You are on page 1of 2

Eksperimen 4.

1 (muka surat 129)


Tajuk Syarat percambahan biji benih.
Pernyataan Masalah Adakah udara, air dan suhu yang sesuai perlu untuk biji benih bercambah?
Hipotesis Biji benih memerlukan udara, air dan suhu yang sesuai untuk percambahan.
Tujuan Menentukan syarat percambahan biji benih.
Pembolehubah i) dimanipulasikan : kehadiran air, udara dan suhu
ii) bergerak balas : percambahan biji benih
iii) dimalarkan : jenis biji benih
Bahan dan radas Tabung didih, kapas, air, minyak masak, kertas hitam, kacang hijau dan peti
sejuk.
Prosedur

1. Empat tabung didih berlabel A, B, C dan D disediakan seperti dalam


Rajah 4.37(a) dan 4.37(b).
2. Tabung didih A, B dan C diletakkan di dalam makmal manakala tabung
didih D diletakkan di dalam peti sejuk.
3. Biji benih diperhatikan selepas 5 hari bagi kesemua tabung didih.
4. Keputusan yang diperoleh dicatatkan di dalam jadual.
Pemerhatian Percambahan biji benih
kehadiran (bercambah / tidak
Tabung
bercambah
didih
air Udara Suhu yang
sesuai
A Ada Ada Ada Biji benih bercambah
B Tiada Ada Ada Biji benih tidak
bercambah
C Ada Tiada Ada Biji benih tidak
bercambah
D Ada Ada Tiada Biji benih tidak
bercambah

Perbincangan 1. Biji benih dalam tabung uji A bercambah kerana terdapat kehadiran air,
udara dan suhu yang sesuai.
2. Semua tabung uji dibalut dengan kertas hitam untuk menunjukkan cahaya
tidak diperlukan untuk percambahan.
3. Minyak masak digunakan untuk menghalang udara masuk ke dalam air
didalam tabung uji.

Kesimpulan Hipotesis diterima. Biji benih memerlukan udara, air dan suhu yang sesuai
untuk percambahan

You might also like