You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak


D/A Pejabat Pendidikan Daerah
Daerah Lubok Antu Tel : Tiada
Faks : Tiada
95900 Lubok Antu Emel : skululemanak@gmail.com

Ruj. Kami : JPS(W)/SKUL(Perj)/153/08/05/09( )


Tarikh : 13.09.2018

Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),


Tingkat 1 dan Mezzanine Bangunan ST3,
No.55, Jalan Simpang Tiga
93350 Kuching
Sarawak.

Tuan,

MEMOHON SUMBER AIR GRAVITI BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LEMANAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak memerlukan sumber bekalan
air bersih untuk kegunaan murid dan staff sekolah.

2. Adalah dimaklumkan bahawa buat masa ini, pihak sekolah menggunakan bekalan air tidak terawat dari
anak sungai berhampiran. Musim kemarau yang berpanjangan (2bulan) menyebabkan air sungai kering dan tidak
dapat menampung kegunaan semua warga sekolah. Situasi menyebabkan banyak kesulitan yang dialami untuk
kegiatan seharian.

3. Murid-murid terpaksa bergantung kepada Sungai Lemanak untuk mandi. Air sungai yang keruh disebabkan
oleh pembalakan menyebabkan kami terpaksa bergantung kepada air hujan untuk proses masakan dan minuman.
Tahap kesihatan murid tidak terjamin disebabkan oleh keadaan ini.

4. Kami memerlukan sumber air alternatif seperti Sumber Air Graviti yang terawat untuk kegunaan warga
sekolah. Bererapa buah sekolah di daerah Lubok Antu telah menerima kemudahan tersebut sejak beberapa tahun
lepas lagi. Kami berharap kemudahan Sumber Air Graviti yang diselenggara secara berkala oleh syarikat dapat di
wujudkan di SK Ulu Lemanak.

5. Di sini disertakan lampiran yang menunjukkan kesusahan dan kesulitan yang dialami oleh warga SK Ulu
Lemanak semasa musim kemarau ini. Adalah berbesar hati jika dengan wujudnya sumber air alternatif ini akan
menyelesaikan masalah air kami di SK Ulu Lemanak. Kerjasama daripada pihak tuan terlebih dahulu diucapkan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintahs,

[ CHANKING ANAK JAWA ]


Guru Besar
SK Ulu Lemanak,
95900 Lubok Antu.

Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Fly Kenyalang Fly, Fly High

You might also like