You are on page 1of 3

Gelanggang Pertandingan 1. Jawatankuasa Pengelola akan menentukan gelanggang yang akan digunakan untuk pertandingan. 2.

Gelanggang pertandingan mestilah mengikut spesifikasi terkini FIBA. 3. Gelanggang berbumbung, dewan atau stadium adalah diutamakan.

Gambar 1: Ukuran gelanggang yang akan digunakan dalam pertandingan.

Alatan Bola Bola keranjang yang digunakan dalam pertandingan yang akan dikelolakan adalah bola keranjang saiz 7. Berikut adalah jenis bola keranjang yang akan digunakan mengikut peringkat umur:

1. 2.

Saiz bola untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah ialah saiz 5. Saiz bola untuk peringkat umur 15 tahun dan 18 tahun perempuan dan ke bawah ialah saiz 6.

3.

Saiz bola untuk peringkat umur 15 dan 18 tahun lelaki dan ke bawah ialah saiz 7.

7.2 PAKAIAN Setiap pasukan seharusnya menyediakan 2 set jersi pertandingan. Satu set berwarna putih dan satu lagi berwarna gelap. Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang disenaraikan dahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki memakai jersi berwarna putih sementara pasukan lawannya memakai pakaian berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang tidak mengikuti syarat di atas hendaklah menyalin bajunya bagi permainan itu.

Masa Pertandingan Perlawanan dibahagikan kepada 4 suku (quarters) dan masa bermain ialah 10 minit setiap suku ( quarter ). Masa rehat antara suku (quarters) 1 dan 2 serta 3 dan 4 masing-masing ialah 2 minit. Sekiranya mata seri selepas tamat suku (quarter) ke-4, masa tambahan 5 minit akan diberi selepas rehat 2 minit. Sekiranya mata masih seri selepas masa tambahan, maka keputusan ditentukan dengan sudden death (Pasukan dengan jaringan mata terdahulu diisytiharkan menang).

Juri Rayuan Juri Rayuan terdiri daripada 5 orang secara minimum ataupun 7 orang secara maximum. Juri rayuan terdiri daripada:

Penyelaras Bola Keranjang MSSMK, Pengerusi Teknik, Ketua Pengadil ataupun wakilnya, Ketua Perakam ataupun wakilnya, Ketua jurulatih ataupun wakilnya dan Dua orang pengurus pasukan yang tidak terlibat.

Pengadil Dua orang pengadil telah disediakan untuk memastikan pertandingan dijalankan secara lancar dan adil.

Gambar 2 :Kedudukan pengadil semasa aktiviti Warm Up

You might also like