You are on page 1of 7

Mesyuarat Gabungan Panitia.

Minit Mesyuarat Gabungan Panitia Bidang Manusia dan Alam Sekeliling.


Bil/1 2018
SK St. Mark (M), Selangau.

Tarikh : 16 Januari 2018

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Bilik Kelas Tahun 6.

Kehadiran :

1. Cikgu Salih anak Lidam


2. Cikgu Nicholas Engong anak Jugah
3. Cikgu Ellyne Tong Siew Hua
4. Cikgu Ruslan Bin Ismail
5. Cikgu Cathrine binti Sulaiman
6. Cikgu Ganyai anak Mensan
7. Cikgu Rosalind binti Abdullah
8. Cikgu Nurul Fariezza binti Ab.Rahim
9. Cikgu Muhammad Amir bin Aminuddin
10. Cikgu Mos anak Rengie
11. Cikgu Lawrence Hing anak Gerinsa
12. Cikgu Muhammad Ali bin Md. Rasid
13. Cikgu Venissa anak Ugun
14. Cikgu Zurina Julaihi.

Agenda :

1.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR.

1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang kepada semua guru. Beliau mengucapkan
tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai
pendidik dengan baik. Beliau juga berharap agar program-program yang baik pada
tahun 2018 dapat diteruskan pada tahun ini.

Makluman : Semua guru.

1.2 Pengurusan Panitia.

1.2.1 DSKP haruslah dijadikan panduan utama bagi semua guru. Semua pekeliling
yang sedang berkuatkuasa juga haruslah dipatuhi.

Tindakan : Semua guru.

1
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

1.2.2 Guru haruslah mempelbagaikan bahan sumber rujukan serta mengemaskini


kandungan fail panitia.

Tindakan : Semua guru.

1.2.3 Aktiviti panitia pada tahun 2018 hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan
sebaik mungkin. Beliau juga menyarankan agar LDP dan PLC dijadikan
sebahagian daripada budaya sekolah.

Tindakan : Semua guru.

1.3 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.

1.3.1 Persediaan pengajaran dan pembelajaran haruslah dilakukan dengan baik,


merangkumi DSKP, RPT dan RPH. Lembaran kerja hendaklah dirancang
dengan baik sejajar dengan objektif yang telah ditentukan.

Tindakan : Semua guru.

1.3.2 Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula hendaklah terancang dan
mematuhi aspek ketepatan masa. Guru-guru juga diingatkan agar mengamalkan
pengurusan masa yang efisyen.

Tindakan : Semua guru.

1.3.3 Dalam aspek penilaian, guru haruslah peka terhadap prestasi murid. Tahap
penguasaan murid hendaklah disusului dengan tindak susul yang berkesan
beserta pelan intervensi.

Tindakan : Semua guru.

2.0 PENGESAHAH MINIT MESYUARAT GABUNGAN PANITIA BIL 1/20017

2.1 Minit Mesyuarat dibentangkan oleh Cikgu Nicholas Engong anak Jugah dan tiada sebarang
perkara berbangkit diusulkan. Minit mesyuarat telah disahkan oleh Cikgu Venissa anak Ugun
dan telah disokong oleh Cikgu Ganyai anak Mensan.

2
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

3.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA KURIKULUM 2018

3.1 Jawatankuasa Panitia Gabungan bagi Bidang Manusia dan Alam Kelililng adalah
seperti berikut :

Bidang Manusia dan Alam Sekeliling.


Pengerusi : En. Mos anak Rengie

Setiausaha : En. Muhammad Amir bin Aminuddin

Bendahari : Pn. Nurul Fariezza binti Ab.Rahim

AJK : Cik Venissa anak Ugun (TMK)


Puan Zurina Julaihi (Saims)
Ustaz Muhammad Ali bin Md. Rasid (Sejarah/Pendidikan Agama Islam)
Encik Ganyai anak Mensan (Sejarah/Pendidikan Moral)

Tindakan : Semua guru.

4.0 PENYEDIAAN DAN FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4.1 Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Nicholas Engong anak Jugah memaklumkan agar
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah mengikut kriteria yang telah
dipersetujui oleh semua guru matapelajaran.

Tindakan : Semua guru.

4.2 Beliau juga menyarankan agar semua guru menyelaraskan format dan kandungan
RPH mengikut panitia masing-masing.
Tindakan : Semua guru.

4.3 Penulisan objektif pembelajaran hendaklah jelas dan mengikut format terkini dan
merangkumi unsur KBAT, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PAK 21, Peta i-Think
dan lain-lain yang sesuai.
Tindakan : Semua guru.

3
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

4.4 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah dilengkapkan sehari sebelum tarikh


perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan tidak boleh melebihi atau kurang
daripada masa tersebut.

Tindakan : Semua guru.

4.5 Penulisan refleksi hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Semua guru.

4.6 Cikgu Zurins Julaihi (Penyelaras program LINUS) mengingatkan agar penulisan
objektif bagi Rancangan Pengajaran LINUS diselitkan dalam penulisan Rancangan
Pengajaran Harian guru-guru yang mengajar matapelajaran LINUS.

Tindakan : Semua guru.

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA SAINS, PENDIDIKAN MORAL,


TMK, SEJARAH DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM.

5.1 Perancangan aktiviti semua panitia adalah seperti Lampiran.

Tindakan : Semua guru.

5.2 Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Nicholas Engong anak Jugah menyarankan agar
setiap panitia memperincikan setiap perancangan aktiviti dalam mesyuarat panitia masing-
masing.

Tindakan : Semua guru

6.0 FAIL-FAIL PANITIA.

6.1 Kandungan fail-fail panitia adalah seperti berikut :

Fail-fail mata pelajaran.

JPS(W)SKSMT(kur)/153/06/05/03/(BM)/001(1)

Fail – 001 – Mesyuarat Panitia

002 – Surat Menyurat.

003 – Maklumat Guru

004 – Dokumen Panitia

005 – Bank Soalan


4
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

006 – Analisis Peperiksaan/Penilaian

007 – Surat Panggilan Mesyuarat

008 – PCG / Peruntukan

Tindakan : Semua guru.

7.0 PERANCANGAN AKADEMIK 2018

7.1 Program panitia merangkumi pertandingan, kuiz, program, bengkel pembangunan (LDP)
dan PLC.
7.2 Semua panitia perlu berbincang dan menetapkan tarikh bagi setiap aktiviti untuk
dimasukkan ke dalam Takwim Tahunan Sekolah bagi Tahun 2018.
Tindakan : Semua guru.

7.3 Ujian Diagnostik akan bermula pada 29 Januari sehingga 31 Januari 2018 bagi
matapelajaran teras iaitu Bahasa Melau Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan,
Matematik dan Sains. Ujian ini adalah untuk mendapatkan markah TOV murid-murid.
Tindakan : Semua guru.

7.4 Bagi murid Tahun 1, instrumen LINUS akan digunakan untuk mendapatkan TOV dengan
menganalisis konstruk yang diuji dan dijadikan dalambentuk peratusan.
Tindakan : Semua guru.

7.5 Bagi matapelajaran Sains, guru Sains akan mengambil kira silibus prsekolah akan
digunakakan.
Tindakan : Semua guru.

7.6 Ujian PKSR akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun iaitu PKSR Pertengahan Semester
Pertama (Mac), PKSR Pertengahahn Tahun (Mei), PKSR Pertengahan Semester Kedua
(September) dan PKSR Akhir Tahun (November) yang melibatkan semua matapelajaran
teras dan wajib.

Tindakan : Semua guru.

8.0 HAL – HAL LAIN.

5
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

8.1 Puan Zurina Julahi memaklumkan bahawa Saringan LINUS 2.0 bagi Linterasi dan
Numerasi akan bermula pada 12 hingga 15 Februari 2018 dengan menggunakan
Instrumen Saringan LINUS 2015.
Tindakan : Semua guru.

8.2 Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Nicholas Engong anak Jugah memaklumkan agar
setiap guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian sepanjang peperiksaan
dengan menggunakan contoh RPH seperti yang diedarkan kepada semua guru semasa
mesyuarat ini.
Tindakan : Semua guru.

8.3 Beliau juga telah mengedarkan Jadual Ujian Diagnostik kepada semua guru untuk dirujuk
sepanjang Ujian Diagnostik dijalankan.

Tindakan : Semua guru.

8.4 Beliau mengingatkan semua guru untuk memasukkan lampiran Biodata Guru dalam
setiap Fail Panitia masing-masing.

Tindakan : Semua guru.

8.5 Beliau mencadangkan pihak sekolah menyediakan bilik khas yang tersedia dengan
kelengkapan peralatan penggunaan LCD untuk mengelakkan guru membuang masa
teralalu lama untuk menyediakan peralatan sebelum P&P bermula.

Tindakan : Semua guru.

8.6 Cikgu Nicholas Engong anak Jugah mendapatkan pandangan semua guru berkaitan
dengan tempat yang sesuai dengan kelengkapan meja dan kerusi yang mencukupi untuk
bermesyuarat bagi memuatkan semua guru dan staf. Cikgu Cathrine binti Sulaiman
mencadangkan ruang di Bilik Peperiksaan digunakan. Namun tempat tersebut tidak
sesuai terutamanya semasa keadaan banjir. Cikgu Nurul Fariezza binti Ab. Rahim
mencadangkan agar kelas Tahun 6 digunakan pada masa ini dan akan mendapatkan
bantuan murid bagi menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi bagi semua guru dan
staf setiap kali sebelum bermesyuarat.

Tindakan : Semua guru.

8.7 Cikgu Nicholas Engong anak Jugah juga telah mengingatkan kepada semua Ketua
Panitia untuk membuat senarai nota minta berdasarkan sebut harga yang sesuai dan
menggunakan peruntukan panitia dengan sewajarnya bagi kegunaan panitia masing-
masing.

Tindakan : Semua guru.

6
Mesyuarat Gabungan Panitia.
.

8.8 Cikgu Nurul Farieza binti Ab. Rahim memaklumkan kepada semua guru agar pelaporan
PBS dihantar 2 kali setahun iaitu selepas PKSR Pertengahan Tahun (Mei) dan PKSR
Akhir Tahun (November). Tapak Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Tahun
1 dan 2 terkini serta tapak Pelaporan Gabungan Kelas yang lain telah dikongsi dalam
Telegram sekolah.

Tindakan : Semua guru.

8.9 Cikgu Lawrence Hing anak Gerinsa mengingatkan bahawa SKPMg2 perlu diisi sebelum
bulan Mac bagi Fasa Pertama 2018. Guru-guru diingatkan agar menyediakan evidens
seperti yang dicatakan pada borang penilaian.

Tindakan : Semua guru.

8.10 Cikgu Cathrine mengingatkan kepada semua guru agar menyediakan Pelan Strategik
bagi semua panitia matapelajaran masing-masing bagi tahun ini.
Tindakan : Semua guru.

8.11 Cikgu Cathrine juga bertanyakan adakah guru-guru masih perlu melengkapkan Modul i-
Think secara online?Cikgu Nicholas akan mendapatkan kepastian daripada pihak PPD.
Beliau juga telah mencadangkan agar pihak sekolah memberikan peruntukan bagi
menyediakan fail yang seragam untuk kegunaan semua panitia.

Tindakan : Semua guru.

9.0 PENUTUP

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.


Cadangan Penangguhan Mesyuarat : Ustaz Muhammad Ali bin Md. Rasid.
Disokong : Cikgu Venissa anak Ugun.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

------------------------- -----------------------
(Nurul Fariezza binti Ab. Rahim)
Pencatat Minit Mesyuarat Gabungan
Panitia Bidang Bidang Manusia dan Alam Sekeliling
Tarikh :
SK St. Mark (M), Selangau.

Tarikh : 5 Februari 2018

You might also like