You are on page 1of 2

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya.

Ini
kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang
berusaha bersungguh-sungguh. Perniagaan bermaksud pertukaran barang dengan barang atau
pertukaran barang dengan perkhidmatan. Di dalam Islam juga, perniagaan dan perdagangan
merupakan satu tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah. Bagi umat Islam ianya
adalah sebahagian daripada usaha kerjasama taqwa dan perkara kebaikan. Rasulullah juga telah
menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di
sisi Allah S.W.T sebagaimana yang telah disabda oleh baginda. Justeru itu, perniagaan adalah
suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat umum dan ianya disifatkan di dalam Al-Quran
sebagai satu aktiviti yang dihalalkan oleh Allah S.W.T. Melalui perniagaan juga, ia dapat
membantu masyarakat dalam menampung dan memenuhi keperluan hidup dengan lebih baik.

Bagi orang Islam di Malaysia haruslah dia berniaga barangan yang halal dan tidak
mempunyai unsur-unsur negatif sahaja. Sebagai contoh, peniaga Muslim dilarang sama sekali
menjual barang terlarang seperti alkohol, dadah dan sebagainya. Etika niaga menurut Islam
pastinya adalah barangan yang dijual mesti barang yang halal. Selain itu, perniagaan di Malaysia
bagi yang beragama Islam tidak mengamalkan riba dalam menjalankan perniagaan mereka. Di
dalam ajaran agama Islam, sistem riba yang ada di dalam transaksi yang berkaitan dengan
kewangan jelas dilarang. Jenis riba sendiri sudah diatur dan dijelaskan di dalam hukum Islam
melalui berbagai surah yang ada di dalam Al Quran. Terdapat beberapa jenis riba yang telah
dinyatakan dalam Islam supaya penganutnya menjauhi amalan tersebut kerana ini merupakan
sistem penindasan kepada pembeli mahupun peniaga. Agama Islam secara tegas melarang
umatnya untuk melakukan transaksi hutang piutang ataupun jual beli bila di dalamnya
mengandungi riba.
RUJUKAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2021. Al-Kafi #1847: Jenis-jenis Riba di Sisi Mazhab
Syafie. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-KAFI # 1847: JENIS-JENIS RIBA DI SISI
MAZHAB SYAFIE (muftiwp.gov.my). Diakses pada 12 Mei 2023.

Zahari Mohamed. 2022. Amalan Etika Perniagaan di Kalangan Usahawan: Satu Sorotan Literatur.
http://www.ijmtbr.com/PDF/IJMTBR-2022-20-09-01.pdf. Diakses pada 10 Mei 2023.

You might also like