You are on page 1of 4

ANATOMI TULANG DAN FUNGSINYA

[Baca bersama nota ms 107]

BAHAGIAN TULANG HURAIAN / FUNGSI


Hujung dan pangkal tulang panjang. Ia ringan kerana berongga. Dibaluti
Tulang berspan lapisan tulang padat. Mengandungi sumsum tulang merah, yang
bertanggungjawab menghasilkan sel darah merah
Lapisan nipis yang membalut permukaan epifisis kenyal/ketahanan
Articular kartilej
tinggi/menyerap ketukan dan hentakan/kurangkan kecederaan
Plat / Garis Epifiseal adalah plat rawan hyaline yang terdapat pada kanak-
kanak dan remaja, yang terletak di metafisis pada hujung setiap tulang
Garis Epifiseal panjang. Ia merupakan lokasi tumbesaran tulang untuk memanjang ke atas
dan ke bawah. Ia akan mulai pudar dan hilang apabila mencapai umur 18
tahun
Tisu ini mempunyai peranan utama dalam pertumbuhan tulang dan
Periosteum pembaikan tulang dan mempunyai kesan ke atas bekalan darah tulang serta
otot rangka.
BAHAGIAN TULANG HURAIAN / FUNGSI
Tulang padat adalah struktur utama dalam badan untuk memberikan
sokongan, perlindungan, dan pergerakan. Oleh sebab ia tulang yang kuat,
berbanding dengan tulang berspan, ia adalah tisu pilihan untuk kekuatan.
Tulang padat berfungsi dalam menyimpan dan mengeluarkan kalsium
Tulang Padat
kepada badan apabila diperlukan. Tulang padat juga memberikan tuas
mekanikal yang kuat, yang mana otot dapat mencipta pergerakan. Fungsi
ini disokong oleh sendi yang dihasilkan oleh tulang spongy dan tisu
penghubung, seperti tendon dan ligamen.
Kaviti Medulari Ruang tengah tulang yang mengandungi sum-sum tulang
Sumsum tulang kuning mengandungi sel stem mesenchymal (sel stromal
sumsum), yang menghasilkan tulang rawan, lemak dan tulang. Sumsum
Sumsum tulang
tulang kuning juga membantu dalam penyimpanan lemak dalam sel yang
kuning
dipanggil sel adipos. Ia kaya dengan sel-sel lemak bagi membolehkan tubuh
menerima tenaga dalam bentuk lemak.
Ia bertindak sebagai Sebagai saluran untuk gas, nutrien, dan sisa
metabolisme, saluran darah dalam sistem rangka memainkan peranan aktif
Salur darah dalam mengawal pelbagai aspek pembentukan tulang dan memberikan
niche untuk stem sel dalam proses hematopoietik yang berada di dalam
sumsum tulang.

PERIOSTEUM

LAPISAN LUAR
Lapisan luar periosteum kebanyakannya diperbuat daripada bahan berserat elastik, seperti kolagen.
Ia juga mengandungi saluran darah dan saraf. Saluran darah periosteum menyumbang kepada
bekalan darah tulang badan.

LAPISAN DALAM
Lapisan dalaman periosteum juga dirujuk sebagai cambrium. Ia mengandungi sel osteoblast.
Osteoblast adalah sel pembentuk tulang. Ia sangat penting untuk tisu tulang masih berkembang.
Lapisan dalaman periosteum tebal dan kaya dengan osteoblast pada janin dan ketika awal kanak-
kanak. Lapisan dalaman periosteum akan menjadi lebih nipis sesuai dengan peningkatan usia.
Penipisan ini bermula pada masa kanak-kanak dan berterusan sehingga dewasa. Dalam banyak kes,
lapisan dalaman menjadi sangat nipis sehingga sukar untuk membezakan dari lapisan luar
periosteum. Sekiranya tulang patah berlaku pada usia dewasa, osteoblas dapat dirangsang untuk
memperbaiki kecederaan. Tetapi kadar regenerasi akan menjadi lebih perlahan berbanding dengan
kanak-kanak.
TAHAP PROSES PEMBENTUKAN TULANG

Ialah sel stem yang belum mengalami pengkhususan. Sel ini kemudian
Osteogenik
membahagi secara mitosis membentuk osteoblas
Merupakan sel yang membina tisu-tisu tulang. Sel ini menghasilkan serat-serat
Osteoblas kolagen dan bahan-bahan organik yang diperlukan untuk membina matriks
tulang.
Dibentuk apabila sel osteoblas dikelilingi oleh bahan matriks tulang dan
menjadi matang. Sel ini berperanan mengekalkan metabolisme dalam tulang
Osteosit
seperti membuang bahan sisa dan mengambil nuterian yang diperlukan
daripada darah.
Merupakan sel yang besar yang terbentuk daripada percantuman monosit
(sejenis sel darah putih). Sel ini berperanan memecahkan tisu-tisu tulang
Osteoklas (reabsorbing) dan proses ini perlu semasa perkembangan tulang yang normal
semasa membaiki tisu tulang yang cedera. Ia merembeskan enzim lisosom dan
asid yang dapat mencernakan protein dan mineral dalam matriks tulang.
KEPERLUAN ASAS PERTUMBUHAN DAN KESIHATAN TULANG

Proses osifikasi / pertumbuhan tulang memerlukan beberapa vitamin dan mineral seperti berikut;

i. PROTEIN membekalkan sumber asid amino penting yang diperlukan untuk kesihatan
badan. Pengambilan protein yang rendah akan mengganggu pembinaan jisim tulang
maksimum semasa kanak-kanak dan remaja (menjejaskan pertumbuhan rangka) dan
juga pengekalan jisim tulang semasa penuaan. Kekurangan protein juga mengakibatkan
pengurangan jisim otot dan kekuatan pada warga emas, yang turut menjadi faktor risiko
jatuh.

ii. VITAMIN D memainkan dua peranan utama untuk membina dan mengekalkan tulang
yang sihat. Ia membantu penyerapan kalsium daripada makanan di dalam usus dan
memastikan pembaharuan dan pemineralan tulang yang sempurna. Vitamin D perlu
untuk penyerapan kalsium. Kekurangan vitamin D menyebabkan kekurangan
penyerapan kalsium, menyebabkan tubuh mnggunakan simpanan kalsium dalam tulang.
Ini menghalang pertumbuhan tulang baru.

iii. KALSIUM ialah blok binaan utama untuk rangka kita, dengan 99% daripada 1 kg kalsium
dalam badan manusia terkandung dalam tulang kita. Tulang bertindak sebagai takungan
untuk mengekalkan tahap kalsium dalam darah, yang penting untuk mengekalkan
kesihatan otot dan saraf. Keperluannya tinggi terutamanya semasa tempoh
pertumbuhan pesat remaja.

iv. Mikronutrien yang menyokong kesihatan tulang Mikronutrien diperlukan dalam jumlah
yang sedikit untuk perkembangan dan pertumbuhan normal. Penyelidikan berterusan
mengesyorkan bahawa beberapa mikronutrien seperti disenaraikan di bawah adalah
penting untuk kesihatan tulang: Vitamin K, Magnesium, Zink dan Karotenoid.

You might also like