You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

14000 BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DAN


REKA BENTUK & TEKNOLOGI

KALI KETIGA

BILANGAN 3 TAHUN 2019

Tarikh : 8 Ogos 2019

Masa : 01:40 – 02:40 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1 En. Hassan B. Othman Ketua Panitia TMK Dan RBT


2 En. Nor Aznizan B Che Ya Setiausaha
3 Pn. Rohani Binti Daud Guru TMK & RBT
4 En. Nor Aznizan B. Che Ya Guru TMK & RBT
5 Cik Norain Bt Hussein Guru TMK & RBT
6 En. Zahari B. Saad Guru TMK & RBT
7 Pn. Nazirah Bt. Yahaya Guru TMK & RBT
8 Pn. Anisah Bt. Mohd Shukor Guru TMK & RBT
9 En. Md Akhir B. Odin Guru TMK & RBT
10 En.Muhammad Syawal B Ismail Guru TMK & RBT

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru RBT & TMK kerana sudi
hadir ke mesyuarat kali ketiga ini.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua.

Dicadang : En Nor Aznizan Bin Che Ya

Disokong : Pn Nazirah Binti Yahya

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Peperiksaan untuk matapelajaran RBT dan TMK dijalankan dua kali setahun dalam
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

3.2 Perekodan PBS (Penyelaras sekolah ) untuk matapelajaran RBT bagi tahun 4 , 5 dan 6 perlu
diisi dalam computer desktop dalam Bilik Guru dua kali. Bulan Jun dan Oktober.

3.3 Alatan dan bahan telah dibeli mengikut peruntukan kewangan PCG. Pembelian dibuat
melalui pembekal sekolah. Untuk tahun 6 set kereta matrix. Tahun 5 papan elektronik Ada/Tiada
dan beberapa peralatan tangan yang lain.

AGENDA 4 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

4.1 Pengerusi memaklumkan semua projek RBT berjalan lancar setakat ini.
4.2 Murid perlu menghasilkan folio sebagai tugasan sampingan untuk TMK.
4.3 Semua guru disaran untuk mengutamakan keselamatan dan disiplin murid semasa aktiviti
dijalankan di dalam bengkel RBT dan makmal komputer.

AGENDA 5: PEPERIKSAAN

5.1 Dimaklumkan bahawa peperiksaan RBT dan TMK hanya dijalankan untuk peperiksaan
pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun sahaja.

5.2 Pembahagian markah untuk hasil kerja murid dan peperiksaan bagi RBT dan TMK adalah
seperti berikut :

Hasil kerja/Projek : 40 markah


Ujian bertulis : 60 markah

5.3 Analisa Matapelajaran RBT untuk peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dilampirkan .

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN

6.1 Guru diminta mementingkan keselamatan murid semasa berada di bengkel dan makmal
komputer.

6.2 Pengerusi memaklumkan peralatan di dalam bengkel tidak sewenang-wenangnya boleh di


bawa keluar dari Bengkel RBT . Kerjasama guru amat dihargai.

AGENDA 7: UCAPAN PENANGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir . Mesyuarat di tangguhkan
pada jam 2.40 ptg.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….
(EN NOR AZNIZAN BIN CHE YA) (EN. HASSAN B. OTHMAN)

Setiausaha Panitia RBT/TMK Ketua Panitia RBT/TMK


SK. Bandar Baru Perda SK. Bandar Baru Perda

You might also like