You are on page 1of 4

3.

Kelemahan Dasar Ekonomi


Tanzimat atau pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan
kepada Turki Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai
bidang.
Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya
zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 1839) yang terlalu
mengagumi kemajuan Eropah.Misalnya projek jaringan keretapi Orient
Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan
Istana Topkapi. Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang
yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan
kesukaran membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut
muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada
tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang
kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada
1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang
ditanggung oleh kerajaan Turki Uthmaniah
juta

ialah melebihi daripada 200

pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang

ekonomi memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi Turki


Uthmaniah dan menghancurkan Turki Uthmaniah.
Kegiatan perdagangan Turki Uthmaniah menjadi semakin lembap akibat
saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal
ini dapat dibuktikan pada abad ke- 16 Turki Uthmananiah bersaing dengan
pertugis untuk mrnguasai jalan perdagangan di perairan india. Sewaktu sistem
kapitalis diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan
menenggelamkan industri tradisoinal masyarakat Turki. Selain itu kemunduran
dalam ekonomi Turki adalah akibat berlaku peperanagan yang tidak

pernah

berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja


yang besar termasauk perbelanjaan perang mendoromg kepada kemelesetan
ekonomi Turki Uthmaniah kesannya,
suram dan menuju kejatuhan.

kegemilangan Turki Uthmaniah

semakin

Langkah-langkah yang perlu diambial untuk

meningkatkan ekonomi

Turki Uthamaniah
Peranan pemimpin
Pemimpin Islam harus bertanggung jawab untuk

menyatukan kesemua

negara Islam tidak mengira kepelbagaian mazhab yang wujud, walaupun


syiah sekali pun. Yang penting, negara itu mestilah merupakan sebuah
negara Islam.
Khalifah Abdul Hamid, yang telah dilantik sebagai Khalifah,

telah

berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah diselatan Rusia, India,


Pakistan dan Afrika. Beliau mula menjemput ulama-ulama Islam dari
Indonesia, Afrika, India ke negara islam Uthmaniyah. Beliau juga
memulakan program pembinaan masjid dan institusi-institusi Islam di
serata dunia Islam.
Peranan Institusi Pendidikan
Institusi memainkan peranan yang penting dalam menerap nilai-nilai Islam
dalam proses pembelajaran. Contohnya, Negara Arab lebih menekankan nilainilai Islam dalam kehidupan seharian mereka. Universiti Al-Azhar ini asalnya
dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dahulu, masjid merupakan pusat
pendidikan.
Peranan Ekonomi Islam
Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah
Rasullullah SAW. Daripada sumber-sumber inilah para ulama dan ahli ekonomi Islam
telah mengeluarkan dan mengetengahkan beberapa prinsip penting di dalam sistem
ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama telah di rumus seperti berikut:

Kesatuan (unity)
Keseimbangan (equilibrium)
Kebebasan (free will)
Tanggungjawab (responsibility)

Prinsip Makroekonomi Islam yang diamalkan semenjak zaman Rasulullah


S.A.W merangkumi 3 prinsip, iaitu:
Prinsip 1 : Takaful atau ta'awun:
Prinsip ini menekankan konsep saling bantu membantu. Ianya memerlukan
semua anggota masyarakat agar saling bekerjasama dgn menekankan
konsep persaudaraan. Islam mengharam aktiviti riba dan rasuah yang
bertentangan

dengan

amalan

takaful

atau

ta'awun.

Islam juga menggalakkan umat melakukan pekerjaan. Semua perniagaan


sama ada perkhidmatan atau pembekalan diharuskan. Perniagaan piramid
diharamkan

kerana

tidak

menggambarkan

pengembangan

sebenar

ekonomi. Konsep takaful dan ta'awun perlu penuhi 3 syarat, iaitu demi
kepentingan ummah dan agama Islam, demi kepentingan pengguna dan
demi memenuhi tuntutan manfaat di sisi Islam. Ekonomi Islam juga
mewajibkan zakat bagi semua urusan ekonomi dan aset beku spt emas
dan perak utk mengurangkan jurang dalam masyarakat.
Prinsip 2 : Keseimbangan fundamental atau asas ekonomi.
Semua fundamental ekonomi sepert pertanian, perniagaan dan
perusahaan diberi penekanan. Perniagaan digalakkan dlm islam krn
menyumbangkan pendapatan besar dan suntikan tenaga dalam kegiatan
ekonomi. Pertanian diberi penekanan kerana keperluan asasi umat islam
dan kurang kebergantungan kepada barangan makanan yang diimport.
Keseimbangan tuntutan batiniah dan rohaniah. Umat islam wajib bekerja
atau berusaha untuk mengangkat taraf sosioekonomi mengikut keupayaan
masing-masing.
Prinsip 3 : Hisbah
Prinsip ini berdasarkan timbang tara yang boleh mengawal ekploitasi
pembekal ke atas pasaran. Hisbah ini menuntut pihak berkuasa mengatasi
keadaan pengurusan ekonomi makro dan mikro supaya selaras dengan
konsep takaful dan ta'awun. Ini adalah untuk memastikan setiap anggota
masyarakat tidak terlepas dari mengecapi arus pembangunan.

You might also like