You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBINAAN
BLOK ASRAMA

DI ATAS
TANAH SK LONG MIRI
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050, MARUDI, SARAWAK.

CADANGAN PEMBINAAN SEBUAH


BLOK ASRAMA SK LONG MIRI, BARAM
SARAWAK.

Disediakan oleh:
Setiausaha kehormat PIBG
SK Long Miri, Baram, Sarawak.
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Long Miri merupakan sebuah sekolah pedalaman di Daerah
Baram yang terkenal dengan kecemerlangan dalam aspek sukan terutamanya olahraga. Ramai
di antara murid SK Long Miri berjaya menempa nama dalam bidang sukan dan kokurikulum
hingga ke peringkat kebangsaan.

1.1 Senarai atlet SK Long Miri dan pencapaian mereka.

No. Nama Peringkat Kini


Sek.Sukan Sabah, SMK Lutong
1.1.1 Josephine Joseph Kebangsaan
form 6
1.1.2 Mariana Thomas Negeri SMK Lutong
1.1.3 Fedrick Wan Negeri SMK Lapok
1.1.4 Christal Thomas Bahagian Kolej TDTHB
Terima Tawaran Sek Seni
1.1.5 Brian Bahagian
Sarawak
Terima Tawaran Sek.Seni
1.1.6 Ambrose Nyipa Bahagian
Sarawak
1.1.7 Javaerlyn Joseph Kebangsaan Sek.Sukan Tabuan
Terima tawaran Sek.Sukan
1.1.8 Bato Tingang Kebangsaan
Tabuan, SMK Lutong
1.1.9 Violet Telun Negeri SMK Long Lama
1.1.1
Alter Amster Negeri SMK Long Lama
0
1.1.1
Gabriel Njok Bahagian SMK Long Lama
1
1.1.1
Oliver Lagang Bahagian SMK Long Lama
2
1.1.1
Stevei Wan Negeri Sk.Long Miri
3
1.1.1
Rachael Tijan Negeri Sk.Long Miri
4

Antara mereka juga ada yang berkelayakan untuk diterima masuk ke sekolah sukan
mahupun kolej berdasarkan pencapaian sukan mereka. Murid di SK Long Miri juga tidak
putus-putus menjadi wakil daerah Baram untuk ke peringkat bahagian, mahupun kebangsaan
saban tahun. Justeru, bagi melahirkan lebih ramai lagi atlet pada masa akan datang, sebuah
asrama perlu dibina bagi menjamin perkembangan fizikal dan keperluan asas murid.

2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN


Tujuan utama pembinaan asrama ini adalah bagi memastikan, setiap murid atau atlet
mendapat penjagaan yang secukupnya dari aspek fizikal dan nutrisi. Selain itu, murid dapat
menumpukan perhatian kepada latihan sukan pada waktu pagi dan akademik pada waktu
malam. Asrama ini juga dapat menempatkan murid yang kurang bernasib baik di sekitar
kampung Long Miri supaya menerima penjagaan sewajarnya.

3.0 LATARBELAKANG MASALAH

Sejak tahun 2013, murid SK Long Miri telah terkenal dengan keupayaan dan kebolehan
mereka dalam bidang olahraga. Mereka sering menjadi nadi kepada kontinjen atlet daerah
Baram dan Miri yang bertanding di peringkat bahagian, negeri, mahupun kebangsaan.
Pencapaian yang memberangsangkan ini adalah hasil daripada program latihan yang
dijalankan dari peringkat sekolah lagi. Terdapat dua sesi latihan, iaitu ;
3.1 Sesi pagi (1) : 7.30 pg – 10.00 pg
3.2 Sesi petang (2) : 4.00 ptg – 5.30 ptg
Selain jadual latihan yang teratur, nutrisi memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan fizikal seseorang atlet. Masalah timbul apabila pengambilan makanan murid
tidak dapat diawasai selepas sesi persekolahan. Ada antara mereka memilih untuk makan
makanan rapuh dan tidak berkhasiat yang akhirnya menyebabkan mereka tidak bertenaga dan
lemah semasa latihan.
Selain itu juga, murid yang menjalani latihan akan terlepas sesi pembelajaran pada
waktu pagi. Oleh itu, mereka seringkali tercicir dalam pelajaran. Dengan adanya asrama,
pembelajaran sesi pagi dapat digantikan pada waktu malam di asrama.
Terdapat juga segelintir murid datang daripada kampung berdekatan yang bersekolah
di SK Long Miri. Oleh itu, agak sukar bagi mereka untuk berulang secara harian. Dengan
adanya asrama ini dapat membantu mereka tinggal di asrama.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN


Pembinaan asrama ini membolehkan lebih ramai lagi murid mahupun atlet dilahirkan
terutamanya di pedalaman Baram. Pembinaan asrama ini juga dapat menjadi program khusus
bagi sukan olahraga untuk anak-anak pedalaman yang berkebolehan dengan adanya
kemudahan yang bakal dibina nanti.
SK Long Miri juga mempunyai kelengkapan infrastuktur yang baik seperti padang,
gelanggang, trek balapan bagi melatih murid yang berkebolehan dalam bidang olahraga
khususnya. Pembinaan asrama ini dapat melengkapkan lagi keupayaan SK Long Miri dalam
membentuk atlet masa hadapan.

Rasional pembinaan asrama ini adalah:


4.1 Melahirkan lebih ramai atlet dari pedalaman Baram.
4.2 Mengimbangi akademik dan kokurikulum murid.
4.3 Menyediakan kelengkapan bagi perkembangan fizikal murid.
4.4 Menyediakan nutrisi yang secukupnya bagi murid.
4.5 Menjadi sekolah pedalaman yang khusus bagi sukan olahraga
(sekolah perintis).
4.6 Mewujudkan sistem latihan yang berkesan tanpa mengenepikan aspek
akademik.
4.7 Keboleh pasaran murid untuk masuk ke sekolah menengah yang lebih baik.
4.8 Memudahkan pelajar sekitar yang berulang tinggal diasrama.

5.0 TAPAK BINA DAN LOKASI


Pihak sekolah mencadangkan supaya pembinaan asrama ini didirikan di belakang
bangunan sekolah (Rujuk Lampiran 1).

6.0 ANGGARAN KOS PEMBINAAN


Kami menganggarkan kos pembinaan sebuah blok asrama adalah seperti berikut :
6.1 Anggaran kos pembinaan
Anggaran kos pembinaan
No. Perkara Kapasiti /unit Anggaran
6.1. Bilik asrama murid lelaki &
60 orang murid RM 200,000
1 perempuan
6.1.
Tandas murid lelaki & perempuan 60 orang murid RM 40,000
2
6.1.
Dewan makan asrama 60 orang murid RM 40,000
3
6.1.
Dewan Serbaguna Asrama 1 unit RM 40,000
4
6.1. Memuatkan 5 orang
Ruang memasak RM 30,000
5 staff
6.1.
Bilik warden 1 unit RM 30,000
6
6.1.
Bilik PPM 1 unit RM 30,000
7
6.1.
Bilik Belajar murid 1 unit RM 40,000
8
6.1.
Bilik laundry 1 unit RM 30,000
9
JUMLAH PENUH RM 500,000

7.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan yang tinggi kepada ibubapa dan masyarakat untuk melihat
SK Long Miri ini menjadi sebuah sekolah yang digeruni dan terus melahirkan ramai murid
atau atlet yang berjaya di masa hadapan.
Justeru, besarlah harapan kami pihak PIBG SK Long Miri agar cadangan pembinaan
blok asrama ini dapat diperhalusi dan dimajukan oleh pihak Yang Berhormat. Dengan adanya
bantuan dan sokongan daripada pihak Yang Berhormat, ianya dapat memberi peluang kepada
anak-anak Baram amnya dan Long Miri khususnya mencapai kecemerlangan dalam bidang
sukan dan akademik serta mengharumkan nama pedalaman Baram ke pentas yang lebih
tinggi.

Disediakan oleh;

( b/dientukan )
YDP PIBG SK Long Miri,
Baram, Sarawak.
*Masukkan gambar atlet/pencapaian
*masukan senarai nama atlet yg berjaya drpd sklm

You might also like