Markah ]
Soalan ini wajib dijawab.

Ah Chong adalah seorang nelayan di Hulu Selangor.Saban hari Ah Chong turun ke laut dengan
motobotyang dibeli menggunakan pinjaman bank.Dia dibantu oleh anak saudaranya.Semua hasil
tangkapnya dijual kepada para pemborong yang datang dari Kuala Lumpur

Semenjak dua tahun yang lepas,, kehidupan Ah Chong sudah berubah.Ah Chong tidak
lagi menjual hasil tangkapannya kepada para pemborong.Dia menyahut baik saranan salah
seorang anak saudaranya di Kuala Lumpur yang telah menasihatinya supaya menghasilkan
keropok ikan dan udang daripada hasil tangkapannya.

Ah Chong telah mendapat pinjaman daripada sebuah bank untuk tujuan tersebut.Beliau
telah meminta pertolongan seorang kawan dari Kuantan yang pernah berkecimpung dalam
industri penghasilan keropok untuk membantunya memulakan kilang penghasilan
keropok.Rakanya itu bersetuju untuk menguruskan kilang keropok Ah Chong.

Langkah pertama yang diambil oleh rakannya itu ialah dengan menghubungi seorang
pegawai di MARDI untuk mengubahsuaikan beberapa mesin yang dibeli agar dapat
menghasilkan keropok ikan dan udang yang bermutu tinggi.

Kebanyakan keropok yang dihasilkan dijual kepada para peruncit kecil-kecilan di


kawasan Hulu Selangor, Batang Berjuntai, dan Rawang.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan – soalan yang berikut:

a) i. Nyatakan jenis pengeluaran yang diceburi oleh Ah Chong [1 markah]


ii. Jelaskan kelebihan jenis pengeluaran tersebut [7 markah]

b) Apakah faktor-faktor yang terlibat dalam penghasilan keropok oleh Ah Chong?


Berikan satu contoh.
[8 markah]
c) Ah Chong terlibat dalam tiga bidang pengeluaran.Terangkan bidang pengeluaran tersebut
serta contohnya.
[9 markah]

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………................................. ……………………… ……………………..


(Pn.Mursalina Irmanira Bt Alias) (En Saiful Adree Bin Salleh ) (En Hj Zulkiflee Bin Zawawi )
Guru Matapelajaran Perdagangan Ketua Panitia Perdagangan Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional
7
SMK Mersing SMK Mersing SMK Mersing
SKEMA PERMARKAHAN
1.(a)keperluan fisiologi
-terdiri daripada keperluan asas dan keselamatan iaitu ingin bebas dari sebarang
ancaman (1m)
-contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal (1m)
-contoh keperluan keselamatan ialah perkhidmatan polis, bomba dan polisi
Insurans (1m)
Keperluan sosial
-terdiri daripada keperluan kasih sayang dan penghargaan (1m)
-contoh mendapat kasih sayang daripada ibubapa dan guru (1m)
-contoh penghargaan ialah mendapat pujian daripada guru-guru dan mendapat
anugerah daripada majikan (1m)

(b)i. maksud pengeluaran


-segala aktiviti memproses bahan mentah bagi menghasilkan barang separuh siap
dan bahan siap (1m)
-memenuhi keperluan dan kehendak manusia (1m)
-satu proses penciptaan nilai faedah (1m)

ii.Jenis-jenis nilai faedah


- Nilai faedah tempat (1m) - memindahkan barang ke tempat yang ada
permintaan (1m)

-Nilai faedah bentuk (1m) – mengubah bentuk asal sesuatu keluaran kepada
bentuk yang lebih berguna (1m)
-Nilai faedah milikan (1m) – pertukaran milikan daripada seorang kepada orang
lain yang memerlukan (1m)
-Nilai faedah masa (1m) – menyimpan barang sehingga barang diperlukan (1m)

c) Tiga faktor pengeluaran yang terlibat :


-Tanah (1m) – terdiri daripada sumber semulajadi dan bahan mentah kepada
aktiviti pengeluaran itu (1m)
-contoh laut, ikan dan hasil tangkapan (1m)
-Modal (1m) – wang, peralatan dan jentera yang digunakan untuk aktiviti
Pengeluaran (1m)
-contoh pukat, sampan dan wang untuk membeli peralatan (1m)
-Usahawan (1m) – individu yang menggabungkan factor pengeluaran lain untuk
menghasilkan pengeluaran (1m)
-contoh nelayan itu menggunakan sampan dan pukat untuk menangkap ikan
8
d) Jenis pengkhususan
Pernyataan i
-pengkhususan mengikut proses (1m) – pembahagian kerja di kilang iaitu
pengeluaran dibahagikan kepada beberapa proses (2 m)
Kilang kasut boleh guna mesin (1m)

Pernyataan ii
-pengkhususan mengikut profesion iaitu kerja berdasarkan pengetahuan (1m)
-Azmi guru dan adiknya doktor (1m)

e) Kesan pengkhususan :
-kecekapan dan kemahiran pekerja meningkat kerana melakukan pengulangan
kerja yang sama setiap hari (2m)
-boleh menghasilkan output pada kos pengeluaran yang rendah (2m)
-Menjimatkan penggunaan mesin dalam proses pengeluaran (2m)
-menjimatkan masa – tidak memerlukan masa yang lama untuk melatih pekerja
Kerana pekerja hanya perlu mengetahui satu-satu proses pengeluaran (2m)
-produktiviti pekerja meningkat dan pengeluaran lebih berkualiti (2m)

2. (a) Pengangkutan (1m)


Komunikasi (1m)

Ii pengangkutan
-membolehkan barang yang berlebihan dihantar ke tempat yang mengalami
kekurangan (1m)
-contoh :jalan darat, laut, udara dan saluran paip (1m)
Komunikasi
-membantu menyebar/menerima/penyampaian maklumat (1m)
-contoh : telefon, faksimili dan telefaks (1m)
Perbankan
-kemudahan pembayaran seperti cek dan pindahan kredit (1m)
Insurans
-memberi perlindungan daripada sebarang rsiko yang boleh diinsuranskan. (1m)
-gantirugi dapatmemulihkan kepada kedudukan asal (1m)
-Dapat berniaga dengan lebih yakindan berani mengembangkan perniagaan (1m)
-mewujudkan peluang pekerjaan (1m)
Pergudangan
-pengeluaran secara besar-besaran dan berterusan dapat dilakukan (1m)
-dapat menyimpan bekalan yang berlebihan bagi menjamin bekalan yang
berterusan (1m)
-dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran bagi menstabilkan harga barang
(1m)
-kerja-kerja akhir dapat dilakukan (1m)
Promosi
-memperkenalkan barangan baru dipasarkan (1m)
9
Dapat member maklumat/penerangan(1m)
-memujuk/mempengaruhi pembeli (1m)

b)i. Maksud saluran agihan


-proses pengedaran barangan daripada pengeluar kepada pengguna akhir (1m)
- Jenis saluran agihan – pengeluar ---------------------pengguna (1m)

ii.Alasan :
-sejenis perkhidmatan yang melibatkan produk tempahan khas spt menjahit
pakaian. ((2m)
-Menepati sasaran pasaran iaitu mengikut arahan khusus, fesyen dan cita-cita
(1m)

c)kedai sejaras
-kedai rangkaian yang mempunyai lebih 10 cawangan (1m)
-mempunyai tanda perniagaan dan bentuk hiasan yang sama (1m)
-barang jualan terhad kepada suatu jenis sama ada kasut, pakaian,makanan (1m)
-contoh : Kedai Kasut Bata

Koperasi Peruncit
-perniagaaan yagn ditubuhkan oleh sekumpulan ahli secara sukarela berdasarkan
konsep tolong menolong dan bekerjasama demi kepentingan bersama (1m)
-membantu ahli membeli pada harga berpatutan tanpa melalui orang tengah di
samping membantu meningkatkan taraf ekonomi ahli. (1m)
setiap anggota yang menyumbang modal denganmembeli saham koperasi yang
disertainya.(1m)
-cth : koperasi peserta FELDA (1m)

d) Alasan :
perniagaan yang beroperasi melalui internet (1m)
-maklumat dan promosi barang disebarkan ke seluruh dunia melalui internet
(1m)
-peniaga membuat laman web masing-masing (1m)
-peniaga boleh membuat demonstrasi barang dan kesan audio visual (1m)
-menarik pelanggan (1m)
-pelanggan boleh hantar pesanandan dokumen dgn pantas (1m)
-bayaran boleh menggunakan kad kredit/kad prabayar (1m)
-barang dihantar melalui kurier (1m)

3. (a) Dua fungsi


- Menjual barang dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna
- Peruncit akan membeli barang daripada pengeluar atau
pemborong dalam kuantiti yang banyak dan melakukan kerje
memecah pukal
- Menyampaikan maklumat
10
- Peruncit bertindak sebagai orang tengah di anata pengeluar dan
pengguna dan menyampaikan maklumat mengenai barang kepada
pengguna.
(b) Tiga kelebihan pasar raya besar
-Jimat masa dan kos tambang
-Membeli pelbagai barang di bawah satu bumbung dan pengguna
tidak perlu ke tempat lain kerana boleh menggunakan perkidmatan
bank contoh mesin ATM, pejabat pos dan sebagainya.
-Pilihan barang yang banyak dan bermutu
-Pengguna mendapat pilihan barang daripada pelbagai jenis
jenama.
-Kemudahan pembayaran secara kredit
- Pelanggan tyang tidak cukup wang boleh membuat pembayaran
secara kredit.

(c) Mana-mana jawapan yang sesuai


Perniagaan Perniagaan X Perniagaan Y
Jenis -Perniagaan runcit -Perniagaan
borong
Jumlah -Memerlukan modal yang -Memerlukan
Modal besar kerana membeli aaamodal tang
barang secara pukal lebih kecil keran
membeli barang
dalam kuantiti
yang sedikit
Kedudukan -Bertindak sebagai orang -Bertindak sebagai
dalam tengah di antara pengeluar orang tengah di
saluran dan peruncit antara pemborong
agihan dengan pengguna
akhir
Kemudahan Pemborong mempunyai -Tidak mempunyai
pergudangan gudang untuk menyimpan gudang tetapi
barang yang dibeli secara menyediakan
pukal kemudahan di
kedai untuk
keselesaan
pelanggan.

(d) Peruncit A – Pemborong Am


- Pemborong am membeli pelbagai jenis barang untuk
diagihkan kepada peruncit
Peruncit B – Pemborong Satu Barisan
- Pemborong satu barisan membeli dan menjual satu atau
dua jenis keluaran sahaja yang hampir- hampir sama di
antara satu sama lain.
(e) - Kemunculan perniagaan runcit besar- besaran seperti gedung aneka
jabatan, pasar raya, pasar raya besar

11
- Kemunculan perniagaan jualan langsung termasuk perniagaan pesanan
mel, mesin peruncitan automatik, jualan dari rumah ke rumah dan e-
dagang.
- Pengeluar mengadakan rangkaian kedainya sendiri
- Pemborong tidak diperlukan apabila barang perlu dibuat mengikut
tempahan khas daripada pelanggan.

4 ( a ) - Pemborong jober para membekalkan barang ke kedai peruncit tanpa dipesan.


- Barang yang dibekalkan masih di bawah hak milik pemborong.
- Pemborong jober para akan datang ke kedai peruncit untuk menyusun, merekod,
meletak tanda harga dan menggantikan stok yang dipamerkan.
- Pemborong ini membekalkan barang yang terkenal dan promosi telah dijalankan
oleh pemgeluar.

( b ) Kedudukan pemborong penting dalam saluran agihan kerana menjalankan fungsi


asasnya sebagai orang perantaraan di antara pengeluar dengan peruncit. Pemborong
membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang diperlukan
oleh peruncit.

Fungsi pemborong kepada peruncit ialah :


1) Membekal beraneka barang- pemborong dapat membekalkan beraneka jenis
barang dan bekalan stok kepada peruncit. Peruncit tidak perlu mendapatkan
bekalan daripada banyak tempat
2) Memberi kredit – Pemborong membenarkan setiap peruncit membeli secara
kredit. Peruncit dapat menangguhkan bayaran sementara pelanggan membuat
bayaran dan membolehkan peruncit merancang modal pusingan.
3) Menghantar barang kepada peruncit – Peruncit tidak perlu mengambil barang
kerana pemborong menghantar barang ke tempat peruncit. Ini menjimatkan kos
pengangkutan dan masa dapat ditumpukan kepada perniagaan.
4) Menyimpan stok yang mencukupi – Pemborong menyediakan stok yang
mencukupi kepada peruncit menyebabkan pelanggan tidak beralih ke kedai runcit
yang lain.
5) Memberi maklumat dan nasihat – Memberikan nasihat dan maklumat berkenaan
barang baru kepada peruncit yang seterusnya dapat disampaikan kepada
pelanggan.

( c ) ( i ) Sebut harga itanya pembeli.alah dokumen yang menunjukkan harga barang


yang diminta oleh pembeli. Ia dihantar oleh penjual sebagai membalas surat

( ii ) 3 syarat serahan :
a ) Serahan sedia – penjual boleh menghantar barang sebaik sahaja pesanan
diterima.
b ) Serahan segera – penjual akan menghantar barang beberapa hari selepas
pesanan diterima.
c ) Serahan hadapan – Penjual akan menghantar barang pada satu tarikh yang
12
ditetapkan. Ia juga dipanggil serahan tertunda.

( iii ) Diskaun niaga


- Potongan daripada harga yang dinyatakan dalam sebut harga, senarai
harga atau catalok.
- Mengalakkan pembeli membeli dengan banyak.

Diskaun tunai
- Potongan daripada harga bersih di dalam invois
- Diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutangnya dengan segera.

( d ) i ) a ) Sebagai bukti pembeli telah menerima barang tetapi belum membuat


pembayaran.
b ) Sebagai bahan rujukan untuk merekod dalam buku perakaunan.

ii ) 5/100 x RM 720.00 = RM 36.00

RM 720.00 – RM 36.00 = RM 684.00

5.(a)
i. nota debit
ii. Tujuan dokumen itu dikeluarkan ialah
 Memaklumkan akaun telah didebitkan (1m)
 Atau pembeli perlu membuat bayaran tambahan (1m)
 Ini kerana barang yang dihantar kepada pembeli tidak diinvoiskan
(1m)
(maksimum 2m)

iii. -pembeli dikenakan bayran pengangkutan (1m)


-pembeli dikenakan caj kerana gagal menjelaskan hutang dalam tempoh
yang diberikan (1m)

- pembeli gagal memulangkan bekas kosong yang belum dikenakan


bayaran. (1m)
- bayaran serahan / cukai jualan tidak dicatatkan dalam invois. (1m)
- harga dalam invois kurang daripada yang dicatatkan dalam senarai harga.
(1m)
(maksimum 3m)
a) Kekurangan kaedah jualan prabayar kepada
i. Pengeluar
-memerlukan modal yang besar (1M)
-manghadapi risiko penipuan/pemalsuan kad prabayar (1M)
ii. Pengguna

13
-terpaksa menjelaskan keseluruhan harga barang sebelum
menggunakannya (1M)
-tidak dapat memeriksa kualiti barang yang dibeli atau digunakan. (1M)
iii. Kebaikan jualan kredit kepada penjual dan pembeli ialah

-penjual dapat menambah jualan dan keuntungan (1M) kerana barang


yang tidak dapat dijual secara tunai boleh dijual secara bayaran tertunda
(1M)

-penjual dapat mengenakan harga jualan yang lebih tinggi (1M) dengan
mengenakan faedah atas bayaran tertunda (1M)
- pembeli dapat menikmati barang walaupun harga belum dijelaskan (1M)

-barang tidak boleh ditarik balik oleh penjual (1M)

b) Kelebihan francais kepada


i. Francaisor
- dapat mengembangkan perniagaan merangkumi seluruh dunia (1M)
- dapat menikmati ekonomi bidangan apabila skala operasinya menjadi
semakin besar (1M)

ii. Francaisi
- Tidak perlu menanggung belanja promosi (1M)
- Dapat nasihat dan tunjuk ajar daripada francaisor dalam
menjayakan perniagaannya. (1M)

iii. -ejen pengeluar (1M)


-ejen ini dilantik oleh pengeluar tempatan atau luar Negara (1M) untuk
menjual barang keluaran mereka mengikut harga dan syarat yang telah
ditetapkan (1M)

-ejen penjual (1M)


-ejen penjual menjalankan fungsi pemasaran khusus (1M) untuk pengeluar
kecil-kecilan yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran
(1M)

-broker (1M)
-ejen yang mempertemukan pembeli dengan penjual(1M) atau penjual
dengan pembeli(1M)
(maksimum 6M)

Soalan 6

6.a)(i)-peruncit besar-besaran-pasar raya [1 m]


14
(ii)-ciri perniagaan runcit besar-besaran:
-menjual beraneka jenis barangan keperluan di bawah satu bumbung [1m]
-ditubuhkan sabagai sebuah syarikat berhad [1m]
-terletak dilokasi yang strategic,berpenduduk padat [1m]
-dikendalikan oleh kakitangan professional [1m]
-bekalan stok dibeli secara pukal daripada pengilang [1m]
-barangan dijual dengan harga tetap [1m]
-mengamalkan layan diri [1m]
-belian secara tunai/ kad kredit [1m]
-menyediakan pelbagai kemudaha untuk keselesaan pelanggan [1m]

b)(i)pengkhususan mengikut profesion/pekerjaan [1m]


pengkhususan mengikut proses [1m]
(ii)kesan pengkhususan :
-menjimatkan masa [1m]
-meningkatkan kemahiran [1m]
-meningkatkan jumlah pengeluaran [1m]
-menjimatkan kos pengeluaran [1m]
-membolehkan barangan dijual dengan harga yang lebih murah [1m]
-penjimatan dalam penggunaan mesin [1m]

c)Peranan peruncit kepada pengeluar :


-memecah pukal kepada kuantiti yang lebih kecil [1m]
-menjual pelbagai jenis barang dan jenama barang [1m]
-mendirikan premis perniagaan berhampiran pelanggan [1m]
-menguruskan stok – pastikan bekalan mencukupi [1m]
-melakukan kerja-kerja akhir spt letak tanda harga [1m]
-mengagihkan barang produk pemborong kepada pengguna akhir [1m]

d)Jualan konsainan
Cara konsainor membantu peruncit besar-besaran:
-barang yang tidak laku akan dikembalikan kepada konsainor [1m]
-konsaini tidak perlu membayar kos barang [1m]
-konsaini menyedialan tempat menyimpan dan meletak barang tetapi tidak
bertanggungjawab atas kerosakan dan kecurian [1m]
-hak milik dipegang oleh konsainor sehingga barang dijual oleh konsaini kepada
pelanggan [1m]
-konsaini mendapat komisen daripada hasil jualan [1m]

15

You might also like