You are on page 1of 25

MEMORANDUM

PERSEFAHAMAN

PENYELIDIKAN PENGGUNAAN PRODUK


TEMPATAN (TEPUNG BULU AYAM - HI
PROFEED) DALAM DIET IKAN DAN
UDANG

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DENGAN

BIO METRO FUSION SDN BHD


(NO SYARIKAT: 386630-P)

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini dibuat pada _____ hari bulan _____ 2020.
ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Memorandum Persefahaman ini diwakili


oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(kemudian daripada ini disebut “KERAJAAN”) yang beralamat di Wisma Tani, Aras
1-6, Blok 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628,
Putrajaya di satu pihak;

PUU DOF (10.09.2020)


Sila selaraskan nama terkini Kementerian bagi pihak Kerajaan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

DAN

BIO METRO FUSION SDN. BHD. (No Syarikat: 386630-P) sebuah Syarikat yang
didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 777], yang mempunyai
alamat pejabat berdaftarnya di No. 67 Tingkat 3, Jalan Ali, 84000 Muar, Johor,
(kemudian daripada ini disebut sebagai “SYARIKAT”) di Pihak Kedua.
PUU DOF (10.09.2020)
Sila selaraskan alamat berdaftar premis bagi pihak Syarikat berdasarkan Borang 44
yang dilampirkan bersama. Sila pinda jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

(Kemudian selepas ini disebut “Pihak” secara sendirian dan “Pihak-Pihak” secara
kolektif)

BAHAWASANYA Pihak-Pihak bersetuju seperti berikut :


A. MENGIKTIRAF peranan KERAJAAN yang mempunyai kepakaran teknikal
yang berkaitan dalam bidang penyelidikan perikanan bagi membangunkan
industri akuakultur di Malaysia termasuklah kajian penghasilan makanan
rumusan akuakultur.

B. MERUJUK kepada peranan SYARIKAT dalam pembangunan diet ikan


dan udang yang berkualiti berasaskan sisa hiliran daripada industri
pemprosesan ayam khususnya bulu ayam kepada penternak.

C. MENGAKUI keperluan untuk mengadakan kerjasama penyelidikan


penggunaan tepung bulu ayam (Hi Profeed) dalam diet ikan dan udang
dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan import seperti
tepung ikan oleh KERAJAAN.

D. MENGGALAKKAN kerjasama ini untuk kepentingan bersama dan akan


memberi faedah bersama kepada Pihak-Pihak, melalui kerjasama yang
dinyatakan di bawah ini.

MAKA PIHAK - PIHAK TELAH MENCAPAI PERSETUJUAN KERJASAMA


UNTUK MEMUPUK KERJASAMA TANPA NIAT DAN KESAN MENGIKAT
KEPADA PIHAK - PIHAK seperti berikut :

ARTIKEL 1
OBJEKTIF

Pihak – Pihak, tertakluk kepada peruntukan di bawah Memorandum Persefahaman


ini dan undang-undang, peraturan-peraturan, polisi KERAJAAN yang terpakai dari
semasa ke semasa, bersetuju untuk bekerjasama dalam Penyelidikan Penggunaan
Produk Tempatan (Tepung Bulu Ayam - Hi Profeed) dalam Diet Ikan dan Udang
(selepas ini dirujuk sebagai “Projek”).

ARTIKEL 2
BIDANG KERJASAMA

Pihak-Pihak, bersetuju untuk mewujudkan dan melaksanakan kerjasama dalam


bidang penyelidikan sepertimana berikut:

2.1 Menjalankan Projek tersebut secara bersama di lokasi yang telah dipersetujui
antara KERAJAAN dan SYARIKAT .

2.3 Bekerjasama bagi memastikan bahawa sebarang kajian, perolehan bahan


mentah, pengimportan dan pengeksportan sebarang bahan kimia dan produk,
pentadbiran dan penggunaan bahan kimia dan kumbahan perlu mematuhi
kehendak perundangan, dasar dan peraturan sedia ada yang sedang berkuat
kuasa di Malaysia dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada agensi berkaitan.

2.4 Mengenal pasti hasil dan keputusan utama dalam mana-mana aktiviti dalam
pelan kerjasama yang dicadangkan.

ARTIKEL 3
SKOP DAN TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Pihak-Pihak adalah seperti berikut:

3.1 KERAJAAN akan -

3.1.1 menyediakan kemudahan tangki kajian serta peralatan bagi kajian


penyediaan formulasi diet berasaskan tepung bulu ayam (Hi Profeed)
dan makanan ikan/udang;

3.1.2 menjalankan saringan penyakit bakteria dan virus terhadap benih


ikan/udang menggunakan kemudahan di makmal sedia ada;
3.1.3 memberi kerjasama dalam pengutipan data dan analisis data teknikal
berhubung kesan penggunaan Hi Profeed bagi tujuan pembentangan
hasil kajian;

3.1.4 memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh SYARIKAT yang


disenaraikan di bawah Artikel 2 Memorandum Persefahaman ini;

3.1.5 menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan atau


membenarkan atau menolak permohonan SYARIKAT untuk
mendapatkan khidmat atau bekerjasama dengan mana-mana pakar /
pihak yang difikirkan perlu bagi menjayakan program pra
pengkomersialan ini atas persetujuan bersama KERAJAAN.
PUU DOF (10.09.2020)
Sila selaraskan bidang kerjasama yang dinyatakan bagi pihak Kerajaan berdasarkan
Kertas Kerja yang dilampirkan bersama. Sila pinda jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

3.2 SYARIKAT akan –

3.2.1 menyediakan peralatan dan kemudahan operasi yang tidak disediakan


KERAJAAN untuk penghasilan Hi Profeed;

3.2.2 Menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) pembantu penyelidik bagi


tujuan projek ini termasuk dalam kerja-kerja analisis kandungan kimia
makanan dan bahan ramuan;

3.2.3 mengadakan kerjasama dengan KERAJAAN dan melaksanakan


setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah Artikel 2 Memorandum
Persefahaman ini;
3.2.4 membenarkan KERAJAAN membuat pemantauan, penyelidikan dan
rekod secara bertulis terhadap Projek ini di premis SYARIKAT;

3.2.5 memberikan kerjasama dalam bentuk tenaga kerja yang tidak


disediakan oleh KERAJAAN dalam menjalankan Projek.

3.2.6 menyediakan dan membentangkan laporan kemajuan Projek bagi


setiap fasa (milestone) yang telah diselesaikan secara berkala
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh KERAJAAN; dan

3.2.7 memaklumkan kepada KERAJAAN mengenai mana-mana pelantikan


baru atau penamatan perkhidmatan pegawai yang dilantik oleh
SYARIKAT yang terlibat dalam Program ini.
PUU DOF (10.09.2020)
1. Sila selaraskan bidang kerjasama yang dinyatakan bagi pihak Syarikat
berdasarkan Kertas Kerja yang dilampirkan bersama. Sila pinda jika berkaitan.
2. Sila selaraskan, adakah kerjasama ini dinamakan Projek atau Program. Sila pinda
jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

3.3 Tanggungjawab Bersama –

Dalam melaksanakan program ini, Pihak-Pihak bertanggungjawab terhadap perkara


berikut :-

3.3.1 Menyediakan laporan pencapaian yang lengkap terhadapnya dalam


tempoh dua puluh empat (24) bulan yang telah ditetapkan.
3.3.2 Melantik pegawai masing-masing untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
Projek yang dirancang bersama bagi memastikan kelancaran
perlaksanaan.
3.3.3 Memaklumkan dengan segera kepada Jawatankuasa Induk mengenai
salah laku mana-mana pegawai SYARIKAT yang terlibat dalam Projek
ini dan mengambil langkah sewajarnya supaya program berjalan
lancar.

3.3.4 Memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi terhadap apa-apa


perubahan yang hendak dilakukan yang tidak terdapat dalam
Memorandum Persefahaman ini dan segala perubahan yang
dicadangkan oleh SYARIKAT hendaklah mendapat persetujuan
KERAJAAN manakala perubahan yang difikirkan perlu oleh
KERAJAAN hanya perlu dimaklumkan kepada SYARIKAT.

3.3.5 Bekerjasama untuk mencapai objektif Projek dengan melaksanakan


perkara berikut:

i) Menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk mencapai


objektif Projek dan tertakluk kepada kapasiti kawasan untuk tidak
mendatangkan gangguan di kawasan berkenaan;

ii) Aktiviti akan dihadkan kepada penyelidikan sahaja dan


menggunakan fasiliti yang sedia ada termasuk apa juga kemudahan
sokongan yang akan dibawa kemudian atas persetujuan KERAJAAN;
dan

iii) Pengambilan pekerja tempatan dalam bidang mahir dan teknikal


dengan persetujuan dan sokongan KERAJAAN.

PUU DOF (10.09.2020)


Sila selaraskan bidang kerjasama yang dinyatakan bagi pihak- pihak berdasarkan
Kertas Kerja yang dilampirkan bersama. Sila pinda jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI
ARTIKEL 4
JAWATANKUASA INDUK

4.1 Pihak-Pihak bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Induk bagi


memantau prestasi perlaksanaan Projek kerjasama seperti terma yang
terkandung dalam Memorandum Perjanjian ini dilaksanakan dengan berkesan
dan berterusan.

4.2 Jawatankuasa Induk ini hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah


Jabatan Perikanan Malaysia atau wakil dan dianggotai oleh pegawai-pegawai
yang mewakili KERAJAAN dan pegawai mewakili SYARIKAT sebagaimana
yang diperuntukkan di Lampiran 1 Memorandum Perjanjian ini.

4.3 Jawatankuasa Induk ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu


(1) kali setahun untuk menyelaras dan memformalisasikan semua persediaan,
perbincangan dan pelaksanaan di dalam rangka kerja Memorandum
Perjanjian ini.

4.4 Bentuk pelaksanaan bagi setiap aktiviti Memorandum Perjanjian ini, seperti
mana di Artikel 2, hendaklah dipersetujui secara rundingan bersama antara
KERAJAAN dan SYARIKAT.

4.5 Setiap aktiviti di bawah Projek ini yang dipersetujui untuk dilaksanakan
hendaklah mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang
berkuatkuasa di Malaysia pada masa aktiviti itu dijalankan.

4.6 Setiap aktiviti di bawah Projek ini yang dijalankan semasa Memorandum
Perjanjian ini berkuat kuasa dan tidak akan diteruskan setelah tempoh
Memorandum Perjanjian ini tamat.
ARTIKEL 5
KOS DAN PEMBIAYAAN

SYARIKAT akan membiayai mana-mana aktiviti Projek ini yang telah dipersetujui
oleh pihak - pihak tanpa melibatkan sebarang kos dan perbelanjaan di pihak
KERAJAAN.
PUU DOF (10.09.2020)
Adakah kos pembiayaan ini tidak melibatkan pihak Kerajaan, kerana ianya tidak
selaras seperti yang dinyatakan dalam Kertas Kerja Projek. Sila pinda jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

ARTIKEL 6
PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

6.1 Pihak-Pihak dengan ini bersetuju bahawa paten ini adalah hak milik
KERAJAAN sepenuhnya dan SYARIKAT boleh dipertimbangkan untuk diberi
lesen untuk pengeluaran dengan syarat suatu amaun fi bagi tujuan tersebut
yang akan dibayar oleh SYARIKAT kepada KERAJAAN.

6.2 Sebarang penerbitan bagi penemuan penyelidikan dan paten yang dihasilkan
melalui kerjasama ini hendaklah mendapat persetujuan daripada
KERAJAAN.

6.3 Perlindungan hak harta intelek hendaklah dikuatkuasakan menurut undang-


undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di Malaysia.

6.4 Penggunaan nama, logo dan/atau lambang rasmi mana-mana Pihak dalam
sebarang bahan penerbitan, dokumen dan/atau kertas oleh Pihak yang satu
lagi adalah dilarang melainkan mendapat kelulusan bertulis terdahulu
daripada Pihak tersebut.
6.5 Apa-apa dokumen, maklumat dan data yang diperolehi daripada KERAJAAN
berhubung dengan pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini hendaklah
pada setiap masa kekal sebagai harta KERAJAAN dan tidak boleh
digunakan bagi maksud yang tidak berkaitan tanpa kebenaran bertulis
daripada KERAJAAN.

ARTIKEL 7
KERAHSIAAN

7.1 Maklumat yang diperolehi oleh mana-mana Pihak hasil daripada komunikasi
yang dibuat ketika pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini tidak boleh
didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada Pihak yang satu lagi.

7.2 Pihak-Pihak mengaku janji untuk menjaga kerahsiaan dokumen-dokumen,


maklumat dan data lain yang diterima daripada atau dibekalkan kepada Pihak
yang satu lagi dalam tempoh pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini
atau mana-mana perjanjian lain yang dibuat menurut Memorandum
Persefahaman ini.

7.3 Pihak-Pihak bersetuju bahawa peruntukan-peruntukan dalam Artikel ini


hendaklah mengikat antara Pihak-Pihak walaupun setelah Memorandum
Persefahaman ini tamat.

ARTIKEL 8
PENGGANTUNGAN

KERAJAAN berhak atas sebab-sebab keselamatan negara, kepentingan negara,


ketenteraman awam,kesihatan awam atau dasar Negara yang berkuat kuasa untuk
menggantung buat sementara waktu, sama ada secara keseluruhan atau
sebahagiannya, pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini. Penggantungan itu
hendaklah berkuat kuasa serta merta selepas pemberitahuan bertulis telah diberikan
kepada SYARIKAT.
ARTIKEL 9
SEMAKAN, UBAH SUAIAN DAN PINDAAN

9.1 Mana-mana satu Pihak boleh meminta secara bertulis kepada Pihak satu lagi
untuk menyemak, mengubahsuai dan meminda semua atau mana-mana
bahagian Memorandum Persefahaman ini.

9.2 Apa-apa semakan, pengubahsuaian atau pindaan kepada Memorandum


Persefahaman ini adalah tertakluk kepada persetujuan Pihak-Pihak dan
hendaklah dibuat secara bertulis serta menjadi sebahagian daripada
Memorandum Persefahaman ini.

9.3 Semakan, pengubahsuaian atau pindaan itu hendaklah mula berkuat kuasa
pada tarikh yang akan ditentukan oleh Pihak-Pihak.

9.4 Mana-mana semakan, pengubahsuaian atau pindaan hendaklah tidak


menjejaskan hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab yang timbul
daripada atau berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman ini sebelum
atau sehingga tarikh semakan, pengubahsuaian atau pindaan ini.

ARTIKEL 10
PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Apa-apa perbezaan atau pertikaian di antara Pihak-Pihak berkaitan tafsiran dan/atau


pelaksanaan dan/atau penggunaan mana-mana peruntukan Memorandum
Persefahaman ini hendaklah diselesaikan secara baik melalui perundingan bersama
antara Pihak-Pihak, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak ketiga.

ARTIKEL 11
PERLAKSANAAN

11.1 Penjelasan terperinci berkenaan dengan pelaksanaan objektif dan


pentadbiran Memorandum Persefahaman ini hendaklah dibuat dalam suatu
surat - cara rasmi yang berasingan dengan dimasuki oleh wakil yang telah
diberi kuasa oleh Pihak-Pihak .

11.2 Suatu surat - cara rasmi yang berasingan mengenai apa-apa program atau
aktiviti yang berkaitan dengan Memorandum Persefahaman ini hendaklah
juga dimasuki sebelum program atau aktiviti tersebut berkuat kuasa. Surat
-cara rasmi tersebut hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga dibuat secara
bertulis dan diluluskan oleh wakil yang telah diberi kuasa oleh Pihak-Pihak.

ARTIKEL12
TIADA KESAN MENGIKAT

Melainkan Artikel 6, 7, 8 dan 9, yang mempunyai kesan mengikat kepada Pihak-


Pihak, Memorandum Persefahaman ini hendaklah disifatkan semata-mata sebagai
pernyataan Pihak-Pihak untuk mengadakan kerjasama dan tiada sebarang perkara
dalam Memorandum Persefahaman ini yang boleh disifatkan sebagai mewujudkan
sebarang tanggungan dan/atau pengikatan di sisi undang-undang yang terpakai
pada Pihak-Pihak.

ARTIKEL 13
TIADA HAK EKSKLUSIF

Memorandum Persefahaman ini tidak boleh ditakrif sebagai memberi hak eksklusif
kepada SYARIKAT sepanjang tempoh Memorandum Persefahaman ini bagi
melaksanakan lain-lain projek atau aktiviti yang sama atau menyerupai aktiviti
kolaborasi di bawah Memorandum Persefahaman ini.

ARTIKEL 14
TARIKH KUAT KUASA, TEMPOH DAN PENAMATAN

14.1 Memorandum Persefahaman ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa pada


tarikh 1 Oktober 2020 dan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh dua
(2) tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bertulis antara Pihak-
Pihak.
PUU DOF (10.09.2020)
Adakah tarikh kuatkuasa Projek ini telah dipersetujui oleh kedua- dua pihak?
Maklumat berkaitan tarikh kuatkuasa ini juga tidak dijelaskan secara terperinci dalam
Kertas Kerja Projek atau Slaid Pembentangan MPJP Bil03/2020. Sila pinda jika
berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

14.2 Walau apa pun peruntukan Memorandum Persefahaman ini, Pihak-Pihak


boleh menamatkan Memorandum Persefahaman ini dengan memberi notis
secara bertulis kepada Pihak yang satu lagi untuk menamatkan Memorandum
Persefahaman ini.

14.3 Semua notis bertulis yang dinyatakan dalam Artikel 14.2 atau sebarang
persetujuan bertulis berkaitan dengan apa-apa bidang kerjasama yang
sedang berkuat kuasa di bawah Memorandum Persefahaman ini akan terus
dijalani sehingga sempurna kecuali apabila Pihak-Pihak mencapai
persetujuan bersama secara bertulis untuk menamatkan lebih awal bidang
kerjasama ini.

14.4 Sekiranya Pihak-Pihak melakukan pelanggaran terhadap Pihak yang satu lagi
ke atas mana-mana Perkara dalam Memorandum Persefahaman ini atau
apa-apa keingkaran oleh mana-mana Pihak untuk melaksanakan
tanggungjawabnya sebagaimana yang diperuntukkan, maka Pihak yang satu
lagi boleh memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari untuk Pihak yang
berkenaan melaksanakan apa-apa tanggungjawab tersebut atau memulihkan
apa-apa pelanggaran, keingkaran dan kegagalan mana-mana Perkara yang
dinyatakan dalam notis itu. Sekiranya pelanggaran dan pemulihan kegagalan
tersebut masih berterusan dan tidak dipulihkan maka Memorandum
Persefahaman ini hendaklah disifatkan sebagai telah menjadi tamat.
14.5 Setiap Pihak boleh menamatkan Memorandum Persefahaman ini pada bila-
bila masa dengan memberi sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis bertulis
kepada Pihak yang satu lagi tanpa perlu memberikan alasan penamatan
Memorandum Persefahaman.

ARTIKEL 15
MENYERAHHAKKAN DAN NOVASI

SYARIKAT tidak dibenarkan untuk menyerah hak atau memindah milik kepada
pihak ketiga atau sebahagian daripada faedah atau obligasi di bawah Memorandum
Persefahaman ini tanpa memperolehi terlebih dahulu kebenaran bertulis dari
KERAJAAN.

ARTIKEL 16
KEBOLEHASINGAN

Jika mana-mana artikel daripada Memorandum Persefahaman ini didapati


menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah
undang-undang sekarang atau undang-undang masa hadapan, artikel tersebut
hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Memorandum Persefahaman ini hendaklah
ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah artikel yang menyalahi undang-undang,
tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah terkandung sebagai
sebahagian daripada Memorandum Persefahaman ini dan artikel-artikel lain
hendaklah kekal sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Memorandum
Persefahaman ini telah dimasukkan tanpa artikel yang menyalahi undang-undang,
tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.

ARTIKEL 17
NOTIS

Apa-apa notis, kelulusan, kebenaran, permohonan atau apa-apa komunikasi lain


yang dikehendaki atau dibenarkan untuk diberi atau dibuat di bawah Memorandum
Persefahaman ini hendaklah dibuat secara bertulis dalam bahasa Melayu dan
hendaklah dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan kediri ke alamat
atau nombor faksimili Pihak yang satu lagi seperti yang diperihalkan dalam klausa
ini ataupun lain-lain alamat atau nombor faksimili sebagaimana yang akan
dimaklumkan secara bertulis oleh Pihak yang berkenaan dari semasa ke semasa
dan hendaklah, kecuali diperuntukkan sebaliknya, dianggap telah diterima atau
dibuat, jika dihantar secara serahan kediri atau melalui faksimili, apabila diterima
oleh Pihak yang satu lagi ke alamat atau nombor faksimili sebagaimana yang telah
disahkan seperti berikut:

Bagi pihak Kerajaan

Ketua Pengarah Perikanan


Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
Wisma Tani, Aras 1-6,
Blok 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628, PUTRAJAYA
Telefon : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 2460

Institut Penyelidikan Perikanan,


11960 Batu Maung,
PULAU PINANG.
Telefon: 04 - 626 3925/26
Faks: 04 - 626 2210

Bagi pihak Syarikat

Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.


No. 67 Tingkat 3,
Jalan Ali, 84000 Muar,
JOHOR
No Telefon: 06 - 9513266

ARTIKEL 18
LAMPIRAN-LAMPIRAN
Sebarang lampiran kepada Memorandum Persefahaman ini hendaklah menjadi
sebahagian daripada dan dibaca bersama dengan Memorandum Persefahaman ini.

[RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS yang bertandatangan di bawah ini, yang


telah diberi kuasa oleh Pihak-Pihak kepada Memorandum Persefahaman ini, telah
menurunkan tandatangan masing-masing.

Diperbuat Memorandum Persefahaman ini oleh Pihak-Pihak yang dinyatakan di


bawah ini:-

Ditandatangani untuk dan bagi )


pihak KERAJAAN: ) ....................................................
)
)
) Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
PUU DOF (10.09.2020)
Sila lengkapkan maklumat di pihak Kerajaan. Sila pinda jika berkaitan.

Tindakan:
Bhgn RB/ FRI

Disaksikan oleh: ) ......................................................


Nama: ) DR. ZAINODDIN BIN JAMARI
) 610605-01-5693
) Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan
Institut Penyelidikan Perikanan

Ditandatangani untuk dan bagi


Pihak SYARIKAT ) ....................................................
) YEO LIEK SENG
) 770911-01-5977
) Pengarah Syarikat

Disaksikan oleh: ) ......................................................


Nama: ) SHAMSUL AZMI BIN MANSUR
) 750901-05-5029
Jawatan: ) Pengurus Besar

Lampiran 1

AHLI J/KUASA INDUK

Pengerusi : Ketua Pengarah Perikanan

Urus setia : Bahagian Perancangan dan Pembangunan (RB),


Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Ahli : i. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

ii. PKP/TPKP, FRI Batu Maung

iii. Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti,


Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

iv. Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan,


Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

v. Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur,


Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
vi. Unit InProKom, FRI

vii. Pengarah FRI terlibat

viii. Mana-mana Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat


Perikanan, Putrajaya yang berkenaan.

ix. Pengarah PPN yang berkenaan.

x. Sekurang-kurangnya dua (2) wakil daripada pihak


Syarikat

Lampiran 2

KERTAS PROJEK KERJASAMA FRI, DOF DENGAN


BIO METRO FUSION SDN. BHD. BAGI PENYELIDIKAN PENGGUNAAN
PRODUK TEMPATAN (TEPUNG BULU AYAM - HI PROFEED)
DALAM DIET IKAN DAN UDANG

I. Maklumat Mengenai Institusi/Syarikat

a. Latarbelakang Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.


Syarikat Bio Metro Fusion Sdn. Bhd. (BMF) adalah syarikat yang diperbadankan di
Malaysia mengikut undang-undang akta syarikat 1965 pada 9hb Mei 1996 dengan
modal berbayar sebanyak RM644,000. Ahli lembaga pengarah terdiri daripada 2
orang, En. Yeo Liek Seng dan En. Yeo Liek Kiang. Pada awalnya, syarikat ini
ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti membina jentera pemprosesan produk
pertanian dan makanan haiwan. Setelah menjalankan kajian tentang keperluan
nutrien, pihak syarikat kini memfokuskan aktiviti perkilangan dengan memproses
protein bagi kegunaan makanan haiwan berasaskan produk hiliran daripada industri
pemprosesan ayam, khususnya bulu ayam. Produk ini telah di daftarkan dengan
nama Hi-profeed di perbadanan harta intelek Malaysia dan mempunyai 4 paten
berkaitan reka cipta mesin serta tatacara penghasilan produk. Pada masa ini,
syarikat Bio Metro Fusion Sdn Bhd berupaya untuk menghasilkan sebanyak 2 metrik
tan Hi-profeed sehari bagi kegunaan domestik dan merancang untuk meningkatkan
kapasiti pengeluaran kepada 4 metrik tan melalui proses menaiktaraf mesin dan
jentera kilang. Syarikat telah membelanjakan RM6.5 juta untuk menyediakan
kemudahan pemprosesan, uji kaji terhadap produk dan kesesuaian sebagai bahan
makanan haiwan. Syarikat bercadang untuk membuat pembelian mesin pembuatan
dan peralatan sokongan dengan anggaran sebanyak RM 1.2 juta.

b. Bidang kepakaran Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.


Syarikat BIO METRO FUSION SDN. BHD. diterajui oleh 2 ahli Lembaga Pengarah
diketuai oleh En. Yeo Liek Seng dan En. Yeo Liek Kiang manakala, selaku Pengurus
Besar syarikat, En. Shamsul Azmi Mansur memiliki pengalaman dan kepakaran
yang berbeza.

Bil. Ahli Lembaga Pengarah Kelulusan dan kemahiran


1 En. Yeo Liek Seng Kelulusan: Diploma Pemasaran
Kemahiran:
Pengurusan
Fabrikasi dan operasi mesin
Komposisi dan nutrisi Hi-Profeed
2. En. Yeo Liek Kiang Kelulusan: Bachelor of Business.
Kemahiran: Pengurusan akaun dan
kewangan
3. En. Shamsul Azmi Mansur Kelulusan: Advance Diploma Elektrikal dan
Elektronik
Kemahiran: Pengurusan dan operasi
perkilangan
Komposisi dan nutrisi Hi-Profeed

II. Peranan FRI, bidang kerjasama dan kemudahan FRI yang digunakan
a. Peranan FRI

FRI Pulau Sayak mempunyai satu hatceri milik Kerajaan sepenuhnya yang
menjalankan kajian berkaitan pemakanan rumusan akuakultur sejak 2012. Kajian
pemakanan rumusan di FRI Pulau Sayak telah berjaya menghasilkan inovasi
penggunaan bahan ramuan alternatif berprotein tinggi bagi menggantikan tepung
ikan yang semakin mahal. Sehubungan dengan itu, FRI Pulau Sayak berperanan
penting dalam menentukan formulasi makanan ikan dan udang yang rendah tepung
ikan namun kompetitif berbanding makanan rumusan akuakultur import seterusnya
membantu pengilang makanan rumusan dan penternak di Malaysia.

b. Objektif Kerjasama

Secara umumnya, objektif projek kerjasama ini ialah untuk menjalankan


penyelidikan penggunaan produk tempatan (tepung bulu ayam - Hi Profeed) dalam
diet ikan dan udang.
c. Bidang Kerjasama

Berikut adalah peranan FRI dalam projek ini.


i. Menyediakan kemudahan tangki / kolam kajian, peralatan dan makmal.
ii. Menyediakan formulasi makanan ikan / udang.
iii. Menyediakan kemudahan memproses makanan ikan / udang.
iv. Menjalankan analisis kandungan proksimat dan asid amino untuk bahan
ramuan, makanan dan ikan / udang.
v. Menyediakan pekerja berkemahiran memproses makanan ikan / udang.
vi. Menyediakan pekerja berkemahiran dalam asuhan dan ternakan benih
ikan / udang bebas penyakit untuk kajian.
vii. Menjalankan saringan penyakit ikan / udang seperti bakteria dan virus
menggunakan kemudahan di makmal sedia ada.
viii. Mengutip data dan menyediakan laporan mengenai kesan penggunaan
Hi-Profeed.
ix. Membentangkan hasil kajian kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan Bio
Metro Fusion Sdn. Bhd.
Berikut adalah peranan Bio Metro Fusion Sdn. Bhd. dalam projek ini.
i. Menyediakan dan menghantar bekalan Hi-Profeed dan bahan-bahan
ramuan lain yang diperlukan oleh DOF untuk tujuan analisis kandungan
kimia, formulasi dan kajian pemakanan ikan / udang.
ii. Memperoleh dan menghantar benih ikan/udang bebas penyakit untuk
kajian.
iii. Menyediakan sekurang-kurangnya seorang pembantu penyelidik yang
ditempatkan di FRI Pulau Sayak (1x4 bulan), FRI Tg. Demong (1x4 bulan),
FRI Glami Lemi (1x4 bulan), FRI Batu Maung (1x2 bulan) dan FRI Gelang
Patah (1x2 bulan) bagi setiap aktiviti kajian untuk tujuan membantu
memproses makanan, pengutipan data harian makanan, kualiti air,
persampelan, penyediaan sampel dan aktiviti analisis di makmal.

III. Tempoh Kuatkuasa dan Tempoh Pelaksanaan


Projek ini dicadangkan berkuat kuasa selama 2 tahun bermula Oktober 2020 –
Oktober 2022.
IV. Obligasi Pihak-Pihak Berkepentingan (Kewangan, staf, ruang dsb)

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.


Kakitangan terlibat Kakitangan terlibat
Mohammed Suhaimee Abd Manaf (FRI 1. Yeo Liek Seng
Pulau Sayak) 2. Shamsul Azmi Mansur
Dr. Ahmad Daud Om (FRI Tg. Demong)
Saadiah Ibrahim (FRI Glami Lemi)
Hanan Mohd. Yusof (FRI Glami Lemi)
Dr. Mohd. Nor Azman Ayub (FRI Bt.
Maung)
Amatul Samahah Md Ali (FRI Gelang
Patah)
Ruang Ruang
Melibatkan ruang FRI/DOF seperti Penghasilan Hi-Profeed di premis kilang
berikut: syarikat.
i. Ruang bengkel proses makanan
(FRI Pulau Sayak).
ii. Ruang tangki kajian (FRI Tg.
Demong, FRI Pulau Sayak & FRI
Glami Lemi).
iii. Ruang makmal kualiti air (FRI Tg.
Demong, FRI Pulau Sayak & FRI
Glami Lemi).
iv. Ruang makmal PCR (FRI Pulau
Sayak).
v. Ruang makmal makanan (FRI
Batu Maung).
vi. Ruang makmal HPLC (FRI
Gelang Patah).
Kewangan yang terlibat Kewangan yang terlibat

A. Kos operasi: A. Kos operasi:


a. Staf profesional: 4 orang a. Kos operasi syarikat = 200,000
@RM283/hari x 60 hari = (Sub-Jumlah A = RM200,000)
RM67,920
b. Staf profesional (Makmal): 2 B. Kos projek (1 pusingan):
orang @RM150/hari x 30 hari = a. Penyediaan bahan mentah,
RM9,000 memproses, pembungkusan dan
c. Staf makmal: 5 orang @ penghantaran: RM15,000.
RM100/hari x 60 hari = RM30,000 b. Memperoleh dan menghantar
d. Pekerja am: 8 orang @ benih ikan/udang bebas penyakit
RM84/hari x 120 hari = RM80,640 untuk kajian: RM40,000.
e. Utiliti peralatan RM5,000/projek = c. Gaji Pembantu Penyelidik (3
RM20,000 orang) selama 4 bulan di FRI
(Sub-Jumlah A = RM207,560) Pulau Sayak, FRI Tg. Demong
dan FRI Glami Lemi (RM1,800 X 3
B. Kos projek (1 pusingan): FRI X 3 org X 4 bln= RM64,800).
a. FRI Pulau Sayak: Penyediaan (Sub-Jumlah B = RM119,800)
tangki kajian, reagen dan bahan
kimia rawatan air, saringan Jumlah = RM319,800
penyakit Vibrio, WSSV, IHHNV,
EHP, AHPND = RM40,000
b. FRI Tg. Demong: : Penyediaan
tangki kajian, reagen dan bahan
kimia rawatan air, saringan
penyakit bakteria dan virus ikan
laut = RM40,000
c. FRI Glami Lemi: Penyediaan
kolam (tujuan verifikasi), reagen
dan bahan kimia, saringan
penyakit bakteria dan virus udang
galah di kolam = RM50,000
d. FRI Glami Lemi: Penyediaan
tangki kajian, reagen dan bahan
kimia, saringan penyakit bakteria
dan virus ikan air tawar =
RM35,000

(Sub-Jumlah B = RM165,000)
Jumlah = RM372,560

Perundangan
Perlu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan persetujuan
pemilikan Intellectual Property (IP) di antara DOF dan BMF adalah secara
perkongsian bersama 60:40.
Aktiviti beserta Gantt Chart
2020 2021 2022
10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Perbincangan Pelaksanaan
projek BMFSB dan FRI.
Permohonan dana dan agihan
peruntukan.
Perolehan bahan kimia, kit
reagen analisis proksimat dan
asid amino. Penyediaan dan
penyelenggaraan tangki-tangki
kajian. Perolehan benih udang
/ ikan.
Perolehan bahan ramuan,
peralatan dan kemudahan di
bengkel pemprosesan
makanan udang / ikan.
Aktiviti kajian pemakanan
udang / ikan di FRI.
Analisis proksimat dan asid
amino.
Aktiviti pengesahan pasaran.

Penyediaan dan
pembentangan laporan akhir.
Penyediaan laporan akhir
V. Manfaat kepada Jabatan

Terdapat manfaat kepada Jabatan dan negara melalui kolaborasi seperti berikut:-
a. Imej Jabatan meningkat di peringkat negara dan antarabangsa
memandangkan R&D penggantian tepung ikan sangat diambil berat oleh
badan serantau dan antarabangsa seperti SEAFDEC dan FAO.
b. Para pegawai penyelidik Jabatan dapat membangunkan kemahiran
pemakanan ikan/udang dengan mengenalpasti bahan-bahan ramuan
alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti tepung ikan.
c. Jabatan berpeluang untuk menghasilkan inovasi makanan ikan/udang
menggunakan sumber protein dari hasil buangan industri hiliran ayam.
d. Potensi memfailkan paten hasil kajian bersama DOF-BMF penghasilan
makanan ternakan udang dan ikan berasaskan Hi-Profeed.
e. Menghasilkan bahan sumber protein tempatan dalam penghasilan
makanan ikan untuk menggantikan bahan yang diimport bagi
mengurangkan bil import negara.

VI. Pegawai yang bertanggungjawab

FRI Pulau Sayak Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.


1. En. Mohammed Suhaimee Abd Manaf 1. En. Shamsul Azmi bin Mansur

25

You might also like