You are on page 1of 2

Peraturan dan Sistem Permainan

1. Format pertandingan.

- Urusetia program akan membuat jadual dan shuffle menggunakan challonge.


- Format yang digunakan adalah Single Bracket Elimination.
- Kumpulan yang menarik diri atau tiba lewat 10 minit, akan diisytiharkan sebagai kalah dan
kumpulan lawan akan diberikan kemenangan percuma.
- Para permain akan diberikan masa selama 5 minit untuk bersiap sedia sebelum permainan
seterusnya dimulakan.
- Marshall akan membuka room dan akan menjemput kumpulan lawan ke dalam room.
- Setiap permain hanya dibenarkan untuk bermain bagi SATU PASUKAN SAHAJA. Bagi mereka
yang bermain lebih daripada satu pasukan kedua-dua pasukan akan disingkirkan serta merta
dan DIHALANG BERTANDING.

2. Sebelum mula pelawanan.

- Selepas mendaftar, tunggu marshall atau pengadil untuk umumkan perlawanan dan waktu
perlawanan.
- Ketua pasukan digalakkan memberi ID kepada ketua lawannya bagi memudahkan urusan
membuka room. Ketua pasukan kemudian akan menjemput ahli pasukannya ke dalam room.
- Semua pelawanan akan dijalankan mengikut susunan perlawanan yang telah ditetapkan oleh
pihak urusetia.
- Semua pemain yag telah berdaftar dan dijadualkan untuk bermain mestilah berada dalam
keadaan bersedia.
- Setiap ketua pasukan akan mencipta perlawanan ( perlawanan diadakan dalam mode ‘custom
draft pick’ dan menjemput ketua-ketua pasukan/kapten lawannya kedalam lobi).
- Apabila kedua kapten pasukan berada dalam room yang sama, setiap kapten teruskan untuk
menjemput ahli pasukan masing-masing.
- Apabila kedua pihak telah dijemput dan bersedia, setelah memberi pengesahan, perlawanan
akan dimulakan.

3. Semasa perlawanan

- Setiap pasukan hanya diberikan peluang untuk memberhentikan perlawanan sebanyak 2 kali
sahaja.

4. Selepas perlawanan

- Kapten pasukan perlu sediakan screenshot keputusan perlawanan kepada marshall/admin yang
bertugas.

Etika Sepanjang Pertandingan

- Setiap pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai tindakan yang
disengajakan untuk mengganggu permainan. ( sebarang kata-kata hinaan, lucah dengan
membawa niat untuk mengganggu emosi pemain lawan.)

You might also like