You are on page 1of 3

TOURNAMENT RULES - MOBILE LEGENDS: BAND BANG

PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

1. Ahli kumpulan:
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 pemain (wajib) dan 1 pemain simpanan (pilihan).

2. Nama kumpulan / ID peserta:


Nama yang tidak sopan tidak akan diterima. Pemain diminta menukar nama tersebut serta merta sebelum perlawanan dimulakan.
Jika ingkar, penyertaan kumpulan tersebut dikira terbatal.

3. Slip pink
Satu kesalahan slip pink akan dikira sebagai penalti kepada ahli. Sekiranya 2 daripada 6 ahli kumpulan mempunyai slip pink pada
minggu sebelum perlawanan, penyertaan kumpulan tersebut pada minggu itu sahaja dikira terbatal (kemenangan percuma kepada
pihak lawan).

4. Kehadiran
Setiap ahli kumpulan perlu hadir ke sekolah setiap hari berturut-turut selama seminggu sebelum perlawanan. Sekiranya terdapat
mana-mana ahli kumpulan yang tidak hadir tanpa surat kebenaran daripada ibu bapa atau surat MC daripada doktor, penyertaan
peserta tersebut adalah terbatal pada minggu itu sahaja. Sekiranya 2 daripada 6 ahli kumpulan didapati tidak hadir tanpa alasan
yang kukuh pada minggu sebelum perlawanan, penyertaan kumpulan tersebut pada minggu itu sahaja dikira terbatal (kemenangan
percuma kepada pihak lawan).

SEMASA PERLAWANAN SEDANG BERLANGSUNG

1. Provokasi:
Semasa perlawanan berlangsung, ahli kumpulan tidak boleh membuat provokasi dan melontarkan kata-kata kesat kepada pihak
lawan. Sebarang isu yang timbul boleh dirujuk kepada wakil pihak penganjur yang bertugas segera. Mana-mana ahli kumpulan
yang menyalahi peraturan ini akan dikira terbatal penyertaan kumpulannya.

2. Pematuhan jadual:
Setiap kumpulan mesti mematuhi masa perlawanan yang telah ditetapkan di dalam jadual yang disediakan oleh penganjur.

3. Kekerasan:
Para peserta tidak dibenarkan sama sekali menngunakan kekerasan di luar perlawanan untuk mempengaruhi keputusan
pertandingan. Sekiranya perkara ini berlaku, peserta tersebut akan terbatal penyertaannya bagi perlawanan ini dan perlawanan lain
pada masa hadapan.

4. Larangan pertaruhan:
Pertaruhan adalah tidak dibernarkan sama sekali.

5. Kalah dengan sengaja:


Sekiranya pihak penganjur mendapat tahu ada peserta yang membuat persetujuan untuk kalah dengan sengaja, kumpulan tersebut
akan terbatal penyertaannya.

SISTEM LIGA

1. Sebanyak 12 kumpulan boleh menyertai pertandingan.


2. Semua perlawanan perlu dimainkan secara online.
3. Setiap kemenangan akan dikira 3 mata manakala kekalahan dikira 0 mata. Kedudukan semasa kumpulan dalam liga akan
disusun mengikut mata kemenangan yang dikumpul setiap minggu.
4. Sekiranya jumlah mata adalah seri, mata berikutnya yang akan diambil kira ialah jumlah kill difference dan seterusnya total kill
setiap kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN

1. Perlawanan berakhir apabila:


i. salah satu kumpulan berjaya menghancurkan base pihak lawan; atau:
ii. salah satu kumpulan menyerah kalah; atau:
iii. salah satu kumpulan didapati menyalahi peraturan permainan.

2. Game setting:
a) Map: Tournament Mode (5Vs5)
b) Game type: Draft Pick
3. Talian internet:
Sekiranya mana-mana peserta terputus talian internet semasa perlawanan sedang berlangsung, kumpulan tersebut boleh meminta
kepada hakim perlawanan untuk memberhentikan seketika perlawanan. Perlawan akan diberhentikan selama 10 minit sehingga
semua peserta kembali dihubungkan dengan perlawanan. Ketua hakim sahaja yang mempunyai kuasa untuk memanjangkan masa
melebihi 10 minit.

4. Server crash:
Sekiranya sever crash berlaku, perlawanan boleh diteruskan daripada draft baru tetapi perlu mempunyai lineup yang sama.

PERSEDIAAN PERLAWANAN

1. Perubahan jadual:
Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan pada tarikh atau jadual perlawanan. Semua peserta akan
dimaklumkan tentang perubahan ini serentak oleh pihak penganjur.

2. Penggunaan karakter:
Pihak penganjur tidak membenarkan penggunaan hero Khaleed sepanjang perlawanan kerana ia merupakan hero yang mempunyai
kuasa damage yang tinggi (overpower). Sekiranya terdapat mana-mana kumpulan yang masih menggunakan hero ini, pasukan ini
perlu menyerah diri sewaktu perlawanan dan memberikan mata kemenangan kepada pihak lawan.

3. Masa persediaan:
Peserta dibenarkan untuk membuat persediaan selepas mendaftar. Walau bagaimanapun, peserta mesti memasuki gelanggang
perlawan pada masa yang ditetapkan.

4. Masa perlawanan dimulakan:


Semua perlawanan perlu dimulakan pada masa yang ditetapkan. Perlawanan boleh ditangguhkan sekiranya pihak penganjur
merasakan ada keperluan. Sekiranya kelewatan berlaku kerana kecuaian peserta, pihak penganjur mempunyai hak untuk
mendenda peserta atau kumpulan tersebut.

5. In-game Lobby:
Pihak penganjur akan mewujudkan in-game lobby bagi perlawanan yang akan distrimkan secara langsung. Peserta perlu mengikut
arahan pihak penganjur tentang bagaimana untuk menyertai in-game lobby.

PICK / BAN PHASE DAN PICK PRIORITY

1. Pick Priority - Draft Pick


Urutan pick/ban akan mengikut urutan default urutan yang ditetapkan oleh permainan.

2. Wrong pick
Sekiranya sesebuah kumpulan telah memilih / membuang karakter hero secara tidak sengaja, permainan akan masih diteruskan
dan tidak akan dimulakan semula.

3. Menukar hero
Jika terdapat kesilapan kerana kecuaian peserta ketika sedang menukar hero, perlawanan akan masih diteruskan. Pertukaran
telefon bimbit adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4. Perlawanan bermula selepas fasa pick/ban


Perlawanan akan dimulakan sejurus selepas fasa pick/ban kecuali sekiranya ada arahan lain daripada pengadil. Pihak penganjur
akan menyingkirkan item yang tidak relevan dari gelanggang perlawanan. Para peserta tidak dibenarkan keluar dari permainan
dari tempoh selepas fasa pick/ban lengkap hingga apabila perlawanan bermula.

SELEPAS PERLAWANAN

1. Kapten setiap pasukan dikehendaki untuk screenshot keputusan perlawanan dengan ikon hero (bukan ikon avatar). Sekiranya
tiada kemas kini setelah beberapa ketika, pihak pengadil perlu diberitahu.

PENALTI DAN DENDA

1. Menepati masa:
10 minit lewat dikira penyertaan terbatal (kemenangan percuma kepada pihak lawan)

2. Kegagalan untuk memaklumkan kepada pihak penganjur sekiranya berlaku ketidak hadiran kerana kes kecemasan / perubahan
peserta / perubahan nama kumpulan:
Amaran pertama: Kumpulan akan hilang pick priority untuk keseluruhan liga.
Amaran kedua: Penyertaan akan terbatal untuk keseluruhan liga.
3. Peserta yang melanggar peraturan:
Amaran pertama: Kumpulan akan hilang pick priority untuk keseluruhan liga.
Amaran kedua: Penyertaan akan terbatal untuk keseluruhan liga.

Contoh peraturan yang dilanggar:


a. Bersikap biadap / melontarkan kata-kata kesat ketika perlawanan.
b. Menghantar keputusan perlawanan yang palsu.
c. Tidak menyediakan bukti bahawa pihak lawan menyerah kalah.

You might also like