You are on page 1of 2

KESAN KEKURANGAN NITROGEN, FOSFORUS DAN KALIUM DALAM PROSES PERTUMBUHAN POKOK

Dengan menggunakan empat anak benih jagung, larutan kultur Knop lengkap, larutan kultur tanpa

Nitrogen, larutan kultur Knop tanpa Fosforus dan larutan kultur Knop tanpa Kalium serta radas lain,
huraikan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien tertentu dalam tumbuhan.

a) Tujuan eksperimen

Untuk mengkaji hubungan antara kehadiran nitrogen dengan pertumbuhan anak benih jagung

b) Hipotesis :

Nutrien diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan yang sihat

c) Pengenalpastian pemboleh ubah

p.dimanipulasi : kehadiran nitrogen/ jenis larutan kultur

p. bergerak balas : ketinggian/ pertumbuhan anak benih jagung

p.dimalarkan : jenis anak benih/ suhu persekitaran

d) Senarai radas dan bahan

Dua anak benih jagung, larutan kultur Knop, larutan kultur tanpa nitrogen dan tabung uji, pita

selofan, kertas hitam serta tiub kaca L.

e) Prosedur/ kaedah

1- Radas disusun seperti dalam rajah di atas.

2- Tabung uji dilabel dengan A dan B.

3- Tabung uji A dimasukkan larutan kultur knop lengkap manakala tabung uji B dimasukkan

larutan kultur tanpa nitrogen.

4- kedua-dua tabung uji dimasukkan anak benih jagung serta tiub kaca L dan seterusnya
ditutup dengan kapas.

5- Pemerhatian dibuat selepas 1 minggu selepas tabung uji A dan B dibiarkan di kawasan

bercahaya.

6- keputusan eksperimen dicatat dalam jadual

You might also like