You are on page 1of 1

Antara fungsi tulang utama sistem rangka dalam tubuh badan manusia ialah

sebagai sumber sokongan tubuh. Tulang rangka merupakan satu kerangka yang
kuat dan tegar yang membantu kepada pelekatan otot dan ligamen dalam badan
manusia. Tambahan lagi, tulang utama sistem rangka turut berfungsi untuk
membantu dalam menyokong tisu-tisu lembut.
Selain itu, sistem rangka utama juga berfungsi dalam penghasilan sel darah merah
dalam badan manusia. Sum-sum merah dalam tulang orang dewasa berfungsi
sebagai agen dalam menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet.
Proses penghasilan sel darah merah ini digelar sebagai proses Hemopoiesis atau
Hemotopaisis.
Di samping itu, tulang utama juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sumber
mineral. Penyimpanan sumber mineral seperti fosforus, sodium, kalsium, dan
potessium amat penting bagi membantu dalam penghasilan ostoblas iaitu sel
pembina tulang. Sel pembina tulang ini menjadikan tulang kuat dan menahan
tekanan.
Akhir sekali, tulang utama dalam sistem rangka juga turut berfungsi sebagai
perlindungan. Tulang utama seperti tengkorak(kranium), tulang belakang, tulang
rusuk dan pelvis berperanan besar dalam melindungi organ-organ penting bagi
mengelakkan organ tersebut daripada kecederaan. Contohnya, tengkorak atau
kranium berfungsi untuk melindungi otak manakala tulang rusuk atau ribs
berperanan sebagai pelindung kepada jantung dan paru-paru manusia.

You might also like