You are on page 1of 6

http://cikgusazali.blogspot.

com

SOALAN 3 (d) : KESALAHAN PENGGUNAAN KATA/ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA


SPM 2005

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan
kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
berbanyak - berbanyak-banyak
mengisytiharkan - merasmikan/melancarkan

(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin
itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
ini, - ini!
wasiat - pesan/amanat

(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
Kelawar-kelawar - Kelawar
di - pada

SPM 2006

(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik
mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
selain daripada - selain
perlawanan - persaingan

(ii) Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan


konsep layan sendiri .
Stesen minyak-stesen minyak - Stesen-stesen minyak
layan sendiri - layan diri

(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan
martabat mereka.
di dalam - dalam
menambahkan - meningkatkan

SPM 2007

(i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja
syarikat tersebut.
Atur susun - Susun atur
dari - daripada

(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba


musim membajak padi.
Keseluruhan penduduk-penduduk - Keseluruhan penduduk
membajak padi - membajak sawah/menuai padi

1
http://cikgusazali.blogspot.com

(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi
tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
setengah - sesetengah
pindaan - rombakan

SPM 2008

(i) Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa
dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
supaya - untuk
dimansuhkan - ditangguhkan

(ii) Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan
bakinya disimpan di dalam bank.
diperoleh oleh saya - saya peroleh
berhemah - berhemat

(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung


Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
menganggarkan - meramalkan
di lain-lain kawasan - di kawasan-kawasan lain

SPM JUN 2009

(i) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk
menangkap ikan di sungai.
Selain daripada - selain
seutas - serawan

(ii) Pilih mana jurusan yang sesuai dengan kebolehan anda dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia semasa memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
mana - mana-mana
kebolehan - kelulusan

(iii) Dalam konvokesyen itu telah dibentangkan kertas kerja-kertas kerja tentang usaha-
usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.
konvokesyen - konvensyen
kertas kerja-kertas kerja - kertas-kertas kerja

SPM 2009

(i) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara
mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.
besar - serius/kritikal/tinggi
di dalam - dalam

(ii) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang
berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.
lengkap - seimbang
supaya - bagi/untuk

2
http://cikgusazali.blogspot.com

(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam
menjalankan tugas.
pada - kepada/terhadap
silap laku - salah laku

SPM JUN 2010

(i) Masalah kekacauan moral dalam kalangan remaja telah mendapat perhatian kerajaan
sejak daripada dahulu lagi.
kekacauan - keruntuhan
daripada - dari

(ii) Sukan ialah satu wahana yang dapat mengeratkan penyatuan rakyat yang berbilang-
bilang kaum di negara kita.
penyatuan - perpaduan
berbilang-bilang - berbilang

(iii) Di antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mengeluarkan


warganegara yang bersahsiah tinggi.
Di antara - Antara
mengeluarkan - melahirkan

SPM 2010

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut.


Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang
mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.

Kesalahan istilah
di tapak - di kawasan
mara - marak
ditafsirkan - ditaksirkan

Kesalahan tatabahasa
Sederetan rumah-rumah - Sederetan rumah
supaya - untuk
pemilik-pemilik rumah alami - dialami oleh pemilik-pemilik rumah

SPM JUN 2011

(i) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-
cara pencegahan penyakit demam denggi.
kedoktoran - perubatan
menerangkan tentang - menerangkan

3
http://cikgusazali.blogspot.com

(ii) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga
menyukarkan para hakim memilih pemenangnya.
Sebahagian peserta-peserta - Sebahagian peserta
amat becok sekali - petah sekali/amat petah

(iii) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap
perpaduan kaum.
saling bantu-membantu - saling membantu
sikap - semangat

SPM 2011

(i) Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti
dan diminati oleh orang ramai.
koleksi lagu-lagu - koleksi lagu/lagu-lagu
berkuantiti - berkualiti

(ii) Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru
mereka tetapkan.
khusus - kursus
guru mereka tetapkan - ditetapkan oleh guru mereka

(iii) Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.
terpaling indah - paling indah/terindah
tinggal - bersemayam

SPM JUN 2012

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Bumi umpama sebagai rumah besar bagi segala benda yang merangkumi manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang dianugerahi akal dan
kebijaksanaan untuk menguruskan bumi ini. Namun begitu, akal dan kebijaksanaan itu sering
disalahertikan termasuklah tindakan manusia melupuskan alam dan melakukan pembaziran dengan
sewenangnya. Perkara ini jelas menunjukkan yang tindakan tersebut dilakukan tanpa memikirkan
kesan baik dan buruknya.

Kesalahan istilah
Benda - hidupan
disalahertikan - disalahgunakan
melupuskan - mencemarkan

Kesalahan tatabahasa
umpama sebagai - umpama
sewenangnya - sewenang-wenangnya
yang - bahawa

4
http://cikgusazali.blogspot.com

SPM 2012

(i) Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada
murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.
konklusif - kondusif
dan - atau

(ii) Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid-
murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.
jasa - khidmat/bantuan/pertolongan
kebanyakan murid-murid - kebanyakan murid/murid-murid

(iii) Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan
seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.
inspirasi - aspirasi
di masa - pada masa

SPM JUN 2013

(i) Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat
diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.
memberi - menderma
supaya - untuk/bagi

(ii) Pemilik kedai emas itu telah memberi bonus kepada penjaga keselamatan di kedainya
kerana berjaya menghalang perompak dari merompak kedai tersebut.
penjaga - pengawal
dari - daripada

(iii) Makanan berlemak dan terlalu manis bukan baik untuk kesihatan kerana boleh
menyebabkan kita terbuka kepada risiko pelbagai penyakit.
bukan - tidak
terbuka - terdedah

SPM 2013

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan
lagi.
di antara - antara
diketatkan - dieratkan

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
pada guru semata-mata.
mengabaikan - menyerahkan
pada - kepada

(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan
begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.
membacakan - menyampaikan
ramai murid-murid - ramai murid

5
http://cikgusazali.blogspot.com

SPM JUN 2014

(i) Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa agar sesuatu yang
dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.
siasah - sahsiah
dari masa ke semasa - dari masa ke masa

(ii) Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada barang buangan industri
dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan tanah.
yang - bahawa
barang - bahan

(iii) Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat sejagat
selain daripada berperanan sebagai kawasan teduhan hujan.
selain daripada - selain
teduhan - tadahan

You might also like