You are on page 1of 22

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA


MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini ditandatangani pada ______________

DI ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA, yang bagi maksud Memorandum Persefahaman ini


diwakili oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan yang beralamat di Institut Penyelidikan Perikanan, 11960 Batu Maung,
Pulau Pinang (selepas ini disebut “Kerajaan”) sebagai satu pihak;

DAN

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (No. Syarikat:


198301005860 / 101067-P), sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah
Seksyen 5A (2) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 [Akta 30]
diperbadankan di Malaysia [No. Syarikat: 198301005860 / 101067-P], syarikat
terhad menurut jaminan yang beralamat di International Islamic University Malaysia,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur yang bagi maksud Memorandum
Persefahaman ini diwakili oleh yang Jabatan Sains Marin, Kulliyyah of Science,
International Islamic University Malaysia, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera
Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur (kemudian daripada ini disebut
sebagai “IIUM”) di Pihak yang satu lagi.

Kerajaan dan IIUM selepas ini akan dirujuk secara individu sebagai “Pihak” atau
secara kolektif sebagai “Pihak-pihak” dalam Memorandum Persefahaman ini.

BAHAWASANYA:

A. Mengiktiraf peranan Kerajaan yang mempunyai kepakaran teknikal yang


berkaitan dalam bidang penyelidikan perikanan bagi membangunkan industri
perikanan di Malaysia termasuklah penyelidikan kejadian ledakan alga
bahaya (HAB).
B. Merujuk kepada peranan IIUM dalam penyelidikan dan pembangunan sistem
amaran awal (EWS) bagi kejadian HAB dengan menggunakan kecerdasan
pintar (Artificial Intelligence).

C. Mengakui keperluan untuk mengadakan kerjasama kajian pembangunan


EWS bagi kejadian HAB dalam meminimumkan impak negatif terhadap
industri perikanan dan kesihatan manusia serta keselamatan makanan laut
oleh Kerajaan.

D. Menggalakkan kerjasama ini untuk kepentingan bersama dan akan memberi


faedah bersama kepada Pihak-pihak, melalui kerjasama yang dinyatakan di
bawah ini.

PIHAK-PIHAK dengan ini bersetuju seperti yang berikut:

PERKARA 1
OBJEKTIF

Pihak-pihak, tertakluk kepada terma Memorandum Persefahaman ini dan undang-


undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan serta dasar-dasar yang berkuatkuasa
dari semasa ke semasa, akan berusaha untuk mengukuhkan, menggalakkan dan
membangunkan kerjasama yang dinyatakan di dalam Memorandum Persefahaman
ini atas dasar kesaksamaan dan manfaat bersama dalam Kajian Pembangunan
Sistem Amaran Awal (EWS) dalam kejadian Ledakan Alga Bahaya (HAB) (selepas
ini dirujuk sebagai “Projek”) sebagaimana yang diperincikan dalam Lampiran 1.

PERKARA 2
BIDANG KERJASAMA

1. Pihak-pihak, tertakluk kepada undang-undang, kaedah, peraturan dan dasar-


dasar Negara yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa, berusaha untuk
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menggalakkan dan
mempromosi kerjasama melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berikut:
1.1 Kerajaan akan:

1.1.1 mengetuai dan merancang pelaksanaan Projek;

1.1.2 menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan


perikanan, HAB, kualiti air dan betimetri;

1.1.3 menyediakan kemudahan Projek serta peralatan untuk analisis


HAB, biotoksin, kualiti air dan betimetri;

1.1.4 mengumpulkan data kualiti air (suhu, pH, oksigen terlarut,


saliniti, klorofila a, ammonia, fosfat, nitrat, nitrit), hidrografi
(bathimetri-maklumat kedalaman, tempoh simulasi, time step
interval, data pasang surut, data arus dan arah angin) untuk
dimasukkan dalam model EWS, HAB;

1.1.5 menilai prestasi dan kualiti sistem amaran awal yang


dibangunkan;

1.1.6 menyelia pelajar pasca siswazah secara bersama dengan IIUM;

1.1.7 merekod semua data yang berkaitan, menganalisis dan


menyediakan laporan Projek;

1.1.8 memantau Projek secara bersama dengan IIUM; dan

1.1.9 merekod semua data yang berkaitan, menganalisis dan


menyediakan laporan Projek bersama IIUM.

1.2 IIUM akan:

1.2.1 merancang perlaksanaan projek;


1.2.2 menyediakan khidmat nasihat kepakaran, kemudahan kajian
dan peralatan berkaitan ekologi HAB, biotoksin, kualiti air dan
hidrodinamik;

1.2.3 menyediakan kemudahan serta perisian untuk menganalisa data


hidraulik dan sebaran HAB seperti MIKE 21 HD dan ECOLAB;

1.2.4 menyelia pelajar pascasiswazah secara bersama dengan


Kerajaan;

1.2.5 menghasilkan penerbitan berkualiti secara bersama dengan


Kerajaan;

1.2.6 memantau Projek secara bersama dengan Kerajaan; dan

1.2.7 memberi kerjasama dalam merekod semua data yang berkaitan,


menganalisis dan menyediakan laporan Projek bersama-sama
Kerajaan bagi tujuan pembentangan hasil kajian secara
bersama kepada Kerajaan.

1.3 Tanggungjawab Bersama:

Dalam melaksanakan Projek ini, Pihak-pihak bertanggungjawab terhadap


perkara berikut:

1.3.1 menyediakan laporan pencapaian Projek yang lengkap dalam


tempoh tiga puluh enam (36) bulan yang telah ditetapkan;

1.3.2 melantik pegawai masing-masing untuk menjalankan aktiviti-


aktiviti Projek yang dirancang bersama bagi memastikan
kelancaran perlaksanaan;

1.3.3 memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi terhadap apa-apa


perubahan yang hendak dilakukan berkaitan Projek yang tidak
terdapat dalam Memorandum Persefahaman ini dan segala
perubahan yang dicadangkan hendaklah mendapat persetujuan
bersama Pihak - pihak;

1.3.4 bekerjasama untuk mencapai objektif Projek dengan


melaksanakan perkara berikut:

(i) menggunakan peralatan dan kemudahan yang hanya


berkaitan dan semata-mata untuk tujuan perlaksanaan
Projek bagi mencapai objektif Projek dan melaksanakan
tanggungjawab seperti yang disenaraikan di bawah
Perkara 1.1 dan 1.2 Memorandum Persefahaman ini;

(ii) aktiviti akan dihadkan kepada penyelidikan sahaja dan


menggunakan fasiliti yang sedia ada termasuk apa juga
kemudahan sokongan yang akan dibawa kemudian atas
persetujuan Kerajaan; dan

(iii) pengambilan pekerja berkemahiran bagi membantu


kerja-kerja teknikal di kawasan Projek oleh IIUM setelah
dimaklumkan terlebih dahulu kepada Kerajaan.

2. Pelaksanaan kerjasama ini adalah tertakluk kepada persetujuan bertulis dan


keupayaan kewangan Pihak-pihak dan Pihak-pihak boleh memasuki
perjanjian yang mengikat tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal
dipersetujui bersama oleh Pihak-pihak.

PERKARA 3
JAWATANKUASA BERSAMA

1. Pihak-pihak bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa yang terdiri


daripada wakil-wakil Kerajaan dan IIUM yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan segala aktiviti atau program yang ingin dilaksanakan di bawah
Memorandum Persefahaman ini (selepas ini disebut sebagai “Jawatankuasa
tersebut”).

2. Setiap mesyuarat Jawatankuasa tersebut hendaklah diwakili sekurang-


kurangnya tiga (3) orang wakil dari setiap Pihak.

3. Jawatankuasa tersebut hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri termasuk


tatacara pengendalian mesyuaratnya dan penyimpanan minit-minit
mesyuarat.

4. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk membincangkan segala


aktiviti atau program yang ingin dilaksanakan di bawah Memorandum
Persefahaman ini dan menjadi tempat rundingan untuk menyelesaikan segala
percanggahan pendapat di antara Kedua-dua Pihak berkaitan dengan
pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 4
PERKIRAAN KEWANGAN

1. Memorandum Persefahaman ini tidak akan melibatkan apa-apa obligasi


kewangan oleh satu Pihak kepada Pihak yang satu lagi.

2. Setiap Pihak hendaklah menanggung kos dan perbelanjaan masing-masing


dalam pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 5
TEMPOH KUAT KUASA

1. Memorandum Persefahaman ini berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani


dan hendaklah berkuat kuasa untuk tempoh selama tiga (3) tahun.
2. Perlanjutan tempoh Memorandum Persefahaman ini hendaklah dibuat
sebelum ia tamat tempoh tertakluk kepada persetujuan bersama Pihak-pihak.
Pihak-pihak hendaklah memberi notis bertulis mengenai pelanjutan
Memorandum Persefahaman ini dalam masa tiga (3) bulan sebelum tarikh
tamat Memorandum Persefahaman.

PERKARA 6
KESAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Memorandum Persefahaman ini hanya bertujuan sebagai suatu rekod niat Pihak-
pihak dan tidak menjadikan atau mewujudkan, dan tidak dihasratkan untuk
menjadikan atau mewujudkan, obligasi di bawah undang-undang domestik atau
antarabangsa dan tidak akan membangkitkan apa-apa proses undang-undang dan
tidak akan disifatkan sebagai menjadikan atau mewujudkan apa-apa obligasi yang
mengikat atau boleh dikuatkuasakan, secara nyata atau tersirat.

PERKARA 7
PERLINDUNGAN HAK HARTA INTELEK

1. Perlindungan hak harta intelek hendaklah dikuatkuasakan selaras dengan


undang-undang, kaedah dan peraturan sedia ada yang berkuatkuasa.

2. Penggunaan nama, logo dan/atau lambang rasmi mana-mana satu Pihak


pada apa-apa penerbitan dokumen dan/atau kertas adalah dilarang tanpa
kelulusan bertulis mana-mana Pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

3. Walau apa pun, apa-apa jua yang terkandung dalam Perkara ini, hak harta
intelek berkenaan dengan apa-apa pembangunan teknologi, dan apa-apa
pembangunan produk dan perkhidmatan, yang dijalankan –

3.1 bersesama oleh Pihak-pihak atau hasil penyelidikan yang diperoleh


melalui kegiatan usaha sama Pihak-pihak hendaklah dimiliki secara
bersesama oleh Pihak-pihak mengikut terma yang dipersetujui
bersama; dan

3.2 secara sendirian dan berasingan oleh mana-mana satu Pihak atau
hasil penyelidikan yang diperoleh melalui usaha sendiri dan
berasingan mana-mana satu Pihak, hendaklah menjadi kepunyaan
Pihak yang berkenaan semata-mata.

4. Sebarang aktiviti pengkomersilan ke atas hasil penyelidikan yang telah


terhasil dari pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini hendaklah tertakluk
kepada satu perjanjian atau persetujuan bertulis lain yang hendaklah
dimasuki oleh Pihak-pihak secara berasingan dari Memorandum
Persefahaman ini.

PERKARA 8
PINDAAN

1. Memorandum Persefahaman ini boleh diubah atau dipinda atas persetujuan


bersama secara bertulis oleh Pihak-pihak.

2. Sebarang pindaan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi


mana-mana Pihak yang timbul atau bersangkutan dengan pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini, sebelum tarikh pindaan itu dibuat.

PERKARA 9
PENYELESAIAN PERTIKAIAN

1. Apa-apa jua perselisihan atau pertikaian yang timbul daripada pelaksanaan


peruntukan-peruntukan Memorandum Persefahaman ini hendaklah
diselesaikan secara aman melalui rundingan di antara Pihak-pihak.
2. Sekiranya pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara rundingan,
rujukan boleh dibuat kepada pihak pengantara yang dilantik secara kerjasama
oleh Pihak-pihak yang akan menjadi orang perantara untuk menyelesaikan
pertikaian atau perbezaan itu.

PERKARA 10
KERAHSIAAN

1. Setiap Pihak hendaklah mengaku janji untuk memelihara kerahsiaan dan sifat
sulit dokumen, maklumat dan data lain yang diterima daripada, atau
dibekalkan kepada Pihak yang satu lagi semasa tempoh pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini atau mana-mana persetujuan lain yang
dibuat menurut Memorandum Persefahaman ini.

2. Pihak-pihak bersetuju bahawa peruntukan Perkara ini akan terus mengikat


selepas tarikh luput atau penamatan Memorandum Persefahaman ini atas
apa-apa sebab sekalipun.

PERKARA 11
PENAMATAN

1. Memorandum Persefahaman ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh


mana-mana Pihak dengan memberi enam (6) bulan notis secara bertulis
kepada Pihak yang satu lagi.

2. Penamatan Memorandum Persefahaman ini tidak akan menjejaskan


sebarang aktiviti yang telah dipersetujui dan sedang dijalankan sebelum tarikh
penamatan Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 12
PENANGGUHAN
Setiap Pihak terlibat mempunyai hak untuk menangguhkan pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini, sama ada secara sepenuhnya atau
sebahagiannya, di atas dasar kepentingan negara, keselamatan negara,
kepentingan awam atau dasar Kerajaan. Penangguhan tersebut adalah
berkuatkuasa serta merta selepas notis bertulis diberikan oleh mana-mana Pihak
kepada Pihak yang satu lagi.

PERKARA 13
KETIADAAN HUBUNGAN KONTRAK

1. Kecuali Perkara 10, Pihak-Pihak terlibat bersetuju bahawa Memorandum


Persefahaman ini adalah berdasarkan persefahaman bersama Pihak-Pihak
dan tidak bertujuan untuk menjadi kontrak dan tidak akan membawa kepada
hak-hak dan liabiliti di bawah kontrak.

2. Tiada apa-apa yang termaktub di dalam Memorandum Persefahaman ini yang


boleh ditafsirkan sebagai menubuhkan sesuatu perkongsian bersama atau
mana-mana bentuk organisasi perniagaan berdaftar kedua Pihak atau
melantik salah satu Pihak sebagai ejen Pihak yang satu lagi.

PERKARA 14
TIADA AGENSI

Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman ini boleh
ditafsirkan sebagai menjadikan suatu usaha sama, perkongsian atau apa-apa jenis
organisasi perniagaan rasmi antara Pihak-Pihak atau menjadikan satu Pihak
sebagai ejen Pihak yang satu lagi.
PERKARA 15
NOTIS

1. Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau
dibuat di bawah Memorandum Persefahaman ini hendaklah secara bertulis
dalam Bahasa Melayu.
2. Apa-apa notis yang tersebut di atas hendaklah –

2.1 sekiranya diserah secara kendiri, dianggap telah diserahkan pada


masa penyerahan tersebut; atau
2.2 sekiranya melalui pos berdaftar prabayar atau pos biasa dianggap
telah diterima pada hari perniagaan yang kelima setelah notis
diposkan; atau
2.3 sekiranya melalui e-mel, telegram atau telex atau faks dianggap telah
diterima pada hari perniagaan sebaik sahaja notis dihantar dan
sekiranya melalui telex atau faks, tertakluk kepada nota pengesahan
penerimaan.

3. Adalah menjadi tanggungjawab satu Pihak untuk memaklumkan Pihak yang


satu lagi mengenai sebarang pertukaran alamat dengan memberikan notis
bertulis dalam tempoh (14) hari selepas pertukaran tersebut.

Kepada Kerajaan :
Alamat : Ketua Pengarah Perikanan,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Wisma Tani, Aras 1-6, Lot 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 Putrajaya

No. Telefon : 03-8870 4000


No. Faks : 03-8889 2460

Peg. Bertanggungjawab : Pengarah Bahagian Dasar dan


Perancangan Strategik,
Jabatan Perikanan Malaysia
No. Telefon : 03-8870 4215
No. Faks : 03-8889 1195

Dan

Alamat : Pengarah Kanan,


Institut Penyelidikan Perikanan,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

No. Telefon : 04 - 626 3925/26


No. Faks : 04 - 626 2210

Peg. Bertanggungjawab : Pengarah Pusat Inovasi,


Promosi dan Pengkomersialan,
Institut Penyelidikan Perikanan

No. Telefon : 04 - 626 3925/26


No. Faks : 04 - 626 2210
E-mel : norhana@dof.gov.my

Kepada IIUM :
Alamat : Dekan
Kuliyyah of Science,
Department of Marine Science,
International Islamic University Malaysia,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang

Peg. Bertanggungjawab : Assoc. Prof. Dr. Normawaty Mohammad Noor


No. Telefon : 09 570 4000 /019 8281744
No. Faks : 09 5716781
E-mel : info.kos@iium.edu.my
(RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG)
DALAM MENYAKSIKAN, Pihak-pihak yang terlibat yang telah mengadakan
Memorandum Persefahaman ini disempurnakan dalam nama masing melalui wakil-
wakil mereka yang telah diberi kuasa sewajarnya dalam dua (2) salinan asal yang
sama sah pada hari dan tahun yang ditulis pada permulaan di atas.

Untuk dan bagi pihak Untuk dan bagi pihak


KERAJAAN MALAYSIA INTERNATIONAL ISLAMIC
UNIVERSITY MALAYSIA

………………………………………..... ………......……………………………
YBHG. DATO’ ADNAN BIN HUSSAIN PROFESOR EMERITUS TAN SRI
(No. Kad Pengenalan: 700612-06-5487) DATO' DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK
Ketua Pengarah (No. Kad Pengenalan: 510928-10-6209)
Jabatan Perikanan Malaysia Rektor
International Islamic University Malaysia

Di hadapan: Di hadapan:

………………………………………..... ………......………………………………
DR. AZHAR BIN HAMZAH PROFESOR DR. JESNI BIN SHAMSUL
(No. Kad Pengenalan: 710421-08-5417) SHAARI
Pengarah Kanan (No. Kad Pengenalan: 731224-06-5161)
Institut Penyelidikan Perikanan Dekan
Kulliyyah of Science
International Islamic University Malaysia
Lampiran 1

KERTAS CADANGAN PROJEK KERJASAMA IPP DENGAN INTERNATIONAL


ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) UNTUK KAJIAN PEMBANGUNAN
SISTEM AMARAN AWAL (EWS) KEJADIAN LEDAKAN ALGA BAHAYA (HAB)

I. Maklumat Mengenai Institusi/Syarikat

a. Latarbelakang International Islamic University Malaysia (IIUM)

International Islamic University Malaysia (IIUM) adalah IPTA yang berdaftar di


bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang turut menjalankan penyelidikan dalam
bidang sains marin. Selari dengan matlamat negara dalam memperkasa bidang ini,
program pengajian sains marin dan teknologi telah diperkembang lagi dengan
tertubuhnya Jabatan Sains Marin di IIUM pada tahun 2014. Jabatan ini dibangunkan
untuk menjadi pemangkin dalam penyelidikan marin; (i) akuakultur dan pembenihan
ikan, (ii) teknologi perikanan dan pasca-tuai, (iii) pengurusan zon persisir bersepadu,
dan (iv) pencemaran marin. Kemudahan dan insfrastruktur yang sedia ada di
Jabatan Sains Marin membolehkan kajian sains marin berkembang maju selari
dengan aspirasi negara.

b. Bidang kepakaran IIUM

Kerjasama antara IIUM dan IPP bukanlah satu perkara baru dan masih berterusan
sehingga kini. Antara output kerjasama adalah penghasilan pelajar pasca siswazah
melalui penyeliaan bersama serta penerbitan bersama. Kajian alga bahaya atau
Harmful Algal Bloom (HAB) adalah di antara kajian yang giat dijalankan di IIUM.
Kajian HAB dijalankan dengan bantuan geran – geran penyelidikan dari luar dan
dalam negara dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuklah IPP. Peranan
dan kepakaran pihak IIUM adalah amat perlu dalam projek kerjasama ini bagi
memastikan objektif projek dapat dicapai. Berikut adalah bidang kepakaran
penyelidik dari IIUM:

No Penyelidik Bidang Kepakaran

1 Assoc. Prof. Dr. Normawaty Ekologi HAB, taksonomi HAB


Mohammad Noor

2 Assist. Prof. Ts Dr. Zuhairi Ahmad GIS and remote sensing

3 Prof. Dr. Shahbuddin Saad Ekologi marin

4 Assist. Prof. Dr. Aimimuliani Adam Ekologi HAB


c. Peranan IPP, bidang kerjasama dan kemudahan IPP yang akan digunakan

Penyelidikan dan pembangunan sistem amaran awal kejadian HAB adalah penting
bagi mengesan dan memberi amaran awal kepada penternak marikultur akan
berlakunya HAB. Dengan ini dapat meminimumkan impak HAB/kerugian yang besar
kepada penternak akibat kematian ikan ternakan secara besar-besaran dan
keselamatan makanan laut negara. IPP telah memulakan program penyelidikan
mikroalga berpotensi bahaya di beberapa kawasan terpenting marikultur seperti di
Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor dalam RMK 10 dan RMK 11. IPP juga ada
menerima kes-kes HAB yang sering dilaporkan berlaku di kawasan marikultur
Semenanjung Malaysia yang melibatkan kerugian besar kepada penternak. Justeru
kepakaran dalam analisis HAB telah ada di IPP BM secara teori dan praktikal. Selain
daripada itu, IPP juga mempunyai kelengkapan dan kemudahan infrastruktur
menganalisis plankton dan kualiti air untuk kerja-kerja penyelidikan dan
pembangunan sistem amaran awal untuk kejadian HAB.

II. Objektif Kerjasama

Secara umumnya, objektif projek kerjasama ini ialah untuk:

 Membangunkan sistem amaran awal HAB menggunakan kecerdasan pintar


(Artificial Intellengence) bagi kawasan marin kultur yang sering terjejas bagi
meminimumkan kesan negatif/impak terhadap industri perikanan dan
kesihatan manusia/keselamatan makanan laut.

 Membangunkan pengurusan data yang cekap dan pantas untuk berkongsi


maklumat HAB dengan agensi berkaitan dan komuniti setempat.

III. Bidang kerjasama

a. Berikut adalah peranan IPP:

i. Mengetuai dan merancang pelaksanaan projek.

ii. Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan perikanan, HAB,


kualiti air dan betimetri.

iii. Menyediakan kemudahan kajian serta peralatan untuk analisis HAB &
biotoksin, kualiti air dan betimetri.

iv. Mengumpulkan data kualiti air (suhu, pH, oksigen terlarut, saliniti, klorofila a,
ammonia, fosfat, nitrat, nitrit), hidrografi (bathimetri-maklumat kedalaman,
tempoh simulasi, time step interval, data pasang surut, data arus dan arah
angin) untuk dimasukkan dalam model sistem amaran awal HAB.

v. Menilai prestasi dan kualiti sistem amaran awal yang dibangunkan.

vi. Menyelia pelajar pasca siswazah secara bersama dengan IIUM.


vii. Merekod semua data yang berkaitan, menganalisis dan menyediakan laporan
kajian.

viii. Memantau sistem amaran awal secara bersama dengan IIUM.

ix. Menyediakan dan membentangkan hasil kajian secara bersama dengan


UIAM.

b. Berikut adalah peranan IIUM:

i. Mengetuai dan merancang perlaksanaan projek.

ii. Menyediakan khidmat nasihat kepakaran terutamanya berkaitan ekologi HAB,


biotoksin, kualiti air, hidrodinamik.

iii. Menyediakan kemudahan serta perisian untuk menganalisa data hidraulik dan
sebaran HAB seperti MIKE 21 HD dan ECOLAB.

iv. Menyediakan kemudahan kajian serta peralatan untuk analisa HAB, kualiti air
dan hidrodinamik.

v. Menyelia pelajar pascasiswazah secara bersama dengan IPP.

vi. Melantik syarikat luar untuk membantu di dalam pembangunan EWS, jika
perlu.

vii. Menghasilkan penerbitan berkualiti secara bersama dengan IPP.

viii. Merekod semua data yang berkaitan, menganalisis dan menyediakan laporan
kajian.

ix. Memantau sistem amaran awal secara bersama dengan IPP.

x. Menyediakan dan membentangkan hasil kajian secara bersama dengan IPP.

IV. Tempoh Kuatkuasa dan Tempoh Pelaksanaan

Projek ini dicadangkan berkuat kuasa selama 3 tahun bermula daripada 2023-
2025 bergantung kepada kelulusan kewangan/geran yang dipohon.

V. Obligasi pihak-pihak berkepentingan (Kewangan, staf, ruang dsb)

Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) International Islamic University


Malaysia (IIUM)

Kakitangan terlibat Kakitangan terlibat


1. Y.M. Ku Kassim Ku Yaacob 1. Assoc. Prof. Dr. Normawaty
2. Dr. Mohd Nor Azman bin Ayub Mohammad Noor
3. Roziawati Mohd Razali 2. Assist. Prof. Ts Dr.Zuhairi Ahmad
4. Dr. Hazdley Harith 3. Prof. Dr. Shahbuddin Saad
5. En. Mohammad Farouk Harman 4. Assist. Prof. Dr. Aimimuliani Adam
5. Assist. Prof. Dr. Amir Aatieff bin Amir
Hussin
6. Dr. Juliana binti Mohamed

Ruang dan peralatan yang terlibat Ruang dan peralatan yang terlibat

Ruang dan makmal ini akan digunakan oleh Ruang dan makmal ini akan digunakan
pembantu penyelidik yang digajikan oleh oleh pembantu penyelidik yang digajikan
pihak IPP di bawah penyeliaan penyelidik dari oleh pihak IIUMdi bawah penyeliaan
IPP (tiada sewa dikenakan dan alat tidak penyelidik dari IIUM.
dipinjamkan. Peralatan kekal di premis
kerajaan) a. Makmal Fikologi

a. Makmal Biotoksin b. Makmal GIS dan Remote Sensing

b. Makmal Kualiti Air

Kewangan yang terlibat

 Permohonan peruntukan Pembangunan  IIUM akan memohon geran


RMK-12 (RP3, RP4 & RP5): penyelidikan luar (seperti KPT,
MOSTI) secara bersama
Anggaran perbelanjaan yang diperlukan dengan IPP.
untuk projek ini:
Anggaran perbelanjaan yang diperlukan
o Perolehan bahan kimia dan bahan untuk projek ini ialah:
pakai buang – RM80,000
 Perolehan bahan kimia dan
o Bayaran upah Pembantu Penyelidik – pakai buang – RM40,000.00
RM90,000
 Bayaran upah pembantu
o Perkhidmatan mendapatkan sampel penyelidik dan/atau Penolong
kajian – RM55,000. penyelidik siswazah (GRA, 2
MSc, 1 PhD) – RM324,000.00
o Perolehan peralatan kualiti air (probe),
sistem solar, buoya – RM300,000  Analisis data input –
RM10,000.00

 Penyewaan alat (EDCP, bot),


pengangkutan dan penginapan
– RM50,000.00

 Perolehan peralatan – sensor


klorofil, kualiti air, workstation,
external hard disk dan lain lain
keperluan berkaitan –
RM400,000.00
 Perolehan data sekunder –
RM50,000.00

 Lesen alat AI dan firma


teknologi visual dan pakar meta
data– RM100,000.00 setahun

 Perolehan peralatan –
pembinaan algorisma AI untuk
5 modul – RM500,000.00

 Lesen portal tahunan, helpdesk


support dan maintenance:
RM150,000 (30% of RM500k
a. Aktiviti berserta Carta Gantt

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

AKTIVITI
J M M J S N J M M J S N J M M J S N

Menyediakan rangka kerja bagi EW & permohonan dana

Pengumpulan data di setiap kawasan lapangan kajian


meliputi ciri-ciri fizikal pantai/hidrodinamik laut (data
batimetri, tempoh simulasi, Time step interval, data pasang
surut, data arus dan arah angin), kualiti air, data
phytoplankton, data sekunder dan data sosio HAB/EWS

Analisis data yang dikutip untuk permodelan menggunakan


MIKE 21 HD dan ECOLAB

Pembangunan rangka kerja dan analisis data


menggunakan AI

Pembangunan webapps

Penilaian keberkesanan sistem pemantauan yang telah


digunakan

Dokumentasi terakhir, penerbitan artikel, dan penyampaian


hasil kajian kepada penternak
VI. Manfaat kepada Jabatan

Terdapat manfaat kepada Jabatan dan negara melalui kolaborasi seperti berikut:-

 Membangunkan sistem auto-pemantauan EWS yang efektif bagi mengesan awal


kejadian HAB

 Meminimumkan impak negatif/kerugian kejadian HAB terhadap aktiviti marikultur


dalam memastikan peningkatkan hasil pengeluaran perikanan negara terjamin
dan ekonomi perikanan yang mampan

 Keselamatan makanan laut

 Meningkatkan kapasiti pegawai penyelidik Jabatan dapat membangunkan


kemahiran dalam bidang analitik dan kecerdasan buatan. Pegawai penyelidik juga
dapat mendaftar sebagai pelajar pasca siswazah di bawah kerjasama bagi
meningkatkan kepakaran dan ilmu pengetahuan.

 Bermanafaat kepada penternak marikultur untuk memantau HAB

 Penerbitan jurnal bersama dalam jurnal berimpak tinggi.

VII. Pemilikan Intellectual Property (IP)

Pemilikan Intellectual Property (IP) di antara IPP dan IIUM adalah secara
perkongsian secara purata mengikut bajet dan “deliverables” yang akan dilakukan.

You might also like