You are on page 1of 2

KEPENTINGAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

 Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.

 Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia
merupakan ibadah dan juga Sunnah Rasullullah SAW. Rasullullah SAW seorang ahli
perniagaan yang berjaya. Rasullullah SAW pernah menjadi wakil peniaga kepada
Khadijah binti Khuwailid RA ke negeri Syam.

 Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan


barangan yang diingini. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah
semulajadi manusia.

 Perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki. Islam amat
menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan
salah satu daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan
agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.1

 Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk


kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia.

ّ ِّ َّ‫اللهَّ ْالبَ ْي ََّعَّ َو َحر ََّم‬


Firman Allah SWT: ‫الربَا‬ َّّ ََّّ‫َوأ َ َحل‬

Maksudnya: ‘’Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’’.


(Surah Al-Baqarah : 275)

1
Irsyad Al-Hadith Siri Ke-292: ‘Perniagaan Adalah Sumber Rezeki Terbesar’, Laman Web Rasmi Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, 18 Oktober 2018
KEBAIKAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

 Tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual dan pembeli,
maka terbentuklah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

 Mendapat pahala kerana mengamalkan Sunnah Nabi.

 Mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan serta dapat
mengukuhkan ekonomi umat Islam.2

 Merapatkan hubungan silaturahim dan dihormati masyarakat.

 Jujur dan amanah sepanjang masa berniaga dapat memperoleh keberkatan


dalam perniagaan.

 Membayar zakat perniagaan serta dapat memberikan sumbangan untuk


kebaikan agama dan melakukan sedekah jariah.

2
Ab. Mumin Ab. Ghani, Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam, Seminar Keusahawanan
Islam Peringkat Kebangsaan, Universiti Malaya, 2005

You might also like