You are on page 1of 2

Sektor pelancongan semasa pasca Pandemic Covid-19

Bagi agensi atau syarikat pelancongan yang beroperasi di Malaysia kebergantungan

pendapatan syarikat atau agensi ini adalah berdasarkan tempahan dari pelancongan dalam

atau luar negara. Mengambil contoh daripada syarikat atau agensi pelancong yang

beroperasi di Sabah iaitu Perfect Holiday Vacation Sdn Bhd. Kebiasannya syarikat

pelancongan seperti ini akan menempatkan wakil atau agen di luar negara bagi tujuan

memberi promosi dan menarik pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Pendapatan

syarikat akan dijana melalui caj perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong yang

menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut. Antara contoh caj perkhidmatan yang akan

diberikan adalah caj perkhidmatan penganggkutan, perkhidmatan pemandu pelancong dan

perkhidmatan pengurusan.

Caj perkhidmatan pengangkutan merupakan perkhidmatan yang akan disediakan

oleh syarikat atau agensi pelancong kepada pelanggannya sepanjang mereka berada di

Malaysia. Perkhidmatan ini akan berserta pemandu bas yang mahir dan fasih mengenai

selok belok tempat yang ingin ditujuh. Bagi perkhidmatan jurubahasa pula akan diberikan

kepada pelancong dari luar negara yang tidak fasih berbahasa Malaysia. Menurut dewan

Bahasa dan pustaka edisi kedua jurubahasa membawah maksud orang yang menterjemaah

percakapan orang. Seterusnya, caj perkhidmatan penggurusan merupakan caj yang

dikenakan mengenai pengurusan individu sepanjang bercuti di Malaysia. Sebagai contoh

pengurusan tempahan hotel, pengurusan pusat pelancongan atau reakrasi pelancongan.

Namun sejak penularan pandemic covid-19 diseluruh dunia kerajaan Malaysia terpaksa

terpaksa mengambil langkah dengan menutup semua pintu sempadan negara bagi semua

urusan termasuk tujuan pelancongan hal ini demikian bagi mengekang penularan virus yang

membawah maut ini. Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini telah

menyebabkan syarikat-syarikat atau agensi pelancongan ini hampir lumpuh.


Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia telah

menyebabkan sektor pelancongan di Malaysia tidak dapat menjana pendapatan dan telah

menanggung kos kerugian yang tinggi. Bagi syarikat atau agensi pelancongan seperti

Perfect Holiday vacation Sdn Bhd yang beroperasi di Sabah, terpaksa menaggung kos

bulanan dan kos penyelanggaran bas yang digunakan untuk menjemput dan menghantar

pelancong. Selain itu, syarikat seperti Perfect holiday Sdn Bhd terpaksa memberhentikan

hampir semua pekerja syarikat tersebut. Agensi atau syarikat perlancongan tersebut telah

memberi pilihan kepada pekerjanya sama ada untuk berhenti secara langsung dan mencari

pekerjaan baharu atau memberi cuti tanpa gaji. Syarikat tersebut memahami mengenai

kesukaran peluang pekerjaan pada masa kini sekarang yang semakin kritikal. Oleh demikian

syarikat tersebut telah memberi pilihan kedua dengan memberi cuti tanpa gaji sehingga

sektor pelancongan kembali pulih.

Menurut World Tourism Organization (UNWTO) menjangkakan bawah sektor

tersebut akan berada fasa pemulihan pada suku kedua pada tahun hadapan iaitu 2021.

Namun, tarikh tersebut hanyalah jangkaan dan akan bergantung kepada keadaan semasa.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

berkata kerugian yang ditanggung oleh sektor pelancongan yang disebabkan oleh penularan

Pandemik Covid-19 adalaah melebihi RM31 bilion bagi segmen pelancongan antarabangsa.

Manakala, menurut Datuk Seri Nancy lagi pelancongan domestik pula menanggung kerugian

dengan anggaran melebihi RM13 bilion.

You might also like